idea pembentukan pendidikan politik · pdf fileidea pembentukan pendidikan politik ... 50603...

12
IDEA PEMBENTUKAN PENDIDIKAN POLITIK KESATUAN UMAT ISLAM NUSANTARA Nur Tasnim Binti Ismail Afriadi Bin Sanusi Dr. Bharuddin Bin Che Pa Jabatan Siasah Syar’iyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. [email protected] Umat Islam Nusantara pernah disatukan oleh tulisan jawi, bentuk rupa, bahasa, tokoh ulama, hubungan kekeluargaan dan sebagainya. Akan tetapi berbagai-bagai kesamaan itu seolah-olah tidak pernah wujud dengan adanya konflik sengketa yang disebabkan oleh rasa nasionalisme sempit, di mana negara-negara tersebut baru lahir beberapa puluh tahun ini sahaja. Walaupun konflik adalah elemen semula jadi yang tidak dapat dielakkan namun kewujudannya perlulah dikurangkan dan diuruskan dengan sebaik mungkin supaya mampu menghasilkan kekuatan yang boleh membentuk keharmonian dan kesatuan ummah. Kajian ini ingin mengemukakan sebuah idea pembentukan pendidikan politik kesatuan umat Islam Nusantara dengan melihat berbagai-bagai kes konflik antara negara yang pernah berlaku sebagai bahan perbandingan. Hal ini perlu diberi perhatian agar kesatuan umat Islam Nusantara akan terus terjalin meskipun berlaku pelbagai permasalahan dalaman. Keywords : Nusantara, kesatuan, umat Islam, pendidikan politik PENDAHULUAN Nusantara merupakan istilah gabungan daripada bahasa Sanskrit iaitu ‘nusa’ yang bermaksud pulau dan ‘antara’ yang bermaksud dalam kelompok (gugusan, himpunan, golongan dan lain-lain). Istilah Nusantara ini membawa maksud sekumpulan pulau yang sangat besar yang dikenali sebagai ‘Alam Melayu’ dan juga sebutan nama bagi seluruh wilayah kepulauan Indonesia. 1 Nusantara berbeza dengan benua besar yang lain yang bersifat kedaratan kerana Nusantara merupakan benua yang bercirikan kepulauan dan kelautan. 2 Bahasa moden menafsirkan Nusantara berdasarkan lingkungan pengaruh bahasa dan kebudayaan masyarakat Melayu yang merangkumi rantau geografi meliputi Malaysia, Indonesia, Singapura, Selatan Thailand, Filipina, Brunei, Indo-China dan Taiwan tanpa melibatkan daerah Papua New Guinea. 3 Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) atau kelompok negara di Asia Tenggara atau Nusantara telah dikenali oleh Barat pada abad ke-16. 4 Kajian ahli arkeologi telah menyimpulkan bahawa Nusantara telah didiami oleh manusia yang berasal dari masyarakat atau orang Melayu sendiri kira-kira 35000 S.M. 5 Masyarakat Nusantara ini mempunyai aspek persamaan dari segi budaya dan linguistik yang menyebabkan mereka dikenali sebagai Alam Melayu atau Nusantara seperti penggunaan bahasa asal iaitu dari rumpun bahasa Melayu-Polinesia yang mempunyai ratusan suku atau etnik yang memiliki perbezaan dari aspek lokasi, dialek dan budaya. 6 Penggunaan bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa lingua franca di Nusantara setelah kedatangan Islam ke Nusantara. 7 Pada permulaannya masyarakat Nusantara mengamalkan ajaran agama Hindu-Buddha dan telah berlaku proses pengislamisasian dengan kedatangan agama Islam seawal abad ke-7 ke Nusantara melalui para pedagang yang beragama Islam. 8 Melalui proses pengislamisasian secara berperingkat di setiap tempat Nusantara ini telah berjaya menubuhkan Kerajaan Melayu-Islam pertama iaitu Kerajaan Samudera Pasai pada abad ke-13. Kemasukan Islam ini telah memberi suatu perubahan yang besar terhadap masyarakat Nusantara dan mewujudkan hubungan yang erat di antara kerajaan-kerajaan yang wujud pada masa itu. Sebagai contoh wujud hubungan saling membantu di antara Kerajaan Kesultanan Melaka dengan Kerajaan Samudera Pasai mengenai sebuah kitab teologi yang bertajuk Durr al-Manzum bagi mendapatkan penjelasan yang mendalam mengenai kitab tersebut. 9

Upload: lephuc

Post on 06-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

IDEA PEMBENTUKAN PENDIDIKAN POLITIK KESATUAN

UMAT ISLAM NUSANTARA

Nur Tasnim Binti Ismail

Afriadi Bin Sanusi

Dr. Bharuddin Bin Che Pa

Jabatan Siasah Syar’iyyah, Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia.

[email protected]

Umat Islam Nusantara pernah disatukan oleh tulisan jawi, bentuk rupa, bahasa, tokoh

ulama, hubungan kekeluargaan dan sebagainya. Akan tetapi berbagai-bagai kesamaan

itu seolah-olah tidak pernah wujud dengan adanya konflik sengketa yang disebabkan

oleh rasa nasionalisme sempit, di mana negara-negara tersebut baru lahir beberapa

puluh tahun ini sahaja. Walaupun konflik adalah elemen semula jadi yang tidak dapat

dielakkan namun kewujudannya perlulah dikurangkan dan diuruskan dengan sebaik

mungkin supaya mampu menghasilkan kekuatan yang boleh membentuk keharmonian

dan kesatuan ummah. Kajian ini ingin mengemukakan sebuah idea pembentukan

pendidikan politik kesatuan umat Islam Nusantara dengan melihat berbagai-bagai kes

konflik antara negara yang pernah berlaku sebagai bahan perbandingan. Hal ini perlu

diberi perhatian agar kesatuan umat Islam Nusantara akan terus terjalin meskipun

berlaku pelbagai permasalahan dalaman.

Keywords : Nusantara, kesatuan, umat Islam, pendidikan politik

PENDAHULUAN

Nusantara merupakan istilah gabungan daripada bahasa Sanskrit iaitu ‘nusa’ yang bermaksud pulau dan

‘antara’ yang bermaksud dalam kelompok (gugusan, himpunan, golongan dan lain-lain). Istilah Nusantara

ini membawa maksud sekumpulan pulau yang sangat besar yang dikenali sebagai ‘Alam Melayu’ dan juga

sebutan nama bagi seluruh wilayah kepulauan Indonesia.1 Nusantara berbeza dengan benua besar yang

lain yang bersifat kedaratan kerana Nusantara merupakan benua yang bercirikan kepulauan dan kelautan.2

Bahasa moden menafsirkan Nusantara berdasarkan lingkungan pengaruh bahasa dan kebudayaan

masyarakat Melayu yang merangkumi rantau geografi meliputi Malaysia, Indonesia, Singapura, Selatan

Thailand, Filipina, Brunei, Indo-China dan Taiwan tanpa melibatkan daerah Papua New Guinea.3

Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) atau kelompok negara di Asia Tenggara atau Nusantara

telah dikenali oleh Barat pada abad ke-16.4 Kajian ahli arkeologi telah menyimpulkan bahawa Nusantara

telah didiami oleh manusia yang berasal dari masyarakat atau orang Melayu sendiri kira-kira 35000 S.M.5

