hw anis

Click here to load reader

Post on 18-May-2015

6.369 views

Category:

Travel

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1. TEMA 11Usaha dan Cara Memajukan Industri Pelancongan * mengedarkan risalah tentang keistimewaan-keistimewaan yang terdapat di Malaysia,misalnya tentang tempat-tempat pelancongan yang menarik, tempat-tempat yang bersejarah,pelbagai kebudayaan kaum, makanan masyarakat setempat, dan sebagainya. * memperbanyak usaha-usaha promosi, kempen, dan pameran di dalam serta di luar negara. * memperbanyak dan mempermoden kemudahan penginapan, rekreasi , perhubungan,pengangkutan, pusat beli-belah, pusat hiburan dan sebagainya. * meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan rakyat agar senantiasa bersopan santun,menjaga kebersihan alam sekitar, dan bersedia menerima kunjungan pelancong. * menawarkan pakeh pelancongan yang berpatutan agar pelancong, khususnya pelancongluar mudah tertarik dan tidak menghadapi masalah untuk berkunjung ke negara kita.Kesan daripada Industri Pelancongan kepada Negara-Kesan Positif * dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pengaliran masuk wang asing ke negarakita * dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada penduduk tempatan-mengurangkan pengangguran * dapat meningkatkan permintaan terhadap barangan setempat seperti hasil-hasilkraftangan, seramik, dan sebagainya. * dapat meningkatkan pendapatan penduduk setempat * dapat menyemaikan perasaan akan negara dalam kalangan rakyat * dapapt memperkenalkan Malaysia kepada pelancong luar, misalnya pelancong darinegara Eropah dan Amerika yang selama ini tidak mengenali Malaysia serta meningkatkanimej negara di mata dunia-Kesan Negatif * mencemarkan kebudayaan masyarakat tempatan- pelancong menyebarkan budaya kuningyang mudah mempengaruhi golongan remaja * penduduk tempatan mengalami beban sebagai akibat kenaikan harga barang-contohnya: penduduk di Johor Bahru terpaksa membeli barang dengan harga yang mahalkerana pelancong dari Singapura berupaya membeli barang yang sama dengan harga yanglebih mahal * menular penyakit AIDS- penghidap penyakit ini meningkat di Malaysia selepas tahun1990 * beban perbelanjaan kerajaan meningkat- berikutan ancaman dadah dan AIDS, kerajaanterpaksa menyediakan peruntukan yang lebih banyak bagi menyediakan tempat pemulihandan menampung kos hidup penagih dan pesakit * membazirkan wang- untuk menarik pelancong, wang yang banyak diperlukan bagi tujuanpromosi, pengindahan bangunan atau tempat-tempat tertentu, dan sebagainya * masyarakat Malaysia seolah-olah ditonjolkan sebagai masyarakat yang suka berpesta danberhibur- dapat dilihat pada malam pelancaran Tahun Melawat Malaysia

