hoki

Upload: yatie-jf

Post on 10-Mar-2016

1.066 views

Category:

Documents


25 download

DESCRIPTION

utk rujukan

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBPE22O3UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANISEPTEMBER 2015

NAMA : NORMAYATI BINTI JAAFARNO K/P : 811126-02-6118NO MATRIK : 811126026118001NO H/P : 019-4779176TUTOR : EN. MUFTAR BIN MOHAMAD SAAD

1.0 PENGENALANPermainan hoki merupakan antar permainan yang popular dan semakin diminati oleh pelajar-pelajar dan remaja. Faktor-faktor penting kepada kualiti permainan yang baik adalah dengan menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam permainan hoki. Kemahiran-kemahiran tersebut termasuklah kemahiran memukul, menolak, menahan dan menyerkap, menggelecek, menguis, mencedok dan menjaga gol. KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI A. Kemahiran MenolakKemahiran ini boleh digunakan untuk membuat hantaran kepada rakan sepasukan, tolakan ke dalam semasa pukulan sudut pendek atau untuk menjaring. Perkara yang perlu dititikberatkan adalah kedudukan bahu dan kaki serta daya tolakan dari kedua belah tangan untuk mendapat ketepatan arah dan kederasan bola.

Teknik menolak Pegangan- tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawah dan memegang tengah kayu dengan kuat. Badan-berdiri dengan bahu menghala ke sasaran. Kaki dibuka seluas bahu dan jari kaki menunjuk ke arah sasaran. Pastikan kepala selari dengan kedudukan bola. Berat badan di kaki belakang dan dipindahkan ke hadapan serentak semasa menolak bola. Bola- diletakkan di sebelah kaki kanan dan kayu hoki berada di belakang dan menyentuh bola. Ikut lajak kayu hoki ke arah mana bola bergerak.

B. Kemahiran Menahan atau Menyerkap BolaMenyerkap bermakna manahan bola. Kemahiran ini merupakan kemahiran yang paling penting dalam permainan hoki (memiliki bola). Pemain -pemain harus menguasai kemahiran menyerkap bola di atas permukaan padang yang berlainan kerana permainan hoki dimainkan di atas padang rumput dan juga astrot urf. Pasukan-pasukan yang boleh menyerkap bola dengan baik akan menguasai dan dapat menentukan corak permainan.Terdapat beberapa cara menyerkap antaranya:-1. Menyerkap dengan gaya dua belah kaki rapat. Pangkal kayu dicondongkan sedikit ke depan.2. Menyerkap dengan sebelah kaki ke depan3. Menyerkap bola dengan mengilas kayu, biasanya bagi bola yang bergerak ke sisi kiri pemain. Berdiri dengan mengangkangkan kaki dan tangan kiri mengawal kayu.4. Menyerkap bola dengan meletakkan kayu selari dengan tanah. Satu gaya menyerkap bola untuk dipukul dalam pukulan sudut dekat. Gaya ini dimainkan di atas padang tiruan. 5. Menyerkap bola di bahagian tengah kayu yang rata. Tangan kiri lurus. Semasa merendahkan badan untuk menahan bola, buku lima tangan kiri rehat di atas padang

Teknik Menahan atau Menyerkap Bola Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dengan belakang tangan menghala ke luar, siku dan pergelangan tangan menghala ke hadapan. Tangan kanan memegang tengah kayu dan longgarkan sedikit pergelangan tangan. Mata- memandang pada arah bola Badan- berdiri tepat menghadap arah bola yang datang dengan badan membongkok ke hadapan dan lutut dibengkokkan sedikit.

C. Kemahiran MemukulKemahiran ini bertujuan untuk menghantar bola kepada kawan atau rakannya pada jarak yang agak jauh atau membuat pukulan ke arah gol. Bagi tujuan pukulan, perkara yang perlu dititikberatkan adalah ketepatan arah dan kederasan bola. Ketepatan arah bola ditentukan dengan kedudukan bahu dan kaki sementara kederasan bola ditentukan dengan daya pukulan daripada kedua-dua belah tangan dan pemindahan berat badan.

