borang pengesahan status tesis...iii dedikasi buat anakanda yang dirindui selalu, anis farhan...

23
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya SALIHIN BIN AMAT mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : Tarikh: Tarikh: __ CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). PSZ 19:16(Pind. 1/97) KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ 16 DAN 17 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR. (HURUF BESAR) DR. HAMDAN BIN SAID (NAMA PENYELIA) NO 2A, PARIT SATU TIMUR JALAN BARU SG.PANJANG 45300 SG.BESAR, SELANGOR.

Upload: others

Post on 05-Mar-2020

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...iii DEDIKASI Buat Anakanda Yang Dirindui Selalu, ANIS FARHAN BT.SALIHIN ANIS RASHDA BT. SALIHIN ANAS ARIFFIN B. SALIHIN ANIS SOFIA HUDA BT. SALIHIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL :

Saya

mengaku membeUniversiti Teknol

1. Tesis adalah2. Perpustakaan

pengajian sah3. Perpustakaan

pengajian tin

4. ** Sila tanda

SU

T

T

(TANDA

Alamat Tetap :

Tarikh:

CATATAN * Poton** Jenis

berkeSULI

Tesisatau dMuda

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

NO 2A, PARITJALAN BARU S45300 SG.BESA

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPANDI KOLEJ 16 DAN 17 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,SKUDAI, JOHOR.

SALIHIN BIN AMAT

narkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaanogi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

ajadibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

ggi.

kan ( )

LIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatanatau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972).

ERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorganisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

IDAK TERHAD

Disahkan oleh

TANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Tarikh: __

g yang tidak berkenaantesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

naan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagaiT atau TERHAD.dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikanisertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana(PSM).

(HURUF BESAR)

DR. HAMDAN BIN SAID(NAMA PENYELIA)

SATU TIMURG.PANJANG

R, SELANGOR.

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...iii DEDIKASI Buat Anakanda Yang Dirindui Selalu, ANIS FARHAN BT.SALIHIN ANIS RASHDA BT. SALIHIN ANAS ARIFFIN B. SALIHIN ANIS SOFIA HUDA BT. SALIHIN

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”

Tandatangan : ……………………………

Nama Penyelia : Dr.Hamdan Bin Said

Tarikh : ……………………………

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...iii DEDIKASI Buat Anakanda Yang Dirindui Selalu, ANIS FARHAN BT.SALIHIN ANIS RASHDA BT. SALIHIN ANAS ARIFFIN B. SALIHIN ANIS SOFIA HUDA BT. SALIHIN

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN

DI KOLEJ 16 DAN 17, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI,

JOHOR

SALIHIN BIN AMAT

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2008

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...iii DEDIKASI Buat Anakanda Yang Dirindui Selalu, ANIS FARHAN BT.SALIHIN ANIS RASHDA BT. SALIHIN ANAS ARIFFIN B. SALIHIN ANIS SOFIA HUDA BT. SALIHIN

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : …………………………………………

Nama Penulis : Salihin Bin Amat

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...iii DEDIKASI Buat Anakanda Yang Dirindui Selalu, ANIS FARHAN BT.SALIHIN ANIS RASHDA BT. SALIHIN ANAS ARIFFIN B. SALIHIN ANIS SOFIA HUDA BT. SALIHIN

iii

DEDIKASI

Buat Anakanda Yang Dirindui Selalu,

ANIS FARHAN BT.SALIHINANIS RASHDA BT. SALIHINANAS ARIFFIN B. SALIHIN

ANIS SOFIA HUDA BT. SALIHINSemoga kejayaan abah hari ini menjadi contoh & dorongan untuk kalian..Sesungguhnya kalian harta yang paling bernilai dan berharga pada abah

Buat Ayahanda Dan Bonda Tercinta

AMAT BIN NAIMPAINAM BT. PIAN

Terimalah kejayaan anakmu ini...Terima kasih atas segala didikan dan kasih sayang yang dicurahkan selama ini.

