hubungan antara pasukan kerja dengan komitmen … · itu terdapat hubungan yang sederhana di antara...

25
HUBUNGAN ANTARA KOMITMEN AHLI PASUKAN DENGAN KEBERKESANAN PASUKAN KERJA DALAM JABATAN SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH TUMPAT NORHAYATI BINTI AZMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: buidan

Post on 07-Mar-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HUBUNGAN ANTARA PASUKAN KERJA DENGAN KOMITMEN … · itu terdapat hubungan yang sederhana di antara keberkesanan pasukan kerja dengan ... cabaran era perkembangan sains dan teknologi

HUBUNGAN ANTARA KOMITMEN AHLI PASUKAN DENGAN

KEBERKESANAN PASUKAN KERJA DALAM JABATAN SAINS DAN

MATEMATIK DI DAERAH TUMPAT

NORHAYATI BINTI AZMI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: HUBUNGAN ANTARA PASUKAN KERJA DENGAN KOMITMEN … · itu terdapat hubungan yang sederhana di antara keberkesanan pasukan kerja dengan ... cabaran era perkembangan sains dan teknologi
Page 3: HUBUNGAN ANTARA PASUKAN KERJA DENGAN KOMITMEN … · itu terdapat hubungan yang sederhana di antara keberkesanan pasukan kerja dengan ... cabaran era perkembangan sains dan teknologi
Page 4: HUBUNGAN ANTARA PASUKAN KERJA DENGAN KOMITMEN … · itu terdapat hubungan yang sederhana di antara keberkesanan pasukan kerja dengan ... cabaran era perkembangan sains dan teknologi

HUBUNGAN ANTARA KOMITMEN AHLI PASUKAN DENGAN

KEBERKESANAN PASUKAN KERJA DALAM JABATAN SAINS DAN

MATEMATIK DI DAERAH TUMPAT

NORHAYATI BINTI AZMI

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana

Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2006

Page 5: HUBUNGAN ANTARA PASUKAN KERJA DENGAN KOMITMEN … · itu terdapat hubungan yang sederhana di antara keberkesanan pasukan kerja dengan ... cabaran era perkembangan sains dan teknologi
Page 6: HUBUNGAN ANTARA PASUKAN KERJA DENGAN KOMITMEN … · itu terdapat hubungan yang sederhana di antara keberkesanan pasukan kerja dengan ... cabaran era perkembangan sains dan teknologi

iii

DEDIKASI

Buat ibu (CHE ESHAH ISA) dan arwah bapa (AZMI MOHAMAD) yang

dikasihi,

Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi

kekuatanku dalam kehidupan ini…

Buat mu pembimbing yang dihargai,

(Tuan Haji Mohd Anuar Abdul Rahman)

Bimbingan, tunjuk ajar dan jasa mu yang diberikan

tidak akan dilupakan…

Buat teman-teman yang dirindu,

Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini

Akan ku kenang selamanya…

Page 7: HUBUNGAN ANTARA PASUKAN KERJA DENGAN KOMITMEN … · itu terdapat hubungan yang sederhana di antara keberkesanan pasukan kerja dengan ... cabaran era perkembangan sains dan teknologi

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia

Projek Sarjana Muda, Tuan Haji Mohd Anuar bin Abdul Rahman di atas segala

bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan projek

sarjana muda ini.

Penulis juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan

terima kasih kepada pengetua- pengetua sekolah menengah di daerah Tumpat, ketua-

ketua bidang dan ketua-ketua panitia di atas kerjasama yang telah diberikan dalam

kajian ini dan juga kesudian meluangkan masa untuk menjawab soal selidik sehingga

menjayakan kajian ini.

Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang

sentiasa memberi dorongan dan galakan sepanjang saya menyiapkan kajian ini.

Tidak lupa juga kepada Perpustakaan Sultanah Zanariah dan Perpustakaan Sultan

Ismail di atas kerjasama mereka dalam menyediakan bahan rujukan yang berkaitan.

Akhir sekali penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kajian ini. Sekian terima kasih.