2. Perkembangan Industri Pelancongan* kemudahan infrastruktur ditambah- misalna lapangan terbang dan kedai bebas cukai-tempat penginapan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan disediakan* kerajaan-kerajaan negeri turut memainkan peranan dalam usaha menarik pelancong -contohnya: kerajaan Negeri Sembilan memajukan Port Dickson sebagai tempatperkelahan yang bertaraf antarabangsa; kerajaan Melaka memperkenalkan Melaka sebagaitempat yang ebrsejarah kepada pelancong 3. TEMA-11Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semulajadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu, negara kita mampu menjadikanindustri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara jika alam semula jadi itudieksploitasi sepenuhnya. Berdasarkan jumlah pelancong yang semakin bertambah ke negarakita sejak kebelakangan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai dayatarikannya yang tersendiri. Keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi asetpenting dalam usaha negara menarik kedatangan pelancong. Menteri Kebudayaan, Keseniandan Pelancongan, menyarankan agar tugas menarik kedatangan pelancong harus menjaditanggungjawab semua pihak dan tidak terletak di bahu kerajaan sahaja. Saya berpendapatbahawa masih banyak usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan lebih ramaipelancong mengunjungi Malaysia dan tinggal di negara ini. Antara faktor utama pelancong datang di sesebuah negara ialah adanya kemudahanprasarana seperti pengangkutan dan perhubungan. Hal ini kerana pelancong yang berkunjungke sesebuah negara inginkan keselesaan dan mencari ketenangan. Oleh itu, kerajaan wajarmemperlengkap kemudahan pengangkutan dan komunikasi yang ada khususnya untukmemudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan dituju. Misalniya, ramai pelancongyang datang ke negara kita adalah untuk menikmati keindahan pulau dan pantai. Oleh itu,kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari tanah besar ke beberapabuah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk memudahkan orang ramai menikmatikeindahan alam semula jadi. Tugas menyediakan kemudahan ini akan lebih berkesansekiranya kerajaan sentiasa mengawasi syarikat yang ditugaskan untuk menyediakanperkhidmatan pengangkutan tersebut.Kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, dan sebagainya turut menjadifaktor penting dalam menarik ramai pelancong mengunjungi negara kita. Kemudahanpenginapan penting kerana ini akan menentukan sarna ada seseorang pelancong itu akantinggal lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan selesa dan lengkap, ini akan mendorongseseorang pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini, sekali gus membolehkan negaramemperoleh lebih banyak mata wang asing. Pembinaan hotel dan rumah penginapan yangtumbuh seperti cendawan di bandar atau desa di seluruh negara membuktikan kesungguhannegara dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke negara ini. Penyediaan kemudahanpenginapan harus juga mengambil kirakadar sewa dan taraf sesebuah hotel yang dibina itu.Kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajarmenyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini,khususnya di tempat- tempat baru yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan yangmenguntungkan. Hal ini dapat dilakukan, sarna ada menerusi media cetak seperti pamflet,buku, poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio dan televisyen. Selainitu, dengan mewujudkan halaman pelancongan dalam nternet juga merupakan cara terbaikuntuk memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi olehpelancong aging. Usaha LPPM mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita padadinding 60 buah bas di kota London pada tahun lalu menandakan usaha serius pihak terbabitdalam nenarik lebih ramai pelancong datang ke negara ini. Jika maklumat yang lengkapsampai ke pengetahuan )elancong, mereka tentunya akan datang melawat negara kita padasuatu hari kelak. 4. Kepelbagaian kebudayaan dan adat regaIn penduduk tempatan juga dapat menarikramai pelancong iatang ke negara ini. Malaysia yang memang kaya dengan pelbagai jeniskebudayaan seperti tarian Melayu, India, Cina, dan suku kaum di Sabah serta Sarawak mampumenghiburkan pelancong, khususnya kepada pelancong yang gemar kepada sesuatu yangbaru. Kebanyakan pelancong memang gemar melihat kehidupan masyarakat di sesuatutempat. Rumah Budaya di Kuching, Sarawak menempatkan pelbagai jenis rumah dankebudayaan suku kaum di negeri berkenaan dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong yangberkunjung ke sana. Kementerian terbabit harus menjadikan pelbagai budaya yang unik dinegara kita sebagai daya tarikan utama dalam membangunkan industri pelancongan denganrnemperkemas persembahan yang sedia ada. Mengadakan promosi di luar negara juga merupakan langkah yang wajar dilakukanoleh LPPM dalam usaha menarik lebih ramai pelancong mengunjungi negara ini. Pelbagaiaktiviti seperti rnengadakan Minggu Malaysia di beberapa buah negara di seluruh dunia danacara pertukaran delegasi kebudayaan dengan negara tertentu adalah antara usaha berkesanmemperkenalkan Malaysia kepada pelancong asing. Tindakan Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan membuka pusat penerangan di beberapa buah negaramembuktikan bahawa usaha yang berterusan telah dilakukan dalam rnenarik pelancong.Buktinya, program seperti Tahun Melawat Malaysia (TMM) ternyata berjaya menarik ramaipelancong datang ke negara ini, sekali gus memberi keuntungan besar melalui tukaran matawang asing. Promosi pula perlu dipertingkat bagi menarik kehadiran pelancong walaupunterpaksa rnembelanjakan wang yang besar, namun pulangannya juga lumayan.Berdasarkan penerangan di atas, jelas bahawa pelbagai cara boleh dilakukan dalamusaha menarik pelancong datang ke negara ini. Oleh itu, pihak terbabit harus memikirkankaedah lain yang lebih berkesan, mudah, dan tidak memerlukan perbelanjaan yang besarsejajar dengan keadaan ekonomi negara yang meruncing dewasa ini. Harapan saya,tanggungjawab untuk mempromosi keunikan dan keindahan alam semula jadi negara kitakepada pelancong harus dikongsi bersama kerana rakyat juga akan mendapat manfaatnya.Industri pelancongan di negara ini akan terus berkembang dan menjadi penyumbang utamakepada pendapatan negara jika diusahakan secara lebih profesional. 5. TEMA-10Pengenalan Gayong..KERIS KU HUNUS, TANGAN KU JULANG..Seni silat adalah sejenis ilmu bela diri yang diakui umum sebagai hak asli kepunyaan bangsaMelayu. Berdasarkan bukti penemuan tinggalan sejarah yang terdapat di Candi Borobudurdan Candi Prambanan di Jawa, dapatlah disimpulkan bahawa sudah wujud sistem bela diri dikawasan kepulauan Melayu pada abad ke-8 Masihi.Bermula dari kepulauan Riau, sistem bela diri ini dikatakan merebak ke Minangkabau,Sumatera. Di Sumatera, sistem bela diri ini diperhalusi lagi dan dikenal sebagai Pencak Silat.Ilmu silat ini pernah digunakan oleh kerajaan Srivijaya(abad ke-7 hingga abad ke-14) untukmemperluaskan empayarnya. Pada zaman kekuasaan Majapahit(abad ke-13 hingga abadke-16), ilmu silat dikatakan telah mencapai kemuncak kesempurnaannya apabila penggunaansenjata disertakan.Dari Minangkabau, silat diperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu melalui Melaka.Dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka, hanya golongan yang rapat dengan istana sahajadiberikan peluang untuk mempelajari silat. Seni silat ini akhirnya sampai ke pengetahuanrakyat jelata dan seterusnya menjadi suatu kesenian desa. Laksamana Hang Tuah (BapaP