Tidak Lupa Juga Kepada Rakan Seperjuangan :Semoga Persahabatan Kita Berkekalan Hendaknya. Terima kasih atas segalanya

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...iii DEDIKASI Buat Anakanda Yang Dirindui Selalu, ANIS FARHAN BT.SALIHIN ANIS RASHDA BT. SALIHIN ANAS ARIFFIN B. SALIHIN ANIS SOFIA HUDA BT. SALIHIN

iv

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim

Syukur ke hadrat Allah swt di atas limpah dan kurniaNya dapat saya

menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing, Dr Hamdan

bin Said di atas nasihat dan bimbingan ketika proses pembangunan perisian ini

dijalankan. Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat sama

ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian

penyelidikan ini.

Akhir sekali penghargaan terima kasih juga tidak terhingga kepada ayah, ibu,

anak – anak, pensyarah – pensyarah yang mengajar kumpulan 4 SPH serta rakan –

rakan di atas nasihat, sokongan dan bantuan yang diberikan.

Sekian, terima kasih.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...iii DEDIKASI Buat Anakanda Yang Dirindui Selalu, ANIS FARHAN BT.SALIHIN ANIS RASHDA BT. SALIHIN ANAS ARIFFIN B. SALIHIN ANIS SOFIA HUDA BT. SALIHIN

v

ABSTRAK

Kajian bertajuk “Kepuasan Mahasiswa Terhadap Kualiti Kehidupan Di Kolej

16 dan 17 Universiti Teknologi Malaysia” ini bertujuan untuk mengenal pasti

kepuasan pelajar terhadap tujuh aspek kehidupan di Kolej 16 dan 17. Kualiti

kehidupan pelajar ini ditinjau dari aspek persekitaran kolej, kemudahan dan

perkhidmatan, layanan oleh staf dan Ahli Jawatankuasa Mahasiswa, pentadbiran

pejabat pengurusan, keseluruhan pengalaman, pengawasan dan keselamatan dan

program dan aktiviti. Kajian deskritif ini menggunakan soalselidik sebagai

instrumen untuk mendapatkan data. Seramai 249 orang responden telah terlibat

dalam kajian ini. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical

Packages for Social Science (SPSS) dan dipaparkan dalam bentuk kekerapan,

peratusan, dan min. Dapatan kajian menunjukkan penghuni Kolej 16 dan 17

meletakkan kualiti kehidupan mereka berada pada tahap sederhana dalam aspek

persekitaran, layanan kakitangan dan Jawatankuasa Mahasiswa, pentadbiran pejabat

pengurusan, keseluruhan pengalaman, pengawasan dan keselamatan, program dan

aktiviti, dan kemudahan dan perkhidmatan. Kajian ini turut memberikan tindakan

susulan dan cadangan kajian lanjutan yang boleh dilakukan.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...iii DEDIKASI Buat Anakanda Yang Dirindui Selalu, ANIS FARHAN BT.SALIHIN ANIS RASHDA BT. SALIHIN ANAS ARIFFIN B. SALIHIN ANIS SOFIA HUDA BT. SALIHIN

vi

ABSTRACT

This study, which is entitled “The Quality of Living in Residence College 16

and 17 of Universiti Teknologi Malaysia” serves the purpose of identifying students’

satisfaction in seven aspects of living on College 16 and 17. The quality of living

was surveyed in the aspects of college surrounding, facilities and services, staffs’ and

Student Committee’s treatment to students, office’s administration, whole

experience, safety and supervision and program and activity. This descriptive study

used questionnaires as the instrument in data collection. 249 respondents were

involved in this study. The data was analyzed via Statistical Packages for Social

Science (SPSS) software and analysis was shown in frequency, percentages and min.

