hikayat siak

13
PROSA TRADISIONAL : HIKAYAT SIAK Tuan Bujang (Raja Kecil) Dinobatkan Tuan Bujang meminta izin daripada Sultan Pelembang hendak mengembara. Sultan Palembang mengizinkan sambil membekalkan pakaian keemasan dan keris kebesaran. Tuan Bujang mengembara ke Rawas. Di situ, Tuan Bujang berkahwin dengan anak Dipati Raja Kucing dan memperoleh seorang anak lelaki yang dinamakan Raja Alam. Tuan Bujang mengembara ke Jambi dan singgah di Batu. Di situ baginda berperang dengan Sultan Maharaja kerana berebut kebesaran. Tuan Bujang luka di paha kiri dan akhirnya Sultan Maharaja menang. Tuan Bujang mengembara pula ke Minangkabau dan singgah di Pagaruyung. Tuan Bujang menghadap sultan dan baginda terkejut apabila melihat Tuan Bujang. Sultan menanyakan sebab Tuan Bujang berada lama di laut. Tuan Bujang memberitahu bahawa dia melihat cupak gantang orang. Sultan ingin mengetahui tindakan yang akan diambil oleh Tuan Bujang. Tuan Bujang memberitahu bahawa dia akan menurut sahaja apa yang diperintahkan. Puteri Jilan memerintahkan supaya Tuan Bujang pergi ke Siak untuk mengambil semula takhta kerajaan Negeri Johor dan menuntut bela atas kematian ayahandanya. Tuan Bujang dinobatkan oleh Yamtuan Sakti dan baginda ingin menguji Tuan Bujang sebagai pewaris Minangkabau. Apabila semua rakyat berkumpul, Tuan Bujang dipakaikan alat kerajaan oleh Puteri Jilan. Mahkota kerajaan dipakaikan oleh Yamtuan Sakti di kepala Tuan Bujang sambil menyebut-nyebut salasilah Tuan Bujang. Apabila diperlakukan sedemikian, muka Tuan Bujang berubah seperti bunga raya kembang pagi sehingga tidak dapat dipandang akibat bercahaya. Apabila melihat keadaan sedemikian, semua orang sujud kepada Tuan Bujang sambil menyeru supaya Tuan Bujang berada dalam keadaan aman sebagai pemerintah yang agung. Tuan Bujang diberi gelaran Yang Dipertuan Raja Kecik. Pada suatu hari, Puteri Jilan dan Yang Dipertuan Sakti membawa pedang kebesaran yang berasal dari Minangkabau. Puteri Jilan membekalkan rambutnya yang berukuran lima depa, dua butir kupang-kupang dan satu cap. Di dalam cap itu telah ditulis perjanjian supaya segala anak Minangkabau menyembah Yang Dipertuan Raja Kecik dan jika enggan berbuat demikian maka akan terkena sumpah. Apabila selesai dibuat perjanjian, Yang Dipertuan Raja Kecik memohon daripada Yang Dipertuan Sakti dan Puteri Jilan untuk berangkat. Baginda dibekalkan dengan pembesar dan hulubalang. Puteri Jilan mengucapkan selamat kepada cucunya itu dan berharap akan beroleh apa yang dihajati. Kisah Raja Kecil

Upload: azlindanan72679

Post on 23-Jan-2016

32 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

KOMSAS

TRANSCRIPT

Page 1: HIKAYAT SIAK

PROSA TRADISIONAL : HIKAYAT SIAK

Tuan Bujang (Raja Kecil) Dinobatkan

Tuan Bujang meminta izin daripada Sultan Pelembang hendak mengembara. Sultan Palembang mengizinkan sambil membekalkan pakaian keemasan dan keris kebesaran. Tuan Bujang mengembara ke Rawas. Di situ, Tuan Bujang berkahwin dengan anak Dipati Raja Kucing dan memperoleh seorang anak lelaki yang dinamakan Raja Alam.

Tuan Bujang mengembara ke Jambi dan singgah di Batu. Di situ baginda berperang dengan Sultan Maharaja kerana berebut kebesaran. Tuan Bujang luka di paha kiri dan akhirnya Sultan Maharaja menang.

Tuan Bujang mengembara pula ke Minangkabau dan singgah di Pagaruyung. Tuan Bujang menghadap sultan dan baginda terkejut apabila melihat Tuan Bujang. Sultan menanyakan sebab Tuan Bujang berada lama di laut. Tuan Bujang memberitahu bahawa dia melihat cupak gantang orang. Sultan ingin mengetahui tindakan yang akan diambil oleh Tuan Bujang. Tuan Bujang memberitahu bahawa dia akan menurut sahaja apa yang diperintahkan. Puteri Jilan memerintahkan supaya Tuan Bujang pergi ke Siak untuk mengambil semula takhta kerajaan Negeri Johor dan menuntut bela atas kematian ayahandanya.

