iii - fp.utm.my filepengetua dan guru-guru kemahiran hidup di semua sekolah menengah daerah tanah...

21

Upload: haque

Post on 27-Mar-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: iii - fp.utm.my filepengetua dan guru-guru Kemahiran Hidup di semua sekolah menengah daerah Tanah ... mendapat analisis deskriptif dan infenrensi. ... BAB PERKARA MUKA SURAT
Page 2: iii - fp.utm.my filepengetua dan guru-guru Kemahiran Hidup di semua sekolah menengah daerah Tanah ... mendapat analisis deskriptif dan infenrensi. ... BAB PERKARA MUKA SURAT

ii

Page 3: iii - fp.utm.my filepengetua dan guru-guru Kemahiran Hidup di semua sekolah menengah daerah Tanah ... mendapat analisis deskriptif dan infenrensi. ... BAB PERKARA MUKA SURAT

iii

PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN

KREATIF ( KBKK) DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN

KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK

DAERAH TANAH MERAH KELANTAN.

MUHAMAD BIN ELIAS

Laporan Projek Ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 4: iii - fp.utm.my filepengetua dan guru-guru Kemahiran Hidup di semua sekolah menengah daerah Tanah ... mendapat analisis deskriptif dan infenrensi. ... BAB PERKARA MUKA SURAT

iv

Page 5: iii - fp.utm.my filepengetua dan guru-guru Kemahiran Hidup di semua sekolah menengah daerah Tanah ... mendapat analisis deskriptif dan infenrensi. ... BAB PERKARA MUKA SURAT

v

DEDIKASI

Segala puji bagi Allah S.W.T

Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Kurnia dan Nikmatnya

TERISTIMEWA DITUJUKAN BUAT

Emak dan ayah tercinta,

semoga doa dan restu kalian menjadi pendorong dan tulang belakang

buat anakmu meneruskan perjuangan untuk mencapai kejayaan

di dunia dan diakhirat.

Buat abang-abang dan kakak-kakak, jutaan terima kasih

kerana sokongan dan doa kalian.

Buat anak-anak saudara, teruskan usaha kalian dalam mengejar cita-cita.

Dan buat yang tersayang, sanjunganmu yang menjadi

tonggak pendokong sejati dalam perjuanganku ini, terima kasih dariku.

Pembimbing, sahabat, dan sesiapa yang terlibat,

Terima kasih diatas segala bantuan, sokongan, moral dan khidmat nasihat,

Doa ku semoga kita semua dicucuri rahmat Illahi dan sentiasa

mendapat keredhaan-Nya dan kejayaan ini adalah milik kita bersama… …

AMIN YA RABBALALAMIN…………..AMIN.

Page 6: iii - fp.utm.my filepengetua dan guru-guru Kemahiran Hidup di semua sekolah menengah daerah Tanah ... mendapat analisis deskriptif dan infenrensi. ... BAB PERKARA MUKA SURAT

vi

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bersyukur ke hadrat Illahi, kerana limpahan rahmat dan kurniaan-Nya

memberi kesabaran, ketabahan, ketekunan, kekuatan dan kesihatan yang sempurna

ke atas hamba-Nya yang daif ini. Kesempatan ini penulis ingin merakamkan

penghargaan ikhlas setinggi-tingginya kepada penyelia Projek Sarjana Muda, Tuan

Haji Mohd. Anuar Abdul Rahman atas bimbingan dan dorongan yang diberikan

sepanjang tempoh penyelidikkan Projek Sarjana Muda ini dijalankan. Beliau telah

banyak memberi tunjuk ajar tanpa berasa jemu dalam proses menyiapkan Projek

Sarjana Muda ini. Kesabaran dan Keikhlasan beliau amat saya kagumi.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada Kementerian Pendidikan

Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, tidak lupa juga kepada semua

pengetua dan guru-guru Kemahiran Hidup di semua sekolah menengah daerah Tanah

Merah, kerana sudi memberi maklum balas sepanjang kajian ini dijalankan.

Jutaan terima kasih kepada emak dan ayah serta semua ahli keluarga yang

telah memberikan dorongan untuk menjayakan Projek Sarjana Muda ini. Terima

kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu, berbincang dan

memberi sumbangan idea-idea bernas dalam menyiapkan projek penyelidikan ini.

