sidang redaksi kkmm bil_4_2013.pdf · 2016. 8. 2. · langkah ini dapat memastikan pembangunan...

16

Upload: others

Post on 28-Nov-2020

2 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SIDANG REDAKSI KKMM BIL_4_2013.pdf · 2016. 8. 2. · Langkah ini dapat memastikan pembangunan industri ICT yang merangkumi pencantuman teknologi telekomunikasi, teknologi maklumat,
Page 2: SIDANG REDAKSI KKMM BIL_4_2013.pdf · 2016. 8. 2. · Langkah ini dapat memastikan pembangunan industri ICT yang merangkumi pencantuman teknologi telekomunikasi, teknologi maklumat,

SIDANG REDAKSI

Pewujudan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam kerajaan baru selepas pilihan raya umum ke 13 lalu adalah bertepatan dalam penyusunan semula peranan dan fungsi agensi-agensi yang berkaitan dengan ICT di bawah satu bumbung. Multimedia Development Corporation (MDEC) dan MYNIC Bhd (syarikat nama domain) telah dipindahkan ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi penyelarasan dan penyatupaduan segala urusan yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di bawah satu kementerian.

Langkah ini dapat memastikan pembangunan industri ICT yang merangkumi pencantuman teknologi telekomunikasi, teknologi maklumat, penyiaran dan teknologi internet dapat dirancang dan dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berkesan demi mencapai matlamat ICT Nasional. Ia juga penting dalam usaha pengemblengan sumber secara komprehensif dan optimum dalam agenda transformasi Negara seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Digital Malaysia yang bakal menyumbang pembangunan industri komunikasi dan multimedia Negara kearah Negara berpendapatan tinggi.

Kepantasan maklumat bergerak hari ini adalah satu fenomena yang menuntut kita bergerak selari dengannya. Maka peranan KKMM yang sangat berkait rapat dengan perkembangan teknologi maklumat dan teknologi komunikasi ini, menuntut KKMM untuk mengubah paradigma penyampaian maklumat negara kepada masyarakat mengikut trend dari semasa ke semasa. Akhir kata, semoga kita dapat memainkan peranan kita dengan lebih cemerlang dan selamat maju jaya.

DATO’ SRI KAMARUDDIN SIARAFKetua Setiausaha KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

Dari MejaKetua Setiausaha

PENASIHAT Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf

Ketua Setiausaha

Dato’ Dr. Rothiah OmarTimbalan Ketua Setiausaha I

KETUA EDITORNorbaya Jamaludin

Unit Komunikasi [email protected]

EDITORHajah Zaiton Abu Bakar

Unit Komunikasi [email protected]

Jasminawati Md JaminUnit Komunikasi Korporat

[email protected]

SUB EDITORNorzila Mohamed Rosly

Pusat Sumber KKMM

Norfadhillah Ahmad MawawiJabatan Penyiaran Malaysia

Norashikin Md NorFINAS

Markus Lim Han KingSuruhanjaya Komunikasi dan

Multimedia Malaysia

Nadiah Syed Nahar Multimedia Development Corporation (MDeC)

FOTOGRAFIAbdul Hadi Md Soom

Haji Rosli IsmailFariz Faizal Mohd Nazri

Muhammad Zulfadli Selamat

PENGEDARANBadarudin Shuib

Unit Komunikasi Korporat

Haslinda MohamedUnit Komunikasi Korporat

URUS SETIA BULETIN KKMMUnit Komunikasi KorporatAras 23, Kompleks KKMM

Persiaran Perdana, Presint 4Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62100 Putrajaya

Tel : 03 8911 5195Faks : 03 89115183

Emel : [email protected]

Page 3: SIDANG REDAKSI KKMM BIL_4_2013.pdf · 2016. 8. 2. · Langkah ini dapat memastikan pembangunan industri ICT yang merangkumi pencantuman teknologi telekomunikasi, teknologi maklumat,

KANDUNGAN

04

10111112131314151516

07

0505

0708

06

LAWATAN KERJA PERDANA MENTERI KE SILICON VALLEY

SIDANG KEMUNCAK KEUSAHAWANAN GLOBAL 2013

PELANCARAN BUKU GALERI SELEBRITI SUKAN RTM

BUKU SUARA KITA

SETEM DAN SAMPUL PERINGATAN 50 TAHUN MALAYSIA

PELANCARAN KEMPEN MySyg

SAMBUTAN JUBLI EMAS HARI MALAYSIA KE-50

‘WIRA TAK DICANANG’

PELANCARAN SAVEME999

MSMW2014

FINAS ANJUR PERTANDINGAN PENULISAN SKRIP FILEM PENDEK MALAYSIA 2013

PEMINDAHAN MDEC DAN MYNIC KE KKMM

MAJILIS PELANCARAN GABUNGAN PUSAT DATA

LIGA REMAJA KREATIF 2013

PELANCARAN SK CBC

CAPAIAN INTERNET LEBIH PANTAS 3 TAHUN LAGI

PROGRAM BOOK2U, PROGRAM LITERASI MAKLUMAT DAN BENGKEL ‘RESOURCE DESCRIPTION AND ACCESS’

04 06

0708

12

14

15

10

05

Page 4: SIDANG REDAKSI KKMM BIL_4_2013.pdf · 2016. 8. 2. · Langkah ini dapat memastikan pembangunan industri ICT yang merangkumi pencantuman teknologi telekomunikasi, teknologi maklumat,

BULETIN KKMM • SEP - OKT 201344

Lawatan ke wilayah teknologi maklumat, Silicon Valley di San Francisco Amerika Syarikat, bersama Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada 23 – 24 September telah disertai oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dan Datuk Badlisham Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).

