hubungan pegangan atau kepercayaan … · hubungan pegangan atau kepercayaan penyeliaan ... “...

36
HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN DENGAN GAYA KEPIMPINAN GURU PENOLONG KANAN TERHADAP GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH DI PASIR GUDANG DIAN DIANTI BINTI JUMAAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: votruc

Post on 05-Apr-2019

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN

DENGAN GAYA KEPIMPINAN GURU PENOLONG KANAN TERHADAP GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

DI PASIR GUDANG

DIAN DIANTI BINTI JUMAAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis
Page 3: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN

DENGAN GAYA KEPIMPINAN GURU PENOLONG KANAN TERHADAP

GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

DI PASIR GUDANG

DIAN DIANTI BINTI JUMAAT

Laporan kajian ini dikemukakan sebagai

Memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan ( Teknik Dan Vokasional )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI 2014

Page 4: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

ii

“Saya Akui

Bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

Karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan ( Teknik Dan Vokasional )”

TANDATANGAN : ………………………………………..

NAMA PENSYARAH : DR. AEDE HATIB BIN MUSTA’AMAL

TARIKH : JANUARI 2014

Page 5: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

iii

PENGAKUAN

“ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan

sumbernya dan dinyatakan dalam rujukan ”

TANDATANGAN : ___________________________

NAMA : DIAN DIANTI BINTI JUMAAT

TARIKH : ___________________________

Page 6: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

iv

DEDIKASI

Khas buat insan yang teramat ku sayangi

Ayahanda dan Bonda

Terima kasih atas semangat, dorongan dan bantuan yang dihulurkan.

Jasa kalian tak mampu untuk ku balas……….

Suamiku tercinta

Mohd. Razali Bin Abdullah Sani

Anak-anakku yang sangat kusayangi

Nur Dini Haziqah, Muhammad Nur Aiman

dan Muhammad Nur Imran

Dan

Adinda-adindaku

Pengorbanan, pengertian, kesabaran serta kasih sayang kalian

amat ku hargai dan sanjungi

Teman-teman……

Terima kasih atas segala sokongan, semangat dan bantuan yang kalian

hulurkan sepanjang pengajianku ini.

Page 7: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

v

PENGHARGAAN

Segala pujian kehadrat Allah s.w.t yang mengizinkan terlaksananya

penyelidikan ini. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, ahli

keluarganya, sahabat-sahabatnya dan mereka yang mendokong perjuangannya

hingga akhir zaman.

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada supervisor yang telah banyak

membantu, Dr. Aede Hatib Bin Musta’amal, di atas segala tunjuk ajar dan

bimbingan yang telah diberikan sehingga penulisan ini dapat disiapkan. Terima

kasih juga diucapkan kepada beliau yang telah memberikan pendedahan awal

tentang cara menulis tesis dan pemprosesan data. Jasa yang dicurahkan akan

dikenang dan dihargai selamanya.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pihak sekolah-sekolah yang

terlibat dalam penyelidikan ini dalam zon G dalam daerah Pasir Gudang yang

memberi laluan kepada kajian ini serta guru-guru yang terlibat.

Akhir sekali kepada rakan-rakan setugas dan rakan-rakan sekuliah, terima

kasih atas segala bantuan dan idea-idea yang disumbangkan bagi menyempurnakan

tesis ini. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa baik kalian………

TERIMA KASIH

Page 8: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

vi

ABSTRAK

Penyelidikan deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan

pegangan penyeliaan dengan gaya kepimpinan Guru Penolong Kanan terhadap

guru-guru Kemahiran Hidup di daerah Pasir Gudang . Seramai 39 orang guru

Kemahiran Hidup dari sekolah-sekolah rendah daerah Pasir Gudang telah terlibat.

Penyelidik telah menggunakan instrumen MLQ (Multi Factor Leadership

Questionnare) untuk melihat gaya kepimpinan transformasional dan pegangan

penyeliaan pula adalah menggunakan borang soal selidik Glickman & Tamashiro,

(1980) sebagai instrumen kajian. Kesemua data telah dianalisis menggunakan

SPSS versi 20.0 dengan analisis statistik deskriptif dan inferensi yang melibatkan

korelasi sahaja. Jenis pegangan kepercayaan yang paling dominan adalah

Existentialism manakala gaya kepimpinan transformasi yang paling dominan ialah

Motivasi Inspirasi. Analisis korelasi juga mengesahkan bahawa tidak terdapat

hubungan yang signifikan antara kepercayaan kepenyeliaan dengan gaya

kepimpinan Guru Penolong kanan terhadap guru-guru Kemahiran Hidup sekolah

rendah di Pasir Gudang. Akhirnya beberapa cadangan telah dikemukakan untuk

tindakan pihak yang berkenaan serta kajian pada masa hadapan.

Page 9: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

vii

ABSTRACT

This descriptive research aims to identify the relationships holding

supervisory leadership style Senior Assistant Teacher of Kemahiran Hidup

teachers in the Pasir Gudang. A total of 39 Kemahiran Hidup teachers from

primary schools were involved in the Pasir Gudang. Researcher been using

instruments MLQ (Multi Factor Leadership Questionnare) to see transformational

leadership style and supervisory belief is used questionnaires Glickman &

Tamashiro, (1980). All of the data was analyzed using SPSS version 20.0 with

descriptive statistical analysis and inference involving correlation sake only. Type

of grip most dominant belief is Existentialism when leadership style is the most

dominant transformation Motivation Inspiration. Correlation analysis also

confirmed that there was no significant relationship between leadership style

supervisory beliefs Senior Assistant teacher of teachers of primary school

Kemahiran Hidup in Pasir Gudang. Finally, several suggestions were made for

action by the parties concerned as well as future research.

