telekomunikasi dan rangkaian komputer

Upload: vlxiaoyu-ivy-chai

Post on 16-Jul-2015

157 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TELEKOMUNIKASI DAN RANGKAIAN KOMPUTERRangkaian Komputer Jenis-jenis rangkaian sebenarnya ditakrifkan mengikut lingkungan geografi sesuatu rangkaian itu. Selain daripada itu, perbezaan di antara skema rangkaian-rangkaian tersebut turut melibatkan jarak dan orientasi. Biasanya, ia berorientasikan kerangka pusat dan menggunakan talian telefon atau bergantung kepada geganti gelombang mikro untuk menghantar data. Terdapat tiga jenis rangkaian komputer yang asas iaitu:1. Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network - LAN)o

o

o

Rangkaian jenis LAN ini biasanya terhad kepada batasan geografi yang kecil misalnya rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan, sekolah, pejabat atau kampus Fungsi asas LAN sebagai satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer di dalam kawasan yang terhad seperti di dalam kampus universiti, di dalam sesebuah bangunan dan di dalam bilik serta kerapkali dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau minikomputer Terdapat tiga jenis rangkaian topologi yang biasa digunakan di dalam tatarajah LAN bagi rangkaian pelanyan-pelanggan. Rangkaian-rangkaian tersebut ialah: 1. Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus) - Suatu Topologi Linear Bas mengandungi kabel yang menjadi tunggak utama dan penyambung `nyawa?kepada komputer-komputer yang terdapat di dalam rangkaian ini. Ia selalunya digunakan di dalam persekitaran yang menggunakan wayar koaksial. Kabel-kabel ini mempunyai satu titik permula serta penutupnya (terminator) yang dipasang pada kedua-dua penghujung awal dan akhir kabel tersebut. Di antara kedua titik inilah komputer peribadi atau komputer pelayan dirangkaikan di antara satu sama lain. Semua nod ( fail pelayan, stesen kerja dan periferal) adalah disambung kepada kabel linear tersebut. Di antara rangkaian-rangkaian yang menggunakan topologi Linear Bas ialah Ethernet dan LocalTalk.

2. Topologi Bintang (Star) atau Labah-labah (Spider) - Selain

daripada topologi bas, turut merupakan topologi yang agak popular ialah topologi bintang. Topologi ini adalah juga topologi yang seringkalinya digunakan di dalam persekitaran rangkaian yang berasaskan kepada penggunaan komputer pelayan-pelanggan (clientserver). >

3. Topologi Gelang Token (Token Ring) Rangka reka bentuk jenis topologi ini seolah menyamai sebuah bebulat. Ini adalah kerana setiap nod serta komputer peribadi akan disambungkan pula kepada komputer peribadi serta nod seterusnya iaitu nod yang bersebelahan dengannya.

Di dalam topologi ini, nod serta komputer peribadi yang terdapat pada rangkaian tersebut amat bergantung di antara satu sama lain. Jika sesebuah komputer itu rosak ataupun tidak bermasalah, seluruh rangkaian tersebut tidak akan dapat berfungsi.

Kelebihan Kelemahan 2. Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network - MAN) o Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network-MAN) lazimnya meliputi suatu kawasan geografi yang agak luas berbanding dengan rangkaian yang diliputi oleh LAN. Rangkaian MAN biasanya beroperasi di bandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun di sesebuah daerah. 3. Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network - WAN) o Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network ?WAN) menghubungkan suatu kawasan yang lebih luas dari segi geografinya, contohnya menghubungkan Florida, Amerika Syarikat dengan dunia. o Ia memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian sebelum membolehkan rangkaian setempat dan metropolitan berhubung dengan komunikasi secara global dan antarabangsa seperti Internet.

Kelebihan Rangkaian

Melalui rangkaian ini, pengguna boleh berkongsi menggunakan perisian serta fail. Perkongsian , penyalinan serta penghantaran perisian serta fail dapat dilaksnakan secara talian. Ini bermakna pengguna tidak perlu menghabiskan sumber kewangan yang besar untuk membelikan perisian untuk setiap unit komputer mereka.

