minat, sikap belajar dan masalah pengajaran dan ... · teori struktur (spk 4322) juga berada pada...

25
MINAT, SIKAP BELAJAR DAN MASALAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR 4 SPA DALAM MATA PELAJARAN TEORI STRUKTUR (SPK 4322) LEE AI RENE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: trinhhanh

Post on 21-Apr-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MINAT, SIKAP BELAJAR DAN MASALAH PENGAJARAN DAN ... · Teori Struktur (SPK 4322) juga berada pada tahap sederhana. Manakala penilaian ... 4.3.2 Sikap Belajar Terhadap Mata Pelajaran

MINAT, SIKAP BELAJAR DAN MASALAH PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR 4 SPA DALAM MATA

PELAJARAN TEORI STRUKTUR (SPK 4322)

LEE AI RENE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MINAT, SIKAP BELAJAR DAN MASALAH PENGAJARAN DAN ... · Teori Struktur (SPK 4322) juga berada pada tahap sederhana. Manakala penilaian ... 4.3.2 Sikap Belajar Terhadap Mata Pelajaran

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: MINAT, SIKAP BELAJAR DAN MASALAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR 4 SPA DALAM MATA PELAJARAN TEORI STRUKTUR ( SPK 4322)

SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya LEE AI RENE

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (/)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 53 TAMAN GUAR INDAH, 08800 GUAR CHEMPEDAK, DR. BAHARIN BIN ABU KEDAH. Nama Penyelia Tarikh: 12 MAC 2004 Tarikh: 12 MAC 2004

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: MINAT, SIKAP BELAJAR DAN MASALAH PENGAJARAN DAN ... · Teori Struktur (SPK 4322) juga berada pada tahap sederhana. Manakala penilaian ... 4.3.2 Sikap Belajar Terhadap Mata Pelajaran

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)."

Tandatangan : ______________________ Nama Penyelia : DR. BAHARIN BIN ABU Tarikh : ______________________

Page 4: MINAT, SIKAP BELAJAR DAN MASALAH PENGAJARAN DAN ... · Teori Struktur (SPK 4322) juga berada pada tahap sederhana. Manakala penilaian ... 4.3.2 Sikap Belajar Terhadap Mata Pelajaran

MINAT, SIKAP BELAJAR DAN MASALAH PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR 4 SPA DALAM MATA

PELAJARAN TEORI STRUKTUR (SPK 4322).

LEE AI RENE

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 5: MINAT, SIKAP BELAJAR DAN MASALAH PENGAJARAN DAN ... · Teori Struktur (SPK 4322) juga berada pada tahap sederhana. Manakala penilaian ... 4.3.2 Sikap Belajar Terhadap Mata Pelajaran

ii

"Saya akui karya ini adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ________________________ Nama Penulis : LEE AI RENE Tarikh : ________________________

Page 6: MINAT, SIKAP BELAJAR DAN MASALAH PENGAJARAN DAN ... · Teori Struktur (SPK 4322) juga berada pada tahap sederhana. Manakala penilaian ... 4.3.2 Sikap Belajar Terhadap Mata Pelajaran

iii

DEDIKASI

Buatmu ayah (LEE BENG SIONG) dan ibuku (OH MEE LANG) yang dikasihi,

Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita

serta panduan perjuanganku dalam mengenal kehidupan ini ….

Buatmu adik-adik (KAILUEN dan JOERENE) yang disayangi,

Kalian amat bermakna dalam diri ini,

Kejayaanku, kejayaanmu jua ….

Buatmu pembimbing yang disanjungi,

Bimbingan, tunjuk ajar, dan jasa yang engkau berikan

tidak akan kulupai ….

Buat teman-teman yang dirindui,

Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini

akan kukenang selamanya ….

Page 7: MINAT, SIKAP BELAJAR DAN MASALAH PENGAJARAN DAN ... · Teori Struktur (SPK 4322) juga berada pada tahap sederhana. Manakala penilaian ... 4.3.2 Sikap Belajar Terhadap Mata Pelajaran

iv

PENGHARGAAN

Penghargaan ikhlas setinggi-tingginya kepada penyelia projek sarjana muda,

Dr. Baharin bin Abu atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh

menyiapkan laporan penyelidikan ini. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar

tanpa rasa jemu dalam proses menyiapkan laporan ini.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pelajar 4 SPA yang telah sudi

meluangkan masa dan memberi kerjasama dalam membantu menjayakan

penyelidikan ini.

Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan

serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha

menjayakan projek ini. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak,

projek ini tidak akan disiapkan dengan sempurna.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada Leow Cheah Wei dan So Lea Kun

yang memberi sokongan serta dorongan sepanjang menyediakan projek ini.

Sesungguhnya budi baik kalian sukar untuk dibalas. Semoga kalian berdua sentiasa

sihat sejahtera dan diberkati Tuhan.

Page 8: MINAT, SIKAP BELAJAR DAN MASALAH PENGAJARAN DAN ... · Teori Struktur (SPK 4322) juga berada pada tahap sederhana. Manakala penilaian ... 4.3.2 Sikap Belajar Terhadap Mata Pelajaran

v

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji minat, sikap belajar, masalah

pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar 4 SPA dalam mata pelajaran Teori

Struktur (SPK 4322) di Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini melibatkan

seramai 36 orang responden yang terdiri daripada 25 orang pelajar Melayu, 10 orang

Cina dan seorang Punjabi. Kajian ini berbentuk diskriptif menggunakan instrumen

soal selidik. Soal selidik ini mengandungi 3 bahagian. Bahagian A (3 item Latar

belakang), Bahagian B (30 item objektif) dan Bahagian C (2 item subjektif). Data-

data yang diperolehi diproses menggunakan SPSS 11.5 (Statistical Package For

Social Science) dan dijelaskan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min. Hasil

kajian mendapati bahawa sikap belajar pelajar 4 SPA adalah pada tahap sederhana.

Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan minat pelajar terhadap mata pelajaran

Teori Struktur (SPK 4322) juga berada pada tahap sederhana. Manakala penilaian

tahap prestasi pengajaran pensyarah dalam mata pelajaran Teori Struktur (SPK

4322) berada pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun kualiti peribadi pensyarah

adalah berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan masalah-masalah

pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi berpunca daripada pengajaran

pensyarah, amali, masa, minat, silibus dan suasana belajar. Beberapa cadangan dan

implikasi kajian juga dibincangkan.

Page 9: MINAT, SIKAP BELAJAR DAN MASALAH PENGAJARAN DAN ... · Teori Struktur (SPK 4322) juga berada pada tahap sederhana. Manakala penilaian ... 4.3.2 Sikap Belajar Terhadap Mata Pelajaran

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to examine 4 SPA students’ learning interests

and attitudes problems in teaching and learning Teori Struktur (SPK 4322) at

Universiti Teknologi Malaysia. 36 respondents are 25 Malays, 10 Chinese and 1

Punjabi study employed a set of questionnaire as the instrument. The questionnaire

consists of three parts. Part A, the background of students and 30 items from part B.

2 questions from part C. The data is processed using SPSS (Statistical Package for

Social Science) version 11.5 to obtain percentage, frequency and mean. The

outcome of the research shows that the learning attitude, interest, and the perception

on the effectiveness of lecturer’s teaching method, are at moderate level. The

research also shows that the problem faced in achievement of students in the subject

of Teori Struktur are caused by the lecturer’s teaching, practical work, time,

interest, syllabus and learning environment. A number of proposals and implication

of this research are discussed.

Page 10: MINAT, SIKAP BELAJAR DAN MASALAH PENGAJARAN DAN ... · Teori Struktur (SPK 4322) juga berada pada tahap sederhana. Manakala penilaian ... 4.3.2 Sikap Belajar Terhadap Mata Pelajaran

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SIMBOL xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAHAGIAN SATU