Akhir sekali lagi ribuan terima kasih kepada semua pihak samada yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung dalam penyempurnaan projek ini.

Semoga jasa dan pengorbanan anda semua dianugerah keberkatan Illahi.

Wassallam.

Page 7: iii - fp.utm.my filepengetua dan guru-guru Kemahiran Hidup di semua sekolah menengah daerah Tanah ... mendapat analisis deskriptif dan infenrensi. ... BAB PERKARA MUKA SURAT

vii

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini bertujuan meninjau pengaplikasian KBKK dalam

pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah akademik daerah

Tanah Merah Kelantan. Sepuluh buah sekolah telah dipilih yang melibatkan 56 orang

guru Kemahiran Hidup yang dipilih secara rawak mudah. Instrumen yang digunakan

ialah soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan bahagian B.

Bahagian A adalah berkaitan dengan latarbelakang responden manakala bahagian B

melihat penguasaan, pengaplikasian dan penggunaan Alat Berfikir KBKK di dalam

pengajaran guru. Kebolehpercayaan soal selidik diperolehi melalui kajian rintis dan

indeks kebolehpercayaannya adalah 0.878. Segala data yang diperolehi diproses

menggunakan perisian SPSS 12.00 (Statistical Package For Science Social) bagi

mendapat analisis deskriptif dan infenrensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap

penguasaan pengetahuan KBKK adalah tinggi. Walaubagaimanapun pengaplikasian

KBKK dalam proses pengajaran guru-guru Kemahiran Hidup dan penggunaan alat-

alat berfikir di dalam proses pengajaran berada pada tahap sederhana. Hasil kajian ini

juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan penguasaan KBKK guru

berdasarkan jantina dan terdapat hubungan yang rendah di antara penguasaan dengan

pengaplikasian KBKK di kalagan guru Kemahiran Hidup. Oleh itu, beberapa

cadangan dikemukakan kepada pihak pentadbiran sekolah dan juga pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan lagi pengaplikasian KBKK

dalam proses penbelajaran seharian.

Page 8: iii - fp.utm.my filepengetua dan guru-guru Kemahiran Hidup di semua sekolah menengah daerah Tanah ... mendapat analisis deskriptif dan infenrensi. ... BAB PERKARA MUKA SURAT

viii

ABSTRACT

The purpose this descriptive research was to seek the application of KBKK in

secondary schools in Tanah Merah, Kelantan. This research involves 56 teachers that

teach ‘Kemahiran Hidup’ in ten selected schools. The respondents are picked

randomly to answer a questionnaire, which consist two parts, Part A and Part B. Part

A are about respondent’s background. Part B are focusing on the mastery,

application and the use of KBKK tools in teaching. The pilot study had been done

and the reliability index was 0.878. All the gained data was processed using SPSS

12.00 (Statistical Package for Science Social) to get descriptive and inferences

statistics. The result found that the mastery of the content in KBKK is slightly high.

However, the application of KBKK in teaching among Kemahiran Hidup teacher and

the level of thinking tool used in teaching is still moderate. Result also showed that is

no significant in mastery of KBKK base on gender there is a low relation between

the mastery of the content in KBKK and application of KBKK among Kemahiran

Hidup teaching. Thus, several suggestions are proposed to the administration in

school as well as the Ministry of Education of Malaysian in order to improve the

effectiveness of KBKK in daily teaching.

Page 9: iii - fp.utm.my filepengetua dan guru-guru Kemahiran Hidup di semua sekolah menengah daerah Tanah ... mendapat analisis deskriptif dan infenrensi. ... BAB PERKARA MUKA SURAT

ix

SENARAI ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACTS vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI LAMPIRAN xi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Hipotesis Kajian 7

