psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia · agar menjadi contoh dalam perjuangan...

33
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PERSEPSI GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP PENGGUNAAN ICT UNTUK TUJUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH KEBANGSAAN DI DAERAH KLUANG SESI PENGAJIAN: 2006/2009 Saya LUKMAN BIN DINYATI ( HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (9 ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) 9 TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: PROF. MADYA DR. OTHMAN B. MD. JOHAN LOT. 7537 JALAN BERMI, KAMPUNG DATO ABDUL RAHMAN YASSIN, 86000 KLUANG, JOHOR. Tarikh: 30 OKTOBER 2008 Tarikh: _______________________ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

Upload: others

Post on 05-Sep-2019

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PERSEPSI GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP

PENGGUNAAN ICT UNTUK TUJUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH KEBANGSAAN DI DAERAH

KLUANG

SESI PENGAJIAN: 2006/2009

Saya LUKMAN BIN DINYATI ( HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di

Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: PROF. MADYA DR. OTHMAN B. MD. JOHAN LOT. 7537 JALAN BERMI, KAMPUNG DATO ABDUL RAHMAN YASSIN, 86000 KLUANG, JOHOR. Tarikh: 30 OKTOBER 2008 Tarikh: _______________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada

pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

Page 2: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

Laporan kajian ini telah diterima dan diluluskan oleh

_________________________________

Profesor Madya Dr. Othman b. Md. Johan

Penyelia Laporan Kajian Fakulti Pendidikan

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Page 3: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)”

Tandatangan : …….......………………………………

Nama Penyelia : PM. DR. OTHMAN B. MD. JOHAN

Tarikh : .......……………………………………

Page 4: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

PERSEPSI GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP

PENGGUNAAN ICT UNTUK TUJUAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN SEKOLAH KEBANGSAAN DI DAERAH

KLUANG

LUKMAN BIN DINYATI

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

(Pengurusan Pendidikan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Oktober 2008

Page 5: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

ii

Saya akui karya ini “Persepsi guru-guru Pendidikan Islam terhadap

penggunaan ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran sekolah

kebangsaan di daerah Kluang” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali

nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ............................................

Nama Penyelidik : LUKMAN BIN DINYATI

Tarikh : ...........................................

Page 6: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

iii

DEDIKASI

Buat isteriku tersayang Natrah, terima kasih atas dorongan dan pengorbananmu dalam memberi kekuatan dan sumber inspirasi

kepadaku dalam mengharungi cabaran menuntut ilmu ini.

Untuk Siti Sarah, Siti Shuhada dan Siti Farhani, kamu bertiga juga menjadi dorongan kuat kepada ayah agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu.

Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu,

dalam mengharungi cabaranku ini.

Untuk ibu dan bapa mentuaku, terima kasih atas sokongan untukku

meneruskan perjuangan ini.

Untuk saudara-saudaraku dan semua rakanku, terima kasih kuucapkan dan jasamu kalian

tetap kukenang selama-lamanya

Page 7: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

iv

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana

atas limpah kurnia dan keizinan-Nya saya dapat menyempurnakan penyelidikan tesis

ini bagi memenuhi syarat untuk mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

(Pengurusan Pendidikan) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai, Johor.

Ingin saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih

kepada Prof. Madya Dr. Othman b. Md. Johan, selaku penyelia kajian projek ini

yang banyak berusaha membimbing, menunjuk ajar serta memberi sokongan

berterusan kepada saya sehingga kajian ini dapat disempurnakan.

Ucapan terima kasih juga kepada Pegawai Pelajaran Daerah Kluang, Johor

Darul Ta’zim kerana memberi kebenaran kepada saya menjalankan kajian ini. Tidak

lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan guru besar sekolah kebangsaan di

daerah Kluang yang memberi kerjasama semasa saya menjalankan kajian ini. Akhir

sekali, kepada semua guru Pendidikan Islam sekolah kebangsaan di daerah Kluang

dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, saya

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

Page 8: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap minat, keyakinan, kemahiran

menggunakan ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, sokongan pentadbir

dan masalah-masalah yang dihadapi dalam penggunaan ICT di kalangan guru

Pendidikan Islam sekolah kebangsaan di daerah Kluang. Seramai 111 orang guru

Pendidikan Islam telah terlibat dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan ialah

soal selidik yang mengandungi 6 bahagian. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ialah

α=0.85. Maklumat yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian

”Statistical Package For Social Science” (SPSS) dan analisis statistik deskriptif telah

digunakan dalam tatacara menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan tahap minat,

keyakinan dan sokongan pentadbir terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran di kalangan guru Pendidikan Islam adalah tinggi. Sementara itu,

kemahiran menggunakan ICT dan masalah-masalah penggunaan ICT di kalangan

guru Pendidikan Islam adalah sederhana. Terdapat perbezaan minat, keyakinan dan

kemahiran guru-guru berdasarkan jantina dan umur tetapi tidak ada perbezaan

berdasarkan lokasi sekolah.

Page 9: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

vi

ABSTRACT

The purpose of the research was to study the level in interest, confidence and

skills in using ICT among the teachers teaching the Islamic Study in teaching and

learning in national school at Kluang. This research also aimed at investigating the

support that these teachers had from the school administrators and the problems that

arises from the use of using the ICT. A total of 111 teachers involved in this study.

