ibnu khaldun

10
ASSIGNMENT INDIVIDU TOKOH FALSAFAH (IBNU KHALDUN) FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU (JXEA 1104) DISEDIAKAN OLEH : NAMA:UMI SALIHA BINTI ONN NO. MATRIK: JEA 080153 SESI:SEM 1 (2008/2009) AKADEMI: PENGAJIAN MELAYU NAMA PENSYARAH:PROF. DR.AMRAN MUHAMMAD

Upload: firda

Post on 07-Jun-2015

2.026 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

falsafah dan logika melayuibnu khaldunUMI SALIHA BINTI ONN

TRANSCRIPT

Page 1: Ibnu Khaldun

ASSIGNMENT INDIVIDU

TOKOH FALSAFAH(IBNU KHALDUN)

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU(JXEA 1104)

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA:UMI SALIHA BINTI ONNNO. MATRIK: JEA 080153

SESI:SEM 1 (2008/2009)AKADEMI: PENGAJIAN MELAYU

NAMA PENSYARAH:PROF. DR.AMRAN MUHAMMAD

Page 2: Ibnu Khaldun

PENGENALAN Ibnu khaldun merupakan salah seorang daripada sarjana islam selain daripada Ibnu

Sina, Al Farabi, Al Kindi, Al Ghazali dan sebagainya.Nama sebenarnya ialah Abdul

Rahman Abu Zaid Waliyuddin b. Khaldun Al Maliki Al Khadrani.Beliau di lahirkan pada

733 hijrah bersamaan dengan 1332 masihi di Tunis. Beliau merupakan seorang pakar

sejarah dan juga pakar dalam ilmu sosiologi selain daripada menjadi seorang ahli

falsafah.

Beliau mendapat pendidikan awal dari bapanya tentang asas-asas agama seperti al

quran, feqah, hadith, dan tauhid. Beliau telah menghafaz al quran semenjak kecil.beliau

juga mempelajari ilmu mantik, sains, falsafah, matematik dan sejarah dari beberapa orang

ulama terkemuka pada masa itu.

Guru beliau yang utama ialah Muhammad b. Abdul Muhaimin. Beliau juga turut

berguru dengan Abu Abdullah b. Ibrahim Al Abla yang mengajarnya tentang siosologi,

politik dan pendidikan.

(1)

Page 3: Ibnu Khaldun

Perkataan falsafah berasal dari bahasa yunani atau greek dan pertama kali digunakan

oleh Phthagoras iaitu seorang ahli fakir yunani dalam abad ke-6 sebelum masihi.

Perkataan falsafah mengandungi dua perkataan iaitu “philo” yang membawa maksud

cinta dan “Sophia”yang membawa maksud kebijaksanaan.Selain itu seorang lagi sarjana

barat, iaitu Plato mengatakan bahawa falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu

benda atau perkara disebalik sifat luarannyaWalaubagaimanapun takrif falsafah masih

begitu luas.

Ibnu Khaldun iaitu salah seorang daripada sarjana islam telah mengklafikasikan ilmu

menurut sudut pandangan hidup islam dari zaman awal hingga akhir zaman secara tekal.

Beliau dan beberapa ahli falsafah yang lain telah memperlihatkan dua ciri yang penting

dalam klafikasi ilmu dalam islam iaitu kesatuan dan tata tingkat ilmu. Antara ilmuan-

ilmuan yang turut menggariskan klafikasi ilmu dalam islam termasuklah Al Kindi, Al

Farabi, Abu Hassan Al Amiri, Ibnu Sina, Ibnu Rushd, Ikhwan Al safa, Al Ghazali, Nasir

Al Din Tusi, Syamsudin Al Amuli dan Qutb Al Din Shirazi.

Pada peringkat awalnya menurut salah seorang ahli Ilmuan semasa pada masa kini

iaitu Prof. Syed Muhammad Naquib Al Attas para ilmuan islam membuat klafikasi ilmu

berdasarkan model Aristotle dengan Al Kindi sebagai pemukanya. Al Farabi pula

membuat klafikasi yang lebih terperinci dengan menambahkan disiplin-disiplin islam.

Klafikasi ilmu yang di buat oleh Ibnu Sina, Al Ghazali dan Ibnu Rushd pula dipengaruhi

oleh klafikasi Al Farabi.mankala Ibnu Khaldun pula telah merumuskan klafikasi ilmu

(2)

Page 4: Ibnu Khaldun

islam hingga ke zamannya. Walaubagaimanapun terdapat pengubahsuaian yang ketara

menurut perkembangan ilmu dan juga situasi pada sesuatu zaman itu.

Berdasarkan kekuatan dan kekurangan klafikasi ilmu yang dihasilkan oleh para

ilmuan islam klasik dan juga berdasarkan pengkonsepsian baru tentang ilmu dan

pendidikan menurut tafsiran daripada al quran dan sunnah, seorang ilmuan semasa iaitu

Prof. Syed Muhammad Naquib Al Atas telah mengemukakan skema dan tata tingkat ilmu

menurut perspektif islam. Klafikasi beliau berasaskan konsep diri manusia yang terdiri

daripada roh dan jasad. Roh yang mewakili diri yang batin ialah unsur yang mengenal

penciptanya.

