hubungan di antara literasi ict guru dengan · pdf filehubungan di antara literasi ict guru...

8
531 HUBUNGAN DI ANTARA LITERASI ICT GURU DENGAN KEMAHIRAN KRITIS MATEMATIK PERINGKAT RENDAH ABAD 21 1 Sumaiyah Mohd Zaid, 2 Mohd Jasmy Abd Rahman Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2 [email protected] ABSTRAK Pembelajaran abad 21 banyak menerapkan ICT dalam pengajaran berbentuk kritis seiring dengan perubahan sistem pendidikan di peringkat global. Sehubungan dengan itu, Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara literasi ICT guru dengan kemahiran kritis matematik peringkat rendah abad 21 . Lima buah sekolah rendah di daerah Johor Bahru di pilih sebagai tempat untuk menjalankan kajian yang melibatkan seramai 50 orang responden. Metodologi yang digunakan ialah berbentuk tinjauan dan reka bentuk kajian ini ialah deskriptif dan kuantitatif yang melibatkan inferens dan korelasi. kajian mendapati terdapat hubungan yang kuat di antara literasi ICT guru dengan pemikiran kritis. Namun begitu, masih terdapat guru yang kurang mahir menggunakan ICT dalam pengajaran abad 21. Dapatan kajian juga menunjukkan keseluruhan min dan peratus hubungan literasi guru matematik dengan pemikiran kritis adalah di tahap sederhana. Secara keseluruhannya, tahap literasi ICT guru matematik perlu dipertingkatkan. Kata Kunci : Literasi ict, kbat, kemahiran berfikir aras tinggi, pendidikan rendah, pendidikan abad 21, ABSTRACT The 21 st century teaching styles emphasis a lot on ICT in teaching with critical thinking to cater educational system changes globally. In conjunction with that, this study is conducted to identify the connection between teachers’ ICT literacy with their primary mathematics critical skill in the 21 st century. Five schools in Johor Bahru district which provided us with 50 respondents were selected as our control group. Methodology used in this study is visit and observation, meanwhile the overview of this study is descriptive and quantitative that involved inferens and correlation. This study proved that there is a firm and strong connection between teachers’ ICT literacy and critical thinking. However, there are still teachers, who lack literate how to implement ICT into their 21 st teaching. This study also showed overall min and percentage of mathematics teacher’s literacy and critical thinking are intermediate level. In conclusion, mathematics teachers’ ICT literacy need to be elevated. Key words: ICT literacy, hots, higher order thinking skills, primary education, 21 st century education, 21 st century. PENGENALAN Pengajaran dan Pembelajaran abad ke-21 menjadi isu penting dalam sektor pendidikan masa kini. Dalam alaf baru ini perubahan dari segi pedagogi dan pendekatan pengajaran merubah generasi menjadi lebih intelek dan berdaya saing (Castello et al., 2016) . Di peringkat global kemahiran kritis menjadi satu elemen penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut National Research Council (NCR, 2012), semua anak muda di Amerika diwajibkan belajar teknik berbentuk kritis dalam pelajaran matematik. Subjek matematik juga dapat membentuk pemikiran kritis kerana terdapat masalah-masalah yang menjadi teka teki untuk diselesaikan dan ia nya berkaitan dengan guru yang efektif dalam menjana pemikiran kritis di kalangan pelajar (Son et al., 2016). Di Malaysia pula terdapat Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025) yang dapat menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf Antarabangsa menjadi satu penekanan penting dalam sistem pendidikan. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) terpaksa mengimbas dan membuat dasar-dasar dalam pendidikan supaya ianya seiring dengan kemajuan Negara. Guru-guru diberi latihan bagi mendidik dan melahirkan generasi dan warganegara yang berilmu, berakhlak mulia, mempunyai sifat ingin tahu, berkemahiran, celik ICT dan penuh dengan keyakinan dalam menghadapi cabaran seiring dengan peredaran zaman (Kementerian Pelajaran Malaysia,2013). Berketepatan dengan itu, kemahiran kritis merupakan penyediaan penting bagi guru dalam mencetuskan idea- idea baru sebelum memulakan sesi pengajaran abad 21 (Abdullah, 2017). Pengajaran bersifat konvensional

Upload: hathuan

Post on 06-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: HUBUNGAN DI ANTARA LITERASI ICT GURU DENGAN · PDF filehubungan di antara literasi ICT guru dengan kemahiran kritis matematik peringkat rendah abad 21 . Lima buah sekolah rendah

531

HUBUNGAN DI ANTARA LITERASI ICT GURU DENGAN KEMAHIRAN KRITIS MATEMATIK

PERINGKAT RENDAH ABAD 21

1Sumaiyah Mohd Zaid, 2Mohd Jasmy Abd Rahman Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

ABSTRAK Pembelajaran abad 21 banyak menerapkan ICT dalam pengajaran berbentuk kritis seiring dengan perubahan sistem pendidikan di peringkat global. Sehubungan dengan itu, Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara literasi ICT guru dengan kemahiran kritis matematik peringkat rendah abad 21 . Lima buah sekolah rendah di daerah Johor Bahru di pilih sebagai tempat untuk menjalankan kajian yang melibatkan seramai 50 orang responden. Metodologi yang digunakan ialah berbentuk tinjauan dan reka bentuk kajian ini ialah deskriptif dan kuantitatif yang melibatkan inferens dan korelasi. kajian mendapati terdapat hubungan yang kuat di antara literasi ICT guru dengan pemikiran kritis. Namun begitu, masih terdapat guru yang kurang mahir menggunakan ICT dalam pengajaran abad 21. Dapatan kajian juga menunjukkan keseluruhan min dan peratus hubungan literasi guru matematik dengan pemikiran kritis adalah di tahap sederhana. Secara keseluruhannya, tahap literasi ICT guru matematik perlu dipertingkatkan.