Pengguna juga boleh berkongsi data atau perisian pada masa yang serentak contohnya tiga orang pekerja di dalam suatu jabatan, bekerja dengan menggunakan hamparan helaian yang sama. Keupayaan ini khususnya berguna di dalam kes pangkalan data, yang perlu dicapai dan ditukar oleh beberapa orang di dalam satu organisasi. Pengguna juga boleh bertukar-tukar mesej atau pesanan melalui komputer melalui proses yang dikenali sebagai mel eletronik serta perisian hat?di dalam persekitaran rangkaian turut membolehkan sesebuah pejabat serta tempat kerja berkomunikasi serta berhubung di antara satu sama lain. membenarkan beberapa komputer berkongsi perkakasan yang sama contohnya mesin pencetak, pengimbas, CD ROM dan kelengkapan faks yang mahal. Rangkaian membenarkan pengguna yang berada pada kedudukan taburan geografi yang pelbagai untuk berkongsi aturcara, data dan peralatan. Internet

Internet berasal dari gabungan perkataan inter dan network, ia itu inter-net atau antara rangkaian. Jika Internet merujuk kepada rangkaian yang di bina dengan menyambungkan rangkaian-rangkaian komputer di antara satu sama lain maka Internet adalah nama khas yang merujuk kepada rangkaian komputer yang di bina dengan menggunakan protokol rangkaian atau 'bahasa rangkaian' yang di kenali sebagai TCP/IP. Begitulah takrifannya jika internet di lihat dari sudut yang teknikal. Mencapai Internet Dari Rumah Perkakasan yang diperlukan :1. 2. 3. 4. 5. Komputer Pendaftaran sebagai ahli ISP Perisian Pelungsur Internet Modem Talian telefon

Protokol Rangkaian Protokol adalah tata tertib yang perlu diikuti oleh dua pihak yang ingin berinteraksi di antara satu sama lain supaya interaksi dapat berjalan dengan lancar seperti yang di kehendaki. Oleh itu protokol rangkaian boleh di takrifkan sebagai protokol yang di gunakan oleh komputer-komputer dan perkakasan-perkasasan yang terdapat dalam satu rangkaian untuk membolehkan komputer-komputer berkomunikasi dengan baik. Perkataan protokol rangkaian sering di gelar sebagai protokol komunikasi atau protokol sahaja. Hyper Text Markup Language HTML adalah kata singkatan kepada Hyper Text Markup Language. Ia adalah bahasa sejagat yang digunakan untuk memaparkan dan menjalin dokumen hypermedia dalam rangkaian global komputer. Sebelum kita memahami bahasa ini, elok kita jelajahi secara ringkas persekitaran dimana HTML berfungsi. Bermakna, kita tinjau beberapa konsep utama yang berkaitan dengan rangkaian global seperti hypermedia, hyperteks, World Wide Web, protokol, penerbitan web, URL dan pelayan HTTP.

Tapak Web Tapak web ialah sekelompok fail khas yang dinamakan halaman Web,yang disimpan di satu elayan?Web. Fail tersebut dihasilkan mengikut piawai yang membenarkan sebarang pelayar Web menterjemah dan mempersembahkan maklumat didalamnya. Maklumat yang terkandung itu mungkin ialah teks ringkas,teks dengan imej atau termasuk kandungan multimedia seperti animasi ,sedutan video dan bunyi.Ataupun,aturcara saling tindak yang berbalas terhadap input pengguna. Salah satu ciri yang paling menakjubkan mengenai fail halaman Web ini ialah keupayaan menyirat autan idalam fail itu. autan?itu tersirat di dalam teks atau imej atau unsurs lain didalam laman Web,dan boleh mengarahkan pelayar Web memuatkan halaman Web lain.Halaman Web ini dialamatkan mengguna system alamat piawai agar halaman yang betul dapat dicari dan dimuatkan.Ini bererti fail yang hendak dimuat boleh dicari dari sebarang pelayan Web di seluruh dunia. World Wide Web (WWW) WWW telah direka oleh Tim Berners Lee dari European Centre for High Energy Physics (CERN). Aplikasi Internet yang berfungsi dengan menggabungkan teks dan grafik dalam satu dokumen atau antaramuka pengguna yang sama. Web menggabungkan audio, video dan animasi dalam dokumen yang sama. WWW popular kerana :

Dibina berasaskan kepada dokumen yang berbentuk hiperteks Boleh menggabungkan multimedia dalam antaramuka pengguna Boleh menggabungkan aplikasi Internet yang lain seperti Telnet, FTP dan Gopher Boleh interaksi dengan penggunanya secara dalam talian melalui penggunaan borang dan sebagainya Menyokong animasi dan realiti maya (virtual reality) Perkhidmatan Asas Internet

