hhhc 9401 kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme

12
HHHC 9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NOR AMIRA ADRINA BT OTHMAN A 145254

Upload: lea

Post on 24-Feb-2016

56 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

HHHC 9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME. NOR AMIRA ADRINA BT OTHMAN A 145254. Nama program - Karnival Kesenian dan Kebudayaan Tarikh - 28 Mac 2014 Tempat - Dataran 3B301 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: HHHC  9401 KEMAHIRAN  NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

HHHC 9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

NOR AMIRA ADRINA BT OTHMANA 145254

Page 2: HHHC  9401 KEMAHIRAN  NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
Page 3: HHHC  9401 KEMAHIRAN  NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

• Nama program -Karnival Kesenian dan Kebudayaan• Tarikh - 28 Mac 2014• Tempat - Dataran 3B301 Fakulti Sains Sosial dan

Kemanusiaan• Anjuran - Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan

Kemanusian

• Tema – ‘Kesenian Mengilham Perpaduan’• Jawatan- setiausaha

Page 4: HHHC  9401 KEMAHIRAN  NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Latar Belakang / Pengenalan

• Program ini bertujuan untuk memperkenalkan budaya dan kesenian yang terdiri daripada pelbagai kaum kepada mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia umumnya dan pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan khususnya

• Memberi kesedaran kepada mahasiswa/i yang juga merupakan generasi masa hadapan berkenaan polimik cinta serta mengetengahkan budaya dan kesenian Islam agar tidak hilang begitu sahaja.

• Medium untuk merapatkan hubungan silatulrahim antara pelajar-pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan yang datang daripada pelbagai pusat pengajian.

Page 5: HHHC  9401 KEMAHIRAN  NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Objektif Program• Memperkenalkan kebudayaan dan kesenian melalui

persembahan kebudayaan dan permainan tradisional agar kebudayaan dan kesenian ini tidak lapuk ditelan zaman.

• 4.2 Memupuk semangat cintakan kebudayaan dan kesenian kepelbagaian kaum yang terdapat di negara kita agar generasi yang seterusnya masih dapat mengamalkan budaya dan kesenian yang ada pada masa ini.

• 4.3 Memupuk semangat silatulrahim yang utuh dalam kalangan mahasiswa yang datang daripada pelbagai pusat untuk menjayakan sesebuah program secara bersama,

• 4.4 Menggalakkan mahasiswa/i melibatkan diri dalam aktiviti yang bersifat non-akademik mahupun yang bersifat akademik untuk melahirkan mahasiswa/i yang bersifat kreatif selaras dengan visi dan misi Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 6: HHHC  9401 KEMAHIRAN  NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

• Persembahan Kebudayaan-10.00 Pagi - 12.00 Pagi• Memupuk persefahaman antara kaum. Antara persembahan yang terlibat ialah tarian pelbagai kaum dan etnik• Pertunjukan Kesenian - 3.00 Petang - 5.00 Petang

• Memperkenalkan pelbagai jenis seni rakyat 1 Malaysia daripada pelbagai kaum dan etnik seperti seni ukiran dan seni tulisan khat.• Forum I Love You - 9.00 Malam – 10.30 Malam

• Memberi penerangan kepada siswa siswi tentang erti cinta dan kasih sayang serta batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan dari perspektif Islam.• Pameran - 9.00 Pagi – 5.00 Petang

• Mengetengahkan kebudayaan dan kesenian yang dimiliki oleh masyarakat pelbagai kaum dan etnik yang terdapat di Malaysia.

Aktiviti-aktiviti

Page 7: HHHC  9401 KEMAHIRAN  NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Keupayaan mengintegrasi

• 1. Kesan ekonomiKeupayaan yang dapat diintegrasikan dari segi kesan ekonomi adalah dengan cara mendapatkan pendapatan melalui pameran-pameran yang dilakukan. Alatan untuk pameran adalah merupakan alatan yang merupakan tinggalan warisan daripada zaman dahulu kala. Oleh itu, melalui program ini, ekonomi dapat dijana dengan cara meletakkan bayaran kepada sesiapa yang mahu melihat pameran peralatan tradisi dari zaman dahulu kala.

Page 8: HHHC  9401 KEMAHIRAN  NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

• 2. Kesan sosiobudaya dalam amalan profesionalismeDalam program ini, kesan sosiobudaya dapat dilihat dengan jelas melalui keterlibatan pelbagai pelajar dari fakulti yang berlainan serta budaya yang berlainan. Kerjasama dapat dipupuk semasa program ini dijalankan. Kesan sosiobudaya ini juga wujud dengan adanya pameran yang telah dijalankan. Terdapat pelbagai jenis pameran yang diadakan antaranya pameran dari segi permainan tradisional masyarakat Melayu, India , Cina serta kaum yang lain serta pameran alat muzik tradisional daripada pelbagai jenis etnik. Tidak dilupakan pameran pakaian tradisional, makanan tradisional dan sebagainya. Melalui pameran ini, kita dapat lihat bahawa, walaupun setiap etnik atau kaum mempunyai gaya hidup mereka sendiri, namun mereka masih bersatu dan bersama-sama mengamalkan apa yang terdapat dalam gaya hidup masyarakat masing-masing. Contohnya, terdapat kaum Cina yang bersama-sama dengan kaum yang lain bermain sepak takraw dan sebagainya. hal yang paling ketara yang kita dapat lihat adalah dari segi makanan. Perkara ini memang tidak dapat disangkal kerana negara kita sememangnya kaya dengan pelbagai jenis makanan daripada berbilang bangsa

Page 9: HHHC  9401 KEMAHIRAN  NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Cabaran

• kali pertama memegang jawatan sebagai setiausaha•malam persiapan pentas•Masalah teknikal (berkaitan email)

Page 10: HHHC  9401 KEMAHIRAN  NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Penambahbaikan terhadap diri• 1. Memupuk sikap bertanggungjawab dalam pelbagai sudut antaranya

tanggunggawab dalam melakukan kerja-kerja sebagai setiausaha dan sebagainya.

• 2. Memupuk sikap inisiatif dan sukarela melalui kerja , walaupun kerja yang dilakukan bukan termasuk dalam bidang tugas.

• 3. Mengetahui etika sebenar semasa menghadiri mesyuarat. Contohnya melalui tatacara pemakaian.

• 4. Memupuk sikap menepati waktu. Apabila menghadiri mesyuarat, kita perlu menepati masa.

• 5. Memupuk sikap profesionalisme ketika berhadapan dengan masalah iaitu tidak mudah melenting dan berusaha untuk menerangkan situasi yang sebenar.

• 6. Mengetahui nilai apabila berkerjasama sangat penting dalam apa jua program dan aktiviti.

• 7. Memupuk nilai dan sikap yang baik melalui program forum ‘I Love You’. Mengetahui bahawa Allah SWT sudah mengaturkan yang terbaik buat hamba-Nya dan apa yang paling penting adalah berserah.

• 8. Memupuk sikap sosiobudaya dalam amalan profesionalisme.

Page 11: HHHC  9401 KEMAHIRAN  NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Kesimpulan

• program ini telah banyak memberikan impak yang positif kepada diri saya. Antara nilai-nilai positif yang paling terkesan dalam diri saya adalah sikap inisiatif, bertanggungjawab dan amanah. Melalui program ini juga, saya telah berjaya memupuk nilai, sikap, etika dan profesionalisme selari dengan kontrak pembelajaran yang diperlukan.

Page 12: HHHC  9401 KEMAHIRAN  NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

TERIMA KASIH