i penglibatan pelajar tahun satu dalam aktiviti … · tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu...

24

Upload: duongtuong

Post on 30-Mar-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: i PENGLIBATAN PELAJAR TAHUN SATU DALAM AKTIVITI … · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik ... kolej kediaman lingkaran dalam di Universiti Teknologi
Page 2: i PENGLIBATAN PELAJAR TAHUN SATU DALAM AKTIVITI … · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik ... kolej kediaman lingkaran dalam di Universiti Teknologi
Page 3: i PENGLIBATAN PELAJAR TAHUN SATU DALAM AKTIVITI … · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik ... kolej kediaman lingkaran dalam di Universiti Teknologi

i

PENGLIBATAN PELAJAR TAHUN SATU DALAM AKTIVITI KOLEJ

KEDIAMAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI,

JOHOR DARUL TAKZIM.

JUNAIDAH BINTI MD. SALLEH

Laporan projek

dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian

daripada syarat Penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2009

Page 4: i PENGLIBATAN PELAJAR TAHUN SATU DALAM AKTIVITI … · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik ... kolej kediaman lingkaran dalam di Universiti Teknologi
Page 5: i PENGLIBATAN PELAJAR TAHUN SATU DALAM AKTIVITI … · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik ... kolej kediaman lingkaran dalam di Universiti Teknologi

iii

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayah dan ibuku,

Md. Salleh bin Hj. Samak Rokiah binti Selamat

Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan

hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua

Juga buat kakanda-kakanda dan adinda-adindaku terima kasih atas segalanya.

Jurahim bin Md. Salleh serta sekeluarga Juhanizah binti Md. Salleh serta sekeluarga

Juhailihanim binti Md. Salleh serta sekeluarga Juhazia binti Md. Salleh serta sekeluarga

Mohd. Zaki bin Md. Salleh Jufa Eriana binti Md. Salleh Jufa Zyha binti Md. Salleh

Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak

termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui

dan membalasnya serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu.

Page 6: i PENGLIBATAN PELAJAR TAHUN SATU DALAM AKTIVITI … · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik ... kolej kediaman lingkaran dalam di Universiti Teknologi

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan

hidayahNya, kajian ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan. Selawat dan

salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat

dikasihi.

Setinggi-tinggi ucapan penghargan kepada penyelia, Tn. Hj. Hassan bin Hushin

yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan nasihat. Terima

kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang mengetahui dan membalas

jasa-jasa yang sangat besar ini.

Sekalung ucapan terima kasih kepada pihak pentadbir Kolej 11, Kolej Tun

Razak, Kolej Tun Dr. Ismail, Kolej Tun Hussein Onn, Kolej Rahman Putra dan Kolej

Tun Fatimah. Tidak lupa juga kepada semua pelajar tahun satu yang bekerjasama

menyempurnakan kajian ini.

Akhir sekali untuk rakan-rakan yang banyak membantu untuk menjayakan lagi

kajian ini secara langsung mahupun tidak. Terima kasih di atas segala pengorbanan,

sokongan dan kasih sayang ikhlas tanpa batas.

Page 7: i PENGLIBATAN PELAJAR TAHUN SATU DALAM AKTIVITI … · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik ... kolej kediaman lingkaran dalam di Universiti Teknologi

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar tahun satu terhadap

kebaikan melibatkan diri dalam aktiviti kolej kediaman. Begitu juga dengan

mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar tahun satu dalam

aktiviti kolej kediaman. Objektif seterusnya ialah untuk mengenalpasti tahap

penglibatan pelajar tahun satu dalam aktiviti kolej kediaman. Kajian yang dijalankan

adalah berbentuk deskriptif iaitu dengan menggunakan soal selidik bagi mengumpul

data. Responden kajian terdiri daripada 333 orang pelajar tahun satu dari enam buah

kolej kediaman lingkaran dalam di Universiti Teknologi Malaysia. Data maklumat yang

diperolehi telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian “Stastistical

Packages For The Social Sciences” versi 14.0 dan penghuraian berdasarkan frekuensi,

peratus dan min. Hasil kajian yang didapati oleh pengkaji menunjukkan persepsi pelajar

terhadap kebaikan melibatkan diri dalam aktiviti kolej kediaman adalah tinggi. Pengkaji

juga mendapati faktor-faktor rakan sebaya, minat, ibu bapa dan kemudahan yang

disediakan mempengaruhi penglibatan pelajar tahun satu dalam aktiviti kolej kediaman.