The instrument used was a set of questionnaires consists 6 different sections. The

reliability of the instrument was α=0.85. Data obtained were analyzed by using

Statistical Package For Social Science (SPSS) software and the analysis of

descriptive statistic have been used for the data analysis. The results of the study

showed the level of interest, confidence and supports from the administrators

towards the use of ICT in teaching and learning was high. On the other hand, the

skill in using ICT in teaching and learning and the problems faced by the teachers

were average. The level in interest, confidence and skills among the teachers were

different based on gender and age but not on the location of the school where the

teachers are teaching.

Page 10: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

vii

KANDUNGAN

SENARAI PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN I vii

KANDUNGAN II viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

Page 11: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Batasan Kajian 13

1.8 Definisi Istilah 13

1.8.1 Sekolah 13

1.8.2 Persepsi 14

1.8.3 Minat Terhadap ICT 14

1.8.4 Keyakinan Terhadap ICT 15

1.8.5 Penggunaan Teknologi Maklumat 15

dan Komunikasi

1.8.6 Pengajaran dan Pembelajaran 15

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Kepentingan ICT Kepada Negara 17

2.3 Perkembangan ICT Dalam Bidang Pendidikan 19

2.4 Peranan Guru Dalam Penggunaan ICT 24

Page 12: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

ix

2.5 ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 26

2.6 Kajian Lalu 29

2.6.1 Minat Terhadap Komputer ` 30

2.6.2 Keyakinan Terhadap Penggunaan Komputer 31

2.6.3 Kemahiran Penggunaan Komputer 32

2.6.4 Sokongan Pentadbir Terhadap Penggunaan 33

Komputer

2.6.5 Masalah Penggunaan Komputer 33

2.7 Rumusan 35

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 36

3.2 Reka Bentuk Kajian 37

3.3 Sampel Kajian 37

3.4 Instrumen Kajian 40

3.4.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden 41

3.4.2 Bahagian B : Tahap Minat Terhadap ICT 41

3.4.3 Bahagian C : Tahap Keyakinan Terhadap ICT 42

3.4.4 Bahagian D : Tahap Kemahiran ICT 42

3.4.5 Bahagian E : Sokongan Pentadbir Terhadap ICT 43

3.4.6 Bahagian F : Masalah Dalam Penggunaan ICT 43

3.5 Kajian Rintis 44

3.6 Prosedur Kajian 45

3.7 Kaedah Analisis Data 46

3.7.1 Kriteria Menganalisis Data 46

3.7.2 Kriteria Penilaian Skor Peratusan 47

3.7.3 Analisis Skala Pemeringkatan Skor Min 48

3.8 Rumusan 48

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 49

4.2 Analisis Demografi 50

4.2.1 Jantina 50

Page 13: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

x

4.2.2 Umur 50

4.2.3 Status Perkahwinan 51

4.2.4 Pengalaman Mengajar 52

4.2.5 Taraf Akademik 53

4.2.6 Lokasi Sekolah 53

4.2.7 Gred Sekolah 54

4.3 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 55

4.3.1 Tahap Minat Terhadap ICT 55

4.3.2 Tahap Minat Terhadap ICT Mengikut Jantina, 58

Umur dan Lokasi Sekolah

4.3.2.1 Tahap Minat Mengikut Jantina 58

4.3.2.2 Tahap Minat Mengikut Umur 58

4.3.2.3 Tahap Minat Mengikut Lokasi Sekolah 59

4.3.3 Tahap Keyakinan Terhadap ICT 60

4.3.4 Tahap Keyakinan Terhadap ICT Mengikut 63

Jantina, Umur dan Lokasi Sekolah

4.3.4.1 Tahap Keyakinan Mengikut Jantina 63

4.3.4.2 Tahap Keyakinan Mengikut Umur 64

4.3.4.3 Tahap Keyakinan Mengikut Lokasi 65

Sekolah

4.3.5 Tahap Kemahiran Terhadap ICT 66

4.3.6 Tahap Kemahiran Terhadap ICT Mengikut 68

Jantina, Umur dan Lokasi Sekolah

4.3.6.1 Tahap Kemahiran Mengikut Jantina 68

4.3.6.2 Tahap Kemahiran Mengikut Umur 69

4.3.6.3 Tahap Kemahiran Mengikut Lokasi 70

Sekolah

4.3.7. Tahap Sokongan Pihak Pentadbir Terhadap ICT 71

4.3.8 Masalah-Masalah Penggunaan ICT 74

4.4 Rumusan 76

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 77

Page 14: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

xi

5.2 Rumusan Dapatan Kajian 78

5.3 Perbincangan 79

5.3.1 Tahap minat guru Pendidikan Islam terhadap 80

penggunaan ICT

5.3.2 Tahap minat guru Pendidikan Islam terhadap 81

penggunaan ICT mengikut jantina, umur dan

lokasi sekolah

5.3.3 Tahap keyakinan guru Pendidikan Islam 82

terhadap penggunaan ICT

5.3.4 Tahap keyakinan guru Pendidikan Islam 83

terhadap penggunaan ICT mengikut jantina,

umur dan lokasi sekolah

5.3.5 Tahap kemahiran guru Pendidikan Islam 84

terhadap penggunaan ICT

5.3.6 Tahap kemahiran guru Pendidikan Islam 85

terhadap penggunaan ICT mengikut jantina,

umur dan lokasi sekolah

5.3.7 Tahap sokongan pihak pentadbir terhadap ICT 85

5.3.8 Masalah-masalah penggunaan ICT 86

5.4 Cadangan 87

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 89

5.6 Penutup 90

RUJUKAN 91

LAMPIRAN

LAMPIRAN A: Contoh Soal Selidik 95

LAMPIRAN B: Surat Kebenaran Bahagian Perancangan dan 105 Penyelidikan, KPM LAMPIRAN C: Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Johor 106 untuk Menjalankan Kajian.