1. Mel Elektronik (E-MEL) o Aplikasi yang membolehkan pengguna Internet berkomunikasi dalam bentuk teks di antara satu sama lain secara langsung. Melalui emel, 1. pengguna internet dapat menghantar mesej yang sama kepada lebih daripada seorang penerima. 2. mengepilkan pelbagai jenis fail bersama emel 3. mudah digunakan, murah, cepat dan reliabel 4. boleh ditulis dalam bentuk formal dan tidak formal o Alamat emel adalah alamat yang digunakan oleh pelayan emel yang mengendalikan penghantaran emel ke destinasinya. o Ia adalah gabungan nama pengguna (nama akaun emel) dengan nama domain bagi pelayan emel dimana pengguna mendaftar akaun emel o Format alamat adalah seperti [email protected], [email protected], [email protected], [email protected] 2. Gophero

adalah peranti dalam internet yang membolehkan pengguna untuk mengakses dokumen, fail, tapak FTP, tapak WWW dan sumber lain. Berbeza dengan FTP, arahan Gopher adalah seragam tanpa mengira jenis mesin komputer dimana ia digunakan. Pelayan Gopher dirangkaikan dengan meluas sekali ? membuat anda boleh mengkases apa jua fail dalam Internet dengan mudah. Untuk menggunakan Gopher, menu antara mukanya adalah konsisten dalam semua sistem komputer. Anda boleh mencari menggunakan kata kunci dan nama fail. 3. Telnet satu kemudahan komunikasi yang membolehkan kita log masuk ke dalam komputer lain secara dwihala atau menggunakan khidmat interaktif dalam komputer atau hos lain atau yang jauh. Untuk menggunakan Telnet, kita memerlukan aplikasi Telnet. o ..... FTP Aplikasi Internet yang membolehkan seseorang pengguna Internet masuk ke dalam sebuah komputer jauh dan mengambil fail yang terdapat di dalamnya. Archie Internet Relay Chat Usenet Senarai Melo

4. 5. 6. 7. 8.

Kelemahan Internet Adalah tidak dapat di nafikan bahawa suatu perkara atau benda itu memang terdapat pro dan kontra. Begitu juga Internet, ada kebaikan dan ada juga keburukannya. Keburukan didalam Internet yang jelas dan nyata adalah seperti berikut: a. Senang untuk mendapatkan bahan-bahan berunsur lucah seperti gambar, dan video clip. Ini boleh mendorong kepada perbuatan maksiat dan menyalahi hukum agama dan undang-undang negara. b. Chatting atau borak di dalam Internet yang terlalu lama tanpa faedah akan menyebabkan bil telefon meningkat. c. Penyebaran maklumat yang berunsur negatif kepada sesiapa sahaja melalui emel atau laman web. Walaubagaimana pun mengikut pendapat pakar kaji selidik tentang penggunaan Internet ini, adalah didapati keburukan di dalam Internet ini hanya meliputi 5% sahaja daripada keseluruhan keupayaan Internet.

Rangkaian fizikal merupakan asas kepada segalanya. Tanpa rangkaian fizikal, Internet tidak boleh wujud. Rangkaian Internet, seperti mana-mana rangkaian yang lain, dibina dengan menggabungkan perkakasan asas rangkaian yang terdiri daripada pengulang, jambatan, penghala dan get laluan. Perkakasan ini membentuk lebuh raya maklumat apabila ia disambungkan di antaranya bagi membolehkan hos-hos berkomunikasi. Rangkaian Kawasan Setempat