Page 8: HUBUNGAN ANTARA PASUKAN KERJA DENGAN KOMITMEN … · itu terdapat hubungan yang sederhana di antara keberkesanan pasukan kerja dengan ... cabaran era perkembangan sains dan teknologi

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini bertujuan melihat keberkesanan pasukan kerja dalam

Jabatan Sains dan Matematik. Terdapat lima faktor dalaman organisasi yang

mempengaruhi pasukan kerja yang dikaji iaitu kepimpinan yang efektif, matlamat

yang jelas, komunikasi yang berkesan, penglibatan dalam membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah. Kajian ini juga bertujuan melihat tahap komitmen ahli

dalam pasukan dan perhubungan antara komitmen ahli dalam jabatan dengan

pasukan kerja. Untuk mencapai matlamat tersebut, seramai 30 orang ketua panitia

dalam Jabatan Sains dan Matematik di sekolah- sekolah menengah kebangsaan di

daerah Tumpat, Kelantan dijadikan sebagai responden kajian. Instrumen kajian yang

digunakan merupakan borang soal selidik yang mempunyai 35 item soalan.

Kebolehpercayaan soal selidik ini telah dikaji melalui kajian rintis dan indeks

kebolehpercayaannya ialah 0.8091. Data-data yang diperoleh dianalisis secara

deskriptif dengan menggunakan perisian komputer Statistifical Package for Social

Science (SPSS) 10.0 for Window. Dapatan menunjukkan bahawa keberkesanan

pasukan kerja jabatan Sains dan Matematik berada pada tahap yang tinggi. Dimensi

kepimpinan efektif dipersepsi sebagai faktor utama mempengaruhi keberkesanan

pasukan kerja. Ini diikuti oleh penglibatan dalam membuat keputusan, komunikasi

berkesan, matlamat yang jelas dan penglibatan dalam menyelesaikan masalah. Selain

itu terdapat hubungan yang sederhana di antara keberkesanan pasukan kerja dengan

komitmen ahli dalam pasukan. adalah dicadangkan pasukan kerja perlu diberi

perhatian dalam organisasi panitia sekolah untuk memastikan kejayaan panitia di

sekolah-sekolah.

Page 9: HUBUNGAN ANTARA PASUKAN KERJA DENGAN KOMITMEN … · itu terdapat hubungan yang sederhana di antara keberkesanan pasukan kerja dengan ... cabaran era perkembangan sains dan teknologi

vi

ABSTRACT

The purpose of this research was to emphasize the effectiveness of teamwork

in the Science and Mathematic Department. It was a descriptive quantitative survey.

There were five internal factors that affect the team work which included an

effectiveness of leadership, clear goals, effective communication, decision making

involvement and problem solving involvement. This was also done to emphasize the

commitment level of team members and to see the relation between an effectiveness

of teamwork and the commitment of team members. 30 committee leaders in Science

and Mathematic Department from the secondary school in daerah Tumpat, Kelantan

were taken as the respondents for this research. A set of questionnaire consisting 35

items was used as a research instrument. A pilot study had been done and the

reliability index was 0.8091. The data has been analyzed using the descriptive

statistics by the Statistifical Package for Social Science (SPSS) 10.0 For Window.

The result show that the effectiveness of teamwork in Science and Mathematic

Department is in the high level. The effective of leadership was the most important

dimension that affects the effectiveness of teamwork. This followed by the decision

making involvement, effective communication, clear goals and problem solving

involvement. Besides that there is also a medium relation between the commitment

of team members and the effectiveness of teamwork. So that it is suggest that

teamwork must be given the attention in school committee organization to make sure

the successful of committee in schools.

Page 10: HUBUNGAN ANTARA PASUKAN KERJA DENGAN KOMITMEN … · itu terdapat hubungan yang sederhana di antara keberkesanan pasukan kerja dengan ... cabaran era perkembangan sains dan teknologi

vii

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI LAMPIRAN

ii

iii

iv

v

vi

vii

xii

xiv

xv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Hipotesis Kajian 7

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.8 Batasan Kajian 9

1.9 Kerangka Kajian 10

1.10 Definisi Operasi 11

1.10.1 Jabatan Sains dan Matematik

11

Page 11: HUBUNGAN ANTARA PASUKAN KERJA DENGAN KOMITMEN … · itu terdapat hubungan yang sederhana di antara keberkesanan pasukan kerja dengan ... cabaran era perkembangan sains dan teknologi

viii

1.10.2 Kerja Berpasukan 12

1.10.3 Kepimpinan yang Efektif 12

1.10.4 Matlamat yang Jelas 13

1.10.5 Komunikasi Berkesan 13

1.10.6 Penglibatan dalam

Membuat Keputusan

14

1.10.7 Penglibatan dalam

Menyelesaikan Masalah

14

1.10.8 Komitmen 15

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Pengurusan Kurikulum Sekolah