Page 15: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

xii

SENARAI JADUAL

No. Jadual Tajuk Muka Surat

3.1 Taburan Sebaran dan Pemulangan Soal selidik 37

3.2 Jumlah Keseluruhan Responden Mengikut Lokasi Sekolah 39

3.3 Jumlah Keseluruhan Responden Mengikut Gred Sekolah 40

3.4 Pengkelasan Tahap Minat Terhadap ICT 41 3.5 Pengkelasan Tahap Keyakinan Terhadap ICT 42

3.6 Pengkelasan Tahap Kemahiran Terhadap Penggunaan ICT 43

3.7 Pengkelasan Tahap Sokongan Pentadbir Terhadap ICT 44

3.8 Keputusan Analisis Aras Kebolehpercayaan Kajian Rintis 45

3.9 Kriteria Menganalisis Data 47

3.10 Kriteria Penilaian Skor Peratusan 47

3.11 Analisis Pemeringkatan Skor Min 48

4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden 50 Mengikut Jantina 4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden 51 Mengikut Umur 4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden 52 Mengikut Status Perkahwinan

Page 16: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

xiii

4.4 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden 52 Mengikut Pengalaman Mengajar 4.5 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden 53 Mengikut Taraf Akademik 4.6 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden 54 Mengikut Lokasi Sekolah 4.7 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden 55 Mengikut Gred Sekolah 4.8 Taburan Tahap Minat Guru Pendidikan Islam 57 Terhadap ICT 4.9 Tahap Minat Mengikut Jantina 58 4.10 Tahap Minat Mengikut Umur 59 4.11 Tahap Minat Mengikut Lokasi Sekolah 60 4.12 Taburan Tahap Keyakinan Terhadap ICT Dalam 62 Meningkatkan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran 4.13 Tahap Keyakinan Mengikut Jantina 63 4.14 Tahap Keyakinan Mengikut Umur 64 4.15 Tahap Keyakinan Mengikut Lokasi Sekolah 65 4.16 Taburan Tahap Kemahiran Menggunakan ICT Dalam 67 Pengajaran dan Pembelajaran 4.17 Tahap Kemahiran Mengikut Jantina 68 4.18 Tahap Kemahiran Mengikut Umur 69 4.19 Tahap Kemahiran Mengikut Lokasi Sekolah 70 4.20 Taburan Tahap Sokongan Pentadbir Terhadap ICT Dalam 72 Pengajaran dan Pembelajaran 4.21 Taburan Masalah Penggunaan ICT Dalam Pengajaran 75 dan Pembelajaran

Page 17: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

xiv

SENARAI SINGKATAN

ICT - Information and Communication Technology (Teknologi

Maklumat dan Komunikasi)

PPSMI - Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam

Bahasa Inggeris

PKG - Pusat Kegiatan Guru

CD - Compact disc (cakera padat)

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

CD-ROM - Compact disc read-only memory

PPBK - Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

SKM - Sekolah Kurang Murid

PDLMN - Pedalaman

KTAK - Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi

SPSS - ‘Statistical Package For The Social Science’

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan satu bidang yang utama

dalam dunia era milenium selepas meninggalkan era pertanian dan perindustrian.

Celik ICT menjadi prasyarat ke arah menjadi seseorang yang berilmu kerana melalui

ICT seseorang dapat meneroka ilmu pengetahuan yang berguna dan mampu

menempuh segala rintangan kehidupan moden ini.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), penggunaan ICT dalam

pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah,

terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT berupaya meningkatkan kefahaman

dan penguasaan murid terhadap pelajaran, memberi peluang pembelajaran yang sama

kepada semua murid yang pelbagai keupayaan, meningkatkan motivasi murid,

membolehkan pembelajaran bersendiri dan membolehkan murid mengakses

maklumat yang sukar diperolehi. Ia juga mampu menggalakkan murid mengumpul

maklumat yang memerlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperolehi,

mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar dan

Page 19: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

2

membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu

mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa. Ia juga mampu

meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid serta memberi peluang kepada

murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.

ICT tidak membawa maksud bahawa komputer mampu menggantikan tugas

guru sepenuhnya. Apa yang hendak ditekankan adalah kaedah tradisional seperti

chalk and talk jika diintegrasikan dengan teknologi moden akan membuahkan hasil

yang mantap dan berkesan tanpa mengorbankan nilai-nilai estetika yang ada pada

setiap individu. Banyak dapatan yang diperolehi mengatakan bahawa sekiranya

seseorang guru menggunakan kaedah tradisional, ianya bukan sahaja menjemukan

guru malah pelajar merasa bosan dan akhirnya objektif pengajaran tidak tercapai

sepenuhnya.

