degree of bachelor of arts, nus 1 & 2.pdf · kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya...

53
i MALAY LANGUAGE CURRICULUM FOR SECONDARY SCHOOLS IN SINGAPORE: AN EVALUATION OF ITS DEVELOPMENT AND IMPLEMENTATION PAIRAH BTE SATARIMAN (DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS) A DISSERTATION SUBMITTED IN APRTIAL FULFILMENT OF THE REQUIREMENT FOR THE DEGREE OF MASTER OF ARTS (MALAY STUDIES) NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE 2006

Upload: tranthuan

Post on 03-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

i

MALAY LANGUAGE CURRICULUM FOR SECONDARY SCHOOLS

IN SINGAPORE: AN EVALUATION OF ITS DEVELOPMENT AND

IMPLEMENTATION

PAIRAH BTE SATARIMAN

(DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS)

A DISSERTATION SUBMITTED

IN APRTIAL FULFILMENT OF THE REQUIREMENT

FOR THE DEGREE OF MASTER OF ARTS (MALAY STUDIES)

NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE

2006

Page 2: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

ii

PENGHARGAAN

Alhamdullillah, akhirnya tesis ini dapat disiapkan tanpa adanya halangan yang

besar. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima

kasih kepada semua yang memberikan kerjasama dan bantuan secara langsung dan tidak

langsung dalam penyediaan tesis ini.

Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada penyelia saya, Profesor

Madya Dr Shaharuddin Maarof dan Dr Noor Aisha Abdul Rahman atas segala nasihat,

tunjuk ajar, bimbingan, keperihatinan dan galakan yang diberikan sepanjang tempoh

pengajian saya.

Saya juga merakamkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Singapura

yang menaja pengajian saya. Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk

menimba ilmu amat saya hargai. Begitu juga ucapan terima kasih saya kepada mantan

Timbalan Pengarah, Cawangan Bahasa dan Kesusasteraan, Kementerian Pendidikan,

Encik Cheah Chak Mun dan mantan guru saya, Encik Kasmadi Haji Nasir atas galakan

dan sokongan mereka.

Ucapan terima kasih yang tak terhingga saya tujukan kepada ibu yang dihormati,

Hajjah Bidah Bte Unang yang sentiasa mendoakan kejayaan saya tanpa jemu; almarhum

suami yang tercinta, Haji Osman Bin Mohd Yusoff yang sentiasa memahami,

memberikan dorongan, semangat dan cahaya dalam perjuangan saya semasa hayatnya;

Page 3: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

iii

dan anak-anak yang dikasihi, Nuriana, Nur Amanina, Muhd Nadhir dan Nur Dyna yang

menjadi perangsang dan penguat semangat.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan rasa penghargaan

kepada semua pengetua sekolah yang memberikan kerjasama, juga para guru dan pelajar

yang terlibat dalam tinjauan yang dijalankan. Akhir sekali kepada teman-teman saya yang

tidak jemu-jemu memberikan sokongan, perangsang dan perhatian, saya ucapkan ribuan

terima kasih. Kejayaan ini ialah kejayaan kita semua.

Page 4: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

iv

KANDUNGAN

Penghargaan ii

Ringkasan viii

Bab

1 Pendahuluan 1

1.1 Penilaian Kurikulum 1

1.1.1 Maksud Kurikulum 1

1 .1.2 Penilaian Kurikulum Sebagai Satu Bidang Yang Penting 2

1.2 Beberapa Penilaian Kurikulum Yang Dijalankan 8

1.3 Kesimpulan 12

2 Latar Belakang Sistem Pendidikan di Singapura 14

2.1 Pengenalan

2.1.1 Falsafah Pendidikan Sekolah Di Singapura

14

2.1.2 Evolusi dan Struktur Pendidikan Sekolah di Singapura

15

2.1.3 Sejarah Ringkas Perkembangan dan Kedudukan Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan

20

2.1.4 Penubuhan Institut Perkembangan dan Pembangunan Singapura (CDIS) dan Unit Bahasa Melayu.

27

2.2 Pernyataan Masalah dan Skop Kajian 28

2.3 Tujuan 32

2.4 Kepentingan Kajian 32

2.5 Kaedah Kajian 34

2.6 Batas Kajian 36

Page 5: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

v

3 Keberkesanan Pelaksanaan Sistem Sebutan Baku dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

38

3.1 Bahasa Baku dan Aspek-aspek Bahasa yang Dibakukan 38

3.2 Pembakuan Bahasa Melayu 42

3.3 Maksud dan Prinsip Sebutan Baku 45

3.4 Latar Belakang Pelaksanaan Sistem Sebutan Baku di Singapura

49

3.5 Rasional Pelaksanaan Sistem Sebutan Baku di Singapura

51

3.6 Pelaksanaan Sistem Sebutan Baku dalam Kurikulum Bahasa Melayu di Sekolah-sekolah

53

3.7 Keberkesanan Pelaksanaan Sistem Sebutan Baku di Sekolah- sekolah Menengah

56

3.7.1 Pengenalan 56

3.7.2 Maklumat Sampel 62

3.7.3 Kaedah Kajian 64

3.7.4 Dapatan Kajian 67

3.7.4.1 Latar Belakang Responden

67

3.7.4.2 Pelaksanaan Sistem Sebutan Baku dalam Bilik Darjah dan Peranan Guru Sebagai

Model Penutur

70

3.7.4.3 Keberkesanan dan Pencapaian Pelaksanaan Sistem Sebutan Baku di Sekolah

74

3.7.4.4 Faktor-faktor yang Berkaitan dengan Pelaksanaan Sistem Sebutan Baku

76

3.7.4.5 Masalah yang Dihadapi 80

3.8 Kesimpulan dan Saranan 83

Page 6: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

vi

4 Pembelajaran dan Pemerolehan Kosa Kata Bahasa Melayu di Kalangan Para Pelajar Peringkat Sekolah Menengah

89

4.1 Objektif dan Skop Kajian 89

4.2 Pengertian Kosa Kata 90

4.3 Kosa Kata Sebagai Asas Penguasaan Bahasa 91

4.4 Kajian Yang Pernah Dijalankan 95

4.5 Pengajaran dan Pembelajaran Kosa Kata dalam Kurikulum Bahasa Melayu

98

4.5.1 Penelitian dan Analisis Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

98

4.5.2 Penelitian dan Analisis Bahan dan Kaedah Pengajaran 103

4.6 Kesimpulan dan Saranan 119

5 Peranan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Saluran bagi Penyerapan dan Penerapan Nilai

126

5.1 Objektif dan Skop Kajian

126

5.2 Definisi dan Fungsi Nilai

127

5.3 Latar Belakang Pendidikan Nilai di Singapura 129

5.4 Hubungan Antara Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Dengan Pendidikan Nilai dan Budaya

134

5.5 Kurikulum Bahasa Melayu Sebagai Wadah Penyerapan Nilai-nilai Murni

139

5.5.1 Peribahasa Sebagai Wadah Penyerapan dan Penerapan Nilai

142

5.5.2 Bahan Sastera Sebagai Wadah Penyerapan dan Penerapan Nilai

159

5.5.2.1 Gurindam

160

5.5.2.2 Pantun

164

5.5.2.3 Prosa Klasik dan Moden 169

Page 7: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

vii

5.6 Kesimpulan dan Saranan

179

6 Kesimpulan 184

Bibliografi 194

Lampiran 209

Page 8: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

viii

RINGKASAN

Kurikulum Bahasa Melayu di Singapura telah mengalami banyak perubahan dan

perkembangan dari masa ke semasa dan keadaan ini dicetuskan oleh keinginan dan

tuntutan masyarakat dan negara yang berbeza-beza yang disebabkan oleh perubahan dan

perkembangan yang berlaku di dalam dan di luar negara. Untuk memastikan kurikulum

Bahasa Melayu yang digunakan di sekolah-sekolah di Singapura relevan dan menepati

anspirasi dan keinginan masyarakat dan negara, penilaian terhadap kurikulum yang ada

perlu dilakukan secara konsisten dan berterusan. Penilaian seumpama in berfungsi untuk

mengukur keberkesanan kurikulum tersebut dan hasil daripada penilaian yang dijalankan

bertindak sebagai lapor balik dan input yang amat berguna kepada penggubal dasar

bahasa, pelaksana kurikulum juga mereka yang terlibat langsung dalam pembinaan

kurikulum khususnya dalam membuat penilaian dan keputusan mengenai kurikulum yang

ada dan untuk membuat pertimbangan bagi tindakan-tindakan susulan yang wajar.

Kajian yang dijalankan ini cuba meneliti dan menilai kurikulum Bahasa Melayu

peringkat sekolah menengah di Singapura. Penilaian ini memberikan tumpuan kepada

dua aspek sistem bahasa iaitu sebutan baku dan kosa kata dan satu fungsi program

Bahasa Melayu iaitu sebagai wadah bagi penyerapan dan penerapan nilai-nilai murni

dalam kalangan pelajar.

Pada dasarnya, kajian ini cuba menilai aspek-aspek yang berkaitan dengan

pembentukan kurikulum seperti pemilihan item, kesesuaian item yang dipilih, proses

implementasi dan masalah yang berkaitan dan sama ada kurikulum yang ada ini sejajar

Page 9: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

ix

dengan ciri-ciri, struktur, hasrat dan keperluan masyarakat dan negara Singapura yang

berbilang bangsa, agama dan budaya. Kajian ini juga bertujuan untuk mengukur

keberkesanan dan mengenal pasti perkara-perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan

aspek-aspek yang dikaji dan seterusnya mengemukakan beberapa pandangan dan saranan

yang diharapkan dapat memberikan sumbangan.

Kajian ini meliputi penelitian terhadap tiga keluaran sukatan pelajaran dan bahan-

bahan pengajaran bercetak ( buku teks, buku kerja dana buku panduan guru) yang

diterbitkan oleh pihak MOE dari tahun 982 hingga 2002. Tinjauan untuk mendapatkan

lapor balik terhadap pelaksanaan dan keberkesaan sebutan baku juga dijalankan di

sekolah-sekolah yang melibatkan 76 orang guru yang mengajar Bahasa Melayu dan 300

orang pelajar Melayu dan bukan Melayu daripada pelbagai kurus/aliran yang mengambil

Bahasa Melayu sebagai kedua dan ketiga.

Secara keseluruhan, kajian ini mendapati bahawa terdapat usaha secara sedar oleh

pihak Kementerian Pendidikan (MOE) untuk merealisasikan objektif kurikulum Bahasa

Melayu yang dibina. Namun, usaha tersebut belum mendapat sokongan padu daripada

semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembentukan dan

pelaksanaan kurikulum tersebut. Keadaan ini dirumitkan lagi oleh kurangnya kesedaran

dalam kalangan para pembina bahan, pelaksana kurikulum, penggubal dan pengguna

bahasa terhadap kepentingan, kedudukan dan peranan ketiga-tiga aspek yang dikaji dan

kaitannya dalam pembangunan, kemantapan dan penakatan Bahasa Melayu . Tahap

kesedaran yang kurang memuaskan ini boleh dikesan melalui pendekatan, perancangan

Page 10: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

x

dan pelaksanaan program Bahasa Melayu yang ada sekarang. Akibatnya, mutu dan

keberkesanan program Bahasa Melayu khususnya dalam aspek-aspek yang dikaji masih

berada di tahap yang boleh dipersoalkan. Oleh yang demikian, usaha bersepadu dan

langkah yang wajar haruslah diambil dengan segera agar segala kekurangan atau

kepincangan yang dikenal pasti dapat ditangani dan sekaligus memantapkan dan

meningkatkan mutu kurikulum Bahasa Melayu yang ada.

