kertas cadangan program pembangunan usahawan telekomunikasi

26
Institut Latihan Teknikal (KOWANIS) KERTAS CADANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIK- PULIH TELEFON BIMBIT DILAKSANAKAN OLEH KOPERASI BELIAWANIS PULAU PINANG BERHAD & INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL KOWANIS

Upload: passion-beauty-training-consultancy

Post on 14-Jul-2015

831 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas cadangan program pembangunan usahawan telekomunikasi

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)

KERTAS CADANGANPROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN

KURSUS PENYENGGARAAN DANMEMBAIK- PULIH TELEFON BIMBIT

DILAKSANAKAN OLEHKOPERASI BELIAWANIS PULAU PINANG BERHAD

&INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL KOWANIS

Page 2: Kertas cadangan program pembangunan usahawan telekomunikasi

2

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)

RINGKASAN EKSEKUTIF

1.0 PENDAHULUAN

2.0 LATARBELAKANG PENGENDALI

2.1 MAKLUMAT PENGENDALI2.3 BIODATA TENAGA PENGAJAR

3.0 RINGKASAN PROJEK

3.1 PENGENALAN PROGRAM KURSUS3.2 JUSTIFIKASI PROJEK3.3 OBJEKTIF3.4 SASARAN OUTCOME3.5 SKOP PROJEK3.6 GOLONGAN SASAR3.7 PELAKSANAAN PROGRAM3.8 MODUL KURSUS YANG DICADANGKAN3.9 KOMPENAN PROJEK3.10 LAPORAN PELAKSANAAN

4.0 METODOLOGI PELAKSANAAN PROGRAM

4.1 SECARA TEORI/ BENGKEL- AMALI/ PRAKTIKAL

5.0 FAEDAH/ PULANGAN KEPADA PESERTA

6.0 KESIMPULAN

7.0 LAMPIRAN BERGAMBAR

Page 3: Kertas cadangan program pembangunan usahawan telekomunikasi

3

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)

RINGKASAN EKSEKUTIF

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi Kertas Cadangan ini berjaya disedia dan disiapkan

sepenuhnya bagi dikemukakan kepada pihak yang berkenaan untuk memberi penerangan,

penjelasan serta pendedahan tentang hasrat KOWANIS bagi melaksanakan Program

Pembangunan Usahawan bagi Bidang Penyenggaraan dan Membaik- Pulih Telefon Bimbit

dan seterusnya mendapatkan peruntukan dan penajaan bagi menjalankan kursus dan

program yang telah disusun. Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) dan

Institut Latihan Teknikal KOWANIS berhasrat dan ingin turut sama menyumbangkan

pengalaman dan pengetahuan yang ada dengan menjalankan kursus dan program yang

berkaitan. Kursus ini terbuka kepada belia-beliawanis Pulau Pinang yang ingin

meningkatkan pencapaian diri mereka dalam bidang yang diminati serta ia merupakan

persediaan bagi melengkapkan diri sebagai Usahawan Telekomunikasi. Kursus ini juga

mampu membantu mereka yang tidak memiliki sijil akademik, tamat pesekolahan atau

kepada yang telah bekerja dalam industri yang berkaitan.

Di akhir tempoh kursus, setiap peserta diharapkan akan dapat:

a. Meningatkan kemahiran diri dan memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

mengikut tahap.

b. Meningkatkan taraf hidup dan membasmi kemiskinan.

c. Melahirkan masyarakat yang lebih berdikari dan berdaya maju serta berkemahiran

tinggi lagi inovatif.

d. Mengurangkan jurang kemiskinan antara kaum sejajar dengan hasrat kerajaan

negeri Pulau Pinang untuk mengurangkan kemiskinan tegar ke tahap sifar sekaligus

dapat mencapai matlamat.

Program ini juga dapat menjadi medium untuk memupuk semangat keusahawanan di

kalangan para belia yang menyertainya, di mana sepanjang kursus ini, belia akan

diterapkan dengan nilai-nilai yang baik sebagai seorang usahawan dan mendapat panduan

yang sistematik untuk menceburi bidang perniagaan. Adalah diharapkan agar pembentangan

melalui Kertas Cadangan ini akan di terima dan dipertimbangkan.

PengerusiKoperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

Page 4: Kertas cadangan program pembangunan usahawan telekomunikasi

4

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)

1.0 PENDAHULUAN

Kertas Cadangan ini bertujuan untuk mendapatkan Bantuan Dana serta Penajaan

daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mana hasil bantuan yang dihulurkan

mampu menaja suatu program yang dikenali sebagai Program Pembangunan

Usahawanan bagi Bidang Penyenggaraan dan Membaik- Pulih Telefon Bimbit

dimana Program Latihan ini akan dilaksanakan secara Jangka Panjang ataupun

secara Jangka Pendek. Kesemua latihan yang dijalankan akan dapat membantu

peserta program mendapat pengiktirafan dari industri pekerjaan serta pihak

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Program ini mensasarkan golongan belia yang bermotivasi tinggi, kurang

berkemampuan dari segi ekonomi, dan tidak berpeluang menceburi bidang

kemahiran seperti yang dinyatakan di atas di institusi-institusi kemahiran milik

kerajaan atau pun swasta disebabkan desakan hidup serta keadaan kehidupan

masakini. Secara umumnya program yang akan dijalankan ini adalah aplikasi

amalan sebenar di dalam industri pekerjaan, serta sesuai diterapkan kepada

peserta-peserta, khususnya belia yang tidak berkemampuan atau berpeluang

meningkatkan persijilan mereka. Di akhir program ini belia-belia ini berpeluang

menjadi belia-belia yang lebih berdaya saing dan kompetitif untuk berada di dalam

industri pekerjaan, mengikut kapasiti yang dirancang.

Berdasarkan pemerhatian, kajian dan pengalaman pihak kami dalam menjalankan

pelbagai program kemahiran mendapati bahawa senario industri pekerjaan pada

masa hadapan akan terus memerlukan tenaga kerja terlatih yang dapat

menyumbang tenaga dan pengalaman ke arah perkembangan ekonomi Malaysia

selari dengan hasrat cita-cita dan slogan kami “Kemahiran Berinovasi Pemangkin

Kejayaan”

KOPERASI BELIAWANIS PULAU PINANG BERHAD (KOWANIS-P-5-0272) merupakan

sebuah badan pertubuhan yang telah ditubuhkan di bawah Akta-Koperasi 1993 dan

telah didaftarkan secara rasminya pada 14 hb. Januari 2005. Semenjak penubuhan

KOWANIS lebih menumpukan perhatian dalam bidang Penyewaan Kenderaan

(Teksi) dan selain itu turut melaksanakan Program-Program Latihan Kemahiran

secara bekerjasama dengan syarikat Pengendali Program Latihan yang

Page 5: Kertas cadangan program pembangunan usahawan telekomunikasi

5

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)

berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). KOWANIS sebelum

ini telah berjaya melaksanakan Kursus Jahitan dan Kraftangan di bawah Program

Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) dengan kerjasama FELCRA Training and

Consultancy dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Selain itu KOWANIS juga turut terlibat melaksanakan Program Latihan Kerjaya

(PLK) anjuran Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah seliaan FELCRA Training

and Consultancy (FTC).

KOWANIS disokong dan dibantu sepenuhnya oleh ahli-ahli yang sememangnya

memiliki kemahiran dan berpengalaman melaksanakan pelbagai Program Latihan

Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) serta Program Kursus Jangka Pendek. Sebelum

ini KOWANIS juga turut terlibat melaksanakan Kursus Jurukecantikan (PLKK),

Kursus Penyenggaraan dan Membaiki Telefon Bimbit (PLKK), Kursus

Perkhidmatan Melatih Ibu Tunggal(I-Kit) Dan Keusahawanan Wanita (I-Keunita)

secara Program Kursus Jangka Pendek (PKJP), Program Latihan 1 Malaysia,

Program Latihan Kemahiran 1 Malaysia dan Program Latihan Kemahiran (NBOS).

KOWANIS kini akan melaksanakan setiap program Latihan melalui divisyennya

Institut Latihan Teknikal KOWANIS (ILTK) yang akan dinaik - taraf sebagai

Penyedia Latihan bidang Jahitan, bidang Telekomunikasi-Penyenggaraan dan

Membaiki Telefon Bimbit yang bertauliah dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran

(JPK), Kementerian Sumber Manusia. KOWANIS juga berdaftar sebagai Pusat

Latihan SLDN bagi kursus Jurukecantikan dan Aromatherapy yang turut

ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK), Kementerian Sumber

Manusia .

Diharapkan sumbangan Dana ini dapat membantu para peserta yang berminat

menjalani latihan serta mendapatkan kemahiran yang diminati bahkan akan

mengwujudkan hubungan erat dua hala antara KOWANIS dan penyumbang DANA

bahkan akan dapat memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat

Malaysia khasnya.

Pihak kami berharap agar Bantuan Dana yang disumbangkan dapat merialisasikan

impian para peserta yang terlibat seterusnya turut menjayakan program yang

dirancangkan oleh pihak kami KOPERASI BELIAWANIS PULAU PINANG BERHAD

(KOWANIS).