Kata Kunci : Literasi ict, kbat, kemahiran berfikir aras tinggi, pendidikan rendah, pendidikan abad 21,

ABSTRACT The 21st century teaching styles emphasis a lot on ICT in teaching with critical thinking to cater educational system changes globally. In conjunction with that, this study is conducted to identify the connection between teachers’ ICT literacy with their primary mathematics critical skill in the 21st century. Five schools in Johor Bahru district which provided us with 50 respondents were selected as our control group. Methodology used in this study is visit and observation, meanwhile the overview of this study is descriptive and quantitative that involved inferens and correlation. This study proved that there is a firm and strong connection between teachers’ ICT literacy and critical thinking. However, there are still teachers, who lack literate how to implement ICT into their 21st teaching. This study also showed overall min and percentage of mathematics teacher’s literacy and critical thinking are intermediate level. In conclusion, mathematics teachers’ ICT literacy need to be elevated. Key words: ICT literacy, hots, higher order thinking skills, primary education, 21st century education, 21st century.

PENGENALAN Pengajaran dan Pembelajaran abad ke-21 menjadi isu penting dalam sektor pendidikan masa kini. Dalam alaf baru ini perubahan dari segi pedagogi dan pendekatan pengajaran merubah generasi menjadi lebih intelek dan berdaya saing (Castello et al., 2016) . Di peringkat global kemahiran kritis menjadi satu elemen penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut National Research Council (NCR, 2012), semua anak muda di Amerika diwajibkan belajar teknik berbentuk kritis dalam pelajaran matematik. Subjek matematik juga dapat membentuk pemikiran kritis kerana terdapat masalah-masalah yang menjadi teka teki untuk diselesaikan dan ia nya berkaitan dengan guru yang efektif dalam menjana pemikiran kritis di kalangan pelajar (Son et al., 2016). Di Malaysia pula terdapat Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025) yang dapat menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf Antarabangsa menjadi satu penekanan penting dalam sistem pendidikan. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) terpaksa mengimbas dan membuat dasar-dasar dalam pendidikan supaya ianya seiring dengan kemajuan Negara. Guru-guru diberi latihan bagi mendidik dan melahirkan generasi dan warganegara yang berilmu, berakhlak mulia, mempunyai sifat ingin tahu, berkemahiran, celik ICT dan penuh dengan keyakinan dalam menghadapi cabaran seiring dengan peredaran zaman (Kementerian Pelajaran Malaysia,2013). Berketepatan dengan itu, kemahiran kritis merupakan penyediaan penting bagi guru dalam mencetuskan idea-idea baru sebelum memulakan sesi pengajaran abad 21 (Abdullah, 2017). Pengajaran bersifat konvensional

Page 2: HUBUNGAN DI ANTARA LITERASI ICT GURU DENGAN · PDF filehubungan di antara literasi ICT guru dengan kemahiran kritis matematik peringkat rendah abad 21 . Lima buah sekolah rendah

532

adalah pengajaran lama yang dipraktikkan oleh guru, namun kemahiran berbentuk kritis ini menjadi perintis dalam menyediakan guru dalam memahami konsep dengan baik seterusnya menerapkan nya dalam pengajaran harian (Muhammad et al., 2017) . Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) pula merupakan satu kemahiran yang diterapkan dalam sistem pembelajaran yang menjadikan keperluan wajib dalam sistem pendidikan menuju abad 21 di mana Setiap 4 tahun TIMSS ( The Trends In International Maths and Science Study) telah menjalankan peperiksaan untuk matematik dan sains, didapati TIMSS 2015 Malaysia di kedudukan 52 dunia. Hal in menjadikan sistem Pendidikan di Malaysia mengorak langkah dalam menjadikan warga-warganya lebih berfikiran kritis dan aras tinggi dalam kemajuan Negara seterusnya dapat bersaing di peringkat global (TIMSS & PIRLS International Study Center,2016).

