hikayat musang berjanggut

Upload: nur-ain-mohd-amin

Post on 30-May-2018

313 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 HIKAYAT MUSANG BERJANGGUT

    1/8

    FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

    JXEA 1104

    NAMA: SITI HAJARIAH BINTI ABD RAZAK

    NO.MATRIK: JEA080177

    NAMA PENSYARAH: DR. AMRAN MUHAMMAD

    SESI 2008/2009

    SEMESTER SATU

    AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

    UNIVERSITI MALAYA

  • 8/14/2019 HIKAYAT MUSANG BERJANGGUT

    2/8

    HIKAYAT MUSANG BERJANGGUT

    PENULIS : ABDULLAH HAJI MUSA LUBIS

    BAB : KELUAR MENGEMBARA

    Shahadan selang antara tiada berapa lamanya, maka pada saat danketika yang baik Kamarul Ariffin pun bermohon-lah kepada kedua orang

    tua-nya suami isteri buat meneruskan chita-chitanya untuk berjalan keluar

    negeri kerana mendapat sa-orang......Maka biaperi suami isteri pun lalu

    memelok dan menchium anak-nya itu, sambil kedua-nya berdoa kapadaIlahi sa-moga selamat hendak-nya Kamarul Ariffin pergi dan kembali. Ada

    pun akan Kamarul Ariffin keluar berjalan sambil mengembara itu, ia ada

    membawa pembekalan yang sudah di-sediakan-nya ia-itu kachang, gula, beras dan anak-anak ikan halus ( ikan bilis). Maka kesemua-nya barang-

    barang yang tersebut itu di-simpan-nya sahaja ka-dalam satu bekas; kerana

    itu-lah maka sakalian mata benda yang tersebut telah bercampur gaul sa-kali dengan beras itu

    Cerita Hikayat Musang Berjanggut ini merupakan hasil penulisan

    Abdullah Haji Musa Lubis menyampaikan sebuah kisah klasik yang mengisahkan

    seorang putera raja keluar menggembara bertujuan untuk mencari perempuan

    sebagai dijadikan seorang isteri. Watak utama dalam kisah ini iaitu Kamarul

    Ariffin meminta keizinan kedua orang tuanya untuk keluar menggembara bagi

    memenuhi cita-citanya itu. Walaupun pada dasar ibubapanya berat untuk

    melepaskan ia pergi menggembara. Sebelum pergi menggembara Kamarul ada

    membawa bungkusan beras yang bercampur dengan kacang, gula dan ikan bilis

    untuk diberikan kepada sesiapa sahaja tuan rumah disinggahi nanti yang sudi

    memasak bahan-bahan tersebut. Ia berbuat demikian bertujuan untuk menilai dan

    melihat sesiapa yang memiliki sifat-sifat seorang wanita dalam Islam yang

    dicarinya itu.

  • 8/14/2019 HIKAYAT MUSANG BERJANGGUT

    3/8

    Dari sudut pandangan masyarakat melayu sekiranya seseorang pemuda

    ingin mencari calon isteri ia seharusnya melihat dari sudut agama, keturunan, rupa

    paras, dan harta. Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang

    wanita menerima gelaran solehah dan seterusnya menerima pahala syurga yang

    penuh nikmat dari Allah s.w.t. Mereka hanya perlu memenuhi dua syarat iaitu

    taat kepada Allah dan RasulNya dan taat kepada suami. Perincian dari dua syarat

    diatas taat kepada Allah dan RasulNya iaitu mencintai Allah s.w.t dan Rasulullah

    melibihi dari segala-galanya, wajib menutup aurat, tidak berhias dan berperangai

    seperti wanita jahiliah, tidak bermusafir atau bersama lelaki dewasa kecuali ada

    mahram bersama, sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan

    taqwa, berbuat baik kepada ibu dan bapa, sentiasa bersedekah baik dalam keadaan

    susah atau senang, tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa, bersikap baik terhadap

    tetangga. Taat kepada suami pula iaitu memelihara kewajipan terhadap suami,

    sentiasa menyenangkan suami, menjaga kehormatan diri dan harta suaminya

    selama suami tiada di rumah, tidak bermasam muka di hadapan suami, tidak

    menolak ajakan suami untuk masuk tidur, tidak keluar tanpa izin suami, tidak

    meninggikan suara melebihi suara suami, tidak membantah suaminya dalam

    kebenaran, tidak menerima tamu yang dibenci suaminya dan sentiasa memelihara

    diri, kebersihan dan kecantikannya serta rumahtangga.

