himpunan hadis nabi tentang hari kiamat

36
Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat 1 HARI KIAMAT SUDAH DEKAT Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti serigala- serigala buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan. Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian. Apabila kamu mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi, apabila kamu menghindari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan mereka, mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memeberinya kepercayaan, mereka akan mengkhianatinya.

Upload: rafeah-md-noor

Post on 13-Mar-2016

385 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Hari kiamat semangkin hampir

TRANSCRIPT

Page 1: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

1

HARI KIAMAT SUDAH DEKAT

“Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah

mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti serigala-

serigala buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan.

Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian. Apabila kamu

mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi, apabila kamu

menghindari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan mereka,

mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memeberinya kepercayaan, mereka akan

mengkhianatinya.

Page 2: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

2

Anak kecil mereka jahil, pemuda mereka licik. Sementara yang tua tidak menyuruh berbuat baik

dan melarang yang mungkar. Mereka itu sentiasa membangga diri dalam kehinaan. Dan meminta

apa yang ada pada mereka bererti kesusahan.

Orang yang santun di tengah mereka adalah sesat, dan orang yang menyuruh kepada perbauatan

ma‟ruf malah menjadi tertuduh. Orang beriman di kalangan mereka adalah lemah, sedangkan

orang fasiq menjadi mulia. Sunnah di tengah mereka adalah bida’ah, sedangkan bida’ah itu

sendiri adalah sunnah. Maka ketika itu mereka dikuasai oleh orang-orang paling jahat di antara

mereka. Sedangkan orang pilihan apabila ia menyeru, pasti tidak akan dihiraukan.”

(Hadith Riwayat Thabrani- Kitab Al-Mu’jam Al-Kabir)

Menentang kaum memakai kasut dari bulu; Abu Hurairah r.a. berkata bahawa

Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan tiba hari kiamat, sehingga kamu sekelian (Umat Islam)

memerangi suatu kaum yang kasutnya dibuat dari bulu. Dan tidak akan tiba hari kiamat sehingga

kamu memerangi kaum yang wajahnya bagaikan perisai yang diratakan;- (Muttafaq Alaih);-

(Fakta Sejarah:- 1916 Orang Arab Memerangi Orang Turki).

Bencana Yang Menimpa Umat Manusia Di Akhir Zaman; Abdullah ibn Umar berkata,

Rasulullah s.a.w. telah menghampiri kami lalu bersabda: "Wahai Muhajirin, kamu akan ditimpa 5

bencana; semoga Allah tidak mengizinkan kamu hidup untuk menyaksikannya:

(1) Apabila zina berleluasa, ketahuilah bahawa ia tidak berlaku tanpa ditimpa penyakit-penyakit

baru yang tidak pernah diketahui/dialami oleh manusia sebelumnya.

(2) Apabila manusia menipu dalam timbangan, ia tidak berlaku tanpa ditimpa kemarau dan

kebuluran ke atas orang ramai serta ditindas oleh pemerintah mereka.

(3) Apabila manusia tidak memberi zakat, ketahuilah bahawa hujan akan tertahan ke atas mereka.

(4) Apabila manusia memutuskan perjanjian mereka dengan Allah dan RasulNya, ketahuilah

bahawa Allah akan menghantar musuh kepada mereka untuk merampas kepunyaan mereka.

(5) Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah

SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.";-

(Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan

(Hadith 4019), 2/ 1332).;- (Fakta Sejarah;- 1919-1923: Keruntuhan Empayar Uthmaniah;1932:

Arab Saudi menjadi sebuah kerajaan tunggal, Iraq, Syria, Jordan terpecah daripada negara

Arab Saudi; 1948 May Negara Israel dibentuk; 1948-1949: Perang Pertama Arab-Israel; 1962-

1970: Perang Yaman; Bahrain, Qatar dan Kesatuan Emeriah Arab Bersatu terkeluar daripada

Arab Saudi; 1973 Perang Arab-Israel Ke- Empat 4.)

Tentera al-Harith ibn Harran;- Ali r.a berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Dari

negeri di balik sungai (Wara-un-Nahr) akan keluar seorang lelaki bernama al-Harith ibn Harran

bersama tenteranya yang dipimpin oleh seorang bernama Mansur. Beliau akan membuka watan

(atau kediaman) bagi keluarga Muhammad sebagaimana kaum Quraish mendirikan watan bagi

Page 3: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

3

Rasulullah s.a.w. Setiap orang Mukmin wajib membantunya atau menyahut seruannya.";

[Riwayat Abu daud, Kitab al-Mahdi]. ;(Fakta Sejarah;- 1969: Yasser Arafat menjadi ketua

'Palestinian Liberation Organization' dan di tahun yang sama terbentuklah perajurit-perajurit

tentera menentang keganasan).

Abdullah ibn Harith ibn Juz'; al-Zubaidi berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda: Akan keluar

manusia dari arah Timur yang akan membuka jalan (membantu al- Mahdi).";- [Riwayat Ibn

Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 3088)].

Abdullah r.a. berkata, "Ketika kami bersama Baginda s.a.w, beberapa pemuda dari Bani Hashim

datang kepada kami. Apabila Baginda melihat mereka, mengalir air mata Baginda dan berubah

wajahnya. Melihat demikian kami amat terharu." Baginda bersabda;" Kami adalah keluarga yang

Allah pilih akhirat daripada dunia. Ahlul bait akan diuji selepas kewafatanku dan akan dianiaya

sehingga datang pembawa panji-panji hitam dari timur, yang menyeru manusia membuat

kebaikan tetapi ditentang. Mereka akan diperangi dan mencapai kemenangan sehingga manusia

tunduk tetapi mereka enggan menerima pemerintahan lalu mereka menyerahkan kuasa kepada

seorang dari ahli baitku. Kemudian bumi akan dipenuhi keadilan sebagaimana ia dipenuhi

kezaliman sebelumnya. Jika ada di antara kamu yang hidup untuk menyaksikan peristiwa ini,

hendaklah kamu pergi kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji."; [Riwayat Ibn

Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4082)].

Ummu Salamah r.a melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Manusia akan berbalah

setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke

Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai';ah (taat setia) mereka

kepada beliau di antara Rukn dan al-Maqam. Satu pasukan tentera dari Sham akan dihantar

menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida'; (padang pasir di antara Mekah dan

Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk

membai';ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku

Kalb, menentang beliau dan akan ditewaskan; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb.

Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah malang. Al-Mahdi akan

membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda s.a.w. Kemudian beliau

wafat dan Kaum Muslimin akan menyembahyangkan beliau.";- [Riwayat Abu Daud, Kitab Al-

Mahdi].(Fakta Sejarah;- 1975 Terbunuhnya Raja Faisal, Raja Arab Saudi; Bermulanya Perang

Lubnan).

Thauban r.a berkata, Nabi s.a.w bersabda: "Akan berbunuhan tiga 3 orang, merebut khazanah

kamu (khazanah di Ka';bah). Mereka semua adalah anak khalifah dan tidak seorang pun yang

berjaya menguasai khazanah itu. Kemudian akan keluar panji-panji hitam dari timur dan akan

membunuh mereka." Baginda kemudian bersabda sesuatu yang daku tidak ingat, dan "Jika kamu

menemui beliau, pergi dan berbai';ah kepadanya walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji

kerana beliau adalah Al-Mahdi, Khalifah Allah.";- [Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith

4084)].

Bahaya 30 Para Dajjal Sang Pendusta;- Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak akan terjadi Hari Kiamat sebelum dimunculkan para dajjal

sang pendusta, yang jumlahnya hampir mendekati tiga puluhan 30an, di mana masing-masing

mengaku; bahawa dirinya adalah Rasul Allah.";- (Riwayat Muslim).

Page 4: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

4

Bahaya Para Dajjal Membawa Ajaran Yang Belum Pernah Didengar; Abu Hurairah

r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda, : "Akan keluar dajjal dan khazzab di kalangan umatku. Mereka

akan berkata sesuatu yang baru di mana kamu dan bapa-bapa kamu belum pernah mendengarnya.

Awasilah mereka dan jagalah diri kamu daripada disesatkan oleh mereka."; [Musnad Ahmad,

20/349].

Bahaya Golongan Pendusta Di Bidang Hadith;- Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kelak akan ada di antara generasi akhir dari umatku orang-orang

yang meriwayatkan kepada kamu hadis yang belum pernah -; juga bapa-bapa kamu -

mendengarnya. Untuk itu, hindarilah mereka.";- (Riwayat Muslim).

Kesilapan Manusia Di Zaman Kekeliruan;- Anas ibn Malik berkata, "Nabi s.a.w.

bersabda: "Zaman Dajjal adalah zaman kekeliruan. Manusia akan percaya pendusta dan tidak

percaya orang yang berkata benar. Manusia tidak percaya orang yang amanah dan mempercayai

orang yang khianat. Dan Ruwaibidhah akan diberi perhatian." Sahabat bertanya "Siapakah

Ruwaibidhah itu?" Sabda Baginda, "Orang-orang yang menentang Allah yang diberi

penghargaan untuk berucap kepada masyarakat."; [Musnad Ahmad, 3/220].

Bahaya Tujuh Puluh 70 Penyeru Neraka Jahannam;- Ibn Umar r.a. berkata, "Daku

mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, :"Di kalangan umat ku akan ada 70 Penyeru, yang

mengajak manusia kepada neraka jahannam. Daku boleh beritahu nama mereka dan kaum

mereka jika daku mahu."

Bahaya Munculnya Golongan Yang Engkar Pada As-sunnah;- Dari Abu Hurairah r.a.

bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang suatu kaum yang mematikan (menolak untuk

menggunakan dasar) as-sunnah dan menyangkal tentang agama. Maka atas merekalah laknat

Allah, laknat orang-orang yang melaknat, laknat Malaikat serta laknat semua manusia; (Riwayat

Ad Dailami).

Kesilapan Golongan Anti Hadith; Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata:

Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang

sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis

daripada hadisku maka ia berkata : "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran)

sahaja. Apa yang dihalalkan oleh al- Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami

haramkan". Kemudian Nabi s.a.w. melanjutkan sabdanya: "Padahal apa yang diharamkan oleh

Rasulullah s.a.w. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t.";- (Riwayat

Abu Daud).

Kebanggaan Masyarakat Dengan Membina Masjid;- Daripada Anas bin Malik r.a.

berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak akan tiba hari kiamat, sehingga manusia

bermegah-megah dan berlebih-lebihan dalam urusan masjid; (Riwayat Abu Dawud).

Kesilapan Masjid Menjadi Tempat Urusan Dunia Sahaja; Dari Anas bin Malik r.a.

berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia suatu masa,

percakapan mereka dalam masjid hanyalah mengenai urusan dunia semata. Allah tidak

memerlukan mereka. Dan janganlah kamu duduk bersama mereka (pada waktu dalam masjid);

Page 5: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

5

(Riwayat Hakim).

Kesilapan Ahli Ibadah Yang Jahil Dan Qari Yang Fasik;- Daripada Anas r.a. ia

berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Kelak, di akhir zaman, akan ada ahli ibadah yang

bodoh dan para qari yang fasik;- (Riwayat Ibnu 'Adi).

Golongan yang menjadikan lidahnya sebagai alat untuk mencari makan; Daripada

Sa'ad bin Abi Waqash r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan terjadi kiamat,

sebelum muncul suatu golongan yang mencari makan melalui lidah-lidah mereka, seperti lembu

yang makan dengan lidah-lidahnya; (Riwayat Ahmad).

Bahaya Ramai Orang Muda Menyebut Dalil Agama;- Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang- orang muda yang masih

mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil

Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya

mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu

dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak

akan mendapat pahala di hari kiamat. ";-(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Kesilapan Menggunakan Al-Quran Sebagai Alat Propaganda;- Ali bin Thalib r.a.

berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan muncul di antara

umatku suatu kaum yang membaca Al-Quran bukan seperti lazimnya kamu membaca, dan

sembahyangmu jauh berbeza dengan cara mereka bersembahyang. Mereka membaca Al-Quran

dengan mengira bahawa Al-Quran itu sebagai alat propaganda mereka, padahal Al-Quran itu

berisi peringatan yang harus mereka junjung. Bacaan mereka itu tidak melebihi kerongkongnya

(tidak sampai meresap ke dalam hati). Mereka itu sebenarnya keluar dari Islam, bagaikan anak

panah yang lepas dari busurnya; (Riwayat Muslim).

Menunjuk-Nunjuk Ketika Berdoa; Dari Saad r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: " Kelak

akan terdapat kaum yang berlebih-lebih (menunjuk-nunjuk) dalam berdoa ";- (Riwayat Ahmad).

Merasa Rendah Dalam Ibadah;- Dari Abu Sa';id Al-Kudri r.a bahawa Rasulullah s.a.w

bersabda: Akan muncul di antara kamu suatu kaum, kamu merasa rendah dalam melakukan solat

dibanding dengan mereka, amal perbuatanmu jika dibandingkan dengan perbuatan mereka dan

puasa-mu jika dibanding dengan puasa mereka. Mereka membaca Al-Quran tetapi tidak sampai

melalui tenggoroknya. Mereka sebenarnya keluar dari agama bagaikan anak panah yang terlepas

dari busurnya, jika di hujung panah dilihat, tidak ada bekas apa-apanya juga di kayunya tidak ada

apa-apanya juga di bulunya tidak terdapat apa-apa, tetapi berlumba-lumba dalam senarnya;

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Nasihat Kejadian Imam Yang Melambatkan Waktu Solat;- Dari Ibnu Ame r.a bahawa

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya nanti selepas peninggalanku akan terjadi; para imam

mengakhirkan solat dari waktunya. Oleh kerana itu hendaklah kamu mengerjakan solat tepat

pada waktunya. Jika kamu datang bersama mereka untuk mengerjakan solat, maka bersolatlah

kamu; (Riwayat Thabrani).

Kesilapan Ulama Yang Merugikan Umat Dan Agama;- Abdullah bin Abbas r.a berkata

Page 6: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

6

bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari

umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran,

mereka berkata: "Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperoleh keduniaan

mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami." Tidak terjadi hal yang

demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan

duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu

melainkan beberapa kesalahan belaka; (Riwayat Ibnu Majah).