Masyarakat Nusantara ini mempunyai aspek persamaan dari segi budaya dan linguistik yang

menyebabkan mereka dikenali sebagai Alam Melayu atau Nusantara seperti penggunaan bahasa asal iaitu

dari rumpun bahasa Melayu-Polinesia yang mempunyai ratusan suku atau etnik yang memiliki perbezaan

dari aspek lokasi, dialek dan budaya.6 Penggunaan bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa lingua

franca di Nusantara setelah kedatangan Islam ke Nusantara.7

Pada permulaannya masyarakat Nusantara mengamalkan ajaran agama Hindu-Buddha dan telah

berlaku proses pengislamisasian dengan kedatangan agama Islam seawal abad ke-7 ke Nusantara melalui

para pedagang yang beragama Islam.8 Melalui proses pengislamisasian secara berperingkat di setiap

tempat Nusantara ini telah berjaya menubuhkan Kerajaan Melayu-Islam pertama iaitu Kerajaan Samudera

Pasai pada abad ke-13. Kemasukan Islam ini telah memberi suatu perubahan yang besar terhadap

masyarakat Nusantara dan mewujudkan hubungan yang erat di antara kerajaan-kerajaan yang wujud pada

masa itu. Sebagai contoh wujud hubungan saling membantu di antara Kerajaan Kesultanan Melaka dengan

Kerajaan Samudera Pasai mengenai sebuah kitab teologi yang bertajuk Durr al-Manzum bagi

mendapatkan penjelasan yang mendalam mengenai kitab tersebut.9

Kesatuan Islam Nusantara suatu masa dahulu turut berkait dengan hadirnya tokoh-tokoh ulama

Nusantara yang banyak memberi sumbangan di dalam pemerintahan pada ketika itu. Seorang tokoh

pembesar dan negarawan terulung di dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka iaitu Bendahara Paduka

Raja Tun Perak yang berpegang teguh kepada ajaran Islam di dalam kehidupannya dan juga di dalam

pemerintahan sehingga mampu mencapai kegemilangan Islam semasa pemerintahannya. Di dalam sejarah

Kesultanan Aceh juga terdapat ramai tokoh terkemuka sebagai contoh Ulama Syamsuddin al-Sumatrani

yang menghasilkan banyak kitab-kitab agama serta merupakan tunggak utama dalam melaksanakan dasar-

dasar pemerintahan Islam di Aceh.10

Terdapat ramai lagi tokoh-tokoh serta ulama ulung Nusantara yang

mempunyai sumbangan yang besar terhadap Nusantara.

Penjajah membahagi negara mengikut siapa yang menjajah seperti bekas jajahan British di Tanah

Melayu menjadi Malaysia dan bekas jajahan Belanda menjadi Indonesia. Polisi ini telah menyebabkan

terpisahnya daerah-daerah kepulauan Nusantara seperti mana yang wujud masa kini.11

Setiap masyarakat

negara yang dijajah pada waktu itu berjuang menuntut kemerdekaan mereka sehingga membentuk

pelbagai persatuan menuntut kemerdekaan seperti Sarekat Islam, Indische Partij, Parti Nasionalis

Indonesia (PNI), Partai Komunis Inonesia (PKI), Kesatuan Melayu Muda (KMM), Parti Komunis Malaya

(PKM) dan banyak lagi. Nasionalisme Nusantara ini sangat berpengaruh terhadap pejuang dan pemikir

nasionalis sebelum dan selepas perang, namun semangat nasionalisme Nusantara ini beransur pudar

setelah masing-masing negara mencapai kemerdekaan.12

KONSEP KESATUAN ALAM MELAYU

Dari pelbagai penemuan atropologi dan arkeologi dapat disimpulkan bahawa bahasa

Melayu merupakan keturunan dari penutur bahasa Austronesia. Dapat di fahami bahawa orang-orang yang

sekarang berada di bumi Nusantara, termasuk di Pacific, serta Semenanjung Melayu ini berasal dari satu

nenek moyang yang sama, iaitu penutur bahasa Proto-Austronesia, di Formosa, Taiwan. Majoriti

masyarakat di Nusantara digolongkan kepada Melayu. Orang Melayu merujuk kepada mereka yang

bertutur bahasa melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu13

. Perkataan Melayu berasal dari

nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana

letaknya Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya.

Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal dari perkataan

Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh

UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Brunei, Filipina, Indonesia, Madagaskar,

Semenanjung Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand14

. Mereka berasal dari Hindia Belakang yang

berpindah berkelompok ke bawah melalui sungai Siam, Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Sumatera, dan

pulau-pulau besar yang dinamai Nusantara (Antara pulau-pulau dari bahasa sanksrit).15

Hamka menuliskan bahawa yang dimaksud dengan negeri-negeri Melayu atau pulau-pulau

Melayu ialah Semenanjung Tanah Melayu (termasuk Singapura sekarang pen.), Sumatera, Jawa,

Kalimantan, Sulawesi, Pulau-pulau Nusa Tenggara, Pulau-pulau Maluku termasuk Irian, Pulau-pulau

Luzon dan Mindanao atau Filipina sekarang.16

Abdul Rahman Hj Abdullah mengatakan bahawa Melayu

itu adalah nama kerajaan dan ibu kota. Setelah itulah pengaruh Bahasa Melayu meluas ke Nusantara.17

Carlos Romula iaitu ahli politik Filipina menyatakan cita-cita untuk membentuk kesatuan Melayu

Raya.18

Perjuangan ini juga diperjuangkan oleh Dr. Burhanuddin el-Helmy, Ahmad Boestamam dan Haji

Ibrahim Yaakob dari tanah-tanah Melayu, dengan berbagai organisasi seperti Kesatuan Melayu Muda

(KMM), Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) dan sebagainya19

. Rumpun Melayu juga

merangkumi selatan Burma, Vietnam, Kemboja, Sri Lanka dan Taiwan dengan berbagai istilah seperti

Dunia Melayu, Alam Melayu, Nusantara dan Austronesia.20

Istilah Melayu Nusantara juga digunakan oleh

Tan Sri Prof. Pandita Ismail Husein dari Malaysia21

dan Djamal Tukimin sasterawan Singapura,22

Prof. Dr

Zainal Kling dan banyak lagi23

.

Tulisan melayu yang paling tua dan sempurna berasal dari Riau, iaitu yang ditulis dalam

gurindam dua belas karya Raja Ali Haji yang hingga sekarang di abadikan di kuburan beliau di Pulau

Penyengat. Saat ini boleh dikatakan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Nusantara yang

dapat di pahami oleh warganegara Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand24

.

Negara-negara yang terbentuk setelah kemerdekaan saat ini seperti Indonesia, Malaysia, dan

Singapura tidak menunjukkan teritori dan kekuasaan raja-raja Melayu Islam silam. Kerajaan Aceh

Darussalam (1607-1936) dengan rajanya yang terkenal Iskandar Muda wilayah kekuasaannya meliputi

Aceh, Deli, Johor, Bintan, Selangor, Kedah, Pahang dan sampai ke Semenanjung Melaka.25

Sebuah

kerajaan Melayu Riau Lingga (Abad ke 19) wilayah kekuasaannya meliputi Deli, Johor, dan Pahang.26

Setelah merdeka bangsa Melayu dipisahkan menjadi warga negara Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura

dan Selatan Thailand. Apa yang pasti, dalam istilah ilmu tidak mengenal adanya bangsa Brunei, Indonesia,

Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand. Karena bangsa bermaksud race. Istilah bangsa Brunei,

Thailand, Malaysia dan sebagainya adalah istilah politik sahaja, yang sebenarnya adalah warganegara atau

rakyat.

