tahap kesediaan guru pelatih ijazah sarjana muda … · doa, jasa dan pengorbanan mengiringi...

24
TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP MENGAJAR SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH HASNITA BINTI ISMAIL @ NAWANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: hoangdan

Post on 02-Jul-2019

270 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH IJAZAH SARJANA MUDA … · Doa, jasa dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku Terima kasih ayah dan ibu ... berkait rapat dengan keupayaan

TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH IJAZAH SARJANA MUDA

TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP MENGAJAR

SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH

HASNITA BINTI ISMAIL @ NAWANG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH IJAZAH SARJANA MUDA … · Doa, jasa dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku Terima kasih ayah dan ibu ... berkait rapat dengan keupayaan

PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP MENGAJAR SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya: HASNITA BINTI ISMAIL @ NAWANG

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD

__________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap:

NO 112, RUMAH MURAH PROF. MADYA DR. BAHARIN BIN ABU ALOR LINTANG 2, 222 00 NAMA PENYELIA BESUT, TERENGGANU. Tarikh: Tarikh:

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/

organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH IJAZAH SARJANA MUDA … · Doa, jasa dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku Terima kasih ayah dan ibu ... berkait rapat dengan keupayaan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : .................................................................

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. BAHARIN BIN ABU

Tarikh : .................................................................

Page 4: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH IJAZAH SARJANA MUDA … · Doa, jasa dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku Terima kasih ayah dan ibu ... berkait rapat dengan keupayaan

iii

TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH IJAZAH SARJANA MUDA

TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP MENGAJAR

SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH

HASNITA BINTI ISMAIL @ NAWANG

Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2009

Page 5: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH IJAZAH SARJANA MUDA … · Doa, jasa dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku Terima kasih ayah dan ibu ... berkait rapat dengan keupayaan

iv

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ....................................................................

Nama Penulis : HASNITA BINTI ISMAIL @ NAWANG

Tarikh : .....................................................................

Page 6: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH IJAZAH SARJANA MUDA … · Doa, jasa dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku Terima kasih ayah dan ibu ... berkait rapat dengan keupayaan

v

Dipanjatkan kesyukuran buatNya yang mengizinkan segala sesuatu..........

Untuk ayah dan ibu

Doa, jasa dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku

Terima kasih ayah dan ibu

Buat kawan-kawan

Terima kasih atas kesabaran,

Sokongan dan pengorbanan yang tidak ternilai hatta dengan wang ringgit sekalipun

Dan

PenyeliaPSM

PROF. MADYA DR. BAHARIN BIN ABU

Terima kasih di atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan.

“KEJAYAAN ITU TIDAK AKAN DAPAT TANPA USAHA

DAN

USAHA ITU TIDAK AKAN BERKAT TANPA DOA....”

Page 7: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH IJAZAH SARJANA MUDA … · Doa, jasa dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku Terima kasih ayah dan ibu ... berkait rapat dengan keupayaan

vi

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian hanyalah kepunyaan Allah yang memberikan kita ilmu

kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w. yang telah

menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus.

Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan

Vokasional, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi

kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini. Terima kasih

juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberikan

nasihat dan tunjuk ajar selama ini.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada pembimbing

tesis, PROF. MADYA DR. BAHARIN BIN ABU atas bimbingan dan dorongan

yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Tidak lupa juga

kalungan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, warga 4 SPH. Terima

kasih juga kepada individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak

langsung dalam penulisan ini.

Page 8: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH IJAZAH SARJANA MUDA … · Doa, jasa dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku Terima kasih ayah dan ibu ... berkait rapat dengan keupayaan

vii

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap kesediaan guru pelatih Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup mengajar subjek

Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah. Aspek kesediaan yang dikaji adalah

pengajaran, pengetahuan bidang dan sikap terhadap subjek Kemahiran Hidup.

Responden kajian adalah seramai 126 orang. Data kajian diperolehi daripada set soal

selidik dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social

Sciences version 11.5 for Windows bagi mendapatkan kekerapan (frekuensi),

peratusan (%) dan min. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan guru pelatih

untuk mengajar subjek Kemahiran Hidup adalah tinggi (min: 3.99). Tahap kesediaan

pengajaran guru pelatih berada pada tahap tinggi (min: 3.93), pengetahuan bidang

tahap tinggi (min: 3.79) dan sikap tahap tinggi (min: 4.24). Disamping itu, cadangan

dan kesimpulan kajian juga dibincangkan.

