hoki adalah sukan yang popular

9
Hoki adalah sukan yang popular bagi lelaki dan wanita di kebanyakkan negara seluruh dunia. Terdapat dua jenishoki, iaitu satu jenis yang dimain di atas padang rumput, dan sejenis lagi yang dimain di dalam gelanggang ais. Disesetengah negara hoki ais kurang menonjol berbanding dengan jenis hoki yang bermain dalam padang rumput.Nama hoki berasal daripada bahasa perancis iaitu “hoquet” yang kemudiannya diterjemahkan kepada bahasainggeris menjadi “hockey”. Sejarah Terdapat catatan yang telah kenal pasti mengesahkan bahawa permainan ini menggunakan kayu dan bola yangkemudiannya di katakan sebagai permulaan bagi permainan hoki sekarang bermula berabad yang lalu. Menurutcatatan yang telah diperolehi, ia dimainkan oleh orang-orang Greek, Parsi, dan Rom sejak tahun 2000 s.m lagi.Namun, permainan ini kemudiannya lenyap, sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia diperkenalkan semula diEngland.Follow up:Permainan ini pada ketika itu begitu mengujakan dan menarik minat dan semangat masyarakat di negara tersebut .oleh kerana permainan ini masih tidak mempunyai sebarang undang-undang dan peraturan yang khusus, makapelbagai teknik dan kreografi di hasilkan untuk menjadikan permainan inin lebih unik. Bagaimanapun, keadaan inimenyebabkan sering berlakunya kekecohan dan pergaduhan sehingga membawa kepada pertumpahan darah.Dengan erti kata yang lain permainan yang tidak tersusun dan teratur boleh mendatangkan risiko yangmembahayakan kepada para pemain. Setelah meneliti kesan daripada keadaan ini maka pihak atasan British telahpun mengharamkan permainan ini.Dalam pada itu, hoki mula mendapat tempat oleh banyak negara dunia setelah undang- undang permainan muladireka khusus. Meskipun usaha ini memakan masa yang lama, namun ia telah memberikan peluang yang besaruntuk permainanini menapak bersaing dengan permainan yang lain. Dengan adanya peraturan dan undang-undangmaka permainan hoki dapat dimainkan dengan teratur dan memudahkan lagi bagi individu-individu yang inginmengenalinya dan mempelajarinya.Dahulunya sukan ini hanya dikenali dengan pelbagai nama dan panggilan. Contohnya di Wales, ia dikenali dengannama banty atau bandy. Lain pula apabila diPerancis nama permainan ini di panggil sebgai hoquet. Akhirnyadifahamkan perkataan hoki telah diambil sempena perkataan Perancis tersebut dan telah pun di inggeriskanmenjadi hockey.Setelah itu bermulanya satu era baru bagi permainan itu apabila hoki mula diterima semula oleh pihak Britainmalah ia bukan sahaja di mainkan oleh orang lelaki sahaja tetapi kaun wanita juga turut mengambil bahagian.Pasukan hoki yang pertam telha pun ditubuhkan dinegara tersebut pada tahun 1840, dan Kelab Blackheath diSelatan London dianggap pasukan hoki pertama dan tertua di dunia. Kelab ini telah menubuhkan pasukan hokinya

Upload: halimatun-saadiah

Post on 29-Nov-2015

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

HOKI

TRANSCRIPT

Page 1: Hoki Adalah Sukan Yang Popular

 Hoki adalah sukan yang popular bagi lelaki dan wanita di kebanyakkan negara seluruh dunia. Terdapat dua jenishoki, iaitu satu jenis yang dimain di atas padang rumput, dan sejenis lagi yang dimain di dalam gelanggang ais. Disesetengah negara hoki ais kurang menonjol berbanding dengan jenis hoki yang bermain dalam padang rumput.Nama hoki berasal daripada bahasa perancis iaitu “hoquet” yang kemudiannya diterjemahkan kepada bahasainggeris menjadi “hockey”.SejarahTerdapat catatan yang telah kenal pasti mengesahkan bahawa permainan ini menggunakan kayu dan bola yangkemudiannya di katakan sebagai permulaan bagi permainan hoki sekarang bermula berabad yang lalu. Menurutcatatan yang telah diperolehi, ia dimainkan oleh orang-orang Greek, Parsi, dan Rom sejak tahun 2000 s.m lagi.Namun, permainan ini kemudiannya lenyap, sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia diperkenalkan semula diEngland.Follow up:Permainan ini pada ketika itu begitu mengujakan dan menarik minat dan semangat masyarakat di negara tersebut .oleh kerana permainan ini masih tidak mempunyai sebarang undang-undang dan peraturan yang khusus, makapelbagai teknik dan kreografi di hasilkan untuk menjadikan permainan inin lebih unik. Bagaimanapun, keadaan inimenyebabkan sering berlakunya kekecohan dan pergaduhan sehingga membawa kepada pertumpahan darah.Dengan erti kata yang lain permainan yang tidak tersusun dan teratur boleh mendatangkan risiko yangmembahayakan kepada para pemain. Setelah meneliti kesan daripada keadaan ini maka pihak atasan British telahpun mengharamkan permainan ini.Dalam pada itu, hoki mula mendapat tempat oleh banyak negara dunia setelah undang-undang permainan muladireka khusus. Meskipun usaha ini memakan masa yang lama, namun ia telah memberikan peluang yang besaruntuk permainanini menapak bersaing dengan permainan yang lain. Dengan adanya peraturan dan undang-undangmaka permainan hoki dapat dimainkan dengan teratur dan memudahkan lagi bagi individu-individu yang inginmengenalinya dan mempelajarinya.Dahulunya sukan ini hanya dikenali dengan pelbagai nama dan panggilan. Contohnya di Wales, ia dikenali dengannama banty atau bandy. Lain pula apabila diPerancis nama permainan ini di panggil sebgai hoquet. Akhirnyadifahamkan perkataan hoki telah diambil sempena perkataan Perancis tersebut dan telah pun di inggeriskanmenjadi hockey.Setelah itu bermulanya satu era baru bagi permainan itu apabila hoki mula diterima semula oleh pihak Britainmalah ia bukan sahaja di mainkan oleh orang lelaki sahaja tetapi kaun wanita juga turut mengambil bahagian.Pasukan hoki yang pertam telha pun ditubuhkan dinegara tersebut pada tahun 1840, dan Kelab Blackheath diSelatan London dianggap pasukan hoki pertama dan tertua di dunia. Kelab ini telah menubuhkan pasukan hokinya

