sikap terhadap sains dalam kalangan pelajar sains

Upload: kamariah-ismail

Post on 09-Apr-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Sikap Terhadap Sains Dalam Kalangan Pelajar Sains

    1/15

    Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 14(2): 131-147 (2006) ISSN: 0128-7702 Universiti Putra Malaysia Press

    Sikap Terhadap Sains dalam Kalangan Pelajar Sainseli Peringkat Menengah dan Matrikulasi

    ZANATO I-ij. IKSAN, LILIA HALIM & KAMISAH OSMANFakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

    43600 UKM, Bangi., Selangor, MalaysiaKata kunci: Pelajar Sains, peringkat menengah, matrikulasi, sikap

    ABSTRAKKekurangan penglibatan pelajar dalam aliran Sains di peringkat sekolah dan universiti merupakansatu fenomena yang dibimbangi oleh semua pihak. Kajian mengenai sikap pelajar terhadap Sainsmungkin dapat menawarkan penjelasan kepada masalah pelajar yang sering mengasingkan diridaripada penglibatan dalam mata pelajaran Sains. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana sikap terhadap Sains dalam kalangan pelajar berdasarkan peringkat pendidikan. Kajiandilakukan secara tinjauan dengan menggunakan soa l sel idik yang dibina hasil daripadapengubahsuaian instrumen dengan memperoleh nilai kebolehanpercayaan 0.70. Seramai 493pelajar dari Tingkatan 2, 4 dan Matrikulasi telah menjawab soal selidik mengenai sikap terhadapSains. Soal selidik mengenai sikap terhadap Sains yang terdiri daripada 48 i tem adalah bersi fa tmultidimensi (iaitu persepsi terhadap guru Sains, kerisauan terhadap Sains, kepentingan SainsdaJam masyarakat, konsep kendiri dalam Sains, keseronokan daJam Sains dan motivasi daJamSains). Dapatan kajian menunjukkan dimensi sikap pelajar terhadap konsep kendiri daJam Sainsdan motivasi dalam Sains perlu diberi lebih perhatian jika dibandingkan dengan dimensi sikapyang lain. Kedua-dua dimensi ini juga merupakan peramal kepada penglibatan pelajar dalambidang Sains seterusnya di peringkat peringkat pendidikan tinggi mahupun dalam kehidupanseharian sebagai ahli masyarakat.

    ABSTRACTThe lack of students' participation in the field of Science at both school and university levels isa concern for all parties. Attitude research might have something to o ffer in providing possibleexplanation for the persisting problem of the alienation of students from Science. This studyaims to determine the level of students' attitudes towards Science according to educational levels.A set of questionnaire was used in this survey. The questionnaire was adapted and its reliabilityis 0.70. A total of 493 students of Forms 2 and 4, and matriculation responded to thequestionnaires on attitudes towards Science. The questionnaire has 48 items and it is multi-dimensional (i.e. perception towards Science teachers, anxiety towards Science, value of Sciencein society, self concept , enjoyment and motivation in Science). The findings indicated thatstudents' self concept and motivation in Science require further at tention compared to the otherdimensions of attitudes towards Science. Both dimensions are predictors to students' involvementin Science at higher educational level and the society in the future.

    PENDAHULUANBerlandaskan kepada cabaran keenam dalamc abar an s tr ate gi k Wawasan 2020, FalsafahPendidikan Sains Negar a dan Misi PendidikanSains, boleh disimpulkan bahawa ketiga-tiganyamenekankan ke arah melahirkan masyarakatberliterasi ser ta membudayakan Sains dalam

    setiap niche dan dimensi kehidupan. MenurutHarlen (1996), l iterasi Sains yang dimiliki olehseseorang digambarkan dengan k emampuanmelihat dan mengkaji sesuatu secara saintifik danmelihat sarna ada penerangan mengenai sesuatufenomena berasaskan bukti ataupun sebaliknya.Seorang yang berliterasi Sains turut menyedari

  • 8/8/2019 Sikap Terhadap Sains Dalam Kalangan Pelajar Sains

    2/15

    Zanaton Hj. Iksan, Lil ia Halirn & Kamisah Osman

    terkini khususnya yang berkaitan dengan sikapterhadap Sains, Osborne et al. (1998)menurnpukan kepada tiga dimensi utama iaitu:i) sikap terhadap Sains di dalam masyarakat(attitudes to science in society), ii) s ikap terhadapmata pelajaran Sains (attitudes to school science)dan iii) sikap terhadap karier yang berhubungandengan Sains (attitudes to scientific career).Tegasnya dimensi sikap terhadap Sains yangditumpukan oleh Osborne et al. (1998) turuttermasuk antara aspek sikap terhadap Sainsseperti yang digagaskan oleh Fraser (1982), yangkemudiannya direalisasikan sebagai Test ofScienceRelated Attitude atau leb ih d ikenal i denganakronim (TOSRA). Selain daripada t iga aspekutama di atas, TOSRA juga turut memuatkankecenderungan terhadap: i) inkuiri secarasaintifik, ii) normaliti yang dimiliki oleh seorangsaintis, iii) aspek-aspek yang diperlukan untukmenjadi seorang yang saintifik, iv) Sains sebagaiaktiviti r iadah. Secara implisit, konsepsi sikapterhadap Sains seper ti yang digagaskan olehFraser (1982) ditunjangi oleh konsepsi trilogisikap seperti yang telah dibincangkan sebelumini. Oleh kerana, dimensi yang terkandung dalamTOSRA mencampuradukkan ketiga-tigakomponen sikap (kognitif, afektif dan tingkahlaku), pemerhatian dan pertimbangan yangwajarperlu dilakukan oleh individu yang inginmenggunakan TOSRA agar miskonsepsi yangsering kali menggagalkan kajian-kajian sikapterhadap Sains dan seumpamanya tidak berlakulagi lantas general isasi yang diberikan tidakmencatatkan senario semasa pendidikan Sains,sama ada di peringkat tempatan mahupunantarabangsa.

    Banyak kajian lepas yang bersangkutandengan sikap terhadap Sains. Realitinya, secaradeskriptif, ramai pengkaji yang telah mengenalpasti sikap terhadap Sains bagi pelajar yangpelbagai latar belakang atau demografi antaranyaperingkat umur atau t ingkatan (Francis danGreer 1999),jantina (Siti Rahayah 1988; Francisdan Greer 1999), kebolehan pelajar, sosioekonomi (Siti Rahayah 1988), saiz kelas, sekolah,sekolah, kumpulan etn ik (Siti Rahayah 1988)dan sebagainya. Dalam pada itu, konstruk sikapterhadap Sains ini juga ser ing kali dikaitkandengan beberapa pembo lehubah bers andarkhususnya pencapaian (Catherine dan Nicholas1998), kecerdasan, pemilihan kerjaya dansebagainya.

    PERMASALAHAN KAJIANKebelakangan ini, nampaknya minat pelajarterhadap Sains semakin menurun di Malaysia.Pemingiran mata pelajaran Sains, khususnyadalam kalangan pelajar peringkatmenengah atasmerupakan satu masalah yang serius kepadasebuah negara yang pesat membangun khususnyaMalaysia. Rubungan yang nyata dan signifikanbagi perrnasalahan penurunan minat terhadapSains dan pengurangan mereka yang akanmenceburkan diri dalam keIjaya yang berkaitandengan bidang Sains merupakan satu isu yangperlu ditangani segera. In i adalah kerana dalamrealiti dunia tanpa sempadan masa kini,keupayaan menghasilkan sumber tenaga manusiayang mampu menyumbang serta berdaya saingsering kali digunakan sebagai petunjukkemandirian sesebuah negara atau bangsa.]usteru, dalam menyediakan sumber tenagamanusia yang mencukupi ser ta memilikikemahiran yang diperlukan, kesediaan pelajaruntuk menyertai bidang Sains perludipertingkatkan dan penguasaan kognitif pelajardalam disiplin tersebut perlu diperbaiki agarkenyataan misi Wawasan 2020 dapatdirealisasikan.