Kesalahan Tipu Daya Dengan Bertopengkan Agama; Rasulullah s.a.w, bersabda:

Akan tampil di akhir zaman manusia-manusia yang melakukan tipu daya dengan memakai

topeng agama. Mereka menyuruh manusia memakai pakaian yang dibuat dari bulu domba (bulu

kambing) yang halus, lidah mereka lebih manis berbanding gula, sedang hati mereka laksana hati

serigala."; (Riwayat Tirmidzi).

Kesilapan Menggadaikan Agama Kerana Dunia; Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan

dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat

daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai,

dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala

(mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: "Apakah kamu

tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi

kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan

mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan

sebab fitnah itu)"; (Riwayat Tirmidzi).

Bahaya Ulat-ulat Qurra';- Dari Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Kelak pada akhir zaman akan ada ulat-ulat qurra'; (ahli baca Al-Quran). Barangsiapa yang berada

pada masa itu, hendaklah ia berlindung kepada Allah

dari mereka; (Riwayat Abu Nu';aim).

Bahaya Terlepasnya Islam Satu Demi Satu;- Dari Umamah Al-Bahili dari Nabi s.a.w.

bersabda: "Sungguh akan terlepas pegangan Islam satu demi satu. Setiap terlepas salah satu

pegangan, maka orang-orang akan berebutan untuk bergantung kepada yang lain. Adapun yang

pertama kali terlepas itu adalah persoalan hukum, sedangkan yang terakhir adalah perkara

solat.";(Riwayat Ahmad).

Kesilapan Umat Islam Mengikuti Langkah-Langkah Yahudi Dan Nasrani; Daripada

Abu Sa';id Al-Khudri ra. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kamu akan

mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi

sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka."

Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi

s.a.w. menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka";- (Riwayat Muslim)

Bahaya Berbagai Macam Makanan; Pakaian dan Banyak Bicara Sebelum Difikirkan;

Daripada Abu Umamah r.a. bahawa Nabi s.a.w.bersabda: Kelak akan ada orang - orang dari

Umatku (Islam) memakan berbagai macam makanan dan memakai berbagai pakaian, banyak

berbicara tanpa difikirkan dahulu apa sebetulnya yang dibicarakan itu, maka itulah seburuk-

Page 7: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

7

buruk manusia dari sebahagian Umatku (Islam); (Riwayat Thabrani dan Abu Nu'aim).

Bahaya Terjangkit Penyakit Umat-umat Dahulu;- Daripada Abu Hurairah r.a. katanya:

Aku mendengar RasuIullah s.a.w. bersabda: "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang

pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat

terdahulu itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah

(1) terlalu banyak seronok,

(2) terlalu mewah,

(3) menghimpun harta sebanyak mungkin,

(4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia,

(5) saling memarahi,

(6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi"; (Riwayat Hakim).

Bahaya Akibat Berhenti Menyeru Kebaikan Dan Mencegah Kemungkaran; Anas

ibn Malik r.a. berkata, "Ditanya kepada Nabi s.a.w, "Ya Rasulullah, (apa akibat) apabila kami

berhenti menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran?" Nabi s.a.w. bersabda: "Apa yang telah

berlaku kepada Bani Israel, akan berlaku kepada kamu. Apabila zina berleluasa di kalangan

pemimpin kamu, ilmu pada urusan orang yang terendah di kalangan kamu dan kuasa dimiliki

oleh orang yang rosak dikalangan kamu."; [Riwayat Ibnu Majah, juga Kitab al-Fitan (Hadith

4015), 2/1331; Musnad Ahmad 3/187.].

Bahaya Ulama'; Yang Menyebar Fitnah; Dari Ali r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w

bersabda: Nanti dalam waktu tidak lama, datang kepada manusia suatu zaman, di mana agama

Islam tidak tinggal kecuali hanya namanya sahaja, dan tidak ada yang tinggal daripada Al-Quran

kecuali hanya huruf dan tulisannya sahaja. Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi

daripada petunjuk. Ulama' mereka adalah yang paling jahat di antara yang ada di bawah langit,

dari mereka (ulama') itu akan muncul bermacam-macam fitnah, dan fitnah itu akan kembali

kepada lingkungan mereka itu sendiri (umat Islam); (Riwayat Baihaqi).

Bahaya Ulama'; Tidak Dipedulikan; Daripada Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata:

Rasulullah s.a.w bersabda; 'Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah- mudahan kamu

(sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan

orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada

fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)."; (Riwayat Ahmad).

Bahaya Akan Ilmu Agama Beransur-ansur Hilang;- Daripada Abdullah bin Amr bin

'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;- "Bahawasanya Allah s.w.t. tidak

mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah

s.w.t. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan

alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka

apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka

sesat dan menyesatkan orang lain." ;- (Riwayat Muslim)

Al-Quran Hanya Tinggal Tulisannya Sahaja;- Dari Ali r.a bahawa Rasulullah s.a.w.

bersabda: Hampir datang suatu zaman, di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan

dari Al-Quran hanya tinggal huruf dan tulisannya sahaja. Masjid-masjid indah dan megah, tetapi

Page 8: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

8

sunyi daripada petunjuk. Ulama mereka adalah yang paling jahat di antaranya yang ada di bawah

langit. Dari mereka (ulama) itu akan muncul berbagai-bagai fitnah dan fitnah itu akan kembali ke

lingkungan mereka sendiri (umat Islam); (Riwayat Baihaqi).

Ketiadaan Imam Yang Layak Untuk Solat Berjemaah; Daripada Salamah binti al-

Hurr r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Lagi akan datang suatu zaman,

orang ramai berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidak dapat memulakan sembahyang

berjamaah kerana tidak mendapatkan orang yang boleh menjadi imam"; (Riwayat Ibnu Majah).

Golongan Kaum Yang Meminum Ayat-Ayat Al-Quran; Dari Uqbah bin Amir r.a.

bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan muncul suatu kaum dari umatku. Mereka

meminum Al-Quran seperti meminum susu;- (Riwayat Thabran).

Orang Yang Baik Berkurangan Sedang Yang Jahat Bertambah Banyak; Daripada

Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak akan berlaku hari qiamat

sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi

panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang

yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan

orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik";- (Riwayat Thabrani).

Kesalahan Manusia Yang Berhati Syaitan;- Dari Ibnu Abbas r.a. berkata, bahawa

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana

wajah-wajah mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti

serigala-serigala yang buas, tidak ada sedikit pun di hati mereka belas kasihan. Mereka gemar

menumpahkan darah dan tidak pernah berhenti dari melakukan kekejian. Apabila kamu

mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi apabila kamu menghindar

dari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan kamu, maka mereka

akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memberinya kepercayaan, maka mereka akan

mengkhianati kepercayaan yang kamu berikan. Anak kecil mereka bodoh, pemuda mereka licik,

sementara yang tua tidak menyuruh berbuat baik dan melarang yang mungkar. Mereka itu

sentiasa membanggakan diri dalam kehinaan. Dan meminta apa yang ada pada mereka bererti

kesusahan. Orang yang sopan-santun di tengah mereka adalah sesat, dan orang yang menyuruh

kepada perbuatan ma';ruf malah menjadi tertuduh, orang beriman di kalangan mereka adalah

lemah, sedangkan orang fasik menjadi mulia. Sunnah di tengah mereka menjadi bidaah,

sedangkan bidaah itu sendiri adalah sunnah. Maka ketika itulah mereka dikuasai oleh orang-

orang paling jahat di antara mereka. Sedangkan orang pilihan apabila ia menyeru, pasti tidak

akan dihiraukan."; (Riwayat Thabrani).

Orang Yang Rosak Akhlak; Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda: "Dunia ini

tidak akan Qiamat selagi orang yang paling seronok ialah orang yang rosak akhlak anak kepada

orang yang rosak akhlak."; [Riwayat Ahmad, Musnad, 2/358.].

Kesilapan Menyalahgunakan Takdir; Dari Jabir r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w

bersabda: "Kelak pada akhir zaman ada suatu golongan yang berbuat maksiat kalau ditanya

mereka berkata' Allahlah yang mentakdirkan perbuatan itu kami lakukan.' Orang yang

menentang pendapat mereka pada zaman itu bagaikan orang yang menghunus pedangnya dalam

jihad fisabilillah.”;

Page 9: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

9

Bahaya Fitnah Bagaikan Malam Yang Gelap-Gelita; Daripada Anas bin Malik r.a.

berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Mendekati hari kiamat akan terdapat berbagai

macam fitnah laksana bahagian malam yang gelap-gelita. Kala itu seseorang menjadi Mukmin di

pagi hari, berbalik menjadi kafir memasuki petang hari. Dan menjadi Mukmin di petang hari,

berbalik menjadi kafir memasuki pagi hari. Orang-orang pun akan menjual agamanya dengan

harta benda duniawi; (Riwayat Tirmidzi).

Kekuatan Agama Manusia Terletak Pada Dinar dan Dirham (harta);- Rasulullah

s.a.w. bersabda: Apabila akhir zaman, adalah kekuatan agama manusia terletak pada dinar dan

dirham (harta);- (Riwayat Turmidzi)

Ujian Iman Yang Berat Tidak Mengatasi Amal Soleh;- Dari Abu Hurairah r.a. bahawa

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dahulukanlah amal soleh di mana pada waktu itu akan terjadi huru-

hara dahsyat bagaikan malam yang gelap gelita, seseorang pada pagi harinya beriman lalu pada

petang harinya menjadi kafir, atau petang harinya kafir, lalu pagi harinya menjadi mukmin. Ia

menjual agamanya dengan keduniaan" ;- (Riwayat Muslim).

Dilema Antara Berbuat Maksiat Dan Meninggalkannya;- Abu Hurairah r.a berkata

bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: " Kelak akan datang atas umatku; suatu masa di mana

seseorang dihadapkan pada dua pilihan antara kelemahan dan kemaksiatan (kejahatan, kecabulan,

pengkhianatan dan sebagainya). Barangsiapa mendapati (berada) pada masa itu, hendaklah ia

memilih kelemahan dan meninggalkan kecabulan (penyelewengan) ";- (Riwayat Hakim).

Jalan Penghindaran Daripada Melakukan Maksiat dan Penyelewengan;- Dari Anas

r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan datang atas manusia, suatu masa, yang mereka

tidak sanggup lagi mencari penghasilan kecuali dengan jalan maksiat (antara lain

penyelewengan), sehingga orang berani berdusta dan bersumpah, maka apabila masa itu sudah

terjadi (timbul), hendaklah kamu lari menghindari perbuatan itu." Baginda ditanya: "Ya,

rasulullah! Ketempat mana kita akan lari menghindar?" Baginda menjawab: "Kepada Allah:

Kepada Kitab-Nya dan kepada sunnah Nabi-Nya";- (Riwayat Ad Dailami).

Sifat Amanah Akan Hilang Sedikit Demi Sedikit;- Daripada Huzaifah bin AI-Yaman

r.a. katanya, "Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu kami dua 2 buah hadis (mengenai dua

kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-

nantikannya. Rasulullah saw. memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati

orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al-Quran. Maka orang-orang itu lalu

mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah.

Selanjutnya Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu beliau

bersabda, "Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya,

kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula,

lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan

(menggelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul).

Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian menggelembunglah ia dan

engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa".

Ketika Rasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil)

Ialu menggilingkannya dengan kakinya."Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual

Page 10: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

10

beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai

dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada

seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan,

"Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik

otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan

biji sawi." "Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah

di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya';ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam,

maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat

menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nasrani atau Yahudi, maka pihak yang

bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nasrani atau

Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat membantu aku untuk

mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah

berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)";-

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Kesilapan Orang Tidak Lagi Mempedulikan Harta Halal Atau Haram;- "Akan

datang suatu masa kepada manusia, di mana orang tidak lagi mempedulikan apa yang

diperolehnya apakah itu usaha yang halal atau yang haram";- (Riwayat Nasae'i). Dalam riwayat

lain Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan datang kepada manusia suatu zaman, yang tidak peduli

lagi seseorang di zaman itu dari mana harta diambil, (apakah yang diambilnya itu halal atau

haram)";- (Riwayat Nasae'i).

Kesilapan Zaman Di Mana Halal Dan Haram Dianggap Sama Oleh Manusia;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada

manusia suatu masa, di mana kala itu seseorang tidak lagi memperdulikan dari mana ia

memperolehi hartanya, apakah dari yang halal atau haram;- (Riwayat An Nasa'i).

Bahaya Maraknya Rasuah;- Mu'az bin Jabal berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Ambillah pemberian, selama itu berbentuk sebuah pemberian. Sedangkan jika telah menjadi

bentuk suap, maka dalam agama, janganlah kamu mengambilnya. Tidaklah keengganan kamu

meninggalkannya lalu mencegah kamu dari kemiskinan dan keperluan hidup. Ingat, lingkaran

Islam selalu berputar, maka berputarlah bersama Al-Quran ke mana pun ia mengarah. Ingat, Al-

Quran dengan penguasa akan berbeza arah. Maka dari itu, janganlah kamu memisahkan diri dari

Al-Quran. Ingat, kelak akan berkuasa atas kamu pemimpin-pemimpin yang akan memutuskan

untuk diri mereka sesuatu yang tidak diputuskan untuk kamu. Jika kamu membangkang kepada

mereka, maka sudah tentu mereka akan membunuh kamu. Akan tetapi, apabila kamu

mematuhinya, maka mereka pasti akan menyesatkan kamu. Para sahabat bertanya: "Apa yang

harus kami lakukan pada waktu seperti itu wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Lakukanlah

seperti yang dilakukan oleh para pengikut Isa bin Maryam, di mana mereka menyebar dengan

membawa gergaji, lalu memikul kayu. Kerana, mati dalam ketaatan kepada Allah jauh lebih baik

daripada hidup dalam keadaan bermaksiat kepadaNya";- (Riwayat Tabrani).

Kesilapan Maraknya Praktik Riba;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah

s.a.w. bersabda: Sungguh akan datang kepada manusia suatu masa, di mana tidak tersisa dari

mereka seorang pun kecuali menjadi pemakan riba. Dan barangsiapa yang tidak mahu

memakannya, maka pasti ia akan terkena oleh debunya;- (Riwayat Ibnu Majah) Rasulullah s.a.w

bersabda: Akan datang suatu masa, di mana manusia menganggap halal riba dengan nama jual

Page 11: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

11

beli;- (Riwayat Ibnul Qayyim).