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.8 Batasan Kajian 8

1.9 Definasi Istilah 9

Page 10: iii - fp.utm.my filepengetua dan guru-guru Kemahiran Hidup di semua sekolah menengah daerah Tanah ... mendapat analisis deskriptif dan infenrensi. ... BAB PERKARA MUKA SURAT

x

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Konsep kemairan berfikir 12

2.3 Penguasaan kemahiran berfikir secara kritis 14

2.4 Pengusaan kemahiran berfikir secara kreatif 22

2.5 Model-model pengajaran 26

2.6 Alat-alat berfikir dalam pengajaran 32

2.7 Kepentingan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif 38

dalam pengajaran

2.8 Kesimpulan 40

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 41

3.2 Rekabentuk Kajian 41

3.3 Populasi dan sampel kajian 42

3.4 Tempat kajian 42

3.5 Instrumen Kajian 43

3.6 Kajian Rintis 44

3.7 Prosedur kajian 45

3.8 Analisis data 46

3.9 Kesimpulan 48

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 49

4.2 Latar Belakang Responden 49

4.3 Penguasaan Guru Kemahiran Hidup Dalam KBKK 52

4.4 Penggunaan Pengaplikasian Guru Dalam KBKK. 54

4.5 Penggunaan Alat Berfikir Dalam Pengajaran Guru 56

Kemahiran Hidup.

Page 11: iii - fp.utm.my filepengetua dan guru-guru Kemahiran Hidup di semua sekolah menengah daerah Tanah ... mendapat analisis deskriptif dan infenrensi. ... BAB PERKARA MUKA SURAT

xi

4.6 Analisis Berdasarkan Hipotesis Kajian 57

4.7.1 Perbezaan penguasaan KBKK guru berdasarkan 57

jantina.

4.7.2 Hubungan Penguasaan KBKK Guru Dengan 58

Pengaplikasian KBKK Guru Dalam Pengajaran.

4.7 Kesimpulan 59

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 60

5.2 Rumusan 61

5.3 Perbincangan Dapatan. 62

5.3.1 Penguasaan Guru Kemahiran Hidup Dalam KBKK 62

5.3.2 Penggunaan Pengaplikasian Guru Dalam KBKK. 64

5.3.3 Penggunaan Alat Berfikir Dalam Pengajaran Guru 65

Kemahiran Hidup

5.3.4 Perbezaan Penguasaan KBKK Guru Berdasarkan 67

Jantina.

5.3.5 Hubungan Penguasaan KBKK Dengan 68

Pengaplikasian KBKK Guru Dalam Pengajaran.

5.4 Kesimpulan 68

5.5 Cadangan Tindakan 69

5.5.1 Guru 69

5.5.2 Pentadbiran Sekolah 70

5.5.3 Kementerian Pendidikan Malaysia. 70

5.5.4 Cadangan Kajian Lanjut 71

5.6 Penutup Kajian. 73

RUJUKAN 74

LAMPIRAN 78

Page 12: iii - fp.utm.my filepengetua dan guru-guru Kemahiran Hidup di semua sekolah menengah daerah Tanah ... mendapat analisis deskriptif dan infenrensi. ... BAB PERKARA MUKA SURAT

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Item Mengikut Persoalan Kajian 45

3.2 Jadual Pertimbangan Min 48

3.3 Klasifikasi Kekuatan Korelasi dari Rowntree 48

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 50

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 50

4.3 Taburan Responden Mengikut Pengalaman 51

Mengajar.

4.4 Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan 51

Tertinggi.

4.5 Jadual Analisis Persoalan 1 52

4.6 Jadual Analisis Persoalan 2 54

4.7 Jadual Analisis Persoalan 3 56

4.8 Jadual Analisis Hipotesis Nol 1 57

4.9 Jadual Analisis Hipotesis Nol 2 58

Page 13: iii - fp.utm.my filepengetua dan guru-guru Kemahiran Hidup di semua sekolah menengah daerah Tanah ... mendapat analisis deskriptif dan infenrensi. ... BAB PERKARA MUKA SURAT

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Kebenaran EPRD 78

B Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri kelantan 80

C Surat Kebenaran UTM 81

D Borang Soal Selidik 82

Page 14: iii - fp.utm.my filepengetua dan guru-guru Kemahiran Hidup di semua sekolah menengah daerah Tanah ... mendapat analisis deskriptif dan infenrensi. ... BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sesungguhnya manusia dijadikan Allah S.W.T sebaik-baik kejadian. Allah

S.W.T telah menanugerahkan kepada manusia dengan satu sistem yang komplek

iaitu otak. Melalui otak maka terhasillah fikiran dimana mempunyai potensi yang

amat menakjubkan. Otak juga merupakan organ berfikiran yang dapat membezakan

antara manusia dengan kejadian Allah S.W.T yang lain, namun ramai dikalangan kita

masih tidak mengetahui teknik berfikir dengan sewajarnya.