Lawatan kerja ini bertujuan untuk merapatkan jurang digital di antara negara dan MDeC selaku peneraju dalam inisiatif pembangunan teknologi dan digital ekosistem di Malaysia memainkan peranan penting dalam merancang program-program sepanjang kunjungan tersebut.

Perdana Menteri telah mengumumkan 3 syarikat yang berstatus MSC Malaysia yang telah berjaya mewujudkan kerjasama dengan syarikat antarabangsa di bawah program MSC Malaysia Global Footprints. Kunjungan diteruskan dengan lawatan ke ibu pejabat korporat Twitter.

Lawatan itu juga menyaksikan pertemuan Perdana Menteri bersama ikon teknologi terkenal dunia, Mark Zuckerberg di ibu pejabat Facebook. Pertemuan itu sebahagian dari siri perbincangan peringkat tinggi yang berkisar terhadap usaha mendekatkan kemudahan internet serta peluang-peluang digital yand ada untuk rakyat.

Datuk Badlisham Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, bersama Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek di ibu pejabat korporat Twitter, Amerika Syarikat.

Pengumuman syarikat-syarikat yang berjaya di MSC Malaysia Global Footprints.

Bersama Perdana Menteri dan Menteri Komunikasi dan Multimedia di ibu pejabat Google.

Seterusnya, Perdana Menteri bersama Ketua Pegawai Eksekutif MDeC meneruskan lawatan ke ibu pejabat media sosial gergasi dunia, Google di mana pertemuan dan perbincangan bersama pegwai-pegawai kanan Google telah diadakan berkenaan dengan kerjasama dari kedua-dua pihak. Perdana Menteri juga telah merasmikan dan menghadiri mesyuarat ke-7 Panel Penasihat Antarabangsa Bioteknologi (BIO-IAP) 2013 yang diadakan oleh MDeC.

BULETIN KKMM • SEP - OKT 201344

Page 5: SIDANG REDAKSI KKMM BIL_4_2013.pdf · 2016. 8. 2. · Langkah ini dapat memastikan pembangunan industri ICT yang merangkumi pencantuman teknologi telekomunikasi, teknologi maklumat,

Malaysia merupakan negara Asia pertama yang telah diberikan penghormatan untuk menjadi tuan rumah pada Sidang Kemuncak Keusahawanan Global (GES) 2013 di Kuala Lumpur yang menyaksikan penglibatan hampir 4,000 usahawan global dari seluruh dunia pada 11 – 12 Oktober.

Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) telah memainkan peranan penting untuk persidangan bertaraf dunia ini, sebagai salah satu rakan penganjur dan peserta industri. Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, telah meluangkan masa untuk menghadiri persidangan itu yang mana tetamu kehormat, John Kerry merupakan Setiausaha Negara Amerika Syarikat turut hadir. Acara itu telah membuka peluang kepada usahawan-usahawan tempatan untuk bertemu dan memperkembangkan rangkaian perniagaan mereka.

Perdana Menteri meluangkan masa di tapak pameran MDeC.

Buku Galeri Selebriti Sukan RTM yang mengandungi ikon-ikon pengulas sukan popular sejak era radio hinggalah kepada saluran-saluran media alternatif telah diterbitkan buat julung-julung kalinya oleh Kelab Sukan dan Rekreasi RTM. Pelancaran buku ini telah disempurnakan oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri pada 13 Sept 2013 di Angkasapuri yang lalu.

Turut hadir adalah Dato’ Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia; Dato’ Norhyati Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM); dan Dato’ Mustafa Kamal A. Razak, Presiden Kelab Sukan dan Rekreasi RTM Angkasapuri.

Terbitan buku ini merupakan satu penghormatan kepada 10 tokoh dan ikon pengulas sukan RTM yang selama ini bertanggungjawab menjulang nama atlet-atlet tanah air dan menaikkan populariti sesuatu sukan. Antara ikon-

ikon pengulas yang terdapat dalam buku ini adalah Dato’ Rahim Razali, Zulkarnain Hassan, Dato’ Hasbullah Awang, Datin Marina Chin, Nurul Alis dan ramai lagi.

Buku Galeri Selebriti Sukan RTM ini bukan sahaja menghargai dan mengiktiraf jasa tokoh-tokoh penyiar tetapi juga merupakan rujukan dan panduan kepada generasi penyiar. Selain itu, ia juga mampu menimbulkan minat golongan belia ataupun pelapis baru untuk sama-sama menceburi bidang penyiaran sukan tanahair.