Munculnya Galian-galian Bumi;- Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: "Pada suatu masa

dibawa ke hadapan Rasulullah s.a.w. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang

pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian)

mereka. Maka sahabat berkata: "Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita". Lalu

Nabi s.a.w. menjawab, "Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan

menguruskannya adalah orang-orang yang jahat";- (Riwayat Baihaqi).

Ramai Orang Kaya Tinggal Di Lereng Gunung;- Rasulullah s.a.w bersabda: Sungguh

akan ada beberapa kaum yang bertempat tinggal di dekat (lereng) gunung, lalu orang-orang fakir

datang kepada mereka untuk sesuatu keperluannya, kemudian mereka berkata: "Kembalilah

kepada kami esok." Kemudian Allah menyatukan gunung itu atas mereka;- (Riwayat Bukhari).

Kesilapan Rakus Terhadap Hal Dunia;- Sabda Rasulullah s.a.w.: (Jika) Hari Kiamat

telah hampir terjadi; tidak bertambah manusia kecuali loba (rakus akan harta benda), dan mereka

tidak bertambah dekat kepada Allah, kecuali akan menambah jauh dari Allah ( dari ajaran

agama);- (Riwayat Thabrani)

Perdagangan, Perniagaan, Terputusnya Persaudaraan, Saksi Palsu, Tersebar

Luasnya Tulisan-Tulisan;- Thariq ibn Shibab berkata, "Kami sedang duduk bersama Abdullah

ibn Mas';ud apabila datang seorang lelaki memberitahu waktu solat sudah tiba. Maka kami pun

bangun dan menuju ke masjid. Selesai solat, tampil seorang lelaki kepada Abdullah ibn Mas';ud

dan berkata, "As-salamu';alaika wahai Abu Abdur Rahman." Jawab beliau, "Allah dan RasulNya

telah berkata benar." Semasa pulang kami bertanya sesama sendiri, "Kamu dengarkah apa

jawapan beliau? Siapakah yang akan tanya beliau mengenainya?" Daku berkata, "Biar saya yang

tanya beliau, lalu daku pun bertanya beliau sebaik sahaja beliau keluar. Beliau meriwayatkan dari

Baginda s.a.w, : "Sebelum Qiamat tiba, terdapat satu ucapan khusus untuk orang kenamaan;

perdagangan tersebar luas sehingga wanita akan turut suaminya dalam perniagaan; perhubungan

keluarga akan putus; saksi palsu berleluasa sedang saksi benar akan sukar ditemui dan tulisan

tersebar luas.";- [Riwayat Ahmad, Musnad, 1/407].

Melimpahnya Harta Benda Dan Luasnya Perniagaan Serta Banyak Media Massa;- Dari Umar bin Tsa';lab r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sebahagian dari tanda-

tanda dekatnya Hari Kiamat, adalah tersebarnya (melimpahnya) harta benda dan luasnya

perniagaan. Dan pena-pena akan bermunculan yang menunjukkan banyaknya bacaan dan

tulisan;- (Riwayat An-Nasae';i).

Kesilapan Umat Islam Tertimpa Penyakit Orang Kafir;- Daripada Abu Hurairah r.a.

berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Umatku (Islam) nanti akan ditimpa penyakit

masyarakat; iaitu: berupa kejahatan, kebencian, kesombongan, bermegah-megahan, perselisihan

dalam hal dunia, saling benci-membenci dan saling hasut-menghasut, sehingga terjadilah

kerosakan (kehancuran perpaduan umat);- (Riwayat Hakim).

Perhiasan Rumah Sama Dengan Perhiasan Pakaian;- Rasulullah s.a.w bersabda:

Hari Kiamat tidak akan tiba, sehingga manusia membangun rumah dan melukisnya sebagai

lukisan pakaian;- (Riwayat Bukhari)

Page 12: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

12

Kesalahan Hilangnya Amanat Dan Munculnya Orang-Orang Gemuk;- Dari Zahdam

bin Mudlorrib r.a. mendengar Imron bin Khushoin berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "

Sesungguhnya sebaik-baik kamu adalah yang hidup pada masaku, kemudian orang-orang yang

hidup selepas mereka, kemudian orang-orang yang hidup selepas mereka." Imron berkata: "Aku

tidak mengerti; Apakah Rasulullah s.a.w. berkata tentang peristiwa-peristiwa selepas zamannya,

dua kali atau tiga kali (generasi)?" Kemudian sabda Rasulullah: " Sesudah mereka ada suatu

kaum yang berhak menjadi saksi tapi diminta kesaksiannya (tidak dijadikan sebagai saksi),

mereka berkhianat dan tidak dapat dipercaya, mereka bernazar (berjanji) tidak menepatinya. Dan

kalau sudah terjadi demikian muncullah orang- orang gemuk di antara mereka" ;- (Riwayat

Muslim).

Kesilapan Manusia Di Tahun-Tahun Yang Penuh Tipu Muslihat;- Daripada Abu

Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-

tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan

didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh

berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang

menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina

ditugaskan menangani kepentingan umum;- (Riwayat Ibn Majah)

Bahaya Pemimpin Yang Diktator;- Dari Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah

s.a.w bersabda:"Sesungguhnya di kalangan kamu nanti akan tertanam kemahuan besar

kedudukan (politik) dalam kerajaan. Sesungguhnya yang demikian itu akan menjadikan kamu

menyesal dan susah pada Hari Kiamat; Sebaik-baik ibu adalah yang mahu menyusui anak

(ertinya sebaik-baik pemimpin adalah yang memperhatikan kepentingan rakyat), dan seburuk-

buruk ibu adalah ibu yang tidak mahu menyusui anaknya (ertinya seburuk-buruk pemimpin

adalah pemimpin yang tidak memperhatikan kepentingan rakyat);- (Riwayat Bukhari dan

Nasae';i).

Kebencian Terhadap Pemerintahan Kediktatoran;- Ibnu Mas';ud berkata, bahawa

Rasulullah s.a.w, bersabda: "Sesungguhnya, sesudahku nanti kamu akan menyaksikan

kediktatoran, dan perkara-perkara yang kamu membencinya." Para sahabat bertanya: "Apa yang

kamu perintahkan kepada kami, jika hal ini terjadi wahai Rasulullah?" Rasulullah s.a.w,

menjawab: "Berikan kepada mereka akan hak mereka, dan mohonkanlah kepada Allah akan

hakmu.";- (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dosa Pemimpin Yang Menipu Rakyat;- Ka';ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah

s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang

berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan

membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan

bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di

syurga);- (Riwayat Turmidzi, Nasae';i dan Hakim).

Kesalahan Pemimpin Yang Menyembunyikan Hak Rakyat;- Dari Ubadah bin Shamit

r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesudahku nanti ada pemimpin-pemimpin yang

menguasai urusanmu. Mereka mengetahui urusanmu, sedangkan kamu sendiri tidak

mengetahuinya. Mereka menyembunyikan atasmu sesuatu yang menjadi hakmu sedang kamu

Page 13: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

13

mengetahuinya. Barangsiapa yang menemui kejadian seperti itu, maka janganlah mentaati orang

yang berbuat durhaka kepada Allah Azza Wa jalla;- (Riwayat Thabrani dan Hakim).

Kesilapan Zaman Di Mana Orang Mukmin Lebih Hina Daripada Domba;- Dari

Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan datang atas manusia suatu masa, di mana

keadaan orang mukmin pada masa itu lebih hina daripada domba" ;- (Riwayat Ibnu Asakir).

Bahaya Semua 30 Para Dajjal Mengaku Sebagai Utusan Allah;- Abu Hurairah r.a.

berkata, "Nabi s.a.w. bersabda, : "Qiamat tidak akan tiba sehingga muncul 30 dajjal, semua

mengaku sebagai utusan Allah, harta bertambah, berlaku huru-hara dan al-Harj berleluasa."

Seorang sahabat bertanya, "Apakah harj?" Baginda bersabda, " Bunuh-membunuh."";- [Musnad

Ahmad, 2/457].

Hilangnya Kemanfaatan Ilmu;- Wa';il berkata:"Saya duduk bersama Abdullah dan Abu

Musa, lalu mereka berkata bahawa Rasulullah s.a.w, bersabda": "Sesungguhnya di hari-hari

mendekati kiamat ditandai dengan hilangnya kemanfaatan ilmu, tumbuhnya kebodohan dan

banyak terjadi pembunuhan." ;- (Riwayat Muslim).

Bahaya Pembunuhan demi pembunuhan;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa

Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak akan terjadi kiamat, hingga munculnya banyak kekacauan.

Lalu para sahabat bertanya: Apa yang dimaksud 'harj' (kekacauan) itu, wahai Rasulullah? Nabi

s.a.w. menjawab: Pembunuhan demi pembunuhan;- (Riwayat Muslim).

Dosa Pemimpin Yang Membuat Kerosakan;- Ibnu Mas';ud r.a berkata bahawa

Rasulullah s.a.w. bersabda: Nanti kamu sekalian akan dikuasai para pemimpin yang selalu

membuat kerosakan, dan Allah tidak akan memberikan perbaikan/pertolongan kepada mereka.

Barangsiapa di antara mereka taat kepada Allah, maka bagi mereka akan mendapat pahala dan

kamu harus bersyukur. Dan barangsiapa di antara mereka yang membuat maksiat kepada Allah,

maka mereka akan mendapat dosa dan kamu harus bersikap sabar;- (Riwayat Thabrani).

Bahaya Tentera Yang Kejam;- Dari Abu Umamah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w.

bersabda: Kelak pada akhir zaman akan ada angkatan tentera sejak pagi- pagi dalam kemurkaan

Allah, dan waktu petang juga dalam kemurkaan Allah. Oleh kerana itu waspadalah kamu

sekalian! Jangan sampai kamu sekalian dijadikan perisai buat mereka;- (Riwayat Thabrani).

Peperangan Di Kawasan Sungai Furat (Iraq) Kerana Merebut Kekayaan;- Daripada

Abu Hurairah r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Tidak terjadi hari qiamat

sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut

airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk

merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan 99 daripada seratus 100 orang yang

berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata: "Mudah-mudahan akulah orang yang

terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan; "Sudah dekat suatu masa di mana sungai

Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka

barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu";-

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Page 14: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

14

Musuh-Musuh Dari Luar Bangsa Tidak Menghancurkan Kekuatan Umat Islam

Walaupun Dikepung Dari Segala Penjuru;- Rasulullah s.a.w, bersabda: Sesungguhnya Allah

memperlihatkan kepadaku bumi dalam bentuk kecil, lalu aku dapat melihat negeri-negeri Timur

dan Barat. Dan sesungguhnya umatku akan sampai kekuasaannya ke negeri-negeri yang

diperlihatkan kepada-ku. Dan diberikan kepadaku dua 2 simpanan kekayaan, yang merah dan

yang putih. Dan sesungguhnya aku meminta kepada Tuhanku supaya umatku tidak dibinasakan-

Nya dengan kemarau yang merata dan tidak dikuasakan kepada mereka musuh dari luar bangsa

mereka sendiri lalu musuh itu menghancurkan kekuatan (kekuasaan) mereka. Dan sesungguhnya

Tuhan telah berfirman: "Hai Muhammad! Sesungguhnya Aku tidak dapat ditolak. Dan

sesungguhnya Aku memberikan umatmu bahawa Aku tidak membinasakan mereka dengan

kemarau yang merata dan tidak akan menguasakan mereka musuh-musuh dari luar bangsa

mereka sendiri, yang akan menghancurkan kekuatan (kekuasaan) mereka walaupun telah

berkumpul menghadapi mereka dari segala penjuru. Mereka hanyalah akan membinasakan

sesamanya dan mereka menawan sesamanya (perang saudara);- (Riwayat Muslim).

Kesilapan Ramai Pemimpin Tetapi Tidak Dapat Menjamin Ketenteraman;- Dari

Abdurrahman Al-Anshari r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sebahagian dari tanda-tanda

dekatnya Hari Kiamat adalah banyaknya bacaan (ramai yang pandai membaca) dan sedikit di

antara mereka yang mengerti agama, banyak umara'; (pemimpin) tetapi ketenteraman

berkurang;- (Riwayat Thabrani).

Masa Berlalu Bagaikan Kobaran Api;- Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa

Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak terjadi kiamat,hingga waktu terasa saling berdekatan. Satu

tahun seperti satu bulan dan satu bulan laksana satu minggu. Satu minggu bagaikan satu hari, dan

satu hari ibarat satu jam, serta satu jam laksana kobaran api (cepat sekali berlalu);- (Riwayat

Tirmidzi).

Kesilapan Dikatakan Manusia Halalnya Arak, Perzinaan, Pakaian Dari Sutera Dan

Kecapi-Kecapi (Alat-Alat Muzik);- Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya nanti akan

benar-benar terjadi; akan ada suatu kaum dari Umatku (Islam) yang mengatakan halalnya

perzinaan, pakaian sutera, arak dan kecapi-kecapi (alat-alat muzik);- (Riwayat Thabrani)

Dosa Orang Tua Mewarnakan Rambutnya Dengan Warna Hitam;- Daripada Ibn

Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; Akan ada di akhir zaman nanti orang-

orang yang mengecat rambut mereka dengan warna hitam, seperti tembolok burung merpati, dan

mereka tidak akan mencium baunya syurga;- (Riwayat Abu Dawud).

Kesilapan Laki-Laki Menyerupai Wanita Dan Wanita Menyerupai Laki-Laki;- Rasulullah s.a.w. bersabda: Di antara tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah laki-laki

menyerupai wanita dan wanita menyerupai laki-laki;- (Riwayat Abu Nu'aim).

Dosa Dua 2 Golongan Baru Di Akhir Zaman (Penguatkuasa Tempatan Yang Kejam

Dan Wanita Mendedahkan Aurat);- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w.

bersabda: "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat

mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu

yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang,

Page 15: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

15

berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di

atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak

akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi

syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya";- (Riwayat Muslim).