BAB I

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 3

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Skop Kajian 8

Page 11: MINAT, SIKAP BELAJAR DAN MASALAH PENGAJARAN DAN ... · Teori Struktur (SPK 4322) juga berada pada tahap sederhana. Manakala penilaian ... 4.3.2 Sikap Belajar Terhadap Mata Pelajaran

viii

1.9 Definisi Operasi 8

1.9.1 Minat 8

1.9.2 Sikap Belajar 9

1.9.3 Masalah 9

1.9.4 Pengajaran 9

1.9.5 Pembelajar 10

1.9.6 Pelajar 4 SPA 10

1.9.7 Teori Struktur (SPK 4322) 10

1.10 Organisasi Laporan 11

BAHAGIAN DUA

BAB II

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Konsep Pembelajaran 12

2.3 Minat 13

2.4 Sikap Belajar 16

2.5 Tanggungjawab Guru Dan Pengajar 17

2.6 Rakan Sebaya dan Persekitaran 19

2.7 Tahap Sosiol Ekonomi dan Tanggungjawab Ibu bapa 22

2.8 Pengurusan Masa 23

2.9 Teknik Mengingat 26

2.10 Teknik Membaca 28

2.11 Teknik Belajar 28

2.12 Teknik Perbincangan 29

2.13 Masalah-masalah Pembelajaran 30

2.14 Penutup 33

Page 12: MINAT, SIKAP BELAJAR DAN MASALAH PENGAJARAN DAN ... · Teori Struktur (SPK 4322) juga berada pada tahap sederhana. Manakala penilaian ... 4.3.2 Sikap Belajar Terhadap Mata Pelajaran

ix

BAHAGIAN TIGA

BAB III

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 34

3.2 Reka Bentuk Kajian 34

3.3 Prosedur Kajian 35

3.4 Populasi 35

3.5 Tempat Kajian 36

3.6 Instrumen Kajian 37

3.7 Analisis Data 38

3.8 Kesimpulan 40

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 41

4.2 Keputusan Bahagian A 41

4.2.1 Jantina Dan Etnik Populasi Kajian 42

4.3 Keputusan Dan Analisis Bahagian B 42

4.3.1 Tahap Minat Dalam Pembelajaran

Teori Struktur (SPK 4322) 43

4.3.2 Sikap Belajar Terhadap Mata

Pelajaran Teori Struktur (SPK 4322) 45

4.3.3 Tahap Prestasi Pengajaran Pensyarah

Teori Struktur (SPK 4322) 49

4.4 Keputusan Bahagian C 55

4.4.1 Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran 55

Page 13: MINAT, SIKAP BELAJAR DAN MASALAH PENGAJARAN DAN ... · Teori Struktur (SPK 4322) juga berada pada tahap sederhana. Manakala penilaian ... 4.3.2 Sikap Belajar Terhadap Mata Pelajaran

x

4.4.2 Cadangan Meningkat Prestasi Pengajaran Dan

Pembelajaran 58

4.5 Penutup 60

BAHAGIAN LIMA

BAB V

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 62

5.2 Rumusan 62

5.3 Perbincangan Kajian 64

5.3.1 Minat Dalam Pembelajaran Teori Struktur

Teori Struktur (SPK 4322) 64

5.3.2 Sikap Belajar Terhadap Mata Pelajaran

Teori Struktur (SPK 4322) 65

5.3.3 Pengajaran Pensyarah Teori Struktur

(SPK 4322) 67

5.4 Cadangan 69

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 70

BAHAGIAN ENAM

RUJUKAN

RUJUKAN 72

Page 14: MINAT, SIKAP BELAJAR DAN MASALAH PENGAJARAN DAN ... · Teori Struktur (SPK 4322) juga berada pada tahap sederhana. Manakala penilaian ... 4.3.2 Sikap Belajar Terhadap Mata Pelajaran

xi

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN 78

Lampiran 78-84

Page 15: MINAT, SIKAP BELAJAR DAN MASALAH PENGAJARAN DAN ... · Teori Struktur (SPK 4322) juga berada pada tahap sederhana. Manakala penilaian ... 4.3.2 Sikap Belajar Terhadap Mata Pelajaran

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 1.1 Keputusan Teori Struktur Pelajar-prlajar 4 SPA