Tuan Bujang dinobatkan oleh Yamtuan Sakti dan baginda ingin menguji Tuan Bujang sebagai pewaris Minangkabau. Apabila semua rakyat berkumpul, Tuan Bujang dipakaikan alat kerajaan oleh Puteri Jilan. Mahkota kerajaan dipakaikan oleh Yamtuan Sakti di kepala Tuan Bujang sambil menyebut-nyebut salasilah Tuan Bujang. Apabila diperlakukan sedemikian, muka Tuan Bujang berubah seperti bunga raya kembang pagi sehingga tidak dapat dipandang akibat bercahaya.

Apabila melihat keadaan sedemikian, semua orang sujud kepada Tuan Bujang sambil menyeru supaya Tuan Bujang berada dalam keadaan aman sebagai pemerintah yang agung. Tuan Bujang diberi gelaran Yang Dipertuan Raja Kecik.

Pada suatu hari, Puteri Jilan dan Yang Dipertuan Sakti membawa pedang kebesaran yang berasal dari Minangkabau. Puteri Jilan membekalkan rambutnya yang berukuran lima depa, dua butir kupang-kupang dan satu cap. Di dalam cap itu telah ditulis perjanjian supaya segala anak Minangkabau menyembah Yang Dipertuan Raja Kecik dan jika enggan berbuat demikian maka akan terkena sumpah.

Apabila selesai dibuat perjanjian, Yang Dipertuan Raja Kecik memohon daripada Yang Dipertuan Sakti dan Puteri Jilan untuk berangkat. Baginda dibekalkan dengan pembesar dan hulubalang. Puteri Jilan mengucapkan selamat kepada cucunya itu dan berharap akan beroleh apa yang dihajati.

Kisah Raja Kecil

Sebelun tiba di Siak, baginda singgah di Bukit Batu. Di situ baginda membeli ikan terubuk beserta telurnya untuk dibawa ke Siak. Orang Siak tidak mengenali baginda dan baginda terpaksa bekerja sebagai Nakhoda Penangguk.

Baginda pergi ke Mengkalis untuk berjumpa dengan anak-anak Minangkabau. Baginda berjumpa dengan penghulu di situ sambil menyerahkan cap yang dibekalkan oleh Yang Dipertuan Sakti. Apabila melihat cap daripada Pagaruyung dan titah daripada Yang Dipertuan Sakti itu, semua orang menjadi terkejut dan takut. Semua penduduk Mengkalis berkumpul dan menyembah Yang Dipertuan Raja Kecik. Mereka akan menurut apa-apa sahaja yang diarahkan oleh baginda.

Baginda berangkat ke Batu Bahara dan mendapati ramai anak Mingkabau tinggal di situ. Baginda melantik penghulu di situ dan semuanya memberikan sokongan kepada baginda. Baginda ingin menyerang Johor.

Raja Kecil Menyerang Johor

Page 2: HIKAYAT SIAK

Raja Bugis yang terdiri daripada Daeng Parani, Daeng Celak dan Raja Tuha datang ke Mengkalis. Mereka menghadap Yang Dipertuan Raja Kecik kerana sudah mengenali baginda semasa baginda berada di Bangkah Kota sewaktu tinggal bersama Sultan Palembang. Mereka berbincang untuk menyerang Johor. Mereka membuat perjanjian jika berjaya menakluk Johor, baginda akan menjadi Yang Dipertuan Besar dan Daeng Parani akan menjadi Yang Dipertuan Muda. Setelah semuanya bersetuju, Daeng Parani meminta izin hendak ke Langat bagi mengambil segala orang Bugis yang berada di situ. Keesokannya, Sepucuk surat telah dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Johor untuk memberitahu anakanda Marhum Mangkat Dijulang hendak menuntut bela serta meminta supaya membaiki kota yang sudah rosak dan mendalamkan parit.

Apabila membaca surat tersebut, Yang Dipertuan Johor mengumpulkan seluruh rakyat supaya bersama-sama membaiki kota dan mendalamkan parit. Apabila tersebar berita bahawa anakanda Marhum Mangkat Dijulang akan datang, semua rakyat keluar kerana ingin berjumpa dengan Yang Dipertuan Raja Kecik dan memberitahu bahawa mereka juga datang dari Minangkabau. Apabila semuanya telah sempurna, baginda berangkat ke Johor sambil diiring oleh segala rakyat.

Apabila tiba di Johor, seluruh rakyat Johor menjadi gempar dan datang menghadap baginda. Mereka memberitahu jika benar baginda raja yang sebenar, baginda perlu membuat supaya air yang masin menjadi tawar. Baginda bersetuju dengan mengambil rotan untuk dilingkar dan memasukkan air ke dalamnya. Dengan Izin-Nya, air tersebut menjadi tawar. Seluruh rakyat Johor gembira dan mengaku bahawa baginda adalah pemerintah Johor. Baginda meminta supaya rakyat Johor menyembah dan menyembut ’daulat’.

