ice breaking 1.docx

Upload: mohd

Post on 07-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

AKTIVITI ICE-BREAKING

Disini IKA nak share contoh Modul LDK yang ada dan biasa gunakan dalam program dan aktiviti..Harap ianya dapat membantu =)NOTA: Segala yang dikongsi adalah ihsan sumber internet , ihsan individu2 dan pengalaman2 yang ada.. semoga ianya bermanfaat..TERIMA KASIH-------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Mukaddimah Aktiviti : i. Aktiviti yang hendak dijalankan sebaik-baiknya dimulakan dengan Surah Al-Fatihah bagi mendapatkan keberkatan dalam menjalankan program. 2. Wisel Aktiviti : i. Penggunaan wisel dalam mengawal pelajar. ii. Pelajar perlu peka dengan wisel yang dibunyikan. iii. Pelajar adalah diwajibkan memberi respon / tindakbalas setiap kali wisel dibunyikan. Nilai / rasional aktiviti : Tarik perhatian peserta supaya sentiasa peka dengan persekitaran

3. Ucapan Tahniah Aktiviti : 1. Pelajar diarah untuk mengangkat tangan kanan dan mengucapkan tahniah kepada rakan sebelah 2. Pelajar diarah mengangkat tangan kiri dan hidu bau ketiak masing-masing. Jika tidak berbau busuk, maka masih segar lagi untuk mengikuti aktiviti ini. Nilai / rasional aktiviti : Pengahargaan kepada rakan-rakan

4. Barang Amanah Aktiviti : i. Barang amanah seperti telur ayam, krakers dan sebagainya akan diagihkan kepada setiap kumpulan dan perlu dijaga sehingga ke akhir program. ii. Bagi yang gagal menjaga amanah contohnya ada yang pecahkan biji telur yang diberi, maka semua ahli kumpulan akan didenda (pilih denda yang sesuai). Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menjaga amanah yang telah diberi.

5. Nyanyian Lagu MotivasiAktiviti : i. Nyanyian lagu motivasi perlu dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelajar sentiasa bersemangat dan bermotivasi. ii. Contohnya lagu Warisan yang membawa makna setiap pelajar adalah warisan pemimpin negara di masa hadapan. Nilai / rasional aktiviti : Menyemai motivasi dalam diri peserta melalui lirik lagu.

6. Salam Semut Aktiviti : i. Pelajar akan membentuk bulatan besar dan pelajar dan muzik iringan akan dimainkan. (Cth. Lagu sahabat sejati). ii. Pelajar akan bergerak untuk bersalam iaitu salam, peluk dan usap sambil mengucapkan tahniah (Bagi sama jantina). iii. Jika berlainan jantina, cukup sekadar melambai tangan sambil menyebut huuuuu tanda kemesraan. Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awal aktiviti.

7. Senyum Aktiviti : i. Sebut perkataan tempey.ii. Latihan senyum : Nombor 1 : Senyum tidak ikhlasNombor 2 : Senyum tak berapa nak ikhlasNombor 3 : Senyum yang ikhlas Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awal aktiviti.

8. Kungfu Wacha (1,2,3,4)Aktiviti : Pergerakan 1 : Tumbuk hadapan (huh!) Pergerakan 2 : Tarik tangan (hah!) Pergerakan 3 : Tumbuk hadapan & tarik tangan (huh! hah!) Pergerakan 4 : Tangan seperti ular mematuk ke hadapan, angkat kaki (wacha!) Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus dan keyakinan diri

9. Kelopak Jantung Aktiviti : 1. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar. 2. Kumpulan 1 akan menyebut perkataan kelopak3. Kumpulan 2 akan menyebut perkataan jantung4. Pelajar akan menyebut mengikut arahan tangan oleh fasilitator sehingga menghasilkan bunyi kompang.Nilai / rasional aktiviti : Keseronokan belajar

10. Tepuk energy Aktiviti : Tepuk 1 : Tepuk tangan seperti biasa Tepuk 2 : Tepuk tangan sambil menjerit hooooo Tepuk 3 : Tepuk tangan, jerit hooooo dan berdiri sambil bergerak Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan energy dan keseronokan belajar.