SEP - OKT 2013 • BULETIN KKMM 5

Page 6: SIDANG REDAKSI KKMM BIL_4_2013.pdf · 2016. 8. 2. · Langkah ini dapat memastikan pembangunan industri ICT yang merangkumi pencantuman teknologi telekomunikasi, teknologi maklumat,

BULETIN KKMM • SEP - OKT 201366

Buku Suara Kita : Antologi Seribu Sajak Merdeka terbitan Jabatan Penerangan M a l a y s i a m e n g a n d u n g i 1,000 karya sajak mengenai k e m e r d e k a a n negara hasil nukilan 519 penulis

sajak dari pelbagai latar belakang merupakan

antologi sajak paling tebal dihasilkan di negara ini sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan perayaan Hari Malaysia ke-50.

Antara sajak berkenaan turut mendapat sentuhan istimewa Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Sasterawan Negara, Dato’ Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kemala.

Buku ini telah dilancarkan oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia pada 19 Sept 2013 yang lalu di Putrajaya. Turut hadir Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Ibrahim Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia dan Encik Zabidin Ismail, Presiden Persatuan Karyawan Perak.

Penghasilan buku ini adalah kerjasama dari Persatuan Karyawan Perak yang telah mengumpul dan menyunting kesemua sajak merdeka yang dimuatkan dalam antologi tersebut sejak Mac 2007.Dato’ Ahmad Shabery Cheek dalam ucapannya mencadangkan karya-karya antologi dipelbagaikan dan dikembangkan dalam pelbagai bentuk supaya seiring dengan perkembangan teknologi moden.

BULETIN KKMM • SEP - OKT 201366

Page 7: SIDANG REDAKSI KKMM BIL_4_2013.pdf · 2016. 8. 2. · Langkah ini dapat memastikan pembangunan industri ICT yang merangkumi pencantuman teknologi telekomunikasi, teknologi maklumat,

SEP - OKT 2013 • BULETIN KKMM 7

Setem peringatan sambutan Hari Malaysia ke-50 yang menggambarkan peta Malaysia berlatar belakangkan bendera Malaysia serta imej potret Perdana Menteri pertama Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dikeluarkan oleh Pos Malaysia pada 16 Sept 2013 yang lalu. Majlis pelancaran setem berkenaan disempurnakan oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia pada 18 Sept 2013 di Kuala Lumpur. Turut hadir Tan Sri Mohd Khamil Jamil Pengerusi Pos Malaysia.

Selain setem, Sampul Surat Hari Pertama sempena menyambut ulang tahun pembentukan Malaysia ke-50 juga dikeluarkan oleh Pos Malaysia. Setem ini boleh didapati dalam satu reka bentuk, berukuran 50mm x 30mm berharga denominasi 60 sen dan dijual pada harga RM12 setiap helaian mengandungi 20 setem, sementara, sampul Surat Hari Pertama menampilkan gambar bersejarah majlis pengisytiharan Malaysia dijual dengan harga 50 sen setiap satu.Setem peringatan ini merupakan setem yang dikeluarkan sempena mengingati peristiwa bersejarah negara dalam penubuhan Malaysia buat kali ke-50. Bagi pengumpul setem, mereka boleh membuka Akaun Pesanan Tetap (SODA) untuk menikmati kemudahan menerima setem dan produk filateli lain tanpa perlu beratur panjang di pejabat pos.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh layari laman web di www.pos.com.my, melawat pejabat pos yang terdekat atau Unit Setem dan Filateli di Tingkat 1, Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi atau hubungi 03-2274 1122 sambungan 6656 atau e-mel kepada [email protected].

Kempen #MYSyg ‘Saya Sayang Malaysia’ diadakan oleh Media Prima buat kali kedua pada tahun ini sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia setelah mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan melebihi 10,000 pada tahun lalu. Majlis pelancaran kempen berkenaan telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia pada 3 September 2013 yang lalu di Pejabat Media Prima, Petaling Jaya.

Hadir sama, Pengerusi Media Prima Bhd, Datuk Johari Jaafar, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Dato’ Amrin Awalludin dan Ketua Pegawai eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar.

Kempen ini adalah untuk rakyat Malaysia berkongsi inspirasi melalui peluang yang diberikan bagi melahirkan rasa cintakan negara serta berkongsi kisah menarik mengenai negara tercinta. Kempen dilaksanakan menerusi laman Facebook BOH sehingga 15 September dengan maklumat lanjut disediakan dalam laman mikro #MYSyg, www.mysyg.com.my.

Dato’ Sri Ahmad Shabery berkata program anjuran Media Prima ini adalah satu langkah bijak dalam usaha memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia di negara ini. Katanya lagi, program sebegini berkesan untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan perpaduan, sekali gus mengelak daripada berlakunya perpecahan yang boleh membawa kepada kerosakan sesebuah negara.

SEP - OKT 2013 • BULETIN KKMM 7

Page 8: SIDANG REDAKSI KKMM BIL_4_2013.pdf · 2016. 8. 2. · Langkah ini dapat memastikan pembangunan industri ICT yang merangkumi pencantuman teknologi telekomunikasi, teknologi maklumat,

Pengisytiharan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 yang lalu, disambut buat kali 50 pada tahun ini. Sambutan yang merupakan Jubli Emas ini diadakan di dua buah negeri Sabah dan Sarawak dengan pelbagai program di sekitar kawasan masing-masing mulai Julai hingga September 2013.