2.2.1 Peranan Pengetua

2.2.2 Peranan Penolong Kanan

16

19

20

2.3 Panitia Mata pelajaran

2.3.1 Jabatan Sains dan

Matematik

2.3.2 Peranan Ketua Jabatan

2.3.3 Peranan Ketua Panitia

21

22

24

25

2.4 Pasukan Kerja

2.5 Pasukan Kerja Berkesan

2.5.1 Kepimpinan yang Efektif

2.5.2 Matlamat yang Jelas

2.5.3 Komunikasi Berkesan

2.5.4 Penglibatan dalam Membuat

Keputusan

2.5.6 Penglibatan dalam

Menyelesaikan Masalah

27

34

35

42

44

47

54

2.6 Komitmen Pasukan Kerja 54

Page 12: HUBUNGAN ANTARA PASUKAN KERJA DENGAN KOMITMEN … · itu terdapat hubungan yang sederhana di antara keberkesanan pasukan kerja dengan ... cabaran era perkembangan sains dan teknologi

ix

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 57

3.2 Reka bentuk Kajian 57

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 58

3.4 Instrumen Kajian 59

3.5 Kajian Rintis 61

3.6 Prosedur Kajian 62

3.7 Kaedah Menganalisis Data 62

3.8 Penutup

64

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

65

4.2 Latar Belakang Responden

4.2.1 Taburan Guru Kanan

Mengikut Jantina

4.2.2 Taburan Responden

Mengikut Jantina

4.2.3 Taburan Responden

Mengikut Keturunan

4.2.4 Taburan Responden

Mengikut Pengalaman

Menjadi Guru

4.2.5 Taburan Responden

Mengikut Pengalaman

Menjadi Ketua Panitia

65

66

67

67

67

67

4.3 Analisis Berdasarkan Persoalan

Kajian

4.3.1 Persoalan Kajian Pertama:

Tahap Keberkesanan

Pasukan Kerja

68

68

Page 13: HUBUNGAN ANTARA PASUKAN KERJA DENGAN KOMITMEN … · itu terdapat hubungan yang sederhana di antara keberkesanan pasukan kerja dengan ... cabaran era perkembangan sains dan teknologi

x

4.3.2 Persoalan Kajian Kedua:

Faktor-faktor Dalaman

Organisasi Yang

Mempengaruhi

Keberkesanan Kerja

Berpasukan Mengikut

Turutan

4.3.3 Persoalan Kajian Ketiga:

Tahap Komitmen Ahli

Jabatan Sains dan

Matematik Terhadap

Pasukan Kerja

69

75

4.4 Analisis Berdasarkan Hipotesis

Kajian: Terdapat Hubungan Antara

Komitmen Ahli Dengan

Keberkesanan Pasukan Kerja

Dalam Jabatan Sains dan

Matematik

4.5 Kesimpulan

77

78

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Rumusan

5.3 Perbincangan dan Kesimpulan

5.3.1 Tahap Keberkesanan

Pasukan Kerja Jabatan Sains

dan Matematik

79

79

81

81

Page 14: HUBUNGAN ANTARA PASUKAN KERJA DENGAN KOMITMEN … · itu terdapat hubungan yang sederhana di antara keberkesanan pasukan kerja dengan ... cabaran era perkembangan sains dan teknologi

xi

5.3.2 Faktor-faktor Dalaman

Organisasi Yang

Mempengaruhi kerja

berpasukan Mengikut

Turutan

5.3.3 Tahap Komitmen Ahli

Jabatan Sains dan

Matematik Jabatan

Terhadap Pasukan Kerja

5.3.4 Hubungan Antara

Komitmen Ahli Dengan

Keberkesanan Pasukan

Kerja Dalam Jabatan Sains

dan Matematik

83

89

91

5.4 Cadangan Kajian

5.4.1 Cadangan Tindakan

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjut

5.5 Penutup

SENARAI RUJUKAN

LAMPIRAN A-D

92

92

94

95

96-102

103-117

Page 15: HUBUNGAN ANTARA PASUKAN KERJA DENGAN KOMITMEN … · itu terdapat hubungan yang sederhana di antara keberkesanan pasukan kerja dengan ... cabaran era perkembangan sains dan teknologi

