ibn sina

3
IBN SINA (AVICENNA) (980-1037M) PENGENALAN TOKOH Ibn sina dikenali sebagai Avicenna di kalangan masyarakat barat, merupakan seorang ahli falsafah dan doktor perubatan yang berpengaruh dalam kebudayaan Eropah. Beliau adalah orang ternama dunia yang telah menyumbangkan ilmu dan pemikirannya dalam pembinaan tamadun kemanusiaan. Dunia seluruhnya Timur dan Barat telah hidup berpandukan kepada ilmu kedoktoran dan falsafahnya buat beberapa abad lamanya. Pendidikan yang dilalui beliau boleh dibahagikan kepada beberapa bidang ilmu pengetahuan iaitu : i) Ilmu agama ; Dimulakan dengan belajar AL-Quran, tafsir, fiqah, usuluddin, tasauf dan lain-lain. Ketika umurnya 10 tahun, beliau sudah menghafal Al-Quran dan dapat menguasai cabang-cabang ilmu agama serta sastera Arab. ii) Ilmu falsafah ; Selepas tu beliau mempelajari ilmu falsafah, dan berjaya menguasai bidang tersebut yang merangkumi ilmu logika, arkitek, falsafah dan perubatan atau kedoktoran ketika berusia 16 tahun sahaja. iii) Ilmu politik ; beliau juga telah memperkenalkan dengan ilmu politik ketika usia masih muda dan telah mengikut aliran politik Ahl al- sunnah wa al-jamaah serta membentuk satu teori politik terkenal dengan nama Al-Madinah dan Al-Fadhilah . HASIL KARYA DAN SUMBANGAN IBNU SINA Ibn Sina terkenal sebagai seorang pengarang yang sangat produktif. Buku karangannya meliputi berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan. Antara bidang ilmu yang ditulis olehnya ialah falsafah umum, logika, sastera, ilmu alam, psikologi, kedoktoran, kimia, matematik, metafizika, tafsir Al-Quran, politik, dan lain-lain. BIDANG PERUBATAN Hasil karya beliau yang terkenal dalam bidang kedoktoran ialah buku Al-Qanun fu al-Tibb (peraturan perubatan). Buku itu merupakan satu himpunan perbendaharaan mengenai ilmu perubatan yang mengandungi 14 jilid. Dari segi penggunaan ubat, diagnosis dan pembedahan dalam ilmu perubatan moden banyak diambil dari Ibn Sina. Buku-buku lain karya beliau dalam bidang ini ialah Al-Urjuzah fi al-Tibb (puisi kedoktoran), al-Adwiyah Al-Qalbiyah (ubat-ubat jantung), Kitab Al-Qoulanj (penyakit Colic) dan Majmu‟ah Ibn Sina Al-Kubrn (cara-cara perubatan penyakit). Antara karyanya ini telah diterjemahkan dalam Bahasa Latin dan menjadi

Upload: japar-yusup

Post on 19-Nov-2015

226 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

titas sem 1 ppg

TRANSCRIPT

IBN SINA (AVICENNA) (980-1037M)

IBN SINA (AVICENNA) (980-1037M)

PENGENALAN TOKOH

Ibn sina dikenali sebagai Avicenna di kalangan masyarakat barat, merupakan seorang ahli falsafah dan doktor perubatan yang berpengaruh dalam kebudayaan Eropah. Beliau adalah orang ternama dunia yang telah menyumbangkan ilmu dan pemikirannya dalam pembinaan tamadun kemanusiaan. Dunia seluruhnya Timur dan Barat telah hidup berpandukan kepada ilmu kedoktoran dan falsafahnya buat beberapa abad lamanya. Pendidikan yang dilalui beliau boleh dibahagikan kepada beberapa bidang ilmu pengetahuan iaitu :

i) Ilmu agama ; Dimulakan dengan belajar AL-Quran, tafsir, fiqah, usuluddin, tasauf dan lain-lain. Ketika umurnya 10 tahun, beliau sudah menghafal Al-Quran dan dapat menguasai cabang-cabang ilmu agama serta sastera Arab.

ii) Ilmu falsafah ; Selepas tu beliau mempelajari ilmu falsafah, dan berjaya menguasai bidang tersebut yang merangkumi ilmu logika, arkitek, falsafah dan perubatan atau kedoktoran ketika berusia 16 tahun sahaja.

iii) Ilmu politik ; beliau juga telah memperkenalkan dengan ilmu politik ketika usia masih muda dan telah mengikut aliran politik Ahl al-sunnah wa al-jamaah serta membentuk satu teori politik terkenal dengan nama Al-Madinah dan Al-Fadhilah . HASIL KARYA DAN SUMBANGAN IBNU SINAIbn Sina terkenal sebagai seorang pengarang yang sangat produktif. Buku karangannya meliputi berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan. Antara bidang ilmu yang ditulis olehnya ialah falsafah umum, logika, sastera, ilmu alam, psikologi, kedoktoran, kimia, matematik, metafizika, tafsir Al-Quran, politik, dan lain-lain.