Kedua-dua negeri menyambut Jubli Emas Hari Malaysia dengan tema masing-masing iaitu Sarawak bertemakan ‘Sarawak Harmoni Kemakmuran Dinikmati’ dan Sabah pula bertemakan ‘Sabah Maju Jaya Dalam Malaysia’.

Pada 16 September 2013, suasana sambutan dimeriahkan dengan acara kemuncak yang dilaksanakan di kedua-dua buah negeri iaitu Acara Perbarisan dan Perarakan Raksasa pada sebelah pagi di Padang Merdeka, Kuching dan Sambutan Hari Malaysia di Sabah pada sebelah malam. Di Sarawak, ribuan rakyat tempatan serta pelancong asing hadir menyaksikan pelbagai persembahan budaya masyarakat majmuk di negara ini sejak seawal jam 7.00 pagi. Acara diserikan dengan perkenan Yang Di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Turut hadir Yang Di Pertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Antara pengisian acara adalah persembahan dua helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan lintas hormat sambil membawa Jalur Gemilang dan bendera negeri Sarawak serta ‘smoke grenade’, serentak dengan tembakan meriam 21 das oleh Rejimen Artileri Diraja dari Kem Penrissen.

Selain itu, tayangan Video Khas ‘50 Tahun Jubli Emas Sarawak Harmoni Kemakmuran Dinikmati’ dipersembahkan seterusnya diadakan perarakan dan persembahan sambutan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Perarakan Kontinjen Berjalan Lalu, Perarakan Kontinjen Kenderaan dan Fly-Pass serta Persembahan Kebudayaan.

Kemuncak perarakan hampir tiga jam itu adalah persembahan kebudayaan, tarian yang melibatkan 1,500 peserta.

BULETIN KKMM • SEP - OKT 201388

Page 9: SIDANG REDAKSI KKMM BIL_4_2013.pdf · 2016. 8. 2. · Langkah ini dapat memastikan pembangunan industri ICT yang merangkumi pencantuman teknologi telekomunikasi, teknologi maklumat,

Pada malam 15 September 2013, telah diadakan perarakan 50 buah Kapal Berhias di Sungai Kuching yang turut dihadiri dengan perkenan Yang Di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Sambutan Jubli Emas Hari Malaysia seterusnya diadakan pada malamnya di Sabah bertempat di Taman Prince Philip, Tanjung Aru, Kota Kinabalu dengan kehadiran tetamu kehormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri Datin Sri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sabah Dato’ Sri Musa Aman.

Majlis ini merupakan acara kemuncak daripada 125 aktiviti-aktiviti yang diadakan mulai 1 Julai hingga 21 November 2013 di seluruh negeri Sabah dengan membawa bersama temanya ‘Sabah Maju Jaya Dalam Malaysia’.

Hampir 50,000 masyarakat pelbagai kaum, agama dan umur termasuk pelancong, pelabur dan duta asing dari seluruh negara berkumpul di Taman Prince Philip untuk menyaksikan acara kemuncak Sambutan Jubli Emas Hari Malaysia di Sabah yang dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan persembahan sejak 6.00 petang.

Majlis diserikan dengan pelbagai persembahan menerusi segmen-segmen tertentu iaitu ‘Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku’, Imbauan Silam, Perpaduan Etnik, Pertanian, Pembangunan dan perindustrian, Pelancongan dan Generasi Y. Persembahan kebudayaan melibatkan seramai 1,500 penari dari Lembaga Kebudayaan Sabah. Antara penyanyi yang terkenal yang membuat persembahan adalah Jacklyn Victor , Sheila Hamzah, Hafiz, Stacy , Faizal Tahir, Fauziah Gambus, 1 Nation EMCEE , Azlan Typewriter, Jimmy Palikat dan ramai lagi.

Sebanyak lima buah rumah tradisional dibina di tapak majlis bagi memaparkan budaya unik daripada lima etnik utama di Sabah iaitu Melayu Brunei, iaitu kaum Kadazan Dusun , Bajau, Rungus dan Murut.

Sebelum majlis, pelancaran Projek Pembangunan Eko Tanjung Aru dan diikuti dengan Majlis M e n a n d a t a n g a n i M e m o r a n d u m Persefahaman projek berkenaan.

Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak turut melancarkan duit syiling peringatan yang telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Terdapat 3 bentuk duit syiling iaitu duit Syiling Peringatan Perak (pruf) yang merupakan duit syiling berwarna pertama dikeluarkan oleh BNM dengan imej berwarna Jalur Gemilang pada bahagian hadapan duit syiling; Duit Syiling Peringatan Emas (pruf) dan Duit Syiling Peringatan Emas Nordic.

Selain dijual secara berasingan, ia juga dijual secara set 3 dalam 1 pada harga RM2,100 mengandungi duit syiling emas, perak berwarna dan emas Nordic pruf, dan set 2 dalam 1 manakala set 2 dalam 1 dijual pada harga RM250 mengandungi duit syiling perak berwarna dan emas Nordic pruf.