Tahun 2003 5

Jadual 3.1 Jumlah Pelajar 36

Jadual 3.2 Bilangan Item Berhubung Persoalan Kajian

Untuk Bahagian B 38

Jadual 3.3 Skala Empat Mata 39

Jadual 3.4 Pengkelasan Analisis Skala Empat Mata 39

Jadual 3.5 Pengkelasan Kesesuaian Berdasarkan Analisis markah

Min Dan Peratus 40

Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina Dan Bangsa 42

Jadual 4.2 Skala Ordinal Empat Mata 42

Jadual 4.3 Peratus Dan Min Minat Dalam Pembelajaran Teori

Struktur (SPK 4322) 44

Jadual 4.4 Peratus Dan Min Sikap Belajar Dalam Pembelajaran

Teori Struktur (SPK 4322) 45

Jadual 4.5 Peratus Dan Min Tentang aspek tahap penilaian

Pengajaran Pensyarah Teori Struktur (SPK 4322) 49

Jadual 4.6 Nilai purata min aspek pengajaran pensyarah Teori 54

Jadual 4.7 Min keseluruhan aspek minat, sikap belajar dan tahap

pengajaran pensyarah 55

Jadual 4.8 Masalah-masalah Pengajaran Dan Pembelajaran Yang

Dihadapi Dalam Mata Pelajaran Teori Struktur

(SPK 4322) 56

Page 16: MINAT, SIKAP BELAJAR DAN MASALAH PENGAJARAN DAN ... · Teori Struktur (SPK 4322) juga berada pada tahap sederhana. Manakala penilaian ... 4.3.2 Sikap Belajar Terhadap Mata Pelajaran

xiii

Jadual 4.9 Cadangan Pelajar Untuk Memperbaiki Proses Pengajaran

Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Teori Struktur

(SPK 4322) 59

Page 17: MINAT, SIKAP BELAJAR DAN MASALAH PENGAJARAN DAN ... · Teori Struktur (SPK 4322) juga berada pada tahap sederhana. Manakala penilaian ... 4.3.2 Sikap Belajar Terhadap Mata Pelajaran

xiv

SENARAI SIMBOL

4 SPA - Tahun Empat Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: MINAT, SIKAP BELAJAR DAN MASALAH PENGAJARAN DAN ... · Teori Struktur (SPK 4322) juga berada pada tahap sederhana. Manakala penilaian ... 4.3.2 Sikap Belajar Terhadap Mata Pelajaran

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik Untuk Responden 78

B Surat Pengesahan Pelajar 84

Page 19: MINAT, SIKAP BELAJAR DAN MASALAH PENGAJARAN DAN ... · Teori Struktur (SPK 4322) juga berada pada tahap sederhana. Manakala penilaian ... 4.3.2 Sikap Belajar Terhadap Mata Pelajaran

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Institusi pendidikan tinggi mempunyai tiga fungsi utama iaitu pertama untuk

menyebarkan ilmu, kedua untuk memperkembangkan ilmu dan ketiga adalah

menghasilkan graduan untuk berbakti kepada negara (Abu Bakar Hashim et al. ,

1997). Di pendidikan tinggi inputnya ialah siswa dan siswi dari pelbagai

latarbelakang, kebolehan dan kemahiran. Prosesnya ialah pengajaran-pembelajaran

yang melibatkan persediaan suasana persekitaran dan faktor sokongan pembelajaran.

Produknya ialah para lulusan yang cemerlang dari segi akademik dan nilai yang

dapat menyumbang untuk kehidupan bermasyarakat. Matlamat pendidikan ialah

menghasilkan graduan yang dapat memenuhi unsur politik dan sosio-ekonomi, ianya

boleh menyumbang kepada masa depan negara (Abu Bakar Hashim et al. , 1997).

Mutu graduan dinilai dari segi tahap pengkelasan ijazahnya. Jumlah graduan di

setiap kategori kelas prestasi melambangkan keupayaan kualiti pengajaran dan

pembelajaran di universiti. Jika dilihat dari segi takrif cemerlang, mereka adalah

graduan-graduan Kelas Pertama atau Kelas Kedua Tinggi.