Selain itu, kajian ini juga menunjukkan tahap penglibatan pelajar tahun satu dalam

aktiviti kolej kediaman berada pada tahap sederhana. Disamping itu beberapa cadangan

dikemukakan sebagai langkah membantu dalam meningkatkan penglibatan pelajar

tahun satu dalam aktiviti kolej kediaman.

Page 8: i PENGLIBATAN PELAJAR TAHUN SATU DALAM AKTIVITI … · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik ... kolej kediaman lingkaran dalam di Universiti Teknologi

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the first year student’s perception

towards the benefits of involving in college’s activity. This study will also identify the

factors that influenced the involvement of the first year students in college activities.

The next objective is to identify the involvement level of the first year student in college

activities. This descriptive study used the questionnaire to collect the data. 333 first year

students from six colleges in Universiti Teknologi Malaysia were chosen as

respondents. Data collected was analyzed using “The Statistical Packages for the Social

Sciences” software version 14.0 and the explanation was based on frequency,

percentage and mean. The research results showed that the first year students’

perception on the benefits towards involvement in the college activities was high. The

research also found the factors that influenced the first year students’ involvement in the

college activities were peers, interest, parents and facilities provided. This study also

found that the level of involvement for the first year students in college activities was

moderate. A few suggestions improve the first year students in their respective college

activities were presented.

Page 9: i PENGLIBATAN PELAJAR TAHUN SATU DALAM AKTIVITI … · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik ... kolej kediaman lingkaran dalam di Universiti Teknologi

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL viii

SENARAI SINGKATAN ix

SENARAI LAMPIRAN x

I PENDAHULUAN 1

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latarbelakang Masalah 2

1.2 Pernyataan Masalah 7

1.3 Objektif Kajian 7

1.4 Persoalan Kajian 8

1.5 Kepentingan Kajian 8

1.6 Batasan Kajian 9

1.7 Definisi Istilah 10

Page 10: i PENGLIBATAN PELAJAR TAHUN SATU DALAM AKTIVITI … · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik ... kolej kediaman lingkaran dalam di Universiti Teknologi

viii

II SOROTAN PENULISAN 12

2.0 Pengenalan 12

2.1 Teori Penglibatan Astin 13

2.2 Kebaikan Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Kolej

Kediaman Pelajar Matapelajaran Pengajian 14

2.3 Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kolej Kediaman 19

2.4 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar

dalam Aktiviti Kolej Kediaman 23

2.4.1 Faktor Minat 25

2.4.2 Faktor Rakan Sebaya 26

2.4.3 Faktor Asuhan Ibu Bapa 27

2.4.4 Faktor Kemudahan yang Disediakan 29

2.5 Kajian Lepas Yang Berkaitan 30

2.5.1 Kajian Dalam Negara 30

2.5.2 Kajian Luar Negara 31

III METODOLOGI 33

3.0 Pengenalan 33

3.1 Rekabentuk Kajian 34

3.2 Tempat Kajian 34

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 35

3.4 Instrumen Kajian 36

3.4.1 Bahagian A 36

3.4.2 Bahagian B 37

3.4.3 Bahagian C 37

3.4.4 Bahagian D 38

3.4.5 Taburan Item Soal Selidik 38

3.5 Kajian Rintis 39

Page 11: i PENGLIBATAN PELAJAR TAHUN SATU DALAM AKTIVITI … · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik ... kolej kediaman lingkaran dalam di Universiti Teknologi