SEP - OKT 2013 • BULETIN KKMM 9

Page 10: SIDANG REDAKSI KKMM BIL_4_2013.pdf · 2016. 8. 2. · Langkah ini dapat memastikan pembangunan industri ICT yang merangkumi pencantuman teknologi telekomunikasi, teknologi maklumat,

BULETIN KKMM • SEP - OKT 20131010

Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia yang dilaksanakan secara berperingkat bermula di peringkat negeri telah diakhiri dengan kemunculan pasukan Pewaris Melaka sebagai Johan menerusi persembahannya yang mengetengahkan kisah perjuangan veteran Wanita UMNO, Datuk Seri Siti Rahmah Kassim dengan tajuk ‘Wira Tak Dicanang’ sebagai Johan.

Pertandingan peringkat akhir ini diadakan pada 15 Sept lalu di Kota Kinabalu dan dirasmikan oleh Dato’ Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Pewaris Melaka yang dianggotai oleh Shahrul Mubarak Ahmad, Kamarudin Bakar dan Norliza Md Yamin menerima hadiah wang tunai berjumlah RM6,000 dan Piala Pusingan Setia Budi, piala iringan dan sijil penyertaan setelah berjaya menandingi 14 pasukan lain yang merupakan Johan di peringkat negeri masing-masing.

‘Wira Tak Dicanang’ Johan Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia 2013

Naib Johan yang dimenangi oleh pasukan Suara Bayu dari Sabah menerima hadiah wang tunai RM5,000 dan piala iringan serta sijil penyertaan manakala pasukan Majlis Kebudayaan Daerah Teluk Intan dari Perak yang memenangi tempat ketiga menerima wang tunai RM4,000, piala iringan dan sijil penyertaan. 12 pasukan lagi menerima hadiah saguhati wang tunai sebanyak RM2,000 dan sijil penyertaan.

Dato’ Jailani Johari, dalam ucapannya berkata, program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia berkenaan sangat bermanfaat kepada masyarakat untuk lebih mendalami fakta sejarah dan mengetahui beberapa tokoh kemerdekaan yang tidak terdapat dalam buku sejarah.

BULETIN KKMM • SEP - OKT 20131010

Page 11: SIDANG REDAKSI KKMM BIL_4_2013.pdf · 2016. 8. 2. · Langkah ini dapat memastikan pembangunan industri ICT yang merangkumi pencantuman teknologi telekomunikasi, teknologi maklumat,

SEP - OKT 2013 • BULETIN KKMM 11

Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM) telah mereka khas aplikasi telefon pintar SaveME999 untuk kegunaan hampir setengah juta golongan Orang Kurang Upaya (OKU) berdaftar di negara ini terutamanya mereka yang mengalami masalah pendengaran dan pertuturan bagi membantu mendapatkan perkhidmatan keselamatan.

Pada 9 September yang lalu, aplikasi SaveME999 telah dilancarkan oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia. Turut hadir Dato’ Azizah Mohd Dun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Dato’ Seri Dr. Halim Shafie, Pengerusi TM.

Penggunaan aplikasi tersebut membolehkan golongan OKU berhubung dengan Pusat Panggilan Kecemasan (PPK) 999 secara terus setelah mereka menyentuh ikon aplikasi SaveMe999 di telefon pintar masing-masing. Sistem PPK akan merakam nama, nombor telefon, lokasi pemanggil secara automatik dan maklumat akan dihantar ke agensi bantuan kecemasan melalui sistem bagi menghantar bantuan dengan segera.

Aplikasi ini berupaya mengesan kedudukan lokasi dengan lebih tepat menggunakan Sistem Kedudukan Global (GPS). Aplikasi percuma ini boleh dimuat turun secara percuma daripada laman web www.999.gov.my dan boleh digunakan di seluruh negara serta tidak terhad kepada satu negeri sahaja.

Minggu Media Sosial Malaysia (MSMW) sekali lagi akan diadakan pada 24 dan 25 Februari tahun hadapan dengan anjuran bersama Dewan Media Sosial (SMC) dan My Events International. MSMW pada kali ini akan menekankan soal keselamatan dalam media sosial menerusi persidangan secara rangkaian dan dalam talian yang menghubungkan ratusan ribu pengguna media sosial dalam dan luar negara.

Majlis pra-pelancaran MSMW 2014 telah diadakan pada 20 Sept 2013 yang lalu dan telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia. Turut hadir Shahul Hameed Shaik Dawood, Presiden SMC serta penasihat-penasihat SMC iaitu Dato’ Ibrahim Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan; Ketua Pegawai Eksekutif MDeC dan Stephen Doss, Ketua Pembangunan dan Kajian Yayasan Budi Penyayang.

MSMW ini akan melibatkan penyertaan ketua pegawai eksekutif, pengusaha korporat dan industri, wartawan dan penulis media online, bloggers, pengurusan komunikasi korporat, penuntut institusi pengajian tinggi, pakar-pakar teknologi maklumat, pemimpin politik dan agensi-agensi kerajaan untuk mewujudkan cetusan idea baru secara interaktif, menambahkan pengetahuan serta perkongsian rangkaian perhubungan global sesama pengamal media sosial.

