hubungan antara sekolah dan komuniti

22
PAET4101 SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN [HUBUNGAN SEKOLAH DAN KOMUNITI ] DR. ABD RAZAK BIN ZAKARIA

Upload: nhur-awatif

Post on 17-Sep-2015

676 views

Category:

Documents


30 download

DESCRIPTION

SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN

TRANSCRIPT

PAET4101

SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN

[HUBUNGAN SEKOLAH DAN KOMUNITI]

DR. ABD RAZAK BIN ZAKARIANAMANO. MATRIK

NHUR AWATIF BT ROMLIIEB120024

ISI KANDUNGANTAJUKMUKA SURAT

1.0 PENGENALAN2

2.0 DEFINISI3

3.0 HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN ANGGOTA- ANGGOTA KOMUNITI4

4.0 PENGARUH SEKOLAH KEPADA KOMUNITI6

5.0 PENGARUH KOMUNITI KEPADA SEKOLAH7

6.0 KEPENTINGAN HUBUNGAN SEKOLAH DAN KOMUNITI10

7.0 CARA MEMPERTINGKATKAN HUBUNGAN SEKOLAH DAN KOMUNITI11

8.0 KESIMPULAN13

9.0 RUJUKAN14

1.0 Pengenalan.Sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh masyarakat. Dengan kata lain, sekolah merupakan salah sebuah komuniti dalam masyarakat. Maka, perhubungan sekolah dengan komuniti boleh diibaratkan bagai isi dengan kuku, mereka saling berinteraksi dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Perkara ini menjadikan sekolah sebagai satu unit masyarakat yang terpenting.

Oleh kerana komuniti merupakan sebuah masyarakat kecil, jadi sekolah juga diertikan sebagai masyarakat kecil kerana sekolah merupakan sebahagian daripada masyarakat di mana semua anggota hidup bersama dalam kawasan sekolah, mengikut peraturan-pertauran dan cara-cara yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Anggota masyarakat di dalam sekolah terdiri daripada Pengetua, barisan guru- guru kanan, guru- guru, staf sokongan dan para pelajar. Komuniti pula merupakan anggota yang berada di luar daripada kawasan sekolah yang terdiri daripada pelbagai pihak. Setiap anggota masing-masing menjalankan peranan dan tugas sebagaimana yang ditetapkan dalam memastikan kelangsungan sistem kemasyarakatan tersebut.

Hasil daripada perhubungan sekolah dengan komuniti, proses sosialisasi akan berlaku. Sosialisasi ialah proses interaksi sosial yang membolehkan manusia memperolehi personaliti atau sakhsiah dan belajar cara hidup masyarakatnya. Proses ini berlaku secara berterusan dan banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran (Mohd. Salleh Lebar, 1998). Ianya berlaku secara informal untuk melengkapkan pihak sekolah dengan pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman untuk membolehkan mereka berinteraksi dalam masyarakat atau komuniti. Melalui proses ini, pelajar akan dapat menguasai ilmu kemasyarakatan yang bersesuaian dengan norma- norma setempat.

Konklusinya, perhubungan antara sekolah dan komuniti adalah sangat penting kerana kedua- duanya adalah saling bergantungan. Kedua- dua pihak haruslah memainkan peranan masing- masing dalam memastikan keseimbangan sosiologi pendidikan dan kelangsungannya dalam komuniti dan masyarakat.

2.0 Definisi.Menurut Kamus Dewan (ed. IV), sekolah dapat didefinisikan sebagai tempat untuk mengajar dan belajar, iaitu tempat untuk memberi dan menerima pendidikan secara formal. Kamus Pelajar Bahasa Malaysia pula mentakrifkan sekolah adalah bangunan tempat mengajar dan belajar. Maka , dapatlah diertikan sekolah adalah sebuah institusi di mana pelajar menimba ilmu secara formal.

Komuniti pula ialah kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara, masyarakat(di sesuatu tempat atau negara)orang ramai umumnya. Takrif yang kedua pula menyatakan komuniti sebagai satu kumpulan individu yang mempunyai sifat-sifat (kecenderungan, kepentingan,dll.) yang serupa. Dapatlah disimpulkan bahawa komuniti adalah sekumpulan kecil masyarakat atau kumpulan yang hidup bersama dan saling berkongsi pelbagai perkara bersama- sama. Apabila digandingkan dengan sekolah, komuniti yang berkaitan adalah yang berada di persekitarannya misalnya ibu- bapa, PIBG, masyarakat sekeliling dan sebagainya.