Pemimpin Yang Diingkari Rakyat;- Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w

bersabda: Kelak akan ada pemimpin yang kamu mengenalnya, tetapi kamu mengingkari

(perbuatan)nya. Barangsiapa yang menentang mereka (tidak mengikuti dan tidak mendukung

perbuatannya), mereka akan selamat. Barangsiapa yang menjauhi mereka, ia akan aman sentosa,

barangsiapa yang bergaul (mendukung) dengannya, maka ia akan binasa;- (Riwayat Ibnu Abi

Syaibah dan Thabrani).

Penguasa Tempatan Yang Diingkari Rakyat;- Dari Ummi Salmah r.a. bahawa

Rasulullah s.a.w, bersabda: Nanti akan ada penguasa; kamu sekalian mengenalnya tetapi kamu

mengingkarinya. Barangsiapa yang membencinya, maka ia akan bebas, barangsiapa yang

mengingkarinya akan selamat, tetapi mereka ada juga pengikutnya.";- (Riwayat Muslim dan Abu

Daud).

Waktu Kebinasaan Apabila Urusan Amanah Telah Disia-Siakan;- Daripada Abu

Hurairah r.a. berkata: "Pada suatu masa ketika Nabi s.a.w sedang berada suatu majlis dan sedang

bercakap-cakap dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A';rabi (Arab Badwi) dan

terus bertanya kepada Rasulullah s.a.w, "Bilakah akan terjadi Qiamat?". Maka Nabi s.a.w. pun

meneruskan percakapannya. Maka sebahagian yang hadir berkata, "Beliau (Nabi) mendengar apa

yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disukainya." Sementara yang lain pula berkata,

"Bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu." Sehingga apabila Nabi s.a.w selesai dari

percakapannya beliau bersabda, "Di mana orang yang yang bertanya tentang Hari Qiamat tadi?"

Lalu Arab Badwi menyahut, "Ya! Saya hai Rasulullah." Maka Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila

amanah telah disia-siakan maka tunggulah Hari Qiamat." Arab Badwi itu bertanya pula, "Apa

yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Apabila urusan

diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan Hari Qiamat.";- (Riwayat

Bukhari).

Berbagai Keajaiban Yang Tidak Diduga;- Samurad bin Jundad r.a. berkata bahawa

Rasulullah s.a.w bersabda: Hari Kiamat tidak akan tiba, sehingga nampak berbagai peristiwa

besar yang tidak pernah kamu saksikan sebelumnya;- (Riwayat Nu';aim)

Berbagai Peristiwa Besar;- Dari Samurah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sebelum

Hari Kiamat terjadi (tiba), kamu akan lihat berbagai peristiwa besar. Ketika kamu engkar dan

berkata: Apakah kita pernah membincangkan peristiwa ini? Maka apabila kamu melihat

peristiwa itu, ingatlah akan Allah Ta';ala dan ketahuilah bahawa peristiwa itu adalah awal dari

Hari Kiamat;- (Riwayat Thabrani dan Al-Bazzar).

Mengharapkan Kematian Kerana Beratnya Beban Kehidupan;- Dari Abu Hurairah

katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi Allah yang diriku di tangan- Nya, tidaklah

dunia akan lenyap sehingga (datang keadaan di mana) seseorang melewati kubur, lalu ia berhenti

di atasnya seraya berkata, "Alangkah baiknya kalau aku menempati tempat penghuni kubur ini."

Page 16: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

16

Dan bukanlah Ad-Din (agama) yang mendorongnya berangan-angan seperti ini, melainkan bala

‘ (ujian bencana, fitnah dan penderitaan hidup).";- (Sahih Muslim 18.34). Abu Hurairah

r.a. meriwayatkan bahawa beliau dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, :"Qiamat tidak akan tiba

sehingga seorang akan melalui suatu pusara dan berkata, "Alangkah baiknya jika daku yang

berada di tempatnya.";- [Riwayat Bukhari, Kitab al-Fitan, 9/73].

Punca Kebinasaan Seseorang Akibat Melayani Kehendak Orang Yang Mencela

Keaiban ;-Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Selagi akan datang

suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila

ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang

kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan

kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah s.w.t.

Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak

isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya

adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah

tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik

beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya". Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah

s.a.w., apakah maksud perkataan engkau itu ? (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau

anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya?)". Nabi s.a.w. menjawab, "Mereka

akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia

terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya di jurang-jurang kebinasaan

yang akan menghancurkan dirinya";- (Riwayat Baihaqi)

Berzuhud Adalah Lebih Baik Berbanding Kemewahan;-Daripada Ali bin Abi Thalib

r.a. berkata, "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Tiba-

tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang

yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah s.a.w.melihat kepadanya baginda menangis

dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah

dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang

(ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta

benda dan kekayaan di Mekkah). Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Bagaimanakah

keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu

petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakkan pula satu

hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang

kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih

baik daripada di hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan

tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi s.a.w. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah

lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu";- (Riwayat Tirmidzi).

Islam Menjadi Terasing Lagi:- Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Islam itu

pada mulanya asing (tidak dikenal) dan kelak akan kembali asing lagi, maka berbahagialah orang

yang asing; iaitu mereka yang memperbaiki apa yang dirosak manusia dari sunnahku pada masa

setelah aku tiada nanti;- (Riwayat Turmidzi)

Islam Bagaikan Menggenggam Bara Api;- Daripada Anas bin Malik r.a. berkata,

bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia suatu masa di mana orang yang

berpegang kepada agamanya bagaikan orang yang menggenggam bara api;- (Riwayat Tirmidzi)

Page 17: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

17

Tiga 3 Perkara Yang Semakin Mulia & Sukar;- Khudzaifah r.a. berkata Rasulullah

s.a.w. bersabda: "Kelak akan datang kepadamu suatu masa, yang pada masa itu tidak ada yang

lebih baik (mulia) daripada tiga 3 perkara: Dirham (wang) yang halal, saudara yang menjadikan

tenteram dengannya dan sunnah yang dikerjakannya.";- (Riwayat Thabrani).

Kelebihan Ibadat Di Saat-Saat Huru-hara;-Daripada Ma';qil bin Yasar r.a. berkata

bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:" Beribadat di saat-saat huru hara (dunia kacau bilau) adalah

seperti berhijrah kepadaku";-(Riwayat Muslim).

Empat 4 Macam Golongan Mengerjakan Ibadat Haji:- Dari Anas bin Malik r.a.

bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Kelak apabila akhir zaman terdapat empat 4 macam

golongan mengerjakan ibadat haji iaitu:

1) Para pemimpin mengerjakan ibadat haji hanya untuk 'makan angin',

2) Terdapat orang kaya pergi haji hanya untuk berniaga,

3) Ramai fakir miskin pergi haji dengan tujuan untuk mengemis,

4) Ahli qira'at (pembaca Al-Quran) mengerjakan ibadat haji hanya untuk mencari nama dan

kemegahan."

Percaya Pada Mimpi;- Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Jika

zaman telah mendekati hari kiamat, maka mimpi seseorang hampir tidak dusta (apa yang

dimimpikan terjadi dalam kenyataan), sedang mimpi orang mukmin adalah sebahagian dari

seperempat puluh enam 1/46 dari kenabian";- (Muttafaq Alaih).

Keinginan Melihat Rasulullah s.a.w.;- Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w

bersabda: " Sesungguhnya akan datang suatu masa, di mana seseorang ingin (dapat) melihat aku,

maka itu dianggap lebih untung baginya daripada mendapat (seperti) keluarga dan hartanya ";-

(Muttafaq Alaih)

Takwa Dan Perpaduan Asas Keselamatan Di Akhir Zaman;- Daripada Abi Najih

'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah s.a.w. akan satu nasihat

yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami

berkata, "Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah

pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa

bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin

kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu

pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan

sunnahku dan sunnah para khulafa Ar-Rasyidin Al- Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang

mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu

dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana

sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat.";- (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).

Penduduk Mekkah Meninggalkan Kota Mekkah;- Umar r.a. berkata bahawa

Rasulullah s.a.w, bersabda: Kelak penduduk Mekkah akan keluar meninggalkan Mekkah,

kemudian yang meninggalkan itu tidak kembali lagi kecuali hanya sebahagian kecil sahaja.

Page 18: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

18

Kemudian yang sedikit itu menjadikan kota itu penuh bangunan. Kemudian mereka keluar lagi

dari kota itu dan tidak kembali selamanya.";- (Riwayat Ahmad).

Berhimpunnya Kebenaran Iman ke Madinah;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata,

sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya keimanan akan kembali menghimpun

ke Madinah, ibarat ular yang kembali menghimpun di dalam liangnya;- (Riwayat Bukhari).

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dunia tidak

akan hilang (kiamat) sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada

keluargaku (keturunanku ) yang namanya sama denganku";- (Riwayat Tirmidzi).

Sesungguhnya Imam Mahdi itu akan keluar di akhir zaman, namanya Muhammad

bin Abdullah atau Ahmad bin Abdullah;- (Riwayat Imam Abu Daud dan Tirmidzi)

Imam Mahdi itu termasuk dalam lingkungan ahli kerabat atau keluarga Rasulullah

s.a.w. yakni dari puteri baginda yang bernama Fatimah;- (Riwayat Abu Daud Dan Hakim).

Al Mahdi itu dilahirkan dari keturunan Ahlul Bait (keturunan Siti Fatimah r.a.) yang

telah disempurnakan oleh Allah akan segala kebaikannya pada satu malam sahaja.";- (Riwayat

Imam Ahmad).

Ummu Salamah r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Al-Mahdi adalah

keturunanku dari anak-cucu Fatimah r.a.";- [ Riwayat Abu Daud, Kitab al-Mahdi].

Imam Mahdi itu menyerupai Rasulullah s.a.w. dalam hal budi pekertinya, tetapi tidak

menyamai dalam bentuk rupa atau bentuk tubuhnya, yakni tidak serupa perihal sifat-sifat

badaniyahnya;- (Riwayat Abu Daud).

Abu Sa';id al-Khudri r.a berkata, Nabi s.a.w bersabda: Al-Mahdi adalah keturunanku,

dahinya luas dan hidungnya panjang. Beliau akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kebaikan

sebagaimana (sebelum itu) ia telah dipenuhi kezaliman serta penindasan dan beliau akan

memerintah selama 7 tahun.";- [ Riwayat Abu Daud, Kitab al-Mahdi]

Imam Mahdi itu lebar dahinya, mancung hidungnya, seluruh isi bumi dipenuhi olehnya

dengan kejujuran dan keadilan, sebagaimana yang sebelum itu penuh dengan kezaliman dan

penganiyaan. Imam Mahdi menegakkan Syari'at Islam serta menghidupkan apa-apa yang sudah

tercicir dari sunnah Rasulullah s.a.w. Sejak itu, Islam berjaya dan luhur ajarannya, sehingga

dapatlah ditetapkan pemerintahnya di atas bumi;- (Riwayat Abu Daud).

Imam Mahdi dikurniai ketetapan kuasa dan di masa pemerintahannya amat luaslah rezeki

umat, kerana memang betul-betul berlaku adil dan banyak pula harta yang diberikan. Ia

menyebar-nyebarkan harta itu dengan merata, tanpa menghitung jumlah sama sekali;- (Riwayat

Imam Muslim). Dan ia (Imam Mahdi) menetap selama tujuh 7 tahun;- (Riwayat Abu Daud).

Pemberian Harta Tanpa Berkira Dari Pemerintahan Al-Mahdi;- Abu Sa';id r.a.

Page 19: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

19

berkata: "Demi Allah, tiap-tiap pemerintah yang kami telah alami adalah lebih buruk berbanding

sebelumnya dan setiap tahun adalah lebih buruk dari sebelumnya dan saya dengar Nabi s.a.w,

bersabda": "Diantara pemerintah kamu akan ada yang memberi harta tanpa berkira. Akan tampil

seorang yang akan meminta wang, lalu beliau berkata, "Ambillah" maka peminta itu akan

membentangkan jubahnya dan dicurahkan wang kepadanya." Baginda s.a.w, lalu

membentangkan jubah tebal Baginda dan menunjukkan gaya peminta itu, kemudian Baginda

menggenggam bucunya lalu bersabda, "Orang itu pun memikulnya dan pergi dari situ.";-

[Musnad Imam Ahmad, 3/98.]

Golongan Yang Sentiasa Menang;- Daripada Mughirah bin Syu' bah r.a. berkata:

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam

perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka

sentiasa berjaya";- (Riwayat Bukhari).

Tanah Arab Akan Menghijau dan Dialiri Sungai-Sungai;- Daripada Abu Hurairah r.a. ia

berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak terjadi kiamat, sebelum jazirah Arab kembali

menjadi padang rumput dan dialiri oleh sungai-sungai;- (Riwayat Ahmad).

Golongan Yang Selamat;- Daripada 'Auf bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w.

bersabda: "Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu 71 golongan, maka

hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh 70 lagi akan masuk neraka.

Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi tujuh puIuh dua 72 golongan, maka tujuh puluh satu

71 golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan

yang diri ku di dalam kekuasaanNya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga 73

golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua 72 lagi akan

masuk neraka." Sahabat bertanya: "Mana yang selamat?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mereka adalah

jamaah." (Golongan Ahlus Sunnah Wal-Jamaah);- (Riwayat Ibnu Majah).

Tiga 3 Tahun Sebelum Datang Dajjal;- Asmah binti Yazid al-Ansariyah berkata, Nabi

s.a.w. berkata Nabi s.a.w. bersabda: Selama tiga 3 tahun sebelum datang Dajjal, terdapat satu

tahun di mana langit akan menahan 1/3 hujannya dan bumi akan menahan 1/3 hasilnya. Pada

tahun kedua, langit akan menahan 2/3 hujannya dan bumi akan menahan 2/3 hasilnya. Pada

tahun ketiga, langit akan menahan semua hujannya dan bumi akan menahan semua hasilnya dan

sekelian haiwan akan mati. Inilah ujian yang dahsyat. Dajjal akan mendapatkan seorang Badwi

dan berkata, "Sekiranya saya menghidupkan unta-unta anda, adakah anda akan mengaku saya

tuhan anda?" Jawab Badui itu, "Ya." Maka syaitan-syaitan akan menyamar menyerupai unta-

untanya dengan tetek yang penuh susu dan bonggol yang tinggi." Kemudian Dajjal mendapatkan

pula seorang yang bapa serta abangnya telah mati dan bertanya,"Adakah anda mengaku saya

tuhan anda jika saya hidupkan bapa serta abang anda?" Kata orang itu, "Ya."