    Pelbagai pandangan telah diutarakan untukmenjelaskan fenomena penurunan minat pelajarterhadap Sains, antaranya seperti yang dilaporkanoleh Razila (1998) ia itu pelajar menganggapbahawa mata pelajaran Sains bukan sahajamembosankan tetapi terlalu abstrak. Selain itupelajar juga beranggapan bahawa keIjaya Sainstidak membawa kepada pekerjaan sertapendapatan yang lumayan. Ringkasnya, perspesiyang ditunjukkan oleh pelajar terhadap Sainsadalah terlalu negatif atau rendah. Pelbagai usahatelah dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawablagi p riha tin t erut amanya Kemen terianPendidikan untuk menangkis sikap negatifpelajar terhadap Sains dan seterusnya berusahasedaya upaya dengan pelbagai perubahan danaktiviti bagi menambahkan bilangan pelajardalam aliran Sains. Antaranya, memperkenalkanmata pelajaran Sains dari peringkat awal iaitukepada pelajar Tahun Satu mulai 2002. Aktivitimengadakan pameran daripada pelbagai pihakbagi memupuk kesedaran dan minat dalam Sains.

    Namun demikian, menurut Rani (2001),masyarakat Malaysia banyak bersifat nomatif iaitubudaya 'buat ini salah, itu salah, jangan buatitu'. Tambahan lagi, dalam masyarakat Malaysia,kanak-kanak telah ditanamkan dengan nilai-nilai

    134 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006

  • 8/8/2019 Sikap Terhadap Sains Dalam Kalangan Pelajar Sains

    3/15

    Sikap Terhadap Sains dalam Kalangan Pelajar Sains di Peringkat Menengah dan Matrikulasi

    muka "face value" (Yeh 1996). Ketelusan, kritikankhususnya secara terbuka wajar dielakkan untukmengekalkan suasana harmoni di antara individudan kalangan individu. Perilaku sedemikianmembawa kepada perencatan peningkatan danperkembangan kemahiran penaakulan yangseterusnya menjana pemikiran kritis dan kreatifyang diperlukan dalam pembelajaran Sains. In iditambahkan lagi oleh kurangnya pengamalanbudaya empirikal dalam kalangan wargaMalaysia(Hani 2001). Selain daripada itu, budaya pelajardi Malaysia menganggap bahawa bidang Sainshanya dipelopor i o leh pelajar yang pandai(Akhbar 1997) turut memberikan sumbangan.Tidak dinafikan, pelajar yang masuk ke aliranSains di Tingkatan Empat terdiri daripada pelajaryang mendapat gred yang baik terutamanya bagimata pelajaran Sains dan Matematik berdasarkanPeperiksaanMenengah Rendah (PMR). Keadaanini memberikan tekanan kepada pelajar dantidak memberi peluang kepada pelajar yang agaklemah untuk menceburi bidang Sains walaupunmereka meminati bidang itu.Dalam mengisi kelompangan ini sekali gusuntuk membantu usaha penambahan penglibatanpelajar dalam aliran Sains, kajian ini direkabentuk sedemikian rupa untuk membina satuset instrumen yang dapat digunakan untukmengukur sikap terhadap Sains dalam kalanganpelajar di Malaysia. Dapatan kajian akan dapatmenyediakan maklumat emp ir ikal sejauhmanakah sikap pelajar-pelajar terhadap Sains.OBJEKTIF DAN METODOLOGI KAJIAN

    Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana sikap terhadap Sains dalam kalanganpelajar mengikut peringkat pendidikan, jan tinadan bangsa. Kajian in i juga akan melihatperbezaan min antara dimensi sikap terhadapSains dalam kalangan pelaj ar berdasarkanperingkat pendidikan, jantina dan bangsa.Kajian ini dijalankan menerus i kaedahtinjauan berbentuk "cross-sectional" (Gall et at.2003) di mana data diperoleh pada suatu masa,tetapi daripada kumpulan yang berbeza jantina(lelaki, perempuan), bangsa (Bumiputera, Cinadan India) dan peringkat pendidikan (Tingkatan1, 2 dan Matrikulasi). Instrumen kajianditadbirkan kepada semua responden dalamlingkungan satu minggu. Populasi kajian adalahmerupakan pelajar Tingkatan 2 dan 4 di limabuah sekolah dan pelajar di sebuah pusatMatrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Kumpulan pelajar ini dipilih kerana tigakumpulan pelajar ini dianggap telah mengalamipengalaman formal pengajaran danpembelajaran Sains dalam tempoh yangberlainan. Pelajar Tingkatan 2 merupakankumpulan yang baru mengalami pembelajaranSains di peringkat menengah manakala pelajarTingkatan 4 telah melalui dua tahun lebihpengalaman pembelajaran Sains jikadibandingkan dengan Tingkatan 2. Manakalapelajar Matrikulasi pula dipilih un tuk tujuanperbandingan dan kumpulan pelajar in idianggap telah memperoleh pengalamanpengajaran dan pembelajaran Sains yang palinglama di sekolah berbanding pelajar Tingkatan 2dan 4.

    Teknik pensampelan yang diaplikasikan ialahteknik pensampelan rawak berstrata. Dalampensampelan jenis ini, penyelidik membahagikanpopulasi kepada tiga subpopulasi (strata)berdasarkan peringkat pendidikan (Tingkatan2, 4 dan Matrikulasi). Selepas membahagikansampel kajian kepada strata-strata tertentu,penyelidik kemudiannya mengambil sampe ldaripada setiap strata. Dalam memilih sampeldalam satu lingkungan strata, penyelidikmelakukannya secara pensampelan sistematik.

    Instrumen utama yang digunakan dalamkajian ini ialah soal selidik sikap terhadap Sainsyang diubah suai daripada Gogolin dan Swartz(1992). Soal selidik ini terdiri daripada duabahagian utama: Bahagian A ialah mengenailatar belakang pelajar termasuk jantina, bangsadan pencapaian mata pelajaran yang berkaitandengan Sains, Bahagian B terdiri daripada soalansoalan mengenai sikap terhadap Sains. Instrumenini bersifat multidimensi iai tu terdiri daripadaenam dimensi sikap terhadap Sains. MenurutGogolin dan Swartz (1992), instrumen yangmenghasilkan satu skor untuk menggambarkansikap, gagal untuk membezakan aspek-aspek yangberkaitan dengan sikap. Tambahan lagi, tegasnya,sesuatu dimensi akan membatalkan kesandimensi yang lain jika hanya satu skor diperolehdaripada sesuatu instrumen soal selidik.Soal selidik ini mengandungi enam dimensidengan lapan item untuk setiap dimensi. Enamdimensi tersebut ialah: a) persepsi terhadap guruSains, b) kerisauan terhadap Sains, c)kepentingan Sains dalam masyarakat, d) konsepkendiri dalam Sains, e) keseronokan dalam Sains,dan f) motivasi dalam Sains. Jumlah item untukbahagian B adalah 48 item. Soalan-soalan ini

    PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 135

  • 8/8/2019 Sikap Terhadap Sains Dalam Kalangan Pelajar Sains

    4/15

    Zanaton Hj. Iksan, Lilia Halim & Kamisah Osmanmenggunakan Skala Likert berrnula daripadaSangat Setuju, Setuju, Tidak Setuju dan SangatTidak Setuju dengan poin diberi pada setiapskala 4, 3, 2 dan 1 masing-masing. Pemyataanitem untuk setiap dimensi telah diterjemahkankepada bahasa Melayu. Untuk mendapatkankesahan muka (face validity), item yang telahditerjemahkan disemak oleh dua pakar bahasa.