Page 11: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

xi

SUMMARY

The Malay Language curriculum for secondary schools in Singapore has been

undergoing a lot of changes and development from time to time as a result of the

changing demands and needs of the society and nation due to the changes and

development which are taking place in and outside the country. To ensure that the Malay

Language curriculum used in schools in Singapore are relevant and meets the aspirations

and the needs of the society and nation, an evaluation to measure the effectiveness of the

curriculum should be carried out continuously and consistently. Such evaluation

functions as a means of gathering feedback and provides relevant and useful input to

curriculum developers, curriculum implementers, language policy makers and those who

are involved in the development of curriculum especially in making judgement and

decisions about the existing curriculum and considering sensible follow up actions.

This study is carried out to evaluate Malay Language curriculum for secondary

schools in Singapore. The evaluation focuses on two aspects of the system of Malay

Language namely standard pronunciation (Sebutan Baku) and lexicon, and the role of

Malay Language learning as a means of inculcating positive values among the students.

Basically, the study evaluates aspects related to the development of the

curriculum such as methods of item selection, suitability of the selected items,

implementation process and its possible problems and whether the existing curriculum

reflects features, structure and needs of the multi-racial, multi-language and multi-cutural

society and nation in Singapore. In short, this study aims to measure the effectiveness of

Page 12: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

xii

the curriculum implemented and to identify areas of concern related to its implementation

especially of the areas under study and also to provide views and recommendations for

consideration.

The evaluation covers three publications of Malay Language syllabuses and

teaching materials (text book, work book and teacher’s guide) published by MOE from

1982/1983 to 2002. The survey to gather feedback on the implmentation of ‘Sebutan

Baku’ was conducted in selected secondary schools involving 76 Malay Language

teachers and 300 Malay and non-Malay students of different streams/courses who are

offering Malay Language as second and third language.

On the whole, this study finds that MOE has put in considerable and conscious

effort in order to achieve the objectives of the Malay Language curriculum. However, its

effort has not yet received total support needed from those who are involved directly and

indirectly in the development and the implementation of the curriculum. This situation

has become more complicated with the lack of awareness among the curriculum

developers, curriculum implementors and language users on the importance, level and

role of the three language aspects under study and their relations to the development,

stability and survival of Malay Language. Such lack of awareness could be seen in the

approach, planning and implementation of the existing Malay Language program. Thus,

the merit and the effectiveness of the program especially in the three language aspects

under study are still questionable. Therefore, necessary actions should be taken quickly

Page 13: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

xiii

to address any weaknesses identified so as to stablise and improve the quality of the

existing Malay Language curriculum.

Page 14: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

xiv

SINGKATAN

1. ASEAN Association of South East Asian Nations (Perstauan Negara-negara Asia Tenggara)

2. BPKBM Buku Panduan Khas Bahasa Melayu

3. CDIS Curriculum Development Institute of Singapore ( Institut Perkembangan dan Kurikulum singapura)

4. DBP Dewan Bahasa dan Pustaka

5. GCE ’O’ Level

General Certificate of Education Ordinary Level (Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa)

6. GCE ’N’ Level

General Certificate of Education Ordinary Level (Sijil Am Pelajaran Peringkat ‘N’)

7. JBMS Jawatankuasa Bahasa Melayu Singapura

8. KGMS Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura

9. MABBIM Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia

10. MBMS Majlis Bahasa Melayu Singapura

11. MICA Ministry of Information, Communication and the Arts (Kementerian Penerangan, Perhubungan dan Kebudayaan)

12. MITA Ministry of Information, Telecommunication and the Arts (Kementerian Penerangan, Perhubungan dan Kebudayaan)

13. MOE Ministry of Education (Kementerian Pendidikan )

14. NE National Education (Pendidikan Nasional )

15. NIE National Institute of Education (Institut Pendidikan Nasional)

16. PGBM Persatuan Guru-guru Bahasa Melayu

17. PSLE Primary School Leaving Examination (Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah)

Page 15: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

xv

DAFTAR JADUAL

1. Pelajar Mengikut Jantina dan Bangsa

2. Bahasa Pertuturan Utama yang Digunakan oleh Pelajar Melayu

3. Bahasa Pertuturan Utama yang Digunakan oleh Pelajar Bukan Melayu

4. Gambaran Keseluruhan Penggunaan Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar

5. Peranan MOE dalam Menyokong Pelaksanaan Sebutan Baku di Sekolah-sekolah

6. Bahan Pengajaran Bahasa Melayu bagi Tahun Pertama Penggunaan 1983, 1994 dan 2002

7. Objektif (Peratusan) Pengajaran/ Pembelajaran dan Latihan Kosa Kata dalam Buku Teks Peringkat Menengah 2 Pakej Pancaran Bahasa

8. Objektif (Peratusan) Pengajaran/Pembelajaran dan Latihan Kosa Kata Peringkat Menengah 1 Buku Teks Pakej Jendela Bahasa

9. Contoh Perkataan yang Diulang (huruf tebal ) dalam Teks Bacaan Utama Buku Menengah 3 Pakej Intisari Bahasa

10. Contoh Perkataan yang Diulang (huruf tebal ) dalam Teks Bacaan Utama Buku Menengah 2 Pakej Pancaran Bahasa

11. Jumlah Kosa Kata Setiap Peringkat dan Peratus Kosa Kata Yang Diulang bagi Pakej Intisari Bahasa

12. Jumlah Kosa Kata Setiap Peringkat dan Peratus Kosa Kata Yang Diulang bagi Kursus Ekspres Pakej Pancaran Bahasa

13. Senarai Perkataan bagi Tajuk Perkembangan dan Penggunaan Bahasa Melayu dalam Pakej Intisari Bahasa dan Pakej Pancaran Bahasa

14. Jumlah Penuh dan Jumlah Purata Kosa Kata Setiap Unit dalam Buku 4 Pakej Pancaran Bahasa

15. Jumlah Peribahasa yang Perlu Dipelajari

Page 16: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

xvi

DAFTAR RAJAH

1. Pengalaman Mengajar Mengikut Tahun

Page 17: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Penilaian Kurikulum 1.1.1 Maksud kurikulum

Secara ringkas kurikulum dapat difahamkan sebagai sesuatu kandungan mata pelajaran

yang dirancangkan yang hendak diajarkan kepada para pelajar di sekolah-sekolah. Kamus

Dewan mendifinisikan kurikulum sebagai ‘skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di

sekolah, senarai kesemua mata pelajaran ( kursus pengajian ) di sekolah dan lain-lain’.1 Oleh

itu, apa-apa sahaja yang diajar di sekolah merupakan kandungan mata pelajaran yang

diajarkan menerusi pelbagai mata pelajaran, pelbagai pilihan disiplin ilmu pengetahuan,

pelbagai rumusan masalah tentang kehidupan seharian dan pelbagai cara penyusunan.

Kurikulum ini dirancang bagi menyediakan kesempatan dan membimbing para pelajar

menimba dan memperoleh ilmu dan pengalaman yang diingini berdasarkan objektif tertentu

kurikulum tersebut.2

Kurikulum adalah satu bidang yang dinamik. Ini bermakna bidang ini sentiasa

berkembang dan berubah. Sesuatu kurikulum itu berkembang dan berubah dari semasa ke

1. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994. Kamus Dewan, Edisi Ketiga, Kuala Lumpur, DBP, hlm 735. 2. Lihat: Pratt, David, 1980. Curriculum- Design and Development, New York, Harcourt Brace, Jovanovich, Publishers:Taba Hilda, 1962. Curriculum Development- Theory and Practice, New York, Harcourt, Brace and World, Inc: Tanner Daniel & Tanner Laurel N., 1975. Curriculum Development, London Collier Macmillan Publishers: Taylor Philip H. & Richards Colin M., 1985. An Introduction to Curriculum Studies (Second Edition ), Berkshire, NFER-NELSON: Taylor Philip H. (ed), 1986. Recent Developments in Curriculum Studies, Philadelphia, NFER-NELSON: Tyler, Ralph, W., 1949,. Basic Principles of Curriculum and Instruction, Chicago and London, The University of Chicago Press: Warwick, David, 1975. Curriculum Structure and Design, London, University of London Press Ltd.

Page 18: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

2

semasa mengikut keperluan dan keadaan tertentu sesuatu masyarakat atau negara. Perubahan

dan perkembangan ini membolehkan sesuatu kurikulum berkembang bukan sahaja dari yang

kurang baik kepada yang lebih baik, tetapi juga dari satu tahap ke satu tahap yang lain.

Sesuatu kurikulum itu akan melalui pelbagai proses seperti proses pembentukan,

penyebaran, pelaksanaan dan penilaian. Penilaian ini dilakukan untuk mengetahui sejauh

mana kurikulum tersebut berkesan dalam mencapai matlamat yang diingini. Akhir sekali,

kurikulum tersebut akan melalui proses pembaharuan yang akan membawa kepada

terbentuknya satu kurikulum yang baharu.

1.1.2 Penilaian Kurikulum Sebagai Satu Bidang yang Penting

Sejak awal tahun 1950-an, beberapa projek pembangunan kurikulum secara besar-

besaran telah dijalankan di beberapa buah negara di serata dunia. Perkembangan dalam

aktiviti pembangunan kurikulum ini mendorong kepada meningkatnya permintaan dalam

penilaian program pendidikan. ‘Bahan pengajaran dan cara-cara mengajar memerlukan

penilaian supaya menggambarkan dengan betul ciri-ciri para pelajar yang berubah-ubah

dan ilmu pengetahuan yang baharu, isu-isu dan orientasi dunia yang kontemporari’.3

3. Lewy, Arieh (ed), 1977. Handbook of Curriculum Evaluation, New York, Longman Inc., hlm V. Tukilan asal dalam bahasa Inggeris ialah ‘Instructional materials and methods sorely required revision so as to reflect properly the changing characteristics of students and the new knowledge, issues, and orientation of the contemporary world’.

Page 19: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

3

Pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan dalam pendidikan ingin mengetahui

sama ada program pendidikan yang diperkenalkan membuahkan hasil yang memuaskan atau

tidak. ‘Informasi mengenai program baharu yang relevan didapatkan bagi memenuhi

keperluan masyarakat dan pelajar, kepentingan saintifik dan kesahan bahan-bahan

pembelajaran yang baharu, keupayaan program untuk mencungkil kelakuan guru-guru dan

pelajar tertentu, dan hasilan sebenar menggunakan satu set bahan-bahan pengajaran yang

diberikan’.4

Selain itu, mereka ingin mendapatkan kepastian mengenai beberapa perkara yang

menjadi persoalan seperti: a)Adakah wajar masa yang diperuntukkan bagi mempelajari bahan-

bahan yang terdapat dalam program tersebut?; b) Bolehkah bahan-bahan pengajaran tersebut

menggambarkan perkembangan dan pembangunan idea-idea terkini sama ada dari segi

intelektual atau saintifik?; c) Bolehkah para pelajar menguasai kemahiran-kemahiran tertentu

dalam program dan menghayati nilai-nilai dan tingkah-laku tertentu yang diingini?; d) Adakah

program baharu yang diperkenalkan ini merupakan cara yang paling efektif untuk mencapai

cita-cita yang dihajatkan?; dan e) Apakah hasilan yang tidak diingini yang mungkin timbul

akibat penggunaan program yang disarankan?

Untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut, para pengkaji yang

berkecimpung dalam bidang penilaian kurikulum ini telah cuba mengemukakan kaedah dan

prinsip-prinsip yang boleh digunakan untuk memproses data dan menghasilkan keputusan

yang diperlukan. Oleh itu, sejak beberapa dekad yang lalu, tumpuan banyak ditujukan kepada

4. Ibid, hlm 4. Tukilan asal dalam bahasa Inggeris ialah ‘Information was sought concerning the relevance of the new program to the needs of the society and the learner ,the scientific significance and validity of the new study materials, the ability of the program to elicit certain teacher and student behaviors, and the actual outcomes of using a given set of instructional materials.’

Page 20: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

4

penilaian kurikulum. Beberapa pusat pengajian tinggi telah menawarkan kursus mengenai

penilaian kurikulum ini. Banyak mesyuarat profesional, seminar antarabangsa mengenai

bidang ini telah dianjurkan. American Educational Research Association umpamanya telah

menerbitkan satu siri monograf yang membincangkan tentang pelbagai aspek penilaian

kurikulum. Pada tahun 1974, dalam mesyuarat pertubuhan ini sebanyak 150 kertas kerja yang

bertemakan penilaian kurikulum telah dibentangkan. Hal ini menunjukkan dengan jelas

kemunculan dan pentingnya bidang penilaian kurikulum ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan penilaian kurikulum? Penilaian kurikulum

dimaksudkan sebagai satu proses untuk mendapatkan informasi mengenai sesuatu program

umpamanya program pendidikan yang bertujuan untuk membantu dalam membuat keputusan.

‘Ianya merupakan satu proses di mana penilaian individu dan masyarakat umum dihasilkan

bagi menggambarkan sesuatu tindakan. Ianya didorong oleh desakan untuk memahami dan

membuat keputusan dan pilihan.5 Penilaian kirikulum berfungsi sebagai ‘satu proses yang

menggambarkan, mendapatkan dan memberikan informasi mengenai sesuatu program

pendidikan yang memerlukan kita menerangkan dan memahami program tersebut dan

membuat penilaian dan keputusan yang berkaitan dengan program itu’.6 Ringkasnya,

penilaian kurikulum merupakan proses untuk membuat keputusan tentang keberkesanan

sesuatu kurikulum. Jadi, penilaian kurikulum yang sistematik haruslah mengandungi satu

5. Kemmis Stephen, 1981. A Guide to Evaluation Design, Canberra, Deakin University, hlm 1. Tukilan asal dalam bahasa Inggeris ialah ‘It is the process whereby individual and public judgement processes are harnessed for reflection on action. It is guided by the impulse to understand and to make informed judements and choices’. 6. Straton Ralph G., 1985. Curriculum Evaluation, Victoria, Deakin University, hlm 4. Tukilan asal dalam bahasa Inggeris ialah ‘the process of delineating, obtaining and providing information about an educational program which is of us in describing and understanding the program and in making judgements and decisions related to the program’.

Page 21: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

5

tugasan formal yang berguna kepada pendidikan. Penilaian harus bertindak sebagai satu

proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berfaedah untuk membuat

pertimbangan mengenai tindakan-tindakan selanjutnya. Oleh yang demikian, sesuatu

penilaian program itu perlu melibatkan beberapa langkah: memilih informasi yang diingini;

bagaimana dan daripada sumber mana informasi tersebut boleh didapatkan; bila, bentuk dan

kepada siapa informasi itu akan diberikan; dan bagaimana informasi tersebut boleh

dimanfaatkan.

Sesuatu penilaian kurikulum ini akan melibatkan beberapa aktiviti atau proses seperti

mengenal pasti rasional dan tujuan penilaian, aspek-aspek yang hendak dinilai, kaedah

penilaian, kaedah penganalisaan maklumat dan menginterpretasikan dapatan. Seterusnya

keputusan tertentu mengenai kurikulum tersebut akan dibuat dari segi keberkesanannya dan

status masa depannya sama ada kurikulum tersebut akan diteruskan, diperbaik atau digantikan

dengan kurikulum yang baharu.

Secara umum penilaian kurikulum dijalankan untuk memenuhi beberapa tujuan dan

proses. Sebelum sesuatu kurikulum dilakar, perlu ditinjau dan dinilai terlebih dahulu perkara-

perkara asas yang akan menjadi tunjang atau dasar kepada proses pembentukan dan

perkembangan kurikulum. Perkara-perkara asas ini termasuklah menilai keupayaan awal

pelajar-pelajar, latar belakang pelajar, permintaan masyarakat masa kini dan kelemahan dan

kebaikan kurikulum yang ada. Dapatan daripada penailaian ini boleh memberikan maklumat

penting dalam membentuk sesuatu program yang sesuai dan membantu meningkatkan

keberkesanan proses pembentukan kurikulum. Seperti yang dimaklumi, pembentukan dan

perkembangan kurikulum merupakan satu proses yang rumit dan melibatkan pelbagai tahap

Page 22: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

6

yang perlu diberikan pertimbangan. Jadi tidak hairan jika berlaku beberapa ketidakwajaran

dan ketidakseimbangan dalam proses tersebut.

Oleh yang demikian, ‘penilaian kurikulum bertindak untuk memperbaiki mana-mana

aspek dalam proses pembentukan dan perkembangan tersebut’.7 Ketika sesuatu kurikulum itu

dalam proses perkembangannya, penilaian yang dikenali sebagai penilaian berterusan atau

pembaikan akan dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan dan kekurangan serta

memperbaik setiap kelemahan atau kekurangan tersebut supaya hasil akhirnya dapat

mencerminkan pencapaian objektif yang telah ditentukan. Akhir sekali, sesuatu penilaian itu

dilakukan untuk mengetahui sejauh mana sesuatu kurikulum yang dilaksanakan itu berkesan.

Penilaian ini akan menumpukan kepada hasil atau produk sesuatu kurikulum atau program.

Penilaian ini akan memberikan gambaran terakhir dan jelas tentang baik tidaknya sesuatu

kurikulum itu. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, satu keputusan akan dibuat ke atas

kurikulum tersebut.

Menurut K.A. Leithwood ( 1986) dalam artikelnya yang berjudul ‘Planned

Educational Change’, sesuatu penilaian yang dijalankan haruslah memenuhi beberapa perkara

iaitu:

a. Masalah yang berkaitan dengan perkara yang hendak dinilai hendaklah dijelaskan.

Hal ini termasuk pengenalpastaian hambatan, kebarangkalian dari segi pengguna,

isu-isu yang berkaitan dan keputusan yang akan diambil

7. Razali Raof, 1991. Pengantar Kurikulum, Kuala Lumpur, DBP, hlm 63.

Page 23: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

7

b. Pemilihan kaedah yang sesuai- sumber, reka bentuk dan jenis soalan, cara terbaik

mendapatkan informasi, saiz sampel, data dan kaedah analisis yang akan

digunakan

c. Pengenalpastian tugas yang terlibat- mendapatkan maklumat/data, menganalisis

data dan membuat laporan

d. Pelaksanaan proses penilaian- membina instrumen, memilih sampel dan

mengumpulkan data berdasarkan masa yang ditetapkan

e. Tugas menganalisis dan penyediaan laporan- membuat analisis data yang

dikumpulkan dan laporan berdasarkan dapatan

Razali Raof ( 1991 ) dalam bukunya ‘Pengantar Kurikulum’, juga menyarankan agar

sesuatu penilaian yang dilakukan mengandungi perkara-perkara yang berikut:

a. sebab, rasional dan tujuan penilaian

b. sampel yang dinilai

c. alat ukur pengumpulan maklumat/data dan jadual penilaian

d. kekangan/hambatan dan faedah penilaian yang dijalankan

e. pentadbiran dan pengurusan

f. pemprosesan dan huraian maklumat/data

g. penginterpretasian penemuan

h. keputusan atau saranan yang dikemukakan.

Sebagai kesimpulan, dapatlah dirumuskan bahawa pernilaian kurikulum ini berupaya

menyumbang kepada pembentukan, kesinambungan, dan peluasan sesuatu program. Sesuatu

penilaian juga bertindak untuk mendapatkan bukti-bukti bagi menyokong dan mengukuhkan

sesuatu program yang dilaksanakan, selain bagi tujuan dokumentasi informasi, penggubalan

Page 24: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

8

dasar, perancangan, pengagihan sumber, pengurusan, pemantauan dan pembaikan.8 Penilaian

juga merupakan rujukan bagi para guru, pakar kurikulum, pentadbir sekolah dan mereka yang

terlibat dalam pembentukan kirikulum. Ringkasnya, sesuatu penilaian yang baik dapat

memberikan informasi yang berguna mengenai sesuatu kurikulum dan perkara ini penting

kepada penggunaan dan pelaksanaan kurikulum, kajian terhadap kurikulum dan relevan

kepada proses memilih dan membuat keputusan mengenai sesuatu kurikulum yang disasarkan..

1.2 Beberapa Contoh Penilaian Kurikulum yang Dijalankan

Penilaian kurikulum telah dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu oleh

kumpulan-kumpulan tertentu.Di bawah ini diturunkan beberapa contoh kajian penilaian

kurikulum yang pernah dijalankan dan bagaimana sesuatu penilaian itu membantu dalam

menilai keberkesanan sesuatu program dan dalam membuat keputusan dan pilihan.

Di negara-negara barat, penyelidik seperi J.M. Rice dan Raph Tyler menjalankan

penilaian terhadap program yang dijalankan di sekolah-sekolah. Umpamanya Ralph Tyler

pernah membuat penilaian yang dikenali sebagai ‘The Eight Year Study’ pada tahun 1942.

Kaedah ini merupakan kaedah pertama di mana pengkaji keluar daripada kebiasaan

menggunakan cara psikometrik untuk menjalankan pemerhatian terhadap kelakonan para

pelajar. Laporan yang dihasilkan amat menarik atas dua sebab. Pertama, laporan ini

mewujudkan bentuk penilaian yang menyatakan tujuan, menjelaskan cara-cara yang pelbagai,

cara-cara mengajar, aktiviti pelajar dan hasil program yang dikaji yang digunakan sebagai

sebahagian daripada tema penilaian yang dijalankan. Kedua, pelbagai bentuk laporan

8 . Lihat: Kemmis Stephen, 1981. A Guide to Evaluation Design, Canberra, Deakin University: Straton Ralph.G; 1985, Curriculum Evaluation, Victoria, Deakin University: Razali raof, 1991. Pengantar Kurikulum, Kuala Lumpur, DBP.

Page 25: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

9

digunakan sebagai usaha memberikan gambaran yang menyeluruh. Tyler menggunakan

kelakonan pelajar, sosiograms, temu bual , diari pelajar dan kajian kes (case studies)- hampir

semua bentuk informasi yang relevan digunakan dalam pendekatan yang digunakan oleh

Tyler.

Di Australia, kajian terhadap tahap kelakonan pelajar dijalankan berikutan kajian

peringkat nasional pada tahun 1973 yang bertujuan untuk mengukur tahap kebolehan pelajar

yang berumur antara 10 hingga 14 tahun dalam membaca dan mengira. Kajian seterusnya

yang dilakukan ini digunakan sebagai dasar pembentukan dan pengurusan ujian dalam aspek

bacaan, penulisan dan matematik. Dapatan yang dihasilkan oleh kajian ini dapat membantu

Australia’s Education Council untuk membuat keputusan sama ada program ujian bagi negara

tersebut harus diteruskan atau tidak.

