hubungan sikap terhadap mata pelajaran sains … · penguasaan kosep asas sains pelajar tingkatan...

27
HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS DENGAN PENGUASAAN KONSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA JENNY WEE CHIN SIOK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: trinhthuy

Post on 30-Mar-2019

246 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · PENGUASAAN KOSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 ... statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi,

HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS DENGAN

PENGUASAAN KONSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA

JENNY WEE CHIN SIOK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · PENGUASAAN KOSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 ... statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: HUBUGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS DENGAN PENGUASAAN KOSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya JENNY WEE CHIN SIOK

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh ___________________ ________ ____________________________ _ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: SL 17, L1101, TAMAN YUNG SENG PH 1, JALAN PETANAK, PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN 96400 MUKAH, NAMA PENYELIA SARAWAK. Tarikh: _ ___ Tarikh:__ ___ ______________30 APRIL 2008 ______________30 APRIL 2008

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · PENGUASAAN KOSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 ... statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi,

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia Minor Matematik)”.

Tandatangan : ……………………………………….......................

Nama Penyelia : ................................................................................... PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN

Tarikh : ……………………………………….......................... 30 APRIL 2008

Page 4: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · PENGUASAAN KOSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 ... statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi,

HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS DENGAN PENGUASAAN KONSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA

JENNY WEE CHIN SIOK

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Kimia/Matematik)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

Page 5: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · PENGUASAAN KOSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 ... statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi,

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : .........................................................

Nama Penulis : ........................................................ JENNY WEE CHIN SIOK

Tarikh : ......................................................... 30 APRIL 2008

Page 6: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · PENGUASAAN KOSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 ... statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi,

iii

DEDIKASI

Kepada Tuhan yang Maha Esa dan Maha Kuasa,

Ayah dan ibu yang amat saya hormati,

Abang dan kakak saya yang amat saya kasihi.

Page 7: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · PENGUASAAN KOSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 ... statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi,

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia saya Prof.

Madya Aziz bin Nordin yang memberi tunjuk ajar dan dorongan sepanjang proses

menjalankan kajian ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada semua pensyarah

Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi pandangan dan nasihat kepada saya

dalam menjayakan kajain ini.

Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada pengetua, guru-guru

dan semua responden kajian iaitu pelajar-pelajar Tingkatan Dua dari Sekolah

Menengah Kebangasaan Three Rivers, Mukah, Sarawak yang telah bekerjasama

dalam proses mengutip data untuk kajian ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-

rakan saya yang sudi menbantu dan memberi nasihat serta tunjuk ajar kepada saya

bagi melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda.

Saya juga ingin berterima kasih kepada ayah, ibu, abang dan kakak yang

amat saya sayangi atas sokongan moral dan bantuan kewangan dalam menyiapkan

projek sarjana muda ini. Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima

kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak dalam memberikan

sokongan, cadangan dan sebagainya.

Page 8: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · PENGUASAAN KOSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 ... statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi,

v

ABSTRAK

Sikap dan penguasaan konsep asas sains merupakan satu perkara yang

penting dalam pembelajaran sains yang berterusan. Kajian diskriptif ini bertujuan

untuk mengukur tahap sikap terhadap sains di kalangan 107 orang pelajar Tingkatan

Dua di sebuah sekolah di kawasan Mukah, Sarawak. Kajian ini juga mengukur

hubungan antara sikap dan penguasaan konsep asas sains di kalangan pelajar. Di

samping itu, kajian ini juga melihat sama ada terdapat perbezaan sikap terhadap sains

dan penguasaan konsep asas sains berdasarkan jantina. Aspek sikap yang dikaji

adalah minat dan persepsi pelajar terhadap sains. Manakala, aspek konsep asas sains

yang diuji adalah berdasarkan topik-topik yang telah dipelajari semasa Tingkatan

Satu. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik dengan

kebolehpercayaan α = 0.918. Dua jenis statistik digunakan dalam kajian ini iaitu

statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi, peratusan dan sisihan piawai

manakala statistik inferensi menggunakan kolerasi Pearson dan ujian-t. Keputusan

kajian mendapati bahawa pelajar Tingkatan Dua mempunyai minat (57.9%) dan

persepsi (72.0%) yang tinggi terhadap sains (65.4%) dan tahap penguasaan konsep

asas sains yang sederhana (43.9%). Selain itu, hasil kajian juga mendapati bahawa

terdapat hubungan yang signifikan antara minat dan persepsi dengan penguasaan

konsep asas sains. Manakala, hasil kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang

signifikan antara sikap dan tahap penguasaan konsep asas sains berdasarkan jantina.