Page 9: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH IJAZAH SARJANA MUDA … · Doa, jasa dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku Terima kasih ayah dan ibu ... berkait rapat dengan keupayaan

viii

ABSTRACT

This purpose of the study is to identify trainee teachers readiness level to

teach Living Skills subject. The readiness aspects measured were teaching, content

knowledge and attitude. A set of questionnaire was employed. The respondents were

126 trainee teachers. The analysis was done by using SPSS to obtain frequency,

percentage and mean. The study found teacher trainees readiness level was high with

the mean score was 3.99. Level of teacher trainees readiness was in high level (mean:

3.93), content knowledge level was high (mean: 3.79) and attitude level was high

(mean: 4.24). Recommendations and conclusions were also discussed.

Page 10: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH IJAZAH SARJANA MUDA … · Doa, jasa dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku Terima kasih ayah dan ibu ... berkait rapat dengan keupayaan

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

ISI KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

Page 11: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH IJAZAH SARJANA MUDA … · Doa, jasa dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku Terima kasih ayah dan ibu ... berkait rapat dengan keupayaan

x

BAHAGIAN SATU

PENDAHULUAN

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop Dan Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Guru Pelatih Aliran Kemahiran Hidup SPH 9

1.8.2 Kesediaan Guru Pelatih 10

1.8.3 Kemahiran Hidup Bersepadu 10

1.8.4 Tahap 10

1.9 Kesimpulan 11

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Profesion Perguruan 12

2.3 Peranan Guru 14

2.4 Kesediaan Dari Aspek Pengajaran 15

2.5 Kesediaan Dari Aspek Pengetahuan Bidang 20

Page 12: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH IJAZAH SARJANA MUDA … · Doa, jasa dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku Terima kasih ayah dan ibu ... berkait rapat dengan keupayaan

xi

2.6 Kesediaan Dari Aspek Sikap 24

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk Kajian 28

3.3 Lokasi Kajian 29

3.4 Populasi Dan Responden 30

3.5 Instrumen Kajian 30

3.5.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden 32

3.5.2 Bahagian B : Soalan Soal Selidik Kajian 32

3.6 Kajian Rintis 34

3.6.1 Kesahan Soal Selidik 35

3.6.2 Kebolehpercayaan Soal Selidik 35

3.7 Prosedur Kajian 36

3.8 Kaedah Analisis Data 37

3.9 Kesimpulan 40

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 41

4.2 Analisis Bahagian A (Latar Belakang Responden) 41

4.3 Analisis Bahagian B (Kesediaan Diri Guru Pelatih Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup

Page 13: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH IJAZAH SARJANA MUDA … · Doa, jasa dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku Terima kasih ayah dan ibu ... berkait rapat dengan keupayaan

xii

(SPH) Mengajar Subjek Kemahiran Hidup) 44

4.4 Pengajaran 46

4.5 Pengetahuan Bidang 50

4.6 Sikap 54

4.7 Kesimpulan 58

BAHAGIAN LIMA

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 59

5.2 Rumusan Kajian 59

5.2.1 Rumusan Persoalan Kajian 60

5.2.1.1 Aspek Pengajaran 60

5.2.1.2 Aspek Pengetahuan Bidang 61

5.2.1.3 Aspek Sikap 62

5.3 Perbincangan 62

5.3.1 Tahap Kesediaan Guru Pelatih Kemahiran Hidup

dalam Aspek Pengajaran 63

5.3.2 Tahap Kesediaan Guru Pelatih Kemahiran Hidup

dalam Aspek Pengetahuan Bidang 66

5.3.3 Tahap Kesediaan Guru Pelatih Kemahiran Hidup

dalam Aspek Sikap Guru Pelatih 69

5.4 Cadangan 71

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 72

5.6 Penutup 73

Page 14: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH IJAZAH SARJANA MUDA … · Doa, jasa dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku Terima kasih ayah dan ibu ... berkait rapat dengan keupayaan

xiii

BAHAGIAN ENAM

RUJUKAN

RUJUKAN 74

BAHAGIAN TUJUH

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran A 80

Lampiran B 87

Lampiran C 89

Page 15: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH IJAZAH SARJANA MUDA … · Doa, jasa dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku Terima kasih ayah dan ibu ... berkait rapat dengan keupayaan

xiv

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pengkelasan Skala Lima Mata 33