11. Gosok Tangan Aktiviti : 1. Pelajar menggosok tangan daripada perlahan sehingga pantas.2. Pelajar mencium tangan sambil menyatakan apakah bau yang mereka hidu (bau tanah)Nilai / rasional aktiviti : Muhasabah diri bahawa semua kita adalah sama, iaitu diciptakan dari tanah

12. Fokus Aktiviti : 1. Goyang-goyang tangan kanan dengan laju2. Berikan arahan supaya letakkan tangan ke dagu tetapi fasilitator meletakkan tangan ke dahi. 3. Lakukan berulang kali sehinga pelajar benar-benar fokus dengan arahanNilai / rasional aktiviti : Menguji fokus (kordinasi antara audio, visual dan psikomotor)

13. Pegang Dagu Aktiviti : 1. Pegang dagu / janggut rakan di sebelah (yang sama jantina sambil menyebut perkataan alololooo 2. Lakukan berulang kali sehingga semua pelaja melakukan aktiviti ini Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan rasa selesa dan rasa selamat

14. Urutan Aktiviti : 1. Pelajar diarah berbaris dalam kumpulan sama jantina 2. Aktiviti teraputik iaitu mengurut dalam barisan akan dilakukan mengikut arahan yang telah diberikan oleh fasilitator contohnya urut kepala, hidung, tengkuk, bahu, belakang dll.Nilai / rasional aktiviti : Menanam sifat bertolak ansur dan membina hubungan di kalangan pelajar.

15. Sentuhan Kasih Aktiviti : 1. Pelajar diarah memilih pasangan sama jantina (sebaik-baiknya pilih pasangan yang belum dikenali dengan rapat) 2. Fasilitator akan memberi arahan supaya setiap anggota badan bertemu antara satu sama lain. 3. Contohnya dagu bertemu dagu, dahi bertemu dahi, lutut bertemu lutut dan sebagainya. Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan rasa mesra, dan peka dengan arahan.

16. Pengelompokan mengikut kriteria Aktiviti : i. Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan mengikut kriteria seperti : a. Sama jantinab. Sama tahun lahirc. Sama bulan kelahirand. Sama saiz kasute. Sama warna baju / seluar dll. ii. Setelah berjumpa ahli kumpulan, ahli diminta berkenalan antara satu sama lain.Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya proaktif dalam kumpulan.

17. Group inAktiviti : i. Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan tertentu iaitu dengan mematuhi arahan fasilitator. ii. Fasilitator akan menyebut Group in 2, 5, 10 atau 20.. iii. Pelajar akan bergerak dalam kumpulan besar untuk membentuk kumpulan mengikut bilangan ahli kumpulan yang telah ditetapkan. iv. Setelah berjumpa ahli kumpulan, pelajar disuruh duduk dan berkenalan secara ringkas. Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya menjadi lebih proaktif dan menggalakkan penerimaan dalam kumpulan.

18. Kerusi Panas Aktiviti : i. Pelajar akan duduk di atas kerusi masing-masing dalam bulatan besar. ii. Apabila arahan tukar tempat duduk diberikan, pelajar akan tukar tempat duduk dengan rakan-rakan yang lain. iii. Pelajar yang paling lambat bertukar tempat duduk akan dikenakan hukuman di tengah bulatan. (Hukuman yang sesuai contohnya menyanyikan lagu, poco-poco dll.) iv. Arahan fasilitator perlu kreatif dan pelbagai contohnya Siapa rasa dirinya lelaki tukar tempat duduk. Maka pelajar lelaki sahaja yang akan tukar tempat duduk. Setelah itu, pelajar akan berkenalan dengan rakan sebelah. Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menerima, mendengar dan memahami sesuatu arahan sebelum bertindak.