Page 9: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · PENGUASAAN KOSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 ... statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi,

vi

ABSTRACT

The attitude and mastery of basic concept is an important matter in continuos

learning of science. The aim of this descriptive study is to determine the attitude of

107 Form Two students towards science in Mukah, Sarawak. This study also

identified the relationship between attitude and mastery level of science basic

concept among students. In addition, this study was also looking towards the

differences between attitude and mastery level of science basic concept bsed on

gender. The aspect of students’ attitude towards science is tested according to

interests and perception. The science basic concept includes the topics being learned

by students during Form One. The instrument used in this study is a questionnaire

with reliability α = 0.918. There are two kinds of statistic used viz descriptive

statistic and inference statistic. Descriptive statistic was used to obtain mean,

frequency, percentage and standard deviation while inference statistic used is

Pearson Correlation and t-test. The findings of the study mentioned that as a whole,

Form Two students are highly interested (57.9%) and have good perception (72.0%)

on science. The mastery level of students’ science basic concept is moderate

(43.9%). Apart from that, findings of the study also found that there is significant

relationship between students’ interest and perception towards science with mastery

level of science basic concept. The finding of this study showed that there is no

significant difference between attitude and mastery level of science basic concept

among male and female students.

Page 10: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · PENGUASAAN KOSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 ... statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi,

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Hipotesis Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Kepentingan Kajian 10

1.9 Definisi Operasional 11

1.9.1 Sains 12

1.9.2 Sikap 12

1.9.3 Minat 13

Page 11: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · PENGUASAAN KOSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 ... statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi,

viii

1.9.4 Persepsi 13

1.9.5 Proses Pengajaran 14

1.9.6 Proses Pembelajaran 14

1.9.7 Penguasaan 14

1.9.8 Pencapaian 15

1.10 Penutup 15

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 16

2.1 Pengenalan 16

2.2 Konsep Pengajaran Dan Pembelajaran 16

2.3 Konsep Sikap 18

2.3.1 Konsep Minat 20

2.3.2 Konsep Persepsi 21

2.4 Kajian-kajian Lepas Mengenai Sikap

(Minat dan Persepsi) 22

2.5 Penguasaan 26

2.6 Penutup 30

BAB 3 METODOLOGI 31

3.1 Pengenalan 31

3.2 Reka Bentuk Kajian 31

3.3 Pensampelan Dan Tempat Kajian 32

3.4 Instrumen Kajian 32

3.4.1 Bahagian A 33

3.4.2 Bahagian B 33

3.4.3 Bahagian C 34

3.5 Kajian Rintis 34

3.6 Prosedur Kajian 35

3.7 Analisis Data 36

3.8 Penutup 38

BAB 4 ANALISIS DATA 39

4.1 Pengenalan 39

4.2 Latar Belakang Responden 39

Page 12: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · PENGUASAAN KOSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 ... statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi,

ix

4.2.1 Taburan Responden Mengikut

Kelas 40

4.2.2 Taburan Responden Mengikut

Jantina 40

4.2.3 Taburan Responden Mengikut

Bangsa 41

4.2.4 Taburan Respoden Mengikut

Keputusan Peperiksaan Sains 41

4.3 Sikap Terhadap Sains 42

4.3.1 Taburan Responden Mengikut

Minat Terhadap Sains 43

4.3.2 Taburan Responden Mengikut

Persepsi Terhadap Sains 45

4.3.3 Taburan Responden Secara

Keseluruhan Mengenai Sikap 46

Terhadap Sains

4.4 Penguasaan Konsep Asas Sains 47

4.4.1 Taburan Responden Bagi

Bahagian A 47

4.4.2 Taburan Responden Bagi

Bahagian B 48

4.4.3 Taburan Responden Bagi

Bahagian C 49

4.4.4 Taburan Responden Secara

Keseluruhan Mengenai

Penguasaan Konsep Asas

Sains 49

4.5 Analisis Hipotesis Kajian 50

4.5.1 Hubungan Antara Minat

Terhadap Sains Dengan

Penguasaan Konsep Asas

Sains 50

Page 13: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · PENGUASAAN KOSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 ... statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi,