Menurut Kamarudin Husin (2003), berfikir adalah satu daripada fungsi otak

dan minda manusia. Ia melibatkan aspek kognitif yang merupakan kegiatan-kegiatan

mental yang berlaku sepanjang masa untuk membolehkan manusia memberikan

makna-makna tertentu dan menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi. Ahli kaji

selidik telah memberikan maksud berfikir dalam beberapa cara mengikut pandangan

dan pendapat mereka sendiri. Ada yang mengatakan berfikir adalah rangkaian idea

yang bersosial yang merupakan daya usaha mengorganisasi pengalaman dan tingkah

laku tertentu. Dan ada pula yang mengatakan bahawa pemikiran adalah operasi

kognitif yang menyebadkan manusia bertindak balas terhadap alam sekeliling bagi

menyesuaikan diri dan menyelesaikan tuntutan keperluan hidup mereka.

Page 15: iii - fp.utm.my filepengetua dan guru-guru Kemahiran Hidup di semua sekolah menengah daerah Tanah ... mendapat analisis deskriptif dan infenrensi. ... BAB PERKARA MUKA SURAT

2

Walauapapun definisi yang diberikan oleh orang-orang yang terdahulu

namun pemikiran boleh diterima dan diertikan dengan lebih baik mengikut peranan

dan fungsi yang dimainkan oleh otak itu sendiri. Apa yang lebih penting ialah kita

harus menerima hakikat bahawa pemikiran adalah satu kebolehan otak manusia

beroperasi secara semulajadi yang proses-prosesnya di ketahui amat rumit dan

kompleks. Ia hanya wujud pada diri manusia dan tidak pada makluk lain di dunia.

Berfikir bertujuan untuk mencari makna, John Dewey dalam Som dan

Dahalan (1998), mendefinasikan sebagai operasi yang digunakan, fakta-fakta yang

sedia ada untuk mencadangkan fakta-fakta yang lain supaya fakta yang baru dapat

dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada. Berfikir selalu dikaitkan dengan akal

atau minda. Dalam Al-Quran, perkataan yang merujuk kepada akal disebut sebanyak

40 kali. Allah S.W.T menempelak manusia yang tidak mahu berfikir dan ini terbukti

dalam ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan kebesaran dan keagungan Allah

S.W.T. Perkara ini terbukti di mana Allah S.W.T telah meminta hambaNya mencari

akan kebenaran agar tidak membuat sangkaan atau andaian sahaja. Kebenaran

sebenar ialah milik Allah Yang Maha Esa. Firman Allah Dalam surah Ar-Ra’d yang

bermaksud:

“Maka adalah orang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta mata hatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang yang berakal sempurna.”

(Surah Ar-Ra’d, ayat 19) Daripada terjemahan ayat di atas, ia membuktikan bahawa sesuatu kebenaran

itu perlu dicari dengan amalan berfikir. Umat islam di larang menggunakan sebarang

sangkaan dalam menentukan sesuatu keputusan, di mana sesuatu sangkaan itu akan

menyebadkan timbulnya masalah di antara manusia dengan manusia, manusia

dengan alam dan manusia dengan penciptaNya.

