3- sejarah pensyariatan jihad pada zaman nabi

Download 3- Sejarah Pensyariatan Jihad Pada Zaman Nabi

If you can't read please download the document

Post on 12-Nov-2015

55 views

Category:

Documents

12 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Konsep dan Kategori Dakwah dalam Islam

SEJARAH PENSYARIATAN JIHAD PADA ZAMAN RASULULLAHAbu Dardaa bin MohamadJPDK FPI - UKM3 Peringkat di MakkahPeringkat Pertama dan Kedua

Pertama: Allah telah mengutuskan nabi untuk semua golongan manusia dan memerintahkan nabi agar menyeru mereka kepada petunjuk dan agama yang betul. Nabi memulakan jihad dakwah secara rahsia selama 3 tahun dengan mengumpulkan pengikut serta mengerjakan solat pagi dan petang. Kemudian baginda mengembangkan jihad dakwah ke peringkat yang kedua melalui pengzahiran Islam serta seruan terhadap kaum kerabat terdekat. Kebenaran dan keadilan diperjuangkan. Begitulah nabi berdakwah di Makkah selama 13 tahun dengan penuh hikmah dan nasihat yang baik. Walau bagaimanapun, baginda dan kaum Muslimin terpaksa menghadapi kejahatan dan seksaan kaum Quraisy. Pelbagai penindasan dan sekatan dilakukan sehingga ada yang terpaksa berhijrah ke Habsyah dan ada yang mati kesakitan dan kelaparan. Namun, Allah tetap tidak mengizinkan nabi dan sahabat bertindak balas dengan kekasaran dan keburukan.Bentuk jihad yang diizinkan pada ketika itu hanya berjihad dengan Quran, hujah dan penerangan. [ 52 ].

Peringkat Ketiga

Nabi meneruskan jihad dakwah baginda ke peringkat yang ketiga iaitu menyebarkan Islam ke luar kota Makkah. Rasulullah pergi ke Taif serta menyebarkan Islam kepada kabilah-kabilah Arab yang berjiranan. Kemudian pada musim haji, rasulullah berdakwah kepada para haji sehingga mendapat penerimaan daripada sebilangan jemaah haji dari Madinah.

Hijrah ke Madinah

Apabila seksaan dan azab kaum Quraisy telah sampai ke kemuncak iaitu bermula dengan pembunuhan beberapa orang sahabat dan akhirnya mereka merancang untuk membunuh baginda sendiri. Maka Allah telah mengeluarkan perintah agar kaum Muslimin berhijrah dari Makkah ke Madinah. Maka Madinah yang dahulunya dikenali sebagai Yathrib telah bertukar menjadi ibu negara Islam yang pertama.

Provokasi Quraisy

Walaupun kaum Muslimin telah berhijrah meninggalkan Makkah, kaum Musyrikin belum sedar dari kesilapan mereka bahkan melonjak kemarahan mereka apabila mendapati para Muhajirin telah mendapat kehidupan yang stabil di Madinah. Lalu mereka bersekongkol dengan Abdullah bin Ubay bin Salul dan pengikutnya di Madinah untuk memerangi nabi. Akan tetapi perkara itu telah diketahui nabi dan mereka membatalkan hasrat itu. Setelah berlaku beberapa kali cubaan jahat oleh kaum Musyrik, Allah telah mengizinkan peperangan (al-qital) kepada kaum Muslimin sebagai jalan mempertahankan diri dan mengukuhkan penyebarkan dawah. Maka turun ayat yang pertama berkenaan peperangan. [ ..... 39 - 41 ].

Kefardhuan JihadPada tahun yang kedua Hijrah, Allah telah menfardukan peperangan apabila kaum Muslimin telah bertembung dengan tentera Quraisy di Badar. Firman Allah [ 216 ]

Marhalah JihadMarhalah jihad mempertahankan diriMarhalah Jihad membuka kawasan atau Negara (al-fath)

Marhalah Jihad Mempertahankan DiriGhazwah, Sariyyah dan Marakah

Ghazwah ialah operasi ketenteraan yang dihadiri nabi.Sariyyah ialah operasi ketenteraan yang tidak dihadiri nabi.Marakah ialah peperangan dua belah pihak secara umum.