Rajah 3.1 Rangkaian dan komponen-komponen asas rangkaian. Rangkaian Kawasan setempat (Local Area Network-LAN ) adalah rangkaian komputer yang dibina meliputi satu kawasan kerja yang kecil seperti dalam satu ruang pejabat atau bangunan yang sama. Di dalam LAN, seperti rangkaian A1, A2 dan A3 (Rajah 3.1), komputer yang membentuk rangkaian boleh disambungkan di antara satu sama lain secara langsung dengan menggunakan kad antaramuka rangkaian yang dimasukkan ke dalam slot tambahan yang terdapat dalam computer. Rangkaian yang sedemikian mempunyai saiz fizikal yang terhad kerana komputer dalam rangkaian tidak boleh melebihi jarak maksimum yang di tetapkan. Jika rangkaian seperti ini perlu dibina bagi meliputi satu kawasan yang luas, seperti rangkaian A2 (Rajah 3.1), maka pengulang perlu digunakan untuk menyambungkan dua bahagian atau segmen yang berjauhan di dalam rangkaian yang sama. Dua rangkaian bebas, dekat atau jauh, boleh di sambungkan di antara satu sama lain bagi membentuk sebuah LAN yang lebih besar dengan menggunakan jambatan seperti yang dilakukan pada rangkaian A1, dan A2 (Rajah 3.1). Jambatan berbeza daripada pengulang kerana ia boleh menyambungkan dua LAN yang berasingan manakala pengulang pula hanya menyambungkan dua bahagian LAN yang sama yang berada jauh di antara satu sama lain. Membina Rangkaian Dua rangkaian bebas juga boleh disambungkan di antara satu sama lain dengan menggunakan penghala seperti yang dilakukan pada rangkan A dan C, B dan C serta C dan D (Rajah3.1). Penghala lazimnya digunakan untuk menyambungkan rangkaian-rangkaian yang lebih besari dikenali sebagai rangkaian kawasan luas (Wide Area Network WAN).

Penghala berbeza daripda jambatan kerana kebolehannya menyambungkan dua rangkaian bebas melalui talian yang menggunakan protokol komunikasi yang berbesa daripada protokol rangkaian. Penghala merupakan komponen rangkaian yang sangat penting dalam Internet kerana ia adalah perkakasan yang menyambungkan rangkaian di antara satu sama lain bagi membentuk rangkaian Internet yang sangat besar. Sambungan di antara satu penghala dengan penghala yang lain boleh dianggap sebagai satu laluan. Oleh itu, sebuah penghala yang disambungkan ke dua penghala yang berasingan mempunyai dua laluan yang berasingan. Apabila dua komputer dalam Internet berkomunikasi di antara satu sama lain maka lazimnya bungkusan komunikasi dari kedua-dua buah komputer akan dihantar oleh penghala-penghala yang terlibat dari satu laluan ke laluan yang lain sehingga ia sampai ke destinasinya. Jumlah laluan (hop) dari satu penghala ke penghala yang lain ini bergantung kepada bilangan rangkaian yang terdapat di antara kedua buah komputer tersebut. Jika mana-mana satu daripada penghala yang terlibat tidak menghantar bungkusan komunikasi ke laluan yang betul, maka bungkusan tidak akan sampai ke destinasinya. Dengan itu dua komputer yang terlibat tidak boleh berkomunikasi. Adakalanya rangkaian tersebut perlu disambung dengan menggunakan bahasa komunikasi yang berbeza-beza. Oleh yang demikian, penghala yang digunakan mesti boleh memahami dan menterjemahkan bahasa-bahasa komunikasi yang digunakan. Penghala yang sedemikian dipanggil get laluan (gateway).

PENGENALAN

Dalam masyarakat era informasi, faktor jarak dan masa tidak lagi menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu maklumat. Oleh yang demikian rangkaian komputer menjadi sangat penting untuk membantu dalam memperolehi dan memberikan maklumat atau data dalam masa yang singkat. Rangkaian komputer membolehkan penggunanya mendapat maklumat dengan komputer peribadi melaui rangkaian setempat ( LAN ) sehingga ke rangkaian antarabangsa (Internet).Definasi Rangkaian

Rangakaian komputer bermaksud sumbungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian juga merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-Rom), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra merah atau satelit.KEBAIKAN MENGGUNAKAN RANGKAIAN (NETWORKING)

o

Berkongsi Fail Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer pusat.

o

Menimdahkan Fail Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain.

o

Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan kos Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll. Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.

o

Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data

Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data -data tersebut.o

Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom dll Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh semua pengguna yang mengunakan komputer lain.

o

Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail) Pengguna dapat menghatar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.

Sistem Rangkaian Komputer

Terdapat tiga sistem rangkaian seperti berikut:Bil Sistem Rangkaian Komputer Saiz Kawasan Contoh

1.

Local Area Network (LAN) Metropolitan Area Network (MAN)

Kawasan Kecil (10km) Kawasan lebih besar (10-50km)

Sekolah, makmal, dalam sebuah bangunan. Bandar, negeri.

2.

