huraikan perlaksanaan kharaj pada zaman khulafa al rasyidin

8
Huraikan pentadbiran cukai Kharaj pada zaman Khulafa’ Al-Rasyidin & Bani Umayyah A. PENDAHULUAN Definisi Kharaj Kharaj merupakan cukai tertua dikenali oleh tamadun manusia. Ia dikenali dalam tamadun Firaun di Mesir. Dalam kerajaan Rom juga dikenali sebagai cukai tanah atau Kharaj yang dipanggil Tributum Soil. Demikian juga di zaman pemerintahan Kerajaan Parsi dikenali sebagai cukai seumpama itu. Keadaan ini adalah disebabkan pemerintah – pemerintah zaman purba melihat takhta sebagai milik penuh Raja atau Sultan. Maksud kharaj –cukai tanah yang dikenakan ke atas pemilik tanah yang ditakluki oleh tentera Islam secara peperangan atau aman tanpa mengira pemiliknya seorang dewasa , kanak-kanak , merdeka , hamba , muslim atau pun kafir . Hasil pungutan cukai kharaj merupakan sumber pendapatan negara yang penting Latar belakang kerajaan Bani Umayyah Latar belakang kerajaan Khulafa’ Al-Rasyidin B.ISI TANAH YANG DIKENAKAN KHARAJ Khulafa’ Al-Rasyidin Tanah yang ditakluki terutamanya di Iraq. Tanah ini dibahagi kepada dua jenis iaitu Tanah Bertuan dan Tanah tidak bertuan. Tanah bertuan tidak dikenakan cukai sekiranya pemilik tersebut beragama Islam. Tanah rampasan perang yang dimiliki oleh tentera Islam dan pengusahanya terdiri daripada orang bukan Islam. Kyra Khalid -6A3-

Upload: nur-syakira-nabila

Post on 30-Jun-2015

1.132 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Huraikan Perlaksanaan Kharaj Pada Zaman Khulafa Al Rasyidin

Huraikan pentadbiran cukai Kharaj pada zaman Khulafa’ Al-Rasyidin & Bani Umayyah

A. PENDAHULUAN

Definisi Kharaj

Kharaj merupakan cukai tertua dikenali oleh tamadun manusia. Ia dikenali dalam tamadun Firaun di Mesir. Dalam kerajaan Rom juga dikenali sebagai cukai tanah atau Kharaj yang dipanggil Tributum Soil. Demikian juga di zaman pemerintahan Kerajaan Parsi dikenali sebagai cukai seumpama itu. Keadaan ini adalah disebabkan pemerintah – pemerintah zaman purba melihat takhta sebagai milik penuh Raja atau Sultan.

Maksud kharaj –cukai tanah yang dikenakan ke atas pemilik tanah yang ditakluki oleh tentera Islam secara peperangan atau aman tanpa mengira pemiliknya seorang dewasa , kanak-kanak , merdeka , hamba , muslim atau pun kafir . Hasil pungutan cukai kharaj merupakan sumber pendapatan negara yang pentingLatar belakang kerajaan Bani Umayyah

Latar belakang kerajaan Khulafa’ Al-Rasyidin

B.ISI

TANAH YANG DIKENAKAN KHARAJ

Khulafa’ Al-Rasyidin

Tanah yang ditakluki terutamanya di Iraq. Tanah ini dibahagi kepada dua jenis iaitu Tanah Bertuan dan Tanah tidak bertuan. Tanah bertuan tidak dikenakan cukai sekiranya pemilik tersebut beragama Islam.

Tanah rampasan perang yang dimiliki oleh tentera Islam dan pengusahanya terdiri daripada orang bukan Islam.

Tanah yang diusahakan oleh golongan Zimmi, dengan kebenaran pemerintah Islam.

Tanah terbiar yang dikerjakan oleh oleh orang Islam.

Tempat tinggal golongan zimmi yang diubah menjadi kawasan pertanian.

Kyra Khalid-6A3-

Page 2: Huraikan Perlaksanaan Kharaj Pada Zaman Khulafa Al Rasyidin

Bani Umayah

Tanah yang dikenakan kharaj ialah tanah yang dimiliki oleh orang bukan Islam dari negara yang ditaklukinya. Contohnya jumlah wang yang dipungut di Iraq melalui cukai kharaj berjumlah lebih daripaada 100 juta dirham.