3.2 Bahagian B Dalam Borang Soal Selidik 33

3.3 Skala Pemeringkatan 38

3.4 Tahap Amali Min 39

4.1 Analisis Kekerapan Dan Peratusan

Jantina Responden 42

4.2 Analisis Kekerapan Dan Peratusan

Bangsa Responden 42

4.3 Analisis Kekerapan Dan Peratusan

Agama Responden 43

4.4 Analisis Kekerapan Dan Peratusan

Umur Responden 43

4.5 Analisis Kekerapan Dan Peratusan

Tahap Pendidikan Tertinggi Responden 44

4.6 Pengkelasan Skala Lima Mata Kepada

Skala Tiga Mata 45

4.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan,

Peratus, Min Dan Tahap Bagi Aspek

Pengajaran 46

4.8 Taburan Responden Mengikut Kekerapan,

Peratus, Min Dan Tahap Bagi Aspek

Pengetahuan Bidang 50

4.9 Taburan Responden Mengikut Kekerapan,

Peratus, Min Dan Tahap Bagi Aspek

Sikap 54

5.0 Taburan Purata Keseluruhan Peratus

Bagi Min Persoalan Kajian 57

Page 16: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH IJAZAH SARJANA MUDA … · Doa, jasa dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku Terima kasih ayah dan ibu ... berkait rapat dengan keupayaan

xv

SENARAI SINGKATAN

SPH Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

Kemahiran Hidup

JPTK Jabatan Pendidikan Teknik Dan Vokasional

ERT Ekonomi Rumah Tangga

FPK Fakulti Pendidikan Kebangsaan

ABM Alat Bantu Mengajar

SPSS Statistical Packages For The Social Sciences

P&P Pengajaran Dan Pembelajaran

Page 17: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH IJAZAH SARJANA MUDA … · Doa, jasa dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku Terima kasih ayah dan ibu ... berkait rapat dengan keupayaan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A SOAL SELIDIK

B SURAT KEBENARAN FAKULTI

C PENGESAHAN PAKAR BIDANG

Page 18: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH IJAZAH SARJANA MUDA … · Doa, jasa dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku Terima kasih ayah dan ibu ... berkait rapat dengan keupayaan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Profesion perguruan merupakan satu profesion yang mulia dan dihormati oleh

masyarakat kerana peranan guru yang amat besar dalam memperkembangkan ilmu

pengetahuan serta membentuk tingkah laku masyarakat demi kepentingan agama,

bangsa dan Negara.

Menurut Sufean Hussin (2004), keberkesanan dalam profesion perguruan

berkait rapat dengan keupayaan dan usaha guru yang gigih untuk menyempurnakan

tanggungjawab terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat. Antara tumpuan

keberkesanan dalam profesion ini ialah keberkesanan dari aspek pengajaran,

pengetahuan bidang serta sikap guru untuk mengajar di sekolah.

Guru-guru merupakan sebahagian daripada golongan pendukung yang

melaksanakan tugas bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. Pihak kerajaan,

pentadbir dan perancang sentiasa mengharapkan agar guru-guru dapat membina

masyarakat yang mempunyai budaya yang bertamadun tinggi. Guru memainkan

banyak peranan dalam sesebuah sekolah. Terdapat dua peranan yang dianggap

Page 19: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH IJAZAH SARJANA MUDA … · Doa, jasa dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku Terima kasih ayah dan ibu ... berkait rapat dengan keupayaan

2

penting. Pertama, guru berperanan sebagai seorang ahli profesion perguruan bagi

memberikan pendidikan formal kepada murid-murid di bangku sekolah, dan sebagai

seorang ahli masyarakat guru mempunyai tugas kemasyarakatan (Atan Long, 1998).

