kod hhhc 9401 kursus kemahiran nilai, sikap, etika … -syarikat yang berpoten si dan sesuai untuk...

10
Biodata Pelajar Nama NUR AMELIA NADHIRA BT. ZAMRI No. Matrik A144412 No. Kad Pengenalan 940920-06-5238 Fakulti FARMASI (FFAR) Tahun Pengajian 2 Sesi Akademik 2014/2015 No.Tel 019-4075771 Emel [email protected] Nama Aktiviti / Projek FIESTA SINERGI INTELEK (FSI) - SUBPROGRAM DEBAT PIALA KESIHATAN INTERVARSITI Jawatan Disandang PENGURUS / EXCO PEMASARAN 1 Nama Pensyarah Penilai DR. FARIDA HANIM BINTI ISLAHUDIN Kod Kursus HHHC 9401 Kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme Kod Aktiviti/Projek DN 00189/2014 Laporan Kursus HHHC 9401

Upload: letram

Post on 19-May-2018

237 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kod HHHC 9401 Kursus Kemahiran Nilai, Sikap, Etika … -syarikat yang berpoten si dan sesuai untuk dihubungi bagi mendapatkan dana dan tajaan bagi program ini. Saya perlu menghubungi

Biodata Pelajar

Nama NUR AMELIA NADHIRA BT. ZAMRI

No. Matrik A144412

No. Kad Pengenalan 940920-06-5238

Fakulti FARMASI (FFAR)

Tahun Pengajian 2

Sesi Akademik 2014/2015

No.Tel 019-4075771

Emel [email protected]

Nama Aktiviti / Projek FIESTA SINERGI INTELEK (FSI) - SUBPROGRAM DEBAT

PIALA KESIHATAN INTERVARSITI

Jawatan Disandang PENGURUS / EXCO PEMASARAN 1

Nama Pensyarah Penilai DR. FARIDA HANIM BINTI ISLAHUDIN

Kod Kursus

HHHC 9401 Kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan

Profesionalisme

Kod Aktiviti/Projek

DN 00189/2014

Laporan Kursus HHHC 9401

Page 2: Kod HHHC 9401 Kursus Kemahiran Nilai, Sikap, Etika … -syarikat yang berpoten si dan sesuai untuk dihubungi bagi mendapatkan dana dan tajaan bagi program ini. Saya perlu menghubungi

BAHAGIAN A

1. Nama Aktiviti / Projek

2. Latar Belakang Aktiviti / Projek

3. Sinopsis

Program ini merupakan aktiviti mega anjuran Majlis Eksekutif Pelajar, KTSN, UKM KL. Program ini

mempunyai sebelas sub-program. Antaranya, Program Debat Piala Kesihatan yang mana peserta-

peserta program ini terdiri daripada mahasiswa/i jurusan kesihatan daripada universiti-universiti

di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor yang berbakat dalam perdebatan. Program ini

diadakan bagi mengeratkan hubungan dan mewujudkan jaringan komunikasi antara mahasiswa

jurusan kesihatan daripada IPTA DAN IPTS terlibat di samping memupuk minat mahasiswa/i

untuk berdebat dalam Bahasa Melayu. Malah program ini juga bertujuan untuk melahirkan

mahasiswa/i yang celik terhadap isu semasa dan isu-isu yang berkaitan kesihatan. Melalui

pengalaman dalam menganjurkan program seperti ini, saya dapat mengasah kemahiran-

kemahiran penting sebagai contoh kemahiran nilai, sikap dan profesionalisme. Kemahiran ini

membantu dalam mendidik diri saya untuk menjadi seorang ahli farmasi yang bukan sahaja

mahir dalam bidang ubat-ubatan malah lebih lancar dan berkeyakinan dalam menyuarakan

pendapat serta nasihat atau bimbingan mengenai ubat-ubatan kepada orang ramai terutamanya

pesakit-pesakit dengan lebih beretika dan beradab.

Laporan ini mengandungi dua aspek penilaian iaitu aspek perancangan dan aspek

perlaksanaan.

Laporan Kursus HHHC 9401

Fiesta Sinergi Intelek (FSI) 2014 – Program Intervarsiti UKM Kampus Kuala Lumpur, Debat Piala Kesihatan Tun Syed Nasir

Tema : Menggilap Kredibiliti, Mencermin Profesionalisma Anjuran : Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia. Tarikh : 3 – 4 Mei 2014 Masa : 8.00 a.m. – 11.00 p.m. Tempat : 1. DK 1, UKM Kampus Kuala Lumpur 2. DK 2, UKM Kampus Kuala Lumpur 3. DK 3, UKM Kampus Kuala Lumpur 4. Dewan Serbaguna, Kolej Tun Syed Nasir, UKM Kampus Kuala Lumpur Sasaran Peserta : Mahasiswa/i jurusan kesihatan di universiti-universiti di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor Jawatan yang disandang : Pengurus / Exco Dana & Pemasaran I

Page 3: Kod HHHC 9401 Kursus Kemahiran Nilai, Sikap, Etika … -syarikat yang berpoten si dan sesuai untuk dihubungi bagi mendapatkan dana dan tajaan bagi program ini. Saya perlu menghubungi

4. Surat Kelulusan JPPel

Page 4: Kod HHHC 9401 Kursus Kemahiran Nilai, Sikap, Etika … -syarikat yang berpoten si dan sesuai untuk dihubungi bagi mendapatkan dana dan tajaan bagi program ini. Saya perlu menghubungi

BAHAGIAN B

1. Perancangan

Di awal program, semua perancangan dilakukan dengan teliti bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan jayanya.

