ikatan-17

4
P ada hari ini, dunia Islam secara keseluruhannya diasak oleh konspirasi kuffar dengan pelbagai mehnah dan cubaan untuk menghilangkan identiti Islam dari dalam diri umatnya. Negara-negara Islam seperti Iraq, dulunya masyhur dengan pengembangan ilmu- ilmu turath kerana bumi Baghdad, Afghanistan yang hingga kini belum selesai dengan Amerika, Somalia, bangsa Islam Uigur di Turkistan yang dijajah oleh kaum Cina, Palestin dengan penjajahan Zionist hingga membawa kepada peperangan bersejarah Gaza -Israel 2007-kini, sehingga pembinaan tembok besi di antara Gaza dan Mesir yang dibantah oleh seluruh dunia. Situasi ini tidak jauh dari kita kerana Malaysia juga sudah mula menunjukkan simptom-simptom ancaman yang menakutkan, dengan isu penggunaan kalimah Allah oleh agama lain, pembuangan status ‘Islam’ dalam kad pengenalan kanak-kanak, liberalisme yang membawa kepada kebebasan mutlak, hedonisme yang tidak kenal usia manusia dan isme-isme yang lain. Semua tragedi ini menuntut kita untuk mempunyai suatu deria yang menghasilkan kepekaan islamik yang tidak ada pada manusia melainkan yang beragama Islam. Realiti kini menuntut kita untuk mempunyai neraca dalam menimbang masalah pokok yang membawa kepada buah-buah masalah yang sering timbul, agar kita tidak membuang masa dalam mencantas ranting dan daun, tetapi berusaha mencabut akar umbi dari dalam tanah. Kepekaan Islamik dan neraca Taqwa Kepekaan Islamik ini dapat dilihat dalam hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam,

Upload: isma-mesir

Post on 25-Mar-2016

219 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: ikatan-17

P ada hari ini, dunia Islam secara keseluruhannya diasak o leh konspirasi kuffar dengan pelbagai mehnah dan cubaan untuk

menghilangkan identiti Islam dari dalam diri umatnya. Negara-negara Islam seperti Iraq, dulunya masyhur dengan pengembangan ilmu-ilmu turath kerana bumi Baghdad, Afghanistan yang hingga kini belum selesai dengan Amerika, Somalia, bangsa Islam Uigur di Turkistan yang dijajah oleh kaum Cina, Palestin dengan penjajahan Zionist hingga membawa kepada peperangan bersejarah Gaza-Israel 2007-kini, sehingga pembinaan tembok besi di antara Gaza dan Mesir yang dibantah oleh seluruh dunia.

Situasi ini tidak jauh dari kita kerana Malaysia juga sudah mula menunjukkan s imp tom-s imp tom ancaman y ang menakutkan, dengan isu penggunaan kalimah

Allah oleh agama lain, pembuangan status ‘Islam’ dalam kad pengenalan kanak-kanak, liberalisme yang membawa kepada kebebasan mutlak, hedonisme yang tidak kenal usia manusia dan isme-isme yang lain.

Semua tragedi ini menuntut kita untuk mempunyai suatu deria yang menghasilkan kepekaan islamik yang tidak ada pada manusia melainkan yang beragama Islam. Realiti kini menuntut kita untuk mempunyai neraca dalam menimbang masalah pokok yang membawa kepada buah-buah masalah yang sering timbul, agar kita tidak membuang masa dalam mencantas ranting dan daun, tetapi berusaha mencabut akar umbi dari dalam tanah.

Kepekaan Islamik dan neraca Taqwa

Kepekaan Islamik ini dapat dilihat dalam

hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam,

Page 2: ikatan-17

“Barangsiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangan...” yang membawa maksud yang sangat agung dalam Islam, iaitu topik utama dalam akhlak sosial umatnya adalah maksud ‘islah’ itu sendiri. Dengan faktor inilah baru umat Muhammad Sallallahu alaihi wasallam ini dinaikkan martabatnya kepada sebaik-baik umat. Ia membezakan mereka dengan umat lain, iaitu deria ‘amar makruf nahi mungkar’ yang terpasak dalam jiwa mereka.

Allah Subhanahu wa Taala berfirman dalam surah Al-Anfal, “Wahai orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan menjadikan bagimu furqan (neraca atau pembeza di antara hak dan batil).” – ayat 30.

Ibnu Ishak dalam Tafsir Ibnu Katsir mengatakan furqan itu adalah pemisah di antara hak dan batil. Kepekaan dan neraca yang benar itu tidak mampu diperoleh melainkan dengan taqwa, dan cahaya yang diberi oleh Allah kepada sesiapa yang Dia mahu. Cahaya itu disebut dalam surah Al-Hadid, “Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada RasulNya, nescaya Dia akan memberikan kamu dua kali ganda rahmatNya (untuk ahli kitab) dan Dia akan menjadikan bagimu cahaya yang mana kamu berjalan dengannya.” – ayat 28.