Page 6: Kertas cadangan program pembangunan usahawan telekomunikasi

6

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)

2.0 LATARBELAKANG PENGENDALI

2.1 MAKLUMAT ASAS KOPERASI

Nama Koperasi : KOPERASI BELIAWANIS PULAU PINANG BERHAD(KOWANIS).

Alamat Koperasi : No. 55, Lorong Bertam Indah 1Taman Bertam Indah13200 Kepala BatasPULAU PINANG

Tarikh Daftar : 14 Januari 2005

Nombor Pendaftaran : P-5-0272

Jumlah Anggota : 100

Jumlah Modal Syer : RM10,000.00

Fungsi Utama : Perkhidmatan

Aktiviti : ● Pusat Latihan Kemahiran/ Kursus Kemahiran Jangka

Panjang/ Kursus Jangka Pendek (Indoor & Outdoor)/

Juruperunding (Consultancy) & Perkhidmatan

No. Akaun Bank : 557157802011

Nama Bank : MAYBANK Cawangan Gelugor

345-H, Bangunan Kelab Gelugor

Jalan Sultan Azlan

11700 Gelugor

PULAU PINANG

Page 7: Kertas cadangan program pembangunan usahawan telekomunikasi

7

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)

2.2 BIODATA TENAGA PENGAJAR

EN. MOHD. AZLI B. RAMLI@SULONG berasal dari

Kampung Santong, Paka, Terengganu merupakan

seorang belia yang berjaya serta bersemangat tinggi.

Dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan namun

telah berjaya merebut segala peluang dan menggunakan

segala kemudahan yang diberikan untuk meningkatkan

kecemerlangan diri. Melalui program e-kasih beliau

telah dipilih menyertai Program Latihan Kemahiran

dan Kerjaya dan melalui program ini beliau berpeluangi

mempelajari pelbagai ilmu kemahiran telekomunikasi

sehingga memiliki Sijil Kemahiran Membaik-Pulih

Telefon Bimbit (Software dan Hardware).

Berbekalkan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi beliau pernah bertugas

dibeberapa pusat latihan kemahiran dan berpeluang mengajar di Semenanjung

Malaysia serta menyumbangkan pengalaman dan pengetahuan sampai ke negeri Sabah

dan Sarawak. Selain itu, En. Mohd Azli juga turut berjaya membantu melahirkan para

belia yang mahir dalam bidang telekomunikasi sehingga membimbing mereka

menjadi seorang usahawan.

Beliau kemudiannya telah menyambung pengajian dan berjaya mempertingkatkan

pengetahuan diri dan sehingga memperolehi Sijil Kemahiran sebagai Pembantu

Juruteknik Elektronik dan beliau juga merupakan salah seorang Tenaga Pakar

dalam bidang Telekomunikasi dan beliau bertindak sebagai seorang Tenaga Pengajar

bagi setiap program kendalian syarikat PASSION BEAUTY TRAINING CONSULTANCY.

Berkat ketekunan beliau, En. Mohd Azli telah berusaha bersama untuk turut berkongsi

dengan rakan-rakan mengambil-alih sebuah Pusat Latihan Skim Latihan Dual

Nasional (PASSION BEAUTY TRAINING CONSULTANCY) di Ipoh, Perak.

Akhirnya beliau telah diberi peluang untuk menambah pengalaman serta menerajui

syarikat tersebut dimana kebolehan serta pengalaman yang dimiliki kini turut berjaya

mengwujudkan jalinan kerjasama dengan pihak MARA Negeri Perak & Kolej

Komuniti bagi melahirkan usahawan telekomunikasi Melayu. Selain itu beliau juga turut

membantu Unit Penilaian dan menyelia para peserta yang mengikuti kursus di bawah

syarikat yang dikendalikan.

Page 8: Kertas cadangan program pembangunan usahawan telekomunikasi

8

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)

3.0 RINGKASAN PROJEK

3.1 PENGENALAN PROGRAM KURSUS

Kursus Penyenggaraan dan Membaik-Pulih Telefon Bimbit biasanya dijalankan mengikut

tahap dimana Tahap 1 (meliputi system “Hardware”) ia meliputi latihan teori dan amali.

Latihan yang diberikan kepada para peserta atau pengguna yang berminat

mempelajarinya boleh dimanfaatkan untuk kepentingan sendiri atau dengan tujuan bagi

mengwujudkan perniagaan. Kursus ini dapat memberi pengetahuan dan meningkatkan

kemahiran para peserta sebagai persediaan memberi perkhidmatan terbaik membaik-

pulih telefon bimbit. Selain itu para peserta didedahkan tentang rekabentuk, teknologi

terbaru serta teknik-teknik yang betul untuk membaiki telefon bimbit. Para peserta

kursus juga diberi pendedahan tentang masalah, rintangan, risiko serta tentang kaedah

mengatasinya di dalam mengharungi dunia perniagaan.