Di alaf baru ini, peranan sebagai pendidik semakin mencabar. Pendidik perlu

memahami, menghayati dan juga dapat melaksanakan tanggungjawab yang telah di

amanahkan dengan sebaik mungkin. Pendidik merupakan tonggak di dalam

merealisasikan perubahan dan kehendak negara iaitu membentuk sebuah negara yang

masyarakatnya bermoral dan beretika, sainstifik dan berteknologi tinggi. Oleh itu

Page 16: iii - fp.utm.my filepengetua dan guru-guru Kemahiran Hidup di semua sekolah menengah daerah Tanah ... mendapat analisis deskriptif dan infenrensi. ... BAB PERKARA MUKA SURAT

3

pendidik perlu peka dengan segala ilmu kependidikan dan bergerak seiring dengan

perkembangan terkini.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kebolehan berfikir dengan berkesan sangat penting dalam dunia yang kian

komplek dan canggih. Menghadapi cabaran-cabaran kehidupan seharian tidak hanya

memerlukan pengetahuan yang cukup tetapi juga kemahiran mengaplikasi

pengetahuan itu dalam berbagai-bagai situasi. Perubahan yang pesat mendedahkan

individu kepada pelbagai pilihan dan opsyen yang memerlukan kemahiran dan

kepakaran membuat keputusan dengan berkesan.

Pentingnya perkembangan kemahiran berfikir seseorang individu juga

disarankan dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Selaras dengan itu, salah satu

objektif Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) ialah untuk

mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional,

kritis dan kreatif”. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyarankan

penggunaan KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi semua mata

pelajaran disemua peringkat pengajian di Malaysia.

Penggubalan Kurikulum Baru sekolah Menengah (KBSM) adalah selari

dengan matlamat FPN. Untuk meningkatkan kemampuan intelek pelajar berfikir

secara kritis dan kretif, keperluan untuk mengembangkan dan meningkatkan

kemahiran berfikir dikalangan pelajar dirasakan penting untuk mewujudkan

masyarakat yang mampu berfikir. Perkara ini melibatkan kesepaduan kemahiran

berfikir dalam isu pengajaran.

Menurut Som Hj Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli, (1998), Kajian

mengenai keperluan pekerjaan menunjukkan bahawa tenaga kerja masa hadapan

memerlukan pemikiran yang tajam, iaitu kritis, inovatif, imaginatif dan kreatif

Page 17: iii - fp.utm.my filepengetua dan guru-guru Kemahiran Hidup di semua sekolah menengah daerah Tanah ... mendapat analisis deskriptif dan infenrensi. ... BAB PERKARA MUKA SURAT

4

berbanding dengan masa-masa yang lalu. Kemahiran-kemahiran menyelesaikan

masalah dan membuat keputusan menjadi keperluan bagi kebanyakan pekerjaan.

Ini bermakna semua pihak seharusnya terlibat dan memainkan peranan yang

penting terutama sekali guru sama ada yang sedang mengajar di sekolah ataupun

yang masih dalam latihan, ini kerana masa hadapan generasi yang akan datang

bergantung kepada kepimpinan dan tunjuk ajar guru. Selain dari itu, kemahiran

berfikir secara kritis dan kreatif perlu disebatikan dalam semua proses pengajaran

dan pembelajaran setiap mata pelajaran. Guru perlu menguasai kemahiran berfikir

secara kritis dan kreatif dan mengaplikasikannya dalam pengajarannya.

Menurut Phillips (1992), tidak seorang pendidik akan menafikan bahawa

matlamat penting sistem persekolahan ialah untuk memperkembangkan daya

pemikiran pelajar. Malangnya, matlamat ini tidak diberi perhatian sewajarnya dan

kerap-kali diketepikan sama sekali. Pelajar didedahkan kepada fakta sesuatu mata

pelajaran tetapi tidak diajar berfikir tentang isi yang dipelajari. Pengajaran terlalu

menekankan kepada penyampaian `fakta' atau maklumat, iaitu "mengetahui apa";

sambil mengabaikan cara menggunakan atau mencari maklumat sendiri, iaitu

"mengetahui bagaimana". Menurut Raths dalam Phillips (1992) lagi, oleh kerana

pengajaran mengabaikan kemahiran berfikir, pelajar didapati sangat bergantung

kepada guru dan bertingkahlaku impulsif, dogmatik dan malas memberi pendapat.

Sedangkan, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif merupakan satu elemen yang

penting dalam sistem pendidikan negara kita sekarang terutamanya diperingkat

sekolah rendah dan menengah. Walaupun kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

ini bukan satu mata pelajaran, namun unsur-unsur perlu disepadukan bagi semua

mata pelajaran. Dengan cara ini para pelajar akan dapat meningkatkan daya intelek

mereka seiring dengan perkembangan rohani, emosi dan jasmani sebagaimana yang

dihasratkan.