Apabila baginda masuk ke negeri Johor, baginda dibedil. Anehnya meriam yang digunakan keluar air menyebabkan tiada bunyi. Baginda belayar sehingga sampai ke Pangkalan Rama. Baginda melompat ke atas jambatan. Baginda memegang pedang kerajaan yang bernama Sepurejab. Apabila hulubalang melihat baginda melompat sedemikian, merekapun segera melompat untuk mengiring baginda.

Apabila Yang Dipertuan Johor mendengar Yang Dipertuan Raja Kecik sudah masuk ke kota, bagindapun lari bersama anaknandanya dan pulang ke kampung lama Bendahara. Yang Dipertuan Raja Kecik masuk ke istana dengan diiringi para pembesar. Baginda hairan apabila melihat Bendahara tiada di situ. Penghulu Istana memberitahu bahawa Bendahara telah melarikan diri.

Yamtuan Muda mengamuk dengan membunuh semua anak dan bininya kecuali seorang anak perempuan. Setelah berbuat demikian, dia menjadi takut dan lari ke hutan untuk bersembunyi. Yang Dipertuan Besar tidak mahu melarikan diri kerana memikirkan perbuatannya membunuh ayahanda Yang Dipertuan Raja Kecik adalah kesalahn berat. Dia ingin menyerahkan dirinya kepada Yang Dipertuan Raja Kecik. Baginda menyatakan bahawa tidak patut membunuh Yang Dipertuan Besar kerana dia sudah menyerah diri.

Apabila mengetahui Yamtuan Muda membunuh anak isterinya, baginda meminta pendapat Bendahara. Yamtuan Muda diperintah supaya dibunuh kerana kesalahan membunuh anak isterinya. Encik Apung, iaitu bonda kepada Yang Dipertuan Raja Kecik telah meninggal dunia. Baginda sangat bersedih apabila bondanya mangkat. Bonda baginda dikebumikan seperti anak-anak raja dan orang-orang besar. Orang mengaji di makam bonda selama empat puluh hari serta tahlil dan sedekah diberikan kepada fakir miskin.

Baginda ingin mengahwini Tengku Tengah, anak Bendahara. Apabila tiba hari raya, semua anak Bendahara menghadap baginda kecuali Tengku Tengah yang tidak datang. Apabila terpandang Tengku Kamariah, baginda rasa berkenan dan mengambil cincin di jari Tengku Tengah untuk diberikan kepada Tengku Kamariah. Tengku Kamariah menangis dan bendahara memberitahu dia perlu menurut perintah Yang Dipertuan. Baginda memberitahu Bendahara untuk berkahwin dengan Tengku Kamariah. Bendahara menurut sahaja apa yang diperintahkan oleh Yang Dipertuan.

Baginda dirajakan di negeri Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah. Baginda bernikah dengan Tengku Kamariah.

Page 3: HIKAYAT SIAK

ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM HIKAYAT SIAK

ITEM PERNYATAAN HURAIANTema Pengembaraan anak raja

untuk menuntut hak yang telah dirampas oleh orang lain

Yang Dipertuan Raja Kecik telah mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangkat Dijulang sehinggalah baginda ditabalkan menjadi Sultan Johor.

Persoalan Persoalan kesabaran akan membuahkan kejayaan

Kesabaran yang Dipertuan Raja Kecik mengembara dari satu tempat ke satu tempat membuahkan kejayaan apabila akhirnya baginda ditabalkan sebagai Sultan Johor

Persoalan kebenaran tetap terbukti apabila tiba masanya

Kebenaran Yang Dipertuan Raja Kecik sebagai pemerintah sebenar negeri Johor akhirnya terbukti apabila baginda ditabalkan menjadi Sultan Johor

Persoalan keberanian menuntut hak warisan keluarga

Tuan Bujang menuntut hak sebagai pemerintah sebenar negeri Johor apabila dirampas oleh Yang Dipertuan Johor setelah membunuh ayahandanya

Persoalan perpaduan dan kerjasama

Orang Minangkabau dan orang bugis telah berpadu tenaga untuk membantu Yang Dipertuan Raja Kecik menawan semula negeri Johor

Nilai Kegigihan Yang Dipertuan Raja Kecik gigih mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan bahawa baginda adalah pemerintah sebenar negeri Johor

Keberanian Yang Dipertuan Raja Kecik berani mempertahankan hak sebagai pemerintah sebenar negeri Johor

Baik hati/ pemaaf Yang Dipertuan Raja Kecik telah memaafkan kesalahan Yang Dipertuan Johor kerana telah membunuh ayahandanya malah melantik pula sebagai bendahara

Kerjasama/ perpaduan Orang Minangkabau dan orang Bugis telah bekerjasama membantu Yang Dipertuan Raja Kecik menyerang negeri Johor

Pengajaran Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan

Yang Dipertuan Raja Kecik gigih berusaha mendapatkan kembali haknya sebagai pemerintah negeri Johor