    Sebelum instrumen kajian ditadbirkankepada responden sebenar, kajian rintisdilakukan untu k mengukur kesahan dankebolehpercayaan item yang terkandung didalamnya. Kajian rintis telah dilakukan kepadapelajar yang memiliki ciri-ciri yang lebih kurangsarna dengan responden sebenar kajian di salahsebuah sekolah menengah di Selangor. Kajianrintis yang telah dijalankan menyediakan ruangpembaikan instrumen kajian yang telah dibinadengan memberi peluang respondenmengemukakan komen serta cadangan ke arahpembaikan soal selidik yang telah dibina. Melaluikajian rintis ini juga nilai kebolehpercayaan,Cronbach Alpha (a) bagi setiap dimensidiperoleh dengan julat sekitar 0.56 hingga 0.85.

    DAPATAN KAJIANKajian ini melibatkan pelajar sekolah menengahdan matrikulasi bagi melihat persepsi merekaterhadap Sains. Pada keseluruhannya profi lpelajar ditunjukkan pada Jadual 1.

    Merujuk kepada Jadual 1, kebanyakanresponden terdiri daripada pelajar perempuaniaitu 301 (61.05%) dan selebihnya iaitu 192(38.95%) terdiri daripada pelajar lelaki.Manakala pelajar Bumiputera lebih ramaiberbanding pelajar bukan Bumiputera di semuajenis tingkatan. Pada keseluruhannya peratuspelajar Bumiputera adalah 58.82% (290 pelajar)

    berbanding pelajar bukan Bumiputera, 41.2%(203 pelajar).Sikap terhadap Sains telah dibahagikan

    kepada enam dimensi sikap dan perbincanganakan dibuat berdasarkan dimensi-dimensitersebut yang meliputi: a) persepsi terhadap guruSains, b) kerisauan terhadap Sains, c)kepentingan Sains dalam masyarakat, d ) konsepkendiri dalam Sains, e) keseronokan dalarn Sainsdan f) motivasi dalam Sains. Perbincangan akandilihat dari segi peratusan setiap item di bawahdimensi tertentu dan purata bagi setiap dimensiberdasarkan keseluruhan dan jenis peringkatpendidikan pelajar (Tingkatan 2, Tingkatan 4dan peringkat Matrikulasi). Setiap item yangnegatif akan diubah (recode) kepada positifbagimelihat purata keseluruhan dalam perbincanganIn ! .

    Jadual 2 menunjukkan dapatan bagi keenamenam dimensi sikap terhadap Sains denganperbincangan merangkumi item-item yang telibatdalam set iap dimensi.

    Persepsi Terhadap Guru Sains digambarkansebagai sikap yang ditonjolkan oleh guru-guruSains sarna ada positif atau negat if terhadappengajarannya di dalam dan luar kelas. Sikap iniakan diperhatikan dan mungkin mempengaruhisikap pelajar terhadap Sains. Justeru sikap guruadalah penting bagi mendorong sikap pelajarke arab yang positif. Seperti yang ditunjukkandalam Jadual 2, pada keseluruhannya pelajarsetuju bahawa guru Sains mereka menunjukkansikap yang po sitif terhadap Sains. Padakeseluruhannya sikap guru-guru Sains terhadapSains lebih tinggi dari 62.0%. Peratus palingtinggi ialah 'guru Sains suka pelajar bertanyakansoalan' ( item 8) iai tu sebanyak 92.1%. Namunperatus yang agak besar iai tu 37.5% merasakanguru Sains tidak tahu bila pelajar menghadapi

    JADUAL 1Profil pelajarPeringkat

    Pendidikan

    Tingkatan 2Tingkatan 4Matrikulasi

    Jumlah

    Jantina

    LelakiPerempuan

    LelakiPerempuanLelakiPerempuan

    Bumiputera(n=290)

    497435911526290

    Bukan Bumiputera(n=203)46544045711203

    95128751362237

    Jumlah

    22321159

    493

    136 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 0.22006

  • 8/8/2019 Sikap Terhadap Sains Dalam Kalangan Pelajar Sains

    5/15

    Sikap Terhadap Sains dalam Kalangan Pelajar Sains di Peringkat Menengah dan MatrikulasiJADUAL 2Peratus sikap terhadap Sains bagi enam dimensi sikap(1) (2) (3) (4)

    Dimensi Item Sangat tidak Tidak setuju Setuju Sangat setujusetuju (%) (%) (%) (%)Persepsi terhadap Item 1 6.3 16.4 43.4 33.9guru Sains Item 2 5.1 26.4 44.4 24.1

    Item 3 2.4 22.5 50.9 24.1Item 4 7.1 30.4 47.5 15.0Item 5 6.5 19.9 42.6 31.0Item 6 2.4 15.4 48.9 33.3Item 7 4.3 10.5 41.0 44.2Item 8 2.2 5.7 40.8 51.3

    Kerisauan terhadap Sains Item 1 24.3 57.8 15.2 2.6Item 2 48.0 44.3 6.1 1.6Item 3 42.8 42.6 13.0 1.6Item 4 38.6 44.0 13.6 3.7Item 5 29.4 52.1 16.4 2.0Item 6 52.7 39.9 6.5 0.8Item 7 35.9 55.2 6.9 2.0Item 8 45.4 43.0 10.0 1.6

    Kepentingan Sains Item 1 1.4 6.7 46.7 45.2dalam masyarakat Item 2 28.6 38.1 20.9 12.4Item 3 6.5 4.9 42.8 45.6Item 4 0.8 2.6 38.7 57.8Item 5 1.2 3.2 27.0 68.6Item 6 2.6 7.7 41.5 48.2Item 7 2.4 8.9 37.5 51.1Item 8 1.0 4.1 31.7 63.2

    Konsep kendiri Item 1 6.9 55.0 31.2 6.9dalam Sains Item 2 2.4 31.1 59.3 7.1

    Item 3 2.8 20.3 51.5 25.4Item 4 5.7 25.2 45.4 23.7Item 5 4.5 48.9 43.2 3.4Item 6 2.6 29.2 60.9 7.3Item 7 1.0 5.5 47.9 45.6Item 8 3.9 9.9 50.3 35.9

    Keseronokan terhadap Item 1 0.8 8.9 58.4 31.8Sains Item 2 1.8 9.2 45.0 44.0

    Item 3 5.5 13.0 49.9 31.6Item 4 1.4 4.9 36.7 57.0Item 5 3.3 22.4 55.5 18.9Item 6 1.8 13.4 49.5 35.3Item 7 1.6 5.7 57.0 35.7Item 8 2.4 12.2 48.9 36.5