Justeru itu, hubungan antara sekolah dan komuniti adalah proses interaksi yang berlaku diantara sesebuah institusi pendidikan dengan komuniti luar yang berdekatan dengannya. Hasil daripada perhubungan ini akan membawa kepada pelbagai faedah kepada seluruh warganya.

3.0 Hubungan Sekolah Dengan Anggota- Anggota Komuniti.Hubungan antara sekolah dengan anggota- anggota komuniti adalah sebagaimana rajah di bawah:

SHAPE \* MERGEFORMAT

3.1 Ibu bapa

Hubungan antara sekolah dan ibu bapa terhasil apabila ibu bapa memberi sumbangan dengan menyokong setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah misalnya hari menandatangani buku rekod dan hari anugerah cemerlang. Selain itu, mereka juga memberi sumbangan idea kepada pihak sekolah dalam usaha meningkatkan lagi prestasi akademik pelajar. Dalam pada itu, ibu bapa juga memberi sumbangan dalam bentuk kewangan bagi menjayakan sesuatu program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Sumbangan ikhlas yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu pelaksanaan program yang dianjurkan. Perhubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa telah terpatri melalui penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru( PIBG) yang merancakkan lagi perhubungan antara kedua- dua pihak. Kini, PIBG menjadi sebuah organisasi yang terpenting yang wajib ada di semua institusi pendidikan yang bernama sekolah.

3.2 Masyarakat sekeliling Hubungan antara sekolah dan masyarakat sekeliling pula berlaku apabila masyarakat sekeliling berperanan sebagai mata dan telinga sekolah dalam menangani gejala sosial yang melibatkan pelajar dengan mengamalkan sikap masyarakat yang menjaga tepi kain orang. Sikap sebegini adalah sangat penting dan masih relevan pada zaman ini kerana ianya adalah menyumbang kepada kesejahteraan hidup setiap anggota masyarakat . Penubuhan jawatankuasa Rukun Tetangga misalnya telah banyak membantu pihak sekolah dalam menangani masalah disiplin pelajar. Selain itu, masyarakat sekeliling juga turut memberikan sumbangan tenanga dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah misalnya aktiviti gotong- royong bagi membersihkan kawasan sekolah.

3.3 Peniaga Hubungan antara sekolah dan peniaga terhasil apabila peniaga memberi sumbangan tajaan atau menjadi penaja lepada pihak sekolah bagi penganjuran sesebuah aktiviti. Selain itu, peniaga dapat menjana pendapatan mereka dengan membekalkan keperluan sekolah atau dengan melibatkan diri dalam majlis aktiviti pada Hari usahawan, Hari Kantin, Hari Sukan dan sebagainya dengan membuka gerai jualan.

3.4 Badan kerajaan Badan kerajaan seperti pihak Polis, Bomba, Klinik komuniti dan sebagainya juga turut menjalinkan hubungan dengan pihak sekolah. Misalnya pihak polis bertanggungjawab memastikan keselamatan iklim persekolahan daripada mana- mana ancaman. Pihak bomba pula berperanan mendidik warga sekolah mengenai cara menghadapi situasi kebakaran melalui penganjuran aktiviti fire drill.

3.5 Badan bukan kerajaan (NGO) Badan- badan bukan kerajaan berhubung dengan sekolah melalui penganjuran aktiviti- aktiviti yang bermanfaat kepada pelajar seperti penganjuran Kempen Membasmi Dadah, Cintailah Sungai Kita dan sebagainya. Selain itu, mereka juga berperanan sebagai penyumbang dana bagi sesebuah program yang bakal dianjurkan oleh pihak sekolah.4.0 Pengaruh Komuniti Terhadap Sekolah. Menurut Kamaruddin Haji Husin (1995), pengaruh komuniti masyarakat terhadap sekolah dapat dilihat melalui beberapa aspek, antaranya ialah seperti aspirasi ibu bapa dan keluarga, penglibatan masyarakat dan cara hidup masyarakat. Di sini akan dihuraikan secara ringkas mengenai aspek-aspek ini.