Setiap langkah dan persaingan dikaji dan menemukan Teknologi maklumat yang kini merupakan salah satu alat dalam membangunkan kemahiran aras tinggi dalam pembelajaran (Mohamad et al., 2016) . Justeru, guru-guru masa kini perlu menyediakan diri dengan kemahiran teknologi maklumat bagi memudahkan dalam sistem pengajaran dan keperluan ini dipersetujui oleh Ismail & Mahamod (2015) dengan menyatakan perkara yang perlu diberi perhatian merupakan pengajaran yang menekankan KBAT. Di mana, KBAT boleh dilaksanakan dan mudah difahami dengan memasukkan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. KBAT berlaku apabila dunia mengalami perubahan teknologi maklumat yang drastik, sistem pendidikan yang digubal juga mengikut perubahan generasi dan sistem teknologi yang begitu pesat berlaku (Castello et al., 2016). Kemajuan sistem teknologi maklumat juga menjadi penyumbang yang terbesar dalam perubahan sistem berfikir manusia. Maklumat kini di hujung jari, dunia semakin dekat, justeru itu sistem berfikir dan sistem pendidikan yang digubal menjadikan KBAT penting dan perlu dimasukkan dalam proses pembelajaran (Lembaga Peperiksaan, 2014). Oleh itu, Pemahaman mengenai konsep KBAT amat penting dan ia perlu dikuasai oleh guru. Pemahaman mengenai konsep berfikir aras tinggi dapat mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru juga pengajaran yang berpusatkan guru merupakan satu kekangan dalam merealisasikan kemahiran berfikir pelajar (Hasan & Mahamod, 2016). Namun, guru juga perlu menggalakkan dan mengembangkan kemahiran berfikir di kalangan pelajar supaya pelajar berfikir mengenai apa yang difikirkan untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan subjek matematik (Ngah & Zakaria, 2016). Guru masa kini perlu kritis dalam membuat satu-satu keputusan, terutamanya di dalam bidang pengajaran matematik. Di mana, pelajar dapat dibentuk dengan pemikiran yang kritis juga apabila dibantu oleh guru dalam pendedahan dengan situasi sebenar, serta membuat sintesis dari data yang sahih (Abrami et al., 2015). Kaedah pengajaran guru ini lebih tertumpu pada penyediaan maklumat dengan tujuan menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan dan menghabiskan sukatan pelajaran. Hal itu, memberi impak kepada guru Matematik yang didapati kurang mengemukakan soalan aras tinggi dalam menguji kemahiran berfikir pelajar, hal ini secara tidak langsung menunjukkan kurangnya kritis guru (Ismail & Mahamod,2015). Oleh itu, guru juga didapati kurang kritis dalam pembinaan soalan terutamanya dalam item pentaksiran mengakibatkan guru tidak dapat membina item pentaksiran sendiri serta tidak mengikut standard piawaian yang ditetapkan (Lembaga Peperiksaan,2014).

Setiap pembinaan soalan peperiksaan memerlukan perisian ICT yang betul. Oleh itu, Isu pemilihan perisian ICT bagi membentuk KBAT dalam pembelajaran juga perlu diberi perhatian. Kementerian Pendidikan Malaysia kini telah mewujudkan pengajaran berbentuk ICT di sekolah di mana guru dibekalkan dengan web site yang dinamakan FROG VLE. Dalam laman se sawang ini, guru boleh memberikan tugasan kepada murid, murid pula boleh membuat tugasan di rumah dengan melayari FROG VLE dengan menggunakan kata laluan yang telah diberikan oleh pihak sekolah kepada murid. Namun begitu, kajian yang dilakukan di beberapa buah sekolah Bagi negara-negara Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) telah menggunakan teknik WTL (write to learn) cycle dalam ICT untuk mendapatkan maklum balas, perbincangan serta penyelesaian masalah berhubung matematik yang digunakan oleh guru dan pelajar yang dapat memudahkan sistem pengajaran dengan mengajar murid tahun satu menggunakan komputer dan tablet serta beberapa jenis perisian bagi menyelesaikan masalah matematik serta menghantar pesanan kepada kawan-kawan dan guru serta membincangkan bagaimana menyelesaikan masalah matematik (Genlott & Grönlund, 2016). Selain itu, ICT juga telah membentuk pemikiran kritis guru bagi membentuk pengajaran baru dalam penggunaan subjek atas talian yang telah dapat meningkatkan teknik pengajaran guru secara signifikannya dalam penggunaan ICT (Castillo et al.,2016). Dalam kajian lepas, menunjukkan guru banyak menggunakan pemikiran kritis dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, pelajar masih di tahap yang tidak memberangsangkan (Ngah & Zakaria, 2016). Justeru, Pentaksiran yang disediakan oleh guru juga tidak begitu kritis dalam pembinaan item, di mana guru menganggap pentaksiran yang dikemukakan sudah cukup bagi menilai kemahiran berfikir pelajar (Lembaga Peperiksaan,2014). Sehubungan dengan itu, di sini timbullah persoalan sama ada literasi ICT guru mempengaruhi dalam membangunkan kemahiran kritis matematik atau sebaliknya.

Page 3: HUBUNGAN DI ANTARA LITERASI ICT GURU DENGAN · PDF filehubungan di antara literasi ICT guru dengan kemahiran kritis matematik peringkat rendah abad 21 . Lima buah sekolah rendah

533

Literasi ICT dan pemikiran kritis serta kesannya kepada guru dalam pengajaran Matematik

Penggunaan ICT dalam matematik telah menghasilkan pengajaran matematik yang baik dan penerimaan pelajar lebih tertumpu serta menghasilkan keputusan yang terbaik (Genlott & Grönlund, 2016; Mohamad et al., 2016; Castillo et al., 2016; Ahmad et al.,2016). Selain penyaluran maklumat, dalam ICT juga terdapat animasi serta audio yang boleh dicipta oleh guru mengikut kreativiti untuk menjadikan pengajaran lebih menarik dan berkesan (Mohamad et al., 2017). Pengajaran berbentuk ICT juga telah dapat meningkatkan teknik pengajaran guru serta memberi saluran maklumat yang menjadikan guru lebih kreatif dan kritis (Ahmad et al.,2016; Castillo et al., 2016). Ahmad et al. (2016) menyatakan guru pelatih di UKM sangat kompetensi dalam penggunaan ICT. Namun begitu, pengalaman mengajar sebenarnya tidak mempengaruhi motivasi pensyarah dalam menggunakan alat pengajaran atas talian (Mohamad et al., 2016).

Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 memerlukan guru berfikir, merancang, berbincang, menilai, mereka cipta dan membuat keputusan berdasarkan usaha sama dalam membangunkan generasi masa kini (Ngah & Zakaria, 2016). Namun begitu, guru masih belum bersedia dengan pelaksanaan KBAT dari segi pembinaan soalan dan penyediaan bahan maujud dan guru masa kini perlu menerima perubahan dan berusaha mempelajari sesuatu yang baru bagi meningkatkan kualiti pengajaran (Ismail & Mahamod, 2016). Sistem di dalam bilik darjah juga perlu diubah suai dengan cara menggandingkan di antara pelajar lemah dan pelajar yang pandai, di mana kebolehan pelajar yang pandai boleh membantu dalam meningkatkan pembelajaran pelajar yang lemah (Pyle et al. 2016). Selain itu, Pengalaman guru yang sudah lama menggunakan sistem geometri dinamik dalam pengajaran matematik juga sangat mempengaruhi kualiti dan proses bahan pengajaran dan kaedah yang digunakan dalam pengajaran dengan sokongan dari sistem geometri dinamik dalam ICT sendiri (Molnár & Lukáč, 2015).

Kemahiran kritis di kalangan guru juga dapat membentuk pelajar lebih pro aktif serta berkemahiran tinggi dalam satu-satu pembelajaran (Ngah & Zakaria, 2016; Larkin & Jamieson, 2015). Justeru, keupayaan pelajar dalam menjana masalah matematik, sikap terhadap penyelesaian masalah matematik dan keupayaan menyelesaikan masalah matematik adalah pada tahap yang sederhana kerana ia dipengaruhi oleh kekuatan dalaman diri guru yang perlu menghasilkan murid yang berkemahiran tinggi (Son et al., 2016). Kemahiran yang tinggi dan kritis ini selalunya akan terbina melalui seseorang apabila sesuatu masalah baru yang jarang ditemui, termasuk lah guru dalam pembinaan soalan yang berbentuk kritis serta memerlukan pengalaman dan pengetahuan yang tinggi dalam membentuk kemahiran kritis pelajar (Abdullah et al., 2017).

Penggunaan ICT dalam pengajaran memberi kesan yang positif dalam pengajaran matematik (Comi et al., 2017; Cabus et al., 2015; Larkin & Jamieson, 2015; Genlott & Grönlund, 2016). Menggunakan perisian yang bersesuaian juga dapat memastikan pengajaran yang berkesan dalam mata pelajaran matematik (Comi et al., 2017). Penguasaan matematik di dalam kelas sangat signifikan dengan peningkatan yang baik kesan daripada penggunaan smart board yang berkesan di dalam kelas (Cabus et al., 2015). Menurut Larkin & Jamieson (2015), teknologi web 2.0 yang digunakan dengan baik oleh guru dapat membantu dalam pembinaan struktur dan dialog yang tinggi di mana guru pra perkhidmatan mendapati sikap mereka terhadap matematik bertambah baik serta membantu dalam menambahkan ilmu pengetahuan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Namun begitu terdapat perisian berkaitan dengan pendidikan, latihan ICT untuk guru, perbincangan antara guru, keberkesanan literasi guru, dan konsep pengajaran yang mempengaruhi penggunaan ICT di dalam bilik darjah serta perkakasan dan penyambungan internet infrastruktur di sekolah yang agak kurang di mana keperluan infrastruktur ini merupakan kekangan yang sering dihadapi oleh kebanyakan sekolah (Gil-Flores et al.,2017). Namun begitu kajian yang dilakukan kepada murid pra sekolah telah menunjukkan tidak terdapat perbezaan dalam hasil pembelajaran dan tingkah laku murid yang menggunakan ICT dengan mereka yang tidak menggunakan ICT (Puteh & Salam, 2011).

Kemahiran berfikir dalam ICT dan kesan penggunaan KBAT dalam pengajaran Matematik

Kemahiran kritis atau KBAT dapat membina keyakinan diri di kalangan pelajar seterusnya dapat membentuk pelajar yang berpengetahuan tinggi (Buchori & Setyawati ,2015; Ismail & Mahamod,2016; Ahmad et al.,2016). Dalam Kajian yang dibuat oleh Muhammad et al. (2017), mendapati bahawa pengajaran berbentuk KBAT dapat meningkatkan kefahaman murid dalam matematik seterusnya dapat meningkatkan prestasi murid dalam matematik. Hal ini disokong oleh kajian Ismail & Mahamod (2016), yang mendapati KBAT mudah diterima oleh murid dan semakin mudah diterima dalam meningkatkan pembelajaran. KBAT juga berjaya mengubah sikap pelajar yang tidak berminat kepada minat subjek yang diajar. Oleh hal yang demikian, ternyata KBAT juga dapat diaplikasikan pada semua mata pelajaran di sekolah.