ix

3.6 Kesahan Kandungan Soal Selidik 40

3.7 Prosedur Kajian 40

3.8 Analisis Data 41

3.9 Penutup 42

IV ANALISIS DATA 43

4.0 Pengenalan 43

4.1 Analisis Data Bahagian A 44

4.2 Analisis Data Bahagian B 47

4.3 Analisis Data Bahagian C 55

4.4 Analisis Data Bahagian D 66

4.5 Dapatan Keseluruhan Kajian 70

4.6 Penutup 72

V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 73

5.0 Pengenalan 73

5.1 Rumusan 74

5.2 Perbincangan 75

5.2.1 Sejauh manakah persepsi Pelajar Tahun Satu

terhadap kebaikan melibatkan diri dalam aktiviti

Kolej Kediaman Pelajar? 75

5.2.2 Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi

penglibatan Pelajar tahun Satu dalam aktiviti

Kolej Kediaman Pelajar? 77

5.2.3 Sejauh manakah tahap penglibatan Pelajar

Tahun Satu dalam aktiviti Kolej Kediaman Pelajar? 82

5.3 Cadangan 84

5.3.1 Pelajar 84

Page 12: i PENGLIBATAN PELAJAR TAHUN SATU DALAM AKTIVITI … · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik ... kolej kediaman lingkaran dalam di Universiti Teknologi

x

5.3.2 Pihak Kolej Kediaman 84

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 85

5.5 Penutup 86

BIBLIOGRAFI 87

LAMPIRAN

Page 13: i PENGLIBATAN PELAJAR TAHUN SATU DALAM AKTIVITI … · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik ... kolej kediaman lingkaran dalam di Universiti Teknologi

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT

3.1 Bilangan Pelajar Tahun Satu 35

3.2 Taburan Item-item Soal Selidik Mengikut Persoalan Kajian 38

3.3 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 42

4.1 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 45

4.2 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 45

4.3 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut Status 46

4.4 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut Kolej

Kediaman 47

4.5 Analisis Persepsi Pelajar Tahun Satu Terhadap Kebaikan Melibatkan

Diri dalam Aktiviti Kolej Kediaman Pelajar dalam Aspek Intelek 48

4.6 Analisis Persepsi Pelajar Tahun Satu Terhadap Kebaikan Melibatkan

Diri dalam Aktiviti Kolej Kediaman Pelajar dalam Aspek Jasmani 49

4.7 Analisis Persepsi Pelajar Tahun Satu Terhadap Kebaikan Melibatkan

Page 14: i PENGLIBATAN PELAJAR TAHUN SATU DALAM AKTIVITI … · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik ... kolej kediaman lingkaran dalam di Universiti Teknologi

xii

Diri dalam Aktiviti Kolej Kediaman Pelajar dalam Aspek Emosi 50

4.8 Analisis Persepsi Pelajar Tahun Satu Terhadap Kebaikan Melibatkan

Diri dalam Aktiviti Kolej Kediaman Pelajar dalam Aspek Intelek 51

4.9 Analisis Persepsi Pelajar Tahun Satu Terhadap Kebaikan Melibatkan

Diri dalam Aktiviti Kolej Kediaman Pelajar dalam Aspek Sosial 53

4.10 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian Pertama 54

4.11 Analisis Faktor Minat dalam Mempengaruhi Penglibatan Pelajar

Tahun Satu dalam Aktiviti Kolej Kediaman Pelajar 55

4.12 Analisis Faktor Rakan Sebaya dalam Mempengaruhi Penglibatan

Pelajar Tahun Satu dalam Aktiviti Kolej Kediaman Pelajar 57

4.13 Analisis Faktor Asuhan Ibu Bapa dalam Mempengaruhi Penglibatan

Pelajar Tahun Satu dalam Aktiviti Kolej Kediaman Pelajar 60

4.14 Analisis Faktor Kemudahan Yang Disediakan dalam Mempengaruhi

Penglibatan Pelajar Tahun Satu dalam Aktiviti Kolej Kediaman Pelajar 62

4.15 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian Kedua 64

4.16 Analisis Tahap Penglibatan Pelajar Tahun Satu dalam Aktiviti

Kolej Kediaman Pelajar 64

4.17 Dapatan Keseluruhan Kajian 69

Page 15: i PENGLIBATAN PELAJAR TAHUN SATU DALAM AKTIVITI … · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik ... kolej kediaman lingkaran dalam di Universiti Teknologi

xiii

SENARAI SINGKATAN

UTM : Universiti Teknologi Malaysia

SPSS : Statistical Packages for Social Sciences

FPN : Falsafah Pendidikan Negara

IPTA : Institut Pengajian Tinggi Awam

IPT : Institut Pengajian Tinggi

FPK : Falsafah Pendidikan Kebangsaan

HEP : Hal Ehwal Pelajar

SMK : Sekolah Menengah Kebangsaan

MCKK : Malay College Kuala Kangsar

Page 16: i PENGLIBATAN PELAJAR TAHUN SATU DALAM AKTIVITI … · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik ... kolej kediaman lingkaran dalam di Universiti Teknologi

