himpunan soalan-soalan latihan pengajian am - penulisan

4
PENGAJIAN AM (900) Himpunan Soalan-Soalan Latihan Bil Soalan Isu & Emphasis Soalan 1 Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja sejak kebelakangan ini sangat membimbangkan. Oleh itu, langkah untuk membendung gejala ini perlu diambil. Bincangkan. Isu: Keruntuhan akhlak remaja – contoh? Emphasis: langkah- langkah membendung 2 3 3 Wanita terutama ibu tunggal mempunyai tanggungjawab yang besar untuk membesarkan anak mereka. Huraikan masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal dan cara untuk membantu mereka. 4 Belakangan ini, keganasan samseng jalan raya masih lagi membimbangkan masyarakat. Sejauh manakah anda bersetuju tekanan jiwa merupakan punca wujudnya keganasan samseng jalan raya? 5 Sungguhpun kemasukan buruh asing telah menyelesaikan beberapa masalah ekonomi negara, namun golongan ini juga menimbulkan pelbagai masalah kepada negara. Bincangkan 6 Banyak kanak-kanak di negara yang mengalami pergolakan politik telah menjadi tentera muda. Fenomena ini perlu diatasi dengan segera agar mereka dapat hidup dengan gembira dan harmoni. Bincangkan 7 Kegiatan kokurikulum dianggap penting kerana telah menjadi 10 peratus merit akademik dalam pemilihan para pelajar ke universiti tempatan. Bincangkan rasional kerajaan melaksanakan dasar tersebut dan cadangkan cara-cara untuk menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum 8 Konsep pendidikan peringkat awal melibatkan kanak-kanak seawal usia 2 setengah tahun hingga prasekolah penting bagi melahirkan generasi yang berilmu dan berguna kepada negara. Bincangkan kebaikan dan kelemahan sistem pendidikan ini. 9 Bahasa Malaysia hanya dapat dijadikan bahasa dunia sekiranya cabaran dalam amalan penggunaannya dapat

Upload: russlan-ssvs

Post on 19-Jun-2015

13.892 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Himpunan Soalan-Soalan Latihan Pengajian Am - Penulisan

PENGAJIAN AM (900)

Himpunan Soalan-Soalan Latihan

Bil Soalan Isu & Emphasis Soalan

1Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja sejak kebelakangan ini sangat membimbangkan. Oleh itu, langkah untuk membendung gejala ini perlu diambil. Bincangkan.

Isu: Keruntuhan akhlak remaja – contoh?Emphasis: langkah-langkah membendung

2 3

3Wanita terutama ibu tunggal mempunyai tanggungjawab yang besar untuk membesarkan anak mereka. Huraikan masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal dan cara untuk membantu mereka.

4

Belakangan ini, keganasan samseng jalan raya masih lagi membimbangkan masyarakat. Sejauh manakah anda bersetuju tekanan jiwa merupakan punca wujudnya keganasan samseng jalan raya?

5Sungguhpun kemasukan buruh asing telah menyelesaikan beberapa masalah ekonomi negara, namun golongan ini juga menimbulkan pelbagai masalah kepada negara. Bincangkan

6

Banyak kanak-kanak di negara yang mengalami pergolakan politik telah menjadi tentera muda. Fenomena ini perlu diatasi dengan segera agar mereka dapat hidup dengan gembira dan harmoni. Bincangkan

7

Kegiatan kokurikulum dianggap penting kerana telah menjadi 10 peratus merit akademik dalam pemilihan para pelajar ke universiti tempatan. Bincangkan rasional kerajaan melaksanakan dasar tersebut dan cadangkan cara-cara untuk menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum

8

Konsep pendidikan peringkat awal melibatkan kanak-kanak seawal usia 2 setengah tahun hingga prasekolah penting bagi melahirkan generasi yang berilmu dan berguna kepada negara. Bincangkan kebaikan dan kelemahan sistem pendidikan ini.

9

Bahasa Malaysia hanya dapat dijadikan bahasa dunia sekiranya cabaran dalam amalan penggunaannya dapat diatasi. Jelaskan bagaimanakah Bahasa Malaysia dapat dijadikan bahasa dunia dan apakah masalah yang dihadapi dalam usaha memartabatkannya

10

Industri kraftangan merupakan salah satu sektor yang dapat membantu meningkatkan pendapatan negara. Bincangkan potensi dan masalah yang dihadapi oleh industri kraftangan di negara kita.