    Motivasi dalam Sains Item 1 30.4 51.9 16.6 1.0Item 2 2.2 11.0 50.0 36.8Item 3 9.7 59.0 28.8 2.4Item 4 4.9 32.0 54.6 8.5Item 5 2.4 33.1 55.6 8.9Item 6 1.4 16.4 55.0 27.0Item 7 10.8 26.4 42.0 20.9Item 8 2.8 7.9 36.7 52.5

    PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14No.2 2006 137

  • 8/8/2019 Sikap Terhadap Sains Dalam Kalangan Pelajar Sains

    6/15

    Zanaton Hj. Iksan, Lilia Halim & Kamisah Osman

    masalah dengan tugasan Sains (item 4) dan31.5% guru Sains tidak menjadikan Sains sangatmenarik ( item 2).Kerisauan pelajar terhadap Sains pula dapatditonjolkan melalui kebimbingan, rasa tidakselesa, rasa tertekan, rasa gementar, rasa takutdan mempunyai hasrat yang rendah terhadapSains. Pelajar yang mempunyai tahap kerisauanyang tinggi menunjukkan sikap pelajar terhadapSains adalah negatif dan sebaliknya. Dapatankajian bagi dimensi menunjukkan bahawaperatus kerisauan menyebelahi skala sangat tidaksetuju dan tidak setuju. Ini menunjukkan bahawapelajar t idak setuju terhadap semua item-itemyang mengukur kerisauan mereka terhadapSains. Justeru mereka mempunyai sikap yangpositif terhadap Sains dengan peratus kerisauanterhadap Sains adalah rendah (7.7 % - 18.4%)Dimensi seterusnya iaitu kepentingan Sainsdalarn masyarakat dapat digambarkan melaluipentingnya dan per lunya i lmu Sains untukdigunakan dalam kehidupan seharian, jugadalam peker jaan bagi menyelesaikan masalahseharian. Kebanyakan pelajar menunjukkan sikapyang positifdan setuju bahawa ilmu Sains pentingdalarn masyarakat. Ini d i t u ~ u k k a n dalarn hasilkajian di mana peratus setuju dan sangat setujulebih tinggi berbanding peratus sangat tidaksetuju dan tidak setuju bagi kebanyakan itemdalam dimensi ini kecuali item-2 dengankebanyakan pelajar (66.7%) tidak setuju bahawailmu Sains diperlu dalarn kebanyakkan pekerjaan.

    Konsep kendiri dalam Sains puladitunjukkan melalui sikap yang ditonjolkan olehpelajar semasa mempelajari Sains sarna ada ketikaproses pembelajaran di dalarn kelas atau di luarkelas. Konsep kendiri yang positif dapat dirasaioleh pelajar dengan mereka merasakan bahawamereka boleh melakukan semua tugasan Sainsyang diberikan oleh guru, Sains mudah difaharnidengan mudah dan akan mencuba sedaya upayaapabila menghadapi pembelajaran Sains yangagak sukar. Dengan sikap yang positif ini merekamerasakan mereka agak pandai dan sukaterhadap mata pelajaran Sains. Dalarn dimensiini didapati enarn dari lapan item memperolehperatus yang tinggi dalarn skala setuju dan sangatsetuju. Pelajar merasakan mereka mempunyaikonsep kendiri dalam Sains, namun merekamasih merasakan bahawa mereka tidak dapatmenguasai Sains dan belum mahir dalarn aktivitiSains. Keadaan digarnbarkan dar i dapatan pada

    item-l dan item-5 dengan peratus persepsi yangpositif terhadap dimensi ini lebih rendahdaripada persepsi yang negatif iaitu 38.1% bagiitem-l dan 46.6% bagi item-5.

    Dimensi keseronokan terhadap Sains dapatdilihat apabila pelajar merasa gembir a danseronok semasa melakukan aktiviti-aktivitipembe1ajaran. Jadi keseronokan terhadap Sainsdapat digambarkan melalui keseronokanmempelajari Sains dalam kelas, m e ~ a 1 a n k a naktiviti dalarn makmal, bercerita mengenai Sains,menonton program Sains dan minat terhadapmata pelajaran Sains. Dapatan menunjukkanbahawa peratus setuju dan sangat setuju lebihtinggi dalarn semua item keseronokan terhadapSains. In i menunjukkan pelajar mempunyai sikapyang positif terhadap Sains iaitu mereka merasaseronok mempelajari ilmu Sains sarna ada didalarn kelas atau apa-apa yang berkaitan denganSains dalarn kehidupan seharian mereka. ilaiperatus yang melebihi 90.0% adalah pada item2, item-4 dan item-7 ia itu 90.2%, 93.7% dan92.7%, Ketiga-tiga item in i sangat mempunyaihubungkait di mana sekiranya pelajar sangatmenyukai Sains maka mereka akan merasaseronok membuat kerja-kerja yang berkaitandengan Sains dan mereka suka apa-apa sahajayang berkaitan dengan Sains.

    Dimensi yang akhir ialah motivasi dalarnSains. Dimensi ini memberikan gambaran pelajar. akan lebih bermotivasi sekiranya merekamendapat sokongan sarna ada dari dalaman diripelajar sendiri atau dari luar. Motivasi terhadapSains bagi kajian ini diukur dari segi kemudahantugasan Sains yang dirasakan oleh mereka danjuga bacaan tambahan yang mendorong merekameningkatkan motivasi dalarn mempelajari Sains.Dapatan kajian menunjukkan keseluruhanpelajar setuju terhadap item-item yang bolehmenyebabkan mereka bermotivasi dalarn Sains.Narnun item-1 menunjukkan pelajar masih sukakepada tugasan Sains yang mudah (82.3%) untuklebih mendorong mereka bermotivasi dalamSains. Malangnya motivasi mereka masih diperingkat yang rendah untuk menjadi ahli Sainsyang mempunyai kemahiran berfikir yang tinggimemandangkan mereka masih kurang berminatterhadap tugasan yang lebih mencabar.

    Kesimpulannya, dapatan sikap pelajarterhadap Sains adalah positif bagi setiap dimensiyang mengukur sikap mereka terhadap Sainsberdasarkan kepada peratus keseluruhan sepertipada Jadual 3.

    138 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006

  • 8/8/2019 Sikap Terhadap Sains Dalam Kalangan Pelajar Sains

    7/15

    Sikap Terhadap Sains dalam Kalangan Pelajar Sains di Peringkat Menengah da n MatrikulasiJADUAL 3ilai purata bagi setiap dimensi sikap terhadap Sains

    Dimensi Ting.2 Ting.4 Matrikulasi Keseluruhan(n =223) (n=211) (n=59) (n=493)

    Persepsi terhadap guru Sains 3.16 2.90 3.15 3.05Kerisauan terhadap Sains 1.75 1.79 1.62 1.75Kepentingan Sains dalam masyarakat 3.22 3.32 3.41 3.28Konsep kendiri dalam Sains 2.82 2.90 2.92 2.84Keseronokan terhadap Sains 3.18 3.19 3.34 3.20Motivasi dalam Sains 2.82 2.67 2.68 2.74

    JADUAL 4Perbezaan sikap terhadap Sains di antara pelajar mengikut peringkat pendidikan

    Dimensi Ting.2 Ting 4 Matrikulasi(n= 223) (n=211) (n=59) F Sig.Min Sp Min Sp Min Sp