Jenis tanah yang dikecualikan daripada dikenakan cukai kharaj :

a) Tanah milik orang yang memeluk Islam tanpa sebarang peperangan.Golongan ini hanya membayar zakat

b) Tanah yang dimiliki oleh orang Islam secara kekerasan atau melalui peperangan dan telah dibahagikan kepada askar-askar yang berperang. Mereka hanya dikenakan usyur (satu persepuluh ) tidak termasuk cukai kharaj.

c) Tanah yang diambil daripada orang kafir secara kekerasan. Dan apabila dibahagikan kepada askar- askar yang berperang , maka mereka wajib membayar usyur (1/10 ) daripada hasil tanah tersebut dan mereka tidak perlu membayar cukai kharaj.

JENIS – JENIS KHARAJ.

Khulafa’ Al-Rasyidin

Kharaj Wazifah ( Musahah ) dikenakan mengikut keluasan dan kawasan tanah atau jumlah pokok yang ditanam. Contohnya tanah di Iraq telah ditetapkan setiap Jarib anggur dikenakan kharaj sebanyak 10 dirham.

Kharaj Muqasamah merupakan cukai yang dikenakan berdasarkan hasil yang diperolehi daripada tanaman. Penentuan kadar cukai dibuat berasaskan kepada banyak perkara daripada mengelakkan penganiayaan kepada petani.

Bani Umayyah

Diwan al-Kharaj ditubuhkan pada zaman pemerintahan Muawiyah agar system pengurusan cukai kharaj dapat diurus dengaaan baik dan sistematik. Diwan atau Jabatan al-Kharaj merupakan jabatan khas yang ditubuhkan pada zaman Bani Umayyah berfungsi untuk mengawal pungutan cukai kharaj.

KADAR KHARAJ.

Khulafa’ Al-Rasyidin

Kyra Khalid-6A3-

Page 3: Huraikan Perlaksanaan Kharaj Pada Zaman Khulafa Al Rasyidin

Kadar Kharaj ditentukan berdasarkan kemampuan dan tidak membebankan. Kadar maksimum tidak melebihi separuh daripada hasil keseluruhan tanaman.

Kharaj Wazifah dikenakan sekali dalam setahun tanpa mengira berapa banyak hasil pertanian yang diperolehi.

Kharaj Muqasammah dikenakan setiap kali hasil pertanian diperolehi.

Kharaj boleh dibayar dalam bentuk mata wang atau hasil pertanian.

Bani Umayyah

Kadar cukai kharaj dengan kadar yang tertentu berbentuk wang atau hasil tanah daripada negara yang ditakluki oleh orang Islam.

FAKTOR YANG MENENTUKAN KADAR KHARAJ.

Khulafa’ Al-Rasyidin

Kualiti tanah, kadar lebih rendah jika tanah disuburkan oleh petani melalui usahanya sendiri berbanding dengan kesuburan disebabkan oleh hujan ( alam semula jadi ).

Kualiti biji benih, jika biji benih berkualiti kadar kharaj lebih tinggi dikenakan.

Kedudukan tanah tanah pertanian. Jika tanah pertanian jauh di pendalaman kadar kharajnya lebih rendah berbanding dengan tanah pertanian yang berdekatan dengan bandar.

Bani Umayyah

-

SYARAT – SYARAT KHARAJ.

Khulafa’ Al-Rasyidin

Kyra Khalid-6A3-

Page 4: Huraikan Perlaksanaan Kharaj Pada Zaman Khulafa Al Rasyidin

Pada awalnya Kharaj dikenakan kepada pemilik tanah penduduk zimmi sahaja.

Kharaj tidak dikenakan sekiranya hasil pertanian dimusnahkan oleh bencana alam.

Sekiranya tanah kharaj dipajak atau disewa, kharaj dikenakan ke atas pemilik tanah bukannya penyewa.

Kharaj juga dikenakan ke atas tanah kediaman yang dijadikan kawasan pertanian.

Bani Umayyah

Tanah-tanah kharaj tidak boleh dijual-beli atau diagih-agihkan kepada sesiapa

PENGUTIPAN KHARAJ.

Khulafa’ Al-Rasyidin

Dilakukan secara adil, jika kharaj tidak dapat dibayar kerana masalah kewangan, mereka akan dibenarkan menangguhkan pembayaran sehingga mampu.