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1

2.2

2.3

3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

Perbezaan Antara Pasukan Kerja Dengan

Kumpulan Kerja

Perbezaan Antara Pasukan Kerja Dengan

Kumpulan Kerja

Model Penyelesaian Masalah

Taburan Responden Bagi Setiap Sekolah

Susunan Item dalam Soal Selidik

Tahap Analisis Min

Klasifikasi Kekuatan Korelasi

Penentuan Penerimaan Hipotesis Berdasarkan

Pekali Korelasi Populasi (Pearson)

Latar Belakang Responden

Tahap Pasukan Kerja Jabatan Sains dan

Matematik

Faktor-faktor yang Mempengaruhi

Keberkesanan Pasukan Kerja Mengikut

Turutan

Taburan Responden Item Kepimpinan Efektif

Taburan Responden Item Penglibatan Dalam

Membuat Keputusan

Taburan Responden Item Komunikasi

Berkesan

Taburan Responden Item Matlamat Yang

Jelas

Taburan Responden Item Penglibatan Dalam

Menyelesaikan Masalah

31

32

52

59

60

63

63

64

66

68

69

70

71

72

73

74

Page 16: HUBUNGAN ANTARA PASUKAN KERJA DENGAN KOMITMEN … · itu terdapat hubungan yang sederhana di antara keberkesanan pasukan kerja dengan ... cabaran era perkembangan sains dan teknologi

xiii

4.9

4.10

Taburan Responden Item Komitmen Ahli

Terhadap Pasukan Kerja

Hubungan Antara Komitmen Ahli Dengan

Keberkesanan Pasukan Kerja

76

77

Page 17: HUBUNGAN ANTARA PASUKAN KERJA DENGAN KOMITMEN … · itu terdapat hubungan yang sederhana di antara keberkesanan pasukan kerja dengan ... cabaran era perkembangan sains dan teknologi

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1

2.1

2.2

2.3

2.4

2.5

2.6

2.7

2.8

2.9

2.10

2.11

2.12

Kerangka Kajian

Struktur dan Fungsi Jawatankuasa Kurikulum

Sekolah

Struktur Organisasi Sekolah

Struktur dan Fungsi Panitia Mata pelajaran

Organisasi Kecil

Organisasi Besar

Elemen Utama Pasukan Kerja

Model Perbezaan Kumpulan Kerja Dengan

Pasukan Kerja

Model Kepimpinan Pengurusan Berkualiti

Model Proses Penentuan Matlamat

Proses Komunikasi Dalam Organisasi

Model Komunikasi Shanon dan Weaver

Persekitaran Yang Mempengaruhi Keputusan

10

17

23

24

29

29

30

33

40

43

45

47

48

Page 18: HUBUNGAN ANTARA PASUKAN KERJA DENGAN KOMITMEN … · itu terdapat hubungan yang sederhana di antara keberkesanan pasukan kerja dengan ... cabaran era perkembangan sains dan teknologi

xv

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A

B

C

D

Surat Kebenaran daripada Kementerian

Pendidikan Malaysia

Surat Pengesahan Diri daripada Fakulti

Pendidikan

Borang Soal Selidik

Analisis SPSS

103

105

106

112

Page 19: HUBUNGAN ANTARA PASUKAN KERJA DENGAN KOMITMEN … · itu terdapat hubungan yang sederhana di antara keberkesanan pasukan kerja dengan ... cabaran era perkembangan sains dan teknologi

BAB I

PENDAHULUAN

1.1. Pengenalan

Dalam sesebuah organisasi, kerjasama dan permuafakatan anggota adalah

suatu aspek yang amat penting dalam usaha mencapai matlamat sesebuah organisasi.

Permuafakatan boleh ditakrifkan sebagai bekerja bersama-sama untuk

mencapai matlamat. Jika dipandang dari segi pendidikan di sekolah, kemuncak

matlamat permuafakatan ialah kecemerlangan pencapaian pelajar. Menurut Wawasan

Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru dalam Safiah (2001),

permuafakatan ialah usaha yang melibatkan penggemblengan tenaga, sumbangan dan

kemudahan sama ada manusia atau bukan manusia di persekitaran sekolah secara

sistematik untuk mengenal pasti keperluan serta membangunkan sekolah selaras

dengan aspirasi pendidikan negara.