BIDANG PERUBATAN Hasil karya beliau yang terkenal dalam bidang kedoktoran ialah buku Al-Qanun fu al-Tibb (peraturan perubatan). Buku itu merupakan satu himpunan perbendaharaan mengenai ilmu perubatan yang mengandungi 14 jilid. Dari segi penggunaan ubat, diagnosis dan pembedahan dalam ilmu perubatan moden banyak diambil dari Ibn Sina. Buku-buku lain karya beliau dalam bidang ini ialah Al-Urjuzah fi al-Tibb (puisi kedoktoran), al-Adwiyah Al-Qalbiyah (ubat-ubat jantung), Kitab Al-Qoulanj (penyakit Colic) dan Majmuah Ibn Sina Al-Kubrn (cara-cara perubatan penyakit). Antara karyanya ini telah diterjemahkan dalam Bahasa Latin dan menjadi rujukan utama kepada bidang perubatan di universiti-universiti Eropah sehingga abad ke-17. Karya tersebut telah disalin dan dicetak sebanyak 16 kali, iaitu 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi lagi dalam bahasa Yahudi. Penulis-penulis Barat menganggap Ibn Sina sebagai bapa kedoBeliau juga membuat beberapa penemuan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatiks. Beliau juga telah mengembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (untuk mengenalpasti dalam masa beberapa detik sahaja) ketidakseimbangan humor yang berkenaan. Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipraktikkan oleh para hakim (Doktor Muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor dari Amerika Syarikat 1981 melaporkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India, dan Parsi sangat berkebolehan dalam penentuan penyakit melalui denyutan jantung. Kaedahnya bukan sahaja mengira beberapa denyutan jantung di tempat yang dirasai, tapi mutunya yang pelbagai merangkumi sama ada kuat atau tidak denyutan, masa antara denyutan, kandungan lembap dalam kulit dan sebagainya. Daripada ukuran-ukuran tersebut, seseorang hakim mungkin mengetahui penyakit yang dihadapi dalam tubuh pesakit tersebut dengan tepat.

Ibn sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (pulmonary tuberculosis) adalah satu penyakit yang boleh berjangkit (contagious). Beliau boleh memberikan tanda-tanda atau symptom penyakit kencing manis (diabetes) dan kesan atau masalah yang timbul daripadanya. Beliau juga sangat berminat dalam bahagian berkenaan dengan kesan akal (mind) ke atas jasad yang telah banyak menulis berkenaan dengan gangguan psikologi. ktoran kerana beliaukarya yang kekal sehingga masa ini, termasuk 116 buah karyanya dalam bidang perubatan. Banyak karyanya ditulis dalam bhasa Arab dan juga beberapa karya dalam bahasa Parsi. Al-Quran fi Al-Tibb merupakan karya beliau yang terkenal di Eropah dan dicetak berulang kali pada zaman Renaissance. Karya beliau ini mempunyai pengaruh asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman tersebut malah merupakan buku rujukan yang utma di universiti-universiti sehingga abad ke-17 masihi.

BIDANG-BIDANG FALSAFAH

Dalam bidang ilmu Tauhid (ketuhanan), Ibn Sina terpengaruh denhan falsafah Plato dan Aristotle sebagaimana dihuraikan oleh imam Al-Ghazali dalam karyanya yang berjudul Tahaful Al-Falasifah (Ketidaksinambungan Dalam Pemikiran Filasuf). Beliau dapat menguasai ilmu ini setelah mempelajarinya daripada Aristotle dengan dibantu oleh buku karangan Al-Farabi tentang falsafah.

Di samping buku-buku kedoktoran, Ibn Suna juga terkenal dalam menyumbangkan buku dalam bidang falsafah. Karya beliau yang terkenal mengenainya ialah Al-Syifaa yang memuatkan segala cabang ilmu falsafah. Buku ini mempunyai 18 jilid semuanya. Ia merupakan satu ensiklopedia falsafah yang memuatkan ilmu metafizika, fizika, psikologi dan lain-lain. Karya ini juga dinamakan Kitab Al-Najat. Antara bukunya yang lain ialah Kitab Al-Isyarat wa Al-Tanbihat. Buku ini mengulas tentang bimbingan dan peringatan, di samping memperkatakan prinsip ketuhanan dan keagamaan.

Beliau telah menghasilkan Kitab Al-Insaf, iaitu mengenai proses keinsafan yang berasal daripada bukunya Hikmat Al-Masriqiyy iaitu kupasan tentang falsafah Timur. Sebuah lagi karya Ibn Sina dalam bidang falsafah ini ialah Kitab Al-Hudud, iaitu sebuah karya yang membicarakan pelbagai kesimpulan dan rumusan berhubung dengan istilah atau pengertian yang digunakan dalam ilmu falsafah.

BIDANG POLITIK DAN AGAMA

Menurut Ibn Sina, perbincangan tentang politik tidak dapat dipisahkan daripada agama, kerana hampir kesemua cabang ilmu islam ada hubungan dengan politik. Sebagai contoh, bukunya bernama Al-Mabda wa Al-Maaad yang mengulas tentang bermula dengan berakhirnya dunia ini di samping kupasan tentang ilmu fiqah atau hokum ibadat dan lain-lain.

Sekalipun diakui bahawa tidak banyak buku politik karangan Ibn Sina, namun penjelasan beliau mengenainya cukup untuk menyusun suatu teori dalam ilmu politik. Antara karya beliau dalam bidang ini ialah:

i) Al-Syifaa yang membicarakan awal dan akhir dunia menetapkan nubuwah dan cara-cara dakwah nabi, ibadat dan faedahnya di dunia dan di akhirat, peraturan membentuk rumah tangga, khalifah atau imam dan kewajipan taat kepadanya serta mengenai muamalat dan akhlak.

ii) Risalah Al-Siyasah yang secara khusus membicarakan ilmu politik.

iii) Al-Arzaq yang membicarakan pembahagian ekonomi secara umum sama ada pendapatan individu dan negara.

Menerusi karyanya dalam bidang agama, Ibn Sina sering menghubunginya

dengan bidang politik. Sebahagian besar karyanya dalam bidang agama telah hilang, namun banyak perbahasan beliau terdapat dalam beberapa karyanya yang lain.