Page 10: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

viii

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKASURAT

Tajuk i

Pengesahan ii

Pengakuan iii

Dedikasi

Penghargaan

iv

v

Abstrak vi

Abstract vii

Kandungan viii - xi

Senarai Jadual xii - xiii

Senarai Rajah xiv

Senarai Singkatan xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1 - 4

1.2 Latar Belakang Masalah 4 - 7

1.3 Pernyataan Masaalah 8 - 9

1.4 Objektif Kajian 9 - 10

1.5 Persoalan Kajian 10 - 11

1.6 Hipotesis Kajian 11 - 12

1.7 Kerangka Konsep Kajian 12 - 13

1.8 Kepentingan Kajian 13 - 14

1.9 Batasan Kajian 14 - 15

1.10 Definisi Operasi 15 - 18

1.10.1 Kepimpinan 15

1.10.2 Penyeliaan Pengajaran 16 - 17

1.10.3 Penyeliaan 17

1.10.4 Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan 18

1.11 Rumusan 18 -19

Page 11: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

ix

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 20 - 21

2.2 Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan (Supervisory Beliefs) 21

2.2.1 Essentialisme 21 - 22

2.2.2 Experimentalisme 22

2.2.3 Existentialisme 23

2.3 Gaya Kepimpinan Penyeliaan 23

2.3.1 Direktif 24

2.3.2 Stail Direktif Kawalan 24 - 25

2.3.3 Stail Direktif Informatif 25

2.3.4 Kolaboratif 25

2.3.5 Non-Direktif 26

2.4 Model-model Penyeliaan 26

2.4.1 Model Penyeliaan Klinikal 26 - 27

2.4.2 Model Penyeliaan Developmental 27 - 28

2.4.2.1 Kawalan Langsung ( Directive Control ) 28 - 29

2.4.2.2 Kawalan Terhad Atau Maklumat ( Directive

Information )

29

2.4.2.3 Kolaborasi ( Collaborative ) 29

2.4.2.4 Delegasi ( Non-Directive ) 29 - 30

2.4.3 Model Penyeliaan Diperbezakan ( Differentiated ) 30

2.4.3.1 Penyeliaan Kolaborasi Dan Kerakanan 31 - 32

2.4.3.2 Penyeliaan Taksiran Ataupun Terarah Kendiri 32 - 33

2.4.3.3 Penyeliaan Pentadbiran (GPK ) 33 – 34

2.4.4 Penyeliaan Model Sistem 35

2.4.5 Penyeliaan Model Langkah Mc Ewan 36

2.4.6 Penyeliaan Kerja Berasaskan Pengetahuan

( Knowledge Work Supervision – KWS )