Kita hendaklah berusaha menuntut hak yang telah dirampas oleh orang lain

Yang Dipertuan Raja Kecik sanggup berusaha mendapatkan kembali hak sebagai pemerintah negeri Johor yang telah dirampas oleh Yang Dipertuan Johor

Kita hendaklah bekerjasama dan bersatu bagi mencapai matlamat

Yang Dipertuan Raja Kecik meminta kerjasama daripada orang Minangkabau dan orang Bugis bagi membina kekuatan menyerang negeri Johor

Kita janganlah berdendam dengan orang lain kerana ia akan membawa perpecahan dalam masyarakat

Yang Dipertuan Raja Kecik tidak berdendam dengan Yang Dipertuan Johor walaupun telah membunuh ayahandanya kerana yang Dipertuan Johor telah menyerah diri dan insaf

Page 4: HIKAYAT SIAK

Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya.

Maka, tiada berapa lamanya, Tuan Bujang pun dinobatkan Yamtuan Sakti, sama-sama dengan anaknya sendiri. Dan titah Yamtuan Sakti, ”Aku ini hendak menguji pusaka Minangkabau, betulkah anak saudara punya pusaka itu, tiada, baiklah aku nobat akan keduanya sekali.”

Maka dipalu tabuh larangan, menyahut tabuh yang banyak. Maka berkampunglah orang dalam negeri, Menteri Yang Berempat, mengadap nobat. Setelah itu, dipukul akan gendang kulit tuma. Tuan Bujang memakai alat kerajaan oleh Puteri Jilan. Setelah sudah, maka Tuan Bujang bersandarlah kepada tiang teras kayu jelatang. Dan mahkota kerajaan pun diletakkan oleh Yamtuan Sakti di kepala Tuan Bujang. Maka Puteri Jilan pun berdiri, sambil beryang-yang, ”Jikalau engkau asal putera saudaraku di Johor, salasilah daripada Sultan Iskandar Zulkarnain, nenek, nasab Nusirwan Adil, pancar Nabi Allah Sulaiman alaihissalam, tiadalah dapat suatu apa-apa. Dan pusaka Minangkabau Si Bujanglah yang lebih.” Dan adalah muka Tuan Bujang, seperti bunga raya kembang pagi, tiada dapat dipandang, bercahaya-cahaya. Dan empat anak menteri memegang tombak tetaran sakar jantan, kiri dan kanan.

Maka segala pegawai, Menteri Yang Berempat, Bendara yang di Sungai Tarab, Makhdum di Sumanik, Enduma di Suroso, semuanya sujud menyembah, mengatakan, ”Daulat Tuanku Yang Maha Mulia, kekallah dan kararlah di dalam Tanah Melayu, menjadi raja besar!” Dan lalu diberi gelaran Yang Dipertuan Raja Kecik. Dan anakanda baginda naik, mahkota kerajaan tiada tahan, tersenget kepalanya. Maka dengan segera diambil oleh Yamtuan Sakti mahkota itu, sambil baginda berkata, ”Kalah oleh orang lahut, dan engkaulah aku namakan Raja Beralah.” Setelah sudah, berjamu segala orang besar, masing-masing bermohon pulang.

(Antologi Dirgahayu Bahasaku, muka surat 49-50)

i) Berikan maksud berkampunglah orang. (2 markah)

ii) Apakah yang berlaku kepada Tuan Bujang setelah Yang Dipertuan Sakti meletakkan mahkota kerajaan di atas kepala baginda? (3 markah)

iii) Jika anda ialah Tuan Bujang, jelaskan dua reaksi anda setelah mengetahui bahawa anda ialah pewaris sah mahkota kerajaan? (4 markah)

Analisis tugasan

Page 5: HIKAYAT SIAK

Soalan i: soalan rangkai kata, berikan maksud sahaja mengikut konteks petikan.

Soalan ii: soalan petikan: ambilan jawapan daripada petikan

Soalan iii: soalan iii: soalan kbkk, ambilan jawapan luar petikan

Prosa Tradisional Hikayat Siak-DBK TG5

Hikayat Siak** Berdasarkan teks KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku menceritakan Siak sebagai tempat Raja Kecil membina kekuatan ketenteraan untuk menyerang Johor**

RINGKASAN LATAR CERITA YANG ADA KAITAN DENGAN RAJA KECIL(Rujukan paling hampir dengan kisah ini ialah Asal usul Raja Kecil dalam teks Komsas Antologi Kerusi yang digunakan sehingga 2010 )