Parameswara iaitu Raja Melaka yang pertama adalah berasal dari Palembang. Kerajaan Aceh

Darus Salam memiliki hubungan yang sangat erat dengan Kerajaan pahang, Melaka dan Johor. Keluarga

Diraja Negeri Sembilan iaitu Yang Dipertuan Agung Malaysia yang pertama, yang sampai sekarang

menjadi lambang mata wang Malaysia berasal dari Minangkabau. Kerajaan Johor dan Selangor Memiliki

hubungan kekeluargaan yang rapat dengan Kerajaan Riau Lingga. Para Menteri dan pejabat tinggi

lainnnya di Malaysia banyak yang memiliki darah Rao, Aceh, Riau, Minangkabau, Palembang, Jambi dan

Kerinci.

Tokoh-tokoh awal kemerdekaan memiliki hubungan kekeluargaan yang rapat antara

semenanjung Tanah Melayu dengan Pulau Sumatera seperti Hamka27

, Adam Malik, Dr. Burhanuddin el-

Helmy, Ahmad Boestamam, Haji Ibrahim Yaakob dan banyak lagi. Mereka semua bukan berasal dari

Indonesia, karena Indonesia baru saja lahir pada Tahun 17 Ogos 1945. Mereka juga bukan anak Malaysia

karena Malaysia baru saja lahir tahun 31 Ogos 1957, tetapi mereka adalah anak melayu Nusantara.

BEBERAPA MASALAH YANG TIMBUL

Dewasa ini, terdapat beberapa permasalahan yang berlaku antara negara Nusantara yang suatu ketika

dahulu pernah disatukan oleh tulisan jawi, bentuk rupa, bahasa, tokoh ulama, hubungan kekeluargaan dan

sebagainya. Akan tetapi berbagai-bagai kesamaan itu seolah-olah tidak pernah wujud dengan adanya

konflik sengketa yang disebabkan oleh rasa nasionalisme sempit, di mana negara-negara tersebut baru

lahir beberapa puluh tahun ini sahaja. Sebagai contoh kontroversi yang tercetus pada 1969 mengenai isu

hak pemilikan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan antara Malaysia dengan Indonesia apabila Indonesia

membantah cadangan wilayah pelantar laut Malaysia yang memasukkan kedua-dua pulau tersebut. Setelah

melalui beberapa rundingan dan pertikaian selama 33 tahun, akhirnya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

mengeluarkan keputusan 17 Disember 2002 dengan memberi hak kedaulatan kepada Malaysia terhadap

wilayah Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan.28

Selain itu, tercetus juga isu tuntutan bertindih selama 28 tahun mengenai hak kedaulatan terhadap

Pulau Batu Putih yang terjadi di antara negara Singapura dan Malaysia. Namun, Mahkamah Keadilan

Antarabangsa (ICJ) telah mengeluarkan keputusan pada 23 Mei 2008 dengan memberikan hak tersebut

kepada Singapura.29

Keputusan yang dikeluarkan ini dilihat sebagai tidak dapat menyelesaikan masalah

hubungan di antara Malaysia dan Singapura, malah hal ini akan terus menjadi isu yang berterusan. Di

samping itu, terdapat beberapa lagi isu yang tercetus di antara Singapura dan Malaysia seperti isu bekalan

air bersih kepada Singapura, kedudukan Tambak Johor, pencerobohan jet-jet perang Tentera Udara

Singapura (SAF) di dalam ruang udara Malaysia dan caruman rakyat Malaysia dalam Kumpulan Wang

Simpanan Pusat (CPF) Singapura.

Disebabkan kewujudan pelbagai masalah antara negara Nusantara ini, hubungan kekeluargaan

yang pernah wujud suatu ketika dahulu telah dilupakan. Dengan itu, kajian ini ingin mengemukakan

beberapa idea sebagai salah satu usaha untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku ini. Usaha yang

ingin dikemukakan ini lebih berkisar mengenai idea pembentukan pendidikan politik dalam mewujudkan

kesatuan umat Islam Nusantara.

FALSAFAH KESATUAN UMMAH

Islam sebagai agama perpaduan semestinya mampu bertindak membentuk persekitaran dalam apa-apa

keadaan sekalipun, kerana setiap umat Islam akan sentiasa merasakan kesetiaan mereka kepada

agamanya.30

Sistem politik Islam yang merupakan sistem politik istimewa dan diyakini adalah sistem

politik yang unggul. Disebabkan itulah, pentingnya mewujudkan pendidikan politik yang berteraskan

Islam dalam mencapai kesatuan umat Islam. Hal ini terkait dengan Islam itu sendiri berdasarkan sabda

nabi :

“Islam itu unggul dan tidak ada yang dapat mengunggulinya” (HR: Sahih Muslim)31

Istilah kesatuan hasil dari kata nama ‘satu’ dengan imbuhan awalan ke- dan imbuhan akhiran –an

yang berkaitan dengan perihal keseutuhan. Kesatuan juga berkaitan dengan kesatuan orang yang terikat

pada ciri-ciri tertentu dalam kehidupan masyarakat.32

Kesatuan juga merupakan satu idea atau tema bagi

semua unsur di dalam sesuatu gubahan yang dapat menghasilkan suatu keadaan yang tenteram, teratur dan

selesa. Istilah kesatuan sinonim dengan istilah perpaduan. Dengan itu, untuk mendapatkan lebih

penjelasan, kajian ini turut meneliti definisi istilah perpaduan.

Perpaduan adalah suatu istilah yang diambil dari kata nama ‘padu’ atau ‘unity’ yang bererti

bersatu.33

Istilah padu juga membawa makna mampat, padat, tumpat dan sarat. Manakala perpaduan pula

bererti permuafakatan, kerukunan, kesepakatan, keharmonian, integrasi dan muhibah.34

Prof. Dr.

Kamaruddin Hj. Kachar dalam “Simposium Perpaduan Negara’ telah membentangkan dalam kertas

kerjanya ‘Peranan Institut Pengajian Tinggi Dalam Masyarakat Majmuk’, mendefinisikan perpaduan

sebagai suatu bentuk kefahaman, bantu-membantu, tegur-menegur, hormat-menghormati dan kasih-

mengasihi.35

Manakala istilah ummah membawa pengertian suatu kumpulan umat yang mempunyai

kepercayaan kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w serta menjalankan hidup berdasarkan al-Quran dan

as-Sunnah. Menurut Yang Berbahagia Tan Sri Prof. Dr. Muhammad Abdul Rauf ketika membentangkan

kertas kerjanya “Penyatuan Asas Perpaduan Ummah”, menerangkan bahawa “The Ummah is the Muslim

Nation.”36

Kesatuan ummah turut dijelaskan di dalam al-Quran dengan memberi beberapa pengertian.

