ict merupakan satu alat telekomunikasi yang wajib digunakan dalam mana

2
ICT merupakan satu alat telekomunikasi yang wajib digunakan dalam mana-mana institusi tinggi seperti Universiti mahupun sekolah. ICT amat penting dalam bidang pendidikan terutamanya pada masa kini bagi merancakkan dan menstrukturkan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif serta efektif. Namun terdapat beberapa masalah keselamatan ICT yang timbul dalam kalangan pengguna terutamanya melibatkan institusi sekolah, walau bagaimanapun terdapat beberapa langakah bagi mengatasi masalah keselamatan ICT, antaranya ialah : 1. Akses Atas Dasar Perlu Akses kepada sumber ICT hanya diberikan untuk tujuan spesifik dan dihadkan kepada pelajar tertentu atas dasar perlu mengetahui sahaja. Akses akan hanya dibenarkan sekiranya peranan atau tanggungjawab tugasnya memerlukan penggunaan sumber maklumat elektronik. Oleh yang demikian guru perlulah memerhati perilaku pelajar mereka semasa mengakses ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Memasang Antivirus Bagi mengelakkan sebarang virus ataupun hack treat untuk merebak dan memusnahkan sistem serta perisian yang terdapat dalam sesebuah komputer, guru ICT perlulah memastikan semua komputer yang ada di sekolah perlu di aktifkan dengan antivirus . 3. Penyelenggaran Makmal ICT Semua computer yang terdapat dalam makmal komputer sekolah perlulah diselenggara pada setiap tempoh masa tertentu, sebagai contoh sebulan dua kali membuat penyelenggaran. Aspek penyelenggaran mestilah meliputi aspek keselamatan perisian dan keselamatan fizikal alat- alat ICT. Hal ini dapat memastikan sistem penjagaan yang baik dapat memastikan keselamatan ICT dalam bertahan lama. Juruteknik computer dalam sesebuah sekolah perlu diwujudkan bagi membantu dan memelihara ICT. 4. Pengurusan Displin Bagi memastikan keselamatan ICT terjamin di dalam sekolah, pihak sekolah perlu menubuhkan badan displin bahagian ICT, yang mana

Upload: haryani-jasni

Post on 07-Nov-2015

224 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ict

TRANSCRIPT

ICT merupakan satu alat telekomunikasi yang wajib digunakan dalam mana-mana institusi tinggi seperti Universiti mahupun sekolah. ICT amat penting dalam bidang pendidikan terutamanya pada masa kini bagi merancakkan dan menstrukturkan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif serta efektif. Namun terdapat beberapa masalah keselamatan ICT yang timbul dalam kalangan pengguna terutamanya melibatkan institusi sekolah, walau bagaimanapun terdapat beberapa langakah bagi mengatasi masalah keselamatan ICT, antaranya ialah :1. Akses Atas Dasar Perlu Akses kepada sumber ICT hanya diberikan untuk tujuan spesifik dan dihadkan kepada pelajar tertentu atas dasar perlu mengetahui sahaja. Akses akan hanya dibenarkan sekiranya peranan atau tanggungjawab tugasnya memerlukan penggunaan sumber maklumat elektronik. Oleh yang demikian guru perlulah memerhati perilaku pelajar mereka semasa mengakses ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.2. Memasang AntivirusBagi mengelakkan sebarang virus ataupun hack treat untuk merebak dan memusnahkan sistem serta perisian yang terdapat dalam sesebuah komputer, guru ICT perlulah memastikan semua komputer yang ada di sekolah perlu di aktifkan dengan antivirus .

3. Penyelenggaran Makmal ICTSemua computer yang terdapat dalam makmal komputer sekolah perlulah diselenggara pada setiap tempoh masa tertentu, sebagai contoh sebulan dua kali membuat penyelenggaran. Aspek penyelenggaran mestilah meliputi aspek keselamatan perisian dan keselamatan fizikal alat- alat ICT. Hal ini dapat memastikan sistem penjagaan yang baik dapat memastikan keselamatan ICT dalam bertahan lama. Juruteknik computer dalam sesebuah sekolah perlu diwujudkan bagi membantu dan memelihara ICT.

4. Pengurusan DisplinBagi memastikan keselamatan ICT terjamin di dalam sekolah, pihak sekolah perlu menubuhkan badan displin bahagian ICT, yang mana para pelajar mahupun guru yang melanggar peraturan dalan hal berkaitan ICT seperti merosakkan ICT, perlulah dikenakan tindakan displin seperti menganti semula alat yang dirosakkan. Hal ini bagi mewujudkan nilai positif dalam diri pelajar dan guru untuk lebih prihatin dalam penggunaan ICT di sekolah.

5. Langkah penggunaan awalPihak sekolah perlu membuat langkah pendedahan awal kepada para pelajar tentang cara-cara dan peraturan menggunakan ICT dalam sekolah. Langkah-langkah penggunaan ini boleh dibuat secara pembelajaran bilik darjah dan melekat gambar cara-cara penggunaan ICT yang betul dan selamat. Dengan adanya pengetahuan dan pendedahan penggunaan ICT, para pelajar lebih mudah dan dapat berhati-hati bagi menggunakan ICT.