3

Wide Area Network (WAN)

Kawasan sangat besar (lebih daripada 50km)

Seluruh dunia, negara, Internet

Rangkaian Setempat (Local Area Network)

Sistem rangkaian yang besar ( MAN dan WAN ) lebih berguna dari segi keluasan kawasan geografinya tetapi banyak organisasi perlukan rangkaian setempat untuk menghubungkan alat-alat yang digunakan di tempat yang terhad. Jadi aspek-aspek berikut perlu dipertimbangkan:o

Jenis LAN - Pengguna dan pelayan (Clientserver) - Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)

o o o

Komponen-komponen LAN Topologi LAN Kesan dari LAN

A . Jenis-jenis LAN Terdapat dua jenis Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) iaitu: 1. Pengguna dan pelayan (Client-server) Jenis LAN ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (Server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan pusat(Centralized) untuk melayan pengguna-pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dll. Pelayan biasanya berkuasa tinggi. Jenis-jenis palayan:

o

o

o

o

o

Pelayan fail (Fail server)- Menyimpan perisian dan data. Pelayan data (Database server)- Menyimpan data sahaja. Pelayan cetak (Print server)- Mengawal satu atau lebih pencetak. Pelayan fax (Fax server)- Menguruskan penghataran fax. Pelayan mel (Mail server)- Menguruskan e-mail.

Biasanya pelayan ini tidak memproses atau mengubah data yang dikirim. Pelayan tidak perlu tahu jenis fail, sebaliknya ia sibuk menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpamnya. Contoh perisian Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating Syatem(NOS) ialah Novell Netware, Windows NT, UNIXKelebihan

Kelemahan

Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan. Semua komponen( client/ network/ server) kerja serentak. Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh di lakukan.

Perbelanjaan yang lebih mahal untuk sebuah komputer pelayan. Perlukan melakukan penyelenggaraan (maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistem. Rangkaian tidak berfunggi jika berlaku kerosakan pada pelayan.

2. Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer) Sistem ini tidak melibatkan komputer palayan. Ia membenarkan perkongsian alat dan fail. Setiap

komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows 98.Kelebihan

Kelemahan

Kosnya rendah, tidak perlu pelayan. Guna Sistem Operasi yang sedia ada (Windows 95/98), hanya perlu configurasi untuk peer to peer. Sesuai untuk organisasi yang kecil.

Tiada pengurusan pusat untuk fail dan perisian applikasi. Keselamatan data tidak sebaik sistem client-server. Lambat berbanding dengan sistem client-server.

B. Komponen-komponen untuk LAN1.

Komputer pelayan (Server)

Biasanya terdiri daripada sistem jenis Pentium Celeron 333A. 64MB SDRAM, 4GB cakera keras, 15' monitor digital berwarna, 40X CD-ROM drive, Kad Antaramuka Rangkaian (Ethernet Network Card), Kad SVGA 8MB dan kad bunyi 16 bit 3D 2. Stasen kerja (Workstation) Biasanya terdiri daripada sistem jenis 486 ke atas, 16MB RAM, 540MB cakera keras, 15' monitor digital berwarna, 40X CD-ROM drive, Kad Antaramuka Rangkaian (Ethernet Network Card), Kad SVGA 8MB dan kad bunyi 16 bit 3D. 3. Network Interface Card/ Kad Antaramuka Rangkaian (NIC)

NIC perlu diinstal di setiap komputer dan disambung ke rangkaian dengan kabel atau sinar infra merah. Berikut adalah beberapa jenis NIC.

Ethernet Card -Contoh :3Com (RM 350), D-Link (RM 220), 10Base (RM 120)

Token Ring Card LocalTalk Connector

4. Kabel Terdapat 4 jenis kabel yang biasa digunakan. Berikut adalah perbandingan antara kabel-kabel dari segi keserasian dan kemampuannya.Jenis Kabel Bil I II III IV Coaxial Shieled Twisted Pair (STP) Unshieled Twisted Pair (UTP) Fiber Optic Ethernet Ya Ya Tidak Tidak Keserasian Token Ring Tidak Ya Ya Ya Arcnet FDDI Ya Ya Ya Ya Tidak Tidak Tidak Ya

Jadual Keserasian Kabel dengan Protokol BilI

Jenis Kabel Kelajuan Coaxial Cepat

Kecekapan Ketahanan Lebih Baik Harga Sedang

II III

Shieled Twisted Pair (STP) Unshieled Twisted Pair (UTP) Fiber Optic

Lebih cepat Dapat diterima Paling laju

Baik Terpengaruh oleh interferen elektromagnetik Kebal terharap interferen elektromagnetik