Beza di antara orang yang berjalan dengan cahaya dengan mereka yang berjalan dalam gelap adalah ibarat mereka yang berjalan dengan membuka mata dan yang tertutup mata. Sungguh jauh sekali beza di antara keduanya.

Fiqh Waqi’ (Kefahaman Semasa)

Dalam projek ‘islah’, kita harus mempunyai

gambaran yang sempurna dalam melukis jalan ke arah matlamat yang hendak dituju. Kefahaman kita ke arahnya adalah suatu kefahaman praktikan dan bersesuaian dengan realiti. Ia harus didirikan dengan dua perkara asasi; niat yang ikhlas, dan langkah yang sejahtera (manhaj perubahan yang dipakai). Kita mesti memastikan agar cara dan langkah kita bertepatan dengan cara Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam mengikut sirah baginda Sallallahu alaihi wasallam yang sangat masyhur.

Hidup baginda Sallallahu alaihi wasallam dan para sahabat Radhiallahu anhum telah menggambarkan Islam itu hidup di muka bumi ini. Cara mereka bermuamalah, berniaga, berdakwah, dan sebagainya itu adalah Islam praktikal yang pertama kalinya ditonjolkan kepada dunia. Maka kita tidak boleh tidak menggunakan formula mereka dalam menyelesaikan masalah dunia yang azali sejak terciptanya Adam alaihis salam lagi, iaitu; Pertembungan di antara Hak dan Batil.

Tujuan islah mendesak kita untuk memahami fiqh waqi’ iaitu kefahaman semasa. Fiqh waqi’ ini

dapat dilihat dalam kisah Umar Radhiallahu anhu ketika pemerintahannya, pada waktu musim kemarau, beliau telah menghentikan hukum hudud (potong tangan buat pencuri) buat seketika kerana situasi semasa itu menjadikan syariat perlu disesuaikan kepada kesesuaian semasa. Ini kerana beliau memahami maqasid syarak (tujuan di sebalik syariat), iaitu menjaga kemaslahatan umat dan agama.

Perkara ini tidak dapat difahami dengan hanya menelaah kitab dan bertalaqi semata-mata, bahkan ia perlu kepada jiwa yang beramal dan bergerak, roh yang sebati dengan Islam itu sendiri, baru ia mampu memahami maqasid syarak dan menggunapakai fiqh waqi’ pada tempat yang sepatutnya.

Prioriti umat kini

Umat kini perlu kepada kelompok yang

mengumpulkan sebanyak mungkin anasir-anasir yang mampu membawa umat dengan roh Islam yang benar dan jitu, mahir dalam memahami tuntutan semasa dan menjiwai Islam dengan sepenuh jiwa raganya. Ia akan membentuk sebuah bangunan yang tinggi dan agung, mengumpulkan semua jenis bahan, batu-bata, konkrit, kaca, tanah, pasir, dan sebagainya, sebagai sebuah kumpulan gergasi. Jika bahan-bahan itu tidak bersatu, ia akan hanya menjadi sebuah batu biasa, tanah biasa dan tidak banyak manfaatnya. Ia termasuk dalam firman Allah, “Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang di jalanNya, dalam satu saf seolah-olah mereka ini sebuah bangunan yang kukuh.” – As-Soff, ayat 4.

Dunia kini menyaksikan konspirasi pihak kafir yang bersatu menentang dan bekerjasama menghalang segala yang dinamakan dengan nama Islam. Mereka bersatu walaupun asal-usul mereka berlainan, warna kulit mereka berlainan, bahkan agama mereka berlainan, tetapi cukuplah dengan satu hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam yang menyifatkan mereka itu satu iaitu, “Kufur itu adalah agama yang satu.” – semua orang kafir hanya mempunyai satu agama sahaja, iaitu selain Islam.

Kelompok islah yang terkumpul ini akan saling nasihat menasihati, saling tolong menolong, mereka berusaha menjaga taqwa, berjalan dengan cahaya Allah, melawan gelombang kebatilan dengan gagasan yang agung, menyeru manusia kepada Islam dalam konteks yang sebenar sehinggalah kemenangan yang dijanjikan itu sampai seperti yang digambarkan dalam Al-Quran, “Mereka ditimpa kesusahan dan keperitan dan tergoncang dirinya, sehinggalah mereka bertanya kepada Rasul mereka: Bilakah pertolongan Allah itu? Katakanlah wahai Muhammad: Ketahuilah bahawa pertolongan Allah itu dekat.” – Al-Baqarah, ayat 214.

Wallahua’lam.

Page 3: ikatan-17

Apa khabar iman dan amal anda semua? Harapnya bertambahlah. Jangan pula jatuh merudum. Seorang mukmin itu hari ini lebih baik daripada semalam dan esok pula lebih baik daripada hari ini. Suri harap hari ini kita baca buku lebih banyak daripada semalam. Ibadat sunat pun biarlah makin bertambah juga. Kita kan semakin menua, takut-takut tak sempat tua, malaikat Izrail dah jemput dulu. Panjang

Panjang pula mukaddimah Suri. Baiklah, kalau semua perasan, sekarang ni kebanyakan kita semua dah jadi ulat buku. Maklumkah tengah musim peperiksaan. Bangun tidur nampak buku, makan nasi nampak buku. Bagi salam belah kanan nampak buku, belah kiri pun nampak buku. Isy, parah juga demam peperiksaan yang melanda pelajar Malaysia di Mesir sekarang ni. Kalah demam H1N1.