Dalam konteks perkembangan ICT dalam pendidikan, Kementerian Pelajaran

Malaysia mengambil satu langkah baru ke arah merealisasikan visi negara dengan

menyediakan generasi masa depan dibekalkan dengan pengetahuan ICT. Maka

dengan itu terhasillah 'Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer'

(PPBK). Pengajaran ini melibatkan pengaplikasian komputer untuk mencapai

objektif pengajaran dan pembelajaran. Perubahan ICT yang amat pesat memberikan

cabaran besar terhadap profesion keguruan. Guru perlu bersedia meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi

pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang kurang

berasaskan inovasi teknologi. Bagi menjayakan matlamat pendidikan pada masa

hadapan, setiap guru perlu memahirkan diri dengan ICT. Ketrampilan dalam ICT

adalah satu kriteria penting dalam sistem pendidikan abad ke-21.

Page 20: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Perkembangan dalam ICT semakin berkembang dengan pesat dengan

tertubuhnya Koridor Raya Multimedia (MSC) yang telah dirasmikan oleh YAB

Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamed, Perdana Menteri Malaysia pada 29 Ogos

1995. Projek mega ini merangkumi projek Bandar Teknologi, Pusat Ilmu dan

Cyberjaya. Koridor Raya Multimedia (MSC) merupakan tempat terbaik

membangunkan hasil kajian dan perkhidmatan yang berasaskan multimedia dan

Malaysia akan menjadi tumpuan dunia melalui saluran maklumat antarabangsa.

Sekolah Bestari merupakan satu komponen utama dalam projek Koridor Raya

Multimedia (Multimedia Super Corridor-MSC). Konsep sekolah ini bersandarkan

kepada dua asas penting iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan nilai-nilai murni,

dan kepakaran teknologi maklumat (IT). Dua asas penting ini yang menekankan

kepada pembinaan dan pembangunan potensi secara menyeluruh dan bersepadu serta

pembinaan nilai, menjadikan Sekolah Bestari sebagai pemangkin ke arah

memperluaskan ICT di sekolah-sekolah di negara ini.

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia ke

arah menjadikan dan memperluaskan peranan Pusat Kegiatan Guru (PKG) seluruh

negara sebagai pusat sehenti yang menyediakan kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) terkini dan menyeluruh kepada semua guru dan langkah itu

diharap mampu mengubah sikap segelintir pengetua, guru besar dan guru yang

enggan menggunakan kemudahan ICT. Hal ini demikian kerana, setiap guru perlu

memupuk budaya `ingin belajar’ dalam meningkatkan kemahiran penggunaan ICT

yang lebih berkesan. Guru perlulah mengorak langkah dan berfikiran positif serta

menganggap komputer sebagai satu alat yang mampu meningkatkan kualiti

pendidikan di sekolah. Setiap guru sewajarnya mampu mengendalikan ilmu

komputer yang dimiliki dalam proses pengajaran kerana, pengetahuan dan kemahiran

ICT sudah disepadukan dalam kurikulum sekolah.

Page 21: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

4

Universiti dan institut perguruan (IP) di bawah Kementerian Pelajaran

Malaysia berusaha memastikan kurikulum latihan guru benar-benar mampu

menghasilkan generasi guru berijazah yang serba lengkap dengan ilmu pengetahuan

dan berkemahiran tinggi sejajar dengan tugas dan tanggungjawab mendidik modal

insan masa depan yang mampu menjadi aset negara. Bakal guru mesti belajar dan

menguasai kemahiran ICT dalam jumlah kredit tertentu dan diambil kira sebagai

penyumbang mata gred pada akhir penilaian kursus mereka. Begitu juga dengan

guru-guru sekolah tidak ketinggalan dalam arus perdana ini. Kursus-kursus ICT

sudah banyak diadakan di universiti dan institut perguruan sehinggakan semua guru

yang sedang bertugas di sekolah perlu menguasai kemahiran bidang ICT.

Halangan-halangan dalam pelaksanaan teknologi maklumat, Ellington,

Percival dan Race (1993), menjelaskan bahawa penggunaan komputer dalam

pendidikan mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan tersendiri yang mana

lebih berasaskan sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih

menekankan peranan individu. Ramai penulis menyatakan kekuatan penggunaan

komputer dalam pendidikan adalah objektif pembelajarannya yang lebih luas;

pembelajarannya yang juga boleh dilakukan sendiri serta mendapat maklum balas

segera melalui pendekatan interaktif; dan membolehkan simulasi pengalaman

pembelajaran dilakukan secara terus. Manakala kelemahan penggunaan komputer

dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula ialah teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT), memerlukan guru-guru celik komputer, atau sekurang-kurangnya

berasa senang menggunakan papan kekunci, sukar mendapatkan bahan berasaskan

komputer yang sesuai dan tersedia, dan usaha mereka bentuk bahan pembelajaran

berasaskan komputer memerlukan kemahiran yang tinggi (Ellington, et al. 1993).