Cerita dalam Hikayat Siak menceritakan kisah Raja Kecil yang semasa kecil dipanggil Tuan Bujang. Raja Kecil merupakan anak Sultan Mahmud yang memerintah Johor Lama . Sultan Mahmud lebih dikenali sebagai Raja Mangkat Dijulang ( Marhum Mangkat Dijulang ). Makam baginda masih ada di kampung Makam Kota Tinggi dan diwartakan sebagai lokasi sejarah negeri Johor. Sultan Mahmud dipercayai merupakan raja dari keturunan Sultan Mahmud dari Kesultanan Melayu Melaka yang tewas diserang Portugis. Sultan Mahmud dari Kesultanan Melayu Melaka telah melarikan diri ke Kampar , Sumatera dan berkahwin dengan seorang anak raja di sana. Baginda dikurniakan dua orang anak lelaki . Seorang anaknya berhijrah ke Perak membuka kerajaan di sana dan seorang lagi berhijrah ke Johor Lama (Kota Tinggi) Johor dan membina sebuah negara di panggil Kerajaan Johor. Pemerintahan Johor dari keturunan Kesultanan Melayu Melaka, sampai kepada Marhum Mangkat Dijulang. Baginda berkahwin dengan orang kebanyakan iaitu Encik Pung. Ketika baginda mangkat kerana dibunuh oleh Laksamananya sendiri, Pada ketika itu, Encik Pung sedang mengandungkan Tuan Bujang (Raja Keci). Sultan Mahmud Mangkat Dijulang tidak mempunyai anak dengan permaisurinya ,( tiada anak gahara)Setelah Marhum Mangkat Dijulang mangkat, Encik Pung berjanji tidak akan menuntut tahta kerajaan Johor daripada Bendahara yang diberi kuasa memerintah kerana Marhum Mangkat Dijulang tiada zuriat daripada anak gahara. Setelah melahirkan Raja Kecil , Bendahara amat khuatir Encik Pung akan menuntut tahta. Menyedari keselamatan Raja Kecil dalam bahaya, Encik Pung menyerahkan Raja Kecil kepada Temenggung Muar. Akan tetapi ketika Raja Kecil berusia 6 tahun, beliau dibawa berjumpa ibunya tetapi kedatangannya dapat dikesan oleh Bendahara. Menyedari keselamatannya terancam, Raja Kecil dibawa lari oleh Raja Negara Selat melalui pertolongan Nakhoda ke Palembang dan akhirnya dibawa ke Pagaruyung bertemu kaum keluarganya dan dipelihara oleh Puteri Jilan iaitu keluarga Raja Kecil yangberpangkat nenek kepada Raja Kecil. Baginda dibesarkan dengan nama Tuan Bujang.*************************************************************************************TEKS DALAM ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU menceritakan :i. pernobatan dan permahsyuran Tuan Bujang sebagai Yang Dipertuan Raja Kecil waris Kesultanan Johor dari keturunan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang ii. Perintah taat setia kepada semua orang Minangkabau oleh Tuan Puteri Jilan.iii. Taat setia rakyat Minangkabau kepada Raja Kecil

Page 6: HIKAYAT SIAK

iv. Perjuangan untuk menuntut hak ke atas kerajaan Johor yang ditadbir oleh keturunan Bendahara.v. Raja Kecil menjadi Sultan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah, Yang Dipertuan Besar.

HIKAYAT SIAKTuan Bujang (Raja Kecil) DinobatkanPERISTIWA PENTING IALAH PENOBATAN TUAN BUJANG SEBAGAI WARIS RAJA BAGI ORANG MINANGKABAU KETURUNAN MARHUM MANGKAT DIJULANG1. Tuan Bujang ,memohon kebenaran daripada Sultan Palembang untuk mudik ( ke kawasan hulu/pedalaman) iaitu ke Rawas. Sultan Palembang membenarkan Tuan Bujang mudik ke Rawas dan di sana Tuan Bujang berkahwin dengan anak Dipati Batu Kucing dan memiliki seorang anak lelaki bernama Raja Alam. 2. Tuan Bujang kemudian pergi ke Jambi untuk bertemu dengan Sultan Maharaja di Batu. Di Jambi Raja Kecil berperang dengan Sultan Maharaja merebut kebesaran dengan sultan di Kedah tetapi kalah.3. Tuan Bujang pulang ke Minangkabau lalu terus ke Pagaruyung. Tuan Bujang menghadap Puteri Jilan. Raja Kecil memberitahu Tuan Puteri Jilan bahawa baginda meninggalkan Pagaruyung kerana melawat negeri orang. Seterusnya ,Puteri Jilan mencadangkan Tuan Bujang pergi belayar dan ke Siak. Seterusnya meminta Tuan Bujang mengambil semula kerajaan Johor dan menuntut semula kematian ayahandanya.4. Tuan Bujang dinobatkan oleh Yamtuan Sakti bapa saudaranya.... Semasa penobatan tersebut Yamtuan Sakti telah menguji kesahihan Tuan Bujang sebagai pewaris Minangkabau lantas Tuan Bujang dinobatkan bersama-sama anak lelakinya.5. Semasa dinobat, mahkota diletakkan di atas kepala Tuan Bujang dan Puteri Jilan membaca salasilah keturunan Tuan Bujang dan wajah Tuan Bujang sangat berseri-seri umpama bunga raya kembang pada waktu pagi. Melihat akan kehebatan tersebut segala pegawai, Menteri Yang Empat, Bendahara di Sungai Tarab, Makhdum di Sumanik, Enduma di Suroso • sujud menyembah Tuan Bujang dan mengaku bahawa Tuan Bujang ialah seorang raja besar di Tanah Melayu. • Mereka bermohon agar Tuan Bujang kekal dan tenteram menjadi raja di Tanah Melayu. Tuan Bujang digelar Yang Dipertuan Raja Kecil. 6. Seterusnya mahkota diletakkan oleh Yamtuan Sakti di atas kepala anakandanya tetapi senget lantas Yamtuan Sakti mengatakan anaknya tewas dengan kelebihan yang ada pada Raja Kecil lalu diberi nama Raja Beralah.7. Suatu hari, Puteri Jilan dan Yang Diipertuan Sakti menunjukkan pedang kerajaan yang berasal dari Minangkabau yang dipersembahkan oleh Raja Kuantan kepada Raja Kecil . Pedang tersebut bernama Sepurejab. Puteri Jilan menyerahkan • Pedang Sepurejab• Sepah ( sejenis batu permata yang terdapat gambar akar atau kayu di dalam batu permata tersebut ) • Lima depa rambut Puteri Jilan• Dua butir kupang-kupang dan• Sebuah cop mohor.8. Puteri Jilan memaklumkan bahawa Raja Kecil akan turun ke laut maka Puteri Jilan memerintah; Semua anak Minangkabau di laut Semua anak Minangkabau di sekeliling Pulau Perca mesti bersama-sama Raja Kecil menebus aib yang ditanggung oleh anaknya dan orang Minangkabau .