Page 2: Hoki Adalah Sukan Yang Popular
Page 3: Hoki Adalah Sukan Yang Popular

 pada tahun 1861. Kelab ini juga turut memperkanalkan undang-undang permainan hoki seperti cara bermain,penggunaan pengadil, kawasan permainan yang terhad dan menggenakan hukumankepada pemain yang melakukankesalahan.Berikutan dengan itu, undang-undang hoki telah pun di gubal serta diperkemaskan dalam satu mesyuarat di Londonpada tahun 1875. Lapan tahun kemudian, Wimbledon Hockey Club telah merumuskan undang-undang yang lebihbaik dan kemas untuk permainan ini. Pada tahun 1886, sukan hoki mula diiktiraf dan menjadi sukan paling diminatidi dunia. Dari England, permainan ini mula tersebar ke negara-negara seperti India, Amerika Syarikat dan beberapanegara Eropah.Permainan AntarabangsaPerkembangan sukan hoki ini terus menular ke setiap pelusuk negara dengan pesatnya. Maka, detik bermulanyasebagai permainan antarabangsa apabila sukan ini diteriam sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik padatahun 1896. Meskipun ditolak pada Sukan Olimpik tahun 1924 tetapi telah diterima semula pada tahun berikutnya.Kini sukan hoki menjadi tidak asing lagi dalam setiap sukan terbesar yang berlangsung.Seperti permainan yang lain hoki juga turut mempunyai satu badan khusus di peringkat dunia bagi menyelaraskandan menganjurkan setiap pertandingan yang melibatkan suka hoki. Pada tahun 1924, tertubuhlah persatuan HokiAntarabngsa (FIH) atas usaha negara-negara Eropah iaitu Austria, Belgium, Czechoslovakia, Hungary, Perancis,Sepanyol dan Switzerland. Dengan itu, permainan hoki kini mempunyai badan khusus yang menjadi pengalola rasmibagi sukan ini di peringkat antarabangsa.Antara usaha terpenting badan ini ialah memperkemaskan undang-undang serta peraturan permainan ini agarsemua negara dapat bermain dengan lebih teratur dan menarik. Badan ini juga turut bertanggungjawabmenganjurkan kejohanan dunia seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan asia, Kejohanan Antara Benua,Kejohanan Antara Juara-Juara, Kejohanan Eropah dan sebagainya.Di peringkat dunia, antara pasukan yang sering menjadi pancabar terkuat termasuklah India dan malaysia. Negaradari Asia, Malaysia, belanda, Jerman Barat, sepanyol dan England yang mewakili Eropah serta Australia dan NewZealand.Hoki Di malaysiaSukan hoki ini diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan kakitangan Inggeris yang bertugas di sini pada tahun1892. Pada awal pengenalan, sukan ini hanya menarik minat orang-orang inggeris dan Eropah sahaja. Walaubagaimanapun, masa berubah dengan pantas sehingga pada tahun 1904 telah berlangsungnya perlawanan pertamadi negara kita iaitu antara Selangor dan s\Singapura.Mulai tahun 1920 permainan ini mula menular di kalangan penduduk tempatan dimana berlakunya anjakan yangmemberangsangkan apabila banyak penyertaan yang diterima untuk mempelajari dan bermain. Semua perimgkatumur mula meminati sukan ini tidak mengira bangsa dan jantina. Pada tahun 1926 perlawanan hoki pertamamelibatkan penduduk tempatan , iaitu di antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat.Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan hokinya sendiri. Ini terjadi pada tahun1923, iaitu sebagai usaha mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan India yangmengadakan lawatan ke negara kita. Ketika itu pasukan India baru sahaja memenangi pingat emas Sukan Olimpik.Liga hoki dimulakan di negara kita, iaitu pada tahun 1946 di Taiping kemudian di Kuala Lumpur, Ipoh, Singapuradan Pulau Pinang. Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaraspermainan ini di negara kita. Pada tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai ahli gabungannya. Kejohanan hoki

