· web viewhhhc 9401 kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme tajuk: isu penipuan...

15
HHHC 9401 Kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme Tajuk: Isu Penipuan Dalam Perniagaan Atas Talian Nama : Lim Shye Harn (A145656) Nuradila binti Mohd Adnan (A145658) Syahidatun Najwa binti Abu Zahid (A145676) Zulfazri binti Ismail (A145902) Amnur Rodahniah binti Amir (A145563)

Upload: dinhtuyen

Post on 03-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: · Web viewHHHC 9401 Kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme Tajuk: Isu Penipuan Dalam Perniagaan Atas Talian Nama: Lim Shye Harn (A145656) Nuradila binti Mohd Adnan (A145658)

HHHC 9401 Kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme

Tajuk:

Isu Penipuan Dalam Perniagaan Atas Talian

Nama : Lim Shye Harn (A145656)

Nuradila binti Mohd Adnan (A145658)

Syahidatun Najwa binti Abu Zahid (A145676)

Zulfazri binti Ismail (A145902)

Amnur Rodahniah binti Amir (A145563)

Pensyarah : Encik Lim Seng Joe

Page 2: · Web viewHHHC 9401 Kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme Tajuk: Isu Penipuan Dalam Perniagaan Atas Talian Nama: Lim Shye Harn (A145656) Nuradila binti Mohd Adnan (A145658)

1HHHC 9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

PengenalanMembeli belah secara talian / melalui alam maya (online shopping) bukanlah dianggap

perkara yang baru kerana dengan adanya penciptaan telefon pintar dan kemajuan dalam industri

teknologi maklumat, segala-galanya hanya di hujung jari. Pembelian secara ‘online’ menjadi

trend yang semakin menular dalam kalangan masyarakat tempatan terutamanya golongan wanita

dan ketika musim perayaan.

“Pembelian secara ‘online’ mencatatkan peningkatan mengejut sebanyak kira-kira empat

kali ganda sejak tiga tahun lalu." Zeffri Yusof, Ketua Komunikasi dan Perhubungan Awam

Malaysia, Pakistan dan Bangladesh, Google Malaysia.

Seiring dengan perubahan gaya hidup yang semakin sibuk, cara membeli secara ‘online’

kini semakin menerima sambutan. Dengan itu, online shopping dipilih sebagai langkah mudah

untuk berbelanja mendapatkan barang keperluan tanpa perlu beratur panjang di kaunter pusat

membeli-belah.

Pembelian secara ‘online’ juga membuka peluang kepada pembeli untuk mendapat

barangan edisi terhad atau tidak dijual di negara ini secara eksklusif, dan sesetengahnya

ditawarkan dengan harga lebih murah.

Namun, di sebalik kebaikannya terselit juga beberapa keburukan membeli belah secara

‘online’. Antara isu yang hangat diperkatakan mengenai pembelian secara ‘online’ adalah

mengenai kes penipuan yang dilakukan oleh sesetengah pihak yang mempunyai sikap tidak

bertanggungjawab dan hanya mahu mengaut keuntungan semata mata. Dengan bertambahnya

laman web jual beli secara ‘online’, contohnya melalui Facebook, isu ini menjadi semakin

meningkat.

Ada kalanya barang yang dijual tidak seperti yang dipaparkan di dalam gambar, kualiti

yang rendah berbanding harga yang ditawarkan, barang yang dijual tidak asli atau mudah rosak,

barangan yang dibeli tidak sampai tetapi duit yang dibayar lesap begitu sahaja serta pelbagai lagi

penipuan yang sering terjadi. Hal ini menyebabkan pembeli terpaksa menanggung risiko atau

kerugian yang tinggi.

Page 3: · Web viewHHHC 9401 Kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme Tajuk: Isu Penipuan Dalam Perniagaan Atas Talian Nama: Lim Shye Harn (A145656) Nuradila binti Mohd Adnan (A145658)

2HHHC 9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Scenario Penipuan dalam Perniagaan atas TalianPenipuan dalam perniagaan sering berlaku melalui Facebook di mana mangsa sasaran

adalah tidak terpikat pada umur, bangsa mahupun jantina. Kes penipuan ini juga dikenali sebagai

‘scam’ yang dilaporkan kerap berlaku di Malaysia. Berikut adalah gambar-gambar yang dipetik

daripada laman sesawang Facebook yang memperlihatkan teknik penipuan peniaga-peniaga

online ini.

Melihat gambar di atas, sebelah kanan di atas menunjukkan laman Facebook yang

diwujudkan oleh scammer dan bahagian kiri merupakan komen mangsa tertipu dalam bahasa

Mandarin. (Ini merupakan kisah benar yang dialami oleh seorang rakan).