Page 7: HIKAYAT SIAK

9. JIKA ada orang Minangkabau tidak mahu menyertai pasukan Raja Kecil mereka akan terkena sumpah kerana mengingkari perintah.10. Akan tetapi, jika orang Minangkabau tidak dapat menyertai pasukan Raja Kecil maka mereka mesti memberi• Dua puluh rial• Selaras setinggar ( sejenis senapang kuno)• Obat sekati ( sekati peluru setinggar )11. Setelah selesai Yang Dipertuan Sakti mengenakan perjanjian di atas, baginda menyerahkan empat orang hulubalang kepada Raja Kecil• Datuk Lebai Tasi• Datuk Gergaji• Raja Mendeling• Sultan PendalihanLatihan Kendirii. Berikan maksud • “Patik menengok cupak dan gantang orang”.(muka surat 49)• Sambil beryang-yang( muka surat 49 )• Kararlah ( muka surat 50)• Kita pulangkan aib malunya anak kita ( muka surat 50)• Kena bisa kawi ( muka surat 50)ii. Kemukakan nilai yang terdapat dalam kisah Tuan Bujang (Raja Kecil ) Dinobatkaniii. Kemukakan pengajaran yang terdapat dalam kisah Tuan Bujang (Raja Kecil) Dinobatkaniv. Jelaskan perwatakan Raja Kecil dalam kisah Tuan Bujang (Raja Kecil) Dinobatkan.v. Nyatakan sebab-sebab Puteri Jilan mahu Raja Kecil merampas Negeri Johor.******************************************************************** KISAH RAJA KECILPERISTIWA PENTING IALAH PERJANJIAN TAAT SETIA ORANG MINANGKABAU KEPADA RAJA KECILa. Raja Kecil bermohon untuk berangkat danl didoakan oleh Puteri Jilan agar memperoleh kejayaan.b. Raja Kecil sampai ke Siak Raja Kecil tidak mendedahkan identiti dirinya, sebaliknya baginda berulang alik dari Siak ke Bukit Batu ;membeli ikan terubuk dan telur ikan terubuk di di Bukit Batu lalu dibawa ke Siak untuk dijual. Pada satu hari Raja Kecil melakukan kesalahan kepada Bandar Bukit Batu lalu didenda sebanyak dua puluh rial. Raja Kecil amat marah lalu berdendam. Akibatnya baginda mengambil upah menjadi Nakhoda Penangguk ke Melaka tetapi bersumpah agar anak cucunya tidak menjadi Nakhoda Penangguk.c. Seterusnya Raja Kecil pergi ke Mengkalis untuk bertemu dengan orang-orang Minangkabau kerana ramai antara mereka yang kaya raya dan mempunyai perahu yang besar-besar. d. Sampai di Mengkalis, Raja Kecil terus bertemu penghulu lalu menyerahkan cop mohor kepada penghulu. Melihat sahaja cop mohor tersebut maka penghulu tahu bahawa Raja Kecil membawa perintah Yang Dipertuan Sakti lalu berasa takut (gementar). Penghulu dengan segera memerintah orang-orang Minangkabau yang ada di Mengkalis berkampung lalu menyembah daulat kepada Raja Kecil dan menyatakan taat setia kepada Raja Kecil.e. Di Mengkalis Raja Kecil digelar Yang Dipertuan, raja turun dari Pagaruyung. Setelah berlaku lafaz taat setia di Mengkalis, Raja Kecil berangkat ke Batu Bahara pula kerana di situ terdapat ramai juga orang-orang Minangkabau. Di Batu Bahara Raja Kecil mendapat pengakuan taat setia daripada Penghulu Yang Berempat.