37

2.5 Teori Kepimpinan 38

2.5.1 Konsep Kepimpinan 38 - 40

2.5.2 Ciri-ciri Tingkah Laku Kepimpinan Transformasional 40 - 44

2.5.3 Model Teori Kepimpinan Transformasional Leithwood 45

2.5.4 Model Kepimpinan Transformasi Slocum Dan Hellrigel 46 – 47

Page 12: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

x

i) Motivasi Berinspirasi

ii) Membina Rangsangan Intelektual

iii) Memupuk Pengaruh Yang Ideal

iv) Pertimbangan Berasaskan Individu

47

47 - 48

48 - 49

49

45

2.5.5 Model Kepimpinan Transformasi

a) Motivasi Berinspirasi

b) Pengaruh Ideal

c) Stimulasi Intelektual

d) Pertimbangan Individu

50 - 51

51 - 52

52

53

53 - 54

2.5.6 Kajian-kajian Lepas Kepimpinan 54 - 59

2.6 Rumusan 59

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 60

3.2 Rekabentuk Kajian 60 – 61

3.3 Prosedur Kajian 61

3.4 Populasi Dan Sampel 61 - 62

3.5 Instrumen Kajian 63 - 64

3.6 Kajian Rintis 64

3.7 Analisa Kajian 65

3.8 Rumusan 65

4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 66 - 67

4.2 Profil Responden 67 - 77

4.3 Gaya Kepimpinan GPK Terhadap Guru-guru KH Sekolah

Rendah Di Pasir Gudang

77 - 87

4.4 Hubungan Antara Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan

Dengan Gaya Kepimpinan GPK Terhadap Guru-guru KH

Sekolah Rendah Di Pasir Gudang

88

Page 13: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

xi

4.5 Perbezaan Antara Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan

Dengan Jantina Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah

Di Pasir Gudang

89 - 90

4.6 Perbezaan Antara Gaya Kepimpinan Dengan Jantina Terhadap

Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang

91 - 92

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN

5.1 Pengenalan 93

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 94

5.2.1 Mengenalpasti Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan

GPK Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah Di

Pasir Gudang

94 - 98

5.2.2 Mengenalpasti Gaya Kepimpinan GPK Terhadap Guru-

Guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang

98 - 101

5.2.3 Mengenalpasti Hubungan Antara Pegangan Atau

Kepercayaan Penyeliaan Dengan Gaya Kepimpinan GPK

Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang

102

5.2.4 Mengenalpasti Perbezaan Antara Gaya Kepimpinan Dengan

Jantina Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah Di

Pasir Gudang

103 - 105

5.2.5 Mengenalpasti Perbezaan Antara Pegangan Atau

Kepercayaan Penyeliaan Dengan Jantina Terhadap Guru-

Guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang

105 - 106

5.3 Implikasi kajian 106 – 107

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 107 – 108

5.5 Kesimpulan 108 - 109

RUJUKAN

LAMPIRAN

110 – 127

Page 14: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

xii

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK

MUKASURAT

4.1 Pecahan Responden Mengikut Jantina 67

4.2 Pecahan Responden Mengikut Umur 68

4.3 Pecahan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 69

4.4 Jenis Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan GPK Terhadap

Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang Berdasarkan

Nilai Min Dan Sisihan Piawai

70

4.5 Tahap Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan Essentialisme

GPK Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir

Gudang

71

4.6 Tahap Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan

Eksperimentalisme GPK Terhadap Guru-guru KH Sekolah

Rendah Di Pasir Gudang

71

4.7 Tahap Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan Exixtentialisme

GPK Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir

Gudang

72

4.8 Tahap Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan Essentialisme

GPK Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir

Gudang Berdasarkan Nilai Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap

Item

73

4.9 Tahap Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan

Eksperimentalisme GPK Terhadap Guru-guru KH Sekolah

Rendah Di Pasir Gudang Berdasarkan Nilai Min Dan Sisihan

Piawai Bagi Setiap Item

74 - 75

4.10 Tahap Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan Existentialisme

GPK Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir

Gudang Berdasarkan Nilai Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap

Item

76 - 77

4.11 Gaya Kepimpinan GPK Terhadap Guru-guru KH Sekolah 78

Page 15: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

xiii

Rendah Di Pasir Gudang Berdasarkan Nilai Min Dan Sisihan

Piawai

4.12 Tahap Gaya Kepimpinan Karisma GPK Terhadap Guru-guru

KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang

78

4.13 Tahap Gaya Kepimpinan Bertimbang Rasa GPK Terhadap

Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang

79

4.14 Tahap Gaya Kepimpinan Merangsang Intelek GPK Terhadap

Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang

80

4.15 Tahap Gaya Kepimpinan Motivasi Inspirasi GPK Terhadap

Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang

80

4.16 Tahap Gaya Kepimpinan Karisma GPK Terhadap Guru-guru

KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang Berdasarkan Nilai Min

Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Item

81 - 82

4.17 Tahap Gaya Kepimpinan Bertimbang Rasa GPK Terhadap

Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang Berdasarkan

Nilai Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Item

83

4.18 Tahap Gaya Kepimpinan Merangsang Intelek GPK Terhadap

Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang Berdasarkan

Nilai Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Item

85

4.19 Tahap Gaya Kepimpinan Motivasi Inspirasi GPK Terhadap

Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang Berdasarkan

Nilai Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Item

87

4.20 Hubungan Antara Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan

Dengan Gaya Kepimpinan GPK Terhadap Guru-guru KH

Sekolah Rendah Di Pasir Gudang

88

4.21 Perbezaan Antara Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan

Dengan Jantina Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah Di

Pasir Gudang

90

4.22 Perbezaan Antara Gaya Kepimpinan Dengan Jantina Terhadap

Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang

92

Page 16: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

xiv

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK

MUKASURAT

1.1 Kerangka Konsep Kajian 12

2.1 Ciri-ciri Kepimpinan Transformasional 41

2.2 Model 4I’S 51

Page 17: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

xv

SENARAI SINGKATAN

GB : Guru Besar

GPK : Guru Penolong Kanan

JPNJ : Jabatan Pelajaran Negeri Johor

KH : Kemahiran Hidup

KWS : Knowledge Work Supervision

MBWA : Management By Walking About

P&P : Pengajaran Dan Pembelajaran

SPSS : Statistical Pakage For Social

WAYS : Walk Around Your School

Page 18: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan iaitu yang dinyatakan Noriati, Lee Keok Cheong, Zulkufli & Zakiah

(2012) dalam bukunya yang bertajuk, Falsafah & Pendidikan di Malaysia adalah

seperti berikut :

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara inilah maka pelbagai program telah

diadakan dan dijalankan di institusi pendididkan negara bagi mencapai hasrat negara

Page 19: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

2

ini. Usaha-usaha yang dijalankan adalah berterusan bagi menghasilkan rakyat

Malaysia yang boleh diharapkan oleh negara dan seterusnya menjadikan negara

Malaysia maju dan aman. Contohnya seperti program KIA2M, LINUS dan PROTIM

yang sedang dijalankan oleh sekolah-sekolah di Malaysia, Noriati , Lee Keok Cheong,

Zulkufli & Zakiah (2012). Oleh sebab itu pelbagai program telah diadakan dan

dijalankan di sekolah-sekolah bagi menyahut cabaran tersebut oleh Kementerian

Pendidikan di Malaysia. Pelbagai anugerah yang telah dibuat bagi memastikan

sekolah-sekolah di Malaysia sentiasa cemerlang dari semua segi iaitu termasuklah

pelajarnya dan persekitaran sekolah.

Sekolah yang cemerlang lahir dari pengurusan dan kepimpinan yang berkesan.

Peranan yang dimainkan oleh Guru Penolong Kanan (GPK) dan Guru Besar (GB)

adalah sangat penting bagi menjadikan sekolah mereka sebagai sebuah institusi

pembelajaran yang berkesan. Dengan keupayaan mereka mengembeling seluruh

tenaga dengan cemerlangnya maka akan terhasillah sekolah yang cemerlang, gemilang

dan terbilang. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah satu proses penting dalam

pendidikan formal bagi melihat adanya perubahan perlakuan dalam kalangan pelajar,

Mohd Sahandri, Roselan & Saifuddin (2012). Mereka juga mengatakan bahawa

kejayaan proses P&P adalah tanggungjawab guru matapelajaran tersebut. Kerjasama

perlu diwujudkan antara pelbagai penyelia pengajaran sekolah dengan guru bagi

menentukan kejayaan program pendidikan di sekolah. Oleh sebab itu, sebagai seorang

penyelia, mereka perlulah mengetahui aspek penting dalam P&P dengan tujuan dapat

mempertingkatkan keberkesanan program penyeliaan di sekolah, terutamanya di

dalam bilik darjah bagi menghasilkan produk yang berkualiti.

Dalam menjalankan sesuatu penyeliaan di bilik darjah, GPK dan GB perlulah

mempunyai pengetahuan yang cukup luas serta kemaskini tentang perubahan sukatan

pelajaran. Abdul Rahman ( 2007). GPK dan GB juga seharusnya mempunyai

kemahiran dan kecekapan dalam mengesan masalah-masalah pedagogi yang timbul di

dalam proses P&P serta dapat mengemukakan cadangan-cadangan yang munasabah

Page 20: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

3

bagi memperbaiki kelemahan yang dikesaninya itu. Justeru itu, kebolehan untuk

berkomunikasi juga penting agar dapat mempengaruhi guru yang diselianya untuk

mengubah cara dan sikap dalam menjalankan tugasnya.

Menurut Asnah (1993) gaya GPK dan GB memainkan peranan yang penting

terutama selepas penyeliaan dilakukan. Contohnya, sokongan, cara arahan dan

penerangan yang positif dapat membantu guru meningkatkan pengajarannya. Ini

adalah untuk mengelakkan wujudnya pertembungan antara GB dan guru yang mana

akan mewujudkan ketidak sefahaman haluan antara mereka. Penyeliaan P&P terhadap

guru di dalam kelas maupun di bilik-bilik khas, sepatutnya menjadi perkara yang

paling utama dilaksanakan oleh kumpulan penyelia di sekolah bagi memastikan

keberkesanan dan kecekapan pelaksanaan kurikulum sebagaimana ditekankan dalam

Akta 550 (Akta Pendidikan 1996).