Sejak dari tahun 1990 hingga kini UTM telah melahirkan seramai 84, 001

orang graduan (Utusan Melayu, 2003). Pada majlis Konvokesyen Ke-31 UTM yang

berlangsung pada 9 Ogos hingga 12 Ogos 2003, UTM telah berjaya mengeluarkan

seramai 5,355 graduan. Daripada jumlah tersebut 22 orang dianugerahkan Ijazah

Doktor Falsafah, 291 orang Ijazah Sarjana, 5 orang Diploma Lepas Ijazah, 3,488

orang Ijazah Pertama dan 1549 orang graduan Diploma dalam pelbagai bidang

Page 20: MINAT, SIKAP BELAJAR DAN MASALAH PENGAJARAN DAN ... · Teori Struktur (SPK 4322) juga berada pada tahap sederhana. Manakala penilaian ... 4.3.2 Sikap Belajar Terhadap Mata Pelajaran

2

teknologi. Dalam konvokesyen ini juga UTM telah berjaya mengeluarkan seramai

201 orang graduan kepujian Kelas Pertama dari pelbagai bidang. Kualiti graduan-

graduan penting untuk menerajui kemajuan negara. Namun demikian,

kecemerlangan intelek dan kemahiran bekerja banyak diperolehi oleh proses

pengajaran dan pembelajaran yang sempurna.

Pendidikan bertujuan melahirkan individu yang berilmu pengetahuan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berketerampilan dalam berbahasa. Untuk

mencapai tujuan murni ini, para pelajar mesti mempunyai wawasan diri dan sikap

positif terhadap pembelajaran mereka (Apps, 1990). Selaras dengan motto Universiti

Teknologi Malaysia, “Kerana Tuhan Untuk Manusia”, UTM berhasrat untuk

melahirkan graduan-graduan yang bertanggungjawab kepada diri dan masyarakat

kerana Tuhan. Segala permasalahan yang berlaku di dalam proses pembelajaran

akan menggagalkan usaha dan cita-cita murni UTM. Oleh itu, untuk mencapai

matlamat di atas, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran perlu diberi

penekanan. Keberkesanan pembelajaran pelajar memerlukan inisiatif sendiri

disamping minat dan sikap belajar dan pelajar yang tidak seharusnya bergantung

kepada pensyarah sahaja. Pelajar perlu lebih berdikari bersedia jika hendak berjaya

dalam pempelajaran (Utusan Melayu, 1997).

Matlamat kajian ini dilakukan adalah untuk mendapat maklumat dan menilai

minat pelajar, sikap belajar serta masalah pengajaran dan pembelajaran bagi mata

pelajaran Teori Struktur (SPK 4322). Kajian ini dilakukan kerana sebelum ini tidak

ada kajian yang serupa dikaji dan peratus pencapaian baik yang kurang memuaskan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mempunyai lima

jabatan iaitu, Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional, Jabatan Asas Pendidikan,

Jabatan Pendidikan Sains dan Matematik, Jabatan Pendidikan Sosial dan Jabatan

Multimedia Pendidikan. Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional menganjurkan

Page 21: MINAT, SIKAP BELAJAR DAN MASALAH PENGAJARAN DAN ... · Teori Struktur (SPK 4322) juga berada pada tahap sederhana. Manakala penilaian ... 4.3.2 Sikap Belajar Terhadap Mata Pelajaran

3

kursus seperti Sarjana Muda Pendidikan Serta Teknologi (Kejuruteraan Awam,

Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal dan Kemahiran Hidup).

Pelajar yang mengikuti program Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam) atau dikenali sebagai SPA wajib mengambil mata pelajaran

bidang Kejuruteraan Awam yang berunsurkan bidang pendidikan. Pelajar dari

keluaran program ini kelak akan dihantar untuk mengajar di Sekolah Teknik di

seluruh Malaysia bagi melahirkan tenaga pengajar yang berkualiti. Dengan itu,

pihak Fakulti Pendidikan telah membuat usahasama dengan Fakulti Kejuruteraan

Awam untuk menawarkan 8 mata pelajaran awam sepanjang tempoh pengajian.

Salah satu daripada mata pelajaran tersebut ialah Teori Struktur (SPK 4322).

Mata pelajaran SPK 4322 Teori Struktur ini dinilai dengan berdasarkan ujian

satu yang berjumlah 20%, ujian dua 20%, tugasan 10% dan peperiksaan akhir 50%.