x

4.5.2 Hubungan Antara Persepsi

Terhadap Sains Dengan

Penguasaan Konsep Asas

Sains 51

4.5.3 Perbezaan Minat Terhadap

Sains Berdasarkan Jantina 52

4.5.4 Perbezaan Persepsi Terhadap

Sains Berdasarkan Jantina 53

4.5.5 Perbezaan Penguasaan

Konsep Asas Sains

Berdasarkan Jantina 53

4.6 Penutup 54

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 56

5.1 Pengenalan 56

5.2 Rumusan Kajian 56

5.3 Perbincangan 58

5.3.1 Sikap Pelajar Terhadap Sains 58

5.3.2 Hubungan Sikap Pelajar

Terhadap Sains Dengan

Penguasaan Konsep Asas

Sains 59

5.3.3 Perbezaan Antara Sikap

Pelajar Terhadap Sains Dan

Penguasaan Konsep Asas

Sainsn Berdasarkan Jantina 60

5.4 Cadangan Tindakan 60

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 62

5.6 Penutup 64

RUJUKAN 65

LAMPIRAN A 77

Page 14: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · PENGUASAAN KOSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 ... statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi,

xi

LAMPIRAN B 88

LAMPIRAN C 89

LAMPIRAN D 91

Page 15: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · PENGUASAAN KOSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 ... statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi,

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Item Mengikut Aspek Sikap Terhadap Sains 33

3.2 Taburan Item 36

3.3 Skor Bagi Item Positif 36

3.4 Tahap Minat, Persepsi dan Sikap Terhadap Sains

Berdasarkan Min Skor 37

3.5 Tahap Penguasaan Konsep Asas Sains 37

3.6 Tahap Pencapaian Dengan Gred 38

4.1 Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Kelas 40

4.2 Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 40

4.3 Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 41

4.4 Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut

Keputusan Peperiksaan Sains 42

4.5 Taburan Kekerapan (Dan Peratusan) Dan Min

Mengikut Minat Terhadap Sains 43

4.6 Taburan Kekerapan (Dan Peratusan) Dan Min

Mengikut Persepsi Terhadap Sains 45

4.7 Kekerapan Dan Peratusan Responden dalam Aspek

Minat dan Persepsi Terhadap Sains 46

4.8 Kekerapan Dan Peratusan Responden Berdasarkan

Sikap Terhadap Sains 47

4.9 Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Bahagian A 48

4.10 Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Bahagian B 48

4.11 Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Bahagian C 49

4.12 Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengenai

Page 16: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · PENGUASAAN KOSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 ... statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi,

xiii

Pengetahuan Konsep Asas Sains 49

4.13 Analisis Korelasi Antara Minat Terhadap Sains

Dengan Penguasaan Konsep Asas Sains 50

4.14 Analisis Korelasi Antara Persepsi Terhadap Sains

Dengan Penguasaan Konsep Asas Sains 51

4.15 Analisis Ujian-t Bagi Minat Terhadap Sains

Antara Pelajar Lelaki Dengan Pelajar Perempuan 52

4.16 Analisis Ujian-t Bagi Persepsi Terhadap Sains

Antara Pelajar Lelaki Dengan Pelajar Perempuan 53

4.17 Analisis Ujian-t Bagi Penguasaan Konsep Asas

Sains Antara Pelajar Lelaki Dengan Pelajar

Perempuan 54

Page 17: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · PENGUASAAN KOSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 ... statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi,

xiv

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN NAMA PENUH

AAAS American Association for the Advancement of Science

BPPDP Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

EPRD Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan

E-V Expectancy-Value

FPN Falsafah Pendidikan Negara

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

IAEP International Assessment of Educational Progress

MAOS Multidimensional Achievement Orientation Scale

MPCL Mooney Problem Check List

SES Social economy status

SPSS Statistical Packages for Social Science

STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

TED Lowa Test of Educational Development

TIMSS Trends in International Mathematics and Science Study

UKM Universiti Kebangsaan Malaysia

UMNO United Malay National Organisation

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · PENGUASAAN KOSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 ... statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi,

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 77

B Surat Pengesahan Diri Pelajar 88

C Surat Pengesahan EPRD 89

D Surat Pengesahan Soal Selidik 91

Page 19: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · PENGUASAAN KOSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 ... statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi,

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pembangunan sains dan teknologi ke arah membolehkan negara menjadi

maju sepenuhnya di mana semua warga negara hidup dalam keadaan aman, selesa,

bersih dan moden merupakan wawasan hidup masyarakat abad ke-21. Malaysia

mempunyai wawasan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Wawasan 2020 adalah testimoni yang nyata mengenai matlamat, sasaran dan

peranan yang harus dimainkan oleh pihak kerajaan, badan-badan berkanun, badan

bukan kerajaan, pihak swasta dan lain-lain agensi.