The result shows that the residents of College 16 and 17 leveled their living quality

as average in the aspects of surrounding, staffs’ and Student Committee’s treatment,

office’s administration, whole experience, safety and supervision, program and

activity and facilities and services. This study also provides that further actions and

suggestions of further study can be carried out.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...iii DEDIKASI Buat Anakanda Yang Dirindui Selalu, ANIS FARHAN BT.SALIHIN ANIS RASHDA BT. SALIHIN ANAS ARIFFIN B. SALIHIN ANIS SOFIA HUDA BT. SALIHIN

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS i

HALAMAN JUDUL ii

PENGAKUAN iii

PENGESAHAN PENYELIA iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

ISI KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

SENARAI SINGKATAN viii

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...iii DEDIKASI Buat Anakanda Yang Dirindui Selalu, ANIS FARHAN BT.SALIHIN ANIS RASHDA BT. SALIHIN ANAS ARIFFIN B. SALIHIN ANIS SOFIA HUDA BT. SALIHIN

viii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 2

1.3 Pernyataan masalah 4

1.4 Objektif kajian 5

1.5 Persoalan kajian 6

1.6 Kepentingan kajian 6

1.7 Batasan kajian 7

1.8 Definisi istilah dan konseptual 7

1.8.1 Persekitaran tempat tinggal di kolej

kediaman 8

1.8.2 Rakan sebaya 8

1.8.3 Kemudahan dan perkhidmatan 9

1.8.4 Pengurusan kolej kediaman 10

1.8.5 Kualiti kehidupan 11

1.8.6 Pengalaman tinggal di kolej kediaman 11

1.8.7 Pengawasan dan keselamatan di kolej

kediaman 12

1.9 Penutup 13

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Sejarah kolej kediaman 14

2.2.1 Sejarah Universiti Teknologi Malaysia 16

2.2.2 Sejarah kolej kediaman di UTM 16

2.2.3 Sejarah penubuhan kolej 16 dan 17 17

2.3 Kualiti Kehidupan 18

2.3.1 Persekitaran tempat tinggal 22

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...iii DEDIKASI Buat Anakanda Yang Dirindui Selalu, ANIS FARHAN BT.SALIHIN ANIS RASHDA BT. SALIHIN ANAS ARIFFIN B. SALIHIN ANIS SOFIA HUDA BT. SALIHIN

ix

2.3.2 Kemudahan dan Perkhidmatan di UTM 24

2.3.2.1 Persamaan dengan Universiti luar

negara 26

2.3.3 Layanan Staf dan AJK Mahasiswa Kolej

Kediaman 27

2.3.4 Pentadbiran Pejabat Pengurusan Kolej

Kediaman 30

2.3.5 Pengalaman Tinggal di Kolej Kediaman/

Asrama 32

2.3.5.1 Rakan-rakan 33

2.3.6 Pengawasan dan Keselamatan di Kolej

Kediaman 35

2.3.7 Program dan Aktiviti di Kolej Kediaman 37

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 39

3.2 Rekabentuk kajian 39

3.3 Lokasi kajian 39

3.4 Populasi dan sampel kajian 40

3.5 Instrumen kajian 40

3.6 Kajian rintis 42

3.7 Prosedur kajian 43

3.8 Analisis data 43

3.9 Penutup 45

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 47

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...iii DEDIKASI Buat Anakanda Yang Dirindui Selalu, ANIS FARHAN BT.SALIHIN ANIS RASHDA BT. SALIHIN ANAS ARIFFIN B. SALIHIN ANIS SOFIA HUDA BT. SALIHIN