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek mencadangkan penubuhan unit belia di bawah Jabatan Penerangan bagi menghubungkan suara golongan itu dengan pihak kerajaan. MSMW pertama kalinya diadakan pada 13 hingga 17 Februari 2012 dengan tujuan untuk berkongsi pengalaman dan mempelajari pemahaman mengenai peranan media sosial dalam masyarakat.

Pihak yang berminat menyertai program ini boleh melayari laman web www.socialmediaweek.com.my untuk keterangan lanjut.

SEP - OKT 2013 • BULETIN KKMM 11

Page 12: SIDANG REDAKSI KKMM BIL_4_2013.pdf · 2016. 8. 2. · Langkah ini dapat memastikan pembangunan industri ICT yang merangkumi pencantuman teknologi telekomunikasi, teknologi maklumat,

BULETIN KKMM • SEP - OKT 20131212

Golongan muda berpeluang memperlihatkan idea-idea dan mencurahkan kreativiti mereka menerusi Pertandingan Penulisan Skrip Filem Pendek Malaysia 2013 anjuran ANEXT Star Production Sdn Bhd dengan kerjasama FINAS dan Jelly Bean Film.

Pelancaran pertandingan ini telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia pada 6 September 2013 di Kompleks Studio Merdeka, FINAS, Hulu Kelang. Turut hadir Dato’ Md Afendi Hamdan, Pengerusi FINAS, YM Rozaimi, Ketua Pengarah FINAS dan Tan Sri Michelle Yeoh yang merupakan salah seorang juri dari empat lagi juri professional dari dalam dan luar negara bagi pertandingan ini.

Objektif pertandingan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan perkongsian persepsi silang budaya masyarakat Malaysia. Di samping itu, ia dapat memberi inspirasi dan peluang kepada pembikin filem yang baru khususnya golongan muda dalam menghasilkan karya-karya kreatif mereka menerusi filem pendek dengan menggabungkan elemen perpaduan.

Semasa sidang media mengenai pertandingan ini, Tan Sri Michelle Yeoh memaklumkan skrip filem pendek terbaik menerusi Pertandingan Penulisan Skrip Filem Pendek

FINAS anjur Pertandingan Penulisan Skrip Filem PendekMalaysia 2013

Malaysia 2013 ini akan dihantar ke festival filem peringkat antarabangsa seperti Cannes, Palm Springs Short Fest, Hong Kong Filmart dan Aspen Short Fest 2014.

Selain itu, Dato’ Md Afendi juga memaklumkan bahawa pemenang bukan sahaja dapat membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 tetapi juga berpeluang untuk bekerjasama menghasilkan filem tersebut dan ini akan membuka ruang lebih luas kepada mereka.

Peserta yang berminat perlu menyediakan sebuah skrip yang tidak lebih daripada 50,000 patah perkataan sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris dengan bertemakan perpaduan. Ia terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Tarikh akhir menghantar penyertaan itu adalah pada 15 November ini dan pemenang akan diumumkan pada 20 Disember 2013. Untuk keterangan lanjut boleh melayari www.myshortscript.com.

Di samping pelancaran ini, turut diadakan Rumah Terbuka Aidilfitri FINAS yang dihadiri lebih 800 warga industri tanah air dan diserikan dengan persembahan nyanyian oleh artis-artis tempatan.

BULETIN KKMM • SEP - OKT 20131212

Page 13: SIDANG REDAKSI KKMM BIL_4_2013.pdf · 2016. 8. 2. · Langkah ini dapat memastikan pembangunan industri ICT yang merangkumi pencantuman teknologi telekomunikasi, teknologi maklumat,

SEP - OKT 2013 • BULETIN KKMM 13

Multimedia Development Corporation (MDeC) dan MYNIC Bhd (syarikat nama domain) bersama fungsi dan peranannya telah dipindahkan dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) setelah pertimbangan bagi penyelarasan dan penyatupaduan segala urusan yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di bawah satu kementerian, mendapat persetujuan kerajaan mengikuti jejak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang telah pun diletakkan dalam Kementerian ini sejak 2009.

Pada 10 September 2013 yang lalu, satu majlis Penyerahan MDec, MYNIC Bhd dan Fungsi Penggubalan, ICT Negara dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah diadakan di Ibu Pejabat MDec, Cyberjaya. Majlis melibatkan acara menandatangani penyerahan tersebut oleh Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi kepada Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, Pengerusi MDeC, Tan Sri Abd. Halim Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Badlisham Ghazali

Perwujudan KKMM dalam Kerajaan baru selepas Pilihan raya Umum Ke-13 lalu, adalah bertepatan dalam penyusunan semula peranan dan fungsi agensi-agensi yang berkaitan dengan ICT di bawah satu bumbung.

Langkah ini dapat memastikan pembangunan industri ICT yang merangkumi pencantuman teknologi telekomunikasi, teknologi maklumat, penyiaran, dan teknologi Internet dapat dirancang dan dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berkesan demi mencapai matlamat ICT nasional.

Ia juga penting dalam usaha penggemblengan sumber secara komprehesif dan optimum dalam agenda transformasi negara seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Digital Malaysia dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) yang bakal menyumbang untuk pembangunan industri komunikasi dan multimedia negara ke arah negara berpendapatan tinggi.