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA

A Borang Soal Selidik

B Surat Permohonan Mendapatkan Maklumat Mengenai Persidangan

Pengetua-pengetua IPTA 2008

C Surat Permohonan Mendapatkan Bilangan Pelajar Tahun Satu

Page 17: i PENGLIBATAN PELAJAR TAHUN SATU DALAM AKTIVITI … · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik ... kolej kediaman lingkaran dalam di Universiti Teknologi

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Pendidikan adalah satu proses berterusan yang lahiriah berlaku dalam

kehidupan setiap manusia yang tertakluk kepada interaksi individu tersebut dan

persekitarannya. Individu akan terus terlibat dalam proses pembelajaran sebagai satu

cara untuk meneruskan kehidupan. Menurut Robiah Sidin (1998), pendidikan ialah

satu istilah yang umum mengikut tujuan dan konteks penggunaannya. Sungguhpun

demikian, ertinya adalah kabur dan komplek. Kabur kerana ia mempunyai

pengertian yang berbagai-bagai, dan berbeza mengikut konteks atau keadaan ia

digunakan, dan kompleks kerana ia tidak hanya menghasilkan satu proses yang

tersendiri atau satu kenyataan tertentu yang tepat.

Ilmu bukan sahaja boleh diperolehi daripada pembelajaran formal, malah ia

juga berlaku secara tidak formal dan bukan formal. Pembelajaran formal ialah

pembelajaran bersistem seperti belajar di sekolah atau universiti. Pembelajaran tidak

formal ialah pembelajaran tidak bersistem seperti menghadiri kuliah fardhu ain,

mendengar ceramah, perbincangan, seminar mahupun bengkel yang dianjurkan oleh

Page 18: i PENGLIBATAN PELAJAR TAHUN SATU DALAM AKTIVITI … · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik ... kolej kediaman lingkaran dalam di Universiti Teknologi

2

persatuan. Manakala pendidikan bukan formal pula adalah terhasil daripada interaksi

antara individu dengan pihak luar serta alam sekitar (Kit Pelajar Cemerlang ,2008).

Ini membuktikan bahawa seorang pelajar bukan sahaja memperolehi ilmu

melalui program pembangunan formal semata-mata. Kecemerlangan kognitif atau

akademik tidak menjamin kecemerlangan pemikiran, sosial, keagamaan dan emosi

seseorang. Namun, ianya harus diseimbangkan dengan pendidikan tidak formal

seperti kegiatan kokurikulum. Di Universiti Teknologi Malaysia, Bahagian

Pembangunan dan Aktiviti Pelajar (P & A) telah ditubuhkan di bawah Pejabat Hal

Ehwal Pelajar. Ia merupakan unit yang memberi khidmat kepada semua persatuan,

kelab, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) dan juga sebagai penasihat kepada

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dalam menguruskan program dan aktiviti (Buku

Panduan Pelajar, 2008).

Menurut Mohd Yusof Hj Othman (1993), pembangunan insan harus lebih

diseimbangkan antara ruhani dan jasmani, antara intelek dan emosi dan bermotivasi

tinggi, yang bercita-cita tinggi, pandai merancang hidupnya, mempunyai

keterampilan yang mampan, tahu menilai prestasi diri dan beradab, berakhlak dan

beretika.

1.1 Latar Belakang Masalah

Pelajar merupakan satu aset yang penting dalam sesebuah institusi

pendidikan. Kemampuan seseorang pelajar itu bertindak dengan cemerlang di dalam

sesebuah institusi pendidikan akan dapat memberi gambaran atau imej yang baik

kepada masyarakatnya di mana dia menuntut.

