hukum dan pensyariatan hibah

3
Hukum dan Pensyariatan Hibah Dari segi hukum, hibah adalah suatu amalan yang sunat dan digalakkan dalam Islam terutama sekali kepada kaum keluarga terdekat. Amalan ini adalah berdasarkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan ijmak. Antara ayat al- Quran yang menggalakkan amalan hibah ialah sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud: Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya(Surah al-Nisa ayat 4). ... dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya (Surah al-Baqarah ayat 177). Firman Allah s.w.t dalam Surah Ali Imran 3:92 yang bermaksud: Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Juga dapat dilihat dalam firmanNya dalam Surah al-Maidah 5:2 yang bermaksud: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa. Selain itu, dalam Surah al-Baqarah 1:177 yang bermaksud: dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya kepada kaum kerabat. 1 Selain daripada dalil yang terdapat dalam al-Quran, pelaksanaan hibah juga telah disebut dalam sabda Rasulullah s.a.w yang membawa maksud: Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi s.a.w bersabda (al- Bukhari) bermaksud: Wahai wanita muslimat, janganlah seorang jiran menghina jirannya walaupun kerana pemberian tulang yang terdapat sedikit daging padanya. Saidatina Aisyah telah berkata (al-Tirmidhi) bermaksud: Nabi s.a.w menerima dan membalas hadiah. 2 Secara kesimpulannya, berdasarkan dalil-dalil yang telah dibincangkan, hibah bukan sahaja telah mendapat pengiktirafan di dalam Islam malah pelaksanaannya telah dipelopori oleh Nabi Muhammad s.a.w sendiri melalui hadith Saidatina Aisyah. Justeru bertindak sebagai suatu pelengkap kepada kesempurnaan sistem pengagihan harta dalam Islam. 1 Abdul Monir Yaacob. 1999. Wasiat: konsep dan perundangan. Dlm. Abdul Monir Yaacob & Mohd. Fauzi Mustaffa (pnyt.). Pentadbiran harta menurut Islam, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). 2 Mohd NoorAizan Md Idrus. 2007. Rukun, hukum, syarat sah hibah mengikut hukum syarak. Berita Harian, 3 Oktober.

Upload: rong-hui

Post on 28-Sep-2015

281 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

syariah

TRANSCRIPT

Hukum dan Pensyariatan Hibah

Dari segi hukum, hibah adalah suatu amalan yang sunat dan digalakkan dalam Islamterutama sekali kepada kaum keluarga terdekat. Amalan ini adalah berdasarkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan ijmak. Antara ayat al-Quran yang menggalakkan amalan hibah ialah sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya (Surah al-Nisa ayat 4).

... dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya (Surah al-Baqarah ayat 177).

Firman Allah s.w.t dalam Surah Ali Imran 3:92 yang bermaksud: Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.

Juga dapat dilihat dalam firmanNya dalam Surah al-Maidah 5:2 yang bermaksud: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa.

Selain itu, dalam Surah al-Baqarah 1:177 yang bermaksud: dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya kepada kaum kerabat.[footnoteRef:1] [1: Abdul Monir Yaacob. 1999. Wasiat: konsep dan perundangan. Dlm. Abdul Monir Yaacob & Mohd. Fauzi Mustaffa (pnyt.). Pentadbiran harta menurut Islam, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).]

Selain daripada dalil yang terdapat dalam al-Quran, pelaksanaan hibah juga telah disebut dalam sabda Rasulullah s.a.w yang membawa maksud: Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi s.a.w bersabda (al-Bukhari) bermaksud: Wahai wanita muslimat, janganlah seorang jiran menghina jirannya walaupun kerana pemberian tulang yang terdapat sedikit daging padanya.

Saidatina Aisyah telah berkata (al-Tirmidhi) bermaksud: Nabi s.a.w menerima dan membalas hadiah. [footnoteRef:2] [2: Mohd NoorAizan Md Idrus. 2007. Rukun, hukum, syarat sah hibah mengikut hukum syarak. Berita Harian, 3 Oktober.]

Secara kesimpulannya, berdasarkan dalil-dalil yang telah dibincangkan, hibah bukan sahaja telah mendapat pengiktirafan di dalam Islam malah pelaksanaannya telah dipelopori oleh Nabi Muhammad s.a.w sendiri melalui hadith Saidatina Aisyah. Justeru bertindak sebagai suatu pelengkap kepada kesempurnaan sistem pengagihan harta dalam Islam.

Hukum Penarikan Balik atau Pembatalan Hibah

Apabila sempurna sesuatu akad hibah dengan memenuhi rukun dan syaratnya serta berlaku penyerahan dan penerimaan barang (al-qabd), maka harta itu menjadi milik penerima hibah sekalipun tanpa balasan (iwad). Namun demikian, adakah hibah berkenaan boleh ditarik balik selepas itu menjadi perselisihan di kalangan fuqaha seperti berikut:(i) Menurut pendapat mazhab Hanafi, pemberi hibah boleh tetapi makruh menarikbalik hibah yang telah diberikan dan dia boleh memfasakhkan hibah tersebutwalaupun telah berlaku penyerahan (qabd), kecuali jika hibah itu dibuat denganbalasan (iwad).

(ii) Menurut pendapat mazhab Syafie, Hanbali dan sebahagian fuqaha mazhab Malikipenarikan balik hibah boleh berlaku dengan semata-mata ijab dan qabul. Tetapiapabila disertakan dengan peyerahan dan penerimaan barang (al-qabd) maka hibahberkenaan tidak boleh ditarik balik kecuali hibah yang dibuat oleh bapa (termasukjuga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya selama mana hartaitu tidak ada kaitan dengan orang lain.

(iii) Menurut pendapat Imam Ahmad dan mazhab Zahiri, pemberi hibah tidak boleh(haram) menarik balik hibah yang telah dibuat kecuali hibah bapa (termasuk jugaibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya. Ini adalah berdasarkankepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:Orang yang menarik balik hibahnya sama seperti anjing yang memakan balikmuntahnya... (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).[footnoteRef:3] [3: Abdul Monir Yaacob. 1999. Wasiat: konsep dan perundangan. Dlm. Abdul Monir Yaacob & Mohd. Fauzi Mustaffa (pnyt.). Pentadbiran harta menurut Islam, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).]

Secara umumnya, para fuqaha bersetuju mengenai keharusan pembatalan hibah sekiranya ia dilakukan secara redha meredhai antara pemberi dan penerima hibah atau melalui keputusan hakim.

Sungguhpun Islam membenarkan penarikan balik hibah yang dibuat oleh bapa (termasuk juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya, tetapi ia terikat dengan syarat bahawa harta tersebut masih lagi di dalam pemilikan anaknya (cucunya). Sekiranya harta itu terkeluar dari kekuasaan dan pemilikan anaknya (cucunya) seperti telah dijual, diwakaf atau dihibah kepada orang lain dan harta itu telah diterima oleh penerima hibah (orang lain), maka hibah berkenaan tidak boleh ditarik balik lagi.