Page 8: HIKAYAT SIAK

Raja Kecil juga mendapatkan pengakuan taat setia daripada orang-orang Minangkabau di Tanah Putih dan di Kubu. f. Raja Kecil Pulang semula ke Mengkalis dan membuat strategi untuk menyerang Johor.Latihan Kendirii. Apakah reaksi penghulu apabila melihat cap dari Pagaruyung?ii. Pada pendapat anda , mengapakah Raja Kecil ‘tiada memeliharakan dirinya,” semasa berada di Siak?RAJA KECIL MENYERANG JOHORPERISTIWA PENTING IALAH i. PERJANJIAN RAJA KECIL DENGAN RAJA BUGIS UNTUK MENYERANG KERAJAAN JOHORii. SYARAT-SYARAT YANG DIKENAKAN OLEH DAENG PARANIiii. PEPERANGAN DENGAN JOHORiv. KEMANGKATAN IBUNYA ENCIK PUNGv. PERKAHWINAN RAJA KECIL DENGAN TENGKU KAMARIAH, ANAK BENDAHARA1. Ketika Raja Kecil berada di Mengkalis, baginda dikunjungi oleh Raja Bugis iaitu Daeng Parani, Daeng Celak dan Raja Tuha. Mereka sudah saling mengenalketika tinggal dim Bangkah Kota semasa Raja Kecil tinggal dengan Sultan Palembang.2. Semasa pertemuan tersebut, Raja Kecil menyampaikan hasrat untuk menyerang Johor. Daeng Parani membuat perjanjian jika Raja Kecil menang 3. Raja Kecil menjadi Yang Dipertuan Besar di Johor4. Daeng Parani menjadi Yang Dipertuan Muda5. Setelah semua syarat dipersetujui Daeng Parani bergerak ke Langat dan mengumpul semua orang Bugis di sana untuk menyertai pasukan perang Raja Kecil.6. Sepucuk surat dihantar kepada Yang Dipertuan Johor di Johor memaklumkan Raja Kecil anakanda kepada Marhum Mangkat Dijulang akan kembali ke Johor untuk menuntut bela kematian ayahandanya. Johor diminta bersiap sedia.7. Sebaik sahaja surat diterima, Yang Dipertuan Johor mengumpul semua orang besar-besar dan berpakat membaiki kota dan parit.8. Berita Raja Kecil yang akan datang ke Johor tersebar luas sampai ke pengetahuan Raja Negara Selat . Oleh itu Raja Negara Selat bersama-sama rakyat Johor datang ke Mengkalis untuk bertemu dengan Raja Kecil.9. Di Mengkalis, Raja Negara Selat dan orang Johor mengatakan Raja Kecil ialah orang Johor sementara orang Minangkabau mengatakan Raja Kecilm ialah orang Minangkabau.10. Perbezaan pendapat mereka dileraikan oleh Raja Kecil sebaliknya memninta mereka semua bekerjasama . Raja Kecil mempersiap perahu besar dan kecil lalu berangkat ke Johor bersama-sama orang Johor (rakyat Selat) dan semua rakyat yang tinggal di kawasan laut.11. Sebaik sahaja tiba di Kuala Sungai Johor, orang Johor dengan riuh rendahnya melaungkan kedatangan tuan mereka. Semua kaum keluarga Laksamana datang menghadap Raja Kecil. 12. Orang Johor di Kuala Johor hendak menguji kesahihan Raja Kecil sebagai anak Marhum Mangkat Dijulang. Raja Kecil diminta menawarkan air yang masin. 13. Raja Kecil menjampi air masin tersebut sambil memasukkan lingkaran rotan ke dalam air masin tersebut.14. Air berjaya ditawarkan oleh Raja Kecil. Orang Johor di Kuala Johor mengaku Raja Kecil sebagai tuan mereka.15. Dari Kuala Johor, Raja Kecil bergerak masuk ke kota Negeri Johor. Pasukan Raja Kecil dibedil dari kubu tetapi hanya air yang keluar dari mulut meriam.16. Raja Kecil terus mudik dan sampai ke Pangkalan Rama. Di Pangkalan Rama Raja Kecil melompat naik ke atas jambatan sambil menghunus pedang Sepurejab.17. Tindakan Raja Kecil dituruti oleh hulubalang yang empat