Sebagai contoh, firman Allah s.w.t :

Maksudnya : Dan jika Allah menghendaki, tentulah ia menjadikan mereka satu umat

(yang bersatu dalam agama Allah yang satu); akan tetapi Allah (tidak merancang

yang demikian bahkan ia akan) memasukkan sesiapa yang dikehendaki-Nya ke dalam

rahmat-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan); dan orang-orang yang zalim

tidak ada baginya sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan dan pertolongan

(Surah as-Syuura : 8)

Berdasarkan ayat di atas, umat yang dimaksudkan ialah umat yang bersatu di dalam agama Allah

s.w.t iaitu Islam dengan menjalankan perintah Allah s.w.t dan meninggalkan larangannya. Istilah yang

digunakan itu menggambarkan kecemerlangan, cara, tempoh masa, suatu kumpulan dan juga suatu

bangsa.37

Manakala menurut fuqaha klasik, ummah ialah sekelompok manusia yang beriman berlawanan

dengan sekelompok manusia yang tidak beriman, iaitu suatu konsep falsafah atau suatu konsep ideologi.38

Selain itu, contoh lain yang dapat diberikan mengenai kesatuan dan perpaduan ummah di dalam

al-Quran ialah, firman Allah s.w.t :

Maksudnya : Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru

(berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat

segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan

keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

(Surah ali – ‘Imran : 104)

Istilah ummah yang dinyatakan di dalam ayat ini ialah suatu kelompok masyarakat yang

mempunyai ciri insan yang berjaya iaitu insan yang sering mengajak manusia ke arah kebaikan dan

mencegah kemungkaran. Islam amat menuntut perpaduan ummah yang merupakan kewajipan setiap

Muslim sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran dan sunnah.39

Kesimpulannya, kesatuan dan perpaduan ummah adalah satu ungkai kata yang menggabungkan

kekuatan umat Islam di dalam mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Kesatuan ummah ini

meliputi seluruh kehidupan masyarakat itu sendiri terutamanya perihal yang melibatkan aspek politik.

Dengan itu, umat Islam Nusantara masa kini perlulah sentiasa bersatu padu demi menjaga keharmonian

dan kesepaduan masyarakat Islam itu sendiri. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa pegangan agama

negara Nusantara masa kini sudah berlainan bagi setiap negara, namun masih terdapat lagi negara atau

masyarakatnya yang mengamalkan ajaran Islam sebagai contoh negara Malaysia, Indonesia, Brunei,

Selatan Thailand dan sebahagian masyarakat Singapura.

KONSEP UKHUWAH ISLAMIYAH

Islam telah menggariskan di dalam al-Quran dan Sunnah, bahawa setiap orang yang beriman itu adalah

bersaudara. Wajib bekerjasama di dalam kebaikan serta mendamaikan antara satu dengan lainnya.

Persaudaraan dalam Islam merangkumi Internationalisme dan tidak mengenal nasionalisme dalam erti

sempit. Mengutip beberapa pandangan tokoh seperti al-Maududi, Ibn Khaldun, Hasan al-Banna, Rashid

Rida dalam kajian W. Mohd. Azam Mohd Amin,40

bahawa nasionalisme atau ashabiyah yang berkembang

saat ini cenderung kepada negatif dengan membelakangkan prinsip-prinsip ukhuwah Islamiyah.

Nasionalisme berdasarkan kepada keturunan, bahasa, agama, daerah, sejarah adat, persamaan

pemerintahan dan berdasarkan kepada kepentingan bersama. Pengertian nasionalisme sangat luas dan

belum memiliki definisi yang tepat hingga saat ini. Nasionalisme moden lebih bersifat fanatik untuk

kepentingan bangsa dan keturunan. Tidak membezakan mana yang baik dan mana yang buruk tetapi

mengarah kepada nasionalisme di zaman jahiliyah.

Barbara Ward memandang sinis nasionalisme yang telah menyebabkan peperangan berpanjangan

dan perlumbaan senjata seperti nasionalisme versi Amerika, Yahudi dan Jerman. Imam Khomeini

menerima nasionalisme mencintai tanah air dan mempertahankan negara, tetapi beliau tidak menerima

nasionalisme yang melibatkan sengketa antara negara Islam. Abu Ala al-Maududi pula menerima

nasionalisme seperti dukungannya kepada Pakistan tanpa memusnahkan bangsa lain. Beliau tidak

menerima konsep nasionalisme yang memiliki sifat kebangsaan atau ashabiyah serta kesukuan fanatik

yang tidak melihat kepada haq dan bathil.

Manakala Hasan al-Banna memetakan nasionalisme dengan akidah. Setiap wilayah yang terdapat

orang Islam harus dicintai dan dipertahankan kehormatannya. Bagi Rashid Rida pula, Islam melarang

keras berpecah sesama Islam demi kepentingan puak, negara dan kawasan. Islam tidak mengenal batas

geografi, perbezaan suku kaum dan bangsa. Orang-orang dan negara Islam adalah umat yang satu iaitu

satu kesatuan tanah air yang berpusat pada kesatuan agama dan kesatuan umat atas dasar ukhuwah

Islamiyah.41

Mengutip Agus Salim, Suhelmi mengatakan bahawa nasionalisme yang salah menjadi sumber

malapetaka bagi bangsa-bangsa di dunia dengan berlakunya peperangan dan kekacauan lainnya atas nama

nasionalisme di Eropah. Rasa cinta pada tanah air menurut A. Hasan (Tokoh Persis) hendaknya tidak

memutus hubungan mereka dengan muslim di negara Islam lain dengan alasan mereka bukan setanah air.

Hal ini karena setiap muslim adalah bersaudara dan perlu bersatu antara satu sama lain.42

Nasionalisme yang diperjuangkan oleh Soekarno mengarah kepada chauvinism. Jelas

nasionalisme versi Soekarno bertentangan dengan nasionalisme yang diprakarsai oleh Haji Agus Salim,

Hamka dan M. Natsir, di mana nasionalisme harus bermuara pada mencari keredhaan Allah s.w.t43

.

Menurut Natsir, Agus Salim dan A. Hasan, Nasionalisme Indonesia harus memiliki dasar-dasar keislaman,

karena secara historis,

Dasar dari Ukhuwah Islamiyah ialah Firman Allah s.w.t dan Sunnah Rasul-Nya seperti;

Maksudnya : “Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka

damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah

kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Surah al-Hujurat : 10)

“Orang mukmin itu seperti satu jasad, atau bagaikan satu bangunan yang saling

mengukuhkan” (HR: Bukhari Muslim)

Ukhuwah Islamiyah dilandasi oleh ikatan persaudaraan yang berdasarkan kepada kesamaan

keimanan, kesepakatan atas pemahaman serta pembelaan kepada Islam sebagai agama yang diredhai Allah

s.w.t. Iman adalah tali pengikat yang lebih kuat dari ikatan keturunan, kekerabatan, kesukuan dan

kebangsaan.44

Menurut Prof. Dr. Abdullah @ Alwi Haji Hasan, negara-negara Islam akan menjadi sebuah

kekuatan yang besar di dunia sekiranya kerjasama umat Islam di dalam bidang politik, sosial, dan

ekonomi, seperti perdagangan antara negara-negara Islam, kerjasama dibidang pendidikan, militer,

kesehatan, infrastruktur dan sebagainya ditingkatkan.

KONSEP PENDIDIKAN POLITIK

Sebelum mendalami lebih lanjut mengenai pendidikan politik, kajian akan menerangkan terlebih dahulu

mengenai istilah pendidikan dan politik. Definisi pendidikan menurut Kamus Politik ialah suatu proses

perubahan sikap dan tingkah laku seseorang atau sekelompok masyarakat dalam usaha untuk

mendewasakan manusia melalui pengajaran dan latihan.45

Pendidikan juga adalah suatu usaha sistematik

yang dirancang dan dilaksanakan oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap

dan kemahiran kepada anggotanya seterusnya mengusahakan untuk memperkembangkan potensi individu

dan melakukan perubahan terhadap mereka.

Selain itu, pendidikan juga adalah persediaan untuk menghadapi pengalaman hidup secara serta-

merta dan persediaan yang sepatutnya dilakukan secara spontan dengan idea-idea yang bersesuaian serta

tindakan yang sewajarnya.46

Menurut Ibn Khaldun, pendidikan bertujuan mengoptimalkan pertumbuhan

dan perkembangan proses semula jadi potensi manusia yang tumbuh dan berkembang secara berperingkat.