x

4.2 Bahagian A : Latar Belakang Responden 47

4.2.1 Klasifikasi pengajian akademik 48

4.2.2 Jumlah semester menginap di kolej 16 dan 17 48

4.2.3 Perancangan penginapan masa hadapan 49

4.2.4 Aras bilik dikolej 16 dan 17 49

4.3 Analisis berdasarkan persoalan kajian 50

4.3.1 Persekitaran tempat tinggal di kolej 16 dan 17 51

4.3.2 Kemudahan dan perkhidmatan di kolej 16 dan 17 52

4.3.3 Layanan kakitangan kolej 16 dan 17 54

4.3.4 Pejabat pengurusan kolej 16 dan 17 57

4.3.5 Keseluruhan pengalaman kehidupan

di kolej 16 dan 17 58

4.3.6 Pengawasan dan keselamatan

di kolej 16 dan 17 59

4.3.7 Program dan aktiviti di kolej 16 dan 17 60

4.4 Analisa maklumbalsa responden 61

4.4.1 Analisa maklumbalas responden

terhadap bahagian B, C, D , E dan F 61

4.4.2 Analisa maklumbalas responden terhadap

Bahagian G dan H 62

4.5 Penutup 63

BAB 5 PERBINCANGAN RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 63

5.2 Perbincangan Hasil berdasarkan persoalan kajian 63

5.2.1 Perbincangan persekitaran tempat tinggal

di kolej 16 dan 17 64

5.2.2 Perbincangan kemudahan dan

perkhidmatan kolej 16 dan 17 65

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...iii DEDIKASI Buat Anakanda Yang Dirindui Selalu, ANIS FARHAN BT.SALIHIN ANIS RASHDA BT. SALIHIN ANAS ARIFFIN B. SALIHIN ANIS SOFIA HUDA BT. SALIHIN

xi

5.2.3 Perbincangan layanan kakitangan

kolej 16 dan 17 66

5.2.3 Perbincangan pentadbiran pejabat

pengurusan kolej 16 dan 17 67

5.2.4 Perbincangan keseluruhan pengalaman

Tinggal di kolej 16 dan 17 67

5.2.6 Perbincangan pengawasan dan

keselamatan kolej 16 dan 17 68

5.2.7 Perbincangan program dan

aktiviti – aktiviti di kolej 16 dan 17 68

5.3 Rumusan 69

5.4 Cadangan 70

5.4.1 Cadangan kepada institusi kajian 70

5.5 Cadangan lanjutan 71

5.6 Penutup 72

RUJUKAN 73

LAMPIRAN 77

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...iii DEDIKASI Buat Anakanda Yang Dirindui Selalu, ANIS FARHAN BT.SALIHIN ANIS RASHDA BT. SALIHIN ANAS ARIFFIN B. SALIHIN ANIS SOFIA HUDA BT. SALIHIN

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK M/ SURAT

3.1 Jadual Skala Likert 41

3.2 Jadual Skala Binari 42

3.3 Senarai Item Mengikut Aspek 42

3.4 Jadual Pengkategorian Tahap Kualiti Kehidupan

Mahasiswi di kolej 16 dan 17

44

3.5 Jadual Pemeringkatan Min Menentukan Tahap Kualiti

Kehidupan Mahasiswi di kolej 16 dan 17

45

4.1 Klasifikasi Pengajian Akademik 47

4.2 Jumlah Semester Menginap di kolej 16 dan 17 47

4.3 Perancangan Penginapan Masa Hadapan 48

4.4 Aras Bilik di kolej 16 dan 17 48

4.5 Jadual Pengkategorian Tahap Kualiti Kehidupan

Mahasiswa di kolej 16 dan 17

49

4.6 Pemeringkatan Min Menentukan Tahap Kualiti Kehidupan

Mahasiswa di kolej 16 dan 17

49

4.7 Analisis Persekitaran Tempat Tinggal di kolej 16 dan 17 51

4.8 Analisis Kemudahan dan Perkhidmatan di kolej 16 dan 17 53

4.9 Analisis Layanan Kakitangan kolej 16 dan 17 55

4.10 Analisis Pentadbiran Pejabat Pengurusan kolej 16 dan 17 56

4.11 Analisis Keseluruhan Pengalaman Kehidupan di kolej 16

dan 17

58

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...iii DEDIKASI Buat Anakanda Yang Dirindui Selalu, ANIS FARHAN BT.SALIHIN ANIS RASHDA BT. SALIHIN ANAS ARIFFIN B. SALIHIN ANIS SOFIA HUDA BT. SALIHIN