Page 19: i PENGLIBATAN PELAJAR TAHUN SATU DALAM AKTIVITI … · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik ... kolej kediaman lingkaran dalam di Universiti Teknologi

3

Pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga berusaha untuk melahirkan

graduan yang cemerlang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial.

Usaha ini dijalankan bagi pelajar yang mula menjejakkan kaki ke menara gading

lagi sehinggalah tamat pengajian. Ia selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan, iaitu untuk memperkembangkan potensi individu sebagai ahli

teknologi secara menyeluruh dan bersepadu yang berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara berasaskan kepatuhan kepada Tuhan. Ia

ditambah lagi dengan ucapan Naib Canselor UTM, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Zulkifli

bin Tan Sri Mohd. Ghazali melalui penulisan Buku Panduan Pendaftaran Minggu

Haluan Siswa Sesi 2008/2009, iaitu matlamat utama Universiti adalah untuk

menjadi institusi akademik yang berteraskan sains dan teknologi bertaraf dunia

menerusi kreativiti. Universiti sangat menggalakkan apa jua program pelajar bagi

menjana penemuan idea, inovasi dan reka cipta.

Oleh itu, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menyediakan

kemudahan yang mencukupi samada di kampus Skudai, Johor mahupun di Jalan

Semarak, Kuala Lumpur. Terdapat 12 buah fakulti di UTM Skudai yang merupakan

pusat pembelajaran dan segala kegiatan program pembangunan berunsurkan

akademik dijalankan (Buku Panduan Pelajar 2008). Selain dari pembangunan

akademik yang mana diberi penekanan di fakulti, pembangunan pelajar di kolej

kediaman merupakan salah satu aspek yang penting bagi pembangunan diri, atau

dengan kata lain sebagai pelengkap kepada visi dan misi institusi pendidikan tinggi

yang lebih meluas.

Pelbagai perubahan yang dilakukan dalam sistem pendidikan sama ada di

peringkat sekolah mahupun di universiti iaitu dalam tempoh sedekad ini. Perubahan-

perubahan yang dibuat ini sedikit sebanyak mengganggu proses pembelajaran

pelajar dan memberi kejutan kepada pelajar-pelajar yang baru melangkahkan kaki ke

universiti. Aktiviti yang dijalankan di peringkat universiti seperti aktiviti kolej

kediaman juga berbeza jika dibandingkan dengan aktiviti yang dijalankan di

Page 20: i PENGLIBATAN PELAJAR TAHUN SATU DALAM AKTIVITI … · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik ... kolej kediaman lingkaran dalam di Universiti Teknologi

4

sekolah. Pelajar-pelajar baru ini perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran,

pembelajaran dan juga aktiviti yang dijalankan di universiti.

Seperti yang dinyatakan dalam Buku Panduan Pelajar (2008), sehingga hari

ini, UTM kampus Skudai, Johor telah menyediakan 13 buah Kolej Kediaman Pelajar

dan terbahagi kepada dua kawasan iaitu kawasan lingkaran dalam yang terdiri

daripada Kolej Rahman Putra, Kolej Tun Fatimah, Kolej Tun Razak, Kolej Tun

Hussein Onn, Kolej Tun Dr. Ismail, Kolej Tuanku Canselor dan Kolej 11. Manakala

kawasan lingkaran luar pula terdiri daripada Kolej Perdana, Kolej 9, Kolej 10, Kolej

Datin Seri Endon, Kolej Tun Ghafar Baba, dan Kolej 16 & 17. Kapasiti bagi semua

kolej adalah seramai 17,494 orang. Antara kemudahan yang terdapat di setiap kolej

kediaman ialah kafeteria, dewan serbaguna, pasar mini, kedai dobi, surau,

gelanggang permainan, bilik rehat, ruang tamu, bilik komputer, stor barang dan lain-

lain kemudahan bagi membantu kecemerlangan akademik pelajar.

Dasar penginapan mewajibkan semua pelajar Ijazah Pertama tinggal di

asrama dalam kampus sepanjang sesi pengajian. walaubagaimanapun, kolej

kediaman pelajar lazimnya dilihat bukan sahaja menyediakan tempat kediaman yang

selesa dan selamat kepada pelajar tetapi juga sebagai pusat perkembangan atau

pembangunan pelajar secara amnya. Menurut Cheng Zonh Fong (2000), secara

purata mahasiswa menghabiskan masa selama 48 jam seminggu untuk menghadiri

kuliah di fakulti berbanding dengan 120 jam seminggu dihabiskan di kolej

kediaman.