Bagi merealisasikan hasrat ini, ramai tenaga manusia yang mempunyai

kepakaran dalam bidang sains dan teknologi diperlukan. Kita memerlukan

warganegara yang bersifat kritis, kreatif dan berketerampilan yang mengamalkan

budaya sains dan teknologi. Warganegara yang berbudaya sains dan teknologi

mempamerkan ciri-ciri seperti celik sains, bersifat terbuka, bersemangat ingat tahu

dan ingin mencuba, menghargai sumbangan sains dan teknologi, membuat

keputusan berdasarkan fakta yang nyata, menghargai keseimbangan alam,

mempunyai iltizam, dan kesanggupan untuk menyumbang kepada kemajuan sains

dan teknologi.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan nisbah 60:40 iaitu 60%

pelajar dalam bidang sains dan teknikal dan 40% pelajar dalam bidang sastera

Page 20: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · PENGUASAAN KOSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 ... statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi,

2

merupakan salah satu contoh kesungguhan kerajaan untuk membangunkan wawasan

itu. Pada tahun 2000, kedudukan nisbah ini menunjukkan pencapaian dasar ini

masih jauh daripada sasarannya. Hanya terdapat 27.7% sahaja pelajar yang

menceburi diri dalam jurusan sains dan teknikal sementara yang selebihnya dalam

jurusan sastera. Perkara sedemikian berlaku disebabkan kurangnya minat pelajar

terhadap bidang sains dan teknikal. Pencapaian ini masih jauh daripada sasaran

Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mencapai 60% pelajar dalam jurusan sains

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang dilaksanakna dalam

sistem pendidikan sekarang telah bermula sejak 1989 bagi pelajar Tingkatan Satu

dalam mata pelajaran Sains adalah hasil kesinambungan daripada Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah dilaksanakan sejak 1982 di 103

buah sekolah dan keseluruhannya pada tahun 1983. KBSR dan KBSM seharusnya

dapat melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan dengan mengembangkan

potensi mereka secara menyeluruh serta memupuk nilai-nilai murni yang diterapkan

dalam semua mata pelajaran KBSM, demi mencapai kesepaduan dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani di kalangan pelajar seperti yang termaktub dalam

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) (Mok Soon Sang, 2002). Falsafah Sains Negara

menyatakan pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya sains dan teknologi

dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetatif,

dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan

berketerampilan teknologi. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sama ada di

makmal, di bilik darjah ataupun di luar bilik darjah seharusnya dapat menjana

pemikiran pelajar ke arah minda yang kreatif, inovatif dan produktif.

Kurikulum Sains bagi sekolah menengah dicorakkan untuk menyediakan

pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran sains, menguasai kemahiran dan strategi

berfikir demi membolehkan mereka menyelesaikan masalah serta membuat

keputusan dalam kehidupan harian (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002).

Sains merupakan satu mata pelajaran yang menjadi wadah untuk menjana individu

yang berketerampilan dan berakhlak mulia serta bertanggungjawab mengurus alam

dan sumbernya demi kesejahteraan manusia dan keharmonian alam (Lee Shok Mee,

Page 21: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · PENGUASAAN KOSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 ... statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi,

3

1994). Menurut Fong Chan Onn (1999), usaha untuk mempopularkan sains di

kalangan orang ramai telah menjadi agenda negara sebagai satu strategi yang

memastikan matlamat itu dicapai menjelang tahun 2020.

Sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap

saintifik dan nilai murni. Apabila pelajar dibimbing untuk menghubungkaitkan

fakta dengan konsep, membuat pengitlakan, mengaitkan pembelajaran baru dengan

ilmu yang sedia ada serta mengaplikasikann ilmu ini dalam kehidupan harian, ilmu

pengetahuan sains akan menjadi lebih bermakna kepada mereka. Sains juga

merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian

masalah. Ia memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar yang

melibatkan strategi berfikir, kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Penerapan

sikap saintifik dan nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan

secara berterusan sepanjang pelajaran. Pendidikan dapat menyediakan ahli-ahli

masyarakat supaya berguna kepada diri sendiri dan dapat memberikan sumbangan

untuk pembangunan masyarakat itu (Atan, 1988).