xiii

4.12 Analisis Pengawasan dan Keselamatan di kolej 16 dan 17 59

4.13 Analisis Program dan Aktiviti di kolej 16 dan 17 60

4.14 Analisis Kesluruhan maklumbalas responden bahagian B,

C, D, E, dan F 61

4.15 Analisa penerimaan responden keseluruhan bahagian G

dan H 61

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...iii DEDIKASI Buat Anakanda Yang Dirindui Selalu, ANIS FARHAN BT.SALIHIN ANIS RASHDA BT. SALIHIN ANAS ARIFFIN B. SALIHIN ANIS SOFIA HUDA BT. SALIHIN

xiv

SENARAI RAJAH

NO.

RAJAH

TAJUK M/ SURAT

2.1 Aliran Pengurusan Kolej Kediaman 30

2.2 Hierarki Keperluan Maslow 32

2.3 Lima Fasa Kualiti Kehidupan di Kolej Kediaman 34

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...iii DEDIKASI Buat Anakanda Yang Dirindui Selalu, ANIS FARHAN BT.SALIHIN ANIS RASHDA BT. SALIHIN ANAS ARIFFIN B. SALIHIN ANIS SOFIA HUDA BT. SALIHIN

xv

SENARAI SINGKATAN

UTM - Universti Teknologi Malaysia

KDSE - Kolej Datin Seri Endon

SPSS - Statistical Package For Social Sciences

IPT - Institut Pengajian Tinggi

USM - Universiti Sains Malaysia

UiTM - Universiti Teknologi Mara

DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka

SUB - Student Union Board

HEP - Hal Ehwal Pelajar

C - Cemerlang

B - Bagus

SD - Seperti Dijangka

SPD - Sedikit Peningkatan Diperlukan

L - Lemah

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...iii DEDIKASI Buat Anakanda Yang Dirindui Selalu, ANIS FARHAN BT.SALIHIN ANIS RASHDA BT. SALIHIN ANAS ARIFFIN B. SALIHIN ANIS SOFIA HUDA BT. SALIHIN

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Penginapan dalam kampus merupakan salah satu ciri atau aspek kehidupan

mahasiswa dan mahasiswi sepanjang tempoh pengajian mereka di institusi pengajian

tinggi. Pembangunan mereka dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek bukan

sahaja dipengaruhi oleh persekitaran dalam bilik kuliah tetapi juga persekitaran

tempat penginapan dan juga lain-lain tempat di universiti.

Menurut Chickering (1969) pembangunan diri individu yang berada di

institusi pengajian tinggi adalah dipengaruhi oleh persekitaran institusi tersebut.

Pembangunan diri individu ini dipengaruhi oleh objektif universiti, saiz universiti,

kurikulum di universiti, pengajian dan penilaian yang dilaksanakan di universiti

tersebut, susun atur asrama di universiti, fakulti dan pentadbiran universiti dan

budaya yang dibentuk atau diamalkan di kalangan siswa siswi.

Pembudayaan kolej kediaman merujuk kepada usaha untuk melahirkan siswa

siswi yang berdikari, berakhlak mulia, berilmu dan berketerampila. Pembudayaan

ini dilakukan melalui program-program peningkatan diri seperti ceramah-ceramah

keagamaan dan kursus-kursus motivasi yang dijalankan di asrama dari masa ke

semasa. Dengan ini mahasiswa dan mahasiswi seharusnya menggunakan

kesempatan tinggal di kolej kediaman dengan semaksimum mungkin untuk mencapai

wawasan kecemerlangan akademik mereka kelak.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...iii DEDIKASI Buat Anakanda Yang Dirindui Selalu, ANIS FARHAN BT.SALIHIN ANIS RASHDA BT. SALIHIN ANAS ARIFFIN B. SALIHIN ANIS SOFIA HUDA BT. SALIHIN

2

1.2 Latar Belakang Masalah

Kolej kediaman di universiti menyediakan pelbagai kemudahan untuk

membantu mahasiswa menghadapi dunia pendidikan peringkat tinggi. Di antara

kemudahan-kemudahan yang disediakan di kolej 16 dan 17 khususnya adalah blok-

blok penginapan, surau, dewan makan, padang permainan dan bilik bacaan. Menurut

Shafie Jusoh (1994), pembinaan kolej kediaman di institusi pengajian tinggi adalah

bertujuan untuk mengumpul pelajar-pelajar bagi mencapai kecemerlangan akademik.