Teknik memukul Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dan genggam dengan longgar. Tangan kanan di letakkan di bawah tangan kiri. Satu bentuk V dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan adalah selari dengan kayu hoki. Badan- berdiri dengan bahu kiri menghadap sasaran atau arah pukulan. Kaki perlu dibuka seluas bahu dan jari kanan kaki bersudut tegak dengan bahu. Berat badan seimbang semasa hayunan ke belakang dan dipindahkan ke kaki kiri semasa hayunan ke bawah. Bola- selari dengan kaki dan jarak lebih kurang panjang satu kayu hoki.

D. Kemahiran MenguisKemahiran ini berguna untuk menjaringkan gol serta digunakan untuk melepaskan bola dari kayu hoki pihak lawan dan untuk menghantar hantaran jauh kepada pemain pasukan.

Teknik Menguis Pegangan- tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawah dan memegang tengah kayu dengan kuat. Bola- diletakkan di hadapan kaki hadapan. Kayu menyentuh bola dan menghadap ke atas sedikit. Badan- berat badan berada di kaki belakang dan dipindahkan ke kaki hadapan apabila lakuan di lakukan.

E. Kemahiran MencedokKemahiran ini hampir sama dengan kemahiran menguis tetapi sudut kecondongan permukaan kayu lebih tinggi ke udara dan lebih jauh. Kegunaannya adalah untuk menghantar bola lebih jauh melalui udara. Mencedok boleh dilakukan dengan dua cara: Teknik mencedok lurus Pegang kayu seperti pegangan untuk menguis Pastikan kedudukan bola dan badan seperti lakuan menguis Condongkan kayu lebih daripada lakuan menguis untuk mendapatkan cedokan yng lebih tinggi. Teknik Mencedok Shovel Berdiri dalam keadaan bersedia Pegang kayu seperti pegangan untuk menguis Mata sentiasa memandang bola semasa membuat cedokan Dari kedudukan diri sedia, langkahkan kaki kanan ke hadapan hampir dengan bola Letakkan permukaan kayu di bawah bola Lakukan cedokan dengan menggunakan kekuatan daripada pergelangan tangan dan lengan supaya bola bergerak lebih tinggi dan jauh.

F. Kemahiran MenggelecekKemahiran mengelecek bola digunakan untuk mengawal bola sambil melepasi pemain lawan. Aspek yang perlu dititik beratkan semasa melakukan kemahiran ini ialah kepantasan dan kemahiran mengacah dengan menggunakan pergerakan badan dan kayu. Bola sentiasa berada di hadapan badan dan digerakkan dari sisi ke sisi. i. Menggelecek longgarKemahiran ini digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat bagi tujuan untuk melepaskan diri dari pihak lawan dan memiliki bola sambil bergerak.

Menggelecek longgarii. Menggelecek rapatIa digunakan apabila pemain hendak mengawal bola dengan rapi terutamanya apabila pemain tidak dapat memastikan situasi bola semasa bermain sama ada selamat atau tidak.

Menggelecek rapatiii. Menggelecek lndian Digunakan apabila pemain hendak menukar arah dari kanan ke kiri atau sebaliknya dan dengan cara ini pemain dapat melepaskan diri daripada pihak lawan.

Menggelecek Indian

Teknik Menggelecek Bola sentiasa dihadapan pemain Tangan kiri dicekak kemas di bahagian pemegang kayu manakala tangan kanan dibahagian tengah kayu Semasa menggelecek, permukaan kayu digerakkan oleh tangan kiri dan dikawal oleh tangan kanan.

iv. Kemahiran Menjaga GolPenjaga gol penting bagi sesuatu pasukan. Seorang penjaga gol mesti berani, mempunyai konsentrasi yang baik, kepantasan, masa tindak balas dan fleksibiliti yang baik. Perkara utama yang dititikberatkan adalah cara berdiri dalam keadaan bersedia di hadapan pintu gol.