Maka syaitan-syaitan pun menyerupai bentuk bapa dan abangnya." Baginda s.a.w. kemudian

keluar untuk sesuatu dan kembali semula. Semua yang mendengar merasa gelisah akan berita

tadi. Baginda s.a.w. berdiri di hadapan pintu dan bertanya, "Apa halnya wahai Asmah?" Daku

berkata, "Ya Rasulullah, tuan telah menakutkan kami dengan kisah Dajjal." Ujar Baginda, "Dia

akan pasti muncul. Sekiranya daku masih hidup, aku akan menentangnya bagi pihak kamu, jika

tidak, Allah SWT akan memelihara setiap Muslimin bagi pihak ku." Daku bertanya, "Ya

Rasulullah, kami tidak membakar tepung yang kami uli sehinggalah kami telah lapar. Bagaimana

Page 20: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

20

pula keadaan orang beriman waktu itu?" Ujar Baginda, "Zikrullah yang mencukupi penghuni

langit akan mencukupi juga untuk mereka.";- [Riwayat Ahmad, Musnad, 6/455,456.]

Serbuan Musuh Islam Terhadap Kaum Muslimin;- Daripada Tsauban r.a. berkata,

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia

akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam

hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada

hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu

umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati

musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit

'wahan'."Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita menjawab,

"Cinta pada dunia dan takut pada mati (berperang)";- (Riwayat Abu Daud ).

Peperangan Dengan Romawi;- Dhu Mukhammar berkata, bersabda Nabi s.a.w: "Kamu

akan berdamai dengan kaum Romawi dan bersama mereka, kamu akan menakluki musuh di

hujung Rom. Kamu akan menang dan memiliki banyak harta rampasan. Lalu kamu akan

berkhemah di suatu padang rumput luas yang berbukit- bukau. Seorang dari tentera Romawi

akan mengangkat salibnya dan melaung, "Kemenangan kepada salib!" lalu dibunuh oleh seorang

dari tentera Islam. Maka kaum Romawi mengkhianati perjanjiannya dan berlaku peperangan.

Mereka akan menghimpunkan tentera menentang kamu dengan lapan puluh 80 panji yang

setiapnya diiringi oleh 10,000 tentera.";- [ Musnad Ahmad, 9104; {Riwayat Abu Daud, Kitab al-

Malahim, (Hadith 4271) ,11/397/399} ;{ Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4089),

2/1369} ]

Kaum Muslimin Menghantar Satu Pasukan Perang Berani Mati;- Yusair ibn Jabir

berkata, "Suatu ketika berlaku ribut merah di Kufah. Ada seorang bertanya, "Wahai Abdullah ibn

Mas';ud, adakah Qiamat telah tiba?" Abdullah r.a yang sedang duduk bersandar berkata, "Qiamat

tidak akan tiba selagi manusia tidak membahagikan harta pusaka atau tidak gembira dengan

harta rampasan." Sambil menunjuk ke arah Syam beliau berkata, "Musuh akan menghimpun

tentera untuk menyerang kaum Muslimin dan berhimpun pula untuk menentang mereka." Daku

bertanya, "Adakah maksud kamu, Kaum Romawi?" Beliau berkata, "Ya! Waktu itu berlaku

peperangan yang dahsyat. Kaum Muslimin akan menghantar satu pasukan berani mati. Mereka

tidak akan kembali selagi tidak mencapai kemenangan. Mereka akan berjuang sehingga

dihalangi oleh malam. Ramai yang terbunuh di kedua-dua belah pihak dan kedua-duanya

kembali tanpa kemenangan.

Pada hari ke-empat, kaum Muslimin yang masih tinggal akan meneruskan perjuangan dan Allah

SWT akan menghancurkan musuh. Peperangan berlaku adalah yang belum pernah dilihat

ngerinya sehingga seekor burung yang terbang di atas (tempat) mereka akan jatuh mati sebelum

tiba di hujung medan. Daripada satu 1 keluarga seratus 100 orang hanya seorang yang hidup,

maka bagaimana ia akan gembira dengan harta rampasan itu atau dapat membahagikan harta

pusaka? Sedang mereka dalam keadaan begitu, maka terdengar pula satu berita yang lebih

dahsyat lagi. Satu seruan berteriak, "Dajjal telah keluar pada keluarga kamu." Maka bergegas

kaum Muslimin berangkat meninggalkan rampasannya dan dihantar dahulu sepuluh 10

penunggang kuda untuk mengintip." Nabi s.a.w. bersabda: "Daku mengetahui nama-nama

mereka, nama bapa mereka dan warna kuda mereka. Mereka adalah tentera berkuda yang terbaik

di atas muka bumi pada waktu itu."";- [ (Riwayat Muslim, Kitab Al-Fitan 7/177,178) ;( Musnad

Page 21: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

21

Ahmad 1/384,385).]

Peperangan Dengan Romawi;- Dhu Mukhammar berkata, bersabda Nabi s.a.w: "Kamu

akan berdamai dengan kaum Romawi dan bersama mereka, kamu akan menakluki musuh di

hujung Rom. Kamu akan menang dan memiliki banyak harta rampasan. Lalu kamu akan

berkhemah di suatu padang rumput luas yang berbukit- bukau. Seorang dari tentera Romawi

akan mengangkat salibnya dan melaung, "Kemenangan kepada salib!" lalu dibunuh oleh seorang

dari tentera Islam. Maka kaum Romawi mengkhianati perjanjiannya dan berlaku peperangan.

Mereka akan menghimpunkan tentera menentang kamu dengan lapan puluh 80 panji yang

setiapnya diiringi oleh 10,000 tentera.";- [ Musnad Ahmad, 9104; {Riwayat Abu Daud, Kitab al-

Malahim, (Hadith 4271) ,11/397/399} ;{ Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4089),

2/1369} ]

Kaum Muslimin Menghantar Satu Pasukan Perang Berani Mati;- Yusair ibn Jabir

berkata, "Suatu ketika berlaku ribut merah di Kufah. Ada seorang bertanya, "Wahai Abdullah ibn

Mas';ud, adakah Qiamat telah tiba?" Abdullah r.a yang sedang duduk bersandar berkata, "Qiamat

tidak akan tiba selagi manusia tidak membahagikan harta pusaka atau tidak gembira dengan

harta rampasan." Sambil menunjuk ke arah Syam beliau berkata, "Musuh akan menghimpun

tentera untuk menyerang kaum Muslimin dan berhimpun pula untuk menentang mereka." Daku

bertanya, "Adakah maksud kamu, Kaum Romawi?" Beliau berkata, "Ya! Waktu itu berlaku

peperangan yang dahsyat. Kaum Muslimin akan menghantar satu pasukan berani mati. Mereka

tidak akan kembali selagi tidak mencapai kemenangan. Mereka akan berjuang sehingga

dihalangi oleh malam. Ramai yang terbunuh di kedua-dua belah pihak dan kedua-duanya

kembali tanpa kemenangan. Pada hari ke-empat, kaum Muslimin yang masih tinggal akan

meneruskan perjuangan dan Allah SWT akan menghancurkan musuh. Peperangan berlaku adalah

yang belum pernah dilihat ngerinya sehingga seekor burung yang terbang di atas (tempat)

mereka akan jatuh mati sebelum tiba di hujung medan. Daripada satu 1 keluarga seratus 100

orang hanya seorang yang hidup, maka bagaimana ia akan gembira dengan harta rampasan itu

atau dapat membahagikan harta pusaka? Sedang mereka dalam keadaan begitu, maka terdengar

pula satu berita yang lebih dahsyat lagi. Satu seruan berteriak, "Dajjal telah keluar pada keluarga

kamu." Maka bergegas kaum Muslimin berangkat meninggalkan rampasannya dan dihantar

dahulu sepuluh 10 penunggang kuda untuk mengintip." Nabi s.a.w. bersabda: "Daku mengetahui

nama-nama mereka, nama bapa mereka dan warna kuda mereka. Mereka adalah tentera berkuda

yang terbaik di atas muka bumi pada waktu itu."";- [ (Riwayat Muslim, Kitab Al-Fitan

7/177,178) ;( Musnad Ahmad 1/384,385).]

Kaum Romawi berkhemah di A';mash atau Dabiq;- Abu Hurairah r.a. berkata,

"Qiamat tidak akan tiba sehingga kaum Romawi akan berkhemah di A';mash atau Dabiq. Satu

pasukan tentera yang terbaik waktu itu akan keluar dari Madinah menghadapi mereka. Apabila

telah bersedia barisan mereka, kaum Romawi berkata, "Biar kami membuat keputusan dengan

kaum kami yang ditawan (kamu) agar kami memerangi mereka." Kaum Muslimin akan berkata,

"Demi Allah, kami tidak akan serahkan saudara-saudara kami ( tawanan yang masuk Islam)

kepada kamu." Maka berlaku pertempuran. Satu pertiga (1/3) Muslimin akan lari dan Allah tidak

akan mengampuni mereka. Satu pertiga (1/3) akan terbunuh dan mereka adalah syuhada'; yang

terbaik di sisi Allah. Satu pertiga (1/3) akan menang, tidak lagi disesatkan dan berjaya menakluk

kota Qonstantiniyah. Sedang mereka membahagi-bahagikan harta rampasan dengan pedang

tergantung di pohon-pohon zaitun, Syaitan akan berteriak kepada mereka bahawa Dajjal telah

Page 22: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

22

keluar pada keluarga mereka. Mereka bergegas berangkat pulang dan apabila mereka tiba di

Syam, didapati ianya tidak benar dan Dajjal muncul sewaktu kaum Muslimin sedang bersiap

mengatur barisan perang mereka. Menjelang waktu solat, Isa ibn Maryam turun dan solat

bersama mereka. Apabila musuh Allah (Dajjal) melihat Baginda (Isa a.s), ia akan cair seperti

garam yang larut di dalam air dan Allah akan menghancurkannya.";- [Riwayat Muslim, Kitab Al-

Fitan 8/175,176.]

Kaum Muslimin Menawan Qonstantiniyah dan Rom;- Nabi s.a.w bersabda:"Kamu

akan memerangi kaum Romawi dan orang-orang beriman selepas kamu dari Hijjaz akan

memerangi mereka sehingga Allah membantu mereka menawan Qonstantiniyah dan Rom

dengan Tasbih dan Takbir. Tembok kota itu akan runtuh dan mereka akan memperolehi harta

rampasan yang tidak pernah dilihat sebelumnya dan diagih dengan menceduk menggunakan

perisai-perisai mereka. Seorang akan berteriak, " Wahai kaum Muslimin, Dajjal telah keluar di

negeri kamu bersama keluarga mu." Maka mereka segera meninggalkan harta-harta itu. Sesiapa

yang percaya menyesal dan sesiapa yang tidak percaya menyesal. Mereka akan bertanya,

"Siapakah yang berteriak itu?" tetapi mereka tidak akan mengetahui orangnya. Mereka berkata,

"Utus satu pasukan ke Ilya';. Jika Dajjal telah muncul, kamu akan terima beritanya." Maka

mereka pergi mengintip dan jika dilihat semuanya biasa mereka berkata, "Tidak mungkin orang

berteriak tanpa sebab, marilah lita berangkat ke Ilya';. Sekiranya kita dapati Dajjal di situ, kita

akan sama-sama memeranginya sehingga Allah membuat keputusan antara kita dengannya. Jika

Dajjal tidak ada maka kita kembali ke negeri dan keluarga kita.";- [Al-Haitami, Majma'; al-

Zawa';id; Riwayat Ibn Majah 7/248.]

Bebasnya Kota Konstantinopel, Pembangunan Baitul Maqdis sebagai tanda hancurnya

Yatsrib ( Madinah ) serta keluarnya Dajjal setelah pembebasan Kota Konstantinopel;- Mu'adh ibn

Jabal r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Pembangunan Baitul Maqdis (di Jerusalem)

akan diikuti dengan kemusnahan Yathrib (Madinah) dan disusuli peperangan yang sengit, dan

timbulnya perang besar ini berhubungan dengan dibebaskannya kota Konstatinopel, sedang

waktu dibebaskannya Konstatinopel inilah keluarnya Dajjal;- (Riwayat Abu Daud).

Mengenai Madinah;- Abu Hurairah r.a. berkata, "Mengenai Madinah, Nabi s.a.w.

mengatakan: Bahawa samada wabak (penyakit) atau Dajjal, tidak akan dapat memasukinya.";-

[Riwayat Bukhari, Kitab al-Fitan 9/76].

Nabi s.a.w. bersabda: "Dajjal akan muncul di suatu tempat di timur bernama Khurasan.

Pengikutnya adalah manusia yang berwajah seperti perisai yang telah dipalu tukul.";- [Riwayat

Tirmidzi, Abwab al-Fitan, 2338, 6/495.]

Daripada Umar r.a. berkata, bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak seorang Nabi

pun yang diutus Allah, melainkan ia memperingatkan kepada umatnya perihal kedatangan Dajjal.

Dajjal itu akan keluar di kalangan kamu semua, maka tidak samar lagi bagimu semua bahawa

Tuhan itu tidaklah bermata sebelah. Sesungguhnya Dajjal itu bermata sebelah, yang kanan tidak

dapat digunakan untuk melihat, seolah-olah matanya itu macam biji yang menonjol;- (Riwayat

Bukhari dan Muslim).

Dajjal pembawa fitnah;-Rasulullah s.a.w bersabda: "Sejak Allah swt menciptakan

Nabi Adam a.s. sampai ke hari kiamat nanti, tidak ada satu ujian pun yang lebih dahsyat daripada

Page 23: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

23

Dajjal.";- (Riwayat Muslim).