Suri bukannya apa. Risau juga dengan sesetengah kawan kita ni. Baca buku sampai terlupa nak makan sebab risau sangat tentang soalan peperiksaan nanti. Suri harap anda semua jaga kesihatan masing-masing. Janganlah studi sampai lupa nak jaga kesihatan. Tambah pula sekarang ni musim sejuk. Nanti, kesihatan terabai, pelajaran terjejas, ibadat pun entah ke mana. Macam kata pepatah Melayu, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Suri ada beberapa benda nak pesan pada anda semua. Suri faham kita semua pun sibuk, tapi janganlah studi sampai tak bercakap dengan ahli rumah. Sepatutnya, masa inilah ukhuwah kita jadi lebih erat. Masing-masing kan tengah tension dengan peperiksaan. Sekurang-kurangnya, senyumlah pada ahli rumah.

Lagipun, Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam kan pesan, jangan kita memandang remeh dengan suatu kebaikan walaupun dengan tersenyum. Senyum pada saudara kita juga adalah sedekah. Walaupun sibuk-sibuk dengan peperiksaan, rumah pun kita kena jaga. Kita kena ingat, kejayaan kita tu bukan semata-mata sebab usaha kita studi. Banyak lagi faktor lain, antaranya hablumminallah yang memang wajib kita jaga dan juga hablumminannas. Kalau rasa tak larat dah nak menghadap buku, pergilah ziarah sahabat lain. Tolong masak ke, kemas rumah ke, besar pahala tu.

Wah, bukan main Suri ni membebel. Bukannya apa, Suri nak kita semua berjaya dunia akhirat. Biar seimbang semua segi. Tak nak dunia saja, tak nak akhirat saja. Jangan lupa doakan sahabat-sahabat kita yang nak menghadapi peperiksaan ni ya? Sampai jumpa lagi.

BAGAIMANA

MEMPERC

EPATKAN

BACAAN?

1. Periksa m

ata anda. Se

lalunya

bacaan men

jadi lambat ke

rana

masalah ma

ta. Dapatkan

rawatan

jika perlu.

2. Buang tab

iat menyebu

t

perkataan y

ang dibaca.

Sekiranya

anda menyeb

ut atau memb

isikkan

perkataan ya

ng anda baca

, anda

tidak akan da

pat membaca

dengan

cepat. Anda

boleh memp

ercepatkan

kelajuan bac

aan anda dua

hingga

tiga kali lebih

pantas tanp

a menyebut

perkatan-per

kataan yang

anda baca.

3. Elakkan m

engulang b

aca.

Biasanya, an

da tidak perlu

mengulang b

aca kerana p

enerangan

akan disediak

an pada pere

nggan

seterusnya.

Pembaca yan

g lambat

mengulang b

aca dengan b

anyak.

Oleh kerana

dia membaca

dengan

perlahan min

danya ada m

asa untuk

mengelamun

. Tabiat meng

ulang

baca mengga

mbarkan

kelemahann

ya dalam me

mberi

tumpuan dan

kurang yakin

akan

pemahamann

ya.

4. Melihat d

engan lebih

luas. Ini

akan memban

tu anda untu

k melihat

pada lebih b

anyak perka

taan dengan

sekali panda

ng. Bahan ba

caan

biasanya tida

k memberi ba

nyak

makna jika di

teliti perkataa

n demi

perkataan. K

aedah ini aka

n

membantu a

nda membac

a frasa

demi frasa a

tau ayat dem

i ayat.

Page 4: ikatan-17

Buletin ini diterbitkan oleh Biro Media, Ikatan Muslimin Malaysia Mesir (ISMA-Mesir). Sebarang maklumbalas sila hantarkan ke: [email protected]. Laman web: ismamesir.com

Sejuknya...

!الحمد �

.يرحمك هللا

يھديكم هللا . واصلح بالكم

!شكراُ

عفواُ

Sejuk kan hari ni?

Ha’ah.

Bagaimana lah dengan mereka?...

Siapa?

Orang Palestin.

Dalam keadaan sejuk macam ni, tanpa

makanan, tanpa tempat tinggal, bagaimanalah

mereka meneruskan kehidupan mereka?

HA-CUM!

?!

.إنشاء هللا

Sama-sama doakan.

Agar Allah membantu mereka.

SATU HARI DI MUSIM SEJUK

JAWAPAN TEKA SILANG KATA IKATAN #16: 1) SAFIYYAH 2) MUSAB UMAIR 3) ZULFIQAR 4) HUZAIFAH YAMANI 5) UBAIDAH 6) QUTUZ 7) SAAD ABI WAQAS 8) ZUBAIR 9) ABU LULUAH 10) SAWDAH 11) ALQUSWA 12) KAKI DEPAN