ibnu sina

8
Rujukan : http://tamadunislamibnusina.blogspot.com/ SEJARAH DAN SUMBANGAN IBNU SINA TERHADAP PERKEMBANGAN PERADABAN ISLAM DI.OBJEKTIF 1. Untuk mengkaji tentang riwayat hidup Ibnu Sina. 2. Untuk mengkaji tentang sifat peribadi Ibnu Sina. 3. Untuk mengkaji tentang sumbangan Ibnu Sina terhadap peradaban islam di dunia. 4. Untuk menerangkan tentang kewafatan Ibnu Sina. 5. Untuk membuktikan bahawa Ibnu Sina yang telah memperkembangkan peradaban Islam di dunia. PENDAHULUAN Biografi Ibnu Sina Pada zaman keemasan peradaban Islam banyak sekali para filsuf, ilmuwan, dan insinyur di Dunia Islam yang menghasilkan banyak kontribusi terhadap perkembangan teknologi dan kebudayaan, baik dengan menjaga tradisi yang telah ada ataupun dengan menambahkan penemuan dan inovasi mereka sendiri. Beberapa tokoh yang hidup di masa tersebut sudah pernah kita bahas kisah dan biografinya seperti Al Razi, Ibnu Rusyd, Ibnu Khaldun, dan yang lainnya. Kali ini kita akan membahas tokoh lainnya yang merupakan seorang filsuf, ilmuwan, doktor dan penulis aktif yang juga lahir di jaman keemasan Peradaban Islam. BIODATA / RIWAYAT HIDUP Nama: al- Huseyn bin Abdullah bin al-Hassan Bin Ali bin Sina Dikenali dibarat: Avicenna Tarikh Lahir : Tahun 370 Hijrah / 980 Masihi Tempat Lahir : Afshanah, Bukhara, Turkistan Bangsa: Parsi Tarikh wafat : 428 Hijrah / 1037 Masihi di Hamazan

Upload: rodziah-shariff

Post on 10-Dec-2015

273 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pendidikan Islam

TRANSCRIPT

Page 1: ibnu sina

Rujukan : http://tamadunislamibnusina.blogspot.com/

SEJARAH DAN SUMBANGAN IBNU SINA TERHADAP PERKEMBANGAN PERADABAN ISLAM DI.OBJEKTIF

1. Untuk mengkaji tentang riwayat hidup Ibnu Sina.

2. Untuk mengkaji tentang sifat peribadi Ibnu Sina.

3. Untuk mengkaji tentang sumbangan Ibnu Sina terhadap peradaban islam di dunia.

4. Untuk menerangkan tentang kewafatan Ibnu Sina.

5. Untuk membuktikan bahawa Ibnu Sina yang telah memperkembangkan peradaban Islam di dunia.

PENDAHULUAN

Biografi Ibnu Sina Pada zaman keemasan peradaban Islam banyak sekali para filsuf, ilmuwan, dan insinyur di Dunia Islam yang menghasilkan banyak kontribusi terhadap perkembangan teknologi dan kebudayaan, baik dengan menjaga tradisi yang telah ada ataupun dengan menambahkan penemuan dan inovasi mereka sendiri. Beberapa tokoh yang hidup di masa tersebut sudah pernah kita bahas kisah dan biografinya seperti Al Razi, Ibnu Rusyd, Ibnu Khaldun, dan yang lainnya. Kali ini kita akan membahas tokoh lainnya yang merupakan seorang filsuf, ilmuwan, doktor dan penulis aktif yang juga lahir di jaman keemasan Peradaban Islam.

BIODATA / RIWAYAT HIDUP

Nama: al- Huseyn bin Abdullah bin al-Hassan Bin Ali bin Sina

Dikenali dibarat: Avicenna

Tarikh Lahir : Tahun 370 Hijrah / 980 Masihi

Tempat Lahir : Afshanah, Bukhara, Turkistan

Bangsa: Parsi

Tarikh wafat : 428 Hijrah / 1037 Masihi di Hamazan

Usia ketika wafat: 57/58 tahun

IBNU SINA SEMASA KECIL

Ibnu Sina mula mempelajari al-Quran semenjak berusia 5 tahun dan menghafaznya ketika berumur 10 tahun. Kemudian beliau mempelajari ilmu fekah , tasawuf , ilmu hisab, geometri, falsafah, sains dan astronomi. Semasa berusia 16 tahun, beliau telah menguasai ilmu perubatan.

SIFAT PERIBADI IBNU SINA

Page 2: ibnu sina

Tekun mempelajari ilmuIbnu Sina pernah membaca buku berkenaan metafizik yang dikarang oleh Aristotle sebanyak 40 kali.Taat beragamaBeliau sering kali berdoa kepada Allah terutama apabila beliau menghadapi sebarang kebuntuan dalam memhami sesuatu ilmu. Beliau akan pergi ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah.PintarBeliau berjaya menguasai pelbagai jenis ilmu sejak berusia 18 tahun.BerinovatifIbnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya perubatan.

SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN

- Karya dalam Perubatan

Beliau banyak menghasilkan karya dalam perubatan seperti ‘al-Qanun fi al-Tib’, ‘al-Adwiyah al-Qalbiyyah’, dan ‘al-Alfiyyah al-Tibbiyyah’. Karya beliau diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Hebrew dan Latin.

Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.

Buku al Qanun fil Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Canon of Medicine. Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Buku tersebut juga telah diulang cetak sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew). Di samping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak 21 kali.

Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di pelbagai universiti di Perancis seperti di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin yang menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai “Ensiklopedia Kedoktoran”.

Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai rujukan asas di universiti-universiti di Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, buku karangan Ibn Sina itu masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan. Ia dijadikan rujukan utama dalam bidang perubatan di seluruh pusat pengajian termasuklah di Frankfurt University, Germany, University of Paris, dan Oxford University.

Al- Qanun Fit-Tibb juga turut memuatkan perbincangan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga mengajar mengenai cara-cara pembedahan dan menekankan keperluan pembersihan luka. Di dalam

Page 3: ibnu sina

buku tersebut terdapat gambar-gambar dan rajah-rajah yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang amat luas dan mendalam.

Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heartyang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku tersebut, beliau telah menceritakan dan menghuraikan berkaitan 760 jenis penyakit dan cara untuk mengubatinya.

Pencapaian Dalam Bidang Perubatan

Penemuan penyakit baru dan puncanya

· pengaruh kuman dalam penyakit· jangkitan virus seperti TB· Penyakit Rubella, allergy (alahan), cacar (smallpox) dan sebagainya.

Penemuan dalam bidang farmasi

· menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai penyakit· menghasilkan ubat bius· membangunkan teknologi perubatan· mencipta benang yang khusus untuk menjahit luka pembedahan· mencipta picagari

Kesan peninggalan ibnu sina dalam perubatan

· memperkenalkan metode pemerhatian (observation) dan analisis

Sumbangan Dalam Bidang Ilmu dan Pemikiran

Ibnu Sina juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pada usia 21 tahun, ketika berada di Khawarizm, beliau mula menulis karyanya yang pertama yang berjudul “Al-Majmu” yang mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Kemudian beliau telah melanjutkan penulisannya dengan menulis buku-buku lain iaitu 116 karya dalam pelbagai bidang seperti falsafah, mantik, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains politik. Karya-karya beliau telah dihimpun oleh Domonican Institute for Oriental Studies di Kaherah, Mesir. Dalam pada itu, karya-karya beliau telah diterjemahkan ke bahasa Arab pada tahun 1950 oleh Liga Arab dan diberi tajuk ‘Muallafat Ibnu Sina’. Jasa Ibn Sina dalam bidang perubatan dan keilmuan amat dihargai sehingga sebuah institusi pendidikan di Hungary dinamakan sebagai ‘Avicenna College’.

Penemuan-Penemuan Baru

Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan sumbangan terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya.

Bidang Geografi

Page 4: ibnu sina

Ibnu Sina juga merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan beliau telah membuktikan kemampuannya dalam mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu, yang gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Aristotles

Bidang Geologi, Kimia

Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi dan kimia memang tidak dapat disangsikan lagi. Menurut A.M.A Shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Beliau juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat dalam bidang kimia. Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari pelbagai jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan Bapa Kimia Muslim. Sebahagian daripada karyanya adalah seperti berikut:

1.Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences) tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional.

2.Bidang metafizika , “Ilahiyyat” (Ilmu ketuhanan)

3.Bidang psikologi , “Kitab an-Nayat” (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa.

4.Bidang sastera arab “Risalah fi Asab Huduts al-Huruf” ,risalah tentang sebab-sebab terjadinya huruf.

5.Bidang syair dan prosa “Al-Qasidah al- Aniyyah” syair-syair tentang jiwa manusia.

6.Bidang politik “Risalah as-Siyasah” (Book on Politics) – Buku tentang politik.

KEWAFATAN IBNU SINA

Pada tanggal 1 Ramadhan 428 Hijriah, Abu Ali Sina atau yang terkenal dengan nama Ibnu Sina, yang berasal daripada Iran, telah meninggal dunia. Ibnu Sina wafat pada usia ke 58 tahun di kota Hamedan, Iran Barat. Dalam rangka memperingati 1000 tahun hari kelahirannya di Tehran pada tahun 1955 M, beliau telah dinobatkan sebagai “Father of Doctor” untuk selamanya-selamanya. Sebuah monemun sejarah telah dibina di Tehran untuk itu. Makam beliau di Hamdan itu kemudiannya telah dikelilingi oleh makam-makam doktor Muslim lain yang disemadikan di kawasan tersebut. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa megah jika jasad mereka dapat dimakamkan di tanah perkuburan yang sama.