Ibn Khaldun meletakkan pendidikan di dalam kerangka tamadun (al-‘Umran) serta tidak dapat dipisahkan

daripada tamadun.47

Islam juga sangat menitikberatkan konsep pendidikan terhadap umatnya kerana Islam

menetapkan bahawa pendidikan mempunyai martabat yang tinggi dan sangat penting terhadap umatnya

serta merupakan suatu kewajipan dan tuntunan. Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w, sabda baginda:

“Menuntut ilmu itu adalah kewajipan ke atas setiap orang Islam, baik lelaki mahupun

perempuan.” (HR : Ibn Majah)

Definisi politik menurut Sarjana barat mengatakan politik secara etimologi adalah ‘polis’ yang

berasal daripada bahasa Yunani Kuno yang bermaksud kota atau negara kota.48

Politik juga membawa

maksud ‘kekuasaan’ sebagai objek dari negara yang merupakan organisasi kekuasaan.49

Menurut Bernard

Crick, politik merupakan suatu kegiatan di dalam sistem pemerintahan yang melibatkan pembahagian

kuasa.50

Crick turut menjelaskan terdapatnya sifat toleransi dan menjaga kepentingan masyarakat di dalam

pembahagian kuasa ini.51

Berdasarkan perspektif Islam, perkataan politik digunakan di dalam bahasa Arab sebagai istilah

“siasah”. Menurut Kamus al-Munjid, siasah merupakan kata terbitan (masdar) yang berasal daripada

perkataan “sasa”, “yasusu” dan “siyasatan”.52

Ianya membawa maksud mengendalikan urusan sebuah

negara, memperbaiki keadaan dan urusan manusia dan mentadbir urusan sesebuah negara.53

Penegasan

istilah ini berasal daripada perkataan Arab telah disokong oleh para Muhaqqiq seperti al-Maqrizi dan Ibn

Manzur.54

Menurut kamus dewan pula, siasah bermaksud pengetahuan yang bersangkutan dengan hal-hal

kenegaraan (pemerintahan) politik.55

Ia juga didefinisikan sebagai kebijaksanaan untuk mencapai sesuatu

maksud.56

Ibn Manzur turut mendefinisikan siasah sebagai menguruskan keperluan tuan (bagi seorang

hamba). Hal ini berdasarkan riwayat yang disampaikan oleh Jabir. Beliau memberitahu bahawa seorang

lelaki telah menemui Nabi dan berkata : “Sesungguhnya aku mempunyai seorang hamba perempuan yang

menjadi khadam dan menjaga kepentingan kami (سياستنا). Aku tawaf ke atasnya (menyetubuhinya) tetapi

aku tidak suka dia mengandung.”57

Siasah menurut Ibn Manzur juga diertikan sebagai menjaga dan menguruskan keperluan binatang

ternakan (contohnya kuda). Hal ini seperti yang disampaikan oleh Asma’ Abu Bakar dalam riwayat yang

panjang dan sebahagian maksudnya ialah “…..sehinggalah Abu Bakar as-Siddiq (bapa Asma’) sendiri

menghantar kepada aku seorang pembantu yang mengendali segala urusan penjagaan kuda (سياسة الفرس) di

mana sebelum itu Asma’ sebelum itu Asma’ sendiri menjaga segala keperluan kuda tersebut. Dengan

adanya pembantu itu, seolah-olah Abu Bakar telah memerdekakan aku (iaitu membebaskan beliau

daripada tugas menjaga keperluan kuda yang begitu berat baginya).”58

Berdasarkan definisi yang diberikan dapat difahami bahawa makna istilah siasah tidak terkeluar

daripada maksud utama iaitu melakukan sesuatu perkara yang menguntungkan dan mendatangkan faedah

atau kebaikan kepada pihak-pihak yang berada di bawah jagaannya atau di bawah naungannya dengan

cara memimpin, merancang, mengurus, mentadbir, mengendalikan urusan, menjaga keperluan, membantu

dan sebagainya.59

Selain itu, politik atau siasah yang mempunyai maksud mengatur urusan umat itu meliputi dalam

mahupun luar negeri, di mana siasah itu dilaksanakan sama ada oleh negara (pemerintah) mahupun umat

(masyarakat). Negara adalah institusi yang mengatur urusan tersebut secara praktikal manakala

masyarakat membuat penilaian terhadap pemerintah dalam melaksanakan tugasnya.60

Definisi perkataan

politik itu secara umumnya pada semua orang kerana menggambarkan realiti aktiviti politik. Menurut

Ensiklopedia “al-Ulum al-Ijtima’iyah” secara eksplisit dikatakan bahawa politik adalah segala aktiviti

manusia yang berkaitan dengan penyelesaian pelbagai konflik dan menciptakan keamanan bagi

masyarakat.

Demi mencapai tujuan itu, politik tidak boleh dipisahkan dengan kekuatan ataupun usaha yang

bersifat keras. Hal ini berbeza dengan al-Mu’jam al-Qanuni yang mendefinisikan siasah sebagai ‘dasar-

dasar atau disiplin ilmu yang membahas tentang cara mengatur pelbagai persoalan yang bersifat umum.61

Manakala menurut Abdul Hamid al-Ghazali, politik merupakan seni pemerintahan dan pengendalian

negara dengan memelihara kemerdekaan, kebebasan, kehormatan dan kemuliaan umat tanpa campur

tangan dalam urusan negara lain.62

Kesimpulannya, politik yang wujud dalam sesebuah negara itu merupakan kegiatan yang

menjadikan umat manusia mendekati hidup yang sempurna dan menjauhkan diri daripada kerosakan dan

kemusnahan. Politik juga boleh diertikan sebagai sistem pemerintahan sesebuah negara dan juga mengenai

urusan mentadbir sesuatu perkara dan melakukan sesuatu yang boleh memperbaiki keadaan.

Seterusnya pemahaman mengenai istilah pendidikan politik yang sering disamakan dengan

political socialization di dalam Bahasa Inggeris yang dinamakan sebagai sosialisasi politik. Dengan kata

lain, sosialisasi politik adalah pendidikan politik dalam makna yang sempit. Menurut Ramlan Surbakti,

penjelasan mengenai sosialisasi politik perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum menjelaskan makna

pendidikan politik. Beliau menyatakan sosialisasi politik terbahagi kepada pendidikan politik dan

indoktrinasi politik. Pendidikan politik mendidik masyarakat dalam memahami sistem politik negaranya.

Masyarakat juga akan mengalami proses sosialisasi dengan terbentuknya mereka dari segi sikap dan

orientasi politik melalui sistem politik seperti sekolah, pemerintah dan parti politik.63

Manakala menurut Alfian, pendidikan politik adalah usaha yang dilaksanakan dalam keadaan

sedar untuk mengubah proses sosialisasi politik masyarakat sehingga mereka memahami dan menghayati

nilai-nilai yang terdapat di dalam sistem politik ideal yang hendak dicapai.64

Menurut Rusadi Kartaprawira

pula, pendidikan politik ialah keupayaan untuk mempertingkatkan pengetahuan rakyat mengenai politik

dan juga keterlibatan rakyat secara maksimum di dalam sistem politik.65

Secara keseluruhannya, pendidikan politik adalah pendidikan yang perlu kepada perancangan

yang betul dan berstrategi dalam usaha memastikan individu atau sesebuah masyarakat itu memahami

konsep dan kepentingan sistem politik negara dengan cara menghubungkannya dengan sikap dan tingkah

laku individu atau sesebuah masyarakat itu. Hal ini bagi mewujudkan kesedaran politik individu atau

sesebuah masyarakat itu supaya mampu mengendalikan tanggungjawab mereka terhadap sistem politik

negara. Disebabkan itu, pendidikan politik ini perlu dilakukan secara berkesinambungan supaya

pemahaman masyarakat terhadap isu politik sentiasa meningkat. Pendidikan politik ini boleh dilakukan

dengan pelbagai cara seperti melalui media massa, institusi pendidikan dan juga pihak pemerintah.

