hubungkait falsafah pendidikan kebangsaan dengan matlamat dan objektif sukatan pelajaran bahasa...

4
3.0 Hubung kait Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dengan Matlamat Dan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Secara umumnya, apabila kita bercerita tentang pendidikan atau sesuatu yang berkaitan dengan pendidikan, sememangnya ia tidak akan pernah lari daripada hasrat kerajaaan yang hendak dicapai menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Begitu juga dalam sukatan pelajaran. Dalam sukatan pelajaran, kandungan dan pembentukan sukatan pelajaran sendiri adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan mampu dicapai melalui pendidikan berpandukan kepada kandungan tersebut. Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan . Hal ini amat selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia , bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara. Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat. Selain itu,murid mampu 9

Upload: mohd-imm

Post on 13-Dec-2015

267 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

FPK

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungkait Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dengan Matlamat Dan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

3.0 Hubung kait Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dengan Matlamat Dan Objektif

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Secara umumnya, apabila kita bercerita tentang pendidikan atau sesuatu yang berkaitan

dengan pendidikan, sememangnya ia tidak akan pernah lari daripada hasrat kerajaaan

yang hendak dicapai menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Begitu juga dalam

sukatan pelajaran. Dalam sukatan pelajaran, kandungan dan pembentukan sukatan

pelajaran sendiri adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan hasrat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan mampu dicapai melalui pendidikan berpandukan

kepada kandungan tersebut.

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta

Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah

dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa

perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa

bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga

berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi

bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di

peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan . Hal ini

amat selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia , bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga masyarakat dan negara.

Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid

untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan

tatabahasa secara betul dan tepat. Selain itu,murid mampu mengungkapkan ilmu

9

Page 2: Hubungkait Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dengan Matlamat Dan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran

berfikir secara kritis dan kreatif.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan

kepada kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran

membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid

menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai

bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan

ilmu dan bagi tujuan rekreasi. Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan

kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan

murid. Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah

penting sebagai sokongan bagi memantapkan kemahiran berbahasa murid.

Seterusnya kita beransur kepada hubung kait Falsafah Pendidikan Kebangsaan

dengan matlamat dan objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Secara umumnya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan sememangnya mempunyai

perkaitan dengan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dari segi

matlamat dan objektifnya. Hal ini terjadi kerana penetapan matlamat dan objektif

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu adalah didasarkan kepada Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang hendak dicapai.

Mari kita lihat matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

yang berbunyi "Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk

melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk

memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian.”

Matlamat ini jelas kepada kita mempunyai hubung kait dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang disebutkan tadi.

Matlamat yang pertama itu dapatlah dikaitkan dengan proses “melengkapkan”

(equipping) pelajar dengan unsur-unsur asas bahasa, sementara matlamat kedua

10

Page 3: Hubungkait Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dengan Matlamat Dan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

berkaitan dengan proses “membolehkan” (enabling) pelajar menerapkan kemahiran

bahasanya dalam konteks komunikasi yang sebenarnya, yang meliputi kepelbagaian

konteks sosial, bidang dan keperluan.

Jika diperhatikan pula objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah

Rendah maka kita akan dapat menyatakan bahawa hubungkait antara kedua-duanya

amat jelas dimana semua objektifnya mengarahkan kepada melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Sebagai contoh marilah kita lihat antara

objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu iaitu memupuk minat membaca sebagai satu

amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan. Selain itu juga, Sukatan

Pelajaran Bahasa Melayu adalah untuk memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti,

pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan

menulis. Objektif seterusnya pula ialah mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis

penulisan kreatif dan kritis.

Berdasarkan objektif yang dikemukakan di atas, kita dapat mengaitkan bahawa

objektif pertama adalah sama pada ayat pertama dalam FPK iaitu “Pendidikan di

Malaysia ialah suatu usaha berterusan”. Melalui objektif ini juga menunjukkan perkaitan

yang jelas tentang sukatan pelajaran dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Jadi kesimpulannya, Sukatan Pelajaran adalah satu indikator untuk mencapai hasrat

kerajaan bagi memartabatkan sistem pendidikan di Malaysia.

11