rm t2 bola baling anis

7
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BOLA BALING HANTARAN LANTUN TARIKH : 21.11.2013 BIL. PELAJARAN : 1 TINGKATAN : 2A HARI : Khamis MINGGU : 10 BIL.PELAJAR : 24 orang MASA : 7.30 pagi – 8.10 pagi (40 minit) JANTINA : Perempuan TUNJANG PEMBELAJARAN : Kemahiran BIDANG PEMBELAJARAN : Permainan Bola Baling UNIT/FOKUS PEMBELAJARAN : Kemahiran Hantaran Lantun PENGETAHUAN SEDIA ADA PELAJAR : Pelajar pernah bermain secara tidak formal dengan kawan-kawan di masa lapang. OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat : a) PSIKOMOTOR : Pelajar dapat melakukan sekurang-kurangnya 5 percubaan hantaran lantun dalam permainan bola baling dengan gaya dan teknik yang betul. b) KOGNITIF : Pelajar dapat menyatakan secara lisan teknik-teknik lakuan hantaran lantun dalam permainan bola baling dengan betul dan tepat. c) AFEKTIF : Pelajar menunjukkan semangat kerjasama sepanjang menjalani aktiviti pelajaran.

Upload: mave-ex

Post on 24-Sep-2015

259 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

contoh RPH PJ

TRANSCRIPT

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BOLA BALING HANTARAN LANTUN

TARIKH : 21.11.2013BIL. PELAJARAN : 1TINGKATAN : 2AHARI : KhamisMINGGU : 10BIL.PELAJAR : 24 orangMASA : 7.30 pagi 8.10 pagi (40 minit)JANTINA : Perempuan

TUNJANG PEMBELAJARAN: KemahiranBIDANG PEMBELAJARAN: Permainan Bola BalingUNIT/FOKUS PEMBELAJARAN: Kemahiran Hantaran LantunPENGETAHUAN SEDIA ADA PELAJAR: Pelajar pernah bermain secara tidak formal dengan kawan-kawan di masa lapang.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN: Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat :a) PSIKOMOTOR : Pelajar dapat melakukan sekurang-kurangnya 5 percubaan hantaran lantun dalam permainan bola baling dengan gaya dan teknik yang betul.b) KOGNITIF : Pelajar dapat menyatakan secara lisan teknik-teknik lakuan hantaran lantun dalam permainan bola baling dengan betul dan tepat.c) AFEKTIF : Pelajar menunjukkan semangat kerjasama sepanjang menjalani aktiviti pelajaran.

STRATEGI MENGAJAR : Stail PerintahKBKK/NILAI/KEMAHIRAN PROSES SAINS : Menganalisis perlakuan hantaran lantun dengan mengaitkan otot-otot yang terlibat semasa melakukan aktiviti. PERSEDIAAN PELAJAR : Buku catatan, alat tulis, gambar-gambar pemain dalam aksi kemahiran hantaran lantun.PERSEDIAAN GURU : Carta gambar dan maklumat teknik kemahiran hantaran lantun, bola baling (15 biji), kon (4 biji) dan bola tampar (4 biji).

FASA/MASAAKTIVITIMAKLUMAT PENGAJARAN & PEMBELAJARANORGANISASICATATAN

PERMULAAN(10 minit)

i)Pengenalan

ii)Memanaskan badan

Penerangan dan demonstrasi

1- Mengacah kawan.

a) Guru mempamerkan carta gambar dan maklumat teknik kemahiran hantaran lantun.

b)Guru menunjukkan cara teknik asas kemahiran hantaran lantun.

1- Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan.2 - 1 Biji bola baling digunakan untuk membuat balingan.3- Pelajar bermain di dalam kawasan petak yang telah ditandakan dengan kon.4- Pelajar akan membuat balingan bola kepada rakan yang sama kumpulan. Manakala kumpulan yang lagi satu akan mengacah dan cuba mendapatkan bola dari pihak lawan. 5- Jika bola terkeluar dari kawasan yang telah ditetapkan, pihak lawan akan memulakan semula permainan tersebut.6- Permainan dimainkan selama 5 minit.

G

G : Guru : Pelajar

FASA/MASAAKTIVITIMAKLUMAT PENGAJARAN & PEMBELAJARANORGANISASICATATAN

PERKEMBANGAN(23 minit)

Kemuncak

PENUTUP(7 minit)

Menyejukkan badan

Ansur maju 1

Melakukanhantaran lantun secara berpasangan

Ansur maju 2

Permainan bersyarat(Bola beracun)

1-Berlari anak

2-Putaran pada sendi anggota badan

3-Refleksi

a-Semua pelajar berdiri secara melintang dengan pasangan masing-masing.

b-Teknik kemahiran hantaran lantun:

Peringkat Persediaan: -Kedudukan badan berada dalam keadaan sedia.-Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan pada aras dada.-Kedudukan siku yang memegang bola dibengkokkan dengan kedudukan lengan condong sedikit ke sisi.-Mata sentiasa memandang arah sasaran bola.

Peringkat perlakuan:-Pemain melantunkan bola dengan melangkah kaki menggunakan kaki yang berlawanan dengan tangan yang membaling bola.

Peringkat ikut lajak:-Lengan ikut lajak ke arah sasaran

c-Lakukan aktiviti sebanyak 10 ulangan dengan pasangan masing-masing.

1- Bahagikan pelajar kepada 4 kumpulan kecil.2- Berdiri dalam formasi bintang dengan enam pelajar.3- Dua biji bola digunakan.4- Hantaran lantun dibuat kepada selang seorang pelajar sama ada di kiri atau kanan pemain.

a-4 biji bola tampar digunakan.b-Bahagikan pelajar kepada 2 kumpulan.c-Hanya hantaran lantun digunakan untuk mematikan pihak lawan.d-Prosedur :1)Kawasan bermain ditandakan dengan dua garisan sempadan.2)Kumpulan akan membuat hantaran lantun ke arah pihak lawan untuk cuba mematikan pihak lawan. (1 persatu)3)Pihak lawan akan menangkap bola.4)Bola yang tidak dapat disambut atau terkena pihak lawan dikira seorang pemain akan keluar.5)Kumpulan yang kematian pemain yang paling ramai dikira kalah dalam permainan ini.

a-Lari perlahan-lahan dalam kawasan sambil goyangkan tangan.

b-Lakukan putaran pada sendi anggota badan (ikut kreativiti sendiri) guna alatan atau tanpa alatan.

c-Guru bertanyakan kepada pelajar tentang teknik-teknik lakuan hantaran lantun kepada pelajar secara lisan.

d-Seorang pelajar dipilih untuk menyatakan secara lisan teknik-teknik lakuan hantaran lantun. Selepas itu, pelajar-pelajar yang lain akan diminta untuk menyatakan teknik-teknik lakuan tersebut secara lisan bersama-sama. A B

G

Guru memantau sikap kerjasama dan toleransi pelajar terhadap rakan.

Objektif psikomotor tercapai.

Guru akan berhentikan aktiviti dan tegur pelajar sekiranya melakukan kesalahan teknik hantaran lantun.

Objektif afektif tercapai.

Objektif kognitif tercapai

PENILAIAN KENDIRI:____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PENILAIAN PENYELIA:-____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________