Rendah Terendah

IV

Tertinggi

Jadual Kecekapan Kabel Soket (Connector) Jenis Kabel I II III Coaxial Shieled Twisted Pair (STP) Unshieled Twisted Pair (UTP) Jenis Soket BNC dan BNC T-Connector RJ-45 RJ-45 ST Connector, SC Connector

IV Fiber Optic

Alat tambahan a) Pengacip khas (Crimping)- RM50 : Untuk klip wayar dan masukkan wayar ke dalam soket. b) Penguji rangkaian (Network tester): Untuk menguji sambungan wayar. Rangkaian Tanpa Wayar(Wireless network) Rangkaian Tanpa Wayar berfungsi dengan menggunakan frekuensi gelombang radio atau pancar infra merah untuk berhubung di atnatara satu sama lain. Tujuan rangkaian ini adalah untuk kemudahan pengguna komputer buku(notebook), komputer tangan

(palmtop) dan PDA (personal digital assistant) yang bergerak dalam sebuah bangunan. Terdapat tiga cara untuk menggunakan rangkaian tanpa wayar iaitu Secara tetap (stationary), Peer to peer dan bergerak (roaming). Kelemahan rangkaian ini ialah kosnya tinggi(3 kali ganda lebih daripada rangkaian berwayar), mudah terganggu oleh gelombang radio dan golombang mikro, lambat dan terpaksa mencari titik capaian yang lain untuk meneruskan perkaitan dengan LAN jika isyarat menjadi lemah. Perkakasan asasnya ialah penyesuai tanpa wayar (Wireless adapter) dan titik capaian (access point), perisian rangkaian( Novell Netware, LANtastic) 5. Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating Syatem(NOS) Sistem Operasi Rangkaian bertanggungjawap ke atas:o o

o

o o

o

Mengarahkan lalu-lintas data pada rangkaian. Membenarkan dan menghalang pemindahan data antara workstation. Mengelolakan aliran data di antara berbagai workstation yang berbeza(tidak selasi) Mengelola permintaan layanan printer. Mengelola permintaan dan pesanan di antara pengguna rangkaian. Mengelolakan hubungan di antara jaringan dan lokasi-lokasi jarak jauh.

Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows 98, Windows NT, Novell Netware dan UNIX 6. Hab(Hub) Hab digunakan untuk menjadi pusat kepada rangkaian bintang (Star). Ia digunakan untuk mengawal trafik aliran data dan maklumat dalam rangkaian. Contoh Ethernet Hub 8ports (RM200), Ethernet Hub16ports (RM400),10Base8 ports (RM550), 10Base16ports (RM1200) 7. Bridge dan gateways Untuk menyambungkan dua atau lebih rangkaian satu bridge perlu disediakan untuk antaramuka (interface) yang serasi. Manakala satu gateway perlu digunakan untuk antaramuka yang berbeza dari segi pekakasan dan perisian. 8. Router Router digunakan untuk meterjemahkan maklumat di antara rangkaian yang berasingan. Router tahu alamat bridge dan komputer bagi kedua-dua rangkaian yang berhubung. Kebaikan router ialaho

o

o

o

Menguruskan penghataran isyarat dengan berkesan. Menghanter maklumat di antara dua protocols atau rangkaian. Menghanter maklumat di antara topologi LAN yang berlainan. Menghanter maklumat di melalui jenis kabel yang berbeza.

9. Perisian aplikasi Perisian versi rangkaian perlu untuk penggunaan bersama dan memudahkan rangkian dikawal oleh perisian rangkaian. Contoh perisian aplikasi, Excel, Lotus 1-2-3, Word, WordPerfect dll. C. Topologi untuk rangkaian jenis LAN Jenis-jenis Topologi Fizikalo o o o

Bas (Linear Bus) Bintang (Star) Cincin (Star-wired Ring) Tree

i. Bas (Linear Bus) Semua nod (file server, workstations and peripherals) terhubung ke kabel tulang belakang (Backbone) secara bersiri. Maklumat yang dihantar akan bergerak secara dua hala melalui semua nod pada kabel tersebut.Kelebihan

Kelemahan

Senang untuk menambah atau mengurangkan komputer dan nod tanpa mengganggu operasi yang telah dijalankan. Kurang kabel dan jarak LAN tidak terbatas. Murah. Sesuai untuk rangkaian yang kecil.