Profesionalisme merupakan satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi

pekerjaan seseorang. Nilai ini perlu wujud dalam diri seseorang yang matlamat

pekerjaannya untuk mencapai keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan

bertanggungjawab (Sufean Hussin, 1995).

Peranan guru amatlah besar, bukan sahaja mencorakkan masa depan murid-

muridnya bahkan menjadi ‘role model’ kepada mereka. Setiap individu yang bergelar

guru mestilah mempunyai kualiti seperti berilmu, berpengetahuan, berfikiran

terbuka, berdisiplin dan berperikemanusiaan apabila menghadapi sesuatu cabaran.

Tanggungjawab guru amat besar dalam mendidik anak bangsa untuk berjaya

dalam semua bidang matapelajaran. Peranan seseorang guru bukan sahaja untuk

mendidik pelajar dalam matapelajaran yang diajar malah guru adalah pakar dalam

bidang pengajaran serta dapat berkomunikasi dengan pelajar-pelajar berkaitan

dengan semua matapelajaran.

Robiah Sidin (2002) menghuraikan guru memainkan peranan utama

menegakkan status dan imej mereka sebagai golongan profesional. Oleh itu,

tanggungjawab guru dan budaya kerja di sekolah harus menunjukkan ciri-ciri yang

profesional. Antara yang terpenting ialah:

i) Guru di sekolah adalah sebagai pembimbing, ’mentor’ atau ketua kepada

guru-guru yang baru memulakan tugas.

ii) Guru adalah pakar dalam bidang pengajaran (pedagogi), ilmu yang diajar,

perkembangan kanak-kanak, komunikasi dengan pelajar dan lain-lain.

Page 20: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH IJAZAH SARJANA MUDA … · Doa, jasa dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku Terima kasih ayah dan ibu ... berkait rapat dengan keupayaan

3

iii) Guru dapat mewujudkan hubungan secara ’lateral’ atau ’collegial’ iaitu

hubungan sesama rakan antara pegawai dengan guru lebih kondusif untuk

pembaharuan dan perubahan dalam profesion perguruan.

Oleh yang demikian, guru perlu memperlengkapkan diri mereka dengan

kemahiran serta pengetahuan yang terkini dalam mencorakkan pelajar dengan

matapelajaran yang akan diajar. Jadi guru harus mengetahui tahap kesediaan mereka

dalam setiap matapelajaran yang akan diajar kepada pelajar dari segi kemahiran

mengajar, kemahiran pengetahuan bidang serta kemahiran sikap seseorang guru.

Kesediaan merupakan suatu tahap yang mesti dicapai oleh seseorang guru

untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan atau tugas yang berkesan. Keadaan ini

bergantung kepada kematangan dan pengalaman. Kesediaan juga merupakan satu

kaedah atau situasi yang wujud untuk memungkinkan peluang menjalankan sesuatu

aktiviti atau gerak kerja dengan baik (Thorndike, 1932).

Dengan ini, kejayaan dalam mencapai matlamat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dapat dicapai sekiranya golongan guru sedar dan bersedia untuk

mengajar matapelajaran yang akan diajar.

1.2 Latarbelakang Masalah

Guru yang profesional adalah guru yang mengetahui tahap kesediaan mereka

untuk mengajar matapelajaran yang akan diajar kepada pelajar. Bakal guru

terutamanya guru pelatih perlu memperlengkapkan diri mereka dengan kemahiran

Page 21: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH IJAZAH SARJANA MUDA … · Doa, jasa dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku Terima kasih ayah dan ibu ... berkait rapat dengan keupayaan

4

serta ilmu pengetahuan yang terkini dalam mendidik pelajar. Guru yang profesional

hendaklah sentiasa menambahkan pengetahuannya melalui pembacaan supaya dapat

menunjukkan kecekapan mengajar dan mempertahankan kualiti pengajaran.

Ciri-ciri seorang guru yang berkesan perlu bersikap profesional,

mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori, bertindak di atas landasan etika dan tatasusila

kerja, sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran, melengkapkan diri

dengan kemahiran yang sejajar dengan masa kini dan menampilkan watak terpuji,

berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa

(Hamzah Mohamed, 1999).