Guru yang mempunyai kemahiran asas di peringkat sekolah dan universiti

lebih yakin menggunakan komputer dalam pengajarannya apabila mereka menjadi

guru sebenar. Menurut Zulkifli dan Raja Maznah (1994), mereka yang tidak

mempunyai pengalaman dengan komputer kebiasaannya mempunyai sikap yang

negatif dan tahap kebimbangan yang tinggi terhadap komputer. Pada masa kini

Page 22: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

5

masih ramai lagi guru yang belum menguasai kemahiran komputer. Mereka ini

adalah generasi guru yang sudah masuk waktu `senja’ perkhidmatan mereka.

Kebanyakan mereka berada dalam lingkungan umur lewat 40-an dan 50-an. Ini

adalah disebabkan teknologi komputer belum berkembang dengan pesat semasa

mereka menjalani latihan perguruan di maktab-maktab perguruan mahupun di

universiti. Oleh kerana minat dan inisiatif yang kurang untuk memperolehi

kemahiran komputer, mereka merupakan kumpulan guru yang dianggap ketinggalan

dalam profesion keguruan hari ini. Mereka masih mengalami fobia siber dan

kadangkala sampai ke peringkat trauma apabila berhadapan dengan komputer.

Menurut Ting Kung Shiung dan Wong Yoke Ling (2005), penggunaan ICT

mempunyai perhubungan yang signifikan dengan bidang pelbagai kecerdasan

multiple-intelligences yang mencorakkan budaya pembelajaran yang tidak lagi

terikat kepada pembelajaran berbentuk konvensional. Keupayaan menguasai

komputer dalam pembelajaran merupakan satu kebolehan yang dikaitkan dengan

kecerdasan, perkembangan kognitif, kreativiti dan inovasi, reka cipta, reka bentuk,

visual, pembelajaran maya dan sebagainya. ICT juga merupakan bidang kecerdasan

artifisial yang penting dalam era ICT. Terdapat guru-guru yang masih belum

berupaya menguasai komputer meskipun sudah berulang kali menghadiri kursus-

kursus komputer. Akibatnya mereka belum mempunyai dorongan dan keyakinan

yang kuat untuk menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru yang memanfaatkan internet sebagai satu alternatif yang menyediakan akses

kepada pelbagai maklumat dapat membantu memantapkan bahan pengajaran dan

pembelajaran. Walau bagaimanapun, penggunaan pembelajaran elektronik di sekolah

terutamanya penggunaan internet atau www masih lagi rendah. Kajian yang

dilakukan oleh Rosli, Zamalia dan Shafiee (2001), menunjukkan tahap penggunaan

ICT yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran di kalangan pensyarah UiTM

adalah sekitar 30 peratus.

Pelbagai kursus dalam perkhidmatan dilaksanakan ke arah meliterasikan

komputer di kalangan guru di seluruh negara. Bermula pada tahun 2005,

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Konsortium Pestariang Technology Sdn.

Page 23: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

6

Bhd. mensasarkan seramai 100,000 orang guru akan dilatih dalam bidang kemahiran

komputer dalam tempoh 5 tahun. Pakej yang mengandungi modul dan latihan

selama dua minggu akan membolehkan guru-guru mendapat kemahiran hingga ke

peringkat mampu menghasilkan perisian-perisian mudah untuk pengajaran. Walau

bagaimanapun bilangan guru yang terdorong menghasilkan perisian-perisian tersebut

amat kurang kerana ketiadaan motivasi untuk mereka berbuat demikian.

Ramai guru yang menghadapi tekanan jiwa disebabkan oleh bebanan kerja

yang banyak. Mereka perlu melakukan pelbagai kerja sepanjang hari di sekolah dan

membawa sebahagian tugas mereka ke rumah. Menurut Ting Kung Shiung dan Woo

Yoke Ling (2005), di antara punca-punca tekanan di kalangan guru mengikut

kajiannya adalah seperti berikut:

i. Intensif perguruan

ii. Gangguan hubungan komunikasi sesama kakitangan pendidikan

iii. Faktor persekitaran tempat kerja yang melibatkan prasarana dan

kelengkapan

iv. Beban mengajar

v. Latihan atau kursus perguruan yang banyak

vi. Kelas atau jumlah murid yang ramai

vii. Perasaan minat diri terhadap profesion perguruan

viii. Waktu kerja yang tidak terhad

ix. Status guru dalam masyarakat

ICT menjadi bebanan tambahan kepada guru-guru yang tidak melihat bidang

ini sebagai satu keperluan ke arah menyediakan modal insan yang celik ICT.

Mereka perlu memandang ke hadapan di mana tugas mereka sekarang adalah

menyediakan generasi masa depan.

Page 24: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

7

Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, tiga dasar utama

Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan ICT ialah :

i. memastikan semua pelajar celik ICT;

ii. mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan, sebagai

mata pelajaran atau pengupaya dalam pengajaran dan pembelajaran;

dan

iii. menggalakkan penggunaan ICT bagi meningkatkan produktiviti,

kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan.