Walaupun pengajaran di sekolah-sekolah masih kurang memberi perhatian

kepada perkembangan daya pemikiran pelajar. Terdapat beberapa sebab mengapa

pengajaran pemikiran tidak ditekankan. Menurut John Arul Phillips (1992), Pertama,

ialah pendapat setengah-setengah guru bahawa pelajar perlu terlebih dahulu

menguasai semua fakta dan konsep sesuatu mata pelajaran sebelum mereka boleh

Page 18: iii - fp.utm.my filepengetua dan guru-guru Kemahiran Hidup di semua sekolah menengah daerah Tanah ... mendapat analisis deskriptif dan infenrensi. ... BAB PERKARA MUKA SURAT

5

digalakkan berfikir. Tetapi sesudah mengajar semua fakta dan konsep, masa pula

tidak mengizinkan untuk menggalakkan mereka berfikir.

Kedua ialah penekanan peperiksaan yang mementingkan pengujian

kebolehan pelajar mengingat kembali fakta. Secara tidak langsung, ini

mempengaruhi sesetengah guru untuk memberi banyak fakta dan mengutamakan

penghafalan dan kurang menggalakkan supaya pelajar berfikir tentang fakta yang

dipelajari. Amalan seumpama ini bercanggah dengan salah satu prinsip utama

pembelajaran yang menyatakan "bukan apa yang disampaikan kepada pelajar tetapi

apa yang mendorong mereka melakukan sesuatu ke atas maklumat itu yang

menyebabkan pembelajaran" Markle dalam Phillips (1992). Ketiga ialah

pandangan setengah-setengah guru bahawa pengajaran kemahiran berfikir akan

mengambil masa yang banyak serta membebankan guru. Oleh itu, lebih memadai

jika pengajaran pemikiran ditumpukan kepada pelajar yang pintar sahaja.

Keempat, dan paling nyata ialah pengakuan setengah-setengah guru

bahawa mereka sendiri tidak tahu cara mempertingkatkan daya pemikiran pelajar

mereka. Mereka sudah biasa mengajar pelajar untuk menghadapi peperiksaan dan

ragu-ragu apabila dicadangkan supaya daya pemikiran pelajar diperkembangkan.

Mereka berpendapat bahawa mengajar pelajar menguasai maklumat untuk

peperiksaan dan memperkembangkan daya pemikiran adalah dua matlamat yang

berlainan dan bercanggah.

Menurut kajian Azlan Latib (1997), ke atas 118 responden yang terdiri

daripada guru-guru hanya 67.12% dari kalangan respondan yang berkecenderongan

berfikir secara kreatif semasa mengenalpasti masalah dalam proses pengajaran

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran rekacipta.

Persoalannya sekarang sejauh manakah guru-guru atau bakal guru mendapat

ilmu pengetahuan yang secukupnya dalam KBKK. Jika tiada pengetahuan dalam

kemahiran berfikir, bagaimanakah ia dapat dilaksanakan di dalam pengajaran dan

pembelajaran seperti mana yang telah disarankan oleh kerajaan. Selain itu, sejauh

manakah kurikulum kita menggalakkan aktiviti yang membawa ke arah tersebut dan

Page 19: iii - fp.utm.my filepengetua dan guru-guru Kemahiran Hidup di semua sekolah menengah daerah Tanah ... mendapat analisis deskriptif dan infenrensi. ... BAB PERKARA MUKA SURAT

6

sejauh manakah tanggungjawab para pendidik kita yang mendidik ke arah tersebut?

Untuk menghasilkan pemikiran yang baik adalah dari proses pemikiran yang baik.

1.3 Pernyataan Masalah

Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi aspek KBKK penting bagi

mewujudkan generasi yang mempunyai daya intelek yang tinggi, berinovatif dan

berkecemerlangan dalam, membina idea-idea yang bernas. Ini bermakna, para

pendidik mestilah memainkan peranannya dalam pengajaran dan pembelajaran bagi

melaksanakan KBKK di dalam setiap mata pelajaran. Sehubungan dengan itu, sistem

pendidikan kemahiran hidup menjadi lebih komprehensif yang berbentuk

pembangunan keperibadian secara individu terutamanya dalam penerapan kemahiran

berfikir secara kritis dan kreatif dalam kurikulum pendidikan teknikal masa kini

menjadi penting dan releven. Bertolak dari peryataan ini, penyelidik memilih untuk

melihat pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam mata

pelajaran Kemahiran Hidup kerana penyelidik merasakan kepentingan kemahiran

berfikir dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah.