PROSEDUR UJIAN KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKISaya telah memilih dua jenis kemahiran asas permainan hoki iaitu kemahiran menahan dan menerima bola dan kemahiran dalam melaksanaan ujian kemahiran asas . Ujian ini dilaksanakan kepada sepuluh orang pelajar iaitu melibatkan 10 orang pelajar lelaki bagi kelas tingkatan 1 Abu Bakar.

Normayati Binti Jaafar811126-02-6118

SPESIFIKASI UJIAN KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN JASMANI BIDANG : PERMAINANPelaksanaan PenilaianObjektif UjianNama UjianIndikator PrestasiProsedur UjianMarkah

Komponen

HOKIMenguji kemahiran menggelecek bola1. Menggelecek bola Genggan kayu dengan kedua-dua belah tangan berjarak dan longgarkan genggaman tangan kanan. Condongkan badan dengan membengkokkan lutut. Mata memerhatikan bola yang dikawal. Aplikasi gaya kilasan dan kesedaran ruang. Bola sentiasa dihadapan dengan jarak terkawal. (pilihan close dribble atau Indian dribble) Apabila wisel dibunyikan, peserta mula melakukan ujian. Hanya 3 kali percubaan diberikan Gunakan skor yang disediakan Rujuk lampiran untuk jarak skitel Alatan : 10 biji bola hoki 10 skitel10 Markah

Pelaksanaan PenilaianObjektif UjianNama UjianIndikator PrestasiProsedur UjianMarkah

Komponen

HOKIMenguji kemahiran memukul bola2. Memukul dan Menerima Bola Menghadap bola, berdiri kaki seluas bahu dan mata pandang bola. Bersedia, genggaman kedua-dua belah tangan dirapatkan. Badan direndahkan sambil membengkokkan lutut. Bahu kiri mengarah ke sasaran. Hayun kayu hoki ke arah bola. Pastikan kayu hoki membuat kontek yang tepat pada bola hoki. Ikut lajak

Apabila wisel dibunyikan, peserta mula mula melakukan ujian. Peserta dikehendaki memukul sejauh 10 meter. Hanya 3 percubaan diberi. Gunakan skor yang disediakan. Alatan : 10 biji bola hoki10 skitel10 Markah

RUBRIK PEMARKAHAN UJIAN KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN JASMANI BIDANG : PERMAIAN PADANGKOMPONEN : HOKIKEMAHIRAN YANG DIUJIINDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHANINDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHANINDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN

LEMAH(3 - 1 Markah)SEDERHANA(7 - 4 Markah)CEMERLANG(10 - 8 Markah)

1. Menggelecek bola Kedua-dua belah tangan yang mengenggam kayu kurang dijarakkan serta genggaman terlalu ketat Tidaj merendahkan badan (condong) dan kurang membengkokkan lutut. Mata kurang menumpukan bola yang dikawal (tumpuan). Kurang aplikasi gaya kilasan dan kesedaran ruang. Bola tidak dihadapan dengan jarak yang kurang terkawal Hanya dapat melakukan 1 daripada 3 percubaan yang diberi dengan tepat Kedua-dua belah tangan yang mengenggam kayu kurang dijarakkan serta genggaman terlalu ketat Tidaj merendahkan badan (condong) dan kurang membengkokkan lutut. Mata kurang menumpukan bola yang dikawal (tumpuan). Kurang aplikasi gaya kilasan dan kesedaran ruang. Bola tidak dihadapan dengan jarak yang kurang terkawal Hanya dapat melakukan 2 daripada 3 percubaan yang diberi dengan teknik yang betul dan tepat Genggam kayu dengan kedua-dua belah tangan berjarak dan longgarkan genggaman tangan kanan. Condongkan badan dengan membengkokkan lutut. Mata memerhatikan bola yang dikawal. Aplikasi gaya kilasan dan kesedaran ruang. Bola sentiasa dihadapan dengan jarak terkawal Dapat melakukan 3 daripada 3 percubaan yang diberi dengan teknik yang betul dan tepat