Pembestarian sekolah merupakan proses yang berterusan ke arah

pembudayaan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan lagi kualiti

pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah

serta kompetensi guru. Pada masa ini terdapat 5 inisiatif ICT utama Kementerian

Pelajaran Malaysia, iaitu projek perkomputeran dan makmal komputer, projek rintis

Sekolah Bestari, penyediaan infrastruktur dan rangkaian jalur lebar SchoolNet,

PPSMI dan TV Pendidikan. Sekolah-sekolah turut melaksanakan program ICT di

atas inisiatif sendiri. (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010)

Para guru kini lebih tercabar lagi dengan dasar baru kementerian pendidikan

yang menghendaki guru yang mengajar di tahun satu sekolah rendah, tingkatan satu,

dan tingkatan enam mulai awal tahun 2003 mesti mengajar subjek Sains dan

Matematik dalam bahasa Inggeris. Pihak sekolah dibekalkan dengan pelbagai

peralatan sokongan ICT bagi membantu guru-guru mata pelajaran tersebut

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Mereka

dibekalkan dengan alat sokongan pembelajaran seperti unit komputer, bahan perisian

lain seperti CD pembelajaran dan sebagainya. Peralatan ICT yang dibekalkan boleh

juga digunakan oleh guru-guru mata pelajaran selain daripada Sains dan Matematik.

Di sekolah kebangsaan pula guru-guru mata pelajaran seperti Bahasa Melayu,

Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Sivik dan Kewarganegaraan,

Kajian Tempatan, Muzik, Kemahiran Hidup dan Pendidikan Jasmani adalah amat

Page 25: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

8

digalakkan untuk menggunakan peralatan ICT yang dibekalkan bagi tujuan

mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Suasana pembelajaran mata pelajaran tersebut akan menjadi lebih menarik

apabila disampaikan dengan menggunakan ICT dengan disepadukan dengan

penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Corak pengajaran dan

pembelajaran tradisional yang dahulunya lebih berpusatkan guru kini berubah kepada

corak berpusatkan pelajar.

1.3 Penyataan Masalah

Guru Pendidikan Islam merupakan guru yang dipertanggungjawabkan

menyampaikan pengajaran Pendidikan Islam iaitu subjek wajib di sekolah rendah

dan menengah. Di peringkat sekolah rendah, subjek Pendidikan Islam diperuntukkan

sebanyak 180 minit seminggu atau bersamaan 6 waktu pengajaran di Tahun 1 hingga

Tahun 6. Falsafah Pendidikan Islam menyatakan, “Pendidikan Islam adalah suatu

usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam

berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran

keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai

tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah

mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat” (Buku Panduan

Kursus Khas Guru Pendidikan Islam Fasa 3).

Tinjauan kasar penyelidik melalui temu bual yang dijalankan bersama guru-

guru Pendidikan Islam, didapati guru Pendidikan Islam masih terikat kepada

pengajaran cara tradisi. Pada era ICT yang pesat digunakan di sekolah, amat sukar

Page 26: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

9

menemui guru Pendidikan Islam yang menggunakan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran mereka. Kurangnya penggunaan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran guru Pendidikan Islam dikaitkan dengan kaedah pengajaran yang pasif

dan tidak inovatif serta terlalu terikat dengan tradisi lama, kurangnya motivasi

dalaman guru, tempoh waktu mengajar yang tidak mencukupi dan kegagalan guru

Pendidikan Islam bersaing dengan perkembangan ICT yang teramat pantas pada

masa kini (Buku Panduan Kursus Khas Guru Pendidikan Islam Kementerian

Pelajaran Malaysia Fasa 3 Tahun 2005, m.s. 69).

Melalui sesi temu bual juga penyelidik mendapati terdapat guru Pendidikan

Islam yang menyediakan soalan ujian secara bertulis dan bukan ditaip dengan

menggunakan komputer. Ini amat mengejutkan memandangkan bahawa rakan-rakan

guru yang mengajar subjek lain menyediakan soalan dengan menggunakan

komputer. Terdapat juga guru Pendidikan Islam yang menyampaikan taklimat dan

ceramah keagamaan kepada murid-murid dengan menggunakan perisian Microsoft

Powerpoint tetapi tidak pernah sekalipun menggunakan kaedah tersebut semasa

proses pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik beranggapan bahawa terdapat

faktor-faktor yang menghalang guru Pendidikan Islam tidak menggunakan ICT

dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Guru Pendidikan Islam dilihat

terpinggir dalam era ICT dalam pendidikan sedangkan tenaga mereka menjadi

tonggak barisan depan dalam ke arah merealisasikan pembangunan modal insan

kamil seperti terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta konsep Islam

Hadhari masa kini.

Apakah fenomena yang melanda guru Pendidikan Islam telah

menyumbangkepada kegagalan dalam mewujudkan pembaharuan dalam pengajaran

dan pembelajaran subjek Pendidikan Islam? Dengan kepercayaan bahawa agama

wajib disuburkan dari buaian, maka semua pihak yang berwajib perlu mengolah

kurikulum dan kokurikulum, merombak strategi pengajaran ilmu Islam dan

mempraktikkan dasar-dasar kesyumulan Islam bermula daripada peringkat rendah

institusi pendidikan.

Page 27: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

10

Berdasarkan kepada keperluan memperkasakan bidang pendidikan semasa

yang berasaskan teknologi, penyelidik berpendapat perlunya ada kajian tentang

penggunaan ICT di kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan di daerah

Kluang.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenal pasti:

1.4.1 Tahap minat guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan ICT.

1.4.2 Tahap keyakinan guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan ICT

dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

1.4.3 Tahap kemahiran guru Pendidikan Islam dalam menggunakan ICT

untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

1.4.4 Tahap sokongan pihak pentadbir terhadap penggunaan ICT untuk tujuan

pengajaran dan pembelajaran.