Namun begitu, pembelajaran menggunakan ICT juga boleh memudaratkan pelajar jika pelajar melayari laman web tanpa had yang tidak berkaitan dengan pembelajaran di dalam bilik darjah (Comi et al.,2017). Pembelajaran atas talian terdapat kelebihan dan kekurangannya, murid sepatutnya diajar secara aktif bagaimana

Page 4: HUBUNGAN DI ANTARA LITERASI ICT GURU DENGAN · PDF filehubungan di antara literasi ICT guru dengan kemahiran kritis matematik peringkat rendah abad 21 . Lima buah sekolah rendah

534

menggunakan teknologi maklumat dalam keadaan yang selamat dan beretika walaupun kadang kala sikap pelajar itu sendiri yang tiada batas dalam melayari laman web (Shin, 2015). Pembangunan ICT juga merupakan salah satu komponen penting dalam pengajaran KBAT bagi pengajaran matematik. Namun begitu, dalam masa yang sama guru perlu membantu pelajar mengenal pasti isu yang penting dan memberi pengukuran penggunaan ICT seperti penilaian semak laman web serta mengelakkan peniruan penulisan dalam web (Shin, 2015).

ICT merupakan alat komunikasi, multimedia dan alat bagi merangsang minda untuk terus lebih kreatif dan kritis dalam membangunkan idea-idea baru (Sari, 2015; Yang & Leung, 2015; Salinas et al., 2016). Dalam perspektif Islam, berfikir merujuk kepada fungsi akal untuk mengawal tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan berfungsi dengan baik. Berfikir juga melibatkan penyusunan operasi-operasi mental yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah (Mayer,1983). Pendekatan saintifik dalam pembelajaran pula dapat membina pemikiran yang kritis, kreatif dan dapat menyelesaikan masalah terutamanya dalam pembelajaran matematik yang melibatkan sesuatu pembuktian dan penyelesaian sesuatu masalah (Sari, 2015). Peranan guru serta sikap guru begitu penting dalam menjana pemikiran kritis dalam pembelajaran seperti kajian yang dilakukan oleh Yang& Leung (2015) mendapati bahawa pra perkhidmatan guru matematik begitu dinamik percaya matematik yang semula jadi, percaya tentang constructivist pengajaran dan pembelajaran matematik, sikap yang positif terhadap ICT dan penggunaannya. Justeru, literasi ICT guru dijangka dapat meningkatkan pemikiran kritis bagi membentuk pengajaran yang lebih berkesan (Abdullah et al.,2017).

Kajian ini akan dijalankan bagi mengenal pasti hubungan di antara literasi ICT guru dengan kemahiran kritis matematik abad 21. Dapatan kajian ini akan digunakan sebagai informasi untuk menjawab persoalan-persoalan kajian seperti berikut:

i. Adakah terdapat hubungan di antara pengetahuan aplikasi ICT guru dengan pemikiran kritis? ii. Adakah terdapat hubungan di antara kemahiran aplikasi ICT guru dengan pemikiran kritis? iii. Adakah terdapat hubungan di antara sumber ICT guru dengan pemikiran kritis ? iv. Adakah terdapat hubungan di antara latihan ICT guru dengan pemikiran kritis ?

METODOLOGI Kajian yang dijalankan merupakan kajian berbentuk korelasi. Kaedah ini bersesuaian dengan tujuan kajian untuk mengenal pasti hubungan di antara literasi ICT guru dengan kemahiran kritis matematik abad 21. Kajian ini dijalankan di lima buah sekolah di daerah Johor Baru. Lokasi ini dipilih kerana kawasan ini memiliki keistimewaan seperti populasi yang tinggi dan taraf pendidikan yang tinggi. Responden terdiri daripada 50 guru matematik di sekolah rendah kebangsaan. Bagi melihat tahap kesediaan guru dan kesesuaian bahan, 30 orang guru sekolah rendah kebangsaan dipilih bagi menjawab instrumen soal selidik. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik 5 mata skala likert. Instrumen soal selidik ini terdiri daripada lima konstruk. Kebolehpercayaan instrumen bagi kajian ini ialah pada cronbach alpa=0.901. Kebolehpercayaan instrumen bagi soal selidik hubungan di antara literasi ICT guru dengan kemahiran kritis matematik peringkat rendah abad 21 adalah tinggi dan diterima sebagai alat pengukur dan penilaian. Instrumen ini telah digubal oleh guru-guru matematik yang berpengalaman serta diubahsuai dari kajian (Abdullah et al.,2017). Bagi statistik inferens, Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk meninjau perhubungan atau perkaitan di antara pemboleh ubah.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN HUBUNGAN DI ANTARA PENGETAHUAN APLIKASI ICT GURU DENGAN PEMIKIRAN KRITIS Jadual 1 menunjukkan hubungan di antara pengetahuan aplikasi ICT guru dengan pemikiran kritis. Daripada analisis korelasi Pearson yang dijalankan didapati bahawa M=3.44, SP=0.25 (bagi pemboleh ubah pengetahuan aplikasi ICT), dan M=3.57, SP = 0.22 ( bagi pemboleh ubah pemikiran kritis) berada pada nilai r = 0.543, nilai r2 = 0.29 dan sig = 0.00< 0.01. Nilai ini menunjukkan wujudnya hubungan positif yang sederhana dari kedua-dua pemboleh ubah yang dikaji. Nilai Sig=0.000 memberikan implikasi bahawa semakin tinggi pengetahuan aplikasi ICT yang diketahui oleh guru berkenaan maka kecenderungan nya mereka memperlihatkan pemikiran kritis yang baik juga, demikian juga sebaliknya.

Page 5: HUBUNGAN DI ANTARA LITERASI ICT GURU DENGAN · PDF filehubungan di antara literasi ICT guru dengan kemahiran kritis matematik peringkat rendah abad 21 . Lima buah sekolah rendah

535

Jadual 1. Hubungan di antara pengetahuan aplikasi ICT guru dengan pemikiran kritis

Signifikan pada aras 0.01

HUBUNGAN DI ANTARA KEMAHIRAN APLIKASI ICT GURU DENGAN PEMIKIRAN KRITIS

Jadual 2 menunjukkan hubungan di antara kemahiran aplikasi ICT guru dengan pemikiran kritis. Daripada analisis korelasi Pearson yang dijalankan didapati bahawa M=3.53, SP= 0.27 (bagi pemboleh ubah kemahiran aplikasi ICT), dan M=3.57, SP= 0.22 ( bagi pemboleh ubah pemikiran kritis) berada pada nilai r = 0.811, nilai r2 = 0.65 dan sig = 0.00< 0.01. Nilai ini menunjukkan wujudnya hubungan positif yang sangat kuat (sangat tinggi) dari kedua-dua pemboleh ubah yang dikaji. Nilai Sig=0.000 memberikan implikasi bahawa semakin tinggi kemahiran aplikasi ICT yang ada pada guru berkenaan maka semakin tinggi pemikiran kritis mereka.

Jadual 2. Hubungan di antara kemahiran aplikasi ICT guru dengan pemikiran kritis

Signifikan pada aras 0.01

HUBUNGAN DI ANTARA SUMBER ICT GURU DENGAN PEMIKIRAN KRITIS

Jadual 3 menunjukkan hubungan di antara sumber ICT guru dengan pemikiran kritis. Daripada analisis korelasi Pearson yang dijalankan didapati bahawa M=3.37, SP= 0.26 (bagi pemboleh ubah sumber ICT), dan M=3.57, SP= 0.22 ( bagi pemboleh ubah pemikiran kritis) berada pada nilai r = 0.287, nilai r 2 = 0.83 dan sig = 0.04< 0.05. Nilai ini menunjukkan wujudnya hubungan yang rendah dari kedua-dua pemboleh ubah yang dikaji. Nilai Sig=0.043 memberikan implikasi bahawa semakin tinggi sumber ICT yang digunakan oleh guru berkenaan maka memperlihatkan pemikiran kritis tidaklah bertambah baik, demikian juga sebaliknya.

Jadual 3. Hubungan di antara sumber ICT guru dengan pemikiran kritis

Signifikan pada aras 0.05

HUBUNGAN DI ANTARA LATIHAN ICT GURU DENGAN PEMIKIRAN KRITIS

Jadual 4 menunjukkan hubungan di antara latihan ICT guru dengan pemikiran kritis. Daripada analisis korelasi Pearson yang dijalankan didapati bahawa M=3.35, SP= 0.366 (bagi pemboleh ubah latihan ICT), dan M=3.57, SP= 0.22 ( bagi pemboleh ubah pemikiran kritis) berada pada nilai r = 0.303, nilai r 2 = 0.92 dan sig = 0.03<

Pembolehubah Min SP r r 2 Sig

Pengetahuan 3.44 .256 .543 .295 .000

Pemikiran Kritis 3.57 .225

Pembolehubah Min SP r r 2 Sig

Kemahiran 3.53 .275 .811 .658 .000

Pemikiran Kritis 3.57 .225

Pembolehubah Min SP r r 2 Sig

Sumber 3.37 .260 .287 .083 .043

Pemikiran Kritis 3.57 .225

Page 6: HUBUNGAN DI ANTARA LITERASI ICT GURU DENGAN · PDF filehubungan di antara literasi ICT guru dengan kemahiran kritis matematik peringkat rendah abad 21 . Lima buah sekolah rendah

536

0.05. Nilai ini menunjukkan wujudnya hubungan yang rendah dari kedua-dua pemboleh ubah yang dikaji. Nilai Sig=0.032 memberikan implikasi bahawa semakin tinggi latihan ICT oleh guru maka tidak juga memperlihatkan peningkatan pemikiran kritis mereka, demikian juga sebaliknya.

Jadual 4. Hubungan di antara latihan ICT guru dengan pemikiran kritis

Signifikan pada aras 0.05

Umumnya masyarakat melihat potensi ICT dalam pendidikan sebagai alat yang boleh membantu pengajaran dan pemudah cara dengan lebih berkesan. Di samping itu, kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang kuat di antara literasi ICT guru dengan pemikiran kritis. Oleh itu, Pengajaran ICT menjadi pendorong kepada guru-guru baru dalam mengolah kreativiti mereka dalam pengajaran serta program latihan penggunaan subjek atas talian juga dapat meningkatkan teknik pengajaran guru secara signifikan nya dalam penggunaan ICT (Castillo et al., 2016). Bagi guru pra perkhidmatan dalam satu kajian yang diperiksa berhubung kualiti bahan atas talian, plagiat dan e-keselamatan, mereka mempunyai tahap hati-hati yang tinggi berhubung isu laman web (Shin, 2015). Secara keseluruhannya, kajian ini dapat mengenal pasti tahap literasi ICT guru dalam pengajaran abad 21. Guru-guru perlu menyiapkan diri dengan teknologi terkini agar tidak ketinggalan dalam membantu pelajar menghadapi dunia tanpa sempadan. Pemikiran kritis juga berlaku apabila dunia mengalami perubahan teknologi maklumat yang drastik, sistem pendidikan yang digubal juga mengikut perubahan generasi dan sistem teknologi yang begitu pesat berlaku (J Gabriel et al., 2016). Setiap perubahan ini perlu diadaptasi dengan baik oleh guru demi mendidik generasi akan datang. Kajian mencadangkan permasalahan literasi ICT dalam kalangan guru matematik perlu diatasi dengan penambahbaikan daripada faktor Kemahiran aplikasi ICT guru, kerana terdapat hubungan yang kuat di antara Kemahiran aplikasi ICT guru dengan pemikiran kritis. Faktor ini perlu diperbaiki dan di tingkatkan di sebabkan perlunya inovasi dalam pengajaran supaya menarik minat murid dalam pembelajaran (Puteh & Salam, 2011).