IDEA PEMBENTUKAN PENDIDIKAN POLITIK

Kajian terhadap idea pembentukan pendidikan politik ini dilakukan untuk menyedarkan

masyarakat Nusantara serta pemimpin negara Nusantara masa kini. Tanpa gabungan usaha pemimpin dan

masyarakat, kejayaan untuk mengeratkan kembali hubungan kenegaraan Nusantara amat sukar diperoleh.

Peri pentingnya elemen sejarah Nusantara menjadi isi penting di dalam pendidikan politik terhadap negara

Nusantara. Elemen sejarah Nusantara ini perlulah dijelaskan secara terperinci tanpa wujudnya semangat

nasionalisme kenegaraan masing-masing tetapi atas dasar kesatuan umat Nusantara. Putera setia Melayu

Raya iaitu Dr. Burhanuddin turut mementingkan sejarah Melayu Raya (Nusantara) terhadap semangat

patriotisme beliau dalam slogan yang sering dilaungkan iaitu ‘Indonesia-Malaysia Satu’. Beliau turut

menegaskan untuk menubuhkan Melayu Raya dengan bersatunya daerah-daerah dalam lingkungan

gugusan Pulau-pulau Melayu di dalam satu unit politik di tengah-tengah unit politik dunia.66

Sejarah Nusantara merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian di dalam pendidikan

politik ke arah kesatuan ummah kerana melalui sejarah seseorang itu dapat mengetahui asal-usul

kewujudan Nusantara dan juga mengetahui kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan supaya tidak lagi

mengulanginya dan juga mencontohi teladan daripada pemerintah lepas. Sebagaimana falsafah sejarawan

dunia iaitu George Santayana yang mengatakan ‘seseorang yang melupakan sejarah pasti akan

mengulanginya’. Perlu difahami bahawa sejarah adalah inti pati ketamadunan dalam mengenali dan

mengetahui kewujudan identiti sesebuah negara, masyarakat, kebudayaan dan manusia. Melalui

pemahaman dan penghayatan sejarah Nusantara akan melahirkan warganegara atau masyarakat yang

berjiwa besar yang yakin dengan asal-usul dan tamadun serta kekal dengan identiti.67

Pendidikan politik ke arah kesatuan umat Islam Nusantara juga perlu menekankan aspek

ukhuwah yang tidak membezakan bangsa dan warganegara. Islam merupakan agama yang sangat

mementingkan ukhuwah. Hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t :

Maksudnya : “Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka

damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah

kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Surah al-Hujurat : 10)

Berdasarkan ayat di atas, kedatangan Islam ke Nusantara mempunyai unsur-unsur dakwah di

samping mengembangkan ekonomi dan juga nilai-nilai dasar Islam sebagai contoh prinsip ukhuwah yang

amat penting di bangunkan semula oleh negara Nusantara masa kini.68

Kesatuan ummah itu akan muncul

apabila setiap individu atau masyarakat atau pemimpin menganggap insan lain sebagai saudara seagama

melalui sikap rendah hati, tawaduk serta menghargai insan lain. Umat Islam Nusantara perlu bersatu

kembali bagi menjadikan Islam sebagai ikatan yang paling kuat di antara kita. Meskipun terdapat negara

Nusantara kita yang tidak mengamalkan ajaran Islam, konsep pendidikan politik ini juga perlu

menekankan aspek mengenai sikap Islam yang sangat menghormati masyarakat bukan Islam yang tidak

memusuhi Islam.

Selain itu, pendidikan politik ke arah kesatuan ummah Nusantara sangat penting juga

menekankan pemahaman terhadap konsep, prinsip-prinsip dan nilai-nilai politik Islam terhadap seluruh

masyarakat Nusantara sama ada melalui pendidikan formal atau informal. Sebagaimana yang diketahui,

sistem politik Islam berbeza dengan sistem politik yang lain disebabkan beberapa keistimewaan dan ciri

penting yang terdapat di dalam sistem politik Islam ini.69

Ciri-ciri itu juga telah menyebabkan sistem politik Islam itu sesuai dijalankan pada bila-bila masa

dan juga di mana sahaja. Terdapat beberapa prinsip sistem politik Islam yang disepakati oleh ulama yang

berperanan mengawal perlaksanaan prinsip-prinsip itu supaya mencapai matlamat yang ditetapkan. Di

antara prinsip tersebut ialah musyawarah, keadilan, kebebasan dan persamaan.70

Berdasarkan prinsip yang

dinyatakan di atas, sistem politik Islam itu sememangnya mempunyai perkaitan dengan kesatuan ummah.

Disebabkan itu, sangat sesuai sistem politik Islam ini diterapkan di dalam pendidikan politik ke arah

kesatuan ummah Nusantara ini.

MANFAAT KESATUAN

Konsep ummah sebagai persaudaraan Islam sejagat dan syariat sebagai panduan hidup yang abadi dan

universal adalah dua faktor yang menyatukan orang-orang Islam dalam sejarah.71

Namun, negara di dalam

kawasan Nusantara kini tidak lagi bersatu-padu, malah telah berpecah belah. Idea pendidikan politik ini

diberikan kepada negara serumpun ini sangat penting pada masa kini bagi mewujudkan kemantapan

daerah dan keselamatan bersama. Islam telah menunjukkan kaedah penyatuan yang berstruktur dan teratur

yang mampu membangunkan umat.72

Apabila umat Islam telah bersatu dan hidup di bawah sistem Islam

yang mulia, maka sumber kekayaan seperti petroleum dan gas tidak akan lagi tertumpu kepada negeri

kecil seperti Malaysia, Brunei dan lain-lain yang dinikmati hanya segelintir pihak semata-mata. Dalam

keadaan mendesak, bantuan akan digerakkan secara efisien seperti apa yang telah berlaku ketika Madinah

dilanda kemarau pada zaman Umar al-Khattab.

Selain itu, pendidikan politik juga akan mewujudkan kestabilan politik setiap negara serantau dan

juga semua bidang lain akan turut stabil apabila pemerintah dan masyarakat memahami mengenai

pendidikan politik terutamanya yang berteraskan Islam. Menurut al-Maududi amat penting konsep politik

Islam dipelajari, difahami dan diteliti secara tepat dan mendalam kemudian dihayati dan diamalkan dalam

kehidupan seharian. Hal ini bagi mengelakkan timbulnya masalah penyalahgunaan konsep dan kuasa

politik yang boleh menyebabkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam sendiri dan juga

masyarakat bukan Islam.73

Dengan itu, peri pentingnya pemerintah dan masyarakat Nusantara masa kini

memahami dang menghayati pendidikan politik yang berteraskan Islam bagi mengelakkan terjadinya

permasalahan.