Secara umumnya, scammer gemar membuka ‘page’ sendiri di Facebook dan berkongsi

gambar-gambar produk yang akan ditawarkan. Mereka akan mempromosikan barangan tersebut

dengan menokok tambah ciri-ciri barang jualannya. Selain itu, mereka akan menggunakan

pelbagai alternatif untuk meningkatkan jumlah pengikut laman tersebut untuk mempertingkatkan

kepercayaan pelanggan dan pada masa yang sama menghapuskan keraguan pembeli yang

bimbang ditipu. Pembeli yang membuat pesanan akan diminta membayar melalui kaedah bank in

atau transaksi atas talian dan menangkap gambar resit sebagai bukti. Teknik ini seumpama

penjual yang lain. Selepas menghantar gambar bukti kepada penjual, pihak mereka akan

Page 4: · Web viewHHHC 9401 Kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme Tajuk: Isu Penipuan Dalam Perniagaan Atas Talian Nama: Lim Shye Harn (A145656) Nuradila binti Mohd Adnan (A145658)

3HHHC 9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

mengesahkan bahawa produk tersebut telah dikirim beberapa hari kemudian dan meminta

pembeli bersabar sementara menunggu. Namun, barang dibeli tidak akan tiba. Apabila

membangkitkan persoalan tersebut, pihak pembeli tidak akan memberi respons dan semua

komen akan dihapuskan secepat mungkin.

Page 5: · Web viewHHHC 9401 Kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme Tajuk: Isu Penipuan Dalam Perniagaan Atas Talian Nama: Lim Shye Harn (A145656) Nuradila binti Mohd Adnan (A145658)

4HHHC 9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Bukti Penipuan

Penjelasan oleh mangsa penipuan yang berasal daripada Indonesia. Penipuan atas talian

berlaku secara berleluasa tanpa sempadan negara.

Page 6: · Web viewHHHC 9401 Kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme Tajuk: Isu Penipuan Dalam Perniagaan Atas Talian Nama: Lim Shye Harn (A145656) Nuradila binti Mohd Adnan (A145658)

5HHHC 9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Banyak negara yang mengalami masalah dalam menangani penipuan dalam penjualan

secara atas talian antaranya Indonesia. Gambar di atas menunjukkan salah satu pos yang telah

diambil di dalam Facebook tentang penipuan ini.

Penipuan melalui Facebook.

Page 7: · Web viewHHHC 9401 Kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme Tajuk: Isu Penipuan Dalam Perniagaan Atas Talian Nama: Lim Shye Harn (A145656) Nuradila binti Mohd Adnan (A145658)

6HHHC 9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Teknik-Teknik Penipuan Perniagaan atas Talian

1. Penawaran harga barang yang begitu murah sehingga dapat mempengaruhi seseorang untuk

membelinya.

2. Sesuatu perniagaan itu tidak menyatakan maklumat-maklumat yang sahih di perniagaan

mereka seperti alamat perniagaan, nombor telefon yang boleh dihubungi dan lain-lain.

3. Peniaga menipu pelanggan dengan menyuruh pelanggan tersebut melakukan bayaran

deposit dalam satu jumlah yang banyak. Selain itu, apabila pelanggan sudah melakukan

pembayaran, barang yang dibeli tidak sampai kerana perniagaan itu tidak wujud.

4. Penjual ataupun “scammer” akan memberi butiran peribadi mereka seperti nombor kad

pengenalan sebagai jaminan yang mereka tidak menipu pelanggan untuk mengaburi

kepercayaan pelanggan.

5. Seseorang akan menerima mesej yang menyatakan individu tersebut memenangi hadiah atau

pun peraduan. Akan tetapi, sebelum menerima hadiah, individu tersebut harus melakukan

sesuatu bayaran.

6. Penjual itu menggunakan nama seseorang yang sangat berpengaruh dan terkenal untuk

menarik perhatian pelanggan untuk membeli produk mereka.

7. Penipuan melalui e-mel dan online classified yang dilakukan oleh scammers. Contohnya

pengguna akan mendapat iklan online yang di promosikan melalui Google, Yahoo dan

sebagainya.

Page 8: · Web viewHHHC 9401 Kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme Tajuk: Isu Penipuan Dalam Perniagaan Atas Talian Nama: Lim Shye Harn (A145656) Nuradila binti Mohd Adnan (A145658)

7HHHC 9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Cara Menangani Isu Penipuan di Internet1. Tindakan pihak kerajaan

Menubuhkan unit pencegahan jenayah siber

Melatih ramai pakar dalam bidang Information Technology (IT).

Melatih kakitangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta

beberapa pekerja terpilih di bank-bank dalam negara ini dengan kemahiran dalam bidang

forensik komputer bagi menyiasat dan menganalisis data untuk mendapatkan bukti kukuh

mengenai sesuatu laporan penipuan.

Kerjasama kerajaan dengan syarikat yang ingin memulakan perniagaan e-dagang. Mereka

dinasihatkan untuk mengambil langkah keselamatan terlebih dahulu.

Mengkaji hukuman bagi jenayah tersebut yang sedia ada supaya hukuman berbentuk

pemulihan dijalankan agar kepakaran penjenayah siber dapat digunakan dengan cara yang

baik

Pemantauan pihak berkuasa di alam siber dengan kerjasama SKMM dan Cyber Security

Malaysia.