Ujian dan tanggungjawab setiap orang Islam melawan tipudaya Dajjal;-Rasulullah

s.a.w bersabda: "Sesungguhnya tidak ada satu fitnah (ujian) Allah di atas muka bumi ini sejak ia

menciptakan zuriat Nabi Adam a.s (sampai ke hari kiamat nanti) yang lebih dahsyat daripada

fitnah Dajjal. Dan sesungguhnya Allah tidak mengutus seorang nabi jugapun kecuali nabi itu

mengingat kaumnya akan ujian Dajjal ini: Aku (Rasulullah s.a.w) adalah Nabi yang terakhir

sekali dan kamu adalah juga ummat yang terakhir sekali, maka sudah pasti Dajjal itu akan keluar

pada zaman kamu (kerana telah terbukti sampai ke zaman Nabi s.a.w., bahawa Dajjal belum lagi

keluar). Seandainya ia keluar dan aku masih berada di kalangan kamu, maka akulah yang akan

berhujjah dengannya bagi mewakili setiap orang Islam. Dan jika ia keluar selepas kematianku,

maka kamu semua bertanggung jawab untuk melawannya dan Allah swt sebagai penolong kamu

sekalian";- (Riwayat Ibnu Majah).

Dajjal membawa api dan air;- Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Dajjal itu

akan keluar dengan membawa air dan api, maka apa yang dilihat manusia sebagai air, sebenarnya

itu adalah api yang membakar. Sedang apa yang dilihat oleh manusia sebagai api, maka itu

sebenarnya adalah air yang dingin dan tawar. Maka barangsiapa yang menjumpainya, hendaklah

menjatuhkan dirinya ke dalam apa yang dilihatnya sebagai api, kerana ia sesungguhnya adalah

air tawar yang nyaman;- (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dajjal membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka;- Daripada Abu

Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sukakah aku ceritakan kepadamu

tentang Dajjal, yang belum diberitakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sungguh Dajjal itu buta mata

sebelahnya dan ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun

yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka. Dan aku memperingatkan kalian sebagaimana

Nabi Nuh a.s memperingatkan kepada kaumnya.

Dajjal membawa sungai air dan sungai api;- Daripada Abu Hudzaifah r.a. berkata,

bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku lebih tahu dari Dajjal itu sendiri tentang

apa padanya. Dia mempunyai dua 2 sungai mengalir. Yang satu menurut pandangan mata adalah

air yang putih bersih. Yang satu lagi menurut mata adalah api yang bergelojak. Sebab itu, kalau

seorang mendapatinya hendaklah mendekati sungai yang kelihatan api. Hendaklah dipejamkan

matanya, kemudian ditekurkan kepalanya, lalu diminumnya air sungai itu kerana itu adalah air

sungai yang sejuk. Sesungguhnya Dajjal itu buta matanya sebelah ditutupi oleh daging yang

tebal, tertulis antara dua 2 matanya (di keningnya) perkataan kafir yang dapat dibaca oleh setiap

orang beriman pandai baca atau tidak;- (Riwayat Muslim).

Dajjal membunuh orang kemudian menghidupkan kembali;- Daripada Abu Said Al-

Khudri r.a. berkata, : Pada suatu hari Rasulullah menceritakan kepada kami tentang Dajjal dalam

suatu cerita panjang, di antaranya baginda menceritakan: "Dajjal itu nanti akan datang, dan dia

terhalang untuk melalui jalan-jalan masuk kota Madinah. Maka sampailah Dajjal itu ke sebuah

kebun dekat pinggir kota Madinah. Di hari itu datang kepadanya seorang laki-laki yang sangat

lawa. Laki- laki tadi mengucapkan: "Saya mengakui bahawa engkau ini adalah Dajjal yang telah

diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kami." Dajjal berkata (kepada pengikutnya):

"Bagaimana pendapat kamu, kalau saya membunuh orang ini, kemudian saya hidupkan kembali,

Page 24: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

24

adakah kamu masih ragu-ragu tentang kekuasaanku?" Pengikut-pengikutnya menjawab: "Tidak

ragu-ragu!" Lalu Dajjal membunuh laki-laki tadi, kemudian dihidupkan kembali. Ketika laki-laki

itu telah hidup kembali, dia mengucapkan (kepada Dajjal): "Demi Allah! Sekarang, saya lebih

mengerti tentang engkau (seorang Dajjal)" Lalu Dajjal hendak membunuhnya sekali lagi, tapi

Dajjal tidak sanggup melaksanakannya.";- (Riwayat Muslim).

Dajjal tidak masuk kota Makkah dan Madinah;- Daripada Anas bin Malik r.a. berkata,

bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Setiap negeri (nanti) akan diinjak oleh Dajjal, selain Makkah

dan Madinah. Setiap jalan masuk ke sana, dikawal oleh malaikat yang berbaris. Maka sampailah

Dajjal ke sebuah kebun (di pinggir Madinah) dan terjadilah tiga 3 kali gempa bumi di Madinah,

lalu setiap orang kafir dan munafik keluar dari Madinah menuju kebun tadi;- (Riwayat Muslim).

Kesalahan Manusia Makin Ketara Kebodohan;- Daripada Anas bin Malik r.a. berkata

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya sebahagian tanda-tanda dekatnya hari kiamat adalah

hilangnya kemanfaatan ilmu, makin ketara kebodohan, diminumnya khamar (arak), meluasnya

perzinaan dengan terang-terangan, banyaknya wanita dan sedikitnya lelaki sehingga lima puluh

50 wanita mempunyai satu pelindung lelaki;- (Riwayat Bukhari).

Turunnya Nabi Isa Dari Langit;- Dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w.

bersabda: Sentiasa ada golongan dari umatku yang berjuang membela kebenaran sehingga Hari

Kiamat. Pada ketika itu Nabi Isa akan turun. Berkatalah pemimpin mereka kepada Nabi Isa:

"Dipersilakan tuan mengimami kami bersolat!" Nabi Isa a.s, menjawab: "Tidak! Kerana antara

kamu sekalian saling pimpin- memimpin sebagai kehormatan dari Allah kepada umat ini.";-

(Riwayat Muslim).

Isa a.s. memburu Dajjal;- Daripada Urwah bin Mas'ud Ats Tsaqafi berkata, "Saya

mendengar Abdullah bin Amr berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Dajjal itu akan keluar

dari kalangan umatku, kemudian ia menetap selama empat puluh 40. Yang meriwayatkan hadis

ini berkata: "Saya tidak mengerti apakah yang dimaksudkan itu empat puluh 40 hari atau empat

puluh 40 bulan atau empat puluh 40 tahun..." Selanjutnya baginda bersabda: "Allah mengutus Isa

mencari Dajjal itu kemudian membinasakannya. Setelah itu manusia menetap seperti biasa

selama tujuh 7 tahun. Tidak ada pertengkaran antara dua 2 orang (pada waktu itu umat manusia

hidup dalam kerukunan;- (Riwayat Muslim).

Perang melawan Yahudi;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w.

bersabda: Hari Kiamat tidak akan tiba, sehingga (Kaum Muslimin) memerangi Kaum Yahudi,

sehingga batu tempat orang Yahudi bersembunyi itu pun berkata: "Hai, Orang Islam! Ini ada

orang Yahudi, bunuhlah!";- (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Umat Islam Memusnahkan Orang-Orang Yahudi;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata,

bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum

Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan

pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata: "Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada

dibelakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia! ", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang

berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia

melindunginya)";- (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Page 25: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

25

Hadith Oleh al-Nawwas ibn Sam';an al-Kilabi;- An-Nuwas ibn Sam';an berkata, "Pada

suatu pagi, Nabi s.a.w. bercerita mengenai Dajjal. Kadangkala Baginda menerangkan seperti

ianya tidak penting dan kadangkala mengatakan yang ia amat merbahaya sehingga kami

menyangka ia berada dekat pucuk pohon tamar.

Apabila kami menemui baginda setelah itu, dengan wajah yang ketakutan Baginda bertanya,

"Mengapa dengan kamu?" Kami berkata, "Ya Rasulullah, pagi tadi tuan bercerita mngenai Dajjal,

kadang-kadang seperti remeh, kadang-kadang seperti amat merbahaya sehingga kami sangka ia

berada di pohon tamar berdekatan." Baginda bersabda,: "Bagi kamu, daku bimbangkan hal selain

Dajjal. Jika dia muncul ketika aku berada dengan kamu, aku sendiri akan melawannya bagi

pihak kamu. Jika dia muncul setelah daku pergi maka setiap kamu hendaklah menghadapinya

bagi pihak kamu sendiri dan Allah akan menjaga setiap Muslim bagi pihak ku. Dajjal ialah

seorang pemuda, berambut kerinting dan sebelah matanya tersembul. Daku menyamakannya

seperti Abdul Uzza ibn Qatan. Sesiapa di kalangan kamu yang hidup untuk menyaksikannya,

bacalah ayat permulaan Surah al-Kahfi. Dia akan muncul di antara Sham dan Iraq dan

melakukan kemusnahan di kiri dan kanan. Wahai hamba-hamba Allah, berpegang teguhlah

kepada kebenaran."" Kami bertanya, "Wahai Rasulullah, bagi satu hari yang seperti satu tahun,

adakah solat sehari semalam memadai?" Baginda s.a.w. bersabda, : "Kamu hendaklah

melaksanakan solat mengikut masa ketika itu." Kami bertanya, "Ya Rasulullah, berapa pantas dia

bergerak di bumi?" Sabda Nabi s.a.w. "Seperti awan yang dibawa angin. Dia akan mengajak

manusia (kepada agama palsu) dan manusia akan terpengaruh dan mengekorinya. Dia akan

perintah awan yang akan turunkan hujan dan perintah bumi yang akan menumbuhkan tanaman.

Ternakan yang meragut tanaman itu, teteknya akan dipenuhi susu dan tubuhnya akan besar.

Kemudian Dajjal akan pergi pula kepada kaum yang lain dan menyeru mereka (kepada agama

batilnya) tetapi mereka menolaknya.

Dia pun meninggalkan mereka, langsung mereka menderita kebuluran dan tidak berharta.

Kemudian dia akan melalui kawasan yang tandus dan berkata, "Keluarkanlah khazanah kamu"

dan keluarlah khazanah seperti sekawan lebah. Kemudian dia menyeru seorang remaja dan

membelahnya dengan pedang dan meletakkan keratan itu berjauhan lalu menyeru dan remaja itu

yang akan datang berlari sambil ketawa. Waktu itu Allah akan menghantar Isa Al-Masih dan

Baginda akan turun di menara putih (al- manarrah al-baidha') di timur Damsyik memakai dua

pakaian berwarna kekuningan dengan meletakkan kedua tangan baginda di atas sayap dua 2

Malaikat.

Apabila baginda menundukkan kepalanya maka jatuhlah butiran seperti mutiara. Setiap kafir

yang terhidu haruman baginda akan mati dan nafas beliau sampai sejauh penglihatannya.

Baginda akan mencari Dajjal dan menjumpainya di pintu Ludd, lalu membunuhnya." Kemudian

sekumpulan orang yang diselamatkan Allah SWT akan datang kepada baginda dan beliau

menceriakan wajah mereka (dengan berita syurga). Kemudian Allah SWT wahyukan kepada

baginda, "Aku telah lepaskan makhluk Ku yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Bawalah

hamba- hamba Ku itu ke at-Thur." Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan

mereka akan turun di setiap lembah.";- [Riwayat Muslim, Kitab al-Fitan wa Ashrat as-Sa';ah,

8/196-199].

Ditimpa Tanah Runtuh dan Berbagai Bala Bencana;- Dilaporkan dari Abu Hurairah

Page 26: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

26

r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Demi Dia yang mengutuskan daku dengan kebenaran, bumi

ini tidak akan hancur sehingga penghuninya ditimpa tanah runtuh, ditimpa hujan batu dan

berubah menjadi binatang." Orang bertanya, "Bilakah terjadi demikian wahai Rasulullah?" Sabda

Baginda, "Apabila kamu melihat wanita menunggang di atas pelana, penyanyi berleluasa, saksi-

saksi memberi keterangan palsu menjadi kebiasaan dan lelaki meniduri lelaki dan wanita

meniduri wanita.";- [al-Haithami, Kitab al-Fitan].

Gempa Bumi dan Penyakit Kolera Akibat Muzik Bermaharajalela;- Sabda

Rasulullah s.a.w: Nanti pada akhir zaman akan terjadi gempa bumi dan penyakit kolera dan

perubahan-perubahan ini terjadi apabila muzik-muzik, biduanita-biduanita telah maharajalela

dalam kehidupan umat manusia dan minuman keras (arak) telah dihalalkan;- (Riwayat Thabrani).

Manusia Yang Berubah Tingkah Laku Seperti Kera Dan Babi;- Rasulullah s.a.w

bersabda: Kelak pada akhir zaman akan ada dari umat ini suatu kaum yang tingkah lakunya akan

jadi seperti kera dan babi. Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah! Tidakkah mereka bersaksi

bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad utusan Allah?" Rasulullah

menjawab: "Betul, mereka juga berpuasa, sembahyang dan haji." Mereka bertanya lagi: "Lalu

mengapa keadaan mereka menjadi begitu?" Rasulullah menjawab: "Mereka mengadakan

nyanyian-nyanyian, menabuh gendang disertai para biduanita dan penari, lalu pada malam

harinya mereka mengadakan pesta minum-minuman dan bermain-main maka pada pagi harinya

mereka berubah menjadi tingkah lakunya seperti kera dan babi. Dan sungguh akan ada seorang

yang pergi berbelanja ke kedai atas suruhan temannya, setelah ia kembali kepadanya, lalu ia

berubah tingkah lakunya seperti menjadi kera dan babi";- (Riwayat Ibnu Abi Dunia).

Lima Belas 15 Perkara Yang Mendatangkan Azab;- Ali ibn Abi Talib r.a berkata,

Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila umatku melakukan lima belas 15 perkara, maka azab akan

menimpa mereka." Seorang sahabat bertanya, "Apakah ia, ya Rasulullah?" Sabda baginda;-

- Apabila harta umat (Negara) dibolot hanya golongan kaya.

- Amanah dijadikan jalan mencari keuntungan.

- Zakat menjadi beban.

- Lelaki menta';ati isterinya dan mendurhakai ibunya.

- Berlaku baik kepada kawan sedangkan berkasar kepada bapanya.