Tahap 2 meliputi kursus menaik taraf system “software”, “programming”, “application”

dan “intergrated circuit” di dalam telefon bimbit. Tahap ini memberi pendedahan kepada

peserta tentang kaedah-kaedah terkini untuk menjadikan sebuah telefon bimbit menjadi

lebih pantas serta kepelbagaian kegunaan.

Perjalanan Kursus Tahap 1 & 2 ini dijalankan di dalam dwi-bahasa. Selain daripada itu,

sesi soal jawab semasa sesi pembelajaran diadakan bagi memastikan para peserta

memahami setiap isi kandungan kursus. Di akhir kursus, para peserta mendapat

pendedahan kerja-kerja membuka dan memasang telefon bimbit, mengenalpasti setiap

komponen didalam set telefon bimbit serta teknik-teknik mudah membaiki kerosakan

telefon bimbit.

Tahap 3 pula meliputi persediaan Rancangan Perniagaan (Business Plan) di mana para

peserta akan di dedahkan kepada rangka dan kaedah untuk membuat Rancangan

Perniagaan seperti analisa pasaran, pesaing-pesaing di pasaran, analisa SWOT,

pengurusan perniagaan , pemasaran perniagaan, unjuran aliran wang tunai dan

sebagainya. Peserta turut diberi pendedahan tentang sistem perniagaan yang sebenar,

susun atur di dalam kedai dan jenis perkhidmatan berkaitan yang disediakan. Selain itu,

peserta juga akan mendapat maklumat tentang jaringan perniagaan membaiki dan

membaik-pulih telefon bimbit yang dijalankan.

Walaubagimanapun kursus ini juga turut dijalankan untuk tempoh masa singkat (Jangka-

pendek) dimana ia bertujuan memberi pengetahuan tentang perkara-perkara asas dan

bahagian serta maklumat penting yang boleh memberi kesedaran kepada pengguna atau

peserta kursus yang menyertai program. Para peserta yang telah mendapat bimbingan

asas boleh meneruskan pengajian secara sepenuh masa bagi memastikan setiap

kemahiran yang diperolehi boleh membantu menjana pendapatan selain sebagai

pengetahuan asas.

Page 9: Kertas cadangan program pembangunan usahawan telekomunikasi

9

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)

3.2 JUSTIFIKASI PROJEK

Institut Latihan Teknikal KOWANIS memilih untuk mengendalikan kursus ini

memandangkan terlalu banyak ruang dan peluang perniagaan tersedia di pasaran

tempatan. Selain itu perkembangan dunia masa kini lebih mengutamakan kepakaran di

dalam bidang multimedia dan telekomunikasi bersesuaian dengan arus perubahan

teknologi yang begitu pantas.

Oleh yang demikian, dengan pendedahan kursus secara teori, amali serta persediaan

rancangan perniagaan yang di ajar kepada para peserta, ia akan dapat memberi peluang

kepada para usahawan menjalankan sendiri perniagaan membaiki dan membaik-pulih

telefon bimbit untuk menjana hasil pendapatan yang lumayan. Kerajaan telah

menyediakan kepada bakal-bakal usahawan dari segi lokasi perniagaan dan bantuan

kewangan serta khidmat nasihat dari segi bekalan alat ganti dan produk-produk telefon

bimbit setelah tamat kursus.

3.3 OBJEKTIF

Institut Latihan Teknikal KOWANIS berpendapat bahawa kursus kemahiran ini amat

penting untuk didedahkan kepada para belia & beliawanis yang berminat di dalam

perniagaan penyenggaraan dan membaik-pulih telefon bimbit di akhir kursus ini peserta

akan dapat mencapai matlamat seperti berikut :

i. Melahirkan masyarakat dan beli/ beliawanis, Pulau Pinang khasnya yang

berkemahiran dan berkualiti.

ii. Melahirkan belia dan beliawanis yang berpotensi dan berkaliber dalam aspek

kemahiran.

iii. Meningkatkan taraf hidup masyarakat Pulau Pinang dan belia dan beliawanis

khasnya agar lebih maju dan kehadapan setaraf dengan semua lapisan

masyarakat sekaligus dapat membasmi kemiskinan.

iv. Membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada belia dan beliawanis di seluruh

Malaysia.

v. Untuk memberi pendedahan, galakan serta dorongan kepada para peserta supaya

meminati dan menceburi bidang kemahiran.

vi. Meningkatkan pengetahuan teori dan kemahiran amali peserta di dalam bidang

penyenggaraan dan membaik-pulih telefon bimbit.