Bagi seorang guru matapelajaran Kemahiran Hidup terutamanya guru pelatih,

mereka perlu sentiasa bersedia terutamanya dari aspek pengurusan bengkel,

kemahiran menggunakan alatan tangan dan mesin. Ini adalah amat penting kerana

matapelajaran Kemahiran Hidup merupakan satu cabang pendidikan teknik dan

kejuruteraan yang mana mementingkan kerja-kerja amali yang merangkumi bidang

kemahiran teknologi pada peringkat asas.

Guru yang berkesan adalah guru yang serba mahir dalam pelbagai kaedah

teknik pengajaran sesuai untuk pembelajaran (Syarifah Alwiyah, 1983). Oleh itu,

guru yang profesional memerlukan ilmu kemahiran yang mendalam dalam

menyampaikan isi pelajarannya.

Oleh yang demikian, tahap kesediaan bagi seseorang guru pelatih untuk

mengajar matapelajaran yang diajar amat penting. Setiap guru pelatih perlu bersedia

dari aspek pengajaran, pengetahuan bidang serta sikap sebagai seorang guru.

Page 22: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH IJAZAH SARJANA MUDA … · Doa, jasa dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku Terima kasih ayah dan ibu ... berkait rapat dengan keupayaan

5

1.3 Pernyataan Masalah

Persediaan guru untuk mengajar sesuatu matapelajaran adalah amat penting

kerana ia mempunyai kesan terhadap pencapaian peperiksaan pelajar. Sekiranya guru

yang mengajar dengan persediaan yang baik maka prestasi pencapaian juga baik

tetapi sekiranya guru mengajar dengan kurang kesediaan maka keputusan yang

dihasilkan adalah sebaliknya.

Sebagai seorang guru yang cemerlang perlu mempunyai kebolehan dari segi

menguasai pengetahuan teori mengenai pembelajaran dan tingkahlaku manusia,

menunjukkan sikap yang dapat menggalakkan pembelajaran selain daripada isi

kandungan matapelajaran serta menguasai pengetahuan yang lengkap dalam

matapelajaran yang diajar (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1984). Adakah guru pelatih

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup telah

mempersiapkan diri mereka dengan kesediaan dari aspek pengajaran, pengetahuan

bidang serta sikap?

Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan guru pelatih

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup untuk mengajar

subjek Kemahiran Hidup di sekolah menengah. Tahap kesediaan dalam kajian ini

dikaji melalui tiga aspek iaitu aspek pengajaran, pengetahuan bidang dan sikap guru

pelatih. Hasil kajian ini untuk menjawab persoalan ”adakah guru-guru mempunyai

tahap kesediaan diri yang tinggi dari segi kebolehan dan penguasaan dalam

matapelajaran Kemahiran Hidup untuk mengajar di sekolah menengah? ”.

Page 23: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH IJAZAH SARJANA MUDA … · Doa, jasa dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku Terima kasih ayah dan ibu ... berkait rapat dengan keupayaan

6

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kesediaan guru-guru pelatih

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup untuk mengajar

subjek Kemahiran Hidup di sekolah menengah dengan melihat kepada tiga aspek

utama iaitu :

1.4.1 Mengenalpasti tahap kesediaan pengajaran guru-guru pelatih bidang

Kemahiran Hidup SPH dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu.

1.4.2 Mengenalpasti tahap kesediaan pengetahuan bidang guru-guru pelatih bidang

Kemahiran Hidup SPH dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu

1.4.3 Mengenalpasti tahap kesediaan sikap guru-guru pelatih bidang Kemahiran

Hidup SPH dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang ingin dikaji oleh pengkaji ialah :

1.5.1 Apakah tahap kesediaan pengajaran guru-guru pelatih bidang Kemahiran

Hidup SPH dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu ?

Page 24: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH IJAZAH SARJANA MUDA … · Doa, jasa dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku Terima kasih ayah dan ibu ... berkait rapat dengan keupayaan

7

1.5.2 Apakah tahap kesediaan pengetahuan bidang guru-guru pelatih bidang

Kemahiran Hidup SPH dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu ?

1.5.3 Apakah tahap kesediaan sikap guru-guru pelatih bidang Kemahiran Hidup

SPH dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu ?