anis disember 2009

Download Anis Disember 2009

Post on 11-Mar-2016

226 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Preview Anis Disember 2009

TRANSCRIPT

  • pedoman wanita solehah

    Asni Abu Mansor Al-Hafi zah

    Dari Kelas Al-Quran ke Medan Dakwah

    DISEMBER 2009 ZULHIJJAH 1430H / MUHARRAM 1431H AUTHORISED PERSON IN SINGAPORE: Worldwide Subscriptions & Distributions Services, A.M. Shaikk (Marketing Manager) 51 Kampong Bugis #06-06, Singapore-Johore Fty Building, Singapore 338986 Tel: (65) 62920320 Fax: (65) 62920905 Mobile: (65) 97699884, 012-2128554 Email: wsds@pacific.net.sg

    TOMATOTOMATOBaik Untuk

    Kuruskan Badan?

    PENJARA BENTONG PENJARA BENTONG menanti NGONGO Islam? Islam?

    KAHWINBior Pape Asal Bergaye

    Hidup KayaHidup Kayadengandengan ZAKATZAKAT

    Salam Maal Hijrah 1431HHijrah 1431H

    www.galeriilmu.com.my

    Menu Ringkas DariDari Keju Keju

    HalalHalal

    Istimewa+16mukasurat tambahan

  • Doa Akhir TahunDoa ini dibaca pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib sebanyak tiga kali. Apabila doa ini dibaca, syaitan akan mengeluh dengan berkata, Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar saja.

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji dan pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarganya dan para sahabatnya. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan pada sepanjang tahun ini, dari apa yang Engkau tegah kami daripada melakukannya, mana-mana yang tidak sempat kami bertaubat daripadanya, dan Engkau tidak meredhainya, dan Engkau tidak melupainya, malah Engkau berlemah-lembut pula di atas kami walaupun Engkau berkuasa menyeksa kami, bahkan Engkau memberi peluang pula kepada kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada-Mu, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu, maka ampunilah kami dan segala perbuatan kami, dari apa yang Engkau redhai dan Engkau telah menjanjikan kami dengan ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon daripada-Mu, wahai Tuhan yang mempunyai segala kebesaran dan kemuliaan, semoga Engkau menerima amalan kami dan Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Tuhan yang Maha Mulia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan dunia dan kebaikan akhirat, dan peliharalah kami daripada azab seksa api neraka. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan para sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

    Doa Awal TahunApabila masuk waktu Maghrib, bermulalah tahun baru (1 Muharam). Ketika ini, doa awal tahun pula dibaca sebanyak tiga kali. Setelah membacanya, syaitan akan berkata, Amanlah dirinya, kerana dia dijaga oleh dua malaikat yang menjaganya dari syaitan dan pengikut-pengikutnya.

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan para sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal, qadim dan azali dan dengan segala kemurahan Engkau yang melimpah, kami memohon dengan kedatangan tahun baru ini, Engkau peliharalah kami daripada syaitan yang direjam, para pembantu dan tenteranya, dan kami memohon pertolongan-Mu dalam melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang mengubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan-Mu, wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan akhirat dan peliharalah kami dari azab seksa api neraka. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan para sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

    2 :: anis :: D I S E M B E R 2 0 0 9

  • CATATAN EDITOR

    daripada orang bandar, apa jadi apabila orang bandar kata tidak punya duit? Tentu ada syak wasangka yang tidak selesa.

    Jadi, jaga hubungan hati dan penampilan diri. Bukan emas melilit jadi penambat utama sayang, sebaliknya keramahan dan kesungguhan kita dalam membantu keluarga membuat kerja-kerja gotong-royong itu menjadi hiburan buat mereka. Sebaiknya, sesekali usahakan kita menjadi antara keluarga yang awal balik ke kampung membantu majlis kenduri-kendara. Anak-anak adalah mata-mata yang akan menilai keperibadian kita.

    Ringankan tangan berkhidmat dan rajin berjariah, usah terlalu berkira dalam mengeluarkan belanja bersama keluarga yang sesekali berkenduri. Apabila kita tidak berkira, insya-Allah, Allah SWT juga tidak akan berkira-kira melimpahkan rezeki kepada kita. Orang yang kita bantu akan mendoakan kita. Rahmat dan keberkatan dapat dirasai bukan semestinya dari pulangan wang tapi jauh lebih tersirat seperti ketenangan hati, dikurniakan anak-anak yang taat, rakan-taulan yang baik dan diredhai ibu dan ayah. Hal inilah yang disarankan dalam tuntutan berzakat melalui ruangan Fokus Utama bulan ini. Turut disokong hasil pengalaman Ustazah Asni Abu Mansor Al-Hafizah, penghias kulit luar yang banyak menceritakan pengalaman keutamaan berjariah, berbakti dengan ibu bapa dan keluarga menjernihkan sumber keberkatan kehidupan berumah tangga.

    Salam Maal Hijrah 1431 Hijrah.

    2009 bakal melabuhkan tirai. Cuti panjang persekolahan anak-anak disambut dengan gembira. Maka musim majlis kahwin juga meriah di sana-sini lebih-lebih lagi di rumah sanak-saudara di kampung. Pastinya ramai yang mengambil peluang untuk bercuti panjang bersama keluarga. Terbayang kemeriahan ahli keluarga jauh dan dekat bersua muka. Lebih-lebih lagi yang baru buat pertama kali menjalin silaturahim. Sebab itulah dalam Islam kita dituntut menghadiri majlis jemputan kahwin kerana silaturahim keluarga yang jauh dan dekat, yang lama dan baru dapat disatukan.