vii. Mendedahkan kepada para peserta mengenai reka bentuk dan teknologi dalaman

telefon bimbit yang berubah dengan pantas. Memberi peluang kepada para

Page 10: Kertas cadangan program pembangunan usahawan telekomunikasi

10

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)

peserta untuk mengetahui masalah, rintangan dan risiko yang akan dihadapi serta

cara untuk mengatasi di dalam dunia perniagaan.

viii. Pengetahuan yang mendalam dan pengalaman yang luas akan menjamin

pendapatan yang lumayan dan seterusnya mengukuhkan perniagaan mereka.

ix. Membolehkan pembentukkan jaringan perniagaan di kalangan para usahawan

yang sedia ada di pasaran.

x. Menghalang para belia dan beliawanis dari terjebak atau terlibat di dalam anasir-

anasir negatif seperti najis dadah, pergaulan sosial keterlaluan dan sebagainya.

xi. Untuk membangunkan golongan masyarakat untuk menjadi generasi usahawan

pelapis yang berdaya maju, kompetatif dan berdaya tahan.

3.4 SASARAN OUTCOME

i. Institut Latihan Teknikal KOWANIS mempunyai misi untuk melahirkan belia dan

beliawanis yang mempunyai kemahiran penyenggaraan dan membaik-pulih

telefon bimbit.

ii. Institut Latihan Teknikal KOWANIS juga memasarkan 70% dari jumlah belia dan

beliawanis yang dilahirkan membuka perniagaan sendiri.

iii. Melahirkan bakal usahawan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam

bidang multimedia dan telekomunikasi.

iv. Pendapatan dari perniagaan yang diusahakan sendiri dapat menjana pendapatan

lumayan serta menyumbang kepada perkembangan ekonomi Negara.

v. Memupuk minat di dalam bidang keusahawanan di kalangan bakal usahawan.

3.5 SKOP PROJEK

Skop yang diterapkan kepada peserta kursus untuk projek ini adalah seperti berikut:

i. Peserta diberi pengetahuan secara teori dan kemahiran amali bagi penyenggaraan

dan membaik-pulih telefon bimbit.

ii. Setiap peserta diperkenalkan dengan komponen-komponen dalaman dan luaran

telefon bimbit serta alat-alat ganti yang digunakan untun membaiki dan membaik-

pulih telefon bimbit.

Page 11: Kertas cadangan program pembangunan usahawan telekomunikasi

11

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)

iii. Setiap peserta akan dibekalkan segala ilmu yang diperlukan di dalam bidang

perniagaan seperti pengurusan, pemasaran, perakaunan, kawalan inventori dan

sebagainya.

iv. Setiap peserta turut diajar nilai-nilai murni seperti memupuk dan menerapkan

unsur-unsur ilmiah dan keagamaan.

3.6 GOLONGAN SASAR

Antara golongan sasaran pelaksanaan kursus ini adalah terbuka untuk seluruh golongan

masyarakat khususnya para Belia, Beliawanis dan Remaja dan sesiapa yang berminat

menceburkan diri di dalam industri kemahiran Penyenggaraan dan Membaik-Pulih Telefon

Bimbit.

Lepasan Sekolah

Lepasan Pusat Pengajian Tinggi

Masyarakat Bandar dan Luar Bandar

Surirumah Yang Berminat

Ibu Tunggal

Miskin dan Miskin Tegar

Pelajar Yang Tercicir

3.7 PERLAKSANAAN PROGRAM

TEMPOH PROGRAM KURSUS/ TEMPAT

Tempoh perlaksanaan bagi setiap program/ kursus yang akan dijalankan adalah selama

1 bulan 15 hari atau 1 ½ bulan. Kursus ini akan di jalankan dan akan dilaksanakan

beralamat seperti di bawah:

INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL KOWANIS (ILTK)

No. 55, Lorong Bertam Indah 1

Taman Bertam Indah

13200 Kepala Batas

PULAU PINANG

Peserta akan belajar mengikut modul yang disediakan oleh tenaga pengajar yang pakar

serta mahir dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini (Rujuk Profail yang

disertakan). Pelaksanaan kursus juga boleh dijalankan di premis-premis mengikut

kesesuaian dan permintaan penganjur

Page 12: Kertas cadangan program pembangunan usahawan telekomunikasi

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)

3.8 MODUL KURSUS YANG DICADANGKAN SELAMA 1 BULAN 30 HARI

BIL TEMPOH/MODUL TAJUK/PENGETAHUAN CATATAN

1.