Justeru itu sewajarnya peluang ini digunakan dengan sebaik mungkin.

Mahasiswa memerlukan persekitaran yang kondusif di kolej kediaman untuk

membolehkan pencapaian akademik yang cemerlang dan pembangunan diri yang

seimbang. Namun begitu kedapatan mahasiswa yang berpusu-pusu meninggalkan

kampus dan kolej kediaman samaada semasa hujung minggu ataupun semasa dalam

minggu perkuliahan. Mengapakah ini terjadi? Adakah siswa-siswi keluar

meninggalkan kampus kerana mencari tempat yang lebih baik untuk mereka

mengulangkaji pelajaran mereka? Adakah suasana persekitaran di kolej kediaman

mereka tidak menyenangkan sehingga memaksa mereka mencari tempat lain yang

lebih kondusif?

Pihak pengurusan kolej kediaman dan pihak Hal Ehwal Pelajar sesebuah

universiti telah berusaha meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan

untuk memberikan keselesaan kepada para penghuni kolej kediaman. Pihak kolej

kediaman misalnya telah menyediakan perkhidmatan dobi, televisyen dan bilik

bacaan, padang permainan, dan kemudahan permohonan pembaikan mengenai

sesuatu kerosakan atas talian. Namun begitu masih kedapatan mahasiswa dan

mahasiswi yang kerap keluar kampus. Mengapakah ini terjadi? Adakah ini

disebabkan oleh kekurangan kemudahan asas di UTM? Adakah ini disebabkan oleh

kemudahan dobi di UTM tidak memenuhi kehendak mereka? Atau adakah keadaan

ini disebabkan mahasiswa dan mahasiswi tidak berminat untuk tinggal di kolej

kediaman tetapi terpaksa disebabkan peraturan yang menghendaki mereka tinggal di

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...iii DEDIKASI Buat Anakanda Yang Dirindui Selalu, ANIS FARHAN BT.SALIHIN ANIS RASHDA BT. SALIHIN ANAS ARIFFIN B. SALIHIN ANIS SOFIA HUDA BT. SALIHIN

3

kolej kediaman? Secara khussunya apakah kekurangan. dan kemudahan yang

terdapat di Kolej 16 dan 17

Tinggal di kolej kediaman membawa impak yang besar kepada para

penghuninya. Persekitaran kolej kediaman biasanya lebih mendorong para

penghuninya untuk melibatkan diri dalam berbagai aktiviti di kampus. Selain itu,

pencapaian akademik mereka dapat diberikan jaminan akan sentiasa dalam keadaan

yang baik. Pengalaman hidup di kolej kediaman juga membina persepsi positif

mahasiswa dan mahasiswi terhadap iklim sosial di kampus. Mereka akan merasa

seronok dan gembira kerana persekitaran di kampus adalah lebih akademik dan

menyokong terhadap aktiviti pembelajaran. Interaksi dan hubungan akrab antara

mereka akan mewujudkan kematangan fikiran yang membawa kepada pertumbuhan

serta pembangunan peribadi yang baik (Blimling, 1999). Adakah kekerapan pelajar-

pelajar Kolej 16 dan 17 berpusu-pusu meninggalkan kampus setiap hujung minggu

ini disebabkan kurang interaksi antara mereka?