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek bersama pihak pengurusan atasan MDeC.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah melancarkan Gabungan Pusat Data Malaysia (MDCA) yang pertama, dengan sokongan padu dari Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).

Majlis yang berlansung di Kuala Lumpur pada 28 Oktober 2013 itu menyaksikan Menteri Komunikasi dan Mutimedia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek merasmikan gabungan tersebut. Beliau turut meluangkan masa melawat pameran dari syarikat-syarikat yang kini berada di bawah naungan MDCA. MDeC merupakan penasihat utama bagi MDCA di mana organisasi ini akan memastikan matlamat gabungan ini tercapai.

Pelancaran MDCA adalah selaras dengan matlamat negara untuk menjadikan Malaysia sebagai hab data serantau yang akan menjadi pilihan utama kepada para pelabur dan usahawan di dalam dan luar negara. Ianya juga akan meningkatkan penjanaan pendapatan negara di samping memberi kesan yang positif kepada pembangunan ekonomi dan inovasi di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek merasmikan Gabungan Pusat Data Malaysia.

SEP - OKT 2013 • BULETIN KKMM 13

Page 14: SIDANG REDAKSI KKMM BIL_4_2013.pdf · 2016. 8. 2. · Langkah ini dapat memastikan pembangunan industri ICT yang merangkumi pencantuman teknologi telekomunikasi, teknologi maklumat,

Sekolah Menengah Kebangsaan Luar Bandar No. 1 Sibu dinobatkan sebagai juara untuk pertandingan Liga Remaja Kreatif bagi tahun 2013 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Penyertaan SMK Luar Bandar No.1 Sibu dengan tajuk klip videonya “Klik Dengan B.I.J.A.K. berjaya mengetepikan saingan hebat daripada SMK Rapat Setia dari Perak dan Sekolah Bestari Asia Pacific.

Majlis penyampaian hadiah tersebut diadakan pada 31 Oktober 2013 yang lalu dan telah disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek di Angkasapuri. Hadir sama di majlis tersebut ialah Pengerusi SKMM, Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi; Ketua Pengarah Penyiaran, Dato’ Norhyati Ismail dan Dato’ Misrah Haji Ibrahim dari Kementerian Pendidikan Malaysia.

SMK Luar Bandar No.1 Sibu yang dianggotai oleh empat orang pelajar iaitu Alex Wang, Ohkie Belun, Pressly Palong dan Jasmine Samai Ambrose membawa pulang cek bernilai RM10,000 dan sebuah piala.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek bergambar bersama-sama dengan barisan pemenang Liga Remaja Kreatif 2013 di Angkasapuri.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Sri Ahmad Shabery sedang menyampaikan ucapan pada Majlis Penyampaian Hadiah Liga Remaja Kreatif 2013 peringkat kebangsaan di Angkasapuri.

Sementara itu, dalam ucapan alu-aluannya, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek memaklumkan, kerajaan mensasarkan untuk mencapai pertumbuhan sebanyak 11% dalam industri kreatif menjelang 2020 berbanding dengan kadar pertumbuhan kini hanya 1.27 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Tegasnya, sasaran berkenaan adalah realistik kerana industri kreatif telah berjaya menghasilkan peminat, tokoh, ikon dan peluang kerja yang melimpah ruah di Malaysia.

“Sebenarnya, masih ada ruang besar yang boleh diperbaiki untuk mengembangkan industri kreatif di negara kita,” ujarnya lagi.

Sebanyak 3,073 penyertaan telah diterima untuk Pertandingan Liga Remaja Kreatif pada 2012 membabitkan 431 buah sekolah menengah di seluruh negara.

BULETIN KKMM • SEP - OKT 20131414

Page 15: SIDANG REDAKSI KKMM BIL_4_2013.pdf · 2016. 8. 2. · Langkah ini dapat memastikan pembangunan industri ICT yang merangkumi pencantuman teknologi telekomunikasi, teknologi maklumat,

Masyarakat tempatan di Kuala Tomani kini tidak perlu bimbang dengan masalah akses internet di kawasan mereka dengan pembukaan Pusat Jalur Lebar Komuniti di Kuala Tomani, Sabah oleh syarikat telekomunikasi dari Korea Selatan, SK Telecom. Ini kerana, teknologi yang digunakan oleh mereka adalah yang tercanggih iaitu, Wi-Fi 5 Giga yang mampu memberikan kelajuan internet yang pantas lagi efisien.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Sri Ahmad Shabery ketika merasmikan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJLK) itu berkata, perkhidmatan berkenaan merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia dan di rantau

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek bersama-sama dengan Pengerusi SKMM, Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi meninjau Pusat Jalur Lebar Komuniti Kuala Tomani di Tenom, Sabah.

Asia. Dengan pembukaan PJLK ini, katanya, ia bukan sahaja membolehkan penduduk setempat mengakses perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan dalam talian bahkan juga menyumbang kepada peningkatan kadar penembusan jalur lebar di Sabah yang ketika ini berada pada tahap 55%.