Justeru itu, nyatalah bahawa kolej kediaman merupakan tempat yang subur

untuk membentuk perkembangan dan pembangunan pelajar. Bagi melaksanakan

polisi Universiti di kolej kediaman dengan lebih terancang, maka universiti telah

menempatkan pengetua dan felo yang dilantik atau dipilih dikalangan kakitangan

akademik dan pentadbir yang berkelayakan.

Page 21: i PENGLIBATAN PELAJAR TAHUN SATU DALAM AKTIVITI … · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik ... kolej kediaman lingkaran dalam di Universiti Teknologi

5

Penempatan pengetua dan felo bagi setiap kolej kediaman yang merupakan

tunjang sesebuah struktur organisasi berperanan dalam aspek pentadbiran dan

pembangunan sahsiah pelajar. Untuk menyelaraskan lagi program pembangunan

pelajar pihak pengurusan kolej telah melantik beberapa biro yang bertanggungjawab

untuk melaksanakan semua program dan aktiviti kolej kediaman berbentuk

kebajikan, keusahawanan, kepimpinan, kerohanian, dan sebagainya seperti yang

dinyatakan di dalam Buku Panduan Pelajar UTM (2008). Misalnya Biro Sukan dan

Rekreasi, Biro Komunikasi dan Dokumentasi, Biro Kebudayaan dan Sosial, biro

Keusahawanan, Biro Kaunseling, Biro Kerohanian, Biro Penyelidikan dan

Pembangunan Mahasiswa dan sebagainya. Antara aktiviti yang dijalankan adalah

seperti kursus, seminar, lawatan, khidmat masyarakat, pembangunan diri, sukan dan

rekreasi, kebudayaan, ekspo keusahawanan, majlis tahlil dan banyak lagi.

Aktiviti kolej kediaman pelajar berfungsi sebagai penjanaan kepimpinan dan

keintelektualan pelajar sekaligus dapat membentuk sahsiah pelajar yang seimbang

antara akademik dan bukan akademik. Di samping itu, penglibatan pelajar dalam

aktiviti kolej kediaman pelajar dapat meningkatkan kemahiran mahasiswa dalam

pengurusan organisasi, semangat patriotik, berkomunikasi, keintelektualan dan

kepimpinan. Manakala aktiviti kolej kediaman yang berbentuk kerohanian pula

adalah untuk menyusun strategi-stategi pengukuhan akidah, ibadah, akhlak dan

tatasusila pelajar seperti aktiviti ceramah keagamaan, tazkirah, majlis bacaan Yasin

dan tahlil seiring dengan matlamat UTM untuk melahirkan para graduan yang

berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan memiliki kesopanan yang tinggi (Buku

Panduan Pelajar 2008).

Persatuan dan kelab yang ditubuhkan pada peringkat kolej kediaman pelajar

adalah untuk melatih pelajar menjadi seorang pemimpin, mengeratkan perpaduan

berbilang kaum, membentuk sahsiah pelajar dan menumpukan nilai-nilai akademik

dalam kegiatan pelajar. Selain itu, penglibatan pelajar dalam aktiviti yang dijalankan

oleh persatuan dan kelab boleh membentuk pelajar menjadi seorang mahasiswa yang

berdisiplin, mengamalkan sikap bekerjasama dan memberi manfaat kepada pelajar

sepanjang berada di Universiti ini.

Page 22: i PENGLIBATAN PELAJAR TAHUN SATU DALAM AKTIVITI … · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik ... kolej kediaman lingkaran dalam di Universiti Teknologi

6

Kelab sukan dan rekreasi yang ditubuhkan di kolej kediaman pelajar

bertanggungjawab terhadap pembangunan dan perkembangan sukan dan rekreasi

melalui pelaksanaan program sukan. Ia bertujuan untuk menggalakkan

perkembangan nilai-nilai hidup sihat di dalam diri pelajar. Penekanan dan

penglibatan aktiviti bercorak kecergasan fizikal dan mental ini adalah bertujuan

supaya pelajar dapat menilai kepentingan kecergasan terhadap nilai hidup dan

seterusnya mendapat keseronokan dengan melibatkan diri di dalam aktiviti yang

diadakan. Antara aktiviti yang dijalankan seperti Fiesta Sukan, jungle trecking dan

mendaki gunung.

