ikatan #21
DESCRIPTION
Buletin rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA Mesir).TRANSCRIPT
Ada yang tak kena jika direnung; betapa
kita menyusun aktiviti harian, mingguan
dan bulanan kita, tetapi kita melaksanakan
tanggungjawab kita sebagai hamba Allah
Subhanahu wa Taala secara sambil lewa.
A palah gunanya segala perancangan jika tidak
diniatkan ikhlas kerana Allah Subhanahu wa
Taala? Apalah ertinya menjaga hubungan dengan
manusia jika tidak menjaga hubungan dengan Tuhan mereka?
Adakah kita menyeru manusia kepada Islam
dan dalam masa yang sama kita lupa untuk
menyeru diri kita sendiri ke arah itu?
Firman Allah Subhanahu wa
Taala: Patutkah kamu
menyuruh manusia supaya
berbuat kebaikan sedang
kamu lupa akan diri
kamu sendiri;
padahal kamu
semua membaca
Kitab Allah,
tidakkah kamu
berakal? (Surah Al-
Baqarah: 44)
Seorang individu yang serius merancang untuk
membina potensi diri, selayaknya juga serius
dalam beribadah kepada Allah Subhanahu wa
Taala, selari dengan kefahaman bahawa Islam itu
agama yang meliputi segenap aspek kehidupan.
Kita ambil solat sebagai contoh. Bagaimana
sikap kita terhadap solat? Dua syarat ibadah
diterima Allah Subhanahu wa Taala yang sering
kita ingatkan antara kita dan kawan-kawan ialah;
ikhlas kerana Allah Subhanahu wa Taala dan
menepati syariat. Setelah kedua-dua syarat ini
dipenuhi barulah ibadah kita diterima Allah
Subhanahu wa Taala. Adakah anda yakin solat
anda diterimaNya?
Kerana itu kita perlukan usaha yang membawa
kita kepada dalil-dalil yang menerangkan kepada
kita rukun, syarat dan kaifiat ibadah tersebut.
Antara langkah yang boleh diambil adalah:
• Mengikuti kelas pengajian yang dibimbing oleh
guru atau ulama yang diyakini agamanya.
• Melalui pembacaan kitab-kitab yang diyakini
agama penulisnya.
Sekiranya bertentangan dengan apa yang anda
fahami sebelum ini, sepatutnya pendapat tersebut
tidak diterima bulat-bulat, tetapi dibincangkan
dengan rakan-rakan dan guru kerana adakalanya
pendapat yang berbeza itu sama kuat
penghujahannya dengan pendapat yang kita
pegang selama ini.
Kebanyakkan ulama mengharuskan taqlid pada
mana-mana mazhab. Adapun talfiq, walaupun
diharuskan ulama’ Maliki dalam bab ibadat, tetapi
adalah lebih baik meninggalkannya.
Contoh taqlid:
Seorang yang bermazhab Syafie
tersentuh perempuan yang bukan
muhrim dan dia ingin taqlid mazhab
Hanafi, maka dia dibolehkan taqlid
dengan syarat wudhu’nya sah di sisi
Hanafi dan tidak berlaku apa-apa yang
membatalkan wudhu’ di sisi Hanafi seperti keluar
darah dan sebagainya.
Contoh talfiq:
Seorang yang bermazhab Hanafi keluar dari
lukanya darah, maka dia berkata, “Ini tak
membatalkan wudhu’ di sisi Syafie.” Kemudian dia
menyentuh kemaluannya dan berkata, “Ini tak
membatalkan wudhu’ di sisi Hanafi.” Kemudian
dia solat dengan wudhu’ ini.
Sebaiknya seorang muslim meninggalkan talfiq
selagimana dia belum mencapai tahap mujtahid.
Apabila dia sudah mencapai tahap mujtahid, maka
dia tidak lagi boleh taqlid pada pendapat orang
lain.
Apa yang paling penting ialah kesungguhan
kita dalam menghayati hidup beragama. Fahami
tujuan hidup dan renung kembali tingkah laku kita
agar tidak terpesong dari landasan agama. Ambil
Al-Quran dan sunnah Rasulullah Sallallahu alaihi
wasallam sebagai panduan hidup dan bimbing
masyarakat dengannya untuk mendapat
kebahagiaan dunia dan akhirat.