1. Sariyyah Sayf al-Bahri (1H)Menyekat rombongan perdagangan Quraisy.2. Sariyyah Rabigh (1H)Menyekat rombongan perdagangan Quraisy3. Sariyyah al-Kharrar (1H)Menyekat rombongan perdagangan Quraisy4. Ghazwah al-Abwa @ Waddan (2H)Menyekat rombongan perdagangan Quraisy5. Ghazwah Buwat (2H)Menyekat rombongan perdagangan Quraisy6. Ghazwah Safawan @ Badar al-Awwal (2H)Mengejar angkatan tentera kecil Musrikin yang menyerbu lading ternak di Madinah7. Ghazwah Zhi al-Usyairah (2H)Menyekat rombongan perdagangan Quraisy yang keluar ke Syam dipimpin Abu Sufyan

8. Sariyyah Nakhlah (2H)Mengintip rombongan perdagangan Quraisy9. Ghazwah Badar al-Kubra (2H)Asalnya menyekat kafilah Quraisy yang pulang dari Syam namun akhirnya kaum Musyrikin menghantar bala tentera dari Makkah10. Ghazwah Bani Sulaym (2H)Bani Sulaym dan kabilah-kabilah Ghatafan mengumpulkan tentera untuk menyerang Madinah11. Ghazwah Bani Qaynuqa (2H)Yahudi melanggar perjanjian12. Ghazwah Uhud (3H)Quraisy membalas dendam13. Ghazwah Bani al-Nadhir (4H)Komplot Yahudi membunuh rasululullah14. Ghazwah Ahzab @ Khandaq (5H)Komplot pakatan musyrikin, munafik dan Yahudi menghancurkan Islam

Marhalah Pembukaan Kawasan1. Ghazwah Khaybar (7H)Sarang komplot dan markaz Yahudi menghancurkan Islam dengan bantuan musyrikin dan munafik2. Ghazwah Mutah (8H)Permulaan penaklukan Negara-negara Kristian. Bermula dengan pembunuhan ambassador Islam ke Busra oleh pemerintah wilayah Balqa iaitu Shurahbil.3. Ghazwah Fathu Makkah (8H)Quraisy dan sekutunya telah melanggar Perjanjian (sulhun) Hudaibiyyah4. Ghazwah Hunayn (8H)Golongan musyrikin yang tidak berpuas hati atas penaklukan Kota Makkah5. Ghazwah Tabuk (9H)Kaisar Rom melengkapkan bala tentera Rom dan Arab bagi melancarkan peperangan terhadap Islam.

5. Dakwah bi al-Tadwin- Dakwah ini bermaksud melakukan dakwah melalui penulisan atau penerbitan, sesuai dengan keperluan zaman global ini. Ianya boleh dilakukan menggunakan penulisan buku ilmiah, novel, karikatur, majalah, internet (blogs, FB, etc), dan apa sahaja bahan yang menggambarkan dakwah.

MarajiButi, Said Ramadhan, Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah. Beirut dan Damascus:Dar al-FikrAl-Mubarakafuri, Safiyyu al-Rahman, Al-Rahiq al-Makhtum. Kuala Lumpur: YADIMSabiq, Sayyid, Fiqh al-Sunnah. Cairo: Dar al-Fath

6. Dakwah bi al-Hikmah- Dakwah bentuk ini ialah dengan menyampaikan seruan dalam bentuk yang bijaksana, dapat diterima oleh al-madu dengan hati yang terbuka, tanpa rasa terpaksa dan tanpa ada tekanan. Secara umumnya, metode ini adalah persuasif dan melingkupi semua metode-metode yang telah dibahaskan.

SEKIAN, SELAMAT BERJIHAD.SEMOGA JUMPA LAGI.