4.1 Aspirasi Ibu Bapa dan Keluarga. Ibu bapa merupakan pengaruh sosial yang besar terhadap pencapaian persekolahan anak-anak mereka. Aspirasi dan harapan ibu bapa terhadap masa hadapan anak-anak mereka memainkan peranan penting untuk mendorong anak-anak mereka itu lebih giat untuk mencapai prestasi yang tinggi di sekolah. Dengan aspirasi dan harapan yang tinggi itu, sekolah dapat berusaha untuk mengasuh anak-anak mereka dengan sempurna. Aspirasi ibu bapa amat penting dalam mempengaruhi aspirasi pendidikan di sesebuah sekolah.

Seseorang pelajar itu biasanya akan bertingkah laku dan memegang sikapyang dapat diterima di bilik darjah apabila rumah dan sekolah mempunyai idea yang sama tentang bagaimana mendidik dan memegang taraf tingkah laku yang sama.Misalnya, jika di rumah, ibu bapa akan memarahi anak mereka jika berbohong atau tidak membuat latihan yang diberikan oleh guru, maka di sekolah pelajar ini akan takut untuk berbohong dan akan membuat latihan yang diberikan keran anilai-nilai dan aspirasi untuk belajar di rumah dan di sekolah adalah bersambungan.

4.2- Penglibatan Komuniti Dan Masyarakat Sekeliling. Komuniti masyarakat yang terdapat di persekitaran sekolah juga boleh memberi sumbangan untuk meningkatkan prestasi pencapaian sesebuah sekolah dengan menganjurkan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan pelajar yang berkenaan. Misalnya seperti penganjuran pelbagai bengkel- bengkel peningkatan kendiri ataupun melalui pembinaan perpustakaan mini di setiap kawasan yang bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan pelajar.

.4.3- Cara Hidup Masyarakat

Budaya hidup sesuatu masyarakat akan memberi kesan terhadap dasar yang dilaksanakan di sesebuah sekolah. Cara hidup kanak-kanak di rumah dan persekitaran mereka juga merupakan pengaruh sosial yang mempengaruhi suasana sesebuah sekolah. Kanak-kanak yang diasuh dengan cara yang baik dan selalu mendapat perhatian serta dorongan ibu bapa mereka akan mencapai prestasi yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang kurang mendapat perhatian dan asuhan daripada ibu bapa. Situasi sebegini merupakan faktor yang mempengaruhi suasana dan pencapaian sesebuah sekolah.Selain itu juga, ada masanya budaya yang diamalkan oleh sebahagian remaja akan membawa kesan yang positif atau negatif kepada sekolah. Jika kesan negatif maka sekolah akan menghadapi masalah dalam mencapai matlamat pengajaran yang tinggi tetapi jika kesan positif, sudah tentu sedikit sebanyak membantu sekolah untuk melancarkan lagi matlamat pengajaran5.0 Pengaruh Sekolah Terhadap Komuniti. Menurut Kamaruddin Haji Husin (1995), tanggungjawab sekolah terhadap masyarakat dapat dilihat daripada beberapa aspek, antaranya seperti sosialisasi, pendidikan dan latihan, persediaan untuk pekerjaan dan mengawasi pelajar.

5.1- Sosialisasi

Sosialisasi adalah proses interaksi yang membolehkan manusia memperoleh sahsiah dan belajar cara hidup masyarakat. Ia menghubungkan individu dengan masyarakat. Hubungan ini begitu penting kerana manusia dan masyarakat tidak dapat hidup tanpa hubungan ini. Agen sosialisasi termasuklah keluarga, rakan sebaya, media massa dan sekolah itusendiri sebagai masyarakat kecil. Proses sosialisasi ini amat penting dalam mencorakkan personaliti murid. Mereka perlu melengkapkan diri dengan personalitiyang baik mengikut norma dan nilai masyarakatnya. Sekolah yang bertindak sebagai agen sosialisasi berupaya mengubah bentuk masyarakat dengan mengajar generasi muda hubungan yang baik di antara manusia dan memudahkan mereka bergaul dan memainkan peranan dalam sesuatu organisasi masyarakat. Dengan itu, mereka akan mudah mengikut rentak dan kehendak sesuatu masyarakat di mana ia berada.