Jika kabel tulang belakang (Backbone) atau mana-mana nodnya bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi. Memerlukan terminator untuk kedua- dua hujung kabel tulang belakang . Sukar mengesan kerosakan. Perlu pengulang (repeater) jika jarak LAN juah. Perisian tambahan diperlukan untuk

mengelakkan perlanggaran (collision) data

Jenis NIC : Ethernet Card, LocalTalk Kabel: Coaxial, Twisted- pair, Fiber Optic Terminator: Terminater 50 ohm Connector: BNC, BNC T-Connector, RJ-45, ST Connector, SC Connector Protocol: Ethernet , LocalTalk ii. Bintang (Star) Semua nodnya disambung terus ke hab di pusat rangkaian. Maklumat akan melalui hab sebelum sampai ke destinasinya. Hab akan mengawal semua fungsi dalam rangkaian dan bertindak sebagai pengulang (repeator) juga. Jika sebuah komputer pelayan (file server) digunakan maka data akan dihantar ke kepada komputer pelayan selepas melalui hab.Kelebihan

Kelemahan

Mudah dipasang dan dirangkaikan. Tidak mengganggu rangkaian semasa penyambungan atau mengalihkan peranti. Tiada perlanggaran (collision) data. Mudah untuk mengesan kerosakan .

Penggunaan banyak kabel. Jika terdapat kerosakan pada hab atau sambungannya, nodnya tidak dapat berfungsi. Lebih mahal berbanding dengan linear bus.

Mudah dikembangkan.

Jenis NIC : Ethernet Card, LocalTalk Kabel: Twisted- pair, Fiber Optic Connector: RJ-45, ST Connector, SC Connector Protocol: Ethernet , LocalTalk Hub: 10Base 8 ports , 10Base 16ports , Ethernet Hub 8 ports , Ethernet Hub 16 ports iii. Cincin (Star-wired Ring) Topologinya sama dengan topologi bintang. Sambungannya adalah secara bersiri dan kedua-dua hujungnya ditemukan untuk membentuk bulatan. Datanya dikawal oleh MAU (Multistation Access Unit). Data dihantar secara sehala jadi ia akan melalui setiap nod serta komputer sehingga sampai ke destinasinya.Kelebihan

Kelemahan

Penghantaran data laju. Dapat melayan lalu lintas data yang padat. Masa untuk mengakses data optimal. Komunikasi antara terminal mudah.Tiada perlanggaran (collision) data

Jika kabel utama bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi. Penambahan atau pengurangan terminal sangat sukar. Sukar mengesan punca kerosakan.

Jenis NIC : Token Ring Card Kabel: Twisted- pair Connector: RJ-45, Protocol: Token Ring Alat lain: MAU (Multistation Access Unit) untuk menghantar maklumat melalui cincin (Ring) iv. Tree Topologi tree merupakan gabungan topologi bas dan topologi bintang. Di mana topologi bintang disambung kepada kabel tulang belakang basKelebihan

Kelemahan

Penulisan titik ke titik (point-to-point writing) untuk bahagian idividu Disokong oleh sebilangan pembekal perkakasan dan perisian.

Penjang keseluruhan terhad kepada jenis kabel yang digunakan. Kerosakan pada kabel tulang belakang akan menggagalkan bahagian lain. Sukar dalam configurasi dan pendawaian

Jenis NIC : Ethernet Card, Kabel: Twisted- pair, Fiber Optic, Coaxial Connector: RJ-45, ST Connector, SC Connector Protocol: Ethernet Hub: 10Base 8 ports , 10Base 16ports

Penutup

Rangkai setempat makin popular dan luas digunakan berbanding dengan kerangka utama (mainframs). LAN banyak digunakan oleh organisasi besar sebab ia tidak perlu pakar dalam penyelengaraan berbanding dengan kerangka utama. Sebab lain ialah keupayaan rangkaian LAN dari segi keselamatan dan kapasiti penyimpanan yang sama dengan kerangka utama. Dari maklumat yang diperolehi dari pengusahapengusaha kedai komputer, didapati ramai yang mencadangkan penggunaan sistem rangkaian LAN jenis bintang untuk ciber cafe tanpa menggunakan pelayan. Jadi, untuk sistem rangkaian di sekolah sistem rangkaian LAN jenis bintang adalah pilihan yang terbaik buat masa kini.