MINGGU PERTAMA

&

MODUL 1

Sejarah dan Perkembangan Telekomunikasi &Telefon Bimbit

Penerangan Secara

Teori dan

Latihan Amali

Pengenalan dan Konsep

Jenama Telefon Bimbit

Jenis Keluaran Telefon Bimbit

Pengetahuan System Operasi Dan Rangkaian TelefonBimbit

Pengenalan Komponen Telefon Bimbit

Komponen Luaran

Komponen Dalaman

Komponen Utama

Pengenalan Peralatan Utama Dan Ciri-CiriPenggunaan

Blower Station

Soldering Station

Power Supply

MultimeterMemperkenalkan Peralatan Utama lain Dan Ciri-CiriPenggunaanMemperkenalkan Kerosakan Yang Berlaku KepadaTelefon Bimbit dan Teknik Penyenggaraan SertaPembaikan Kerosakkan Yang Berkaitan dengan Kompenan

Chip IC Teknik Membersih Papan Litar (Main Board)

2.

MINGGU KEDUA

&

MODUL 2

Cara tepat membuka dan memasang casing/hausingtelefon bimbit Normal PhoneMengenali Kompenan Chip IC dan Jenis-JenisKompenanMengenali Kompenan Chip IC dalam Normal Phone Penerangan Secara

Teori dan

Latihan Amali dan

Soal Jawab

Cara Tepat Membuka Dan Memasang Casing/HausingTelefon Bimbit Slide Phone Flip PhoneMengenali Kompenan Chip IC dan Jenis-JenisKompenan Dalam Slide Phone dan Flip PhoneTeknik Asas Membaik Pulih Telefon Bimbit

Teknik memasang On / Off telefon bimbitMempelajari Teknik Membuka dan Memasang Lampu(LED)

Page 13: Kertas cadangan program pembangunan usahawan telekomunikasi

13

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)

BIL TEMPOH/MODUL TAJUK/PENGETAHUAN CATATAN

3.

MINGGU KEDUA

&

MODUL 3

Mengetahui Pelbagai Bentuk Kerosakkan TelefonBimbit

Phone Cannot On

Phone No Network

Insert Sim Card

LCD No Display/ Blinking Screen

Speaker Problem

Mic Problem

Buzzer No Sound

No Vibration

Keypad Jam

Phone Cannot Charge

Penerangan Secara

Teori dan

Latihan Amali dan

Praktikal

Sesi Soal Jawap dan Perbincangan

Ujian Praktikal dan Latihan Amali

4.

MINGGU KETIGA

&

MODUL 4

Mempelajari Kaedah Penyenggaraan dan TeknikMembaiki Kerosakkan Telefon Bimbit

Phone Cannot On

Phone No Network

Insert Sim Card

LCD / Touch Screen

Speaker Problem

Mic Problem

Buzzer No Sound

No Vibration

Keypad JamPenerangan Secara

Teori dan

Latihan Amali dan

Praktikal

Mengetahui Kaedah Membuka dan Memasang BGAIC Serta Keseluruhan Kompenan ICMempelajari Cara Membuka dan Memasang

Spideric

Capisitor

Resistor

Transistor

FuseMengulangkaji Semula Teknik Yang Tepat MenukarKompenan Dalaman dan Mengenali PerbezaanKompenan Mengikut ModelMempelajari dan Memahami Pembacaan Peta LitarDIAGRAM/ TROBLESHOOTING

Latihan Amali dan Praktikal Membuka dan Memasang Kompenan Chip Penyenggaraan dan Membaiki Telefon

Page 14: Kertas cadangan program pembangunan usahawan telekomunikasi

14

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)

BILTEMPOH/MODUL TAJUK/PENGETAHUAN CATATAN

5.

MINGGU KEEMPAT/

MODUL 5

&

MINGGU KELIMA/

MODUL 6

Mempelajari Cara-Cara Menggunakan PerisianMaklumat Telefon Bimbit

JAF BOX- UNTUK MODEL NOKIA

SE TOOL- SONY ERICSSON

SAMSUNG

Lenovo

LAIN- LAIN MODEL

Penerangan Secara

Teori dan

Latihan Amali dan

Praktikal

Sesi Soal Jawap dan Perbincangan

Ujian Praktikal dan Latihan Amali

6.

MINGGU KEENAM

&

MODUL 7

UJIAN KOMPOTENSI AKHIR TEORI DAN AMALI

Ujian Pemahaman Kertas 1 dan Kertas 2

Ujian Praktikal (Spider IC dan Kompenan Ic)

Ujian Praktikal (BGA IC)

Latihan Amali dan

Praktikal

UJIAN KOMPETENSI AKHIR

JAF BOX – SOFTWARE NOKIA

SE TOOL – SOFTWARE SONY

SAMSUNG PROGRAMMER

LAIN-LAIN MODEL

TAMAT LATIHAN

Page 15: Kertas cadangan program pembangunan usahawan telekomunikasi

15

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)

3.9 KOMPONEN PROJEK

Setiap peralatan dan perkakasan untuk kursus ini disediakan oleh pihak syarikat. Selain

itu, segala peralatan teknikal yang terkini turut disediakan untuk kemudahan peserta

sekaligus bagi menjayakan kursus ini.