Pandangan McNulty et al. (2005) turut disokong oleh Sheilds (2005) yang

mengatakan bahawa tugas utama GPK tidak terhad hanya melaksanakan peranan

fungsional seperti pengelolaan, penyelarasan dan penilaian tetapi perlu menjadi suri

teladan atau sumber inspirasi kepada guru-guru. Di samping itu, kepimpinan sekolah

juga disaran supaya mengamalkan stail kepimpinan yang lebih mengutamakan nilai

kemanusiaan seperti membina hubungan yang harmonis dengan guru, bersikap telus,

mudah didekati, kerap memberi motivasi, membimbing dan memberi tunjuk ajar

kepada guru (Bush, 2003; Hussein, 2001). Mengikut Chan Yuen Fook (2000) pula,

aspirasi pendidikan negara tidak akan mencapai matlamat jika kepimpinan sekolah

terlalu tertumpu kepada tugas pentadbiran sahaja sedangkan bidang GPK hari ini

bersifat dinamik, kompleks malah menuntut sesuatu yang lebih tinggi (Herbert, 2006)

dalam menyediakan GPK yang mampu menghasilkan guru yang komited terhadap

sekolah. Sehubungan dengan itu Fullan (2001) juga menyuarakan pendapat mereka

tentang ciri-ciri kepimpinan yang perlu dimiliki oleh GPK sekolah dalam era

globalisasi. Ciri yang dimaksudkan dikenali sebagai kepimpinan profesional iaitu

merujuk kepada sikap tegas GPK dalam membuat keputusan, mempunyai matlamat

Page 21: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

4

yang realistik serta menekankan keunggulan sebagai pemimpin ketika di sekolah. Di

samping itu, GPK juga perlu menitikberatkan aspek pembangunan manusia seperti

kepuasan kerja dan komitmen guru terhadap sekolah (Deal & Peterson, 2000; Ghazali,

2001). Pendek kata, GPK dituntut untuk memberikan keseimbangan antara

kecemerlangan dalam pengurusan dengan kepimpinan yang efektif sebagai pembuka

ruang kepada penghasilan guru yang komited terhadap sekolah dan profesion.

1.2 Latar Belakang Masalah

Bagi pengurusan sekolah di abad ke-21 ini, elemen yang paling penting ialah

kualiti kepimpinan yang cemerlang. Menurut Ab. Aziz (2003), tunggak utama

penilaian terhadap keberkesanan pengurusan adalah melalui kualiti kepimpinan yang

ditunjukkannya. Pernyataan ini turut disokong oleh Robbins (2000) yang menyatakan

bahawa sememangnya tidak dapat dipersoalkan bahawa kejayaan sesebuah organisasi

atau sebarang kumpulan dalam organisasi bergantung kepada kualiti kepimpinan

sebagai penentu utama kualiti organisasi. Maka jika dalam konteks organisasi sekolah,

GPK adalah individu yang paling penting dan berpengaruh kerana GPK lah yang

menetapkan iklim pembelajaran di sekolah, tahap profesionalisme guru-guru dan masa

depan modal insan iaitu pelajar (Hussein, 1997).

Walau bagaimanapun, terdapat isu yang timbul apabila pemimpin sekolah di

Malaysia didapati masih tidak dapat berfungsi sebagai pemimpin pengurusan dan

pemimpin pengajaran yang berkesan seperti dalam Laporan Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan (2006 – 2010). Dapatan menunjukkan bahawa perubahan

bentuk kepimpinan yang telah diperkenalkan untuk diimplementasikan oleh pemimpin

sekolah masih tidak sejajar dengan perubahan dan keperluan semasa. Setiap guru

mempunyai gaya pengajaran dan personaliti yang berbeza. Begitu juga dengan cara

penyeliaan seseorang penyelia berbeza antara seorang penyelia dengan penyelia yang

Page 22: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

5

lain. Penyeliaan yang berkesan boleh membantu guru memahami, menjelajah dan

belajar menghadapi cabaran masa kini (Abdul Rahman Abdul Majid Khan, 2011).

Pentadbiran dan penyeliaan berkesan juga boleh memotivasikan guru dalam

bidangnya itu.

Proses penyeliaan yang baik adalah mengambil kira personaliti dan perbezaan-

perbezaan individu juga memberi ruang kepada individu untuk berkembang secara

personal dan juga professional. Holland (1996) telah membuat kajian yang amat

tipikal dan jelas berkenaan bentuk-bentuk personaliti yang wujud pada diri manusia.

Holland (1985) telah mengelaskan personaliti kepada 6 jenis personaliti iaitu

‘realistik’, ‘artistik’, sosial, ‘investigatif’, ‘enterprising’ dan ‘conventional’. Setiap

personaliti ini akan menentukan keberkesanan tingkah laku dan pencapaian individu

itu dalam bidang yang diceburinya itu. Personaliti ini juga akan menzahirkan

kemahiran, kebolehan, sikap, nilai dan usaha menyelesaikan masaalah dan

peranannya dalam sesuatu perkara. Berdasarkan personaliti-personaliti yang

dinyatakan di atas, kajian ini dibuat untuk mengetahui dan menyelidik pegangan atau

kepercayaan penyeliaan, gaya-gaya kepimpinan seorang penyelia yang diguna pakai

dalam proses penyeliaan serta ciri-ciri dan situasi ketika gaya berkenaan

diaplikasikan.

Guru yang komited seringkali dikaitkan dengan keberkesanan pengurusan dan

kepimpinan organisasi (Meyer & Allen, 1997). Pelopor teori organisasi menyatakan

bahawa keberkesanan organisasi berkait rapat dengan kaedah pengurusan fungsi

sumber manusia dan guru. Pemimpin yang berupaya memahami tindak balas dan

tingkah laku, serta dapat menjangkakan reaksi orang lain terhadap sesuatu situasi,

lazimnya lebih berjaya dalam membina serta memperkukuhkan hubungan dan

persekitaran yang positif (Bloom, 2004), serta boleh mempengaruhi kakitangan untuk

bersikap optimis, komited kepada organisasi, dan saling bekerjasama (Mumford et al.,

2002).