- Suara-suara meninggi di masjid-masjid.

- Pemimpin adalah orang yang paling jahat di kalangan mereka.

- Seorang lelaki dihormati kerana ditakuti akan kejahatannya.

- Khamar (arak) diminum berleluasa.

- Orang lelaki, merata-rata memakai sutera.

- Penyanyi wanita dan alat-alat bunyian (muzik) dipuja-puja.

- Umat yang datang akhir menghina umat awalku (Umat di kalangan para sahabat

Rasulullah s.a.w).

- Maka waktu itu hendaklah mereka tunggu kedatangan angin merah atau mereka ditelan

oleh bumi atau diubah kepada rupa haiwan." Riwayat Tirmidzi, Abwab al-Fitan (Hadith 308),

6/4620-458).

Keluarnya Yakjuj Makjuj;- Telah diriwayatkan bahawa, Rasulullah s.a.w telah masuk

ke rumahnya dengan rasa ketakutan sambil berkata: Laa Ilaaha Ilallah, celaka bangsa Arab dari

Page 27: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

27

bahaya yang telah dekat, ini telah terbuka dinding Yakjuj Makjuj sebesar ini sambil

melingkarkan jari telunjuk dengan ibu jarinya. Zainab bin Jahsy bertanya: "Ya Rasulullah!

Dapatkah kami binasa, padahal masih ramai solihin di antara kami?" Jawab Rasulullah s.a.w.:

"Ya,! Jika telah banyak kejahatan.";- (Riwayat Muttafaq Alaihi).

Tirai dinding Yakjuj Makjuj;- Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda:

Allah telah membuka tirai dinding Yakjuj Makjuj sebesar ini; sambil melengkungkan jari

telunjuk dengan ibu jari;- (Riwayat Muttafaq Alaihi).

Daripada Nawas bin Sam'an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata, bahawa

Rasulullah s.a.w. bersabda;- Maka dikirim oleh Allah, Yakjuj dan Makjuj; mereka mengalir

dari tempat-tempat yang tinggi. Barisan depan mereka melalui Danau Tibris, lalu mereka minum

air Danau itu sampai habis. Kemudian barisan terakhir lewat pula di situ, lalu mereka

mengusapkan: "Sesungguhnya di sini dahulunya pernah ada air." Nabi Isa a.s. dan rakan-

rakannya terkepung (sehingga kekurangan makanan), sehingga seekor kepala sapi (kepala lembu)

bagi masing-masing mereka, lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu. Maka

berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim

penyakit hidung pada kenderaan Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya mati

sekaligus. Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada

tempat terluang agak sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah

Nabi Isa dan rakan- rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh

Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya

ke tempat yang dikehendaki Allah, kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak

membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi

sehingga bersih seperti kaca. Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; "Tumbuhkanlah buah-

buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!" Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang

kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Rezeki mereka

beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam

keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya

nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat,

bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;- (Riwayat

Muslim).

Binatang Buas dan Benda-Benda Padat Berbicara;- Daripada Abu Said al Khudri r.a.

berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Demi Dzat yang telah menciptakan diriku dengan

kekuasaan-Nya, tidak akan terjadi Hari Kiamat sebelum binatang- binatang buas berbicara

dengan manusia. Sebelum seseorang diajak berbicara oleh hujung serta tali-tali seliparnya. Dan

pahanya akan mengkhabarkan kepadanya tentang apa yang dilakukan oleh isterinya

sesudahnya;- (Riwayat Tirmidzi).

Binatang Buas Berbicara Dengan Manusia;- Dari Abu Said al Khudri r.a. bahawa

Rasulullah s.a.w, bersabda: Demi Dzat yang telah menciptakan diriku dengan kekuasaan-Nya,

tidak terjadi Hari Kiamat sehingga binatang-binatang buas berbicara dengan manusia, dan

seorang berbicara dari pangkal cemetinya dan bawah sandalnya, mengkhabarkan keadaan

keluarganya setelah ditinggal pergi.";- (Riwayat Ahmad).

Nabi Isa a.s berkahwin dengan perempuan kabilah "Judzam";- Seperti sabdaan

Page 28: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

28

Rasulullah s.a.w. ketika baginda menerima delegasi (perwakilan) yang datang dari kabilah

Judzam (dahulukala):- "Selamat datang, kaum Nabi Syuaib bapa mertua Nabi Musa.

Sesungguhnya tidak berlaku kiamat sehingga Nabi Isa a.s. akan berkahwin dengan keturunan

kamu dan akan lahirlah anaknya pula";- (H.Riwayat Al Muqrizy di dalam kitabnya Al Khuthath).

Seorang Ammah (Hamba Perempuan) Melahirkan Majikannya;- Daripada Abu

Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai.

Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: "Wahai Rasulullah s.a.w.

bilakah terjadinya kiamat?" Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: "Tidaklah orang yang

ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan

memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba

perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila

orang- orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka

itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-

lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima,

yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT." Kemudian baginda

membacakan ayat berikut ini: "Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan

tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di

dalam rahim";- (Riwayat Ibn Majah).

Nabi Isa Menjadi Hakim Dunia Yang Adil;- Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa

Rasulullah s.a.w bersabda; Demi Dzat yang jiwaku ada dalam kekuasaan-Nya, sungguh amat

dekat saat turunnya Isa putera Maryam di kalangan kamu sekelian yang bertindak sebagai

seorang hakim yang adil. Ia akan memecahkan semua kayu palang salib, membunuh babi,

melenyapkan pajak gadai dan pada waktu itu harta melimpah ruah, sehingga seorang pun tidak

ada yang mahu menerima harta yang disedekahkan kepadanya, hingga satu sujud lebih baik

daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya. Kemudian Abu Hurairah berkata: " Bacalah,

jikalau engkau semua menginginkannya:" Tidak ada sama sekali dari golongan ahli kitab,

melainkan mereka hanya beriman kepada Isa a.s. sebelum mangkat baginda iaitu setelah

turunnya ke bumi dan sebelum tibanya hari kiamat. Pada hari kiamat Isa a.s. akan menjadi saksi

atas semua orang.

Rasulullah s.a.w bersabda:- Maka hilanglah segala permusuhan dan benci- membenci

di kalangan manusia dan hilanglah segala bisa dari keseluruhan binatang yang berbisa sehingga

anak kecil memasukkan tangannya ke dalam mulut ular, maka ular itu tidak menggigitnya dan

tidak ada apa-apa kemudharatan. Anak kecil boleh bermain dengan singa, bahkan serigala yang

biasanya menerkam kambing akan terbalik seakan-akan menjadi anjing pemeliharanya. Bumi ini

akan dipenuhi dengan keamanan dan keselamatan seperti mana dipenuhkan sesuatu bejana

dengan air. Pendapat akan menjadi satu ( tiada perselisihan antara ummat) dan tidak disembah

kecuali hanya Allah dan segala peperangan akan berhenti dan orang Quraisy kembali memegang

tampuk kepimpinan (maksudnya kepimpinan Imam Mahdi);- (Riwayat Ibnu Majjah).

Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda, : "Qiamat tidak akan

berlakusehingga biri-biri yang bertanduk tidak lagi melawan biri-biri yang tidak bertanduk." ;-

[Riwayat Ahmad, Musnad, 2/442].

Tertolaknya sedekah dan ramainya kaum wanita;- Dari Harits bin Wahbin r.a. berkata:

Page 29: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

29

Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bersedekahlah kamu sekelian, kerana

sesungguhnya akan datang suatu masa atas kamu yang mana seseorang berjalan membawa

sedekahnya, maka ia tidak menjumpai orang yang mahu menerimanya. Seseorang

berkata:‘Seandainya kamu membawa kelmarin, nescaya aku menerimanya. Adapun hari

ini aku tidak memerlukannya';. ";- (Riwayat Bukhari).

Dari Abu Musa r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya nanti akan

datang suatu masa, di mana seseorang berkeliling membawa emas untuk bersedekah, lalu tidak

ada seorangpun yang menerimanya. Dan pada masa itu terlihat (terjadi) seorang laki-laki diikuti

oleh empat puluh 40 wanita yang semuanya akan berlindung kepadanya kerana sedikitnya laki-

laki dan ramainya kaum wanita.;- (Muttafaq Alaihi).

Dilaporkan dari Ka';b al-Ahbar bahawa Zul-Suwayqatain mula muncul di zaman Isa

ibn Maryam. Allah SWT menghantar baginda Isa a.s. memimpin 700 dan 800 orang. Sedang

mereka berbaris menuju Zul-Suwayqatain, Allah SWT mengirim bayu dari arah Yaman yang

akan mengambil roh setiap orang beriman. Hanya orang-orang yang jahat ditinggalkan dan

mereka akan bersetubuh seperti haiwan. Ka';b berkata, "Waktu itu, qiamat telah tersangat

hampir.";- [Zul Suwayqatain dalam Bukhari, Kitab al-Hajj. Bab Hadam al-Ka';bah (Kemusnahan

Ka';bah) 2/183. Muslim, Kitab al-Fatan wa Ashrat al-Sa';ah 8/183].

Rosaknya Kaabah;- Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan

ada orang yang merobohkan Kaabah, iaitu seorang yang berbetis kecil dari Habsyah (Ethiopia);-

(Riwayat Muttafaq Alaih).

Kaabah diruntuhkan;- Daripada Abdullah bin Amr bin 'Ash r.a. berkata, bahawa

Rasulullah s.a.w. bersabda:- "Ka'bah akan dihancurkan oleh orang Habsyah (orang Negro) yang

bergelar "Dzus-Suwaiqatain" (orang yang kedua-dua betisnya kecil) dan ia akan merampas

segala perhiasannya dan melucutkan kelambunya. Seakan- akan terbayang di hadapan mataku

keadaan seorang yang botak, bengkok sedikit sendi-sendinya. Ia memukul-mukul Ka'bah itu

dengan besi penyeduk dan kapak besar";- (H. Riwayat Imam Ahmad).

Al-Quran Akan Hilang Dan Ilmu Akan Diangkat;- Daripada Huzaifah bin al-Yaman

r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak

(warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang

sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan

sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan

dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka

(pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat.

Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, di antaranya orang-orang tua,

laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, "Kami sempat menemui nenek moyang

kami memperkatakan kalimat "La ilaha illallah", lalu kami pun mengatakannya juga". Maka

berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), "Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah

(apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa

yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah"? Maka Huzaifah

memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah mengulangi

pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan

Page 30: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

30

Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, "Kalimat itu

dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka" (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga

kali);- (Riwayat Ibnu Majah).

Sesungguhnya tanda-tanda pertama dekatnya hari kiamat yang keluar ialah terbitnya

matahari dari arah barat (Maghrib) dan keluarnya satu macam binatang ajaib di hadapan orang

ramai di waktu siang hari. Masa antara keduanya keluar lebih dahulu sebelum satunya, maka

yang satunya akan menyusul dalam waktu yang dekat sekali sesudah terjadinya yang pertama

itu;- (Riwayat Muslim dan Abu Daud).

Binatang yang keluar sebagai tanda akan datangnya hari kiamat itu akan keluar

dengan membawa cincin Nabi Sulaiman dan tongkat Nabi Musa a.s. Kemudian memberi

semacam tanda kepada wajah orang mukmin dengan menggunakan tongkatnya dan memberi cap

pada hidung orang kafir, dengan menggunakan cincin itu, sehingga orang-orang yang ahli tamu

sama berkumpul yang satu mengucapkan "Hai orang mukmin!" dan yang lain mengucapkan

"Hai orang kafir!";- (Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim).

Binatang itu akan keluar lalu memberi tanda kepada orang ramai di hidungnya.

Orang-orang berkumpul ramai sekali, sehingga ada orang yang membeli binatang tersebut,

pembeli itu ditanya: "Dari siapakah engkau membeli binatang ini?" Jawabnya: "Dari orang yang

dicap hidungnya.";- (Riwayat Ahmad)

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:- "Sesungguhnya, Allah swt akan mengutus angin (yang lembut) yang datang dari negeri Yaman.

Angin itu lebih lembut dari sutera. Ia tidak melalui seseorang yang beriman, walaupun imannya

hanya ada sebesar biji sawi kecuali ia akan mematikannya";-( Riwayat Muslim).

Abu Hurairah r.a. berkata, "Nabi s.a.w. bersabda, : "Qiamat tidak akan tiba sehingga

matahari terbit dari Barat. Manusia akan menyaksikannya, sesiapa yang berada waktu itu akan

mempercayainya tetapi itulah masanya dimana "...tidaklah bermanfaat Iman seseorang bagi

dirinya yang belum beriman sebelum itu." ;- [Riwayat Bukhari, Kitab al-Tafsir, 6/73].

Tidak akan terjadi Hari Kiamat, sebelum matahari terbit dari tempat terbenamnya

(Maghrib dan Barat). Apabila matahari terbit dari tempat terbenamnya, manusia semuanya

beriman. Maka di waktu itu, iman seseorang tidak berguna bagi dirinya yang tadinya belum

pernah beriman, juga bagi mereka yang belum pernah berbuat baik dalam berimannya;- (Riwayat

Muslim).

Rasulullah s.a.w bersabda:- "...Maka yang tinggal lagi hanyalah orang-orang yang jahat.

Cepat seperti burung yang terbang (untuk mengerjakan maksiat) dan jahat seperti binatang (pada

akhlak mereka). Mereka tidak kenal apa itu kebaikan dan tidak tahu apa itu kemungkaran. Lalu

syaitan menggoda mereka sambil berkata: "Kamu tidak mahu ikut akukah?". Mereka menjawab:

"Apa yang hendak engkau suruh?". Lalu syaitan menyuruh mereka menyembah berhala.";-

(H.Riwayat Muslim).

Kesalahan Manusia Seperti Kambing Berhati Serigala;- Daripada Abu Dzar r.a

Page 31: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

31

berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila zaman (Kiamat) semakin hampir, mendidik

anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat kepada yang lebih tua, dan tidak

ada rasa kasih sayang kepada yang lebih kecil, anak-anak zina semakin ramai, sehingga laki-laki

menyantap perempuan di jalanan, mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala;-

(Riwayat Thabrani dan Hakim).