Bagi negara-negara sedang membangun, menurut Lewy, kemunculan sistem

pendidikan baharu telah mengakibatkan perubahan yang besar dalam kurikulum. Keadaaan ini

memerlukan sistem penilaian untuk mengukur merit atau nilai sesuatu kurikulum yang

dibentuk.

Negara-nagara timur seperti China, Filipina dan Indonesia umpamanya menjalankan

penilaian terhadap kurikulum yang digunakan untuk mengukur keberkesanan kurikulum yang

disediakan. Kajian ini dijalankan oleh kementerian pendidikan negara-negara berkenaan atau

kumpulan-kumpulan tertentu yang mempunyai kepentingan dalam bidang pendidikan.

Dapatan daripada usaha ini digunakan untuk mempertingkatkan kaedah pengajaran dan

pembelajaran di peringkat nasional dan untuk membentuk kurikulum yang efektif pada masa

hadapan. Sejauh ini dapatan dan analisis daripada tinjauan dan kajian yang dijalankan

digunakan untuk menyemak semula objektif dan kandungan dalam kurikulum yang dikaji.

Page 26: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

10

Penilaian yang dijalankan di negara-negara ini menunjukkan langkah-langkah yang diambil

dengan jelas ke arah memperkenalkan proses semakan semula dalam kaedah pengajaran,

objektif pengajaran dan kandungan kurikulum bagi sesetengah subjek.

Di Malaysia pula, Program Standard I Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, dinilai

pada tahun 1971, sejurus sebelum pelancaran kurikulum sekolah rendah yang baharu.

Penilaian dilakukan untuk memastikan program yang disemak semula bersesuaian dengan

tahap penguasaaan bahasa pelajar dan keperluan mereka. Kajian ini juga menguji kelakonan

para pelajar dalam kedua-dua bahasa ini. Kajian ini menguji kemahiran asas bahasa pelajar

menggunakan ujian pencapaian yang disediakan oleh pihak kementerian pendidikan di negara

tersebut. Hasil kajian didapati amat berguna dalam menentukan keberkesanan sukatan tersebut

dan kelakonan para pelajar dalam kedua-dua subjek bahasa itu.

Untuk memastikan kelancaran kurikulum nasional di Malaysia, beberapa jawatankuasa

pelbagai subjek ditubuhkan di peringkat nasional khususnya bagi subjek bahasa kebangsaan,

Inggeris, matematik dan sains. Tugas jawatankuasa ini ialah menyemak keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran subjek berkenaan secara tetap. Perubahan dalam kandungan

kurikulum dilakukan berdasarkan rekomendasi yang disarankan. Jawatankuasa bagi subjek-

subjek lain juga ditubuhkan untuk menyemak dan mengajukan saranan bagi pemeringkatan

kurikulum yang ada.

Di Singapura, walaupun terdapat semakan yang dilakukan terhadap kurikulum Bahasa

Melayu di sekolah-sekolah di peringkat nasional umpamanya dalam awal dan akhir 1990an,

tumpuan banyak diberikan kepada aspek-aspek tertentu seperti penerapan nilai-nalai nasional

dan kemahiran segajat seperti penggunaan teknologi maklumat dan kemahiran berfikir secara

Page 27: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

11

kritis dan kreatif. Penilaian secara terperinci terhadap sistem bahasa seperti aspek sebutan,

kosa kata, peribahasa dan tatabahasa amat kurang.

Walaupun demikian terdapat segelintir individu yang membuat kajian terhadap

penggunaan bahasa Melayu secara umum oleh penutur di Singapura. Roksana Bibi Abdullah

pada tahun 2003, umpamanya membuat kajian tentang masalah penggunaan bahasa di

Singapura. Ini meliputi kajian terhadap situasi bahasa dalam kalangan masyarakat Melayu,

dengan memberikan fokus yang khusus kepada perubahan-perubahan dalam aspek bahasa dan

pemilihan bahasa dalam kalangan generasi yang berbeza-beza. Kajian ini juga meninjau

persoalan percampuran dan peralihan kod dalam bahasa Melayu, antaranya untuk melihat

sejauh mana gangguan dialek atau bahasa-bahasa lain ke dalam bahasa Melayu.

Satu lagi contoh kajian yang pernah dijalankan di sini ialah kajian yang dilakukan oleh

Kamsiah Abdullah pada tahun 2000. Beliau membuat penyelidikan tentang sikap, penguasaan

dan penggunaan Bahasa Melayu oleh tiga golongan: pelajar-pelajar Melayu di sekolah

nasional yang mengambil Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda; pelajar di beberapa jaluran

persekolahan iaitu peringkat rendah, menengah dan prauniversiti; dan guru pelatih yang

sedang belajar di NIE. Antara tujuan kajian yang dijalankan ini ialah untuk mengetahui ciri-

ciri sikap pelajar Melayu dan aras motivasi pelajar tersebut terhadap pelajaran Bahasa Melayu.

Kesan beberapa faktor tertentu ke atas sikap dan motivasi pelajar seperti sikap ibu bapa dan

guru-guru, kedudukan sosio-ekonomi dan sifat etnosentrik juga diselidiki.

Daripada contoh-contoh yang diberikan, kita dapati bahawa pendidikan yang bermutu

amat penting bagi tujuan pengekalan mutu sesuatu kurikulum. Mutu pendidikan hanya dapat

dicapai dengan membuat kajian dan penilaian secara tetap terhadap kelebihan atau merit

Page 28: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

12

sesuatu kurikulum itu. Fokus utama penilaian kurikulum itu ialah melihat pada dasar-dasar

yang dijelmakan melalui struktur dan kerangka pembentukan kurikulum; bentuk kurikulum,

pelbagai bahan pengajaran yang digunakan; penelitian terhadap kemajuan pelajar;

keberkesanan pengajaran dan para guru; persekitaran pembelajaran dan akhir sekali sumber

kewangan yang ada. Dengan penilaian pendidikan, semua faktor ini berupaya mengukur

keberkesanan dasar-dasar pendidikan yang dilaksanakan dalam proses perkembangan

kurikulum.

1.3 Kesimpulan

Oleh sebab terdapat bayak langkah dan susun atur yang harus diikuti dan dipenuhi

untuk membentuk, melaksana dan menguruskan kurikulum, maka sesuatu kurikulum itu

memerlukan penelitian yang rapi untuk dilaksanakan. Pembentukan dan pelaksanaan sesuatu

kurikulum itu melibatkan masa, tenaga dan biaya yang bukan sedikit dan juga melibatkan

masyarakat muka yang akan mengikuti kurikulum yang dibina. Penilaian kurikulum perlu

dijalankan bagi memastikan sama ada sesuatu kurikulum yang dilaksanakan itu berkesan atau

bermasalah. Jika bukti-bukti yang dikumpulkan menunjukkan bahawa terdapat kelemahan dan

kekurangan, proses pembaikan harus dijalankan dengan segera agar risiko dan kerugiannya

tidak berpanjangan dan menjadi semakin besar.

Kurikulum merupakan sesuatu bidang yang dinamik, yang sentiasa berubah-rubah

mengikut zaman. Perubahan dan perkembangannya selalu dikaitkan dengan keperluan dan

keinginan manusia. Penelitian yang rapi haruslah diberikan tumpuan dalam menentukan hala

tuju dan matlamat pendidikan. Semua perubahan dan perkembangan haruslah diberikan

pemantauan yang terperinci dan dengan penuh dedikasi demi pemantapan kurikulum. Dengan

Page 29: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

13

cara ini, pentadbir masyarakat atau pemerintah akan dapat merancang dan menentukan corak

pendidikan dan kehidupan yang diinginkan dan diperlukan oleh rakyatnya. Sebarang

perubahan dan perkembangan kurikulum ini membawa implikasi yang amat besar kepada

individu, masyarakat dan negara, baik dalam bentuk ekonomi, politik atau sosial. Jaya

tidaknya atau maju mundurnya sesebuah masyarakat dan negara itu bukan sahaja bergantung

kepada mutu dan kecekapan para pemimpinnya tetapi juga bergantung kepada faktor-faktor

lain dan antaranya ialah sistem pendidikan yang terangkum dalam kurikulum yang

direncanakan dan dijelmakan di sekolah-sekolah. Perancangan kurikulum yang rapi dan

teratur akan memungkinkan pembentukan generasi pelapis bagi meneruskan tradisi ilmu,

budaya dan bangsa negara tersebut.

Page 30: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

14

BAB 2

LATAR BELAKANG SISTEM PENDIDIKAN SINGAPURA

2.1 Pengenalan 2.1.1 Falsafah Pendidikan Sekolah-sekolah Di Singapura

Falsafah yang mendasari sistem pendidikan sekolah di Singapura termaktub dalam

misi pendidikan Negara, iaitu untuk membentuk masa depan rakyat yang seterusnya akan

menentukan masa depan negara. Sistem pendidikan menyediakan rakyat dengan pendidikan

yang seimbang dan menyeluruh, supaya mereka berupaya membentuk dan meningkatkan

potensi mereka sepenuhnya, menjadi warga yang baik, bertanggungjawab terhadap keluarga,

masyarakat dan negara. Dengan lain perkataan, pendidikan di Singapura bertujuan untuk

membentuk rakyat agar mempunyai moral yang tinggi, berkebolehan, produktif dari segi

ekonomi, bertanggungjawab, tahan lasak dan mempunyai kesedaran estetik.

Falsafah ini sedemikian rupa kerana keunikan keadaan dan persekitaran Singapura –

negara yang muda, saiz tanah yang kecil, kekurangan hasil semula jadi, dan penduduk yang

berbilang bangsa dan budaya. Rakyat Singapura merupakan aset yang berharga dan

merupakan sumber kekayaan dan kemakmuran negara. Walaupun demikian, rakyat Singapura

menjalani kehidupan yang penuh bermakna, mempunyai harapan masa depan yang lebih

cerah, mempunyai rasa kecintaan dan identiti yang terhasil daripada penakatan, kemakmuran

dan kejayaan Singapura.

Sistem pendidikan menggambarkan prinsip-prinsip utama yang membentuk

masyarakat dan negara Singapura. Ciri-ciri utama tersebut meliputi peluang untuk semua,

meritokrasi, dwibahasa, pendidikan moral, dan penekanan terhadap nilai-nilai murni,

Page 31: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

15

pengetahuan dan kemahiran bagi menjalani kehidupan dan pekerjaan yang lebih efektif.

Pendidikan dalam sekolah-sekolah nasional menyediakan pengetahuan teras yang menjadi

asas yang kuat bagi pendidikan dan latihan selanjutnya yang boleh menyediakan rakyat bagi

ekonomi yang berteraskan ilmu (knowledge-based economy). Sistem ini juga memberikan

para pelajar pengalaman asas dan umum dalam pendidikan yang boleh membantu mereka

untuk membangun identiti dan perpaduan nasional.