Page 23: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

6

Biarpun GPK mempunyai kuasa yang sah dalam hierarki organisasi yang mana

kuasa sah itu membolehkan GPK untuk memerintah dan menjalankan fungsi-fungsi

sekolah, namun begitu Abdullah dan Ainon (2007) berpendapat bahawa GPK tidak

lagi dapat menjalankan tugas-tugas mereka dengan berkesan sekiranya mereka hanya

bergantung sepenuhnya kepada kuasa yang ada pada jawatan yang mereka sandang

semata-mata. Menurut Karen Ortazo (2007), pemimpin sekolah yang baik ialah

mereka yang bijak menggunakan kuasa, memberi kebebasan tetapi ada kawalan,

mempengaruhi guru, mewujudkan perhubungan yang baik dan mempercayai orang

lain untuk melaksanakan tugasan untuk mencapai matlamat. Kepelbagaian gaya

kepimpinan mendorong kepada kesan yang berbeza-beza kepada sesuatu organisasi

sekolah. Pelbagai dimensi tingkah laku dan gaya kepimpinan yang wujud hasil

daripada pengkaji-pengkaji kepimpinan yang lalu boleh digunakan untuk

meningkatkan keberkesanan kepimpinan GPK.

GPK yang efektif akan menggunakan pelbagai jenis kepimpinan mengikut

keadaan dan situasi dan tidak hanya akan bertumpu kepada satu gaya kepimpinan

sahaja. Kepuasan kerja guru banyak bergantung kepada kemahiran, keupayaan dan

kualiti kepimpinan sekolah untuk mengorganisasikan, memobilisasikan guru dan

menginstitusikan mereka bagi merealisasikan visi dan misi yang dipersetujui bersama

(Aminuddin, 1994). GPK perlu peka dan prihatin dengan cara atau kaedah amalan

kepimpinan mereka, sama ada mampu atau tidak untuk memberi impak perubahan

yang positif di sekolah dalam menghadapi isu yang timbul di dalam dunia pendidikan

kini.

Penyeliaan telah diiktiraf sebagai aspek penting dalam pendidikan terancang

untuk membantu guru dalam menyelesaikan masaalah yang dihadapi di sekolah

terutama dalam proses P&P. Dalam penyeliaan P&P, seorang penyelia haruslah

memberi perhatian kepada masaalah yang guru hadapi dan berusaha bersama guru

yang bermasaalah itu untuk menyelesaikannya. Penyelia perlu menentukan bahawa

seseorang guru itu dalam keadaan yang baik dan bersiap sedia dalam proses P&P,

Page 24: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

7

sentiasa sedia bantu membantu guru yang menghadapi masaalah sehingga dapat

menimbulkan rasa hormat dan keyakinan orang lain terhadap mereka (Ibrahim,1998).

Dalam membincangkan isu tentang kelemahan kepimpinan GPK, Vishalache

Balakrishnan (2005) turut melaporkan bahawa GPK di Malaysia masih mengamalkan

komunikasi yang sehala, kurang berinteraksi dengan guru, tidak melaksanakan

autonomi guru malah jarang melaksanakan pengurusan pengupayaan dianggap

menjadi punca penurunan tahap komitmen guru terhadap sekolah. Secara keseluruhan,

dapatan kajian mereka membuktikan bahawa peranan GPK di sekolah kini hanya

sebagai pentadbir dan bukan pemimpin pendidikan profesional seperti yang diinginkan

oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu mencakupi peranan sebagai

pendidik, pembimbing guru serta pemimpin yang dapat menjana kesetiaan guru

supaya lebih komited dan produktif (Abdul Shukor Abdullah, 2004).

Sehubungan itu, GPK turut dituntut untuk mengamalkan stail kepimpinan yang

pelbagai ketika memimpin sekolah kerana setiap model kepimpinan mempunyai

kelemahannya tersendiri. Antara kelemahan yang nyata adalah tidak semua model

mampu digunakan dalam semua konteks dan situasi (Rahimah, 2003; Ross, 2006).

Oleh itu, GPK perlu cekap menyesuaikan stail kepimpinan mengikut situasi, jenis

sekolah dan keperluan ketika memimpin. GPK sekolah yang bijak didapati mampu

mengamalkan stail kepimpinan yang sesuai berdasarkan situasi tanpa berpegang

kepada satu stail kepimpinan sahaja (Dunford, et al. 2000). Dalam konteks ini, Abdul

Shukor Abdullah (2004) berpendapat bahawa amalan kepimpinan yang pelbagai dan

luwes lebih menjurus kepada keberkesanan kepimpinan berbanding amalan satu stail

kepimpinan sahaja. Persoalannya, adakah GPK sekolah kini telah mengamalkan stail

kepimpinan yang pelbagai ketika mentadbir sekolah atau masih berpegang kepada satu

model kepimpinan sahaja? Jawapan kepada persoalan tersebut memerlukan kupasan

terperinci tentang stail kepimpinan GPK di Malaysia.

Page 25: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

8

1.3 Penyataan Masalah

Kajian ini dijalankan adalah untuk meneliti pegangan atau kepercayaan

penyeliaan di kalangan pentadbir sekolah rendah iaitu GPK dalam daerah Pasir

Gudang semasa menyelia guru dan gaya kepimpinannya semasa guru sedang

mengajar di dalam bilik darjah. Penyelidik juga akan mengkaji dari aspek pegangan

atau kepercayaan penyeliaan dan gaya kepimpinan GPK terhadap guru berdasarkan

pengetahuan sedia ada, tahap keyakinan dan perkembangan yang ada pada guru yang

diselianya itu.