1.4 Objektif Kajian

Secara amnya kajian ini adalah bertujuan melihat aspek pengaplikasian

KBKK dalam pengajaran guru-guru Sekolah Menengah daerah Tanah Merah

Kelantan. Secara khususnya bagi objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1.4.1 Mengenalpasti tahap penguasaan KBKK di kalangan guru-guru yang

mengajar mata pelajaran kemahiran hidup.

1.4.2 Mengenalpasti pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

dalam proses pengajaran kemahiran hidup.

Page 20: iii - fp.utm.my filepengetua dan guru-guru Kemahiran Hidup di semua sekolah menengah daerah Tanah ... mendapat analisis deskriptif dan infenrensi. ... BAB PERKARA MUKA SURAT

7

1.4.3 Mengenalpasti penggunaan alat berfikir di dalam proses pengajaran guru

kemahiran hidup.

1.4.4 Melihat perbezaan tahap penguasaan KBKK guru berdasarkan jantina.

1.4.5 Mengenal pasti kaitan hubungan penguasaan guru dengan pengaplikasian

guru dalam KBKK.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah tahap penguasaan KBKK dikalangan guru Kemahiran Hidup?

1.5.2 Sejauh manakah pengaplikasian KBKK dalam proses pengajaran

kemahiran hidup?

1.5.3 Adakah guru Kemahiran Hidup menggunakan sepenuhnya Alat Berfikir

dalam pengajaranya?

1.5.4 Adakah terdapat perbezaan tahap penguasaan KBKK di kalangan guru

Kemahiran Hidup berdasarkan jantina.

1.5.5 Adakah terdapat kaitan penguasaan KBKK guru dengan pengaplikasian

KBKK guru di dalam pengajaran Kemahiran Hidup.

1.6 Hipotesis Kajian

1.6.1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap penguasaan KBKK

dikalangan guru Kemahiran Hidup berdasarkan jantina.

Page 21: iii - fp.utm.my filepengetua dan guru-guru Kemahiran Hidup di semua sekolah menengah daerah Tanah ... mendapat analisis deskriptif dan infenrensi. ... BAB PERKARA MUKA SURAT

8

1.6.2 Tidak terdapat kaitan yang signifikan hubungan penguasaan KBKK

guru dengan pengaplikasian KBKK guru dalam pengajaran

Kemahiran Hidup.

1.7 Kepentingan Kajian

Hasil kajian yang diperolehi, akan dapat memberikan gambaran kepada guru-

guru supaya pengaplikasian KBKK di dalam kelas dapat dilaksanakan dengan lebih

berkesan. Konsep ini juga akan memberikan perubahan besar yang lebih positif

terhadap pembelajaran pelajar terutamanya yang menyentuh aspek perkembangan

minda pelajar. Selain itu, hasil daripada ini juga diharapkan akan memberikan satu

garis panduan kepada guru-guru untuk membuat penilaian tentang kepentingan dan

keberkesanan KBKK untuk diterapkan kepada pelajar semasa proses pengajaran dan

pembelajaran matapelajaran Kemahiran Hidup.

Di samping itu, maklumat ini juga akan membantu pihak-pihak tertentu di

dalam KPM untuk menilai mengenai pengaplikasian KBKK dalam pengajaran guru

di sekolah dan menilai tahap pendidikan guru mengenai kemahiran berfikir dan

seterusnya mengambil tindakan untuk meningkatkan mutu pendidikan negara.

1.8 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan adalah tertakluk kepada batasan seperti berikut.

1.8.1 Kajian ini hanya ditumpukan kepada semua Sekolah Menengah Daerah

Tanah Merah, Kelantan.

1.8.2 Responden terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran

Kemahiran Hidup sahaja.