2. Memukul bola Tidak bersedia, genggaman kedua-dua belah tangan tidak dirapatkan. Kedudukan kaki di buka seluas bahu. Hayunan ke bawah tidak dilakukan dan kontek di tengah bola. Tidak memandang bola ketika memukul, ikut lajak arah sasaran. Menghadap bola, berdiri kaki seluas bahu dan mata pandang bola. Badan tidak direndahkan dan kedudukan lutut tidak bengkok. Hanya dapat melakukan 1 daripada percubaan yang diberi dengan tepat. Kurang bersedia, genggaman kedua-dua belah tangan kurang dirapatkan. Kedudukan kaki di buka seluas bahu. Hayunan ke bawah kurang dilakukan dan kontek di tengah bola. Kurang memandang bola ketika memukul, ikut lajak ke arah sasaran. Menghadap bola, berdiri kaki seluas bahu dan mata pandang bola. Badan kurang direndahkan dan kedudukan lutut kurang bengkok. Hanya dapat melakukan dua daripada 3 percubaan yang diberi dengan teknik yang betul dan tepat.

Bersedia, genggaman kedua-dua belah tangan dirapatkan. Kedudukan kaki di buka seluas bahu. Hayunan ke bawah dilakukan dan kontek di tengah bola. Pandang bola ketika memukul, ikut lajak arah sasaran. Menghadap bola, berdiri kaki seluas bahu dan mata pandang bola. Badan direndahkan, lutut dibengkokkan. Dapat melakukan 3 daripada 3 percubaan yang diberi dengan teknik yang betul dan tepat.

JADUAL PENGELASAN MARKAH UJIAN KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI

BILJENIS UJIANMARKAH PENUH

1Kemahiran Menggelecek Bola10

2Kemahiran Memukul Bola

10

Jumlah markah/ Skor

20

BORANG PELAKSANAAN UJIAN KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI SMA NAHDZAH (SABK) TINGKATAN : 1 BESTARIBILNAMA PELAJARKRITERIA/PENILAIAN

MARKAH PENUHGRED

1. KEMAHIRAN MENGGELECEK BOLA2. KEMAHIRAN MENOLAKBOLA

P1P2P3P1P2P3

1MOHAMMAD AMIRUL ARIF BIN MD LATEF56869817/20

A

2MOHD FIKRI ALIF BIN ABD MALEK67676714/20B

3MUHAMMAD AMAR BIN MD RAZI57868716/20B

4MUHAMMAD A'QIB BIN AHMAD BUKHRI67767815/20B

5MUHAMMAD AZIZI BIN MOHAMMAD NADZRI45656612/20C

6MUHAMMAD DZUL IKRAM BIN REDZUAN67976817/20A

7MUHAMMAD FARHAN BIN ZAMRI76878816/20B

8MUHAMMAD FURQAN BIN AHAMAT HAYUDIN67768715/20B

9MUHAMMAD SHAQIR BIN RAMLI56545611/20C

10SOLLEH BIN SAFIEAI47767714/20B

Disediakan oleh : ______________________Puan Normayati Binti JaafarANALISIS UJIAN KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKIDalam pelaksanaan ujian kemahiran asas ini saya telah memilih dua jenis kemahiran asas permainan hoki iaitu kemahiran menggelecek bola dan kemahiran menolak bola. Saya telah melaksanakan ujian ini kepada sepuluh orang pelajar lelaki bagi kelas tingkatan 1 Abu Bakar. Analisis pencapaian skor bagi 10 orang pelajar tersebut ditunjukkan seperti jadual berikut:1) Ujian Kemahiran Menggelecek bola (Markah Penuh : 10 Markah) Percubaan 1KekerapanPercubaan 2KekerapanPercubaan 3Kekerapan