Permuafakatan dalam organisasi adalah berkait rapat dengan kerja

berpasukan dalam organisasi. Ini adalah kerana untuk mewujudkan pasukan kerja,

permuafakatan dan kerjasama merupakan aspek yang penting. Apabila sesebuah

kumpulan melakukan tugas bersama-sama maka ia berfungsi sebagai sebuah pasukan

dan berusaha untuk mewujudkan keadaan kerjasama yang dinamakan pasukan kerja

(Kursus Pembantu Tadbir Cemerlang, 1997). Pasukan kerja merupakan kumpulan

kerja yang memberi pencapaian yang cemerlang di mana setiap ahli saling

bekerjasama dan berkongsi objektif atau tujuan yang sama secara aktif (Francis dan

Young, 1992). Hanya organisasi dan syarikat yang mempunyai ketua yang

Page 20: HUBUNGAN ANTARA PASUKAN KERJA DENGAN KOMITMEN … · itu terdapat hubungan yang sederhana di antara keberkesanan pasukan kerja dengan ... cabaran era perkembangan sains dan teknologi

2

berkemahiran akan berjaya dalam mencapai matlamat dan perancangan organisasi

mereka.

Kepentingan kerja berpasukan diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Little

(1987) yang menyatakan guru-guru dalam kajian mendapati bahawa bekerja

bersama-sama adalah jauh lebih baik daripada kebaikan bekerja bersendirian.

Peningkatan pencapaian keseluruhan akademik di sekolah ialah lebih baik hasil

perjumpaan mingguan guru-guru di mana mereka belajar dan menggunakan prosedur

kepakaran. Selain daripada itu, pasukan kerja menjadi pasukan kerja berkesan

merupakan pasukan yang berkemahiran menggabungkan kesesuaian bakat dan

berkebolehan individu dengan semangat berpasukan yang positif untuk

menghasilkan keputusan.

Menurut Ab. Aziz (2003) pasukan kerja berprestasi tinggi pula akan lebih

bersedia membangunkan potensi, mengemaskinikan kepakaran dan menjadikan

kekuatan kognitif dan emosi sebagai pemandu, penggerak dan pemantau dalam

memastikan kecemerlangan pasukan. Ini adalah kerana, dalam pasukan kerja

memerlukan sifat saling percaya mempercayai dan setiap ahli yakin dengan

kebolehan diri masing-masing dan ahli-ahli yang lain. Dengan ini, keputusan dapat

dibuat dengan cepat dan berkesan serta dapat mengembangkan bakat-bakat yang ada

dalam individu pasukan kerja.

1.2. Latar Belakang Masalah.

Pada zaman sains dan teknologi yang semakin berkembang pesat,

pengetahuan atau dengan lebih tepat lagi kemahiran dan kepakaran dalam bidang

sains dan teknologi amat penting bagi masyarakat di Malaysia untuk menghadapi

cabaran era perkembangan sains dan teknologi pada masa sekarang dan akan datang

Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, Malaysia

perlu mewujudkan masyarakat yang berilmu, saintifik dan progresif serta

berkebolehan untuk mengurus alam dan sumbernya secara optimum dan

Page 21: HUBUNGAN ANTARA PASUKAN KERJA DENGAN KOMITMEN … · itu terdapat hubungan yang sederhana di antara keberkesanan pasukan kerja dengan ... cabaran era perkembangan sains dan teknologi

3

bertanggungjawab. Bagi mencapai hasrat ini, warganegara kritis, kreatif, dan

berketerampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi perlu diwujudkan.

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), 2001 juga menyatakan bahawa

kurikulum yang telah disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan

semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab

mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk

berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertata etika tinggi, bijaksana, serta dapat

menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan.

Sehubungan dengan itu, Kurikulum Sains dan Matematik digubal dan

dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia untuk menyediakan individu yang

mampu bersaing dan memajukan diri serta Negara pada masa kini dan masa akan

datang. Kurikulum Sains dan Matematik diperbaharui selaras dengan perkembangan

dan kehendak pendidikan semasa demi melahirkan pelajar yang berguna untuk

pembangunan negara sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (PPK, 2001)

Sehubungan dengan itu, pentingnya mata pelajaran Sains dan Matematik

tidak dapat dipertikaikan lagi. Di sekolah, jawatankuasa yang bertanggungjawab ke

atas pengurusan mata pelajaran sains dan matematik ialah Jabatan Sains dan

Matematik. Jawatankuasa Jabatan Sains dan Matematik terdiri daripada Ketua

Jabatan, Ketua-ketua Panitia dan Guru-guru Mata pelajaran Sains dan Matematik.