5.2- Pendidikan dan Latihan

Selain daripada segi akademik, sekolah juga bertanggungjawab memberi latihan kemahiran teknikal selaras dengan kepesatan teknologi masyarakatnya. Kemajuan teknik ini disampaikan kepada pelajar supaya mereka dapat menggunakannya dalam kehidupan sehari-hari. Contohnya, penerapan kaedah mengajar yang berasaskan ICT seperti penggunaan Power Point dan seumpamanya.

Di Malaysia sendiri, terdapat sekolah dan kolej yang menawarkan kursus teknikal dan vokasional. . Pelbagai kemahiran teknik telah diperkenalkan sesuai dengan pengetahuan masing-masing dansekarang kelulusan teknikal dan vokasional amat diperlukan seperti dalam bidang mekanikal, automotif, kimpalan dan sebagainya.Sekolah-sekolah ini diharapkan dapat memberi peluang khususnya generasi muda menguasai pelbagai ilmu pengetahuan yang difikirkan sesuai demi membangunkan komuniti dan masyarakat.

5.3- Persediaan untuk Pekerjaan. Sekolah juga bertanggungjawab menyediakan pendidikan ke arah membolehkan ahli komuniti masyarakatnya mendapat pekerjaan. Sistem pendidikan merupakan alat bagi mengisi keperluan pekerjaan. Masyarakat sekarang berlumba-lumba agar anak-anak mereka mendapat pekerjaan yang baik dan sempurna untuk menjamin masa depan mereka. Perkara ini disokong lagi dengan pendapat Ottaway (dlm Hazil AbdulHamid, 1990) yang mentakrifkan pendidikan sebagai satu proses yang digunakan oleh ibu bapa bagi mendapatkan pekerjaan yang baik untuk anak-anak mereka. Hal ini memang diakui kebenarannya pada masa sekarang. Oleh itu, tidak dinafikan lagi bahawa sekolah sebagai satu tapisan untuk memproses manusia kepada pekerjaan, peranan dan status yang dianggap sesuai baginya.

Dalam pada itu, pendidikan di sekolah bergerak selaras dengan kehendak dunia pekerjaan bagi mengeluarkan tenaga yang akan berusaha ke arah pembangunan negara. Semua ini akan menggerakkan mobiliti sosial setiap individu dalam masyarakatnya. Pelajar dilatih supaya sedar akan keadaan sekelilingnya dan berkeyakinan dalam kehidupan. Sekolah juga sebagai tempat memproses individu yang memiliki pengetahuan ke arah membentuk kebudayaan yang bersesuaian dengan norma masyarakatnya.

5.4-Mengawasi Pelajar

Anggota sekolah yang terdiri daripada pengetua, para guru, dan staf sokongan mempunyai tanggungjawab untuk mengawasi pelajar dan menjauhkan mereka daripada perkara yang tidak berfaedah seperti penagihan dadah, masalah lepak atau pergaulan bebas sehingga mengakibatkan lari dari rumah dan sebagainya. Pihak sekolah terutama pengetua dan guru bertindak sebagai ibu bapa kedua dan memikul tanggungjawab seperti ibu bapa pelajar. Ini penting bagi memastikan tiada masalah sosial berlaku dalam masyarakat.

Berbalik kepada definisi pendidikan yang diberikan oleh Plato iaitu pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia dan dapat membentuk warganegara yang baik serta setia dan mematuhi undang-udang negara. Dari definisi ini bolehlah disimpulkan bahawa pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam mengawasi pelajar-pelajarnya bagi menghindarkan mereka dari terjebak denan anasir-anasir yang kurang baik, berkelakuan tidak bermoral serta melanggar nilai-nilai masyarakat sehingga akhirnya disisihkan oleh masyarakat itu sendiri.

6.0 Kepentingan Hubungan Sekolah Dan Komuniti. Hubungan sekolah dan komuniti begitu penting. Tanpa komuniti, sekolah tiadak wujud manakala tanpa sekolah komuniti tidak akan berkembang (A. Rizal, 2008).Oleh yang demikian, sekolah dilihat sama penting dengan komuniti untuk membangunkan modal insan dalam komuniti setempat.