(SKOR)(SKOR)(SKOR)

424041

535152

646363

717673

808081

909090

Jumlah10Jumlah10Jumlah10

Berdasarkan pencapaian skor yang diperoleh daripada pelajar bagi ujian pertama iaitu ujian kemahiran menggelecek bola didapati percubaan pertama pelajar hanya mampu mendapat skor sederhana iaitu 4-7 markah sahaja. Pada percubaan kedua pula, di dapati ada sedikit peningkatan tetapi masih lagi skor sederhana iaitu 5-7 markah sahaja. Akhir sekali pada percubaan ketiga barulah pencapaian pelajar meningkat iaitu antara 4 8 markah. Seramai 4 orang mendapat skor cemerlang iaitu 7-8 markah. Pada peringkat awal di dapati ada pelajar yang kurang yakin akan kemampuan mereka ketika aktiviti menggelecek bola diadakan tetapi setelah 3 kali percubaan diberi akhirnya mereka mampu melaksanakannya dengan lebih baik.

2) Ujian Kemahiran Memukul bola (Markah Penuh : 10 Markah) Percubaan 1KekerapanPercubaan 2KekerapanPercubaan 3Kekerapan

(SKOR)(SKOR)(SKOR)

414040

515150

656362

737274

808384

909190

Jumlah10Jumlah10Jumlah10

Berdasarkan jadual kekerapan diatas yang menunjukkan kekerapan skor yang diperolehi pelajar bagi menguji kemahiran memukul bola hoki dengan teknik yang betul dan tepat. Didapati pada percubaan pertama, pelajar hanya mampu mendapat skor sederhana iaitu 4-7 markah sahaja. Pada percubaan kedua pula, di dapati berlaku peningkatan pencapaian skor iaitu antara 5 hingga 9 markah. Empat orang pelajar mendapat skor cemerlang iaitu skor antara 8-9 markah . Akhir sekali pada percubaan ketiga berlaku sedikit penurunan dari segi markah yang diperolehi namun bilangan pelajar yang mendapat skor cemerlang tetap tidak berubah iaitu 4 orang. Keadaan ini berlaku mungkin disebabhan oleh faktor keletihan. Pada peringkat awal di dapati ada pelajar kurang yakin akan kemampuan mereka ketika aktiviti memukul bola dan setelah 3 kali percubaan diberi akhirnya mereka mampu melaksanakannya dengan lebih baik.

(SKOR)PRESTASIKEKERAPAN

17-20CEMERLANG2

13-16BAIK6

9-12SEDERHANA2

0-8LEMAH0

Jumlah pelajar10

Berdasarkan kedua-dua ujian kemahiran asas permainan hoki yang dijalankan, skor markah dikira berdasarkan kedua-dua kemahiran asas iaitu kemahiran menggelecek bola dan memukul bola.

Kekerapan pelajarJadual : Jumlah markah skor kemahiran asas hoki Ting 1 Abu Bakar di SMA Nahdzah

Tahap pencapaianGraf : Perbandingan kekerapan pelajar berdasarkan tahap pencapaian dalam ujian kemahiran asas hoki

ANALISIS DAPATANBerdasarkan jadual diatas, selepas pelaksanaan kedua-dua kemahiran asas permainan hoki iaitu ujian kemahiran menggelecek bola dan memukul bola keatas 10 orang pelajar, didapati tahap pencapaian pelajar adalah diantara skor 13-16 iaitu baik. Manakala bagi tahap pencapaian sederhana dan cemerlang pula adalah sama bilangannya. Tiada pelajar yang memperoleh pencapaian lemah. Ini menunjukkan bahawa kesemua pelajar yang mengambil ujian kemahiran asas ini sebenarnya mempunyai potensi dalam permainan hoki sekiranya diberi latihan dan digilap bakat mereka.