Sikap seringkali dikaitkan dengan pencapaian pelajar dalam persekolahan

mereka. Guru yang dapat memahami sikap pelajar terhadap mata pelajaran yang

diajari dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran

pelajar. Guru dapat merancangkan strategi atau kaedah pengajaran yang

bersesuaian demi mengubah sikap pelajar. Ini secara lansung dapat meningkatkan

tahap penguasaan pelajar yang seterusnya membawa kepada pencapaian yang

cemerlang. Menurut Alias Baba (1997), prestasi pelajar lelaki lebih baik

dibandingkan dengan pelajar perempuan, pelajar bukan Melayu berprestasi lebih

baik daripada pelajar Melayu, golongan yang berlatar belakang sosio-ekonomi

(SES) tinggi mempunyai prestasi yang lebih baik berbanding dengan yang miskin

dan mempunyai SES yang rendah. Terdapat perbezaan bagi pecapaian pelajar

dalam mata pelajaran Sains di kalangan pelajar di sekolah bandar dan luar bandar, di

sekolah kebangsaan dengan jenis kebangsaan dan yang mempunyai guru terlatih

yang berpengalaman dengan yang baru mengajar (Jamil Ahmad, 1993).

Page 22: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · PENGUASAAN KOSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 ... statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi,

4

Masalah yang sering timbul di kalangan pelajar dalam pembelajaran sains

ialah pemahaman konsep yang lemah dan tidak berminat dengan pengajaran guru

(Saniah, 2000). Merujuk kepada Teori pelaziman operan Thorndike, tingkah laku

dipelajari melalui rangsangan. Maksudnya, proses pengajaran dan persembahan

yang berkesan mampu memupuk minat pelajar terhadap subjek tersebut. Demi

tujuan ini, guru perlu mempelbagaikan kaedah atau sumber pengajaran yang

menarik. Oleh itu, guru seharusnya lebih kreatif, inovatif dan berani

mempelbagaikan kaedah pengajaran yang menarik minat pelajar terhadap ilmu yang

disampaikan (BPPDP, 1996). Menurut Abu Hassan (2003), kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang pelbagai mempengaruhi sikap pelajar terutamanya dari segi minat

dan motivasi pelajar terhadap sains justeru mempengaruhi pencapaian mereka.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran tersebut boleh dilaksankan melalui

pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan,

simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan.

Oleh demikian, kajian tentang penguasaan konsep asas pelajar dalam mata

pelajaran Sains melalui proses pengajaran dan pembelajaran adalah perlu dengan

harapan dapat mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi peningkatan

kefahaman dan pencapaian sains pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan masa sekarang membolehkan pelajar bersedia menerima cabaran

dan desakan dalam alam pekerjaan masa depan dan juga dalam kehidupan harian.

Oleh demikian, pelajar bukan sahaja memerlukan ilmu pengetahuan malah juga

memerlukan kemahiran berkomunikasi, penyelesaian masalah dan pemikiran kreatif

pada masa akan datang. Maka, sains diperkenalkan di sekolah dengan matlamat

untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek ilmu, kemahiran dan nilai.

Sejak penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik

pada 2003, pelajar luar bandar hilang keyakinan manakala guru semakin tertekan.

Page 23: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · PENGUASAAN KOSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 ... statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi,

5

Dakwaan ini dibuat berdasarkan satu kajian yang diterima UMNO Johor. Kajian

tersebut mendedahkan 8886 individu membabitkan pelajar luar bandar dan guru dari

242 buah sekolah menengah di seluruh negara mengalami keadaan berkenaan.

Kefahaman pelajar terhadap dua mata pelajaran itu semakin merosot dan keputusan

peperiksaan pula merudum (Berita Harian, 2006).

Dilihat kepada hasil kajian penyertaan pelajar-pelajar Malaysia berbanding

dengan pelajar-pelajar dari 44 buah negara dalam Trends in International

Mathematics and Science Study (TIMSS) (Mullis et al., 2004). Pada tahun 2003,

bagi Sains, pelajar Malaysia mencapai skor purata 510, melebihi skor purata

antarabangsa iaitu 474 (Martin et al., 2004). Daripada kajian ini, didapati Malaysia

menduduki tempat ke-19 daripada 44 buah negara yang mengambil bahagian.