Menurut Poston, Stone, dan Muther (1992), A school is a reflection of the community it servers. At the same time, a community is a reflection of its schools. Kenyataan ini menunjukkan sekolah dan komuniti tidak dapat dipisahkan kerana kedua dua pihak ini saling bergantungan antara satu sarna yang lain. Kepentingan hubungan ini juga diperakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seperti mana menurut Sufean Russin (2002) pihak kementerian telah menubuhkan jawatankuasa mengkaji taraf pelajaran di sekolah-sekolah yang menyerahkan laporannya pada tahun 1982. Jawatankuasa ini telah mengenal pasti salah satu aspek besar yang penting dalam peningkatan taraf pelajaran di Malaysia ialah melalui kerjasama masyarakat dalam pembangunan sekolah.

Dalam pada itu, kepentingan hubungan sekolah dan komuniti ini selaras dengan pendapat Poston.(1992) iaitu, "You cannot build a great school alone. The school needs the community and the community needs the school". Pengiktirafan sebegini sudah tentu menunjukkan terdapat faedah tertentu hasil hubungan yang erat antara sekolah dan komuniti. Antara faedah tersebut ialah seperti mana menurut Gallagher, Bagin, dan Moore (2005), "The bottom line of any school community relations program is to help the children learn better. And they learn if parents are involved Therefore, a good school-community relations program should encompass the concept of partnership between the school and the parents ".

Seterusnya, menurut Solomon, Battishich, Watson, Schaps, dan Lewis (2000) murid-murid yang mempunyai perasaan jaminan komuniti lebih berkecenderungan bermotivasi dari segi akademik, bertindak secara beretika dan altruistik, dan membentuk kecekapan sosial dan emosi. Memandangkan terdapat faedah seumpama ini hasil kewujudan konsep hubungan sekolah dan komuniti maka peranan utama perlu dimainkan oleh pihak pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan konsep ini berjaya dilaksanakan.

Konklusinya, hubungan sekolah dan komuniti adalah sangat penting kerana kedua- duanya adalah saling bergantungan. Sekolah yang hebat tidak akan terbina dengan sendirinya sahaja, tetapi ianya memerlukan campurtangan daripada komuniti bagi merealisasikan hasratnya. Begitulah juga sebaliknya, komuniti yang hebat tidak akan terbentuk sendirinya melainkan dengan penglibatan sekolah. Pelbagai manfaat akan terhasil daripada perhubungan ini. Antaranya ialah ianya akan proses pembelajaran pelajar akan lebih terarah dengan sokongan daripada komuniti terutamanya ibu- bapa mereka sendiri. Selain itu, hubungan komuniti dan sekolah akan melahirkan pelajar yang lebih bermotivasi tinggi. Justeru, kepentingan hubungan secara dua hala ini ternyata menguntungkan kedua- dua belah pihak.7.0 Cara Mempertingkatkan Hubungan Sekolah Dan Komuniti.Berikut adalah beberapa cara bagi mempertingkatkan hubungan sekolah dan komuniti:

7.1- Mengedarkan berita-berita sekolah kepada komuniti.

Pihak sekolah boleh mencetak buletin untuk memasukan maklumat semasa yang berlaku di sekolah. Buletin tersebut kemudiannya diedarkan kepada seluruh warga komuniti sebagai pemberitahuan maklumat semasa sekolah. Selain daripada itu, pihak sekolah juga boleh mengambil inisiatif dengan memaklumkan terus berita- berita sekolah kepada wakil atau ketua pemerintah di kawasan tersebut.

7.2- Menggalakkan guru-guru banyak terlibat dengan aktiviti luar sekolah yang banyak melibatkan masyarakat.

Pengetua menyarankan semua guru supaya banyak melibatkan diri dengan komuniti luar seperti membantu dalam aktiviti gotong-royong, kenduri kahwin, majlis kesyukuran dan lain-lain lagi. Perkara ini akan dapat merapatkan lagi hubungan di antara pihak sekolah dengan komuniti. Para guru tidak seharusnya bersikap seperti katak di bawah tempurung.

7.3- Kakitangan sekolah hendaklah pandai berhubung dan melayani komuniti dengan baik.

Pihak sekolah perlulah berhemah dalam menerima kunjungan setiap wakil komuniti yang hadir ke sekolah. Layanan yang diberikan pula haruslah memberi gambaran bahawa kedatangan mereka ke sekolah adalah sangat dialu- alukan. Elakkan daripada bersikap acuh tak acuh dalam melayani tetamu. Sesungguhnya bukanlah sanjungan yang terlalu tinggi diperlukan, tapi cukuplah sekadar mencerminkan sekalung penghargaan.