Semoga tulisan ini mencetuskan keinginan kita
untuk lebih memahami dan mengamalkan dengan
bersungguh-sungguh agama yang kita sayang ini.
Rujukan: Kitab As-Solah ala Al-Mazahib Al-
Arba’ah, Abd Qadir Ar-Rahbawi
Ada pendapat? Kongsikan dengan kami di
laman sosial facebook.com/ismamesir.
� sepatutnya pendapat tersebut
tidak diterima bulat-bulat, tetapi
dibincangkan dengan rakan-
rakan dan guru...
MUJTAHID orang yang berusaha untuk mendapatkan
sesuatu kesimpulan baru melalui kajian atau penyelidikan
berdasarkan sumber dan kaedah yang sah (dalam
kaitannya dengan agama Islam).
TALFIQ mengambil pendapat yang banyak dari satu
tajuk, atau mencari kemudahan dalam mazhab-mazhab
dan apa yang dipermudahkan dalamnya serta
meninggalkan apa yang susah darinya.
TAQLID (taklid) 1. pegangan pada pendapat ahli hukum
yang muktabar; 2. percaya bulat-bulat kata orang, menurut
(meniru, meneladani orang lain); 3. taklid buta hanya
menurut (mengikut) sahaja.
Rujukan:
1. Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan
Pustaka
2. Mu’jam Al-Lughah Al-Arabiyyah Al-Mu’asarah, Prof. Dr.
Ahmad Mokhtar Umar
Glosari
Assalamualaikum Suri ucapkan. Apa khabar
semua? Mudah-mudahan sentiasa sihat dan dalam
perlindunganNya.
Sudahkah kita membaca Al-Quran hari ini?
Persoalan yang Suri tujukan kepada anda dan
juga kepada diri Suri sendiri.
Masa kecil-kecil dulu, Suri pernah dengar ada
orang cakap, siapa tak baca Al-Quran dan
meninggalkan ia dalam masa sehari, akan ada satu
titik hitam melekat pada hati kita. Itu baru sehari.
Bayangkanlah kalau berhari-hari tak baca Al-
Quran. Alangkah banyaknya titik hitam yang
melekat dan menghitamkan hati. Sejak hari tu, Suri
takut sangat kalau sehari tak baca Al-Quran.
Maklumlah masih kanak-kanak dan berhati suci.
Tapi sekarang, dengan kesibukan sebagai
seorang pelajar, ada masanya Al-Quran dilupakan.
Sibuk dengan study, nak buat ini dan itu, tapi
terlupa untuk memperuntukkan masa untuk
membaca kalam suci ini. Bukan Suri tak baca
langsung, tapi kadang-kadang Al-Quran tak
diletakkan dalam prioriti teratas. Suri cuba atasi
kelemahan ini. Dan kalau ada pembaca yang juga
mengalami keadaan yang sama, mari kita
perbaikinya.
Allah berfirman: Dengan (Al-Quran) itu Allah
menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta
kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut
keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan
mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya
(iman) yang terang-benderang, dengan izinNya;
dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka
ke jalan yang lurus. (Surah Al-Maidah:16)
Al-Quran adalah cahaya. Ia menunjukkan kita
ke jalan kebenaran. Al-Quranlah pedoman dan
pegangan kita dalam kehidupan. Jika kita terputus
dari cahaya ini, maka kita akan hilang arah dan
tersesat jalan. Alangkah takutnya jika kita tersesat
hingga ke jalan kekufuran!
Oleh itu, mulai hari ini, kita cuba letakkan Al-
Quran sebagai perkara terpenting dalam hidup
kita. Susun dalam jadual, berapa lama masa yang
kita peruntukkan dalam seharian untuk bersama
dengan Al-Quran. Cari rakan-rakan yang sentiasa
ingatkan kita untuk membaca Al-Quran. Kadang-
kadang Suri mengagumi orang-orang Mesir yang
menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai budaya
mereka. Di mana-mana sahaja dapat dilihat
mereka membaca Al-Quran. Itulah tandanya
mereka mencintai Al-Quran. Bagaimana pula
dengan kita? Apa bukti kita mencintai kalam
Tuhan yang mulia ini?