    Oleh itu dalam budaya melayu seseorang perempuan seharusnya menjaga

    tingkah laku, percakapan dan kehormatannya. Oleh itu, walaupun karya klasik ini

    nampak seperti sebuah cerita komedi tetapi mempunyai erti yang mendalam iaitu

    merujuk kepada satu bidang penyelidikan dan kaedah kajian, matlamat asas dan

  • 8/14/2019 HIKAYAT MUSANG BERJANGGUT

    4/8

  • 8/14/2019 HIKAYAT MUSANG BERJANGGUT

    5/8

    mudah berputus asa apabila menghadapi sebarang musibah atau bencana dan

    cuba untuk mengubah diri menjadi lebih baik daripada sebelum ini.

    Apabila ia sampai di sebuah rumah berdekatan dengan dusun ia cuba

    memberanikan diri untuk memberi salam kepada tuan rumah tersebut. Dalam

    konteks Islam, sebagai seorang muslim dan muslimah seharusnya kita memberi

    salam iaitu Assalammualaikum Warahmatulallah Hiwabarokatull sebagai tanda

    pertama memperkenalkan atau menegur seseorang Islam sama ada yang dikenali

    atau yang tidak dikenali. Lalu tuan rumah tersebut menyambut salam yang

    diberikan oleh Kamarul itu tadi sambil mempelawa masuk ke rumah. Tuan rumah

    itu melayani Kamarul Ariffin dengan begitu baik sekali, ia meminta izin untuk

    pergi ke perigi mengambil air sembahyang sesudah selesai sembahyang Kamarul

    mengeluarkan bungkusan yang bercampur beras dengan kacang, gula dan ikan

    bilis itu untuk diberikan kepada tuan rumah itu supaya bahan-bahan tersebut

    dibuat masakan. Lalu orang tua itu memberikan bungkusan tersebut kepada

    isterinya dan disuruh anak iaitu Maimunah untuk memasak bahan-bahan tersebut.

    Alangkah terkejut Maimunah apabila mendapati bekalan tersebut bercampur beras

    dengan kacang, gula dan ikan bilis. Sebenarnya ini merupakan satu muslihat

    Kamarul Ariffin untuk menilai seseorang perempuan itu sama ada sanggup

    bersusah payah menempuh ranjau kehidupan sekiranya berkahwin dengannya

    nanti. Oleh itu ia dapat mengetahui sejauh mana tahap atau sikap seseorang

    perempuan tersebut melalui kaedah tersebut.