1.4.5 Masalah-masalah yang dihadapi dalam penggunaan ICT untuk tujuan

pengajaran dan pembelajaran.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut:

1.5.1 Apakah tahap minat guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan ICT?

1.5.2 Apakah tahap minat guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan ICT

mengikut jantina, umur dan lokasi sekolah?

Page 28: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

11

1.5.3 Apakah tahap keyakinan guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan ICT

dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran?

1.5.4 Apakah tahap keyakinan guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan ICT

dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mengikut

jantina, umur dan lokasi sekolah?

1.5.5 Apakah tahap kemahiran guru Pendidikan Islam dalam menggunakan ICT

untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran?

1.5.6 Apakah tahap kemahiran guru Pendidikan Islam dalam menggunakan ICT

untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran mengikut jantina, umur dan lokasi

sekolah?

1.5.7 Apakah tahap sokongan pihak pentadbir terhadap penggunaan ICT

untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran?

1.5.8 Apakah masalah-masalah yang dihadapi dalam penggunaan ICT untuk

tujuan pengajaran dan pembelajaran?

1.6 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sama ada guru

Pendidikan Islam mempunyai minat dan keyakinan terhadap penggunaan ICT.

Penyelidik mengandaikan jika mereka mempunyai minat dan keyakinan terhadap

ICT, maka terdapat faktor-faktor lain yang menghalang penggunaan ICT dalam

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Islam. Jika dapatan

menunjukkan guru Pendidikan Islam mempunyai minat dan keyakinan yang negatif

maka pihak pentadbir perlu meningkatkan kefahaman mereka bahawa guru

Pendidikan Islam amat perlu bersama-sama dengan guru perdana lain dalam

melaksanakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Jika hasil kajian ini menunjukkan bahawa tahap kemahiran guru Pendidikan

Islam masih rendah dan tidak memungkinkan mereka melaksanakan penggunaan

Page 29: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

12

ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, seterusnya penyelidik berpendapat bahawa

kemahiran guru Pendidikan Islam perlu ditingkatkan agar mereka berupaya

menggunakan ICT dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik

juga ingin melihat tahap sokongan yang diperolehi oleh guru Pendidikan Islam dari

pihak pentadbir sekolah dalam penggunaan ICT untuk tujuan pengajaran dan

pembelajaran. Penyelidik mengandaikan jika tahap sokongan pihak pentadbir

terhadap penggunaan ICT tinggi, seterusnya penyelidik pasti wujudnya faktor-faktor

yang lain yang mempengaruhi guru Pendidikan Islam menggunakan ICT untuk

tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Kajian ini bukan sahaja berkepentingan untuk menjaga imej profesion guru

Pendidikan Islam dalam memainkan peranan ke arah membina generasi Islam

Hadhari masa depan malah penyelidik juga mengharapkan guru Pendidikan Islam

tidak terus ketinggalan dalam perkembangan era ICT dalam melaksanakan tugas

pada masa akan datang. Hal ini kerana, penggunaan ICT yang begitu meluas dalam

aspek pendidikan khususnya institusi sekolah, bukan sahaja tertumpu kepada guru

Sains dan Matematik malah semua guru subjek lain termasuk di kalangan guru

Pendidikan Islam. Mereka perlu bersama-sama sederap selangkah menggunakan

ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran agar pembelajaran subjek Pendidikan

Islam akan menjadi lebih efektif.

Oleh yang demikian juga, mencari punca permasalahan tersebut adalah

penting bagi mengatasi masalah ini supaya beberapa pihak yang terlibat akan

bersedia mengambil tindakan dan membuat perancangan yang sewajarnya. Antara

pihak yang terlibat adalah terdiri daripada guru Pendidikan Islam sendiri, pihak

pentadbir sekolah, pihak pejabat pelajaran daerah, institut perguruan dan universiti

yang memberi latihan dalam pendidikan guru. Semua pihak tersebut wajar

bekerjasama dalam mengatasi masalah-masalah yang timbul demi memperkasakan

guru Pendidikan Islam dalam menggunakan ICT untuk tujuan pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran. Akhirnya, penyelidik juga berharap agar kajian ini

dapat membantu dan memberi panduan kepada penyelidik-penyelidik lain serta

sesiapa sahaja yang terlibat dalam memastikan profesion perguruan sentiasa

Page 30: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

13

mengorak langkah bersama era kemajuan negara serta menjadikan bidang ini sebagai

satu bidang yang profesional.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini terbatas kepada guru-guru subjek Pendidikan Islam yang sedang

mengajar di empat puluh lapan buah sekolah kebangsaan di daerah Kluang. Ia

meliputi semua sekolah kebangsaan Gred A, Gred B dan Sekolah Kurang Murid

yang terletak di lokasi bandar, luar bandar dan pedalaman. Aspek yang dikaji dalam

kajian ini ialah tahap minat, keyakinan dan kemahiran guru-guru tersebut terhadap

ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian juga bertujuan mendapatkan

dapatan berhubung tahap sokongan pentadbir terhadap penggunaan ICT dalam

pengajaran dan pembelajaran dan faktor-faktor lain yang menjadi masalah kepada

guru subjek Pendidikan Islam untuk menggunakan ICT untuk tujuan pengajaran dan

pembelajaran. Jumlah keseluruhan responden yang terlibat ialah 143 orang. Tujuan

memilih semua guru ini adalah kerana penyelidik berpendapat dapatan kajian akan

dapat memberikan jawapan kepada persoalan penyelidik.