19. Bunyi paling menarikAktiviti : i. Pelajar akan berada dalam kumpulan masing-masing dan fasilitator akan mengarahkan mereka untuk memilih dan menghasilkan bunyi binatang beserta dengan pergerakan yang menarik. ii. Markah akan diberi kepada bunyi dan pergerakan kumpulan yang paling menarik.iii. Seboleh-bolehnya, bunyi binatang bagi setiap kumpulan tidak sama. Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mewujudkan semangat kerjasama dalam kumpulan.

20. Pergerakan paling menarik Aktiviti : i. Setiap kumpulan akan menghasilkan pergerakan mengikut muzik yang telah ditetapkan untuk setiap kumpulan. ii. Muzik / lagu bagi setiap kumpulan perlu berbeza bagi melihat variasi pelajar. iii. Pemilihan lagu mengikut kategori seperti lagu rancak, sentimental, irama Melayu, Hindustan, Cina dan sebagainya. iv. Fasilitator boleh menggunakan sistem markah atau token bagi aktiviti seperti ini bagi menggalakkan penglibatan pelajar. Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mencerna semangat persaingan yang sihat dalam melakukan sesuatu perkara.

21. Uji Bakat Aktiviti : i. Setiap pelajar diarah untuk melihat wajah ahli kumpulan masing-masing. ii. Setelah itu, sila pilih ahli kumpulan yang paling layak menjadi a. Ketuab. Penolongc. Setiausaha. iii. Mereka yang terpilih dipanggil ke hadapan untuk menjalani ujian emosi seperti disuruh bersyarahan / berucap, melakukan aktiviti seperti berkokok, cat walk dan sebagainya dengan diiringi muzik. iv. Sebagai aktiviti salingan, fasilitator boleh melakukan aktiviti uji bakat ini dengan mencari : a. Peserta yang paling comelb. Peserta yang paling bijak berbicarac. Peserta yang paling handsome dan sebagainya. Nilai / rasional aktiviti : Setiap pelajar mempunyai bakat dan keupayaan tersendiri. Ada yang dilahirkan menjadi pemimpin dan ada yang perlu belajar untuk memimpin.

22. Aktiviti Keretapi Aktiviti : i. Setiap pelajar akan diedarkan sehelai kertas A4 dan dilekatkan di belakang masing-masing menngunakan masking tape. ii. Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar untuk menuliskan perkataan yang positif untuk rakan-rakan (beri masa yang singkat untuk pelajar bergerak). iii. Pelajar perlu bergerak untuk mendapatkan sebanyak mungkin nilai-nilai positif yang ada pada diri mereka contohnya baik hati, bertanggungjawab, suka menolong orang dll. iv. Fasilitator perlu menetapkan sekurang-kurangnya 10 nilai yang berjaya diperolehi dalam jangka masa yang ditetapkan ( 3 minit 5 minit). v. Setelah itu, pelajar akan mengira jumlah nilai yang diperolehi. vi. Fasilitator akan memanggil setiap pelajar secara rawak ke hadapan untuk membaca nilai-nilai yang diperolehi. Nilai / rasional aktiviti : Setiap individu mempunyai nilai positif yang kita tidak sedari. Selagi ada nilai-nilai baik dalam diri, maka semua kita layak untuk memimpin.

23. Brainstorming Aktiviti : i. Pelajar akan duduk dalam bulatan yang besar.ii. Satu objek akan diletakkan di tengah-tengah bulatan. Contohnya botol mineral, kotak kapur dll.iii. Pelajar akan memikirkan sesuatu yang berbeza dengan ciri-ciri sebenar / asal benda tersebut dan nyatakan secara bergilir. iv. Setiap yang dinyatakan akan dicatatkan oleh 2 orang pencatat. v. Jika diletakkan botol mineral di tengah bulatan, maka pelajar tersebut tidak boleh menyebut benda tersebut air mineral tetapi perlu menyatakan benda lain contohnya kayu hoki, syampu dll. vi. Selain itu, pelajar diberi tugasan untuk melakukan brainstorming ini secara santai dengan menyatakan idea-idea mudah. Contohnya, nyatakan perkara-perkara yang selalu anda lakukan di bilik air dll. vii. Setelah itu, brainstorm idea pelajar dengan menyatakan perkara-perkara yang lebih ilmiah iaitu menyatakan idea masing-masing fokus tentang kepimpinan. viii. Contohnya : Nilai-nilai yang perlu ada pada setiap pemimpin, apa yang perlu ada pada setiap pemimpin dll. Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta berkongsi idea melalui pengetahuan sedia ada (konstruktivisme). Melalui perkongsian ini, maka ruang lingkup pemikiran peserta akan lebih luas.