Pelajar adalah elemen yang selalu dilihat prestasinya dan penting dalam

menentukan kejayaan sesuatu pembelajaran. Pencapaian pelajar dalam peperiksaan

selalu dihubungkaitkan dengan kejayaan atau kegagalan persekolahan seseorang

pelajar. Minat dan kecenderungan memainkan peranan yang penting untuk

mempengaruhi pencapaian pembelajaran seseorang (Abu Zahari, 1987). Sikap dan

nilai positif seperti minat, bersifat ingin tahu, rajin, yakin dan berdikari dan

sebagainya yang dipupuk dalam pembelajaran adalah penting untuk mempengaruhi

pelajar bersedia belajar dan seterusnya meningkatkan tahap penguasaan pelajar

dalam pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains,

penerapan sikap saintifik dan nilai murni harus berlaku secara berterusan sepanjang

pelajaran sama ada secara bersahaja atau secara terancang.

Ramai guru akan menyoal tentang masa untuk menghabiskan sukatan

pelajaran yang disarankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Menurut Putit

(1992) dalam kertas kerjanya, menyatakan peruntukan masa yang tidak mencukupi

dalam pembelajaran sains merupakan salah satu masalah dalam pendidikan sains di

Malaysia. Peruntukan masa lima waktu seminggu untuk sains di sekolah adalah

tidak mencukupi. Guru terpaksa membuat pilihan sama ada hendak memastikan

pelajar memahami apa yang dipelajari atau hanya menghabiskan sukatan pelajaran

tanpa kefahaman yang mendalam.

Page 24: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · PENGUASAAN KOSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 ... statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi,

6

Pelajar masing-masing bertangungjawab terhadap pembelajarannya. Peranan

guru adalah untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mengalakkan inkuiri

penemuan kendiri di kalangan pelajar. Jika isu atau masalah yang dikemukakan oleh

seorang guru itu relevan dan diminati pelajar, maka penglibatan pelajar dalam

pembelajaran terjamin. Brooks dan Brooks (1993), menuntut bahawa ‘kesudian

pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran bergantung kepada minat

dan persepsi terhadap peringkat kemampuan kendirinya’.

Proses penilaian sepatutnya menghubungkaitkan guru dan pelajar dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Lazimnya, guru tradisi hanya melihat matlamat

penilaian untuk mengukur tahap pencapaian pelajar. Tetapi, penilaian seharusnya

dapat memberi maklum balas kepada guru dan pelajar supaya masing-masing dapat

meningkatkan prestasi pengajaran pembelajaran. Mengemukakan soalan sempit dan

tertutup tidak memberi peluang kepada guru untuk mengesan apa yang berlaku

dalam minda pelajar. Kreativiti dan keberanian menanggung risiko intelek di

kalangan pelajar tidak dapat dipupuk, digalakkan dan disokong oleh guru. Cadangan

yang menarik dibuat oleh Newman, Griffin dan Cole (1989) di mana guru diberikan

tugasan kepada pelajar bukan hanya untuk menentukan gagal atau lulus bagi pelajar-

pelajarnya tetapi untuk memerhati, meninjau dan menganalisis mengenai sejauh

mana dan bagaimanakah guru perlu membimbing pelajar sehingga berjaya

melaksanakan tugasan pembelajaran yang diberi dengan sempurna.

Dalam menentukan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tertentu, sikap

pelajar terhadap mata pelajaran berkenaan adalah penting. Pelajar yang bersikap

positif terhadap sesuatu mata pelajaran seperti Sains akan lebih bersedia untuk

belajar dan seterusnya meningkatkan pembelajaran masing-masing. Sikap boleh

diambil kira sebagai sebahagian daripada cara untuk meramal penyesuaian pelajar

dalam kurikulum sekolah termasuklah pencapaian mereka dalam bilik darjah

(Rammers dan Gage, 1943).

Kajian ini perlu dijalankan bagi mengenal pasti sikap pelajar terhadap mata

pelajaran Sains, termasuklah minat dan persepsi pelajar terhadap sains. Diharapkan

kajian ini dapat menjadi panduan kepada guru untuk memperbaiki pengajaran ke

Page 25: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · PENGUASAAN KOSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 ... statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi,

7

arah yang lebih menarik minat pelajar dan seterusnya memperkukuhkan pemahaman

dan penguasaan pelajar dalam pembelajaran sains.