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Sekolah

Sekolah didefinisikan sebagai tempat di mana murid belajar. Terdapat 3 gred

sekolah yang dikategorikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Sekolah Gred

A, Gred B, Sekolah Kurang Murid. Lokasi sekolah-sekolah pula dikategorikan

Page 31: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

14

kepada sekolah bandar, sekolah luar bandar dan sekolah pedalaman. Gred sekolah

adalah ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berdasarkan jumlah murid

dan kriteria lain yang terdapat di sesebuah sekolah.

1.8.2 Persepsi

Persepsi didefinisikan sebagai gambaran atau bayangan dalam hati atau

fikiran tentang sesuatu pandangan (menerusi pancaindera), tanggapan: kekuatan

imaginasi, kepekaan terhadap alam dan kehidupan memberikan gaya dan

pengucapan yang khusus pada karya-karyanya. Dalam kajian ini, persepsi guru-guru

Pendidikan Islam terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

merujuk kepada aspek minat dan keyakinan diri dalam ICT. Minat dan keyakinan

diri dalam ICT akan mempengaruhi amalan penggunaan ICT bagi tujuan pengajaran

dan pembelajaran.

1.8.3 Minat Terhadap ICT

Keinginan (kesukaan, kecenderungan), kegemaran terhadap bidang ICT dan

ingin terlibat dalam bidang tersebut. Keinginan yang kuat untuk meneroka pelbagai

elemen dalam bidang ICT akan mendorong guru-guru menggunakan pelbagai

teknologi dalam pendidikan khususnya komputer untuk meningkatkan kualiti

pengajaran dan pembelajaran. Minat juga dapat ditunjukkan melalui penggunaan

ICT dalam melaksanakan pelbagai urusan tugas seperti menghasilkan bahan bantu

mengajar, memproses data peperiksaan dan membudayakan penggunaan ICT dalam

tugas dan pelbagai tujuan.

Page 32: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

15

1.8.4 Keyakinan Terhadap ICT

Keyakinan terhadap ICT didefinisikan sebagai betul-betul percaya (tentang

kebenaran, kemampuan) dan tidak meragui bidang ICT dapat melakukan perubahan

yang lebih baik daripada sebelumnya. Keyakinan ditunjukkan melalui pandangan

positif terhadap teknologi itu sendiri dan berusaha bersungguh-sungguh untuk

meningkatkan ilmu dalam bidang tersebut agar tidak ketinggalan dan berasa jumud

dalam era ICT.

1.8.5 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Penggunaan komputer yang digabungkan bersama media komunikasi dan

sistem teknologi maklumat yang bukan sahaja digunakan sebagai alat penyebaran

maklumat. Penggabungan ini menghasilkan sesuatu dapatan yang lebih baik dan

dan berkesan.

1.8.6 Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran berdasarkan kajian ini ialah bagaimana cara seseorang guru itu

mempengaruhi murid-muridnya untuk belajar berdasarkan situasi persediaan guru

tersebut menyediakan perancangan pengajaran, menilai dan menggunakan alat bantu

yang sesuai untuk menarik minat dan merangsang murid untuk belajar. Alat bantu

dalam skop kajian ini ialah menggunakan elemen-elemen dan peralatan yang

berkaitan dengan komputer.

Page 33: PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · agar menjadi contoh dalam perjuangan mencari ilmu. Untuk ibuku, terima kasih atas sokongan dan doamu, dalam mengharungi cabaranku

16

Pembelajaran dalam kajian ini merujuk kemampuan murid-murid untuk

belajar dan berinteraksi dengan guru untuk menghasilkan perubahan tingkah laku,

menambah pengetahuan dan kemahiran mereka daripada aras yang sedia ada kepada

aras yang lebih tinggi. Murid-murid akan menggunakan pelbagai sensorimotor untuk

membuat penaakulan dan pemahaman. Impak objektif dapat dilihat selepas aktiviti

pengajaran dan pembelajaran selesai.

Abdul Rahim (2007), menyatakan bahawa pengajaran mempunyai penekanan

yang tertentu kepada perkara atau tujuan-tujuan tertentu dalam pembelajaran.

Pengajaran merupakan suatu seni, satu daya usaha atau pengajaran merupakan suatu

aktiviti ciptaan manusia. Pengajaran juga merupakan satu proses dengan persekitaran

seseorang itu diolah untuk membolehkannya belajar atau bertindak balas dengan

sesuatu keadaan yang tertentu. Dari sudut kurikulum pengajaran menekankan aspek

`bagaimana’. Keputusan berkenaan pengajaran adalah berasaskan proses yang

dilaksanakan. Pengajaran merupakan aspek praktik dan amali dalam bidang

pembentukan kurikulum. Pengajaran merupakan aspek yang amat penting iaitu

pelaksanaan kurikulum dan berkait rapat dengan perancangan kurikulum (Abdul

Rahim, 2007).