Berdasarkan hakikat kesatuan diri manusia itulah beliau mengelaskan ilmu kepada

dua kategori yang utama, iaitu ilmu pemberian tuhan dan ilmu yang di cari. Kategori ilmu

yang pertama secara mutlak di perlukan manusia untuk di jadikan panduan dan asas

penyerahan kepada penciptanya dan oleh itu menjadi fardu ain kepada setiap orang islam.

Ilmu-ilmu yang berada dalam kategori ini terangkum dalam ilmu-ilmu rasional,

intelektual, dan falsafah hanya diperlukan atau di tuntut ke atas sebilangan orang islam

sahaja dan oleh itu ia merupakan fardu kifayah.

Klafikasi ilmu sedemikian, jelas memperlihatkan dua konsep, iaitu maratib atau

martabat ilmu dan juga kesatuan ilmu yang menjadi ciri terpenting ilmu dan pendidikan

islam.Dari segi martabatnya, kategori ilmu yang pertama, iaitu yang berkaitan dengan

ketuhanan yang ternyata lebih utama dan asasi jika dibandingkan dengan kategori ilmu

kedua yang berkaitan dengan penelitian manusia terhadap alam.

(3)

Page 5: Ibnu Khaldun

Selain daripada mengklafikasikan ilmu, Ibnu khaldun turut membuat teori tentang

kitaran peradaban. Menurut tokoh sarjana islam ini konsep assabiyah atau perasaan

kelompok mempunyai kaitan dalm pembentukan sesebuah Negara sekali gus menentukan

kejayaan dan keruntuhannya.

Menurut beliau assabiyah merupakan satu sifat yang melahirkan semangat saling

mendukung, bekerjasama dan Bantu membantu. Mereka akan berasa malu dan tidak rela

jika ada antara mereka yang memiliki ikatan darah mendapat perlakuan tidak adil atau

hendak dijatuhkan, sehingga muncul hasrat untuk melindungi bangsa sendiri. Negara dan

bangsa dipertahankan sekuat kudrat, berpaksikan pegangan jati diri dan

idealisme.Perkembangan dan evolusi sesebuah Negara adalah berdasarkan kepada lima

tahap yang mesti di lalui dalam proses naik turun tamadun.

Tahap pertama, Negara dibina dengan prinsip assabiyah iaitu masyarakat akan

bersatu bagi mencapai satu matlamat. Tahap kedua merupakan era pemusatan kekuasaan

yang di tandai dengan kemapanan kekuasaan sehingga timbul keinginan pemerintah

untuk memonopoli kekuasaan .Manakala tahap ketiga merupakan kemuncak pencapaian

tamadun.pada tahap keempat pula, pemerintah telah menjadi alpa dan sekadar berpuas

hati dengan pencapaian terdahulu dan pada tahap yang terakhir sesebuah tamadun

mencapai zaman kejatuhan apabila watak pemerintah bertukar jahat, rasuah,

menyeleweng dan dihidapai pelbagai penyakit sosial.keadaan yang kronik ini hanya

menanti waktu kehancuran.Akhirnya tamadun dan peradaban hancur musnah dan

digantikan oleh bentuk pemerintahan baru bagi melengkapi pusingan kitaran dalam teori

peradaban Ibnu Khaldun.

(4)

Page 6: Ibnu Khaldun

PENUTUP

Ibnu Khaldun meninggal dunia pada tahun 808 hijrah bersamaan 1406 masihi

semasa berumur 74 tahun.Beliau banyak memberi sumbangan melalui karya-karya yang

dihasilkannya. Kebanyakkan karya-karya beliau banyak mengaitkan sesuatu perkara

dengan perkembangan rohani, akal dan akhlak. Di bidang ekonomi misalnya, beliau

menganggap bahawa rezeki dikurniakan oleh allah mestilah dibahagikan sama rata dan

dibelanjakan kepada perkara- perkara baik untuk kesejahteraan umat sejagat.

Karya Al Muqaddimah merupakan karya beliau yang teragung.kitab- kitab lain

yang penting ialah al ibbar yang menyentuh tentang ekonomi dan sejarah dan al tariff

yang menyentuh persoalan ekonomi.

Page 7: Ibnu Khaldun

(5)

BIBLIOGRAFI AWANG SARIYAN 2007, FALSAFAH DAN LOGIKA

MELAYU, KL, SYNERGYMATE SDN BHD.

HASHIM HAJI MUSA 2001, FALSAFAH, LOGIK, TEORI

NILAI DAN ETIKA MELAYU, KL, SYNERGYMATE SDN BHD.

MOHD SYAH ABDULLAH, TEORI KITARAN TAMADUN KHALDUN DALAM

DEWAN BUDAYA, JLD 30, BIL 8, HALAMAN 17-20, OGOS 2008.

HTTP://MEMBERS.TRIPOD.COM/MAN999/IBNU KHALDUN.HTML

HTTP://WWW.SABAH.EDU.MY/CWM010/IBNUKHALDUN.HTM