2.1.2 Evolusi dan Struktur Pendidikan Sekolah Di Singapura

Tugas Singapura mengendalikan dan merancang pendidikan sudah bermula sejak

Singapura mendapat taraf pemerintahan sendiri pada tahun 1959. Sejak itu, sistem pendidikan

sekolah di Singapura sudah mengalami pelbagai perubahan demi perubahan semata-mata

untuk memenuhi keperluan sebuah negara yang baru membangun. Dasar dilakar dan diubah

suai dari semasa ke semasa untuk memenuhi keadaan yang sering berubah-ubah. Namun,

prinsip asas, iaitu meritokrasi dan keharmonian kaum dan agama menjadi asas yang

menyokong semua dasar dalam sistem pendidikan.

Pada tahun 1959, keutamaan yang diberikan ialah untuk mewujudkan negara yang

bersatu dan berupaya dalam bidang ekonomi. Pendidikan pada masa itu lebih menekankan

pendidikan bagi penakatan ( survival ) Singapura. Bidang pendidikan dikenal pasti sebagai

anak kunci dan strategi untuk membentuk perpaduan sosial dan tenaga kerja yang

berkemahiran. Oleh itu, langkah pertama yang diambil ialah untuk memastikan setiap kanak-

kanak bersekolah dalam sistem persekolahan nasional. Ini bermakna menyatukan sistem

pendidikan yang berdasarkan kaum pada ketika itu – aliran Melayu, Cina, dan Tamil - dengan

memberikan layanan yang sama rata dan menyediakan kurikulum dan peperiksaan yang

Page 32: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

16

umum. Salah satu ciri pendidikan ketika itu ialah dasar dwibahasa (bahasa Inggeris dan

bahasa ibunda), kebolehan membaca dan menulis, kebolehan mengira, pendidikan moral dan

sivik, sains dan pendidikan teknikal.

Dasar dwibahasa memerlukan semua pelajar mempelajari dua bahasa. Bahasa Inggeris

dipelajari bagi tujuan administrasi, ekonomi, sains dan teknologi, sementara bahasa ibunda

(Melayu, Cina dan Tamil) bagi pemupukan nilai-nilai murni dan pengekalan warisan dan

budaya. Bahasa Inggeris juga bertindak sebagai bahasa umum yang digunakan dalam alam

pekerjaan bagi semua bangsa di Singapura.

Sepanjang dua dekad (1959-1978 ), banyak kemajuan yang telah dicapai. Pendidikan

sekolah rendah, menengah dan posmenengah telah dibangunkan, dan sistem pendidikan

mempunyai fokus dan matlamat nasional yang kukuh. Dengan adanya sistem pendidikan

nasional, setiap sekolah dipastikan untuk mempunyai standard asas yang minimum dan

memberikan peluang kepada para pelajar untuk mendapat pendidikan asas yang diperlukan.

Walau bagaimanapun, sistem yang ada ini tidak dapat memenuhi keperluan dan keupayaan

pelajar yang pelbagai.

Oleh itu pada tahun 1979, sistem pendidikan disemak semula untuk meningkatkan

mutu dan keupayaannya serta mengurangkan sebarang pembaziran. Berdasarkan laporan Goh

Keng Swee tahun 1979, sistem pelbagai kursus/aliran mengikut keupayaan pelajar

diperkenalkan. Pendidikan ini lebih menekankan kecekapan (efficiency) para pelajar dalam

pelajaran. Para pelajar di peringkat rendah dan menengah ditempatkan dalam kursus/aliran

yang berbeza-beza berdasarkan keupayaan mereka dalam pelajaran. Para pelajar ini

mempelajari kurikulum dan menjalani tahap pembelajaran yang berbeza juga. Hal ini

Page 33: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

17

berdasarkan kepercayaan bahawa para pelajar dikurniai kebolehan yang berbeza-beza, tetapi

mereka mestilah mendapat pendidikan setinggi mungkin berdasarkan kebolehan mereka.

Oleh itu, pendidikan peringkat rendah ditetapkan antara 6-8 tahun, sementara

peringkat menengah pula antara 4-5 tahun, bergantung pada aliran. Ini memberikan pelajar

peluang untuk belajar dan maju pada tahap yang sesuai dengan kebolehan mereka.

Nampaknya sistem yang diperkenalkan ini membuahkan hasil yang agak lumayan. ‘Dengan

memperkenalkan sistem aliran berdasarkan keupayaan, sistem ini menjadi bertambah efisien;

kadar keciciran merosot dan pencapaian pelajar meningkat. Para pelajar pelbagai keupayaan

berpeluang untuk mengalami kejayaan dalam pelajaran mereka dan menimba ilmu dan

kemahiran yang relevan bagi pendidikan dan latihan lanjutan atau untuk alam pekerjaan’.9

Kemajuan yang dicapai pada lewat 1980-an menjadi mangkin ke arah sistem

pendidikan yang lebih bermutu. Sekolah-sekolah diberi autonomi yang lebih luas bagi

menggalakkan pembentukan program dan pendekatan pendidikan yang lebih inovatif.

Keadaan ini menggalakkan penubuhan lapan buah sekolah menengah bebas seperti Institusi

Raffles, Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang, Sekolah Perempuan Raffles dan Sekolah Tinggi

Cina. Pada masa ini juga, ekonomi Singapura berkembang dengan pesat dan memerlukan

pengetahuan dan kemahiran yang lebih canggih. Pendidikan dan kemahiran tenaga kerja

perlulah berkembang maju sejajar dengan perkembangan ekonomi bagi menyokong

perubahan ini ke arah menghasilkan aktiviti yang bernilai tambah. Oleh itu, timbul keperluan

untuk meningkatkan keupayaan pendidikan di peringkat posmenegah dan peringkat tinggi. Ini

memerlukan semakan semula sistem pendidikan yang ada.

9. Laporan Jabatan Pengembangan dan Pembangunan Kurikulum, MOE, 2003. School Education in Singapore, Singapore, MOE, hlm 3. Tukilan asal dalam bahasa Inggeris ialah ‘With the introduction of ability-based streaming, the system became more efficient; the dropout rate fell and students achievement rose. Students of all abilities were able to experience success in their studies and acquire knowledge and

Page 34: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

18

Pada tahun 1991, sistem pendidikan diperhalusi untuk memastikan agar semua pelajar

dapat menamatkan 10 tahun pendidikan asas -- 6 tahun di sekolah rendah dan 4 tahun di

sekolah menengah. Sistem aliran berdasarkan kebolehan diperbaik dan kurikulum baharu

disediakan khususnya bagi pelajar yang kurang berkemampuan dalam pelajaran untuk

mendapat kemahiran asas dalam bahasa Inggeris, matematik, nilai-nilai murni dan kemahiran

hidup (life skills). Latihan vokasional dianjakkan dan pelajar akan hanya disalurkan untuk

mengikuti latihan ini setelah tamat 10 tahun persekolahan.

Ini untuk memberikan pendidikan yang boleh membentuk mereka secara holistik dan

mempunyai asa bagi pendidikan dan latihan.10 Diharapkan sistem ini dapat menyiapkan

pelajar dengan kemahiran bagi menjalani kehidupan secara efektif dan bekerja dalam sebuah

negara yang maju dalam teknologi serta menyumbang secara produktif kepada ekonomi

negara.

Keadaan berubah lagi pada bahagian kedua tahun 1990-an. Trend sejagat yang menuju

ke arah globalisasi, perubahan teknologi yang pantas dan perlunya menghasilkan kepakaran

intelektual berdasarkan ekonomi berteraskan ilmu telah mendorong kepada pembentukan

inisiatif baharu dalam pendidikan. Pada tahun 1997, pendidikan di Singapura memberikan

lebih penekanan kepada keupayaan ( ability ) para pelajar dalam bidang pelajaran. Bagi

memastikan Singapura kekal relevan dari segi ekonomi, setiap rakyat Singapura haruslah

berubah dan meningkatkan keupayaan dan kepakaran sesuai dengan perubahan pesat yang

berlaku di sekeliling Singapura.

10. Lihat Lampiran 1 bagi Struktur Sistem Pendidikan di Singapura.

Page 35: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

19

Antara perkara yang diberikan tumpuan termasuklah memastikan setiap kanak-kanak

berupaya belajar dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Hal ini amat jelas

terangkum dalam visi Kementerian Pendidikan ‘Sekolah Berdaya Fikir, Negara Penimba

Ilmu’ (Thinking School, Learning Nation)11. Konsep ini merupakan pusat bagi visi

kementerian. Sekolah-sekolah mestilah membina generasi akan datang yang boleh berfikir

dan komited dan berupaya untuk membuat keputusan bagi mengekalkan kedudukan

Singapuran sebagai sebuah negara yang bersemangat dan berjaya pada masa hadapan.

Diakui bahawa untuk memupuk kepakaran intelektual, sistem pendidikan mestilah

berupaya membentuk dan membangunkan bakat dan keupayaan dalam diri setiap rakyat agar

mereka dapat menyumbang kepada masyarakat. Sistem pendidikan yang berteraskan

keupayaan ini menjadi dasar bagi pembentukan program-program pendidikan dan kelenturan

yang diwujudkan dalam sistem ini amat diperlukan untuk memenuhi kumpulan pelajar yang

mempunyai pelbagai keperluan dan bakat.

Dengan fokus baharu ini, kurikulum sekolah dikemaskinikan untuk memberikan

tumpuan kepada kemahiran berfikir dan pembelajaran kendiri. Kandungan kurikulum

dikurangkan bagi memberikan laluan kepada aktiviti-aktiviti yang menggalakkan kemahiran

berfikir secara kritis dan kreatif dan pembentukan moral dan sosial dan intelektual para

pelajar yang diperlukan dalam kehidupan. Penggunaan teknologi maklumat yang menjadi

asas pembelajaran diperkenalkan secara meluas. Pada masa yang sama, Pendidikan Nasional

(National Education atau NE) diterapkan dalam semua kurikulum sekolah untuk memupuk

rakyat Singapura agar taat setia kepada negara dan berpegang teguh kepada warisan dan

budaya mereka. Pendidikan moral juga terus ditekankan bagi memastikan para pelajar

11. Lihat teks ucapan Encik Goh Chok Tong dalam Majlis Perasmian Persidangan Ke 7 tentang Berfikir ( The 7th International Conference on Thinking ) pada 2 June, MOE.

Page 36: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

20

mempunyai moral dan berhemah tinggi. Cara penilaian dikembangkan dan kerja projek

diperkenalkan bagi menggalakkan pelajar berfikir, membuat keputusan dan menyelesaikan

masalah serta bekerja secara berkumpulan dan berkomunikasi secara efektif. Berdasarkan

perubahan ini, adalah diharapkan setelah tamat persekolahan, para pelajar ini sudah

mempunyai asas kemahiran untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi dengan

efektif, menyelesaikan masalah, hidup dan bekerja secara harmoni dalam kumpulan sosial dan

di tempat kerja, serta taat setia dan tinggal di Singapura dan terus menimba ilmu sepanjang

hayat mereka.

Sistem pendidikan di Singapura akan terus berubah selagi keadaan dan sekitaran

Singapura berubah. Sistem dan struktur pendidikan yang ada sekarang akan terus dikemas

kini dari semasa ke semasa untuk memenuhi dan menyediakan keperluan individu dan negara

dalam sekitaran yang terus berubah pesat ini.