24. Aktiviti scanning (Strength and Weakness) Aktiviti : i. Aktiviti berpasangan iaitu setiap pasangan akan menceritakan kekuatan dan kelemahan masing-masing. ii. Setelah itu, mereka akan menceritakan kekuatan dan kelemahan pasangan dalam kumpulan besar atau kumpulan kecil. (Sebaik-baiknya dibantu oleh fasilitator kumpulan yang terdiri daripada guru-guru seperti guru bimbingan dan guru penyelaras) iii. Dalam aktiviti ini, elakkan pelajar membincangkan perkara-perkara yang sensitif yang boleh mengaibkan pasangan. Nilai / rasional aktiviti : Luahan kendiri untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri. Perlunya seseorang itu mengekal dan menambahbaik kekuatan serta memperbaiki kekurangan.

25. Sorakan Kumpulan / Cheers / Trademark Aktiviti : i. Pelajar berbincang untuk menghasilkan sorakan puak yang paling menarik dan bercirikan kepimpinan / sesuai dengan nama kumpulan. ii. Sorakan puak perlu dijalankan sebelum bermulanya sesuatu pembentangan kumpulan bagi menaikkan semangat ahli kumpulan. Nilai / rasional aktiviti : Meningkatkan motivasi / energy dalam kumpulan.