Tidak ada manusia yang menyebut nama Allah lagi di muka bumi;- Daripada Anas

bin Malik r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:- "Tidak akan terjadi kiamat

sehingga tidak dikatakan "'Allah, Allah"' di atas muka bumi ini";- (H.Riwayat Muslim).

Mengenai Manusia Yang Hidup Di Ambang Qiamat;- Abdullah ibn Mas';ud r.a.

berkata, "Daku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Kefasihan boleh memukau;

manusia yang akan merasai qiamat semasa hidup ialah manusia yang terjahat dan mereka yang

menjadikan kubur sebagai masjid." ;- [Riwayat Ahmad, Musnad, 3/268].

Peristiwa-peristiwa Di Ambang Qiamat;- Telah diriwayat dari Abu Sa';id al-Khudri r.a.,

Nabi s.a.w. bersabda, : "Halilintar serta petir akan sering berlaku menjelang Qiamat sehingga

seorang akan bertanya kepada orang ramai, "Ada sesiapa di antara kamu yang dipanah petir pagi

tadi?" Maka disahut, "Si fulan dan fulan telah kena panah."" ;- [Riwayat Ahmad, Musnad,

3/64,65].

Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, : "Qiamat tidak

berlaku sehingga datang hujan lebat yang merosakkan sekelian tempat kediaman kecuali

khemah-khemah." ;- [Riwayat Ahmad, Musnad, 2/262].

Sabda Rasulullah s.a.w;- "Tidak terjadi kiamat itu sehingga orang bersetubuh

(berzina) seperti bersetubuh keldai di tengah jalan."- (H.Riwayat Ibnu Hibban).

Abu Hurairah r.a. berkata bahawa beliau dengar Rasulullah s.a.w. bersabda,:

"Qiamat tidak akan berlaku sehingga punggung wanita-wanita Dhaus mengelilingi Zul-

Khalasah.";- [Riwayat Bukhari, Kitab al-Fitan, 8/182].

*** Dhaus ialah suatu kaum di Yaman. Zul-Khalasah ialah rumah berhala di zaman

Jahiliyyah. Mereka percaya sesiapa menyembah atau mengelilinginya akan disucikan (khallasa).

Hadith ini bererti kaum itu akan murtad dan kembali menyembah berhala sehingga wanita

mereka menyembah dan mengelilinginya dengan menggoyang-goyangkan tubuh mereka.

Jika keadaan sudah jadi seperti ini, maka kiamat bila-bila masa boleh terjadi. Kiamat diumpamakan seperti:- "Seperti perempuan yang mengandung yang sudah cukup

bulan. Keluarganya tidak tahu bilakah mereka akan dikejutkan dengan kelahiran anak yang

dalam kandungannya, sama ada di waktu malam atau siang";- (H.Riwayat Ahmad).

Gempa bumi di timur, barat dan semenanjung Arab;- Sebelum berlaku kehancuran

alam ini, maka akan terjadi dahulu gempa bumi yang besar dan amat dahsyat menenggelamkan

manusia ke dalam perut bumi. Gempa yang seumpama itu akan berlaku di Timur, kemudian di

Barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab.

Page 32: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

32

Keluarnya Api Dari Hijjaz;- Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w

bersabda: Tidak akan tiba Hari Kiamat sehingga keluar api dari tanah Hijaz yang dapat

menerangi unta-unta di Bushra.;- (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Keluarnya api dari Hijjaz menghalau manusia pada masa itu dari arah selatan Yaman

ke utara negeri Syam, maka ketika itu Malaikat Israfil akan meniup sangkala tiupan yang

pertama yang mengejutkan ke semua orang yang berada pada hari itu. Di hari itu orang ramai

tidak sempat berurusan dengan urusan masing-masing. Mereka akan dikejutkan dengan tiupan

yang keras sekali, yang menderu di udara sehingga semua orang akan tercengang ke langit

mendengarkannya.

Oleh itu hendaklah kita meneliti wasiat Rasulullah SAW supaya mengikuti Al- Quran, Hadith

dan mengamalkan sunnah-sunnah baginda s.a.w. agar kita terhindar daripada kesesatan dengan

meninggalkan kesalahan-kesalahan yang dinyatakan, agar berjaya di dunia dan di akhirat....

Insya Allah. Oleh;- Saif Abdullah Al-Akmal Al-Jamal An-Nuur Al-Lail

Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara

menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan

Baitulmuqaddis." * Sahih Bukhari*

Zina bermaharajalela.

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti

himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." * Sahih Muslim*

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan

apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." * Abu Hurairah r.a*

Bermaharajalela alat muzik.

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya

kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah

bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" * Ibnu Majah*

Menghias masjid dan membanggakannya.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam

mendirikan masjid" * Riwayat Nasai.*

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak

akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan

silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." * Riwayat Ahmad dan Hakim*

Page 33: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

33

Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli

agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk

yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." * Riwayat Ahmad*

Orang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah duniaakan dikuasai oleh Luka' bin Luka'

(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman

yang diapit oleh dua orang mulia" * Riwayat Thabrani*

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu

mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." * Riwayat Ahmad*

Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan

sabit." * Riwayat Thabrani*

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan

membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-

bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak

menyesatkanmu dan memfitnahmu" * Sahih Muslim*

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan

kesaksian yang benar" * Riwayat Ahmad*

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan

sungai* Sahih Muslim*

1 - Pada akhir zaman nanti akan berlaku peperangan demi peperangan demi peperangan.

Ya benar sabda Baginda Rasulullah s.a.w itu . Semenjak Baginda Rasulullah s.a.w dilahirkan dan

diutuskan untuk mengembangkan Islam , Al-Quran dan Hadist selalu menyatakan : “ Telah

dekatlah saatnya qiamat dan telah terbelahlah bulan “ ~ Surah al-Qamar , ayat 1 .

Saidina Sahl Bin Sa‟ad r.a berkata , aku pernah mendengar Baginda Rasulullah s.a.w bersabda

sambil Baginda s.a.w memberikan isyarat dengan dua jarinya (merapatkan jari telunjuk dengan

Page 34: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

34

jari tengahnya) seraya berkata : (Aku dilahirkan dan saat hampirnya qiamat dengan kelahiranku

itu adalah seperti dua batang jariku ini) ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh al-Imam Muslim rh .

Oleh itu , memang semenjak kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w itu sendiri HARI KIAMAT

SUDAH SEMAKIN DEKAT DIRASAI , SUDAH SEMAKIN HAMPIR KEPADA KITA .

Hampir di sini bukanlah menurut perhitungan kita , tetapi menurut

perhitungan Allah Ta‟ala yang tidak “ terkesan “ dengan sebarang perubahan hari , bulan , tahun

dan waktu .

Hadist yang menceritakan perihal akan berlakunya peperangan demi peperangan itu ialah :

Daripada Saidina Abu Hurairah r.a , Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda: (“Tidaklah akan

berlakunya Hari Qiamat sehinggalah melimpah-ruah harta-benda dan timbul fitnah ~ ujian

terhadap keimanan ~ dan banyak pula berlaku “ al-Harj “ . Para sahabat r.a bertanya : Apakah al-

Harj itu wahai Rasulullah ? , Baginda s.a.w menjawab : “ Peperangan demi peperangan demi

peperangan “ ~ diulangi sebanyak 3 kali) ~ Hadist diriwayakan oleh al-Imam Muslim rh (Kitab

al-Fitan wa Ashrot as-Sa‟ah – 6310 ) dan al-Imam Ibnu Majah rh di dalam Kitab al-Fitan , Bab :

Ashrot as- Sa‟ah .

2- Rasulullah berkata lagi yang mafhumnya: pada akhir zaman nanti ada padang pasir akan

disuburkan dan tanam dengan tanam-tanaman. Benar atau tidak?

Ya benar , Baginda Rasulullah s.a.w ada bersabda :

Daripada Saidina Abu Hurairah r.a , Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : (“ idaklah akan

berlakunya Hari Qiamat itu sehinggalah Tanah Arab ~ yang tandus ~ itu akan menjadi lembah

yang subur dan diairi oleh sungai-sungai“) ~ Hadist diriwayatkan oleh al-Imam Muslim rh

(Kitab az-Zakah , Bab at-Targhib fi as-Sodaqah…) dan al-Imam Ahmad (Baqi Musnad al-

Muktsirin )

Soalan Saudara Lagi :

3 - Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: Pada akhir zaman nanti hampir tidak dapat masuk

secupak gandum ke Iraq.

Ya benar , Baginda Rasulullah s.a.w ada bersabda :

Daripada Saidina Abu Nadhrah r.a dia telah berkata : Kami pernah duduk bersama-sama dengan

Saidina Jabir Bin „Abdullah r.a , dan dia pernah berkata : (“Hampir-hampir nanti penduduk Iraq

tidak akan dikumpulkan kepada mereka semangkuk biji-bijian (makanan) dan satu dirham pun

“ ) . Kami bertanya (kepada Saidina Jabir r.a) : “ Bagaimanakah sampai boleh terjadi begitu ? “ .

Jawabnya: (“Disebabkan perbuatan Bangsa Asing . Mereka inilah yang menghalangnya

memasuki Iraq“) . Saidina Jabir r.a berkata lagi : (“ Hampir-hampir nanti penduduk negara Syam

tidak akan dikumpulkan kepada mereka satu dinar sekalipun dan tidak juga semangkuk makanan

“) . Kami bertanya lagi kepadanya : (“Bagaimanakah sampai boleh terjadi sebegitu pula ?“) .

Jawab beliau r.a : (“Itu disebabkan perbuatan Rom“) , kemudian beliau r.a terdiam seketika

sehinggalah beliau r.a menyambung kata-katanya : (“ Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

Pada akhir umatku nanti ada seorang pemimpin yang menimbunkan hartanya bertimbun-timbun

Page 35: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

35

dan tidak dia mengiranya satu-persatu ) . Dia berkata lagi : Aku pun ( Saidina Jabir r.a ) bertanya

kepada Saidina Abu Nadhrah r.a dan Saidina Abu al-„Ala‟ r.a : ( Adakah kamu sangka pemimpin

itu adalah Saidina „Umar Bin „Abdul „Aziz r.a ?) . Mereka berdua r.a menjawab : (Tidak !) ~

Hadist diriwayatkan oleh al-Imam Muslim rh (Kitab al-Fitan wa Ashrot as-Sa‟ah : 6364)

PENJELASAN HADIST :

(a) ~ Hadist di atas adalah sungguhpun pada permulaannya adalah hadist mauquf (kerana

bersumber drp sahabat r.a , bukannya terus drp Baginda Nabi s.a.w) akan tetapi hadist ini

diterima . Ini disebabkan kita percaya berita mengenai hal ghaib (apa yang akan datang) TIDAK

AKAN DIREKA-CIPTA @ PANDAI-PANDAI SENDIRI oleh seorang sahabat r.a seperti

Saidina Jabir r.a dan kedua-dua orang rakannya di atas . Kita juga percaya bahawa mereka

berkata demikian (di dalam hal ghaib ini) kerana mereka sendiri pernah mendengarnya daripada

lisan Baginda Rasulullah s.a.w sendiri.

( b) ~ Terdapat beberapa huraian mengenai bagaimanakah para penduduk Iraq dan Syam

(Palestin , Utara Jordan , Lubnan dan Syiria) terhalang daripada makanan dan harta-benda

ataupun ( menurut satu pendapat lain ) negara-negara itu sendiri akan menghalang orang lain

daripada memiliki harta-benda dan makanan mereka , iaitu samada (1) ~ Mereka memeluk

Islam , maka mereka tidak lagi perlu membayar jizyah . [b] (2) ~ Bangsa Asing dan Rom akan

menakluk negara-negara itu di akhir zaman kelak lalu menghalang umat Islam lain menikmati

harta-benda dan makanan negara- negara tersebut ~ ini adalah pendapat yang paling termasyhur .

Manakala pendapat 3 ~ pula , para penduduk negara tersebut akan menjadi murtad dan tidak pula

mahu membayar jizyah ataupun kharaj ~ pendapat ini lemah . { Fathul Mun‟iem Syarh Sahih al-

Imam Muslim rh , Jilid 10, halaman: 513 } .

Soalan Saudara Lagi :

4 - Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: Kamu akan berdamai dengan kaum Rom lalu

memerangi musuh di belakang kamu

Jawapannya :

Ya benar , Baginda Rasulullah s.a.w ada bersabda :

” kemudian kamu akan berbaik-baik dengan Bangsa Rom dan kamu serta Rom akan memerangi

musuh di belakang mereka . Lalu kamu akan menang , berasa aman dan memperolehi harta

ghanimah , sehinggalah apabila kamu sampai ke sebuah taman yang luas , nanti akan ada

seorang drp pihak Rom : “ Salib telah menang “ , manakala seorang pula drp tentera Islam akan

berkata : “ Bahkan sebenarnya Allah lah yang telah menang “ .

Pasukan Rom itu tadi terus-menerus mengucapkan ucapan itu dan mengangkat salib mereka drp

jauh , sehinggalah seseorang daripada pihak tentera Islam marah lalu menerpa kepada si lelaki

(Rom) yang memegang salib itu dan membunuhnya . Lelaki Islam itu pula dibunuh oleh mereka

drp pasukan Rom .

Kemudian , tentera Islam pula segera mencapai senjata-senjata mereka dan memerangi Rom pula

sehinggalah tentera Islam itu diberikan kemulian oleh Allah Ta‟ala dengan anugerah mati syahid .

Page 36: Himpunan Hadis Nabi tentang hari kiamat

Himpunan hadith nabi tentang kedatangan hari kiamat

36

Pasukan Rom selepas itu pun balik dan menemui raja mereka dan berkata : “ Kami dah takluk

Tanah Arab untuk tuanku ! “ .

Kemudian , tentera Rom itu pula berkumpul untuk menghadapi satu peperangan yang besar

(seperti Armageddon ~ menurut lagenda mereka) dan akan datanglah mereka sebanyak 80

pasukan dan setiap pasukan itu ada 12, 000 tentera “ ~ Sahih al-Imam Ibnu Hibban rh , No.

Hadist : 6709 , Halaman : 102 , Jilid : 15 , Terbitan : Muassasah ar-Risalah, Beirut ( 1993 ) .