Sistem pentadbiran sesebuah kerajaan atau pemerintah yang tidak wujud pergolakan politik akan

dapat membangunkan sesebuah masyarakat itu mengikut perancangan yang ditetapkan oleh pemerintahan

tersebut apabila pemahaman mengenai pendidikan politik Islam dilakukan.74

Di dalam sistem politik Islam

turut menggariskan matlamat untuk membangun dan memaju sesebuah pemerintahan dari segi ekonomi,

pembangunan, kemasyarakatan, pendidikan dan sebagainya.75

Tanpa keamanan dan perpaduan ummah,

segala perancangan dan strategi yang dirancang akan terbengkalai untuk dilaksanakan. Namun begitu,

pembangunan yang dijalankan mestilah berunsurkan syariat Islam sambil menjaga kemaslahatan ummah.

KESIMPULAN

Tidak dapat dinafikan dewasa ini terdapat banyak universiti yang menubuhkan fakulti atau jabatan yang

berkaitan dengan sistem politik seperti Jabatan Sains Politik Islam di Akademi Pengajian Islam Universiti

Malaya, Jabatan Sains Politik di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia,

Sains Politik Universitas Nasional Indonesia, Jakarta dan di universiti lain lagi. Pendidikan politik ini

dijalankan secara formal bagi sesuatu kelompok tertentu tanpa melibatkan kelompok yang lain. Secara

tidak langsung, kelompok masyarakat yang terlibat akan mengalami proses sosialisasi politik secara

terancang sehingga mampu membentuk keperibadian berpolitik dan kesedaran berpolitik.

Namun, bagi masyarakat lain proses sosialisasi politik ataupun pendidikan politik boleh berlaku

secara informal melalui media massa atau media elektronik yang sering meuar-uarkan isu politik semasa.

Pemikiran politik seseorang itu akan terbentuk berdasarkan fakta politik yang diperolehinya sehingga

mampu menjadikan individu tersebut seorang yang terlibat dengan politik ataupun tidak. Masyarakat

sering kali menganggap mereka tidak mempunyai kaitan dengan politik walaupun secara hakikatnya

pendapat itu salah. Disebabkan itu, masyarakat perlu disedarkan akan tanggungjawab mereka untuk turut

terlibat di dalam kancah politik berdasarkan batas yang telah ditetapkan.

Perkembangan pendidikan politik ini juga amat penting bagi pihak pemerintah untuk melihatnya

sebagai suatu isu yang serius untuk memastikan kesatuan Nusantara kembali terjalin. Kerjasama pihak

pemerintah negara Nusantara perlu wujud dalam usaha memastikan kesatuan ummah melalui pendidikan

politik. Pemerintah juga merupakan contoh teladan kepada masyarakat, tanpa pemerintah yang

berkreadibiliti dalam menjalinkan hubungan sesama negara Nusantara ini, masyarakat juga tidak mampu

untuk melaksanakannya. Disebabkan itu, kesedaran setiap pihak amat perlu dalam memastikan

keberhasilan kesatuan ummah Nusantara. Konsep pendidikan politik ini perlu diterapkan kepada seluruh

masyarakat dan pemimpin sama ada melalui penerapan formal atau informal.

Nota Hujung

1 Dato Paduka Hj Mahmud Hj Bahyr. (2003). Kamus Bahasa Melayu Nusantara. Brunei : Dewan Bahasa

dan Pustaka Brunei, h. 1893. 2 A.Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Malaysia : Perpustakaan

Negara Malaysia, h. 13. 3 Roslan Saadon. (2009). Gagasan Nasionalisme Melayu Raya : Pertumbuhan dan perkembangannya.

Selangor : Karisma Publications Sdn Bhd, h. vi. 4 Ibid., h. v.

5 Mohd. Koharuddin Mohd Balwi. (2005). Peradaban Melayu. Johor : Universiti Teknologi Malaysia, h.

5. 6 Ibid., h. 8.

7 Abdul Rahman Haji Abdullah. (1990). Pemikiran Umat Islam di Nusantara. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka, h. 54. 8 Arba’iyah Mohd Noor. (2011). Perkembangan Pensejarahan Islam di Alam Melayu. Jurnal al-

Ttamaddun. Bil. 6, h. 30. 9 Ibid., h. 32.

10 Auni Haji Abdullah. (2005). Tradisi Pemerintahan Islam dan Kolonialisme Dalam Sejarah Alam

Melayu. Malaysia : Darul Fikir Sdn Bhd, h. 20. 11

Abdullah Abbas. (1954). Sejarah Melayu Raya: Tarikh perjuangan dan ekonomi Indonesia, Filipina

dan Melayu. Pulau Pinang : Persama Press, h. 11. 12

Roslan Saadon. (2009). op.cit., h. 19. 13

Shaharir Mohamad Zain. (2008). Pembinaan Semula Teori Kepemimpinan dan Pengurusan Rumpun

Melayu. Kuala Terengganu : UMT, h. 1-7. 14

A. Kardiyat Wiharyanto. (2005). Asia Tenggara Zaman Pranasionalisme. Jogjakarta : Universitas

Sanata Dharma, h. 25-29. 15

Hamka. (2006). Sejarah Umat Islam, h. 656. 16

Ibid., h. 668-669. 17

Hj Abdullah. (2006). op.cit., h. 32-33. 18

Ibid., 19

Roslan Saadon. (2009). Gagasan Nasionalisme Melayu Raya, Pertumbuhan dan Perkembangan. Shah

Alam : Karisma Publications. 20

Cik Mohamed. (1995). Campa dan dunia Melayu dalam Ismail Husein et. Al Tamadun Melayu. Jilid 3.

Kuala Lumpur: DBP, h. 1063. 21

Wawancara di Mid valley dengan beliau pada Tahun 2009. 22

Wawancara di Singapura dengan beliau pada Tahun 2009. 23

Wawancara di Pengajian Melayu University Malaya Tahun 2009. 24

Dalam sebuah wawancara di RTM Tahun 2009, Prof. Dr. Zainal Kling menolak menggunakan istilah

bahasa Malaysia dan hanya menggunakan istilah bahasa Melayu dalam perjuangan PPSMI. Ini karena

menurut beliau, Melayu adalah satu kesatuan yang tidak boleh dipisahkan oleh batas geografi kenegaraan

dan perbezaan aliran politik. 25

Syafiq A. Mughni. (2002). Dinamika Intelektual Islam Di Zaman Kegelapan. Surabaya : Ipam, h. 50. 26

A. Samad Ahmad. (1985). Kerajaan Riau Johor. Kuala Lumpur : DBP, h. 1-11. 27

Dr Siddiq Fadzil, Mengangkat martabat umat dan tamadun melayu, dalam, Sidek Baba. (2008).

Pemikiran Hamka. Kuala Lumpur : DBP, h. 152. 28

Nik Anuar Nik Mahmud. (2003). Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan : Isu Sempadan dan Kedaulatan.

Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. 29

Mohd Fazli. (2008, Mei 25). Pulau Batu Putih : Keputusan ICJ Mengundang Lebih Konflik. Diperolehi

April 16, 2012, dari http://ilzaf.multiply.com/journal/item/79/PULAU_BATU_PUTIH_-

_Keputusan_ICJ_Mengundang_Lebih_Konflik?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem 30

Mohamad Abu Bakar. (2000). Persejagatan Islam Dan Perpaduan Ummah Menelusuri Politik

Antarabangsa Masa Kini. (Seminar Muhadharah pemikiran Islam, siri 7 di Menara Yayasan Islam

Terengganu, 25 September 1999), h.5. 31

Sahih Muslim Bi Sharh Nawawi. (1983). Beirut : Dar al-Fikr. Jil. 1, h. 52. 32

Dato Paduka Hj Mahmud Hj Bahyr. (2003). op.cit., h. 2391. 33

Dewan Bahasa dan Pustaka. (1979). Kamus Dwi Bahasa, Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h.1978.