Sekiranya pembayar tidak mampu membayar kharaj walaupun ia mampu mambayarnya, tindakan boleh diambil menerusi undang – undang atau dijual oleh kerajaan.

Bagi menguruskan kharaj di Iraq, Khalifah Umar menyerahkan kepada golongan Ahl – al – Ayyam sebagai Pemegang Amanah. 1/5 daripada hasil kutipan kharaj diserahkan kepada kerajaan pusat dan selebihnya dikembalikan kepada Ahl – al – Ayyam.

Hasil kutipan Kharaj diletakkan di bawah pentadbiran Baitulmal.

Perlaksanaan Kharaj pada zaman Umar al – Khattab telah diteruskan oleh Khalifah al – Rashidin selepasnya. Di akhir pemerintahan Uthman, golongan Ahl – Al – Ayyam tidak lagi diberi kuasa untuk mengurus cukai Kharaj di Iraq dan diserahkan di bawah pentadbiran gabenor.

Kyra Khalid-6A3-

Page 5: Huraikan Perlaksanaan Kharaj Pada Zaman Khulafa Al Rasyidin

Bani Umayyah

Muawiyah juga melantik beberapa orang setiausaha untuk menguruskan beberapa urusan kerajaan termasuklah urusan cukai yang digelar Katib a-Kharaj. Gabenor-gabenor juga turut dilantik disetiap wilayah di Jabatan Percukaian baginmemastikan urusan cukai diurus dengan baik dan tidak membebankan rakyat.

Dasar pemusatan kuasa telah dilaksanakan pada akhir pemerintahan Muawiyah . Beliau telah melaksanakan dasar pemusatan kuasa agar semua harta tanah adalah menjadi milik kerajaan agar segala projek kerajaan dapat diurus dengan lancar. Dasar ini telah diteruskan oleh Abdul malik bin Marwan dimana orang Islam berketurunan Arab dikecualikan daripada membayar cukai tanah.

Kerajaan Bani Umayyah telah memperkenalkan pelbagai bentuk cukai baru . contohnya semasa al-Hajjaj Yusuf Assaqafi menjadi gabenor wilayah Bani Umayyah di Iraq , beliau telah menaikkan kadar cukai kharaj dengan kadar yang tinggi yang membebankan rakyat . Ini menyebabkan ramai yang enggan membayar cukai tersebut.

Semasa pemerintahan Khalifah al-Walid , beliau telah membuat perubahan terhadap Diwan al-Kharaj . Perubahan ini membolehkan perjalanan wang dikawal dan menggalakkan keadilan dalam pungutan cukai. Beliua juga telah menaikkaan kadar bayaran bagi semua jenis cukai termasuklah Kharaj , fay dan jizyah.

Khalifah Umar Abdul Aziz telah membuat perubahan dalam sistem cukai kharaj. Beliau membezakan cukai jizyah dengan cukai tanah. Cukai jizyah ditetapkan hanya untuk orang bukan islam yang bernauung di bawah kerajaan Islam dan cukai tanah dikenaan terhadap sesiapa yang mempunyai tanah. Beliau juga melaksanakan dasar mengurangkan cukai pada kadar terendah dan mampu dibayar oleh rakyat. Diwan al-Kharaj dipengerusikan dan juga ditadbir oleh wazir.

C.KESIMPULAN

Sistem kharaj yang dimulakan pada zaman Khulafa al-Rasyidin telah diteruskan dan

Kyra Khalid-6A3-

Page 6: Huraikan Perlaksanaan Kharaj Pada Zaman Khulafa Al Rasyidin

diperbaiki pada zaman Bani Umayyah. Pemerintah kerajaan Bani Umayyah telahmenyumbang kepada penyusunan pentadbiran percukaian negara untuk memastikanprojek dan perancangan negara berjalan dengan lancar dan ekonomi berkembang denganmantap.

Kyra Khalid-6A3-

Page 7: Huraikan Perlaksanaan Kharaj Pada Zaman Khulafa Al Rasyidin

TAMADUN ISLAM

Nama : Nur Syakira Nabila Binti Md Kalid

Kelas : 6A3

Nama Guru : Pn. Marziana

Soalan : Huraikan pentadbiran cukai Kharaj pada zaman

Khulafa’ Al- Rasyidin & Bani Umayyah.

Kyra Khalid-6A3-