KESIMPULAN Berdasarkan hasil kajian ini dapat dirumuskan, pemikiran kritis penting kepada semua guru dalam meningkatkan kualiti pengajaran. ICT pula merupakan alat yang dapat membantu dalam meningkatkan kreativiti guru dalam mengolah pengajaran abad 21. Sehubungan dengan itu, kajian yang dilakukan ini telah menunjukkan tahap literasi ICT guru secara keseluruhannya. Tahap literasi ICT ini memerlukan kemahiran yang baik supaya pemikiran kritis dapat dihasilkan. Pemikiran kritis penting dalam pengajaran abad 21 supaya generasi alaf baru dapat dibentuk pemikiran nya menjadi lebih berkemahiran tinggi dan berdaya saing.

Dapatan kajian telah menunjukkan terdapat hubungan yang kuat di antara literasi ICT guru dengan kemahiran kritis matematik peringkat rendah abad 21. Namun begitu tahap literasi ICT guru di peringkat yang sederhana kerana terdapat beberapa guru yang kurang mahir dalam penggunaan ICT. Tidak dinafikan bahawa pengajaran menggunakan ICT merupakan satu strategi dalam meningkatkan prestasi murid, Oleh itu pada alaf baru ini sudah menjadi keperluan guru dalam meningkatkan kemahiran ICT yang ,memerlukan guru lebih kreatif dan kritis. Guru-guru perlu mencari idea yang lebih kreatif dalam meningkatkan minat serta memotivasikan murid untuk belajar (Puteh & Salam, 2011).

Memandangkan cabaran di peringkat global semakin hebat, setiap pihak perlu bertindak dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di peringkat bawah supaya sasaran pendidikan dapat tercapai. Dalam pada itu, setiap peningkatan dalam pendidikan memerlukan usaha yang gigih, memerlukan sumber kewangan yang banyak serta keprihatinan semua pihak supaya Negara mempunyai daya saing yang hebat di peringkat global. Hubungan di antara literasi ICT guru dengan kemahiran kritis matematik peringkat rendah abad 21 semestinya signifikan dan saling mempengaruhi. Oleh itu kajian seperti ini perlu diteruskan dengan lebih mendalam untuk mengetahui sama ada penggunaan ICT yang lebih tinggi dapat dikuasai oleh guru-guru dalam menjana

Pembolehubah Min SP r r 2 Sig

Latihan 3.35 .366 .303 .092 .032

Pemikiran Kritis 3.57 .225

Page 7: HUBUNGAN DI ANTARA LITERASI ICT GURU DENGAN · PDF filehubungan di antara literasi ICT guru dengan kemahiran kritis matematik peringkat rendah abad 21 . Lima buah sekolah rendah

537

pemikiran kritis dalam pengajaran. Hasil kajian boleh dijadikan rujukan dalam mengkaji keberkesanan pemikiran kritis murid dengan ICT di peringkat yang lebih tinggi.

RUJUKAN Abdullah, A. H., Mokhtar, M., Halim, N. D. A., Ali, D. F., Tahir, L. M., & Kohar, U. H. A. (2017).Mathematics

Teachers' Level of Knowledge and Practice on the Implementation of Higher-Order Thinking Skills (HOTS). Eurasia Journal of Mathematics, Science & Technology Education, 13(1).

Abrami, P. C., Bernard, R. M., Borokhovski, E., Waddington, D. I., Wade, C. A., & Persson, T. (2015). Strategies for teaching students to think critically: A meta-analysis. Review of Educational Research, 85(2), 275-314.

Ahmad, M., Badusah, J., Mansor, A. Z., Abdul Karim, A., Khalid, F., Daud, M. Y., ... & Zulkefle, D. F. (2016). The Application of 21st Century ICT Literacy Model among Teacher Trainees. Turkish Online Journal of Educational Technology-TOJET, 15(3), 151-161.

Buchori, A., & Setyawati, R. D. (2017). Rancang bangun authentic asessment matematika online dan ofline berbasis wondershare di perguruan tinggi. AKSIOMA: Jurnal Pendidikan Matematika, 4(2).

Cabus, S. J., Haelermans, C., & Franken, S. (2015). SMART in Mathematics? Exploring the effects of in class‐level differentiation using SMARTboard on math proficiency. British Journal of Educational Technology.

Castillo, J. G. D., Herrera, P. J. C., Carrillo, J. A. O., & McCalman, D. G. (2016). Raising the technologicalcompetence of high school science and mathematics teachers of Mexico through delivery of an online program. International Journal of Technology, Policy and Management, 16(2), 163-180.

Clark, K. R. (2015). The Effects of the Flipped Model of Instruction on Student Engagement and Performance in the Secondary Mathematics Classroom. Journal of Educators Online, 12(1), 91-115.