    Dengan demikian ini, persepsi untuk mencari isteri pada zaman dahulu

    dan zaman sekarang sangat berbeza sekali kerana pada zaman dahulu

  • 8/14/2019 HIKAYAT MUSANG BERJANGGUT

    6/8

    kebanyakan calon isteri yang akan dinikahkan dengan seseorang pemuda dicari

    oleh kedua orang tua pemuda tersebut. Pada masa kini, majoriti pasangan yang

    berkahwin dalam umur muda kebanyakan atas dasar cinta, suka sama suka dan

    saling mengenali antara satu sama lain tanpa bantuan daripada pihak keluarga

    masing-masing. Hal ini menyebabkan berlakunya masalah rumah tangga yang

    dilihat bahawa kebanyakan pasangan berkahwin pada usia muda akan bercerai

    kerana kurang mempunyai ilmu pengetahuan yang khusus tentang kehidupan

    berkeluarga atau rumahtangga. Setelah selesai makan orang tua itu mengajak

    Kamarul Ariffin bersembang sambil makan kapur sireh iaitu sejenis makanan

    orang tua-tua dahulu dimakan bertujuan untuk kekalkan gigi yang kuat dan tidak

    mudah reput. Orang tua itu bertanyakan kepada Kamarul tentang latar belakang

    dan tujuan sebenar datang menggembara. Lalu Kamarul secara serba sedikit

    menjelaskan tujuan sebenar ia menggembara. Selepas itu mereka tidur apabila

    hari menjelang siang, ia bersiap-siap untuk meneruskan perjalanannya tanpa arah

    tujuan. Sebelum berangkat keluar meninggalkan tempat tersebut ia sempat

    memberikan sedikit sumbangan sepuluh dinar tanda terima kasih kepada tuan

    rumah itu. Kesudahannya setiap rumah yang dikunjungi Kamarul Ariffin akan

    memasak nasi menggunakan beras mereka sendiri kerana melihat beras yang

    dibawa oleh ia bercampur dan mereka beranggapan bahawa Kamarul Ariffin

    seorang yang gila kerana telah mencampurkan beras tersebut.

    Walaupun begitu Kamarul Ariffin seorang yang sangat berbudi bahasa

    kerana setiap rumah yang ia pergi menumpang bermalam sekiranya tiba masa

    untuk berangkat ia akan sumbangan sepuluh dinar sebagai tanda terima kasih.

    Kamarul Ariffin tidak menunjukkan sedikit pun perasaan marah dan sentiasa

  • 8/14/2019 HIKAYAT MUSANG BERJANGGUT

    7/8

    bersikap rasional apabila bekalan itu ditolak dan walaupun ada beranggapan ia

    seorang yang gila kerana mencampurkan beras dengan bahan-bahan tersebut.

    Dalam penggembaraan selama enam bulan ia tidak menemui perempuan yang

    dicarinya itu. Karya klasik ini memang pernah terjadi dahulu, sekarang dan masa

    akan datang kelak. Oleh itu, penulis cuba menunjukkan kemahiran isu-isu kronik

    dengan secara sinis dan tidak menghentam orang secara terus tetapi secara

    berseni sekali.

    Kesimpulannya, satu karya yang begitu klasik ditulis oleh penulis Abdullah

    Haji Musa Lubis bersifat komedi sinikal yang berprofil tinggi dihasilkan oleh

    beliau. Beliau sebenarnya mengajak orang melayu berfikir , melihat cermin dan

    menilai diri sendiri. Tidak ramai yang dapat menilai pengajaran yang berguna

    dalam cerita ini bagi mereka yang faham akan terasa sendiri tetapi bagi yang

    tidak faham cuma gelak terbahak-bahak kemudian terdiam sekejap sebab tersedar

    yang dia gelakan diri sendiri. Kita seharusnya berusaha tanpa mudah berputus asa

    dengan usaha kita sendiri untuk mengubah kehidupan di masa akan datang

    supaya lebih berjaya sama ada di duniawi mahupun akhirat.

    Bibliografi

    Abdullah Haji Musa bin Lubis. 1965. Hikayat Musang Berjanggut. Penerbitan

    Pustaka Antara. Akademi Pengajiaan Melayu. Universiti Malaya.

  • 8/14/2019 HIKAYAT MUSANG BERJANGGUT

    8/8

    Hashim bin Haji Musa. Ph.D. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai, dan EtikaMelayu. Suatu Pengenalan. Akademi Pengajian Melayu. Universiti Malaya.

    Jaafar Salleh. 2008. Falsafah Hadhari Dalam Islam: Relevan Sepanjang Zaman.

    Batu Caves, Selangor: Thinkers Library.

    Kamus Bahasa Melayu. Kumpulan Rusa, 1999. Petaling Jaya. Peringatan Zaba.

    Akademi Pengajian Melayu. Universiti Malaya.

    Prof. Dr. Awang Sariyan. 2007. Falsafah dan Logika Melayu. Jabatan Bahasa

    Melayu. Akademi Pengajian Melayu. Universiti Malaya.