    Persepsi terhadap guru 3.16 0.53 2.89 0.59 3.15 0.48 13.6 0.000*SainsKerisauan terhadap Sains 1.76 0.46 1.79 0.47 1.62 0.40 3.25 0.039*Kepentingan Sains dalam 3.22 0.38 3.31 0.37 3.41 0.27 8.21 0.000*masyarakatKonsep kendiri dalam Sains 2.84 0.41 2.81 0.38 2.92 0.33 1.79 0.168Keseronokan terhadap Sains 3.18 0.48 3.19 0.42 3.34 0.39 3.21 0.041*Motivasi dalam Sains 2.82 0.39 2.67 0.36 2.68 0.29 9.19 0.000*Notasp - sisihan piawai* signifikan pada 0.05

    Jadual 3 menunjukkan data berkaitan nilaipurata keseluruhan bagi set iap dimensi sikapterhadap Sains untuk setiap peringkatpendidikan. Dapatan menunjukkan lima dimensimemberikan nilai min keseluruhan yang lebihdari 2.60 kecuali pada dimensi ker isauanterhadap Sains. Nilai min yang diperoleh bagikelima-lima dimensi tersebut menggambarkanbahawa pelajar mempunyai persepsi yang positifterhadap Sains. Walau bagaimanapun bagidimensi konsep kendiri dalam Sains dan motivasidalam Sains, purata keseluruhan di sekitar 2.74-2.84. ilai ini menunjukkan bahawa sikappelajar dalam kedua-dua dimensi ini masih diperingkat sederhana.Bagi purata dimensi kerisauan terhadapSains, ni lai min keseluruhan yang diperolehadalah rendah (1.75) . Sikap kerisauan yangrendah menunjukkan petanda yang baik iaitusikap ini positif kerana menunjukkan bahawapelajar tak setuju bahawa mereka mempunyai

    perasaan risau terhadap Sains. Dengan kata lainpelajar tidak risau terhadap Sains.

    PERBEZAAN SIKAP TERHADAP SAINSBERDASARKAN PERINGKAT PENDIDIKAN,

    JANTINA DAN BANGSAPerbezaan Sikap Terhadap Sains Mengikut PeringkatPendidikanPerbezaan sikap terhadap Sains mengikutperingkat pendidikan dianalisis denganmenggunakan analisis A OVA satu hala.Keputusan ujian anova seperti pada Jadual 4.

    Berdasarkan Jadual 4, perbezaan min yangsignifikan wujud bagi lima daripada enamdimensi dalam sikap terhadap Sains. Di antaralima dimensi yang menurUukkan perbezaan, tigadimensi iaitu; a) Kerisauan terhadap Sains,b) Kepentingan Sains dalam masyarakat danc) Keseronokan terhadap Sains, menunjukkanwujudnya perbezaan min di antara pelajarmatrikulasi dengan pelajar-pelajar Tingkatan 2

    PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 139

  • 8/8/2019 Sikap Terhadap Sains Dalam Kalangan Pelajar Sains

    8/15

    Zanaton Hj. Iksan, Lilia Halim & Kamisah Osmandan 4. Secara amnya, pelajar matrikulasimemperlihatkan sikap yang lebih positif terhadapkepentingan Sains dalam masyarakat danterhadap keseronokan dalarn Sains dibandingkandengan pelajar Tingkatan 2 dan 4. Pada masayang sarna, pelajar matrikulasi merasa kurangrisau terhadap Sains jika dibandingkan denganpelajar Tingkatan 2 dan 4.

    Untuk dimensi persepsi terhadap guru Sains,min skor yang diperoleh bagi pelajar Tingkatan4 (min=2.89) adalah lebih rendah daripada skormin pelajar Tingkatan 2 (min=3.16) dan pelajarMatrikulasi (min=3.15) dan wujudnya perbezaanyang s igni fikan pada 0.05 an t ara pelajarTingkatan 4 dengan pelajar Tingkatan 2 danMatrikulasi. ln i menunjukkan pelajar Tingkatan4 mempunyai persepsi terhadap guru Sains yanglebih rendah jika dibandingkan dengan pelajarTingkatan 2 dan Matrikulasi . Bagi dimensimotivasi dalam Sains, ketiga-tiga jenis pelajarmenunjukkan sikap yang sederhana rendah iaitumin antara 2.67-2.82. Namun terdapat perbezaanyang signifikan (p=O.OOO) di antara motivasi.dalam Sains pelajar Tingkatan 2 (min= 2.82)dengan pelajar Tingkatan 4 (min=2.67) danpelajr Matrikulasi (min=2.68). Motivasi dalamSains bagi pelajar Tingkatan 2 adalah lebih tinggidaripada pelajar Tingkatan 4 dan Matrikulasi.Dapatan ini juga menunjukkan bahawa ketigatiga jenis pelajar mempunyai konsep kendiridalam Sains yang sederhana rendah dan tiadaperbezaan yang signifikan wujud bagi konsepkendi ri da lam Sains untuk ketiga-tiga jenispelajar.

    Daripada analisis deskriptif yang dilakukandidapati pelajar menunjukkan sikap yang positifte rhadap guru Sains mereka, menunjukkan

    kerisauan yang rendah terhadap mata pelajaranSains, amat bersetuju bahawa Sains pentingdalam masyarakat, menunjukkan konsep kendiriyang baik dalam menangani permasalahan dalammata pelajaran tersebut, menunjukkankeseronokan yang tinggi terhadap Sains danmotivasi yang tinggi untuk mempelajari Sains.Perbezaan Sikap Terhadap Sains Mengikut JantinaTahap sikap terhadap Sains turut dibandingkanmengikut jan tina dan dapatan anahsis ujian tditunjukkan di Jadual 5.

    Secara keseluruhannya, skormin bagi setiapdimensi adalah lebih kurang sarna untuk pelajarlelaki dan perempuan kecuah bagi dimensipersepsi terhadap guru Sains. Bagi dimensi a)Kepentingan Sains dalam masyarakat (min lelaki= 3.25 dan min perempuan = 3.31) dan b)Keseronokan terhadap Sains (min lelaki = 3.19dan min perempuan = 3.21), min yang diperolehadalah pada tahap sederhana tinggi manakalabagi dimensi a) Konsep kendiri dalam Sains(min lelaki = 2.86 dan min perempuan = 2.83)dan b) Motivasi dalam Sains (min lelaki = 2.74dan min perempuan = 2.74), min yang diperolehadalah pada tahap sederhana rendah. Bagidimensi kerisauan terhadap Sains, kedua-duajenis pelajar menunjukkan tahap kerisauanterhadap Sains yang rendah.

    Perbezaan min yang signifikan adalah padadimensi persepsi pelajar terhadap guru Sains.Satu dapatan yang menarik ialah pelajar lelakimenunjukkan persepi terhadap guru Sains yanglebih posit if (min= 3.12) dibandingkan denganpelajar perempuan (min= 2.99) dan perbezaanmin tersebut adalah signifikan pada aras 0.05.lni menunjukkan pelajar lelaki mempunyai

    JADUAL 5Perbezaan sikap terhadap Sains mengikut jan tina

    Dimensi

    Persepsi terhadap guru SainsKerisauan terhadap SainsKepentingan Sains dalam masyarakatKonsep kendiri dalam SainsKeseronokan terhadap SainsMotivasi dalam Sains* signifikan pada 0.05

    Lelaki Perempuan(n=192) (n=301)min sp min sp3.12 0.54 2.99 0.58 2.321.78 0.45 1.74 0.46 0.973.25 0.38 3.31 0.36 -1.652.86 0.39 2.83 0.38 0.753.19 0.48 3.21 0.43 -0.552.74 0.39 2.74 0.35 0.06

    Sig.