2.1.3 Sejarah Ringkas Perkembangan dan Kedudukan Bahasa Melayu

dalam Sistem Pendidikan

Sejajar dengan evolusi dan perubahahan dalam pendidikan Singapura, bahasa Melayu

juga mengalami banyak perkembangan sejak Singapura menjadi negara berpemerintahan

sendiri . Pada masa itu, Bahasa Melayu yang menjadi lingua franca di rantau ini telah

diangkat menjadi Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu menjadi bahasa utama dan bahasa

pengantar di sekolah-sekolah terutama dengan terdirinya sekolah- sekolah menengah aliran

Melayu. Pada tahun 1959-1962, buku bahasa Melayu yang berjudul Bahasa Negaraku yang

ditulis oleh Muhd Ariff Ahmad diterbitkan dan digunakan sebagai buku teks bagi pelajar-

Page 37: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

21

pelajar bukan Melayu di sekolah-sekolah aliran Inggeris dan Cina. Bahasa Melayu terus

berkembang dengan pesat sehingga ke peringkat prauniversiti pada awal tahun 1965.

Tahun 1965 juga merupakan tahun di mana Singapura berpisah daripada Malaysia dan

bermulalah sejarah baharu Singapura, iaitu Singapura tidak bergantung lagi kepada Malaysia

terutamanya dari segi politik. Perubahan ini bermakna perlunya pembentukan nilai-nilai

baharu nasional dan juga keupayaan untuk berdikari dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Pengunduran pihak British, ketegangan hubungan dengan Indonesia dan Malaysia selepas

perpisahan menjadikan Singapura lebih rapuh dan oleh sebab itu, Singapura perlu

mempertingkatkan keupayaannya untuk tujuan penakatan dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Begitu juga, walaupun ancaman daripada pihak komunis sudah dapat dikawal, hubungan

pelbagai kaum perlu dipertingkatkan dan dikekalkan bagi membangunkan sebuah masyarakat

yang utuh dan berdisiplin. Dari segi ekonomi pula, Singapura perlu mengubah bentuk

ekonominya yang amat bergantung kepada import sebelum ini kepada industri yang

berorientasikan eksport. Selain itu, seluruh infrastruktur ekonomi haruslah lebih kondusif bagi

pelaburan asing, terutamanya syarikat-syarikat berbilang negara (MNCs). Bagi pemerintah

Singapura, semua faktor ini menunjukkan bahawa pendidikan perlu diberikan penekanan yang

wajar demi mencapai dua objektif kembar, iaitu untuk membantu transformasi ekonomi dan

pembentukan masyarakat yang kohesif dan berdisiplin. Atas dasar ini, beberapa perubahan

dilakukan termasuk perubahan dari segi pendidikan. Dasar Pendidikan Nasional

diperkenalkan, antaranya ialah dasar dwibahasa yang diperkenalkan pada tahun 1966.

Dengan adanya dasar dwibahasa, Bahasa Melayu diajar sebagai bahasa kedua sementara

Bahasa Inggeris pula menjadi bahasa pertama dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah aliran

nasional. Pemerintah percaya bahawa penguasaan dalam bahasa Inggeris dan dalam bahasa

ibunda akan mempertingkatkan peluang seseorang itu dalam bidang pekerjaan dan juga

Page 38: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

22

membantu memecahkan tembok pemisah antara kaum yang seterusnya akan membantu

pembentukan sebuah masyarakat Singapura yang bersepadu dan harmoni. Dua dekad selepas

itu, dasar dwibahasa ini ditingkatkan lagi. Menurut Tony Tan dalam uacapan parlimen pada

tahun 1986, ‘Saya berpendapat bahawa dasar dwibahasa yang memerlukan seorang pelajar

belajar Bahasa Inggeris dan bahasa ibunda merupakan satu ciri asas dalam sistem pendidikan

kita... Para pelajar mesti belajar Bahasa Inggeris agar mereka terdedah kepada dunia ilmu,

teknologi dan kepakaran dunia moden. Mereka mesti mengetahui bahasa ibunda mereka untuk

membantu mereka memahami apa yang membentuk mereka seperti yang ada pada hari ini.’12

Seterusnya pada tahun 1979, apabila laporan Goh Keng Swee diterima oleh

pemerintah, Bahasa Melayu dan bahasa etnik yang lain (Cina dan Tamil ) yang diajar di

sekolah-sekolah dikenali pula sebagai bahasa ibunda.

Berikutan dengan perkembangan ini, kurikulum Bahasa Melayu disemak semula pada

tahun 1980. Secara umum, perubahan yang diperkenalkan ialah khususnya yang berkaitan

dengan aspek-aspek untuk menjadikan sukatan pelajaran sejajar dengan Sistem Pendidikan

Baharu terutamanya yang berkaitan dengan tahap penguasaan bahasa. Satu jawatankuasa

semakan dibentuk untuk menyemak sukatan pelajaran yang ada. Walaupun demikian,

jawatankuasa ini tidak menyarankan perubahan yang ‘radikal’ dalam sukatan pelajaran.

Objektif, kandungan dan susunan bagi strutktur bahasa dan komponen-komponen bahasa yang

lain tidak berubah. Berikut ialah rekomendasi yang disarankan oleh jawatankuasa tersebut:

12. Tan Keng Yam, Tony, 1986a. ‘Parliamentary Speech, March 1986’, disebut dalam Yip Soon Kwong, John & Sim Wong Kooi (ed ), 1990. Evolution of Education Excellence, Singapore, Longman Singapore Publishers Ltd. Tukilan asal dalam bahasa Inggeris ialah ‘Our policy of bilingualism that each child should learn English and his mothertongue as fundamental feature of our education system…Children mest learn English so that they will have a window to the knowledge, technology of the modern world. They must know their mother tongues ro enable them to know what makes us that we are.’

Page 39: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

23

a. memperbaik struktur ayat atau kenyataan yang kabur

b. memperuntukkan masa kurikulum bagi setiap komponen: tatabahasa, karangan dan

kefahaman

c. kemahiran menulis, walaupun tidak merupakan aspek yang diajar secara formal,

perlu juga diberikan perhatian yang wajar. Penyataan tentang perkara ini perlu

dicatatkan dalam bahagian awal sukatan pelajaran yang baharu

d. kementeriaan dan Institut Pengembangan Kurikulum Singapura (CDIS) perlu

mengambil inisiatif untuk menerbitkan buku teks sendiri bagi subjek Bahasa

Melayu agar guru dan pelajar tidak bergantung kepada Malaysia untuk

mendapatkan buku teks.

Beberapa perkembangan berlaku dalam pengajaran subjek Bahasa Melayu sejak

pertengahan tahun 1980-an. Pada tahun 1986, pelajar-pelajar bukan Melayu yang merupakan

kohort 10% terbaik Peperiksaaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) dibenarkan untuk

mengambil Bahasa Melayu Program Khas (MSP) sebagai bahasa ketiga ketika mereka di

sekolah menengah. Pelajar-pelajar ini belajar bahasa menggunakan kurikulum yang berbeza

dengan pelajar-pelajar yang mengambil Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Begitu juga

pelajar yang cemerlang 10% terbaik PSLE bagi kohort yang mengambil Bahasa Melayu

sebagai bahasa kedua dan mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam Bahasa Melayu dan

Bahasa Inggeris, dibenarkan untuk mengambil Bahasa Melayu Lanjutan (peringkat bahasa

pertama) apabila mereka berada di peringkat sekolah menengah. Sejak tahun 2002, jumlah

peratusan pelajar yang dibenarkan mengambil Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga dan

Bahasa Melayu Lanjutan dinaikkan kepada 30% pelajar terbaik. Pada tahun 2004 pula, selain

pelajar 30% terbaik yang dibenarkan mengambil subjek ini, kementerian melonggarkan

kriteria kelayakan dengan membenarkan setiap pelajar mempelajari subjek ini sekiranya

Page 40: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

24

mereka berminat. Perubahan ini memberikan gambaran yang jelas tentang dasar kementerian

yang ingin menggalakkan setiap pelajar belajar bahasa ibunda mereka setinggi yang mungkin

berdasarkan kemampuan mereka. Menyedari bahawa tidak semua pelajar mempunyai

keupayaan, motivasi dan suasana rumah yang sama, kementerian mengambil langkah dengan

memperkenalkan pendekatan yang berbeza untuk memenuhi keperluan ini. Perubahan ini juga

adalah untuk mengekalkan daya saing Singapura di arena antarabangsa khususnya dari segi

ekonomi dan hubungannya dengan negara-negara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei

Darussalam, China dan India.

Pada awal tahun 1990-an, kurikulum bahasa ibunda termasuk Bahasa Melayu disemak

semula. Langkah ini diambil kerana kurikulum yang digunakan pada masa itu sudah

dilaksanakan sejak tahun 1983. Perkembangan yang berlaku di sekeliling Singapura juga

sama ada dari segi ekonomi, politik dan sosial berubah dengan pesatnya dan Singapura perlu

membuat perubahan dalam sistem pendidikan untuk kekal relevan. Saranan bagi pendekatan

yang bersifat tematik, interaktif dan gabung jalin kemahiran dan aktiviti digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Saranan bagi sukatan pelajaran yang baharu ini

diluluskan oleh Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum pada Januari 1993. Ringkasan

saranan yang diajukan adalah seperti yang berikut:

a. tumpuan yang sama berat diberikan terhadap kedua-dua objektif pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu, iaitu untuk membangunkan penguasaan bahasa

pelajar dan untuk menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar bagi tujuan

pembangunan negara

b. penggunaan pendekatan yang tematik, gabung jalin dan berdasarkan aktiviti untuk

menjadikan pembelajaran bahasa lebih efektif, menarik dan bermakna

Page 41: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

25

c. penyediaan daftar kemahiran mikro yang perlu dipelajari oleh setiap pelajar dalam

pembelajaran bahasa ibunda mereka. Daftar ini juga berguna kepada para guru

dalam menyediakan rancangan pelajaran dan kepada pembina buku teks

d. perubahan dalam daftar peribahasa juga akan menjadikan pembelajaran lebih

bermakna.

Pada tahun 1997 pula, dengan arus globalisasi dan pentingnya penggunaan teknologi

maklumat, kurikulum sekolah termasuk kurikulum Bahasa Melayu mengalami beberapa

perubahan sekali lagi. Kurikulum Bahasa Melayu disemak semula pada tahun 1999.

Jawatankuasa semakan ini dipengerusikan oleh Encik Teo Chee Hian yang menjadi menteri

pendidikan ketika itu. Sehubungan dengan ini, satu Jawatankuasa Penasihat Bahasa Melayu

ditubuhkan. Jawatankuasa ini diketuai oleh Encik Hawazi Daipi, seorang anggota parlimen,

dan dianggotai oleh pegawai pendidikan, pengetua/naib pengetua sekolah, pensyarah

universiti, wakil persatuan dan pihak media. Tugas jawatankuasa ini ialah untuk menyemak

secara umum kurikulum Bahasa Melayu dan juga untuk mendapatkan maklum balas daripada

pelbagai pihak yang ada kaitan dengan penggunaan bahasa Melayu di Singapura.

Hasil semakan tersebut diumumkan oleh Encik Teo Chee Hian. Strategi dan rancangan

yang diumumkan berhasrat untuk mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu, memberikan peluang kepada para pelajar yang berkebolehan mempelajari bahasa

setinggi yang boleh dan sekali gus melahirkan individu pelapis yang mahir dalam bahasa dan

budaya yang boleh bertindak sebagai penyambung budaya dan bahasa Melayu di Singapura.