11

Fenomena kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar masih membimbangkan masyarakat di negara ini. Bincangkan punca-punca masalah ini dan cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya

12 Pelabur asing memainkan peranan yang penting dalam pembangunan di negara ini. Usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kadar kemasukan pelaburan asing untuk

Page 2: Himpunan Soalan-Soalan Latihan Pengajian Am - Penulisan

kepentingan pembangunan negara. Huraikan.

13

Walaupun cadangan mengadakan sekolah satu aliran mendapat persetujuan daripada pelbagai pihak, namun masih terdapat sesetengah golongan yang tidak bersetuju dengan cadangan ini. Ulaskan penyataan ini

14

Permainan tradisional dalam kalangan rakyat Malaysia harus dikekalkan agar permainan tersebut tidak luput di telan zaman. Bincangkan sebab-sebab dan langkah-langkah untuk mengekalkan permainan tradisional di negara kita

15Akibat kurang kesedaran pengguna, inflasi tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Huraikan peranan pengguna serta langkah-langkah bagi mengawal inflasi di negara kita.

16

Masyarakat seharusnya menerima golongan orang kurang upaya tanpa perasaan prejudis terhadap kebolehan mereka sebagai anggota masyarakat yang dipandang sebagai aset negara. Bincangkan peranan golongan tersebut kepada pembangunan negara dan bagaimanakah masyarakat dapat membantu golongan ini

17

Gejala vandalisme semakin menular dalam kalangan remaja sehingga membimbangkan masyarakat. Bincangkan punca-punca gejala ini berlaku dan langkah-langkah yang wajar untuk mengawalnya.

18

Amalan rasuah semakin menular dalam sistem kehidupan masyarakat masa kini. Sejauh manakah gejala rasuah mengancam keselamatan negara dan apakah langkah-langkah yang wajar diambil untuk membanterasnya?

19Keperluan penguasaan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan komunikasi global dapat memudahkan masyarakat negara ini berdaya saing di peringkat antarabangsa. Ulaskan penyataan ini.

20

Gejala lari dari rumah dalam kalangan remaja merupakan fenomena sosial yang dikaitkan dengan kelemahan institusi keluarga. Namun masih terdapat punca-punca lain yang turut mendorong berlakunya gejala tersebut. Bincangkan

21

Wawasan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dapat dicapai sekiranya cabaran-cabaran dalam merealisasikannya dapat di atasi. Bincangkan cabaran-cabaran tersebut serta langkah-langkah untuk mengatasinya

22

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dijangka menjadi semakin penting sebagai asas dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian. Bincangkan sumbangan IKS dalam konteks pembangunan di negara ini.

23Media massa dikatakan mampu untuk membentuk keperibadian golongan remaja. Bincangkan kesan-kesan media massa ke atas pembentukan peribadi golongan tersebut.

24Penayangan filem teater klasik dan seni teater patut digalakkan bagi membudayakan masyarakat setempat dengan warisan budaya yang perlu dihayati. Huraikan

25 Langkah kerajaan mewajibkan komponen sastera dalam sistem pendidikan negara bertujuan untuk meningkatkan minat generasi

Page 3: Himpunan Soalan-Soalan Latihan Pengajian Am - Penulisan

muda terhadap bidang kesusteraan. Ulaskan penyataan ini.

26Penggunaan bahasa kebangsaan dalam bidang perundangan adalah wajar walaupun bahasa Inggeris dianggap penting dalam profesion guaman dan kehakiman. Ulaskan penyataan ini.

27

Permainan tradisional dalam kalangan rakyat Malaysia harus dikekalkan agar permainan tersebut tidak luput ditelan zaman. Nyatakan sebab-sebab serta langkah-langkah untuk mengekalkan permainan tradisional di negara ini

28Industri desa boleh mendatangkan pulangan yang lumayan sekiranya dimajukan. Nyatakan usaha-usaha yang boleh dilaksanakan untuk memajukan industri desa di negara ini.

29

Amalan rasuah semakin menular dalam sistem kehidupan masyarakat masa kini yang mementingkan kebendaan, pangkat dan kuasa. Sejauh manakah gejala rasuah mengancam keselamatan negara dan apakah langkah-langkah yang patut diambil untuk membanterasnya?

30

Masyarakat seharusnya menerima golongan orang kurang upaya tanpa perasaan prejudis atau syak wasangka terhadap kebolehan mereka sebagai anggota masyarakat yang dipandang sebagai aset negara. Bincangkan peranan golongan tersebut dan masyarakat dalam membantu mereka menyumbangkan kepada ekonomi negara.

31

Walaupun cadangan mengadakan sekolah satu aliran mendapat persetujuan daripada pelbagai pihak namun masih ada sesetengah golongan yang tidak bersetuju dengan cadangan ini. Ulaskan pernyataan tersebut.