    0.02*0.330.100.450.580.99

    140 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006

  • 8/8/2019 Sikap Terhadap Sains Dalam Kalangan Pelajar Sains

    9/15

    Sikap Terhadap Sains dalam Kalangan Pelajar Sains di Peringkat Menengah dan Matrikulasi

    persepi terhadap guru Sains yang lebihmemberangsangkan jika dibandingkan denganpelajar perempuan.Perbezaan Sikap Terhadap Sains Mengikut BangsaUjian t dijalankan juga untuk melihat sarna adaterdapat perbezaan yang signifikan bagi sikapterhadap Sains mengikut bangsa. HasHpenganalisaan ditunjukkan di Jadual 6.

    Berdasarkan pada Jadual 6 secarakeseluruhannya, min skor bagi kesemua diinensikecuali dimensi kerisauan terhadap Sains, pelajarBurniputera adalah lebih tinggi daripada minskor pelajar bukan Burniputera. Ini menunjukkanpelajar Bumiputera mempunyai sikap yangsederhana tinggi dan tinggi terhadap dimensidimensi tersebut seperti persepsi terhadap guruSains dan keseronokan terhadap Sains jikadibandingkan dengan pel

  • 8/8/2019 Sikap Terhadap Sains Dalam Kalangan Pelajar Sains

    10/15

    Zanaton Hj. Iksan, Lilia Halim & Kamisah Osman

    kritikal. Kurang penekanan ke atas pemikirankritikal akan membantutkan usaha untukmemupuk sikap saintifik di kalangan pelajar dans et erusnya merencatkan kejayaan misipembudayaan literasi Sains dalam kalangan wargaMalaysia.

    Analisis inferensi telah dijalankan ke atassetiap dimensi sikap terhadap Sains berdasarkanperingkat pendidikan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan bagi beberapadimensi sikap antara peringkat pendidikan. Bagidimensi sikap mengenai persepsi terhadap gumSains, pelajar Tingkatan 4 menunjukkan persepsite rh ad ap gu ru Sains yang lebih rendahdibandingkan dengan pelajar Tingkatan 2 danMatrikulasi. Ini adalah mungkin disebabkanpelajar Tingkatan 4 bam mula diperkenalkandengan mata pel aj ar an Sains tulen danmemerlukan penyesuaian dir i dalam prosespengajaran dan pembelajaran jika dibandingkandengan pengajaran dan pembelajaran Sains diTingkatan 2 dan Matrikulasi. Justem, penyesuaiandiri dalam mengikuti pengajaran danpembelajaran Sains mempakan agenda utamadiri pelajar-pelajar berkenaan.

    Dimensi kerisauan terhadap Sainsmemperlihatkan pelajar Matrikulasi mempunyaitahap ker is auan yang lebih rendah jikadibandingkan dengan pelajar Tingkatan 2 dan4. Ini adalah satu petanda yang positif di manafenomena tahap ker isauan terhadap Sainsmenurun mengikut pertambahan peringkatpendidikan. Dalam konteks pemilihan pelajarpelajar yang dipilih memasuki programMatrikulasi, pelajar-pelajar yang mendapattempat mempakan pelajar-pelajar yang terpilihdan keput usa nnya memenuh i kehendakMatrikulasi iai tu pelajar perlu mendapatkeputusan yang baik dalam kesemua matapelajaran sains tulen yang diambil di peringkatSijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh itu,sewajarnyalah tahap kerisauan dalam Sainsdalam kalangan pelajar-pelajar berkenaan adalahrendah seperti yang dilaporkan oleh Barringtondan Hendricks (1988); i aitu pelajar cerdikmenunjukkan sikap terhadap Sains yang lebihpositif. Dapatan kajian ini juga didapati turutmenyokong dapatan kajian Barrington danHendricks (1988) bag i d imensi- dimens ikepentingan Sains dalam masyarakat dankesoronokan dalam Sains. Didapati pelajarMatrikulasi menunjukkan tahap sikap yang positifserta tinggi dan ia berbeza secara signifikan jika

    dibandingkan dengan pelajar Tingkatan 2 dan4.Walaupun pelajar Matrikulasi menunjukkan

    tahap keseronokan terhadap Sains yang lebihtinggi daripada pelajar Tingkatan 2 dan 4,pelajar Tingkatan 2 menunjukkan tahap motivasidalam Sains yang tinggi j ika dibandingkandengan pelajar Tingkatan 4 dan Matrikulasi.Satu kemungkinan ialah pelajar Tingkatan 2bam diperkenalkan kepada subjek Sains jikadibandingkan dengan kumpulan pelajar yanglain. Oleh itu pelajar Tingkatan 2 berminat untukmengetahui lebih tentang Sains kerana matapelajaran ini mempakan suatu yang barn bagimereka. amun motivasi sedemikian didapatimenurun dengan pen ingkatan peringkatpendidikan. Oleh i tu bolehlah diandaikanbahawa pendidikan Sains di sekolah hanyamampu mengekalkan keseronokan terhadapSains di sekolah. Motivasi untuk mengetahuitentang Sains seperti ingin membaca bacaantambahan tentang Sains iaitu luar darilingkungan sekolah adalah sederhana danberkemungkinan besar pemupukan literasi Sainsmungkin terbatas. Ini mungkin d isebabkancorak pengajaran Sains di peringkat pendidikantinggi adalah lebih menekankan kepadapemerolehan fakta (Wineburg 1994). Dalammembicarakan tentang keseronokan mempelajariSains yang mengikut peringkat pendidikan,variasi dalam pengajaran yang dialami olehpelajar khususnya di peringkat pendidikan yangtinggi tumt memberikan impak yang tidakkurang pentingnya. Dalam komen yangdiberikan, Bricheno et al. (2000) menyatakanbahawa:

    Science at secondary school is better than science at primary school. Because at secondaryschool we do things like acids, the body etc.,whereas at the Junior we did experiments likegrip on shoes. In other words, science at secondary school varies but atJunior school it wasthe same thing evertime.(Bricheno et aL 2000: 150)Perbezaan tahap sikap terhadap Sains

    mengikut se tiap d imensi turut dianalisismengikutjantina. Dapatan kajian menunjukkanpelajar lelaki menunjukkan sikap lebih posit ifdalam dimensi persepsi terhadap gum Sainsdan konsep kendiri dalam Sains. Manakalapelajar perempuan menunjukkan sikap lebihpositif bagi dimensi keseronokan terhadap Sains

    142 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 0.22006

  • 8/8/2019 Sikap Terhadap Sains Dalam Kalangan Pelajar Sains

    11/15

    Sikap Terhadap Sains dalam Kalangan Pelajar Sains di Peringkat Menengah dan Matrikulasi

    dan kepentingan Sains dalam masyarakat. Pel;:yarperempuan juga mempunyai tahap kerisauanterhadap Sains yang leb ih rendah berbandingpelajar lelaki. Pada secara keseluruhannyadapatan analisis ujian-t menunjukkan tiadaperbezaan signifikan bagi semua dimensi kecualidimensi persepsi terhadap guru Sains di antarajan tina. Ini menun jukkan pela ja r lelakimendapa ti guru Sains berjaya an tara lainmenjadikan Sains menarik, mempersembahkanpengajaran Sains denganjelas dan menunjukkankeseronokan mengajar Sains jika dibandingkandengan persepsi pelajar perempuan terhadapguru Sains. Dapatan ini adalahmemberangsangkan memandangkan kajiankajian lepas (contohnya, Lee et al. 1996;Kampourakis et aL 2001) menunjukkan gurumemainkan peranan penting dalam memupuksikap positif pel;:yar terhadap Sains dan seterusnyadapat meningkatkan pencapaian pelajar dalammata pelajaran Sains.