REFLEKSI Sesungguhnya saya merasa sangat bersyukur kepada yang maha esa kerana akhirnya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan walaupun menghadapi kekangan masa serta bebanan tugas sebagai seorang guru. Berdasarkan kepada pemerhatian semasa menjalankan ujian kemahiran asas permainan hoki iaitu kemahiran menggelecek bola, masih terdapat pelajar yang tidak boleh menguasai teknik mengenggam kayu dengan tepat serta mudah hilang fokus ketika mengawal bola. Selain itu, saya juga dapat mengesan beberapa kesalahan yang sering dilakukan pelajar semasa menggunakan kemahiran memukul bola hoki. Antaranya pegangan pada pemegang kayu hoki longgar dan tidak kuat menyebabkan kontek bola dengan kayu hoki tidak kuat dan bola tidak boleh pergi jauh. Ada juga pelajar memegang tangan yang terlalu dekat dengan hujung kayu hoki. Pegangan yang terlalu dekat menjadikan ayunan kayu hoki tidak terlalu kuat. Lajaran diberhentikan semasa memukul bola. Ini menyebabkan kuasa ayunan tersebut sedikit berkurangan. Bukaan kaki yang tidak sesuai menyebabkan kehilangan keseimbangan ketika hendak memukul bola dan kedudukan bahu tidak menuju ke arah sasaran bola yang hendak dipukul.Beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan semasa melaksanakan ujian kemahiran asas hoki pada masa hadapan ialah guru perlu menunjukkan terlebih dahulu cara dan teknik yang tepat bagaimana aktiviti tersebut dijalankan secara praktikal dan memberi peluang kepada pelajar untuk cuba melakukan aktiviti itu dengan memperuntukkan masa yang mancukupi kepada mereka. Selain itu guru juga perlu memberi penekanan dalam aspek keselamatan. Sebelum latihan atau ujian kemahiran asas hoki dijalankan, guru perlu menyuruh pelajar melakukan aktiviti pemanasan badan, kelonggaran sendi dan regangan otot. Penggunaan kayu hoki yang patah atau yang disambung dengan paku atau tali adalah tidak dibenarkan kerana ia boleh membahayakan pelajar. Guru juga perlu member pendedahan kepada pelajar iaitu mereka perrlu menggunakan kayu mengikut peraturan dan disiplin permainan yang telah ditetapkan. Guru juga perlu memastikan kawasan permainan adalah sesuai dan selamat. Akhir sekali pastikan pelajar melaksanakan aktiviti permainan mengikut arahan dan tunjuk ajar guru. Kesimpulannya saya agak berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh para pelajar ketika melaksanakan kedua-dua ujian kemahiran asas hoki ini. Ini kerana pelajar dilihat teruja dan menunjukkan minat serta aktif ketika melakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Selain itu mereka juga tidak cepat berputus asa dan sentiasa bersemangat serta bersungguh-sungguh melaksanakan tugasan yang diberi. Bakat para pelajar tersebut seharusnya perlu digilap dan diasah dalam permainan hoki khususnya kemahiran-kemahiran asas hoki supaya teknik mereka dapat diperkemaskan dan dikukuhkan lagi sekaligus menggalakkan mereka melibatkan diri dalam pertandingan hoki yang diadakan samada di peringkat sekolah ataupun peringkat daerah.

RUJUKANBorhan Yusuf, Mohamed @ Mohd Sadek Mustaffa, Hasbullah Ismail (2012). HBPE2203 Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani , Selangor: OUM.

Claire Mitchell. ( 2005). Field Hockey: Techniques & Tactic

Johnson, B.L. & Nelson. J.K. (1969). Practical measurement for evaluation in Physical Education. Burgess Pub. Co. University of Michigan. (Digitized 2006).

Samsudin Mohd Sharif, Shahrizad Yusof, Mohd Sofian Omar Fauzee. (2007) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 4. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka

2

21

LAMPIRAN

Gambarajah Permainan Hoki- Jarak Menggelecek Bola

Pelan Lantai Ujian Kemahiran Asas Permainan Hoki