Mata pelajaran ini merangkumi tujuh sub tajuk, iaitu

a. Pengenalan Struktur

b. Rasuk Boleh Tentu Statik

c. Rasuk Tidak Boleh Tentu Statik

d. Kekuda Boleh Tentu Statik

e. Kekuda Tidak Boleh Tentu Statik

f. Kerangka Boleh Tentu Statik(Tanpa Huyung)

g. Analisis Gerbang

Mata pelajaran Teori Struktur yang tersenarai dalam pakej teknologi

bermatlamat untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan tentang rasuk, kekuda

dan kerangka.

1.3 Pernyataan Masalah

Berjaya dengan cemerlang di dalam pengajian sememangnya menjadi

harapan semua mahasiswa. Bagi Universiti, jika mahasiswanya berjaya, bermakna

Page 22: MINAT, SIKAP BELAJAR DAN MASALAH PENGAJARAN DAN ... · Teori Struktur (SPK 4322) juga berada pada tahap sederhana. Manakala penilaian ... 4.3.2 Sikap Belajar Terhadap Mata Pelajaran

4

pihak universiti telah berjaya mencapai objektif pendidikan. Bagi pelajar pula,

kejayaan menamatkan pengajian bermakna mereka telah menguasai pengetahuan

dan kemahiran. Untuk mencapai kejayaan dengan cemerlang, ia memerlukan

kemahiran dan pengetahuan tentang teknik belajar di universiti. Pembelajaran di

universiti lebih kompleks dan bersifat tidak bergantung kepada guru. Pelajar perlu

bersikap positif atau tidak bergantung sepenuhnya kepada pensyarah. Kemahiran

asas yang diperlukan untuk melakukan sesuatu usaha dan untuk mencapai kejayaan

cemerlang, ianya tidak akan diperolehi dengan sambil lewa sahaja. Ini kerana

kesemuanya mesti dipelajari, difahami dan diamalkan secara bersungguh-sungguh

dan berterusan.

Menurut Mohd Yusof (1999), kecemerlangan pencapaian pelajar dalam

menuntut ilmu mempunyai lima unsur. Pertama, pelajar mestilah mempunyai

wawasan. Kedua, pelajar mestilah mempunyai perancangan. Ketiga, pelajar perlu

ada ketrampilan (competency) melakukan sesuatu dengan kemahiran untuk

mencapai kecemerlangan. Keempat, proses pemantauan (monitoring) untuk

mencapai kecemerlangan. Kelima, pelajar perlu ada adab dan akhlak. Katanya lagi,

ada pelajar yang cemerlang di peringkat sekolah tetapi gagal di peringkat universiti.

Ini adalah kerana mereka gagal mengadaptasi diri dengan cara belajar di universiti.

Kaedah pembelajaran di sekolah tidak sama dengan di universiti. Pelajar sekolah

diberikan segala yang perlu dipelajari, mereka mengikuti kurikulum serta buku yang

sedia ada untuk menduduki peperiksaan. Manakala di universiti, keadaan berbeza

kerana pensyarah terlibat membuat sukatan pelajaran, mengajar, menyediakan

soalan peperiksaan dan menyemak kertas jawapan. Pelajar perlu mempunyai minat

dan sikap belajar yang betul.

Pencapaian pelajar juga dipengaruhi oleh aktiviti pengajaran, cara

penyampaian, pengetahuan dan personaliti pensyarah. Menurut Khoo Siew Yuen

(2003), seseorang pensyarah yang berkesan ialah pensyarah yang sentiasa

mengamalkan tingkahlaku yang positif setiap masa. Dengan ini, keyakinan dan

kepercayaan pelajar terhadap pensyarah akan mendorong kepada semangat ingin

tahu.

Page 23: MINAT, SIKAP BELAJAR DAN MASALAH PENGAJARAN DAN ... · Teori Struktur (SPK 4322) juga berada pada tahap sederhana. Manakala penilaian ... 4.3.2 Sikap Belajar Terhadap Mata Pelajaran

5

Kesimpulannya, kajian-kajian dalam pengajaran dan pembelajaran

menyimpulkan bahawa pencapaian akademik seseorang pelajar di Universiti amat

bergantung kepada faktor luaran atau faktor dalaman. Faktor luaran termasuklah

keadaan pengajaran, masalah keluarga, masalah rakan sebaya dan suasana

persekitaran. Faktor dalaman pula ialah sikap dan minat terhadap pembelajaran.