KESIMPULAN

Page 5: ibnu sina

Secara keseluruhannya, Ibnu Sina banyak memberi sumbangan terhadap tamadun Islam terutamanya dari ilmu perubatan. Beliau seorang yang tidak mengenal putus asa, sebab itulah beliau berusaha bersunggu-sungguh mempelajari sesuatu ilmu dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Ibnu Sina adalah seorang yang berinovatif kerana beliau banyak menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutama dalam bidang perubatan.

Selain itu, Ibnu Sina juga seorang yang taat beragama. Beliau sering berdoa kepada Allah SWT terutama apabila menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Beliau sering ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah SWT. Ibnu Sina memiliki akal yang cergas dan tekun dalam mempelajari ilmu ini kerana pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali. Ibnu Sina juga mahir dalam ilmu anatomi iaitu mengenai kedudukan organ dan tubuh manusia. Beliau orang pertama membuat kajian tentang fungsi mata iaitu penglihatan dan fungsi mata. Walaupun Ibnu Sina terkenal dengan ilmu perubatan, beliau juga pakar dari aspek lain seperti matematik, falsafah dan agama.

Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah mempunyai semangat berusaha dan jangan cepat putus asa seperti Ibnu Sina. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi).

RUJUKAN -Karya Ibnu Sina· -- Qanun fi Thib (Canon of Medicine)(Terjemahan bebas : Aturan Pengobatan)· -- Asy Syifa (terdiri dari 18 jilid berisi tentang berbagai macam ilmu pengetahuan)· An Najat· -- Mantiq Al Masyriqin ( Logika Timur)

http://kvbw.blogspot.com/2014/10/bahagian-tamadun-islam-semester-2-ibnu.html

http://amirkhalis.blogspot.com/2012/12/folio-pendidikan-agama-islam-tingkatan.html

Page 6: ibnu sina

 IBNU SINA

Sifat Peribadi1. Tekun mempelajari ilmu

- membaca buku metafizik 40 kali  karangan Aristotle

2. Taat beragama-sentiasa berdoa kepada Allah SWT

-sering pergi ke masjid untuk memohon petunjuk

3. Pintar- Ilmu Naqliah ketika berusia 18 tahun

4. Berinovatif- Membuat penyelidikan dan menghasilkan karya

 Pendidikan1. Mula belajar al-quran sejak umur 5 tahun2. Menghafal al-Quran ketika berusia 10 tahun mempelajari ilmu tasawuf dan falsafah daripada Ismail az Zahid3. Beliau mempelajari ilmu kedoktoran daripada Ibnu Yahya dan menguasainya ketika berusia 17 tahun4. Belajar ilmu falsafah daripada Abu Abdullah An-Natili5. Ilmu sains dan astronomi daripada Al-Biruni6. Semasa berusia 16 tahun, beliau menguasai ilmu perubatan dan muncul sebagai pakar perubatan ulung

Ketokohan Ibnu Sina dalam bidang pendidikan1. Kepakarannya digunakan untuk merawat penguasa Bukhara Nuh b Mansur dan penguasa lain2. Menghasilkan karya perubatan seperti al-Qanun Fi Al-Tibdan banyak lain karya telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa3. Pencapaian yang dilakukan:-Penemuan penyakit baru dan puncanya-Penemuan dalam bidang farmasi-Membangunkan teknologi perubatan

 Pencapaian Ibnu Sina dalam bidang perubatan1. Penemuan penyakit baru dan puncanya:pengaruh kuman dalam penyakit, jangkitan virus TB, penyakit rubella, cacar dan alahan2.Penemuan dalam bidang farmasi:Menghasilkan ubat dan preskripsi mujarab, menghasilkan ubat bius3. Membangunkan teknologi perubatan:Mencipta benang untuk menjahit pembedahan, mencipta picagari.

Sumbangan Dalam Bidang Ilmu dan Pemikiran1. Menghasilkan 116 karya pelbagai bidang(falsafah, mantik, matematik, astronomi, kimia, fizik dan sains politik)2. Tahun 1950 buku-bukunya diterjemahkan dalam bahasa arab dan dinamakan al-Muallafat Ibnu Sina (karya ibnu sina)3. Ilmu perubatan berkembang maju hingga hari ini4. Jasanya dihargai sehingga Universiti Pendidikan di Hungary telah mengambil namanya aviecenna collage