Page 4: Hoki Adalah Sukan Yang Popular
Page 5: Hoki Adalah Sukan Yang Popular

 pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951 hingga kini . Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai PresidenMHF (1957) beliau menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan untuk pertandingan antara negeri ini. Piala inidinamakan Piala Razak. Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan.Penekanan Permainan HokiBeberapa penekanan perlu diambil kira oleh seseorang jurulatih selaras dengan matlamat dan objektif permainanuntuk menghasilkan pemain-pemain yang berkaliber, mantap, berwibawa, berpengetahuan dan seimbang dalammenguasai kemahiran permainan dengan penerapan nilai-nilai murni. Ini merangkumi aspek-aspek :-i. penguasaan kemahiranii. pengembangan pengetahuaniii. pembentukan moralBilangan Pemain Dan Cara PermainanSeperti permainan-permainan padang yang lain, umpamanya bola sepak dan ragbi, hoki juga dimainkan oleh duapasukan yang mengandungi 11 orang pemain setiap pasukan. Tujuan utama permainan permainan ini ialahmemasukkan bola ke dalam gol lawan. Bola hendaklah dipukul dengan kayu yang dibentuk khas untuk permainanini. Pemain tidak dibenarkan menyepak, melontar atau mengenakan bola kepada mana-mana bahagian badannyakecuali penjaga gol dengan mematuhi undang-undang tertentu.Kawasan PermainanPadang hoki berbentuk rata dan saiznya memainkan peranan utama dalam permainan ini. Jika ianya terlalu sempit,pemain-pemain akan penuh sesak dan kemungkinan reka tidak dapat melakukan pergerakan yang diperlukanseperti melakukan hantaran bola serta memukul bola kedalam gol. Sehubungan dengan itu pemain agak sukaruntuk melakukan kemahiran-kemahiran lain seperti menggelecek dan mencedok bola. Sebaliknya jika kawasanpadang permainan terlalu luas, keselesaan bermain dalam satu kelompok akan terbantut. Ini mungkin disebabkanoleh kesukaran menghantar bola kepada rakan sepasukan kerana kedudukan mereka diantara satu sama lain agakjauh.Mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan permainan hoki antarabangsa, padang hoki hendaklah berbentuksegiempat bujur yang berukuran 91.4 meter dan lebarnya 54.7 meter. Permukaannya hendaklah berbentuk rata danmempunyai tanda-tanda seperti yang diperlukan untuk permainan ini. Permukaan padang jenis rumput atau lain-lain bahan yang tidak membahayakan boleh digunakan untuk pertandingan. Permainan hoki yang dijalankan di ataspadang jenis berumput tiruan atau astroturf adalah lebih baik dari padang berumput biasa. Ini kerana diataspadang jenis tiruan bola boleh bergerak dengan lebih lancar tanpa gangguan. Gangguan yang biasa terdapat terdiridaripada takungan air atau rumput, terutama jika terdapat padang yang berumput panjang.Kayu HokiKayu hoki, pada kebiasaannya diperbuat daripada ash atau mulberry. Undang-undang hoki telah menyatakanbahawa setiap pemain hendaklah menggunakan kayu yang mempunyai permukaan rata dibahagian kiri. Oleh itukayu hoki mengiri, untuk pemain kidal tidak wujud dalam permainan hoki. Permukaan kayu hoki serta bentuknyadigambarkan seperti berikut:-Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan dan juga kedudukan pemain dalam permainan.Sehubungan dengan itu, panjang kayu hoki adalah tidak selaras dengan ketinggian seseorang pemain dalampermainan. Pada kebiasaannya panjang kayu hoki adalah antara 0.89 meter hingga 0.94 meter dan beratnya ialah

Page 6: Hoki Adalah Sukan Yang Popular
Page 7: Hoki Adalah Sukan Yang Popular

 antara 510g hingga 624g untuk wanita dan antara 510g hingga 794g untuk lelaki. Bagaimanapun biasanya kayu yangberatnya 510g- 624g sering digunakan.Kayu hoki hendaklah disimpan di tempat yang berhawa sederhana serta kurang lembap. Semasa menyimpan, kayuhoki perlu digosok dengan minyak untuk menjauhkan daripada pecah. Kayu hoki yang pecah pada mana-manabahagian tidak digalakkan menggunakannya, kerana boleh mendatangkan bahaya.Jangkamasa PermainanJangkamasa permainan sesebuah perlawanan hoki adalah 70 minit, dengan setiap separuh masa mengambil masasebanyak 35 minit. Perlawanan akan ditamatkan tepat 70 minit dan tiada masa kecederaan diberikan, berikutanmasa dihentikan setiap kali bola keluar atau pemain mengalami kecederaan.