Berdasarkan daripada analisis jadual 1.1, dapat dilihat bahawa pencapaian

pelajar dalam mata pelajaran Teori Struktur (SPK 4322) pada tahap yang baik (A

dan B) adalah amat rendah sekali berbanding dengan jumlah calon yang mengambil

mata pelajaran ini. Gred dan peratus pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran

Teori Struktur (SPK 4322) kurang memuaskan sedangkan mata pelajaran ini adalah

asas kepada pengetahuan bidang kejuruteraan.

Jadual 1.1: Keputusan Teori Struktur pelajar-pelajar 4 SPA

Tahap Lulus Gagal

Gred A B C D E

Bangsa Cina Bumi Cina Bumi Cina Bumi Cina Bumi Cina Bumi

Bil 3 0 3 5 2 8 2 10 0 4

% 8.11 21.62 27.03 32.43 10.81

29.73% 70.27%

(Sumber : Lee Ai Rene, 2003)

Keadaan keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan ini telah menarik

perhatian minat penyelidik untuk mengkaji punca yang menyebabkan mata pelajaran

ini sukar dikuasai. Kajian ini dibuat untuk menjelaskan kedudukan kurang

memuaskan keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran Teori Struktur bagi pelajar 4

SPA pada tahun 2003 semester pertama. Empat aspek dan andaian diukur iaitu:

1. Tahap minat pelajar 4 SPA dalam mata pelajaran Teori Struktur.

2. Sikap belajar belajar 4 SPA dalam mata pelajaran Teori Struktur.

Page 24: MINAT, SIKAP BELAJAR DAN MASALAH PENGAJARAN DAN ... · Teori Struktur (SPK 4322) juga berada pada tahap sederhana. Manakala penilaian ... 4.3.2 Sikap Belajar Terhadap Mata Pelajaran

6

3. Tahap prestasi pengajaran pensyarah dalam mata pelajaran Teori

Struktur.

4. Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar 4 SPA dalam mata

pelajaran Teori Struktur.

Kajian ini dijalankan untuk menjawab permasalahan pencapaian kurang

memuaskan di kalangan pelajar yang mengambil mata pelajaran Teori Struktur

(SPK 4322). Aspek yang dikaji adalah minat, sikap belajar dan masalah pengajaran

dan pembelajaran di kalangan pelajar 4 SPA dalam mata pelajaran Teori Struktur

(SPK 4322).

1.4 Objektif

Objektif kajian ini adalah:

1. Mengenalpasti tahap minat pelajar 4 SPA dalam terhadap mata pelajaran

Teori Struktur (SPK 4322).

2. Mengkaji sikap belajar pelajar 4 SPA terhadap mata pelajaran Teori

Struktur (SPK 4322).

3. Menilai tahap prestasi pengajaran pensyarah dalam mata pelajaran

Teori Struktur (SPK 4322).

4. Menentukan masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh

pelajar 4 SPA dalam mata pelajaran Teori Struktur (SPK 4322).

Page 25: MINAT, SIKAP BELAJAR DAN MASALAH PENGAJARAN DAN ... · Teori Struktur (SPK 4322) juga berada pada tahap sederhana. Manakala penilaian ... 4.3.2 Sikap Belajar Terhadap Mata Pelajaran

7

1.5 Persoalan Kajian

Daripada objektif diatas, kajian ini menentukan empat persoalan kajian

seperti di bawah:

1. Apakah tahap minat pelajar 4 SPA terhadap mata pelajaran Teori

Struktur (SPK 4322)?

2. Apakah sikap belajar pelajar 4 SPA terhadap mata pelajaran Teori

Struktur (SPK 4322)?

3. Apakah tahap prestasi penilaian pengajaran pensyarah dalam mata

pelajaran Teori Struktur (SPK 4322)?

4. Apakah masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar 4 SPA dalam

mata pelajaran Teori Struktur (SPK 4322)?