3.10 LAPORAN PERLAKSANAAN

Pihak Institut Latihan Teknikal KOWANIS turut menyediakan borang khas yang

perlu dilengkapkan oleh para peserta yang meliputi laporan hasil pembelajaran

sebagai kajiselidik terhadap tahap kefahaman pembelajaran peserta.

Pihak Institut Latihan Teknikal KOWANIS akan menyalurkan maklumat hasil dari kaji

selidik yang dijalankan kepada pihak berwajib agar setiap hasil program dan kursus

yang dijalankan dapat dinilai pelaksanaannya serta memberi kesan impak yang

positif kepada setiap peserta.

4.0 METODOLOGI PERLAKSANAAN KURSUS

4.1 SECARA TEORI, BENGKEL (AMALI) DAN PRAKTIKAL

Para peserta didedahkan dengan pembelajaran secara teori (20%) dimana

penerangan akan disampaikan oleh tenaga pengajar yang berkemahiran. Setiap

penerangan yang disampaikan adalah berdasarkan modul yang telah disediakan.

Setiap peralatan akan diperkenalkan kepada para peserta melalui tayangan “slide”

dan juga alatan yang sedia ada diatas setiap meja para peserta. Para peserta perlu

mencatat setiap perkara-perkara yang penting. Di akhir pembelajaran para peserta

akan menduduki peperiksaan bagi memastikan dan mengukur kebolehan

pengetahuan para peserta.

Peserta akan mendalami setiap ilmu tentang telefon bimbit melalui bengkel/ latihan

amali (60%) yang dijalankan pada setiap hari dimana peserta akan dapat

membiasakan diri dengan setiap peralatan yang akan digunakan kelak. Bengkel ini

juga memberikan pendedahan awal kepada para peserta mengenai telefon dan

komponen yang terdapat di dalam telefon bimbit yang akan dibaiki nanti.

Di akhir kursus ini, (20%) dari jumlah masa para peserta akan disoal bagi

mengenalpasti tahap kefahaman setiap individu yang menjalani latihan. Para

peserta kebiasaannya perlu menjalani latihan secara latih-tubi bagi mengukur tahap

kefahaman mereka.

Page 16: Kertas cadangan program pembangunan usahawan telekomunikasi

16

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)

METODOLOGI TRAINING

Amali

Teori

Latihtubi

5.0 FAEDAH /PULANGAN KEPADA PESERTA

Peluang bekerja dengan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan sebagai Juruteknik

Telefon Bimbit adalah terbuka luas kerana permintaan tenaga kerja didalam bidang ini

adalah tinggi.

Peluang berniaga sendiri juga terbuka luas di dalam bidang ini.

Peluang-peluang pinjaman juga turut disediakan untuk membuka perniagaan

sendiri.

Pendapatan yang lumayan boleh diperolehi melalui perniagaan ini.

Page 17: Kertas cadangan program pembangunan usahawan telekomunikasi

17

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)

6.0 KESIMPULAN

Secara ringkasnya, Institut Latihan Teknikal KOWANIS menawarkan Kursus

Bidang Penyenggaraan dan Membaik-Pulih Telefon Bimbit kepada warga Pulau

Pinang kerana bidang ini adalah satu bidang yang baru dan kurang diceburi oleh

para belia dan usahawan Bumiputera khasnya. Pendedahan dari segi teori, amali

dan penyediaan rancangan perniagaan akan diberikan kepada semua bakal-

bakal usahawan yang menceburi perniagaan ini. Bantuan-bantuan seperti

khidmat nasihat dan pinjaman perniagaan untuk memulakan perniagaan

penyenggaraan dan membaik-pulih telefon bimbit akan disediakan oleh agensi-

agensi kerajaan dan swasta. Perniagaan ini memberi peluang yang lumayan

kepada para usahawan dimana sebanyak 90% dari jumlah penduduk Malaysia

menggunakan telefon bimbit dan sebahagian besar pengguna-pengguna telefon

bimbit sering kali menghadapi pelbagai masalah teknikal atau ingin menaik-taraf

telefon bimbit mereka. Secara tidak langsung ilmu ini dapat dijadikan sebagai

sumber pendapatan utama kepada warga Pulau Pinang selain itu menyumbang

kepada pertumbuhan ekonomi Negeri Pulau Pinang.