Jawatankuasa Jabatan Sains dan Matematik saling bekerjasama dalam satu pasukan

untuk meningkatkan mutu sekolah secara amnya dan meningkatkan tahap

keberkesanan dan pembangunan Mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah

secara khususnya. Mereka saling bekerjasama, berkongsi idea, percaya mempercayai

dan menerima diri masing-masing untuk memastikan matlamat Jabatan Sains dan

Matematik terlaksana.

Pasukan kerja amat penting dalam mencapai hasrat dan cita-cita sekolah.

Zulkifli (2000) menyatakan bahawa pasukan kerja diperlukan bagi setiap

jawatankuasa-jawatankuasa di sekolah. Pihak pengurusan sekolah telah lama

mengadakan kerja berpasukan, tetapi ramai yang tidak menyedari hingga ke hari ini.

Pihak kerajaan terutamanya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia amat

Page 22: HUBUNGAN ANTARA PASUKAN KERJA DENGAN KOMITMEN … · itu terdapat hubungan yang sederhana di antara keberkesanan pasukan kerja dengan ... cabaran era perkembangan sains dan teknologi

4

menggalakkan pengurusan kualiti secara menyeluruh dalam semua sektor untuk

meningkatkan produktiviti, kualiti dan pada masa yang sama kerja berpasukan

mempunyai potensi yang besar untuk membantu menyelesaikan masalah organisasi.

Maddux (1993) membuktikan dalam kajian beliau, peningkatan produktiviti

semakin bertambah jika bekerja secara berpasukan berbanding bekerja secara

individu. Kepentingan kerja berpasukan dalam Jabatan Sains dan Matematik adalah

jelas dan tidak boleh disangkal lagi dengan meningkatnya tugas dan tanggungjawab

Guru-guru Panitia Sains dan Matematik serta Guru Sains dan Matematik di sekolah

dengan pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan dalam sistem pendidikan sekolah

pada masa kini.

Selepas kerajaan menubuhkan Sekolah Bestari iaitu sekolah yang

melaksanakan pembelajaran dan pengajaran menggunakan komputer. Salah satu

rancangan penubuhan Sekolah Bestari ialah melaksanakan pengintegrasian komputer

dalam pengajaran Sains dan Matematik di sekolah. Selain daripada itu Kementerian

Pendidikan juga telah mencadangkan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa

pengajaran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah. Kerajaan telah

melaksanakan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran bagi subjek

Sains dan Matematik tingkatan satu dan dua di sekolah. Manakala rancangan

penggunaan bahasa Inggeris bagi mengajar subjek Sains dan Matematik menengah

atas masih dalam pertimbangan. Hasrat kerajaan ini dipikul oleh Ketua Panitia Sains

dan Matematik dan guru-guru mata pelajaran Sains dan Matematik secara jelasnya.

Memandangkan hasrat dan perancangan kerajaan dalam sistem pendidikan

semakin bertambah maka tugas guru yang terlibat juga semakin bertambah. Ini

secara langsung memberi tekanan dan meningkatkan tahap tekanan kepada guru-

guru di sekolah. Namun begitu, dengan bekerja secara berkumpulan, guru-guru yang

terlibat tidak akan terasa beban mereka terlalu berat kerana mereka bekerjasama

melaksanakan tugas sebagai pelaksanaan dasar kerajaan di sekolah.

Namun begitu, untuk memastikan pasukan kerja yang dibina adalah pasukan

kerja yang berkesan dan benar-benar dapat membantu ahli-ahlinya dalam

melaksanakan tugas, setiap ahli perlu mempunyai kata sepakat, setia terhadap

Page 23: HUBUNGAN ANTARA PASUKAN KERJA DENGAN KOMITMEN … · itu terdapat hubungan yang sederhana di antara keberkesanan pasukan kerja dengan ... cabaran era perkembangan sains dan teknologi

5

pasukan, menyokong tindakan pasukan, dan memberi seluruh tumpuan terhadap

aktiviti yang dirancang dan dijalankan oleh pasukan. Dengan kata lain, setiap ahli

perlu memberi sepenuh komitmen terhadap pasukan untuk memastikan pasukan

berjaya. Ini adalah kerana komitmen setiap ahli adalah berkait rapat dengan kejayaan

kerja berpasukan selain daripada faktor-faktor yang lain.

