identiti nasional

3
JUMAAT, 15 MEI 2015 @ 1:10 AM Guru galas cabaran bimbing akhlak lahir generasi beretika OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR [email protected] PUTRAJAYA: Ketika dunia mendepani abad ke-21 yang serba mencabar, profesion keguruan diuji dengan pelbagai cabaran baharu. Cabaran itu adalah dalam bentuk kebendaan, intelektual, pemikiran, kerohanian, kebudaayaan, ideologi baharu serta isu yang berkaitan dengan masalah etika. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata ia sekali gus menjadikan tanggungjawab membina dan membentuk masyarakat beretika yang mampu membangun dan membina kekuatan sendiri serta menentukan masa depan yang bebas daripada pelbagai gejala sosial dan moral, semakin mencabar. KETUA Pengarah Pelajaran, Khair Mohamad Yusof. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor "Justeru, adalah amat penting untuk difahami bahawa penghayatan moral, nilai serta akhlak adalah asas kepada kehidupan manusia dan asas kepada martabat sesuatu kerjaya khasnya perguruan adalah bertanggungjawab memanjangkan tradisi dan budaya masyarakat Malaysia," katanya. Khair berkata disebabkan itu, sempena sambutan Hari Guru tahun ini, tema 'Guru: Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak' dipilih kerana pendidik yang profesional pasti dapat mencipta suasana pembelajaran dan pengajaran yang mampu membudayakan anak didik dengan amalan akhlak dan nilai murni. Kemuncak sambutan Hari Guru tahun ini akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Dewan Wawasan, Jitra, esok. Sebagai penghargaan kepada guru, antara anugerah dan penghargaan akan diberikan ialah Tokoh Guru Kebangsaan, Tokoh Kepimpinan Pendidikan, Anugerah Guru Inovatif, Anugerah Kepimpinan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Anugerah Cemerlang Guru Pendidikan Khas dan Anugerah Cemerlang Guru Kurang Upaya (OKU). Selain itu, dua lagi penghargaan akan turut diberikan, iaitu Ikon Guru dan Pengkarya Seni Visual, katanya. Kemajuan pengaruhi akhlak masyarakat "Tema ini selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 mengenai enam aspirasi yang mana setiap murid harus mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, memimpin, dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional. "Perkembangan dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak generasi serta masyarakat. "Usaha mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia dalam aspek teknologi maklumat dan industri berteknologi tinggi dengan pembentukan

Upload: muhdnajib10

Post on 17-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

cabaran sbg guru

TRANSCRIPT

JUMAAT, 15 MEI 2015 @ 1:10 AM Guru galas cabaran bimbing akhlak lahir generasi beretika OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR [email protected] PUTRAJAYA: Ketika dunia mendepani abad ke-21 yang serba mencabar, profesion keguruan diuji dengan pelbagai cabaran baharu. Cabaran itu adalah dalam bentuk kebendaan, intelektual, pemikiran, kerohanian, kebudaayaan, ideologi baharu serta isu yang berkaitan dengan masalah etika. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata ia sekali gus menjadikan tanggungjawab membina dan membentuk masyarakat beretika yang mampu membangun dan membina kekuatan sendiri serta menentukan masa depan yang bebas daripada pelbagai gejala sosial dan moral, semakin mencabar. KETUA Pengarah Pelajaran, Khair Mohamad Yusof. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor "Justeru, adalah amat penting untuk difahami bahawa penghayatan moral, nilai serta akhlak adalah asas kepada kehidupan manusia dan asas kepada martabat sesuatu kerjaya khasnya perguruan adalah bertanggungjawab memanjangkan tradisi dan budaya masyarakat Malaysia," katanya. Khair berkata disebabkan itu, sempena sambutan Hari Guru tahun ini, tema 'Guru: Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak' dipilih kerana pendidik yang profesional pasti dapat mencipta suasana pembelajaran dan pengajaran yang mampu membudayakan anak didik dengan amalan akhlak dan nilai murni. Kemuncak sambutan Hari Guru tahun ini akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Dewan Wawasan, Jitra, esok. Sebagai penghargaan kepada guru, antara anugerah dan penghargaan akan diberikan ialah Tokoh Guru Kebangsaan, Tokoh Kepimpinan Pendidikan, Anugerah Guru Inovatif, Anugerah Kepimpinan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Anugerah Cemerlang Guru Pendidikan Khas dan Anugerah Cemerlang Guru Kurang Upaya (OKU). Selain itu, dua lagi penghargaan akan turut diberikan, iaitu Ikon Guru dan Pengkarya Seni Visual, katanya. Kemajuan pengaruhi akhlak masyarakat "Tema ini selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 mengenai enam aspirasi yang mana setiap murid harus mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, memimpin, dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional. "Perkembangan dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak generasi serta masyarakat. "Usaha mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia dalam aspek teknologi maklumat dan industri berteknologi tinggi dengan pembentukan rohaniah dan ketahanan diri perlu diberikan perhatian serius," katanya. Beliau berkata tema Hari Guru tahun ini selari dengan fokus sistem pendidikan negara seperti dalam PPPM yang berpaksikan kepada melahirkan pelajar yang bukan sahaja berilmu dan mampu bersaing malah, pada masa sama membentuk warga negara yang bertunjangkan nilai etika dan kerohanian tinggi. "Perkembangan dunia dalam aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral," katanya. Generasi muda pada hari ini perlu diterapkan dengan perlakuan baik, adab dan tatasusila insan dalam hubungan sesama manusia, alam dan Tuhan bagi melahirkan generasi yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara. "Tugas dan tanggungjawab guru menyempurnakan akhlak adalah selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. "Tanpa memasukkan elemen pendidikan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran, cita-cita untuk melahirkan generasi cemerlang dalam semua aspek tidak akan berhasil. "Hanya penerapan nilai dan pendidikan moral dan akhlak mampu mendidik dan membentuk individu menjadi seorang yang benar-benar rasional, amanah, bertimbang rasa dan bertanggungjawab," katanya. Pendidikan bersifat futuristik Dalam pada itu, Khair berkata golongan pendidik perlu sedar dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik. "Justeru, pendidik hendaklah mampu menyediakan generasi muda untuk menghadapi masyarakat berasaskan industri, ekonomi global, kebanjiran teknologi tinggi, penggunaan komputer sebagai keperluan harian dan limpahan maklumat sejagat. Beliau berkata kementerian sentiasa berusaha memberikan latihan serta segala keperluan yang diperlukan oleh warga pendidik dalam usaha memantapkan kemahiran mereka. "Adalah menjadi tanggungjawab kementerian untuk sentiasa menyokong dan memberi penerangan kepada semua pendidik mengenai sistem pendidikan negara supaya mereka sentiasa seiring dengan matlamatnya," katanya. Beliau berkata matlamat sistem pendidikan negara sentiasa berpaksikan kepada melahirkan pelajar yang bukan sahaja berilmu dan mampu bersaing malah, pada masa sama membentuk warganegara yang bertunjangkan nilai etika dan kerohanian tinggi. http://www.bharian.com.my/node/54920