Namun begitu, dewasa ini terdapat banyak berita dari media yang melaporkan

tentang kejadian buruk yang menimpa pelajar di sekitar kolej kediaman dan kampus

institusi pengajian tinggi. Misalnya tanggal 9 Ogos 2002, seorang mahasiswi

Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang berusia 20 tahun telah dibunuh oleh seorang

warga Bangladesh di kolej kediamannya sendiri. Dalam kejadian yang lain pula,

seorang mahasiswa baru Universiti Sains Malaysia (USM) berketurunan Cina

berumur 20 tahun juga telah bertindak menggantungkan dirinya sendiri pada kipas

siling pada Jun 2006 kerana disyaki tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan

di kampus. Mangsa dalam surat terakhirnya mendakwa bahawa rakan sebiliknya

sering mengganggu ketika dia sedang tidur. Terkini, 2 orang siswi di salah sebuah

IPTA di Lembah Klang cuba diculik dan dirogol. Persoalannya adakah kawasan

Kolej 16 dan 17 selamat untuk di diami oleh mahasiswa? Kejadian-kejadian yang

seumpama ini seolah-olah menunjukkan bahawa kualiti perkhidmatan keselamatan

yang tidak menepati kehendak pelanggan. Adakah mahasiswa berpuas hati terhadap

tahap keselamatan di Kolej 16 dan 17?

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...iii DEDIKASI Buat Anakanda Yang Dirindui Selalu, ANIS FARHAN BT.SALIHIN ANIS RASHDA BT. SALIHIN ANAS ARIFFIN B. SALIHIN ANIS SOFIA HUDA BT. SALIHIN

4

Tinjauan ke atas mahasiswa dan mahasiswi kolej kediaman memperlihatkan

masih lagi terdapat rungutan-runggutan yang berkaitan dengan kehidupan di kolej

kediaman. Antara rungutan itu ialah:

i) Terpaksa berkongsi kemudahan yang sedikit seperti mesin basuh dan tandas

di mana mereka terpaksa menunggu giliran untuk menggunakannya.

ii) Keadaan di kolej kediaman tidak seperti di rumah yang lengkap dengan

keperluan lain seperti peti sejuk. Selain dari itu mereka tidak dibenarkan

memasak makanan sendiri.

iii) Terdapat sebuah televisyen sahaja di setiap bangunan yang terdapat di kolej

kediaman. Berlaku perebutan siaran/ rancangan televisyen yang kadang-

kadang menimbulkan perbalahan antara mereka.

iv) Di sesetengah kolej kediaman yang agak lama, terdapat kemudahan awam

yang tidak diselenggara dengan baik. Contohnya mangkuk tandas yang lama

kelihatan kotor, saliran air yang telah digunakan di bilik mandi tidak lancar

serta paip bocor dan menyebabkan air menitis

v) Terpaksa mengemas barang dan mengosongkan bilik asrama semasa cuti

semester dirasakan sesuatu perkara yang membuang masa sedangkan jika

hendak dibandingkan dengan di rumah, mereka tidak perlu melakukan

perkara ini.

vi) Sesetengah pelajar merasakan tiada atau kurangnya kesedaran sivik di antara

mereka yang tidak pandai menjaga kebersihan dan kemudahan yang

disediakan oleh pihak kolej kediaman.

1.3 Pernyataan Masalah

Persekitaran yang kondusif, kemudahan dan perkhidmatan yang berkualiti, layanan

staf dan Ahli Jawtankuasa Mahasiswa yang profesional, pentadbiran pejabat

pengurusan, pengalaman kehidupan di kampus yang bermakna, pengawasan dan

keselamatan yang tinggi mutunya dan program dan aktiviti yang menarik dan

mencabar serta berkualiti.mampu memberikan kepuasan kepada penghuni

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...iii DEDIKASI Buat Anakanda Yang Dirindui Selalu, ANIS FARHAN BT.SALIHIN ANIS RASHDA BT. SALIHIN ANAS ARIFFIN B. SALIHIN ANIS SOFIA HUDA BT. SALIHIN