“Kerajaan sentiasa memberi keutamaan kepada usaha menyediakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di kawasan-kawasan pedalaman bagi memastikan penduduk luar bandar tidak tersisih daripada arus kemajuan. Apa yang pasti, perkhidmatan jalur lebar dan ICT sememangnya membawa banyak manfaat selain menyumbang kepada pembangunan ekonomi sesebuah masyarakat,” tambah Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.

Konsep PJLK oleh SK Telecom di Sabah adalah bermodelkan kepada Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang akan membenarkan golongan pelajar dan belia untuk memanfaatkan perkakasan keusahawanan dan pendidikan. Pihak SK Telecom memutuskan untuk membuka PJLK di Kuala Tomani selepas kagum dengan pelbagai siri program yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di PI1M seluruh negara. Hadir sama pada majlis pembukaan PJLK itu ialah Pengerusi SKMM, Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi, dan Presiden SK Telecom, Lee Suk Han.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek sedang mendengar taklimat yang diberikan oleh seorang pegawai di sebuah gerai di Karnival Jalur Lebar peringkat daerah Kemaman.

Penduduk luar bandar di negara ini berpeluang menikmati capaian jalur lebar yang lebih pantas antara empat hingga 10 megabait persaat (Mbps) menjelang 2016.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek berkata, inisiatif ke arah merealisasikan usaha tersebut giat dilaksanakan dengan permulaan kerja-kerja asas seperti penentuan tapak yang sesuai untuk dipasang kabel dan menara. Jelas beliau, peruntukan untuk melaksanakan projek tersebut sudah diperolehi.

“Justeru, dalam tempoh tiga tahun lagi, penduduk akan dapat merasakan kelainan dari aspek capaian internet mereka. Ini kerana capaian internet akan menjadi lebih laju,” katanya selepas merasmikan Karnival Jalur Lebar peringkat Kemaman anjuran Suruhanjaya Komuniti dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Padang Astaka, Kemaman pada 26 Oktober 2013.

Ketika ini, capaian internet di kawasan bandar adalah antara dua hingga 20 Mbps manakala capaian internet

Capaian Internet Lebih Pantas Dalam Tempoh Tiga Tahun Lagi

di kawasan luar bandar pula hanya antara satu hingga dua Mbps.

Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan dalam karnival berkenaan antaranya pameran perkhidmatan jalur lebar oleh penyedia perkhidmatan jalur lebar utama, perkhidmatan serta aplikasi dalam talian seperti e-Kerajaan, e-Dagang dan e-Pembelajaran.

SEP - OKT 2013 • BULETIN KKMM 15

Page 16: SIDANG REDAKSI KKMM BIL_4_2013.pdf · 2016. 8. 2. · Langkah ini dapat memastikan pembangunan industri ICT yang merangkumi pencantuman teknologi telekomunikasi, teknologi maklumat,

Program Book To You (Book2U)Merupakan satu lagi perkhidmatan tambah nilai terkini disediakan bertujuan untuk meningkatkan lagi kesedaran dan galakguna perkhidmatan dan kemudahan di Pusat Sumber. Program Book2U ini adalah aktiviti outreach Pusat Sumber mendekati warga KKMM melalui sesi lawatan kakitangan Pusat Sumber ke bahagian-bahagian bagi mempromosi koleksi rujukan khususnya judul-judul buku baru untuk pinjaman oleh warga KKMM. Perkhidmatan ini pertama kalinya telah diadakan pada 11 Oktober 2013 di Bahagian Akaun. Sambutan amatlah menggalakkan di mana sebanyak 40 bahan pusat sumber telah dipinjam dengan 20 pendaftaran keahlian baru diperolehi.

Bengkel Resource Description And Access (RDA)Aktiviti ini telah diadakan pada 25 September 2013 bertempat di Bilik Latihan Pusat Sumber KKMM. Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi maklumat, pengetahuan dan pendedahan kepada kakitangan Pusat Sumber KKMM serta perpustakaan di Jabatan/Agensi mengenai Resource Description and Access (RDA) merupakan satu standard pengkatalogan baru bagi menggantikan standard pengkatalogan sediada mengikut peraturan AACR2 (Anglo-American Cataloguing Rules,2nd ) yang telah diguna pakai sejak tahun 1978. RDA adalah lebih flexible dan relevan di era digital masa kini dan memenuhi piawaian antarabangsa. Seramai 24 peserta menghadiri bengkel ini dan telah didedahkan dengan prosedur baru ini yang akan di gunapakai secara berperingkat-peringkat bermula tahun 2014.

Program Literasi Maklumat Bil.2/2013Aktiviti ini telah diadakan pada 3 Oktober 2013 bertempat di Bilik Latihan Pusat Sumber KKMM. Objektif utama adalah untuk memberi panduan kepada peserta tentang strategi pencarian maklumat dengan cepat dan berkesan menggunakan pangkalan data sedia ada seperti BLIS, Web Infoline di samping mempromosi Portal Pusat Sumber. Pengguna juga didedahkan dengan perkhidmatan dan panduan pencarian koleksi Pusat Sumber. Seramai 21 orang warga baru berkhidmat di KKMM telah menyertai program ini. Program ini memberi manfaat dan kefahaman kepada peserta mengenai perkhidmatan yang di sediakan di Pusat Sumber.