Rancangan dan strategi yang diusulkan pelaksanaannya pada tahun 2001 dan 2002 adalah

seperti yang berikut:

Page 42: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

26

a. Semakan semula sukatan pelajaran bagi peringkat rendah,

menengah dan prauinversiti. Bahan-bahan pengajaran baharu dibina

berdasarkan sukatan baharu ini. Sukatan pelajaran dan bahan-bahan pengajaran

yang baharu ini mula digunakan di sekolah rendah dan menengah secara

berperingkat-peringkat bermula pada tahun 2002.

b. Bahasa Melayu ‘B’ diperkenalkan bagi para pelajar yang lemah

dalam penguasaaan Bahasa Melayu. Sukatan ini mula ditawarkan di peringkat

menengah 3 dan prauniversiti. Walaupun demikian, peperiksaan nasional bagi

Bahasa Melayu ‘B’ peringkat GCE ‘O’ dan GCE ‘AO’ pertama kali

diperkenalkan pada tahun 2001. Untuk ini, bahan-bahan interim disediakan

oleh pihak kementerian bagi kegunaan para pelajar.

c. Program Elektif Bahasa Melayu bagi Sekolah-sekolah Menengah (EMAS)

diperkenalkan di Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang. Program ini

disediakan bagi para pelajar yang mengambil Bahasa Melayu Lanjutan di

sekolah tersebut. Para pelajar ini berpeluang mengikuti program pengayaan

seperti bengkel penulisan kreatif, perkhemahan bahasa, ceramah, penglibatan

dalam aktiviti budaya seperti drama dan bangsawan. Program ini bertujuan

untuk memberikan para pelajar pendedahan yang lebih luas kepada bahasa dan

budaya.

d. Program Elektif (Bahasa Melayu) atau MLEP diperkenalkan di Maktab Rendah

Tampines bagi para pelajar prauniversiti yang mengambil Bahasa Melayu

Lanjutan di peringkat GCE ‘A’. Para pelajar program MLEP juga berpeluang

Page 43: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

27

mengikuti program penyerapan (immersion programme) dan perkhemahan

bahasa dan budaya yang dianjurkan setiap tahun dan juga aktiviti bahasa dan

budaya yang lain seperti ceramah, bengkel dan bahas. Program ini bertujuan

untuk memberikan pendedahan bahasa dan budaya yang lebih luas kepada para

pelajar dan berharap agar para pelajar menjadikan bidang perguruan atau

kewartawanan sebagai kerjaya mereka apabila mereka tamat persekolahan.

e. Program Ijazah (Kepujian) dalam Bahasa dan Kesusasteraan

Melayu di Institut Pendidikan Nasional (NIE) diperkenalkan bagi para pelajar

yang ingin menjadi guru siswazah. Program ini dibuka juga kepada para guru

Bahasa Melayu yang sedang mengajar di sekolah-sekolah bagi membolehkan

mereka mempertingkatkan diri dan memperoleh ijazah dalam bidang

pendidikan.

2.1.4 Penubuhan Institut Pengembangan Kurikulum Singapura (CDIS) dan Unit

Bahasa Melayu

Untuk memperkemas dan menyelaraskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu, CDIS dan Unit Bahasa Melayu ditubuhkan pada awal tahun 1980. Tugas CDIS

adalah menyediakan bahan-bahan pengajaran dan bahan-bahan sokongan dari peringkat

sekolah rendah hingga menengah. Bengkel bagi para guru khususnya yang berkaitan dengan

penggunaan bahan pengajaran secara efektif turut dianjurkan.

Unit Bahasa Melayu yang menaung di bawah Cawangan Bahasa dan Kesusasteraan,

Bahagian Perancangan dan Pengembangan Kurikulum (CPDD), Kementerian Pendidikan,

bekerja rapat dengan CDIS. Unit ini melakar kurikulum, menyediakan sukatan pelajaran,

Page 44: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

28

memantau pelaksanaan program di sekolah-sekolah, membantu guru dalam pelaksanaan

kurikulum dan penggunaan bahan pengajaran khususnya dalam strategi pengajaran. Unit ini

juga menganjurkan bengkel-bengkel dan seminar bahasa bagi para guru serta aktiviti bahasa

bagi para pelajar peringkat sekolah rendah hingga peringkat prauniversiti.

Para pegawai yang bertugas dalam kedua-dua unit ini terdiri daripada para guru

Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah-sekolah. Mereka dipinjamkan ke unit ini dalam

jangka waktu tertentu atau mengikut lamanya sesuatu projek itu dijalankan. Sebelum

memulakan tugas menulis, biasanya pegawai-pegawai ini tidak melalui latihan yang formal

dan khusus, umpamanya bagi pembinaan sukatan dan bahan pengajaran. Mereka belajar

melalui latihan sambil bekerja (on the job training) di samping menghadiri beberapa kursus

pendek yang ada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan aspek pembinaan bahan.

Pembinaan bahan ini pula berdasarkan sukatan pelajaran yang disusun oleh MOE. Jadi, bahan

pengajaran yang disediakan merupakan interpretasi misi dan visi sukatan pelajaran yang

disediakan oleh pihak kementerian bagi satu jangka masa tertentu.

Pada akhir tahun 1996, setelah penutupan CDIS dan percantuman CDIS dan CPDD,

Unit Bahasa Melayu mengambil alih sepenuhnya semua tugas yang berkaitan dengan

kurikulum, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan pembinaan bahan-bahan

pengajaran yang digunakan di sekolah-sekolah di Singapura.

2.2 Pernyataan Masalah dan Skop Kajian

Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa rasmi di Singapura dan mempunyai

peranan dalam sistem pendidikan di sini, khususnya dalam penerapan nilai-nilai murni dan

Page 45: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

29

pengekalan warisan dan budaya serta pembentukan identiti dan perpaduan nasional.

Walaupun terdapat semakan yang dilakukan, contohnya dalam tahun 1980-an dan1990-an,

sejauh ini semakan yang dilakukan adalah secara umum yang kebanyakannya tertumpu

kepada aspek-aspek tertentu seperti pendekatan, kemahiran mikro, kemahiran berfikir,

pembelajaran sepanjang hayat, penggunaan teknologi maklumat, pendidikan nasional dan

pembelajaran kendiri. Semakan yang dilakukan ini dan saranan yang diajukan sudah pun

diterangkan dengan terperinci dalam halaman yang lebih awal. Pada masa itu, semakan

tersebut merupakan reaksi kepada perubahan globalisasi yang pesat berlaku. Oleh itu,

semakan tersebut berhasrat untuk memenuhi tuntutan semasa dari segi ekonomi, social dan

hubungan Singapura dengan negara-negara serantau dan memastikan subjek-subjek yang

diajar di sekolah-sekolah kekal relevan dari segi sumbangannya kepada pembangunan negara.

Dengan yang demikian, perubahan yang disarankan melalui semakan tersebut banyak

tertumpu kepada aspek pedagogi seperti penggunaan teknologi maklumat dan kemahiran

berfikir secara meluas dalam semua subjek termasuk juga subjek Bahasa Melayu. Akibatnya,

penelitian terhadap tiap-tiap aspek sistem bahasa dan fungsi Bahasa Melayu dalam sistem

pendidikan kurang diberi tumpuan. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini berhasrat untuk

meneliti, mengenal pasti keberkesanan dan kekurangan serta mencadangkan huraian bagi

mengatasi kekurangan yang ada. Diharapkan hasil kajian ini dapat menyumbang, khususnya

dalam penyediakan sukatan pelajaran, bahan pengajaran dan strategi pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu.

Salah satu sistem bahasa yang dikaji ialah aspek sebutan baku. Sistem sebutan baku

ini merupakan aspek yang penting dalam proses pembakuan bahasa Melayu setelah

pembakuan ke atas sistem ejaan, tatabahasa, istilah dan kosa kata. Pelaksanaan sebutan baku

dalam pengajaran Bahasa Melayu merupakan dasar atau polisi pengajaran bahasa yang

diambil oleh kementerian pendidikan setelah meneliti keperluan penggunaannya dari aspek

Page 46: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

30

pengajaran Bahasa Melayu terutamanya dalam bidang bacaan dan ejaan. Dengan kata lain,

sebutan baku merupakan aspek penting dalam kurikulum Bahasa Melayu bagi tujuan

pemerolehan dan penguasaan bahasa Melayu yang standard. Selain itu, pelaksanaan sebutan

baku berkait rapat dengan usaha Singapura dan negara-negara serantau dalam proses

pemantapan bahasa Melayu dan usaha serantau dalam menyeragamkan sebutan dalam bahasa

Melayu. Walaupun demikian, sejak dilancarkan di sekolah-sekolah lebih sedekad lalu, isu

sebutan baku masih diperkatakan dengan hangat oleh sebilangan masyarakat Melayu.

Terdapat golongan yang masih ragu-ragu dengan pelaksanaannya di peringkat sekolah dan

manfaat yang boleh diraih oleh para pelajar. Setelah lebih sedekad dilaksanakan di sekolah-

sekolah di Singapura dan walaupun ada keraguan yang dilahirkan oleh masyarakat umum,

tiada kajian yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu termasuk pihak kementerian sendiri

tentang keberkesanan pelaksanaan sebutan baku ini. Oleh itu, kajian ini berhasrat untuk

memenuhi kekosongan ini dengan menyorot pelaksanaan sebutan baku di peringkat sekolah

dan faktor-faktor yang berkaitan dengan jaya tidaknya pelaksanaan sebutan ini. Dapatan

daripada kajian ini diharap dapat membantu perancangan dan pelaksanaan sebutan baku

dengan lebih baik pada masa hadapan.

Satu lagi sistem bahasa yang dikaji ialah aspek kosa kata. Sudah dimaklumi bahawa

penguasaan kosa kata pelajar mempunyai pengaruh yang langsung terhadap keupayaannya

bertutur, membaca dan menulis. Pemerolehan kosa kata yang baik akan membantu seseorang

pelajar dalam proses penguasaan sesuatu bahasa yang dipelajarinya. Pengajaran kosa kata

perlulah dirancang dengan baik dan dijalankan secara sedar serta dengan menggunakan teknik

dan strategi yang sesuai. Pengajaran kosa kata tidak boleh dianggap sebagai sebahagian kecil

atau aspek sampingan dalam pengajaran sesuatu bahasa seperti mana yang berlaku sekarang

ini. Sejauh ini belum ada usaha bagi meneliti atau menilai pengajaran kosa kata dalam subjek

Page 47: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

31

Bahasa Melayu secara terperinci. Hal ini sudah pun diterangkan dalam halaman yang lebih

awal. Oleh itu terdapat keperluan agar pengajaran dan pembelajaran kosa kata ini ditinjau dan

dinilai untuk mengetahui bagaimana proses pemilihan kosa kata dilakukan dan kaedah

pengajaran yang digunakan. Tahap kesesuaiannya berdasarkan kebolehan pelajar, kursus dan

tingkatan juga harus dikenal pasti bagi memungkinkan perancangan dan tindakan susulan

yang wajar.

Dari segi fungsi Bahasa Melayu, pengkaji akan meninjau peranan yang dimainkan

oleh subjek Bahasa Melayu dalam penyerapan dan pemupukan nilai-nilai murni dalam

kalangan pelajar. Penyerapan nilai-nilai murni yang dihajatkan haruslah dijalankan secara

sedar oleh setiap guru melalui ruang-ruang yang ada. Persoalannya ialah sejauh manakah

para guru sedar akan peranannya dalam pemupukan nilai-nilai ini dan adakah cara yang

digunakan dalam menyampaikan hasrat itu sesuai dan efektif? Sejauh manakah pula nilai-

nilai yang sudah diajar itu dipastikan sudah dihayati oleh para pelajar?