Comi, S. L., Argentin, G., Gui, M., Origo, F., & Pagani, L. (2017). Is it the way they use it? Teachers, ICT and student achievement. Economics of Education Review, 56, 24-39.

Ganapathy, M., Singh, M. K. M., Kaur, S., & Kit, L. W. (2017). Promoting Higher Order Thinking Skills via Teaching Practices. 3L: Language, Linguistics, Literature®, 23(1).

Genlott, A. A., & Grönlund, Å. (2016). Closing the gaps–Improving literacy and mathematics by ict-enhanced collaboration. Computers & Education, 99, 68-80.

Gil-Flores, J., Rodríguez-Santero, J., & Torres-Gordillo, J. J. (2017). Factors that explain the use of ICT in secondary-education classrooms: The role of teacher characteristics and school infrastructure. Computersin Human Behavior, 68, 441-449.

Hasan, N. H., & Mahamod, Z. (2016). persepsi guru bahasa melayu sekolah menengah tinggi. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 78-90.

Ismail, N., & Mahamod, Z. (2016). Sikap dan kesediaan pelajar sekolah menengah terhadap kemahiranberfikir aras tinggi dalam pembelajaran komsas bahasa melayu. Jurnal PendidikanBahasa Melayu, 6(2), 59-67.

Jamian, A. R. (2016). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 1-12.

Kassim, N., & Zakaria, E. (2015). Integrasi kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik: analisis keperluan guru (Integration of Higher Order Thinking Skills in the Teaching and Learning of Mathematics: Teachers' Needs Analysis). Jurnal Pendidikan Matematik, 3(1), 1-12.

Kementerian Pendidikan Malaysia.(2013) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (Pendidikan prasekolah hingga lepas menengah). KPM: Putrajaya.

Larkin, K., & Jamieson-Proctor, R. (2015). Using Transactional Distance Theory to Redesign an Online Mathematics Education Course for Pre-Service Primary Teachers. Mathematics Teacher Education and Development, 17(1), 44-61.

Lembaga Peperiksaan.(2014). Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Kementerian PendidikanMalaysia, Kuala Lumpur.

Mayer, R. 1983. Thinking Problem Solving and Cognition. New York: Allyn Bacon Molnár, P., & Lukáč, S. (2015). Dynamic Geometry Systems in Mathematics Education: Attitudes of

Teachers. International Journal of Information and Communication Technologies in Education, 4(4), 19-33.

Mohamad, S. N. M., Salleh, M. A. M., Salam, S., & Bakar, N. (2016). Motivation And Teaching Experience: Does Teaching Experience Affect Lecturers’ Motivation In Teaching Online?. Sains Humanika, 9(1).

Muhammad, S., Ali, R. M., & Ismail, S. N. (2017). Tahap amalan penerapan kemahiran pemikiran kritis (kpk) di sekolah menengah berprestasi tinggi, sederhana dan rendah. Proceedings of the ICECRS, 1(1).

Ngah, N., & Zakaria, E. (2016). keupayaan pelajar dalam menjana masalah, menyelesaikan masalah matematik dan sikap pelajar terhadap penyelesaian masalah (Students' Ability in Problems

Page 8: HUBUNGAN DI ANTARA LITERASI ICT GURU DENGAN · PDF filehubungan di antara literasi ICT guru dengan kemahiran kritis matematik peringkat rendah abad 21 . Lima buah sekolah rendah

538

Posing, Mathematical Problem-Solving and Attitudes Towards Problem Solving. Jurnal Pendidikan Matematik, 4(1), 1-16.

National Research Council.(2012). Improving Mathematical Education. Washington: National Academy Press. Puteh, S. N., & Salam, K. A. A. (2011). Tahap kesediaan penggunaan ICT dalam pengajaran dan kesannya

terhadap hasil kerja dan tingkah laku murid prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 36(1), 25-34. Pyle, D., Pyle, N., Lignugaris/Kraft, B., Duran, L., & Akers, J. (2016). Academic Effects of Peer-Mediated

Interventions With English Language Learners: A Research Synthesis. Review of Educational Research, 0034654316653663.

Salinas, Á., Nussbaum, M., Herrera, O., Solarte, M., & Aldunate, R. (2016). Factors affecting the adoption of information and communication technologies in teaching. Education and InformationTechnologies, 122.

Sari, D. P. (2015). pendekatan saintifik berbasis ict untuk mengembangkan kemampuan berpikir matematik. Indonesian Journal of Curriculum and Educational Technology Studies, 3(1), 17-23.

Shin, S. K. (2015). Teaching critical, ethical and safe use of ICT in pre-service teacher education. Language Learning & Technology, 19(1), 181-197.

Son, J. W., Han, S. W., Kang, C., & Kwon, O. N. (2016). A Comparative Analysis of the Relationship among Quality Instruction, Teacher Self-efficacy, Student Background, and Mathematics Achievement in South Korea and the United States. Eurasia Journal of Mathematics, Science & Technology Education, 12(7).

TIMSS & PIRLS International Study Center (2016, 4 Jun). Timss 2015 International Results In Mathematics. Dicapaidan http://timssandpirls.bc.edu/timss2015/international-results/timss2015/science/performance-at-international-benchmarks/.

Yang, X., & Leung, F. K. (2015). The Relationships among Pre-service Mathematics Teachers’ Beliefs about Mathematics, Mathematics Teaching, and Use of Technology in China. Eurasia Journal of Mathematics, Science & Technology Education, 11(6), 1363-1378.