Robbins (1994), Kazemark (1991), Mears dan Voehl (1994) menyenaraikan

ciri-ciri yang harus wujud dalam pasukan kerja dalam kajian dan penulisan mereka.

Ciri-ciri yang perlu ada ialah faktor kepimpinan yang efektif, matlamat yang jelas,

komunikasi berkesan penglibatan dalam membuat keputusan dan menyelesaikan

masalah.

Dijelaskan di sini bahawa penglibatan ahli dalam membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah merupakan komitmen yang diberikan oleh ahli. Kepatuhan

ahli kepada disiplin kumpulan merupakan komitmen ahli kepada peraturan pasukan.

Oleh yang demikian, komitmen ahli adalah amat penting, tanpa komitmen maka

pasukan kerja yang dibina tidak akan dapat mencapai objektif dan matlamat

pembinaannya.

1.3. Penyataan Masalah

Berdasarkan kenyataan yang dikemukakan dalam latar belakang masalah,

kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap pasukan kerja bagi Jabatan Sains dan

Matematik iaitu untuk mengetahui tahap keberkesanan pasukan kerja Jabatan Sains

dan Matematik.

Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti faktor-faktor dalaman organisasi

iaitu kepimpinan yang efektif, matlamat yang jelas, komunikasi berkesan,

penglibatan dalam membuat keputusan dan penglibatan menyelesaikan masalah yang

mempengaruhi keberkesanan sesebuah pasukan kerja mengikut keutamaan. Ini

bertujuan mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan pasukan kerja dan

juga kegagalan pasukan kerja.

Page 24: HUBUNGAN ANTARA PASUKAN KERJA DENGAN KOMITMEN … · itu terdapat hubungan yang sederhana di antara keberkesanan pasukan kerja dengan ... cabaran era perkembangan sains dan teknologi

6

Selain daripada itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap komitmen

ahli pasukan terhadap pasukan kerja dalam Jabatan Sains dan Matematik dan juga

untuk melihat hubungan antara komitmen ahli pasukan dengan pasukan kerja

berkesan dalam Jabatan Sains dan Matematik.

1.4. Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk memenuhi beberapa objektif. Di antara objektif

kajian ini adalah seperti berikut:

1.4.1. Mengetahui tahap keberkesanan pasukan kerja bagi Jabatan Sains dan

Matematik di sekolah-sekolah menengah dalam daerah Tumpat

1.4.2. Mengenal pasti faktor-faktor dalaman organisasi (kepimpinan yang efektif,

matlamat yang jelas, komunikasi berkesan, penglibatan dalam membuat

keputusan dan penglibatan dalam menyelesaikan masalah,) yang

mempengaruhi keberkesanan pasukan kerja bagi Jabatan Sains dan

Matematik di sekolah-sekolah menengah dalam daerah Tumpat mengikut

keutamaan.

1.4.3. Mengenal pasti tahap komitmen ahli Jabatan Sains dan Matematik terhadap

pasukan kerja.

1.4.4. Melihat hubungan antara komitmen ahli pasukan dengan keberkesanan

pasukan kerja dalam Jabatan Sains dan Matematik.

Page 25: HUBUNGAN ANTARA PASUKAN KERJA DENGAN KOMITMEN … · itu terdapat hubungan yang sederhana di antara keberkesanan pasukan kerja dengan ... cabaran era perkembangan sains dan teknologi

7

1.5. Persoalan Kajian

Beberapa persoalan kajian yang berkait rapat dengan objektif kajian adalah

seperti berikut:

1.5.1. Apakah tahap keberkesanan pasukan kerja bagi Jabatan Sains dan Matematik

di sekolah-sekolah menengah dalam daerah Tumpat.

1.5.2. Apakah faktor-faktor dalaman organisasi (kepimpinan yang efektif, matlamat

yang jelas, komunikasi berkesan, penglibatan dalam membuat keputusan dan

penglibatan dalam menyelesaikan masalah) yang dipersepsi sebagai

mempengaruhi keberkesanan pasukan kerja dalam Jabatan Sains dan

Matematik di sekolah dalam Daerah Tumpat mengikut keutamaan.

1.5.3. Apakah tahap komitmen ahli Jabatan Sains dan Matematik terhadap pasukan

kerja.

1.5.4. Adakah terdapat hubungan antara komitmen ahli pasukan dengan

keberkesanan pasukan kerja dalam Jabatan Sains dan Matematik