23JunModul motivasi - Semut Gila telagabiru... Oleh: Edi Shazril Bin Sahidan .Seorang fasilitator memberi arahan,."Semua peserta di minta buat bulatan... baik, ditangan ana ada 20 biji gula-gula bersamaan dengan jumlah antum semua.. antum akan dapat sorang satu.. gula-gula ni, ana letakkan kedalam plastik.. and then ana masukkan dalam kotak tisu nih... kotak ni pulak ana letakkan di atas kerusi plastik ni... baik, di tangan kanan ana pula ada satu wisel... yang mana bila saja ana tiup wisel nie... ana nak setiap daripada antum memiliki sorang sebijik gula-gula.. jangan risau.. gula-gula ni cukup untuk semua" ketua fasilitator memberikan arahan kepada para peserta. ok bersedia?".-BERSEDIA!!!.. Jerit peserta kegairahan...Prittttt!!! wisel dibunyikan....maka berkerumun peserta berlari mendapatkan gula-gula... ada yang meniarap... ada yang memanjat... tolak menolak... tak ubah seperti semut gila terjumpa gula....Prittttt!!! dengungan wisel sekali lagi bergema... para peserta yang berada didalam keadaan tak terurus kembali ke dalam bulatan... ada yang terhencut-hencut,... ada yang mengaduh kesakitan... yang yang melonjak kegirangan kerana mendapat lebih daripada sebiji gula-gula.. ada yang bersedih kerana tidak dapat gula-gula....keadaan dewan terbuka itu sedikit kelam-kabut... kotak dan plastik yang diletakkan gula-gula berkecai... dan bertaburan di sana-sini... kerusi yang digunakan untuk meletakkan kotak gula2 tersebut patah kaki kerusinya....Baik... semua dapat gula-gula?.-Dapat!!! jerit peserta yang berjaya memiliki gula-gula...-Takk!!! jerit peserta yang gagal memiliki gula-gula...Aik? macam mana boleh tak dapat?? sedangkan gula-gula ni cukup untuk setiap peserta?... ni mesti ada yang tak ikut arahan... ambil lebih daripada satu nih... cepat pulangkan!! bebel ketua fasilitator.Baik... ana nak tanya.. apa arahan ana mula-mula tadi?.-Ambil gula-gula! ...jerit peserta kegirangan....OOoo... baik.. nak tanya... ada tak ana suruh antum berebut-rebut macam budak kecik?.-errr.. takk... jawab peserta dalam keadaan serba salahKan ana dah kata.. bila ana tiup wisel.. setiap orang mesti memiliki gula-gula... tak boleh ker kalau lantik ketua di antara antum kemudian beri sorang satu... atau.. antum semua beratur.. then ambil mengikut giliran?? tak boleh kerrr??.. suara ketua fasilitator sedikit meninggi...peserta semua diam sambil menundukkan kepala...nih tengok nih... plastik hancur... kotak hancur... kaki kerusi nak patah... hish!!! ada ana suruh antum buat semua nih??? ha??.semua perserta terdiam.. sedikit tanda kesal di wajah.. -takk.ana nak tanya... berapa harga gula-gula sebijik haa??.-10 sen...baik berapa harga kerusi? kotak dan plastik nih?... lebih dari 10 sen atau kurang dari 10 sen?.-Lebih...dah tu?? antum semua rosakkan benda-benda ni yang bernilai kerana gula-gula 10 sen nih??.peserta semua terdiam....inilah realiti hidup antum!.. antum sanggup rosakkan perkara-perkara yang berharga dalam hidup antum semata-mata keseronokkan yang tak bernilai!.. cuba antum semua bayangkan.. gula-gula ni adalah kenikmatan sementara di dunia nih... plastik yang menjadi karung membungkus gula-gula ni pulak.. adalah amalan antum di dunia..... kotak ni pulak... agama antum.. dan kerusi ni pulak adalah ganjaran syurga yang menanti antum... tengok apa dah jadi??.para peserta memandang sayu kearah kotak dan plastik yang hancur... kerusi yang telah patah kakinya.. dalam keadaan tunggang langgang....kerana kenikmatan di dunia sementara... antum telah hancurkan amalan soleh... antum menghancurkan agama... dan kerana keseronokkan juga antum hancurkan ganjaran syurga yang menanti antum... suara fasilitator agak meninggi...peserta tertunduk sayu... air mata mula mengalir dipipi....tuh, tengok sahabat-sahabat antum.. bukan setakat tak dapat gula-gula... siap kena pijak.. ada yang sampai lemas kena tindan... apa jenis manusia antum semua ni hah? kerana gula-gula sebijik sanggup cederakan sahabat baik sendiri...air mata semakin deras mengalir di pipi...ketua fasilitator menganggkat cebisan kotak yang digunakan untuk meletakkan gula-gula tadi...Nih tengok... baca! apa yang tertulis..?? ketua fasilitator menunjukkan cebisan kotakyang tertulis "BAHAYA, GULA-GULA INI BERACUN".Ha! kalau yang antum rebutkan tu gula-gula biasa xper lah... ni gula-gula beracun! his.. apa nak jadi dengan atum semua nih... ok dah.. sapa yang tak dapat tadi... pembantu fasi.. tolong bagi kat mereka yang tak dapat tuh.. sorang satu....ok baik... sekarang.. ana nak antum pilih pasangan masing-masing....