    Apabila membuat persiapan menghadiri majlis-majlis besar seumpama ini di kampung, sebagai menjaga adab kekeluargaan adalah digalakkan kita sekeluarga balik kampung berala kadar dalam penampilan diri. Barang kemas jangan sampai sarat dipakai, pakaian pula jangan yang terlalu mahal sehingga membataskan pergerakan untuk lasak bekerja.

    Jaga hati ibu, ayah dan sanak-saudara yang tinggal di kampung. Masa sanak-saudara itu lebih banyak bersama ibu bapa kita, susah-senang orang tua kita, mereka lebih dahulu mengetahuinya.

    Kebiasaannya, apabila emas penuh melilit diri kita akan dicap banyak duit. Walaupun kekadang yang dipakai itu sekadar emas celup. Apa yang penting ada gaya.. Tidak mustahil sesekali ahli keluarga di kampung tersedik hati hendak meminjam duit

    anis :: D I S E M B E R 2 0 0 9 :: 3

    Hjh. Jalilah Abdullah

    Seni-seni Dalam Berjariah

  • Rona hijau damai membaur rasa terkesima

    ibarat sebuah desa santun pelbagai wajahnya

    ini harga nikmat kurnia Ilahi

    bukti Dia yang mencipta kita di sini

    dalam bersuku bangsa

    tetap ada manfaat hasil ciptaan-Nya

    akur dalam jalur takdir-Nya

    tegak berdiri penuh megah

    namun taat menurut perintah.

    Tatkala bayu berpuput lembut

    yang tegak pun terus meliang-liuk

    tanpa memandang rendah buat si renek di bawah

    menjalin guna buat manfaat manusia

    sewaktu berfotosintesis udara segarnya dihambur

    nikmat makhluk yang pasti tak dilupa.

    Hijau rona kelembutan

    dalam nyaman menyala khidmat

    inilah hakikat yang harus dilihat

    SketsaSketsaTaman AlamTaman Alam

    LENSA RASALENSA RASAOLEH: ALIYAH SIJARIOLEH: ALIYAH SIJARIFOTO: ANIS SUHAILI ROSSENANFOTO: ANIS SUHAILI ROSSENAN

    12 :: anis :: D I S E M B E R 2 0 0 9

  • dalam tujuh rona mendasar alam

    andai sirna hijau nan satu

    pasti pincang segarnya maya.

    Begitulah tamsilan alam

    bukti nyata ciptaan Tuhan

    beradun dalam rona

    seperti silih berganti malam serta siangnya

    sampai waktu dan ketika

    yang muda menjadi tua

    putik nan kecil mekar kelopak

    inilah bukti jalan kita mengikut paksi

    ketentuan kudrat Ilahi.

    Andai sudah jauh layar menebar leka

    pulanglah ke jalan asalmu

    kerana kau adalah ciptaan-Nya

    sampai ketika pusingan silih berganti

    usah tertipu silauan dunia

    kerana yang kekal adalah kampung-Nya!

    anis :: D I S E M B E R 2 0 0 9 :: 13

  • 52 :: anis :: D I S E M B E R 2 0 0 9

    RENCANA KULIT

    Sesi fotografi kali ini terasa begitu berlainan. Mana tidaknya, lantunan suara Ustazah Asni Abu Mansor Al-Hafizah, 34 tahun mengalun doa membuatkan kami yang berada di situ seakan berada di depan kaca TV. Seakan terbayang Ustazah Asni sedang tekun menyemak bacaan suci al-Quran dalam rancangan Kalamullah, pada musim Ramadan lalu.

    Sayang, Ustazah tak bawa kompanglah. Kalau tak lagi rancak... guraunya lagi yang tiba di lokasi penggambaran pagi itu bersama suami tercinta iaitu Ustaz Mohd Nasir Rustam Al-Hafiz, 36 tahun.

    Berkongsi perkembangan terkini, menurut Ustazah Asni, rancangan Kalamullah yang mengisi slot Renda Ramadan lalu telah memberi impak begitu mengesankan terutama pada dirinya. Ke mana Ustazah Asni pergi, dia pasti dikenali dan dikerumuni peminatnya.

    00 999999

    OLEH: NORHASHIMAH ABD RAHMAN PENYELARAS FOTOGRAFI: HAJAH JALILAH ABDULLAH FOTOGRAFI: ANIS SUHAILI ROSSENAN SOLEKAN: AWIN TEL: 013-7702739 TUDUNG & PAKAIAN: BUTIK ZAL JANNAH, 30-G, BLOK C, BISTARI DE KOTA, JALAN TEKNOLOGI 3/9, PJU 5, KOTA DAMANSARA, 47810 PETALING JAYA, SELANGOR TEL: 03-61485799 FAKS: 03-61406809 www.pearlislam.com BROOCH: JOI COLLECTION TEL: 017-8811267

    Mewujudkan rangsangan yang hebat bagi mengubah persepsi masyarakat untuk mendekati al-Quran.

    Ustazah Asni Abu Mansor Al-Hafizah

    Dari Kelas Dari Kelas al-Quranal-Quran keke Medan Medan DakwahDakwah

  • MUTIARA TERPENDAM

    OLEH: USTAZ AHMAD LUTFI BIN ABDUL WAHAB AL LINGGIPENASIHAT AKADEMI TAHFIZ DARUL HUFFAZ, KOTA DAMANSARA, SELANGOR.

    ada kasih sayang ALLAH

    Di sebalik

    64 :: anis :: D I S E M B E R