Aktiviti kolej kediaman merupakan pelengkap kepada latihan ilmiah yang

diperolehi pelajar di fakulti. Ia berperanan untuk melahirkan graduan yang baik dan

berkualiti, disamping didedahkan dengan latihan ilmiah secara intensif di fakulti dan

mewujudkan keseimbangan dalam semua aspek pembangunan diri pelajar secara

menyeluruh dan bersepadu.

Setiap biro yang diterajui oleh pihak Jawatankuasa Kolej Mahasiswa telah

bertungkus lumus merancang, menyusun, mengolah, dan melaksanakan setiap

aktiviti kolej kediaman. Sebagai pelajar yang baru melangkah ke alam universiti, ini

merupakan peluang baik untuk mereka menonjolkan bakat dengan melibatkan diri

dalam aktiviti kolej kediaman. Walaubagaimanapun, sambutan yang diberikan pada

aktiviti kolej kediaman masih dingin dan dipandang sebelah mata oleh sebilangan

pelajar yang memikirkan penglibatan dalam aktiviti kolej kediaman tidak penting

sama sekali. Boleh dikatakan majoriti aktiviti yang dilaksanakan melibatkan

individu yang sama manakala sesetengah pelajar yang lain hanya ambil tidak endah

sahaja

Page 23: i PENGLIBATAN PELAJAR TAHUN SATU DALAM AKTIVITI … · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik ... kolej kediaman lingkaran dalam di Universiti Teknologi

7

1.2 Pernyataan Masalah

Kecemerlangan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,

intelek dan sosial amat dititikberatkan oleh Universiti Teknologi Malaysia. Oleh itu,

untuk pembangunan pelajar secara pendidikan tidak formal, setiap kolej kediaman

telah mengatur sebuah organisasi terancang dengan biro masing-masing untuk

mengadakan aktiviti-aktiviti kolej kediaman yang berbentuk ilmiah dan bermanfaat

kepada setiap penghuni kolej terutamanya pelajar baru yang masih mentah dan perlu

diberi panduan. Namun, sambutan daripada pelajar adalah tidak menggalakkan.

Kadangkala penglibatan dalam setiap aktiviti lazimnya datang dari individu yang

sama sementara yang lain tidak ingin mengambil tahu langsung.

Oleh itu, pengkaji ingin mengenalpasti persepsi pelajar tahun satu terhadap

aktiviti kolej kediaman. Kajian ini juga untuk mengenalpasti faktor-faktor yang

mempengaruhi penglibatan pelajar tahun satu dalam aktiviti kolej kediaman. Selain

itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap penglibatan pelajar tahun satu

dalam aktiviti kolej.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji:

1.3.1 Mengenalpasti persepsi pelajar tahun satu terhadap kebaikan

melibatkan diri dalam aktiviti kolej kediaman.

1.3.2 Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar

tahun satu dalam aktiviti kolej kediaman.

Page 24: i PENGLIBATAN PELAJAR TAHUN SATU DALAM AKTIVITI … · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik ... kolej kediaman lingkaran dalam di Universiti Teknologi

8

1.3.3 Mengenalpasti tahap penglibatan pelajar tahun satu dalam aktiviti

kolej kediaman.

1.4 Persoalan Kajian

Daripada latar belakang masalah yang dikemukakan dalam perbincangan

bahagian beberapa persoalan yang ingin dijawab dalam kajian ini adalah seperti

berikut:

1.4.1 Sejauh manakah persepsi pelajar tahun satu terhadap kebaikan

melibatkan diri dalam aktiviti kolej kediaman?

1.4.2 Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar tahun

satu dalam aktiviti kolej kediaman?

1.4.3 Sejauh manakah tahap penglibatan pelajar tahun satu dalam aktiviti

kolej kediaman?