Oleh sebab pemupukan nilai-nilai murni ini merupakan salah satu objektif utama

dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam sukatan

pelajaran Bahasa Melayu tahun 2002, penilaian terhadap perkara ini perlu dijalankan dari

semasa ke semasa untuk memastikan objektif yang diingini itu tercapai. Oleh itu, selain

meninjau peranan para guru, kajian ini juga akan mengenal pasti nilai-nilai yang cuba

dikemukakan dan sama ada nilai-nilai yang dipaparkan melalui pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu memenuhi objektif tersebut dan sejajar dengan aspirasi dan

budaya masyarakat Melayu dan sesuai dengan konteks masyarakat Singapura yang

berbilang kaum, budaya dan agama.

Page 48: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

32

2.3 Tujuan

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk memenuhi beberapa objektif iaitu untuk:

a. meneliti dan menilai kurikulum Bahasa Melayu peringkat sekolah menengah yang

merangkumi pelajar pelbagai kursus/aliran: Khas, Ekspres, Normal (Akademik)

dan Normal (Teknikal). Kajian ini akan menilai dua aspek sistem bahasa dan satu

fungsi bahasa khususnys dari aspek pemilihan atau pembentukan, jenis, bentuk dan

pelaksanaannya.

b. meninjau keberkesanaan pelaksanaan aspek-aspek tersebut, hambatan

dalam pelaksanaannnya dan bagaimana hambatan-hambatan ini dapat

ditangani.

Kajian yang dijalankan ini merangkumi perkembangan dan pembangunan

kurikulum Bahasa Melayu sejak tahun 1982 sehingga tahun 2004. Perkembangan dan

pembangunannya sebelum dan selepas tahun tersebut tidak akan dibincangkan dalam

kajian ini.

2.4 Kepentingan Kajian

Oleh sebab masyarakat Singapura merupakan masyarakat majmuk, maka semua

bahasa rasmi termasuk bahasa Melayu mempunyai peranan yang penting dalam pemupukan

semangat kecintaan terhadap negara, keharmonian dan perpaduan negara Singapura.

Kedudukan Singapura dalam kalangan negara-negara ASEAN yang kebanyakannya

menggunakan bahasa Melayu juga menggambarkan bahawa Bahasa Melayu itu harus dipupuk

Page 49: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

33

dan dijaga kerana bahasa Melayu ini mempunyai peranan, terutamanya dalam hubungan

Singapura dengan negara-negara serantau khususnya negara-negara ASEAN.

Pentingnya penilaian dan pemeliharaan Bahasa Melayu bertambah genting dengan

bertambahnya bilangan warga Melayu Singapura amnya dan para pelajar Melayu khasnya

yang menggunakan bahasa Inggeris di rumah. ‘Walaupun 78 peratus para pelajar Melayu

yang memasuki darjah satu masih menggunakan bahasa Melayu di rumah, kadar mereka yang

menggunakan bahasa Inggeris kian meningkat. Bagi para pelajar Melayu darjah satu yang

mempunyai sekurang-kurangnya seorang ibu bapa berpendidikan universiti, kadar mereka

yang menggunakan bahasa inggeris di rumah hampir 60 peratus’.13 Dalam ucapannya

sempena Majlis Penutup Bulan Bahasa 2004, Dr Yaacob Ibrahim, Menteri Sekitaran dan

Sumber Air merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam,

mengatakan ‘kita harus fikirkan cara pengajaran yang boleh merangsangkan pelajar muda

Bahasa Melayu untuk mengalami lebih mendalam kekayaan budaya dan Bahasa Melayu

sambil mereka dapatkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan. Dengan ini, akan lahirlah

masyarakat Melayu Singapura yang penuh keyakinan – keyakinan dalam bangsa mereka,

dalam bahasa dan budaya mereka’.14 Oleh itu, penilaian dan semakan terhadap kurikulum

Bahasa Melayu secara terperinci, sistematik dan berterusan amat perlu dilakukan sama ada

dari sudut pendekatan, teknik pengajaran, aspek sistem bahasa dan fungsinya untuk

mengetahui kekuatan dan kelemahan kurikulum tersebut agar usaha segera untuk

mempertingkatkannya dapat dilakukan, sekali gus menangani keadaan yang sedang melanda

masyarakat Melayu kini. Penilaian dan semakan terhadap kurikulum ini merupakan satu

proses yang penting dan harus dilaksanakan agar objektif pengajaran dan pembelajaran

13. Berita Harian, Ogos 2004. Jurus Baru Teguhkan Bahasa, Singapore Press Holdings, hlm 1. 14. Ibid, hlm 1.

Page 50: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

34

bahasa Melayu ini dapat dipenuhi sebaik mungkin. Namun sejauh ini, penilaian dan kajian

secara terperinci terhadap kurikulum Bahasa Melayu khususnya terhadap aspek sistem bahasa

dan fungsinya amat kurang diberikan perhatian.

Amatlah diharapkan agar hasil dapatan daripada kajian ini dapat menyumbang kepada

perancangan dan pembangunan kurikulum Bahasa Melayu bagi sekolah-sekolah menengah di

Singapura.

2.5 Kaedah Kajian

Secara umum, kaedah penilaian yang dilakukan dalam kajian ini berdasarkan kaedah

dan kriteria yang dikemukakan oleh Leithwood dan Razali Raof seperti yang diterangkan

dalam Bab 1. Penilaian yang dijalankan mengambil kira objektif, rasional dan tujuan penilaian.

Alat ukur, reka bentuk dan jenis soalan, sumber dan tugas-tugas yang terlibat dalam sesuatu

penilaian seperti pengumpulan dan pemprosesan data serta penginterpretasian data diberikan

perhatian. Akhir sekali, saranan atau langkah-langkah yang boleh diambil dikemukakan

berdasarkan dapatan yang dijalankan.

Secara khusus, salah satu kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah

keperpustakaan khususnya dalam kajian mengenai kosa kata dan penyerapan dan penerapan

nilai-nilai murni. Bahan-bahan yang bersangkutan dengan kurikulum Bahasa Melayu tidak

banyak diterbitkan, oleh itu sebagai tambahan, pengkaji mendapatkan maklumat daripada

rencana-rencana, akhbar tempatan dan kertas-kertas kerja yang dibentangkan dalam ceramah,

bengkel dan seminar-seminar setempat dan luar negara. Selain itu, kertas kajian ilmiah dan

disertasi juga dirujuk. Oleh sebab kurangnya kajian yang dilakukan terhadap pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu di Singapura, pengkaji juga merujuk beberapa kajian yang

Page 51: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

35

dilakukan terhadap pembelajaran bahasa Inggeris di Singapura bagi tujuan perbandingan.

Untuk mendapatkan butiran dan gambaran yang lebih jelas, pengkaji juga membuat rujukan

ke atas tiga sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah yang diterbitkan oleh MOE

pada tahun 1982, 1993 dan 2002 dan 132 buah bahan pengajaran peringkat menengah yang

diterbitkan oleh CDIS dan Unit Bahasa Melayu dari tahun 1983 hingga tahun 2004 (Sila lihat

Jadual 6 bagi perinciannya). Bahan-bahan ini meliputi buku teks, buku kerja dan buku

panduan guru yang digunakan bagi aliran Normal (Teknikal ), Normal (Akademik), Ekspres

dan Khas.

Bagi kajian terhadap pelaksanaan sebutan baku, pengkaji menggunakan borang soal

selidik untuk mendapatkan input. Borang soal selidik ini terdiri daripada dua jenis. Satu

disediakan untuk mendapatkan input daripada guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu yang

secara purata mempunyai pengalaman mengajar yang berbeza-beza antara 1-20 tahun. Guru-

guru ini mengajar di sekolah pemerintah dan sekolah bantuan pemerintah. Satu borang lagi

untuk diisikan oleh 300 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar pelbagai kursus/aliran

daripada sekolah-sekolah yang terpilih.

Secara keseluruhannya, borang soal selidik ini terbahagi kepada dua jenis soalan, iaitu

soalan yang memerlukan responden mengisi tempat kosong dan menandakan dengan tanda (√)

menggunakan skala Likert bagi kenyataan yang dipersetujui mengenai item yang diberikan.

Soalan jenis kedua ialah soalan jenis terbuka yang bertujuan untuk menyediakan peluang

kepada semua responden memberikan respons dengan bebas setelah mereka mengenal pasti

maksud soalan yang dikemukan ( Sila rujuk bab 3 bagi perincian soal selidik ini ).

Page 52: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

36

2.6 Batas Kajian

Pengkaji mengalami beberapa hambatan ketika menjalankan kajian ini. Untuk

menyokong hasil kajian yang dilakukan terhadap pelaksanaan sebutan baku, pengkaji cuba

menggunakan keputusan peperiksaan lisan para pelajar dalam Bahasa Melayu di peringkat

peperiksaan nasional. Tetapi pengkaji tidak mendapat kelulusan daripada pihak MOE. Oleh

itu, pengkaji tidak dapat menunjukkan kaitan dengan jelas antara inisiatif ini dengan

kelakonan para pelajar dalam peperiksaan nasional. Walaupun demikian, pengkaji berupaya

menunjukkan kaitan antara inisiatif yang dilaksanakan dengan kelakonan para pelajar

berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh para guru mengenai keupayaan para pelajar

menggunakan sebutan baku dalam kelas Bahasa Melayu dan dalam peperiksaan lisan di

peringkat sekolah.

Tinjauan yang dijalankan di sekolah-sekolah mengenai pelaksanaan sebutan baku

bertembung dengan peperiksaan akhir persekolahan. Jadi tidak semua para guru yang dipilih

memulangkan borang tinjauan yang diberikan atas alasan sibuk dengan urusan peperiksaan

dan kegiatan musim cuti sekolah akhir tahun. Namun sebanyak 76 guru telah mengambil

bahagian dalam tinjauan ini dan jumlah ini mewakili 20.8% daripada jumlah keseluruhan

sebanyak 365 orang guru ( pada masa tinjauan dijalankan) yang mengajar Bahasa Melayu di

peringkat sekolah menengah.

Kajian yang dijalankan ini hanya meneliti 3 aspek yang penting dalam kurikulum

Bahasa Melayu bagi peringkat sekolah menengah di Singapura. Aspek-aspek yang dikaji ialah

pelaksanaan sebutan baku, pemerolehan kosa kata dan penyerapan dan penerapan nilai-niali

murni dalam kalangan pelajar. Oleh itu dapatan yang terhasil akan hanya menggambarkan dan

Page 53: DEGREE OF BACHELOR OF ARTS, NUS 1 & 2.pdf · Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu amat saya hargai. ... 4.1 Objektif dan Skop Kajian 89 4.2 Pengertian

37

merangkumi ketiga-tiga aspek ini. Kajian yang lebih menyeluruh terhadap semua aspek

sistem bahasa dan fungsi Bahasa Melayu akan berupaya memberikan gambaran yang lebih

jelas tentang kelebihan dan kekurangan kurikulum yang digunakan. Namun, kajian ini

diharapkan dapat menyumbang dalam memperkemas dan mempertingkatkan pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu khususnya dalam aspek-aspek yang dikaji.