Banyak diperkatakan tentang perlunya penyeliaan pengajaran dijalankan oleh

GB untuk peningkatan prestasi murid. Al Ramaiah (1999) menyatakan penyeliaan

sebagai satu usaha untuk mendorong, menyelaras dan membimbing para guru dalam

hal pengajaran supaya mereka lebih berupaya melakukan semua fungsi berkaitan

pengajaran. Mohd.Salleh Lebar (2000) pula menyatakan bahawa penyeliaan dalam

konteks pendidikan ialah berkaitan dengan aktiviti P&P. Ia menjadi tugas GPK kerana

penyeliaan adalah sebahagian dimensi pentadbiran sekolah dan dianggap sebagai satu

perkembangan bidang professional pengurusan.

Pada dasarnya, keberkesanan sesebuah sekolah berhubung kait dengan

pengurusan sekolah yang sistematik. Setiap warga sekolah mempunyai akauntabiliti

dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Menurut Wan Mohd. Zahid

(1993) keberkesanan sesebuah sekolah dapat diukur daripada proses pelaksanaannya

dan bukan bergantung kepada dapatan kajian semata-mata. Lantas, peningkatan

kecemerlangan, sahsiah dan profesionalisme kerja guru perlu diberi perhatian oleh

pihak pengurusan sekolah melalui amalan penyeliaan kurikulum di sekolah.

Menyedari pentingnya penyeliaan dalam menentukan keberkesanan

pelaksanaan pengurusan kurikulum, kebanyakan sekolah telah menjadikan proses

Page 26: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

9

penyeliaan sebagai salah satu daripada tugas utama yang dijalankan oleh GPK-GPK

sekolah. Tetapi persoalannya adakah guru faham dan bersedia untuk diselia

pengajaran mereka. Bagi GPK pula, adakah amalan penyeliaan yang dijalankan oleh

mereka menggunakan langkah dan pendekatan yang betul. Jikalau pun penyeliaan

telah dibuat oleh GB mengikut masa yang dijadualkan, timbul juga persoalan adakah

penyeliaan itu memberi kesan terhadap profesionalisme guru dan seterusnya memberi

impak kepada prestasi murid. Dari itu, kajian ini dijalankan bagi tujuan untuk melihat

tanggapan guru dan pegangan atau kepercayaan penyeliaan pengajaran yang

dijalankan oleh GPK terhadap guru-guru di sekolah-sekolah kebangsaan di daerah

Pasir Gudang. Kajian ini juga turut meninjau sama ada penyeliaan pengajaran dapat

meningkatkan kualiti pengajaran dan profesionalisme guru-guru sekolah rendah dalam

daerah Pasir Gudang.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dilaksanakan adalah bagi mengenalpasti pegangan atau

kepercayaan penyeliaan Guru-guru Penolong Kanan sekolah rendah dalam daerah

Pasir Gudang semasa menyelia guru-guru Kemahiran Hidup (KH) dan gaya

kepimpinannya semasa menyelia di dalam bilik-bilik darjah ataupun di dalam bengkel

KH. Secara khususnya objektif kajian penyelidikan ini adalah seperti berikut:

1. Mengenalpasti jenis pegangan atau kepercayaan penyeliaan GPK terhadap

guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang.

2. Mengenalpasti gaya kepimpinan GPK terhadap guru-guru KH sekolah

rendah di Pasir Gudang.

Page 27: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

10

3. Mengenalpasti hubungan yang signifikan diantara pegangan atau

kepercayaan penyeliaan dengan gaya kepimpinan GPK terhadap guru-guru

KH sekolah rendah di Pasir Gudang.

4. Mengenalpasti perbezaan yang signifikan diantara pegangan atau

kepercayaan penyeliaaan dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah

rendah di Pasir gudang.

5. Mengenalpasti perbezaan yang signifikan di antara gaya kepimpinan

dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang.

1.5 Persoalan Kajian

Secara umumnya, kajian ini dijalankan adalah untuk meneliti pegangan atau

kepercayaan penyeliaan Guru-guru Penolong Kanan di sekolah rendah dalam

menyelia guru-guru matapelajaran KH dan gaya kepimpinan penyeliaannya semasa

berada di dalam bilik darjah atau di dalam bengkel KH. Berdasarkan objektif yang

telah dinyatakan di atas, diharapkan kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan

berikut :

1. Apakah jenis pegangan atau kepercayaan penyeliaan GPK terhadap guru-

guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang ?

2. Apakah gaya kepimpinan GPK terhadap guru-guru KH sekolah rendah di

Pasir Gudang ?

3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan diantara pegangan atau

kepercayaan penyeliaan dengan gaya kepimpinan GPK terhadap guru-guru

KH sekolah rendah di Pasir Gudang ?

Page 28: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

11

4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan diantara pegangan atau

kepercayaan penyeliaaan dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah

rendah di Pasir gudang?

5. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya kepimpinan

dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang ?

1.6 Hipotesis Kajian

Berikut merupakan hipotesis kajian ini:

Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan diantara pegangan atau kepercayaan

penyeliaan dengan gaya kepimpinan GPK terhadap guru-guru KH sekolah rendah di

Pasir Gudang.

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara pegangan atau kepercayaan

penyeliaaan Essentialisme dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah rendah di

Pasir Gudang.

Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara pegangan atau kepercayaan

penyeliaaan Experimentalisme dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah rendah

di Pasir Gudang.

Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara pegangan atau kepercayaan

penyeliaaan Existentialisme dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah rendah di

Pasir Gudang.

Page 29: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

12

Ho5: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya kepimpinan Karisma

dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang.

Ho6: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya kepimpinan Bertimbang

Rasa Secara Individu dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir

Gudang.

Ho7: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya kepimpinan Merangsang

Intelek dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang.

Ho8: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya kepimpinan Motivasi

Inspirasi dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang.

1.7 Kerangka Konsep Kajian

Berikut merupakan kerangka Konsep Kajian :

Rajah 1.1: Kerangka Konsep Kajian

INDIVIDU

GAYA

KEPIMPINAN

PEGANGAN / KEPERCAYAAN PENYELIAAN

Page 30: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

13

Dalam kerangka konsep di atas menunjukkan di dalam diri individu itu ada

pegangan atau kepercayaan penyeliaan yang diamalkannya semasa menyelia orang

bawahannya. Berlainan individu berbeza pula pegangan atau kepercayaan

penyeliaannya. Berdasarkan pegangan atau kepercayaan penyeliaan ini maka

terhasillah pelbagai gaya kepimpinannya semasa mereka menyelia. Dalam kajian ini,

kita akan melihat perkaitan seseorang individu yang berlainan jantina yang

mempunyai pegangan atau kepercayaan penyeliaannya akan menyerlahkan gaya

kepimpinannya semasa menyelia orang bawahannya.