Page 9: HIKAYAT SIAK

• Datuk Lebai Tasi• Datuk Gergaji• Raja Mendeling• Sultan Pendalihan18. Raja Kecil diiringi oleh Orang Besar-besar dengan pedang terhunus . Suasana sanagat bising.19. Kedatangan RajaKecil diketahui oleh Yang Dipertuan Johor, maka dengan segera baginda meninggalkan kota dan pulang ke Kampung Bendahara Lama.20. Raja Kecil masuk ke dalam istana yang terletak di dalam kota diiringi hulubalang yang empat dan Orang Besar-besar lalu menunggu perintah Raja Kecil.21. Raja Kecil bertanya tentang Bendahara. Penghulu Istana memberitahu bahawa Bendahara telah melarikan diri.22. Pada masa yang sama Yamtuan Muda mengamuk dan membunuh anak dan isterinya. Dia berhasrat untuk mengamuk di dalam kota apabila habis semua anak isterinya dibunuh.23. Tetapi sebaik sahaja semua anak isterinya dibunuh, dia berasa takut lalu nlari ked lam hutan.24. Akhirnya, Yamtuan Muda mengambil keputusan menyerah diri kepada Raja Kecil kerana telah berdosa membunuh ayahanda Raja Kecil25. Raja Kecil memaafkan Yamtuan Muda26. Akan tetapi, berita pembunuhan anak isteri Yamtuan Muda sampai ke pengetahuan Raja Kecil. Raja Kecil meminta Bendahara memutuskan hukuman ke atas Yamtuan Muda. 27. Bendahara mengeluarkan perintah Yamtuan Muda dibunuh kerana bertindak tanpa kebenaran Raja Kecil.28. Pada masa yang sama, Raja Kecil tidak sempat bertemu ibunya Ecik Pung kerana Encik Pung telah meninggal dunia. 29. Raja Kecil menziarahi jenazah ibunya dan mengurus jenazah ibunya mengikut adat kebesaran raja.30. Raja Kecil mengadakan Bacaan Al-Qurandi makam Encik Pung selama 40 hari Tahlil Bersedekah kepada fakir miskin31. Raja Kecil meminang Tengku Tengah anak Bendahara32. Malangnya, semasa hari raya semua anak Bendahara datang menghadap Raja Kecil kecuali Tengku Tengah.33. Pada masa itu, Raja Kecil terpandang Tengku Kamariah, anak Bendahara yang bongsu lalu jatuh hati. Tetapi ditolak oleh Tengku Kamariah.34. Bendahara tidak mampu menolak kehendak Raja Kecil kerana baginda ialah raja.35. Akhirnya Raja Kecil menjadi raja Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Syah, Yang Dipertuan Besar dan berkahwin dengan Tengku Kamariah.LATIHAN KENDIRIi. Kesan lokasi Kuala Sungai Johorii. Kesan Lokasi kota Negeri Johor (Johor Lama)iii. LAKARKAN LALUAN RAJA KECIL DARI Mengkalis ke kota Negeri JohorCara: layari Googles Maps: negeri Johor, Malaysia bagi mendapatkan lokasi dalam petaTaip Googles MapsKlik Gets DestinationsA. MENGKALIS, SUMATERA, INDONESIAB. KUALA JOHORC. KAMPUNG JOHOR LAMA , AIR TAWAR, JOHOR, MALAYSIA

Page 10: HIKAYAT SIAK

i. Jelaskan perwatakan Raja Kecil dalam kisah Raja Kecil Menyerang Johor.ii. Nyatakan kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh Raja Kecil dalam kisah Raja Kecil Menyerang Johor.iii. Nyatakan tindakan Raja Kecil selepas dimaklumkan bondanya hilang.iv. Berikan maksud rangkai kata mendengar bondanya hilang dengan tiada berbulang dan berkerismenyerahkan nyawa

Latihan 1.

Hatta, lalu berkelahilah........."Hendaklah kamu mengatakan 'daulat'.1). Apakah maksud rangkai kata beryang-yang dalam petikan di atas (1m)2). Bagaimanakah cara yang dilakukan oleh baginda untuk menawarkan air masin ?3). Pada pendapat anda, mengapkah keturunan Raja Johor dalam petikan digambarkan memiliki kesaktian tertentu? Kemukakan empat pendapat anda.

Jawapan1). membaca mantera / memuja sesuatu.2). Baginda mengambil rotan, dilingkar, dan dimasukkan ke dalam air, Baginda beryang-yang-air itu dimasukkan ke dalam lingkaran rotan.3). i.Keturunan raja dahulu memiliki daulat, ii.untuk membezakan keturunan raja dengan rakyat, Untuk menaikkan imej keturunan raja, Untuk memastikan rakyat jelata menghormati dan menyanjungiraja mereka.

Cadangan jawapan

i) Maksudnya ialah berkumpul sekalian rakyat / berhimpunlah penduduk

ii) Setelah mahkota kerajaan diletakkan di kepala Tuan Bujang, muka Tuan Bujang seperti bunga raya kembang pagi, tiada dapat dipandang, serta bercahaya-cahaya.

iii) Apabila saya mengetaui bahawa diri saya ialah pewaris sah mahkota kerajaan, dengan serta-merta saya melafazkan rasa syukur ke Hadrat Ilahi kerana telah menunjukkan kebenaran. Selain itu, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yamtuan Sakti kerana kesediaan baginda menjalankan ujian.