    Pada masa yang sama, kebanyakan kajianlepas membuktikan bahawa (Francis dan Greer1999 ; Weinburg dan Molly 1995) pelajar lelakilebih bersikap positif terhadap Sains berbandingdengan pelajar perempuan. amun demikian,senar io masa kini menunjukkan pencapaianpelajar perempuan di peringkat sekolahmenunjukkan lebih tinggi dalam semua subjektermasuk Sains berbanding pelajar lelaki.Walaupun pelajar perempuan mempunyai sikappositif yang lebih rendah terhadap Sainsberbanding pelajar lelaki, mereka masih mampumemperoleh pencapa ian yang lebih tinggidaripada pelajar lelaki. Satu implikasi mengenaisikap positif yang rendah terhadap Sains ialahpelajar perempuan berkemungkinan tidak akanme libatkan diri dalam bidang Sains di peringkatyang lebih tinggi seperti menjadi seorang saintiswalaupun memperoleh pencapaian yang tinggidalam Sains.Untuk pembolehubah bangsa, dapatankajian menunjukkan terdapat perbezaansignifikan bagi semua dimensi sikap yang diujipada tahap alpha 0.05. Secara keseluruhannya,pelajar Bumiputera menunjukkan sikap yangpositif dan signifikan berbanding pelajar bukanBumiputera ke atas persepsi terhadap guru Sains,kepentingan Sains dalam masyarakat, konsepkendiri dalam Sains, keseronokan terhadap Sainsdan motivasi dalam Sains. Pelajar bukan

    .Bumipute ra menun jukkan tahap kerisauanterhadap Sains yang lebih tinggi berbanding

    Bumiputera. Satu kemungkinan ialah wujudnyakerisauan terhadap Sains yang tinggi dalamkalangan pelajar bukan Bumiputera ialah pelajarbukan Bumipute ra mungk in menekankankepada pencapa ian akademik yang baik lalumembawa kepada tahap kerisauan yang tinggi.Berdasarkan tahap kerisauan yang tinggi, makadimensi lain seperti keseronokan terhadap Sains.dan motivasi dalam Sains turut mempunyai tahapyang rendah dalam kalangan pelajar bukanBumiputera. Oleh itu adalah tidak hairan bahawapenglibatan pelajar bukan Bumiputera dalambidang sains tulen dan Matematik sebagai keIjayaadalah rendah kecuali dalam bidang professionalseperti kejuruteraan dan perubatan.

    KESIMPULANSecara kesimpulannya, s ikap pelajar terhadapSains di sekolah adalah memberangsangkan iaituguru Sains mengikut persepsi pelajar mampumengajar Sains dengan baik. Namun guru bolehdigalakkan lagi untuk memikirkan corakpengajaran Sains yang dapat meningkatkan lagikonsep kendiri pelajar dalam Sains di semuaperingkat pendidikan. Antara aspek pengajaranyang memerlukan perhatian yang lebih ialahguru perlu lebih peka apabila pelajarmenghadapi masalah dengan tugasan Sains. In isecara tak langsung akan membantumeningkatkan konsep kendi ri pelajar dalamSains. Dimensi s ikap ini adalah penting untukmemastikan pelaj ar te rus mempunyai minatuntuk teruskan pendidikan dalam bidang Sainslalu membantu meningkatkan nisbah pelajardalam aliran Sains berbanding sastera.

    Pengkaji juga berpendapat bahawa programprogram kesedaran tentang Sains yang telahdilaksanakan oleh Kemente ri an Sains danTeknologi mungkin menyumbang kepada sikapyang positif khususnya bagi dimensi kepentinganSains dalam masyarakat. Sikap yang posit if inijuga mungkin wujud berasaskan kesedaranpelajar berhubung keIjaya profesional yangberkaitan dengan Sains seperti perubatan dankejuruteraan yang dikukuhkan lagi dengantuntutan dan pendedahan yang tertonjol dalamera teknologi m ak lumat d an dunia tanpasempadan masa kini. Di samping itu, pendidikSains, serta individu yang bertanggungjawabdalam penggubalan kurikulum pendidikan Sainsperlu memikirkan program, corak pengajarandan intervensi yang dapat meningkatkan motivasipelajar dalam Sains iaitu mempelajari Sains luar

    PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 143

  • 8/8/2019 Sikap Terhadap Sains Dalam Kalangan Pelajar Sains

    12/15

    Zanaton Hj. Iksan, Lil ia Hal im & Kamisah Osman

    daripada l ingkungan sekolah dan juga untukmemperoleh pekeIjaan. Dengan pemupukanperasaan menghargai Sains dalam kehidupanseharian, usaha ke arah pemupukan literasi Sainsdapat diteruskan malah direalisasikan.

    RUJUKANAKHBAR IBRAHIM. 1997. Attrition to science and

    technology: The Malaysian case. Ccnference onScience and Technology Education. Kuala LumpurMalaysia.

    BARRINGTO ,B . L. dan B. HENDRICKS. 1988. Attitudestowards science and science knowledge ofintellectually gifted and average students inthird, seventh, and eleventh grades. Journal ofResearch Science Teaching 25(8): 676-687.

    BRICHENO, P., ]. JOHNSON dan ]. SEARS. 2000.Children's attitudes to science: Beyond themen white coats. In Issues in Science Teaching,ed . J. Sears and P. Sorensen. Routledge:London

    CATHERINE, W. dan W. NICHOLAS. 1998.Welsh primaryschool leavers, perceptions of science. Researchin Science and Technology Educat ion 16(1): 43-52.

    CHIAPPETTA, E., T. KoBALLA dan A. COLLETTE. 1998.Science Instruction in the Middle and SecondarySchools. New Jersey: Prentice Hall.

    DUTTON, W. dan L. STEPHE s. 1963. Measuringattitudes towards science. School Science andMathematics 63(1): 43-49.

    FRANCIS, L. ] . dan] . E. GREER. 1999. Measuringattitude towards science among secondaryschool students: The affective domain. Researchin Science & Technological Educat ion 17(2): 219- 226.

    FRASER, B.]. 1982. How strongly are att itude andachivement related? School Science Review 63:557 -559.

    GARD ER, P. L. 1975. Attitudes to science: A review.Studies in Science Education 2: 1-41.

    GALL, M., ]. P. GALL dan W. R. BORG. 2003.Educational Research: An Introduction. Boston:Longman

    GOGOLlN, L. dan F. SWARTZ. 1992. A quantitativeand qualitative inquiry into the attitudes towardscience of non science college students. Journalof Research in Science Teaching 29(5): 487-504.

    HANI IsMAIL. 2001. Faktor-faktoryang mempengaruhipencapaian pelajar menengah rendah dalam

    mata pelajaran sains. Kertas projek Sarjana,Fakulti Pendidikan. Universiti KebangsaanMalaysia.

    HARLEN, W. 1996. The Teaching of Science in PrimarySchooL London: David Fulton.

    HAsAN, O. E. dan V. Y. BILLEH. 1975. Relationshipbetween teacher's change in attitudes towardsscience and some professional variables. Journolof Research in Science Teaching 12(3): 247-253.