34

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2008). Tesaurus Bahasa Melayu Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka, h.605. 35

Kamaruddin Kachar. (1988). “Peranan Institut Pengajian Tinggi Dalam Masyarakat Majmuk”, (Kertas

Kerja Peranan Institut Pengajian Tinggi Dalam Masyarakat Majmuk di UKM Bangi, 16-17 Jan 1988). 36

Muhammad Abdul Rauf. (1989). “Penyatuan Asas Perpaduan Ummah”, (Kertas Kerja Nadwah

Penyatuan Ummah di Dewan Besar Kolej Agama Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu, 11-13 Februari

1989), h. 9. 37

Bagi kelainan penggunaan istilah ‘Ummah dalam al-Quran’ lihat surah-surah berikut : 16:20, 42:8, 3:45,

11:8, 7:159, 7:164, 28:23, 16:92, 23:34, 35:24, 2:134, dan 23:52. Lihat juga Razalai Embong. (1990).

Perpaduan Ummah : Hubungannya Dengan Perkembangan Politik di Malaysia. Satu Tinjauan di Daerah

Marang, Terengganu. (Kertas Projek, Jabatan Usulludin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya),

h.19. 38

Abdul Hamid ‘A. Abu Sulayman. (1987). Perhubungan Antarabangsa Menurut Teori Islam. Abdullah

bin Abdul Majid (terj.), c.1. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 43. 39

Fadhil Mohd Noor & Abdul Hadi Awang. (1988). Perpecahan Bangsa dan Penyelesaian. Kuala

Lumpur : GG Edar, h. 21. 40

W Moh. Azam Mohd Amin. (1997). Antara Ashabiyah dan Nasionalisme. Kuala Lumpur : Universiti

Malaya, h. 1- 47. 41

Omardin Ashaari. (2008). Sistem Politik Dalam Islam. Kuala Lumpur : Yadim, h. 374. 42

Ahmad Suhelmi. (2002). Polemik Negara Islam Soekarno Versus Natsir. Jakarta : Teraju, h. 48-70. 43

M. Natsir. (2001). Agama dan Negara Dalam Perspektif Islam. Jakarta : Media Dakwah, h. 26. 44

Tim Penyusun. (1999). Ensiklopedi Islam, cet. Ke-5, Jakarta : Ictiar Baru Van Hoeve, h. 241. 45

B.N. Marbun. (2002). Kamus Politik. Jakarta : Pustaka Sinar Harapan, h. 416. 46

Alfred N. whitehead. (1929). The Aims of Education. New York : Macmillan, h. 58. 47

Syahrul Riza. (2008). Konsep Pendidikan Islam Menurut Pemikiran Ibn Khaldun : Suatu Kajian

Terhadap Elemen-elemen Kemaysrakatan Islam. (Tesis Sarjana Sastera, Universiti Sains Malaysia), h. 4. 48

P.Anthonius Sitepu. (2012). Studi Ilmu Politik. Yogyakarta : Graha Ilmu, h. 106. 49

Budiardjo, Miriam. (2008). Dasar-dasar Ilmu Politik. Jakarta : Gramedia Pustaka Utama, h. 17. 50

Bernard Crick. (1962). In Defence of Politics. Harmondsworth : Penguin Books, h. 21. 51

K. Ramanathan. (1994). Asas Sains Politik. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, h. 26. 52

Lukman Thaib. (2006). Discourse on Islamic Political Thought. Kuala Lumpur : University of Malaya

Press, h. 5. 53

Fuad Ifram al-Bustani. (1956). Munjid al-Tullab. Cairo : Dar al-Falah, h. 341. 54

Ibn Manzur. (1990). Lisan al-Arab. Beirut. Jil. 6, h. 108. 55

Kamus Dewan (edisi ketiga). (1998). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 1274. 56

Norleha Md Salleh. (2005). Kefahaman Tentang Konsep Politik Islam : Kajian Khusus Terhadap

Masyarakat Di Daerah Tuaran Sabah. (Kertas Projek , Fakulti Syariah, Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya.), h. 15. 57

Riwayat Ahmad (1991), al-Musnad. Beirut. J. 3, h. 386. 58

Al-Bukhari (1986), op.cit., j. 9, h. 230. 59

Shukeri Mohammad, Siasah Syar’iyyah dan Kedudukannya sebagai Metod Penentuan Hukum. Hukum

Islam Semasa bagi Masyarakat Malaysia yang Membangun, (ed.) Dr. Karim dan Raihanah Azhari,

APIUM 60

Ishomuddin. (2006). Teori Kepimpinan dan Kekuasaan Politik Islam. Indonesia : Universitas

Muhammadiyah Malang, h. 23. 61

Yusuf al-Qaradhawi. (2008). Meluruskan Dikotomi Agama dan Politik. Khoirul Amru Harahap (terj.),

Jakarta : Al-Kautsar, h. 20. 62

Omardin Ashaari. (2008). Sistem Politik Islam. Kuala Lumpur : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, h.

115. 63

Surbakti, Ramlan. (1999). Memahami Ilmu Politik. Jakarta : Pt Gramedia Widiasarana Indonesia, h.

117. 64

Alfian. (1981). Pemikiran dan Perubahan Politik Indonesia. Jakarta : Gramedia, h. 235. 65

Rusadi Kartaprawira. (1988). Sistem Politik Indonesia Suatu Modal Pengantar. Bandung : Sinar Baru.

Cet. V, h. 54. 66

Ahmad Boestamam. (1972). Dr. Burhanuddin Putera Setia Melayu Raya. Kuala Lumpur : Pustaka

Kejora, h. 77. 67

Prof Datuk Zainal Abidin Borhan. (2011, April 1). Mewajibkan mata pelajaran sejarah. Utusan Online 68

Moh. Nurhakim. (2004). Sejarah dan Peradaban Islam. Malang : Universitas Muhammadiyah Malang,

h. 157.

69

Al-Anbariy, Khalid bin Ali. (2008). Sistem Politik Islam : Menurut al-Quran, Sunnah & Pendapat

Ulama Salaf. Zahazan Mohamed, Mat Taip Pa & Mohd Puzhi Usop (ed.). Kuala Lumpur : Telaga Biru

Sdn. Bhd, h. 34. 70

Lukman Thaib. (1998). Politik Menurut Perspektif Islam. Selangor : Synergymate Sdn Bhd, h. 52. 71

Y. Mansor Marican (1982), Dasar Ilmu Politik, c. 1. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h.

113. 72

Ajid Thohir (2004), Perkembangan Peradaban Di Kawasan Dunia Islam : Melacak Akar-Akar Sejarah,

Sosial, Politik Dan Budaya Umat Islam. Jakarta : PT RajaGrafindo Persada, h. 25. 73

Sayyid Abu al-‘Ala al-Maududi (1963), A Short History of The Revivalist Movement in Islam. Lohore :

Publication Ltd, h. 6. 74

Razalai Embong (1990), Perpaduan Ummah : Hubungannya Dengan Perkembangan Politik di

Malaysia. Satu Tinjauan di Daerah Marang, Terengganu. (Kertas Projek, Jabatan Usuluddin, Akademi

Pengajian Islam, Universiti Malaya), h. 46. 75

Norleha Md Salleh, Kefahaman Tentang Konsep Politik Islam : Kajian Khusus Terhadap Masyarakat

Di Daerah Tuaran Sabah. (Kertas Projek, Fakulti Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.),

h. 24.