Diharap para usahawan dan peserta kursus dari Seluruh Pulau Pinang dapat

menjadi rakan niaga kepada pihak Institut Latihan Teknikal KOWANIS sehingga

mewujudkan rangkaian perniagaan yang lebih besar didalam bidang ini. Jalinan

rangkaian ini akan dapat menjalinkan kerjasama lebih erat dimana segala

produk seperti telefon model-model terbaru dibekalkan terus kepada usahawan

begitu juga peralatan-peralatan yang diperlukan sebagai alat ganti.

Page 18: Kertas cadangan program pembangunan usahawan telekomunikasi

18

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)

PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWANKURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT

(Juruteknik Telefon Bimbit)

Page 19: Kertas cadangan program pembangunan usahawan telekomunikasi

19

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)

KURSUS JANGKA PENDEK(KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT)

Page 20: Kertas cadangan program pembangunan usahawan telekomunikasi

20

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)

PROGRAM LAT 1 MSIA BELIA DAN BELIAWANIS IPOH(KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT)

Page 21: Kertas cadangan program pembangunan usahawan telekomunikasi

21

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)

KURSUS PENYENGGARAAN MEMBAIKI TELEFON BIMBITBELIA DAN BELIAWANIS IPOH SIRI KE-2

Page 22: Kertas cadangan program pembangunan usahawan telekomunikasi

22

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN 1 MALAYSIABELIA DAN BELIAWANIS FELDA

(KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT)

Page 23: Kertas cadangan program pembangunan usahawan telekomunikasi

23

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)

Page 24: Kertas cadangan program pembangunan usahawan telekomunikasi

24

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)

A. RINGKASAN KESELURUHAN KOS PROGRAM KURSUS JANGKA PANJANG

PEMBENTUKAN USAHAWAN TELEKOMUNIKASI

(BIDANG PENYENGGARAAN DAN MEMBAIK-PULIH TELEFON BIMBIT)

SELAMA 45 HARI (1 Bulan 30 Hari)

BIL KETERANGANBIL

PESERTA

KOS

SEPESERTAJUMLAH (RM)

1.

Pentadbiran

- Pendaftaran Peserta

- Pengurusan Pentadbiran

- Persijilan (SKM@INDUSTRI)

25150.00

100.00

150.00

3,750.00

3,000.00

3,750.00

2.

Yuran Pengajian

Produk & Barangan Amali/

Barangan Pakai Buang

Peralatan Asas Khas - Untuk Peserta

- Tools Set

- Tweezer

251,700.00 45,000.00

3.

Kemudahan

- Insuran Berkelompok

- Penginapan & Asrama (100.00 x 1 1/2)

- T. Shirt (Aktiviti Harian 2 Helai)

25100.00

150.00

100.00

2,500.00

3,750.00

2,500.00

4. Elaun Sara Diri Peserta

- RM550 1 bln 30 hr25 550.00 13,750.00

JUMLAH BESAR 3,000.00 75,000.00

Page 25: Kertas cadangan program pembangunan usahawan telekomunikasi

25

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)

B. RINGKASAN KESELURUHAN KOS PROGRAM KURSUS JANGKA PENDEK

PEMBENTUKAN USAHAWAN TELEKOMUNIKASI

(ASAS BIDANG PENYENGGARAAN DAN MEMBAIK-PULIH TELEFON BIMBIT)

SELAMA 5 HARI

BIL PERKARA BIL PESERTAKOS

SEPESERTA(RM)

JUMLAHKESELURUHAN

(RM)

A

YURAN PENDAFTARAN- Pendaftaran- Yuran Profesional- Uniform- Persijilan

30 500.00 15,000.00

BYURAN PENYELIAAN-Tenaga Pengajar (210 x 7 jam x 5 hari)- Fasilitator (1org) (120 x 7 jam x 5 hari) 30

245.00140.00

7,350.004,200.00

C YURAN BENGKEL/MAKMAL 30 150.00 4,500.00

E KOS BAHAN MENTAH/ PERALATAN LUPUS/

KEPERLUAN AMALI/ TEORI

ii. Bahan Mentah Amali 30 250.00 7,500.00

iii. Keperluan Amali 30 200.00 6,000.00

iv. Peralatan Amali/Teori 30 185.00 5,550.00

F YURAN PENTADBIRAN 30 80.00 2,400.00

JUMLAH 1,750.00 52,500.00

JUMLAH KESELURUHAN 1,750.00 52,500.00

Page 26: Kertas cadangan program pembangunan usahawan telekomunikasi

26

Institut Latihan Teknikal (KOWANIS)