5

Berasaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh mahasiswa dan mahasiswi, pihak

institusi pengajian tinggi tidak tahu sama ada mahasiswa dan mahasiswi berasa

selesa tinggal di kolej kediaman atau tidak. Pihak pentadbiran universiti juga tidak

mengetahui sejauh manakah kualiti kehidupan mahasiswa di Kolej 16 dan 17 yang

sedikit sebanyak membawa kesan positif ataupun negatif terhadap kecemerlangan

akademik dan bukan akademik. Ini adalah kerana, masih belum terdapat lagi kajian

yang dijalankan bagi mengenalpasti kualiti kehidupan mahasiswa di Kolej 16 dan 17

di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Bahru. Kajian ini adalah

bertujuan untuk mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti kehidupan di

Kolej 16 dan 17, UTM, Skudai, Johor Bahru.

1.4 Objektif Kajian

Berasaskan kepada pernyataan masalah di atas objektif kajian ini adalah seperti

berikut:

i) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap persekitaran di Kolej 16 dan

17

ii) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti kemudahan dan

perkhidmatan yang terdapat di Kolej 16 dan 17.

iii) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap layanan staf dan Ahli

Jawatankuasa Mahasiswa di Kolej 16 dan 17.

iv) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap pentadbiran pejabat

pengurusan di Kolej 16 dan 17.

v) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap keseluruhan pengalaman

kehidupan di Kolej 16 dan 17.

vi) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap pengawasan dan keselamatan

di Kolej 16 dan 17.

vii) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap program dan aktiviti yang

dijalankan di Kolej 16 dan 17.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...iii DEDIKASI Buat Anakanda Yang Dirindui Selalu, ANIS FARHAN BT.SALIHIN ANIS RASHDA BT. SALIHIN ANAS ARIFFIN B. SALIHIN ANIS SOFIA HUDA BT. SALIHIN

6

1.5 Persoalan Kajian

Secara khusus kaji selidik ini bertujuan menjawab beberapa persoalan

berikut iaitu:

i) Apakah mahasiswa berpuashati dengan kualiti persekitaran Kolej 16 dan 17?

ii) Apakah mahasiswa berpuashati dengan kualiti kemudahan dan perkhidmatan

di Kolej 16 dan 17?

iii) Apakah mahasiswa berpuashati dengan layanan yang diberikan oleh staf dan

ahli jawatan kuasa mahasiswa di Kolej 16 dan 17?

iv) Apakah mahasiswa berpuashati dengan pentadbiran pejabat pengurusan di

Kolej 16 dan 17?

v) Apakah mahasiswa berpuashati dengan keseluruhan pengalaman tinggal di

Kolej 16 dan 17?

vi) Adakah mahasiswa berpuashati dengan kualiti pengawasan dan keselamatan

di Kolej 16 dan 17?

vii) Adakah mahasiswa berpuashati dengan kualiti program dan aktiviti yang

dijalankan di Kolej 16 dan 17?

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini dijangkakan dapat memberi maklumbalas yang boleh

digunakan untuk menambahbaik kualiti kehidupan para siswa di Kolej 16 dan 17,

membantu pihak Hal Ehwal Pelajar UTM, pentadbiran kolej dan juga Jawatankuasa

Kolej Mahasiswa meningkatkan kepuasan pelanggan mereka. Kepada pihak Pejabat

Hal Ehwal Pelajar hasil kajian ini dapat digunakan sebagai garis panduan untuk

menyediakan pelbagai kemudahan di Kolej 16 dan 17. Kepada pihak pentadbir

Kolej 16 dan 17, hasil kajian juga dapat digunakan untuk mempertingkatkan lagi

kemudahan, keselesaan serta suasana di Kolej 16 dan 17. Kepada Jawatankuasa

Mahasiswa diharapkan hasil kajian ini dapat memberikan mereka garis panduan

aktiviti-aktiviti pembangunan yang perlu untuk para siswa Kolej 16 dan 17.