1.8 Kepentingan Kajian

Berikut adalah beberapa kepentingan kajian ini dijalankan.

1. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan dan rujukan dalam

mengadaptasikan fungsi penyeliaan pengajaran yang sebenar.

2. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan untuk guru-guru memahami proses

penyeliaan pengajaran yang dipertanggungjawabkan kepada GPK. Dengan cara

sedemikian diharapkan dapat mengikis tanggapan-tanggapan negatif terhadap

penyeliaan yang dilakukan olehnya. Di samping itu, memperkukuhkan hubungan

profesionalisme antara guru penyelia dan guru.

3. Dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan oleh GPK untuk

melaksanakan penyeliaan pengajaran ke arah pengurusan sekolah berkesan. Serta

dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam proses penyeliaan

pengajaran yang telah dijalankan.

Page 31: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

14

4. Diharapkan melalui kajian ini, pandangan guru terhadap penyeliaan pengajaran

diperolehi untuk mengetahui keadaan sebenar guru-guru yang diselia. Hasil maklum

balas ini, boleh dijadikan rujukan untuk meningkatkan kualiti pengajaran pada masa

akan datang.

5. Dapatan kajian ini diharap akan memberikan input kepada pihak Jabatan Pelajaran

Negeri Johor terhadap situasi sebenar perlaksanaan penyeliaan pengajaran yang telah

diarahkan kepada pentadbir ( GPK ) sekolah agar dapat membuat penilaian dan

tindakan yang sewajarnya terhadap perlaksanaan penyeliaan pengajaran di sekolah-

sekolah.

1.9 Batasan Kajian

Setiap kajian pasti ada beberapa kekangan yang tidak boleh dielakkan oleh

penyelidik. Berikut adalah beberapa kekangan yang akan berlaku semasa proses kajian

sedang dijalankan. Antaranya ialah :

a) Dalam kajian ini wujud kesukaran untuk mengawal pembolehubah luar yang

boleh memesongkan dari arah tujuan kajian ini dijalankan. Contohnya,

mungkin ada beberapa maklumat palsu telah diberikan oleh sampel kajian.

b) Sampel kajian hanya terdiri daripada guru-guru di sekolah rendah daerah Pasir

Gudang iaitu dalam zon G sahaja iaitu hanya 8 sekolah sahaja , dan tidak

melibatkan guru-guru dari sekolah di tempat lain. Segala dapatan yang

dipaparkan adalah berdasarkan konteks kajian yang disebutkan sahaja dan

mungkin boleh digeneralisasikan kepada guru-guru di tempat lain di Malaysia.

Page 32: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

15

c) Kajian ini hanya beberapa buah sekolah sahaja di dalam daerah Pasir Gudang

kerana kekangan masa, kewangan dan batasan geografi bagi menjalankan

penyelidikan ke atas jumlah sampel yang besar.

1.10 Definisi Operasi

Sejarah perkembangan penyeliaan di Malaysia bermula hasil Laporan

Pelajaran Tinggi di Malaya (1939), Laporan Bornes (1951) dan Laporan Razak

(1956) yang menyarankan agar penubuhan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan yang

berfungsi sebagai satu badan professional yang bebas, bertanggungjawab memeriksa

sekolah-sekolah dan menyelia pengajaran di seluruh negara (Mok Soon Seng, 2006).

Maka sekitar 1950an dan awal 1960an, penyeliaan berfungsi sebagai pendekatan

untuk memeriksa sekolah, memerhati aktiviti-aktiviti di sekolah dan pembelajaran

(seksyen 96a Akta Pelajaran 1961). Secara ringkasnya penyeliaan ialah pemeriksaan

dan penyelia adalah sebagai pemeriksa. Berikut adalah definisi beberapa perkataan

yang dianggap penting dalam tesis ini.

1.10.1 Kepimpinan

Kepimpinan mengikut Robbins (2003) boleh didefinisikan sebagai kemampuan

untuk mempengaruhi sesuatu kumpulan untuk mencapai matlamat. Menurut

Schlechty (1990) pula menjelaskan bahawa pemimpin adalah seseorang yang dalam

kedudukan untuk mempengaruhi orang-orang lain untuk bertindak; dengan ianya

sendiri ada kemahiran-kemahiran moral, intelektual dan sosial yang diperlukan untuk

mengambil peluang kedudukan tersebut. Konsep kepimpinan membawa pelbagai

maksud kepada individu yang berlainan. Mungkin maksud itu berbeza kerana

pemahaman seseorang individu itu berbeza berasaskan pemahaman masing-masing,

Page 33: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

16

skema pemikiran kita sebelum ini dan termasuklah juga peribadi masing-masing.

Kepimpinan juga berkaitan dengan sesuatu kepercayaan, pegangan atau minatnya

sebagaimana disebut Covey (1994) sebagai ‘personal leadership’ iaitu membawa

maksud kepimpinan boleh juga terjadi walaupun cuma seorang sahaja yang berkaitan.

Mengikut Rahimah (2001) menyatakan semua yang terlibat dalam profesion

pendidikan perlu menjadi pemimpin untuk organisasi masa depan atau ‘leaders of the

future’, kerana apabila seseorang itu berkecimpung dalam alam pendidikan, tidak kira

apa peranan rasminya, beliau terlibat dalam pendidikan generasi masa depan. Guru

sebagai seseorang yang dapat mempengaruhi perkembangan murid-muridnya

sesungguhnya adalah pemimpin bersesuaian dengan definisi kepemimpinan. Dalam

kajian ini gaya kepimpinan telah definisikan sebagai Karisma, Bertimbang Rasa

Secara Individu, Merangsang Intelek, Motivasi Inspirasi dalam kalangan GPK

terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang.