-dah.. jawab peserta sambil memilih pasangan masing-masing.ok baik.., sekarang ana nak.. antum buka pembalut gula-gula tuh... and then.. sambil merenung mata pasangan masing-masing... suapkan gula-gula tu kepada pasangan masing-masing.. sambil ucap... "ana uhibbuka jaidd jiddan".maka sekali lagi tewan tu menjadi gamat dengan hilai tawa peserta.. sambil menyuapkan gula-gula kepada pasangan masing-masing...."Ok dah suap?".-"Dah..." jawab peserta kegirangan.Baik.. antum lupa ka?? kan ana dah tunjuk kotak tadi ada tulisan BAHAYA, GULA-GULA INI BERACUN, yang pi suap kawan jugak tu pasai apa?.-er.. dah ustaz suruh?.aik? kalau ana suruh suap racun kat kawan pon ikut jugak? antum xleh nak pikir ker.. yang mana boleh ikut, yang mana xpatut ikut?.hum... kedengaran para peserta mengeluh.. kerana tersilap langkah...-"isk.. yang anta suap kat ana sapa suruh? ana makan la.."-"yang anta pi makan tu sapa suruh.."-" dah anta suap..".dah.. dah... xpayah nak salahkan sapa-sapa... baiklah... peluk rakan di hadapan atum dan ucapkan "jazakallah".maka berpelukkan para peserta bersama pasangan masing-masing....dah peluk...? soal ketua fasilitator.-dah. jawab peserta dengan ringkas..aih?... antum semua nih masih tak sedar lagi gamaknya... kan sahabat anta tadi suap gula-gula beracun? sahabat anta tuh nak bunuh anta.. anta boleh ucapkan terima kasih... siap peluk lagi? Soal ketua fasilitator.-alamak! terkena lagi... isk.. keluh peserta..."ni lah realiti antum sebagai manusia di bumi Allah nih.. walaupun kekadang sahabat yang tak boleh pakai... ajak anta buat maksiat.. ajak ke jalan kemungkaran... anta tak reti nak tolak.. atau mempunyai satu pendirian.. tu yang ramai yang terjebak.. dah tu kekadang.. menghargai kawan yang merosakkan anda tuh lebih dari mak ayah sendiri.. dah tau.. dia rosakkan akhlak antum dengan mengajak antum buat bende tak senonoh... tapi, antum masih anggap dia kawan sejati.. kononnya yang paling memahami lah.. sporting la.. understanding lah... isk isk isk... dah la duduk lah...".-"err... para peserta masih berdiri".-"tak pe lah...lah... ana kata duduk.. duduk la..".-"tak per lah ustaz... kami nak berdiri jerk.."."pulak dah... suruh duduk xmau.. ikut antum lah.. kalau nak berdiri.. ok.. kita teruskan dengan LDK 2, yang nak duduk.. sila duduk.. tak mau duduk... jangan duduk..".3 orang peserta duduk di atas kerusi yang di sediakan manakala yang selebihnya.. berdiri...."erm.. yang duduk tu sure ke ana suruh duduk..?" soal ketua fasilitator."-er... terus bingkas 3 orang peserta tadi berdiri"."aik? ana tanya jerk.. yang berdiri sapa suruh?".-"tak perlah.. kami berdiri macam kawan-kawan yang lain lah.."."oh pulak.. ikut antumlah... ni lah masalah.. baru kena 2-3 kali dah berputus asa... takut nak terima cabaran.. baru ujian datang 2-3 kali dah give up... baru dua 3 kali Allah uji... dah putus asa dengan Allah.. dah mula mempersoalkan Qada' dan Qadar...".-"alamak.. kena lagi..." para peserta mengeluh kerana salah memilih....ketua fasilitator.. tersenyum dengan telatah para peserta.. dan meminta para peserta duduk bagi meneruskan acara seterusnya...-Tamat-.Modul Semut Gila ini sesuai untuk digunakan semasa sesi Ice Breaking.. Qias untuk kotak, plastik dan kerusi boleh di ubah sekiranya ia digunakan untuk pelajar sekolah seperti berikut..Kotak: Harapan PelajarPlastik=Hati Mak AyahKerusi= Masa depan PelajarGula-Gula= keseronokkan bermain sehingga mengabaikan pelajaran.sekiranya ada sahabat-sahabat dsantai nak menggunakan modul ni untuk program sahabat-sahabat dsantai... gune lah.. tak faham.. leh tanya... boleh bantu ana cuba bantu, InsyAllah...Perhatian:.1. Asingkan peserta muslimin dan muslimah.2. Jangan buat di tempat yang sempit.3. pastikan ada fasilitator yang mencukupi untuk menolong... takut ada peserta lemas, tersepit.Selamat Mencuba!