1.3 Pernyataan Masalah

Sejak kebelakangan ini, sering didengari bahawa terdapat kemerosotan mata

pelajaran Sains di kalangan pelajar. Kemerosotan ini sering dikaitkan dengan sikap

pelajar seperti kurang berminat atau menganggapkan sains sukar, sangat kompleks,

rumit dan susah difahami dan berasa takut semasa mempelajari sains serta persepsi

negatif yang lain. Mereka tidak mampu mengaitkan apa yang dipelajari dengan

perkara-perkara yang berlaku dan terdapat di sekeliling mereka (Mohamad, 1999).

Bagi pelajar, sains adalah sukar untuk difahami menyebabkan pelajar tidak memberi

perhatian dalam kelas. Oleh itu, pelajar tidak dapat menerima apa yang guru

sampaikan dalam kelas. Lama-kelamaan, pelajar akan berasa sains merupakan

sesuatu yang semakin susah dan hilang minat untuk mempelajari sains. Kajian yang

dijalankan ini ialah untuk melihat sejauh manakah persoalan sikap mempunyai kesan

tertentu terhadap pelajar. Sikap berkenaan akan dilihat dari aspek minat pelajar di

mana pelajar bersemangat untuk belajar sains dan aspek persepsi pelajar terhadap

sains. Kedua-dua aspek ini kemudian dihubungkan dengan tahap penguasaan konsep

asas sains pelajar bagi mendapat jawapan kepada pertalian antara pembolehubah-

pembolehubah berkenaan. Kajian ini akhirnya cuba mendapat jawapan sejauh

manakah sikap terhadap pelajaran boleh dijadikan faktor mempengaruhi prestasi

mereka di sekolah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat

meningkatkan minat murid terhadap sains. Pelajaran sains yang tidak menarik akan

membosankan murid dan seterusnya mempengaruhi penguasaan dalam sains.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

Page 26: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · PENGUASAAN KOSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 ... statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi,

8

i. Mengenal pasti minat pelajar Tingkatan Dua terhadap mata pelajaran

Sains.

ii. Mengenal pasti persepsi pelajar Tingkatan Dua terhadap mata pelajaran

Sains.

iii. Mengenal pasti hubungan sikap terhadap mata pelajaran Sains dengan

penguasaan konsep asas sains pelajar Tingkatan Dua.

iv. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan sikap terhadap sains

berdasarkan jantina di kalangan pelajar Tingkatan Dua.

v. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan penguasaan konsep asas

sains berdasarkan jantina di kalangan pelajar Tingkatan Dua.

1.5 Persoalan Kajian

Antara persoalan kajian yang dikemukakan ialah:

i. Adakah pelajar Tingkatan Dua berminat terhadap mata pelajaran Sains?

ii. Apakah persepsi pelajar Tingkatan Dua terhadap mata pelajaran Sains?

iii. Adakah terdapat hubungan antara minat pelajar terhadap mata

pelajaran Sains dengan penguasaan konsep asas sains pelajar Tingkatan

Dua?

iv. Adakah terdapat hubungan antara persepsi pelajar terhadap mata

pelajaran Sains dengan penguasaan konsep asas sains pelajar Tingkatan

Dua?

v. Adakah terdapat perbezaan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains

berdasarkan jantina di kalangan pelajar Tingkatan Dua?

Page 27: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · PENGUASAAN KOSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 ... statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi,

9

vi. Adakah terdapat perbezaan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran

Sains berdasarkan jantina di kalangan pelajar Tingkatan Dua?

vii. Adakah terdapat perbezaan tahap penguasaan konsep asas Sains

berdasarkan jantina di kalangan pelajar Tingkatan Dua?

1.6 Hipotesis Kajian

i. Hipotesis Nol 1

Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara minat terhadap Sains

dengan penguasaan konsep asas Sains pelajar Tingkatan Dua.

ii. Hipotesis Nol 2

Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara persepsi terhadap

sains dengan penguasaan konsep asas sains pelajar Tingkatan Dua.

iii. Hipotesis Nol 3

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara minat terhadap sains

berdasarkan jantina di kalangan pelajar Tingkatan Dua.

iv. Hipotesis Nol 4

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi terhadap

sains berdasarkan jantina di kalangan pelajar Tingkatan Dua.

v. Hipotesis Nol 5

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap penguasaan

konsep asas sains berdasarkan jantina di kalangan pelajar Tingkatan

Dua.