1.10.2 Penyeliaan Pengajaran

Istilah ini merujuk kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak tertentu bagi

membantu, membimbing dan memandu seseorang guru menjalankan tugas mengajar

dengan lebih berkesan sebelum, semasa dan selepas proses P&P dijalankan.

Penyeliaan pengajaran juga membawa maksud yang positif iaitu satu usaha

membantu guru meningkatkan prestasi pengajaran mereka dan bukan mencari

kesalahan semata-mata.

Menurut McEwan (2003) penyeliaan pengajaran secara umumnya adalah

usaha-usaha di mana fungsi-fungsi pengurusan seperti merancang, mengorganisasi,

memimpin, mengawal, menilai dan terus menambah baik yang diperkaitkan dengan

bidang-bidang pentadbiran utama melibatkan staf, murid, komuniti, kurikulum,

Page 34: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

17

pengajaran dan kewangan dapat dijalankan dengan cekap dan pada masa yang sama

dapat mewujudkan ‘learning community’. Bagi Ibrahim Mamat (1998), penyeliaan

adalah bermaksud memberi pimpinan kepada guru untuk berkembang, meningkat dan

mencapai kesempurnaan dalam tugas mereka. Justeru itu dapat dirumuskan di sini

bahawa untuk memimpin, seseorang penyelia mestilah mempunyai pengetahuan

tentang bidang yang akan diselia serta ilmu bagaimana untuk memimpin orang

bawahannya.

1.10.3 Penyeliaan

Dalam perjalanan organisasi, elemen-elemen dalam organisasi tidak dapat lari

daripada berkomunikasi. Menerusi komunikasi juga, ahli-ahli dalam organisasi dapat

bertukar maklumat untuk kemajuan unit masing-masing. Organisasi tidak dapat hidup

dan meneruskan aktiviti tanpa komunikasi (Hickson, Stacks & Greely, 1998). Salah

satu elemen yang penting di dalam kajian komunikasi organisasi adalah komunikasi

ketua dan subordinat atau juga dikenali sebagai komunikasi kepenyeliaan. Komunikasi

kepenyeliaan merupakan satu bentuk komunikasi ‘dyadic’ yang menumpukan

bagaimana ketua dan subordinat berkomunikasi dalam mengekalkan hubungan

mereka. Hubungan ketua dan subordinat yang harmoni dan baik dapat melicinkan lagi

perjalanan organisasi disamping dapat mencapai misi dan visi organisasi. Secara tidak

langsung komunikasi yang berkesan di antara ketua dan subordinat akan dapat

menentukan kejayaan sesebuah organisasi (Jablin, 1987). Justeru itu, komunikasi

penyeliaan dapat memberi gambaran pola komunikasi keseluruhan dalam sesebuah

organisasi (Lee & Jablin, 1995).

Page 35: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

18

1.10.4 Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan

Hishamudin Ibrahim (2005) mendefinisikan pegangan atau kepercayaan

penyeliaan sebagai pedoman yang akan memandu seseorang penyelia bagi membuat

keputusan tentang kaedah dan pendekatan bagi menyelesaikan masalah dalam

pembangunan profesionalisme guru. Secara psikologinya,pegangan atau kepercayaan

(belief) adalah kefahaman, premis atau pembawaan yang dipegang terhadap sesuatu

yang dianggap sebagai benar atau betul (Richardson, 1996). Dalam kajian ini,

penyelidik akan menggunakan perkataan pegangan atau kepercayaan bagi

menggambarkan kepercayaan. Ini adalah kerana istilah kepercayaan seolah-olah

membawa anutan seseorang terhadap sesuatu agama. Pandangan seorang penyelia

tentang ilmu pengetahuan, keadaan semulajadi manusia dan kawalan dikatakan

sebagai pegangan atau kepercayaan penyeliaan (supervisory belief) (Glickman 2005).

Dalam konteks yang sama, pegangan atau kepercayaan penyeliaan dalam kajian ini

merujuk kepada suatu tanggapan maya GPK, hasil daripada himpunan pendedahan

dan pengalaman yang diperoleh selama ini lalu dijadikan panduan asas dalam

menentukan hala tuju bagaimana untuk mencorak interaksi dalam sesi konferensi

penyeliaan pengajaran. Dalam kajian ini jenis pegangan atau kepercayaan penyeliaan

didefinisikan sebagai pegangan Essentialisme, Experimentalisme dan Existentialisme

dalam kalangan GPK terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang.

1.11 Rumusan

Berdasarkan kepada Bab 1 ini, penyelidik telah menerangkan tentang

pengenalan, definisi beberapa perkataan yang digunakan oleh penyelidik, latar

belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis

kajian, kerangka konsep, kepentingan kajian dan batasan kajian . Berdasarkan elemen-

elemen di atas penyelidik akan melakukan penyelidikan untuk kajian selanjutnya.

Page 36: HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri ... 4.4 Jenis

19

Para penyelia di sekolah mempunyai peranan yang amat kompleks.

Kebiasaannya peranan ini adalah mengikut situasi di mana ianya berlaku. Pada masa

dahulu, penyeliaan di sekolah-sekolah cuma berkisar sekitar lanjutan daripada aspek

pentadbiran ataupun kerja-kerja yang dibuat oleh ketua di kalangan guru. Walau

bagaimanapun peranan dan tugas-tugas para penyelia ini telah dipengaruhi oleh

faktor-faktor persekitaran, seperti dari segi politik, sosial, perkembangan teknologi

dan sebagainya.

Penyeliaan merupakan salah satu tugas harian GB dan GPK bagi memastikan

pengajaran guru di bawah seliaannya berada dalam keadaan yang baik serta

mempunyai kualiti yang tinggi. Menurut Hamdan dan Rahimah (2011) dalam

menjalankan penyeliaan di bilik darjah, GPK ataupun GB perlu mempunyai

pengetahuan yang mencukupi serta kemaskini tentang perubahan sukatan pelajaran.

Mereka juga harus berkemampuan dalam mengesan masaalah-masaalah pedagogi

yang timbul di dalam proses P&P serta dapat mengemukakan cadangan-cadangan

yang munasabah dan membina uintuk membaiki kelemahan yang dikesaninya

seterusnya juga dapat mempertingkatkan prestasi para guru.