Untuk akhirnya, Suri tinggalkan anda dengan
sebuah hadis yang pastinya akan memberi
semangat untuk kita sentiasa melazimi Al-Quran.
Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda:
Bacalah Al- Quran kerana sesungguhnya ia akan
datang sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat
kepada pembacanya. (Hadith Riwayat Muslim).
Selamat mencintai Al-Quran dan
menjadikannya dekat di hati kita.
Dapatkan maklumat terkini tentang
ISMA-Mesir di ismamesir.com.
Masa kecil-kecil dulu, Suri pernah dengar ada orang cakap, siapa tak baca Al-
Quran dan meninggalkan ia dalam masa sehari, akan ada satu titik hitam melekat
pada hati kita.
BAGAIMANAKAH ANDA
MENGHAYATI KEHIDUPAN
BERAGAMA?
S aya menghayati kehidupan
beragama dengan mencuba
sedaya upaya saya untuk beramal
dengan yang maaruf dan
menentang yang munkar dan
beriman kepada Allah. Kesemua
yang saya lakukan ini adalah lahir
dari kesedaran di mana segala
yang saya lakukan ini adalah
bukan disebabkan oleh kena buat,
tapi sebab ianya adalah sebuah
keperluan bagi saya. Sebagai contoh, solat lima
waktu, sesetengah orang mungkin mengatakan
ianya amat membebankan, akan tetapi, sekiranya
dia faham akan tuntutan yang sebenar, solat itu
boleh diibaratkan sebagai satu checkpoint dalam
hidupnya. Dia memerlukan satu moment untuk
keluar dari kesesakan dunia untuk mengecas
kekuatan supaya ia tidak dilarutkan oleh arus
dunia yang mencabar. Barulah dia kuat dalam
menghadapi arus kehidupan.
Muhammad Nur Farhan Muhammad Fadzil, University
of New South Wales, Australia
Tengok sirah Rasulullah dan sahabat. Dan sejarah-
sejarah Islam yang lain. Setiap ilmu yang dapat
pastikan amalkan dulu. Tak guna ilmu banyak tak
ada amal.
Luqman Azhar, Moscow Medical Academy, Rusia
APA YANG ANDA LAKUKAN BILA ANDA
RASA TERSASAR DARIPADA KEHIDUPAN
BERAGAMA?
Cari sahabat yang lebih baik dan minta memberi
taujihat. Tadabur Al-Quran dan istighfar banyak-
banyak. Or baca pasal neraka.
Anas Mat Asis, Alexandria University, Mesir
Keluar berjalan-jalan dan cuba minta nasihat dari
alam sekeliling. Alam yang selalu bertasbih.
Thaaqhib Mohammed, Universiti Al-Azhar, Mesir
BAGAIMANA ANDA JAGA HUBUNGAN
DENGAN ALLAH?
Dengan membaca Al-Quran. Allah bercakap
dengan kita melalui firmanNya dalam Al-Quran.
Juga dengan melibatkan diri dalam majlis ilmu dan
dakwah. Banyak medium untuk mendekatkan
hubungan dengan Allah.
Ahmad Akmal Ahmad Nizam, Universitas Padjadjaran,
Indonesia
Soalan ini susah. Sebab kita sendiri tak tahu
macam mana hubungan kita dengan Allah so far,
kan? Sentiasa banyak kecacatan. Macam mana kita
jaga hati orang yang kita sayang, macam itu juga,
bahkan lebih lagi buat Rabb kita. Kita mestilah
buat apa yang Dia suka dan menjadikan kita dekat
denganNya, insyaAllah. Cuma relationship dengan
Allah unik sikit, semakin kita cuba, semakin kuat
ujiannya. Itu cara Dia memberikan kita pahala dan
menunjukkan kasihNya.
Norfarahani Saroni, University of Southampton, UK
Kami Ingin Dengar Dari Anda!
Kami akan terbitkan kiriman anda yang
bersesuaian—sama ada berbentuk komen,
pendapat, teka-teki, kartun atau lain-lain.
Hantarkan kiriman anda ke