7.4- Sedia menerima kritikan dan teguran. Sikap sedia menerima kritikan dan teguran ini haruslah dimiliki oleh kedua- dua pihak. Kedua-dua pihak mestilah mengamalkan gaya kepimpinan demokrasi dimana semua pihak bebas dalam menyatakan pandangan masing- masing tanpa wujudnya sebarang kompromi. Sekiranya pandangan yang disuarakan komuniti adalah benar maka pihak sekolah mestilah menerima kritikan dan teguran tersebut dengan hati yang terbuka dan begitulah sebaliknya supaya tidak wujud perasaan benci-membenci antara satu sama lain.

7.5- Sedia berkongsi idea ,tenaga dan ilmu.

Dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik disamping untuk mengurangkan masalah disiplin sekolah, kedua- dua pihak perlulah saling berkongsi idea, tenaga dan ilmu masing- masing. Hal ini kerana dalam kalangan ahli komuniti, semestinya wujud segelintir yang berkhidmat dalam bidang professional seperti doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Namun ini bukanlah bermakna pihak sekolah hanya mengambil kira idea daripada golongan professional dan meminggirkan pendapat yang disuarakan oleh masyarakat pertengahan. Masyarakat kelas pertengahan masih boleh menyalurkan sumbangan dalam bentuk tenaga. Apabila kesemua pihak menyedari peranan mereka masing- masing, mereka akan sentiasa mahu menghubungkan diri dengan sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. 8.0 Kesimpulan. Sebagai konklusi, sekolah dan komuniti merupakan dua entiti yang saling berkaitan dan memerlukan antara satu sama lain. Kedua- duanya adalah saling bergantungan dan memerlukan antara satu sama lain. Hubungan antara kedua- duanya boleh diumpakan bagai aur dengan tebing. Saling bantu- membantu untuk kebaikan yang diperolehi secara bersama.Situasi tersebut adalah bersesuaian sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat dua yang bermaksud: Dan bertolong- tolonglah kamu atas kebijaksanaan dan taqwa. Dan janganlah kamu bertolong- tolongan dalam dosa dan permusuhan. Hal ini menunjukkan perbuatan saling bantu membantu kearah kebaikan ini adalah sangat dituntut dalam Islam Bagi memastikan kerjasama antara sekolah dan komuniti ini membuahkan hasilnya, kedua- dua pihak ini perlu memainkan peranan masing- masing. Pihak komuniti perlu melibatkan diri dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah pula perlu sentiasa mengalu- alukan kehadiran anggota komuniti ke sekolah. Kedua- dua pihak perlu mengamalkan komunikasi terbuka dan sentiasa bersikap positif dalam menerima kritikan dan pandangan. Dengan ini, perhubungan antara sekolah dan komuniti akan menjadi mesra. Justeru itu, kedua- dua pihak iaitu sekolah dan komuniti perlu bersama sama menggembleng tenaga dalam proses melahirkan modal insan kelas pertama yang seterusnya dapat menjana transformasi pembangunan Negara. Keterlibatan yang proaktif antara kedua- dua pihak akan dapat merealisasikan hasrat murni ini dalam usaha menuju Wawasan 2020.9.0 RujukanAhmad Kilani Mohamed. (2003). Pengurusan Pendidikan Di Sekolah, Huraian Menurut Perspektif Islam. Skudai, Johor: UTM.

A. Rizal, Samsudin, Mohamad Zaid dan Ashaari (2008). Sekolah Dan Masyarakat.

Hazil Abdul Hamid (1990). Sosiologi Pendidikan dalam Perspektif Pembangunan Negara Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamaruddin Haji Husin (1995). Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd. Salleh Lebar (1998). Pengenalan Ringkas: Sosiologi Persekolahan Dan Pendidikan. Batu Caves: Thinkers Library Sdn. Bhd.

Noresah bt. Baharom (2010). Kamus Dewan (ed. IV). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Poston, W. K., Jr., Stone, M. P., & Muther, L. (1992). Making schools work: Practical. Solomon, D., Battishich, v., Watson, M., Schaps, E., & Lewis, C. (2000). Social Psychology of Education. Brisbane.

Sufean Russin. (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia: Teori & Analisis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

SEKOLAH

BADAN KERAJAAN

BADAN BUKAN KERAJAAN

PENIAGA

MASYARAKAT SEKELILING

IBU BAPA

2