    KAMPOURARIS, K., K. GEORGOUSI dan G. TSAPARLls.2001. Physical science knowledge and patternsof achievement at primary-secondary interface.Part 1. Chemistry Education Research and PracticeEurope.

    KAssIM, A. H. B. 1989. Teacher style and conceptdevelopment in a chemistry ordinary levelprogramme in Malaysia. Unpub li shed PhDThesis. East Angila University.

    KRECH, D., R. S. CRUTCHFIELD dan E. L. BALLACREY.1962. Individual in Society. ew York: McGrawHill.

    KRYNOWSKY, B. A 1985. The development of theattitude towards the subject science scale.Report o. 85:7. Educational Research Instituteof British Colombia.

    LEE, M. N. N., Y. SUAN, L. S. PIEW, KHADI]AH ZON,MUNlRAH GHAZAU dan L. C. SAM. 1996. Students'Orientation Towards Science and Mathematics. Whyare EnroUment FaUing. Monograph Series 0 :1/1996. Pulau Pinang : School of EducationStudies, Universiti Sains Malaysia.

    MUHAMMAD NOR B. AHMAD. 2002. Perbandinganantara teknik pengajaran yang dilaksanakandan teknik pengajaran yang diingini dalampembelajaran sains dari perspektif pelajar.Kertas Projek Sarjana, Fakulti Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia.

    MUNBY, H. 1980. An evaluation of instruments whichmeasute attitudes to science. In World Trends inScienceEducation, ed. McFadden. Halifax, NovaScotia: Atlantic Institute of Education.

    OPPENHEIM, A. N. 1966. Questionnaire Design andAttitude Measurement. London: Heinemann.

    OSBORNE,]., R. DRIVER dan S. SIMO . 1998. Attitudesto science: Issues and concern. School ScienceReview 79(288): 27-46.

    PARKINSON, ]. , D. HENDLEY, H. TANNER dan A.STABLES. 1998. Pupils' attitudes to science inkey stage 3 of the national curriculum: A study

    144 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006

  • 8/8/2019 Sikap Terhadap Sains Dalam Kalangan Pelajar Sains

    13/15

    Sikap Terhadap Sains dalam Kalangan Pelajar Sains di Peringkat Menengah dan Matrikulasi

    of pupils in South Wales. Research in Science andTechnological Education 16(2): 165-176.

    RAzlLA ABo. KAoIR. 1998. Pemilihan aliran sains dikalangan pelajar Tingkatan Empat. LatihanIlmiah: Fakulti Pendidikan, UKM.

    ROKEACH, M. 1968. Beliefs, Attitudes and Values: ATheory of Organization and Change. San Francisco:Jossey-Bass Inc. Publishers.

    Sm RAHAYA. 1988. Kajian mengenai sikap terhadapsains dan pencapa ian dalam mata pelajaransains paduan bagi pelajar-pelajar TingkatanTiga. Tesis Sar jana , Fakul ti Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia.

    WEINBURGH dan MOLLY. 1995. Gender differences instudent attitudes towards science: A meta-analysis of the literature from 1970 to 1991.Journal of Research in Science Teaching 32 (4):387-98.

    YEH, M. L. 1996. Translation and validation of theCalifornia Critical Thinking DispositionsInventory (Chinese). Unpublished DoctoralDissertation, University of Maryland.

    (Received: 6 May 2004)

    PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 0.22006 145

  • 8/8/2019 Sikap Terhadap Sains Dalam Kalangan Pelajar Sains

    14/15

    DirnensiPersepsi terhadap guru sains

    Zanaton Hj. Iksan, Lilia Halim & Kamisah OsmanIAMPlRAN

    Item1. Guru sains menunjukkan minat terhadap pelajar2. Guru sains menjadikan sains sangat menarik3. Guru sains mempersembahkan sains dengan jelas4. Guru sains tahu bila pelajar menghadapi masalah dengan

    tugasan sains5. Guru sains menunjukkan keseronokan mengajar sains6. Guru sains berseelia untuk memberikan bimbingan yang lebih kepada

    pelajar7. Guru sains mempunyai banyak pengetahuan tentang sains8. Guru sains suka pelajar bertanyakan soalan

    Kerisauan pelajar terhadap sains

    Kepentingan sains dalammasyarakat

    Konsep keneliri dalam sains

    Keseronokan terhadap sains

    146

    1. Saya rasa tidak selesa dalam kelas sains2. Apabila saya mendengar perkataan 'sains' , wujud perasaan tidak sukadalam eliri saya3. Saya rasa tertekan bila seseorang bercakap berkenaan sains dengan

    saya4. Saya ingin pekeIjaan yang tidak berkaitan dengan sains5. Saya rasa gementar walaupun hanya memikirkan tentang sains6. Menghadiri kelas sains amat menakutkan saya7. Saya mempunyai perasaan yang tidak baik terhadap sains8. Saya mempunyai hasrat yang rendah untuk belajar sains1. Sains sangat berguna untuk menyelesaikan masalah seharian2. Terdapat banyak keperluan menggunakan ilmu sain s dalam

    kebanyakan pekeIjaan3. Kebanyakan orang patut mempelajari sedikit tentang sains4. Sains sesuatu yang membantu untuk memahami dunia sekarang5. Sains merupakan perkara yang sangat penting untuk pembangunan

    negara6. Adalah penting untuk mengetahui sains agar mendapat pekeIjaan

    yang baik7. Kita boleh melalui kehidupan seharian dengan sempurna dengansains8. Kebanyakan idea- idea dalam sains berguna1. Saya agak panda i dalam sains2. Biasanya saya memahami apa yang dibincangkan dalam kelas sains3. Saya faham sains apabila saya mencuba dengan sedaya upaya4. Saya selalu flkir 'saya boleh buat' bila berhadapan dengan tugasansains yang kelihatan sukar5. Saya mahir dengan aktiviti-aktiviti dalam makmal sains6. Saya mengingati kebanyakan perkara yang saya pelajari dalam kelassains7. Adalah penting bagi saya untuk memahami kerja-kerja yang sayalakukan dalam kelas sains8. Jika saya tidak dapat menyelesaikan tugasan sains untuk kali pertama,saya akan cuba untuk menyelesaikannya1. Saya sangat suka sains2. Aktiviti dalam makmal sains menyeronokkan3. Saya ingin menambahkan masa yang diperuntukkan untuk

    mempelajari sains eli sekolah4. Saya suka apa-apa juga yang berkaitan dengan sains5. Saya seronok bercakap mengenai sains dengan orang lain

    PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006

  • 8/8/2019 Sikap Terhadap Sains Dalam Kalangan Pelajar Sains

    15/15

    Sikap Terhadap Sains dalam Kalangan Pe1ajar Sains di Peringkat Menengah dan Matrikulasi

    Dimensi

    Motivasi dalam sains

    Item6. Saya seronok menonton program sains di TV7. KeIja-keIja berkaitan sains mengembirakan saya8. Sains merupakan salah satu mata pelajaran yang saya gemari1. Saya paling suka tugasan sains yang susah2. Saya ingin membaca bacaan tambahan tentang sains3. Sains sangat mudah bagi saya4. Kadang-kadang saya membaca terlebih dahulu buku teks sains5. Membuat tugasan sains tidak menjadi masalah bagi saya6. Saya suka tugasan sains yang mencabar7. Saya lebih suka mendapatkan fakta sains melalui eksperimen daripada

    diberitahu tentangnya8. Sebab-sebab saya mengambil sains adalah kerana saya tidak terpaksa

    PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 147