Menerapkan pengetahuan mengenai jenayah siber kepada pelajar sekolah dan masyarakat

melalui sesi ceramah, kempen, media elektronik dan media massa bagi melahirkan

masyarakat celik teknologi.

2. Tindakan individu atau pembeli barangan di internet

Mengetahui maklumat peribadi penjual atau syarikat seperti nama, alamat, e-mail, nombor

telefon dan nombor kad pengenalan.

Mengkaji mengenai produk, program atau sistem yang diperkenalkan seperti kesan

sampingannya jika ingin membeli produk kecantikan. Melihat testimoni di internet yang

telah membeli dan menggunakan produk berkenaan. Pastikan “rate” yang diberikan oleh

pelanggan adalah tinggi. Lihat iklan dan page jualan tersebut untuk lebih mengetahui sikap

penjual dan maklumat lengkap perniagaannya.

Meminta pendapat orang lain sebelum membeli sesuatu produk terutama barangan bernilai

tinggi atau mengikuti sebarang program yang memerlukan pelaburan wang.

Page 9: · Web viewHHHC 9401 Kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme Tajuk: Isu Penipuan Dalam Perniagaan Atas Talian Nama: Lim Shye Harn (A145656) Nuradila binti Mohd Adnan (A145658)

8HHHC 9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Jika terdapat sebarang kebimbangan atau keraguan, jangan malu untuk bertanya kepada

peniaga tersebut atau orang yang lebih mengetahui dan jangan takut untuk membuat

laporan kepada pihak berwajib jika terjadi penipuan di internet.

Jangan terburu-buru membuat pembelian. Bandingkan harga di internet, kedai-kedai atau

peniaga barangan online yang lain.

Jika ingin membeli kenderaan, atau seumpamanya, mintalah untuk melihat keadaan

barangan tersebut terlebih dahulu supaya ia masih dalam keadaan baik dan bukan barangan

curi.

Jika barang yang dijual adalah grey set atau tiada waranti, pastikan harganya jauh lebih

murah. Sekiranya membeli kamera second hand yang masih dalam waranti, pastikan

mendapat sekali kotak dan kad waranti berserta resit belian.

Jika membeli barangan elektronik, pastikan ada COD atau Cash on Delivery. Ini adalah

untuk mengelakkan pembeli menerima barangan yang telah rosak. Sebelum melakukan

pembayaran, uji dahulu fungsi barang tersebut agar harga yang ditawarkan seiring dengan

keberkesanan fungsi alat itu. Pastikan juga COD dilakukan di tempat yang terbuka dan

ditemani rakan agar keselamatan terjamin.

Seeloknya, belilah barangan dari peniaga yang menawarkan pengembalian wang sekiranya

barang yang sampai kepada penerima adalah tidak elok.

Lakukan pembayaran dengan betul iaitu tentukan nama peniaga, bank yang digunakan,

nombor akaun peniaga, tarikh dan masa pembayaran, cara barangan dihantar dan jumlah

duit yang dibayar adalah lengkap. Pastikan pembeli menyimpan slip pembayaran untuk

dijadikan sebagai bukti jika berlaku sebarang penipuan.

Page 10: · Web viewHHHC 9401 Kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme Tajuk: Isu Penipuan Dalam Perniagaan Atas Talian Nama: Lim Shye Harn (A145656) Nuradila binti Mohd Adnan (A145658)

9HHHC 9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Saranan kepada Pengguna Internet

1. Pembeli harus mencari informasi tentang peniaga yang menjual online di internet. Contoh

informasi yang boleh diperoleh adalah nama peniaga, alamat, nombor telefon dan

sebagainya.

2. Pembeli harus memeriksa tentang laman sesawang penjual untuk memastikan perniagaan itu

wujud ataupun tidak. Lebih baik jika kita mencari testimoni – testimoni tentang perniagaan

tersebut.

3. Pembeli harus berhati-hati dengan mesej yang di beri oleh penjual yang mana penjual

meminta butiran peribadi tentang si pembeli.

4. Pembeli tidak harus sewenang-wenangnya memberi wang pendahuluan atau down payment

dalam jumlah yang besar untuk memastikan si peniaga tidak melakukan sebarang penipuan.

5. Pembeli harus melebihkan kaedah COD (cash on delivery) untuk memastikan kepuasan

apabila melihat barang dan keadaan barang yang ingin dibeli.

6. Pembeli harus memastikan produk-produk yang dijual mendapat pengiktirafan dari pihak

yang berkaitan.

Rujukan1. Irfan Khairi. 2010. Formula mengelak penipuan scam-“NO SCAM”:

http://www.irfankhairi.com/blog/tip-kewangan/formula-mengelak-penipuan-scam-no-

scam/

2. Afiq Hanif. 2013. Wanita paling mudah ditipu:

http://www2.hmetro.com.my/articles/Wanitapalingmudahditipu/Article

3. Shahabudeen Jalil. 2012. Skim Penipuan Internet Dengan Cara Order Barang Dari

Supplier: http://www.shahabudeenjalil.com/2012/05/skim-penipuan-internet-dengan-

cara-order-barang-dari-supplier/