1.1 Jawatan Saya diberi amanah untuk memegang jawatan sebagai Ketua Pengurus Dana & Pemasaran. Antara tugas yang perlu saya lakukan ialah : Menyiapkan kertas kerja pemasaran dan cover letter

pemasaran Mengumpulkan dana dan sumbangan mengikut perbelanjaan

yang telah dirangka oleh bendahari program Menghubungi syarikat-syarikat serta pihak penaja untuk

mendapatkan dana dan tajaan bagi program debat kesihatan Menjalankan jualan bagi meningkatkan jumlah pendapatan

program Membantu organisasi program yang lain ketika pertandingan

debat dijalankan

1.2 Nilai, etika dan professionalism

Nilai, etika dan profesionalisme dapat diterapkan melalui tugas yang perlu saya lakukan selakukan Ketua Pemasaran. Saya perlu menyiapkan kertas kerja pemasaran di samping menyenaraikan syarikat-syarikat yang berpotensi dan sesuai untuk dihubungi bagi mendapatkan dana dan tajaan bagi program ini. Saya perlu menghubungi pihak penaja dan menyampaikan hasrat untuk mendapatkan tajaan dan memaklumkan faedah penyertaan dengan beretika dan menunjukkan nilai profesionalisme sekiranya pihak penaja tidak berminat untuk memberikan sumbangan.

1.3 Keupayaan menunjukkan sikap amanah dan berintegriti dalam merancang tugasan

Selaku ketua, saya memegang amanah untuk memastikan jumlah dana dan sumbangan mencapai target yang disasarkan bagi memenuhi perbelanjaan yang telah dirangka oleh pihak bendahari program. Pembahagian tugas untuk menghubungi setiap syarikat akan dilakukan dan saya perlu memastikan exco bersama saya, menjalankan tugas masing-masing seperti yang telah dirancang dan dipersetujui. Segala gerak kerja akan dibentangkan setiap kali mesyuarat organisasi diadakan.

1.4 Kemampuan dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

Saya juga perlu mampu untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan membuat keputusan secara kreatif dan beretika bagi memastikan semua exco bersama saya mencapai kata sepakat dan menjalankan tugas secara professional tanpa wujud sebarang perselisihan faham. Saya juga perlu memberi penyelesaian kepada masalah berbangkit yang timbul semasa mesyuarat bersama ahli jawatankuasa yang lain.

1.5 Menunjukkan sikap akauntabiliti dan tanggungjawab dalam merancang tugasan

Selaku Ketua Pemasaran , saya perlu menyiapkan rangka faedah penyertaan pihak penaja yang merangkumi Pakej Platinum untuk sumbangan RM 4000 dan keatas, Pakej Gold untuk sumbangan diantara RM 2000-RM 3999, Pakej Silver untuk sumbangan RM500-RM1999 dan akhir sekali Pakej Bronze untuk sumbangan RM500 dan kebawah. Faedah penyertaan ini perlu diemelkan kepada pihak penaja bersama-sama kertas kerja pemasaran yang telah diluluskan. Selain daripada perlu menyiapkan kertas kerja dan mendapatkan dana dan sumbangan daripada pihak penaja, saya bersama exco yang lain juga

Page 5: Kod HHHC 9401 Kursus Kemahiran Nilai, Sikap, Etika … -syarikat yang berpoten si dan sesuai untuk dihubungi bagi mendapatkan dana dan tajaan bagi program ini. Saya perlu menghubungi

merancang untuk menjalankan jualan di kolej kediaman bagi membantu dalam meningkatkan jumlah pendapatan. Antara jualan yang akan dijalankan adalah jualan keropok lekor dan jualan buah-buahan.

1.6 Menunjukkan kecekapan dalam merancang tugasan

Kecekapan dalam merancang tugasan dapat ditunjukkan sewaktu saya memastikan jualan yang akan dijalankan berjalan lancar. Antaranya, saya perlu menyiapkan surat kelulusan mengadakan jualan di KTSN, lesen mengadakan jualan di dewan serbaguna KTSN serta jadual menjaga gerai jualan. Setiap aktiviti jualan yang akan dijalankan di KTSN perlu mendapat kelulusan daripada MEP Keusahawanan.

2. Pelaksanaan

Kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme berjaya diterapkan dan dapat dibuktikan melalui pelaksanaan program ini yang berlangsung dengan jayanya.

2.1 Jawatan Memegang amanah sebagai Pengurus Pemasaran telah berjaya mendidik saya untuk lebih bersikap beretika dan bertindak secara profesionalisme lebih-lebih lagi sewaktu saya menghubungi pihak luar bagi mendapatkan tajaan dana dan sumbangan. Saya membawa nama baik UKM dan berkomunikasi dengan berhemah dengan menyatakan tujuan saya menghubungi mereka dengan jelas dan beradab dan sekiranya permohonan saya ditolak, saya dengan secara berhemah mengakhiri perbualan dengan ucapan terima kasih. Antara sumbangan dana dan tajaan yang telah berjaya dikumpul oleh saya dan exco pemasaran yang lain ialah : RM 1274.50 – Sumbangan dari Perkhidmatan Pengangkutan

Subhan, Tn. Hj. Jasimi Zainal Abidin, S.P. Mehan Dialysis, Pembekal Alat Perubatan RehaMed (M) Sdn. Bhd, Ling Chemist Sdn. Bhd, Agropharm Sdn. Bhd

Sosej dari OMAKANE Sdn. Bhd

300 naskah Majalah OH! Only Health

200 helai Sijil kosong dari Rimba Ilmu Enterprice

Replika Cek dari Percetakan Nasional Malaysia Berhad

Kek Lapis dari D’Lah Kek Lapis

Saya (bulatan kuning), bersama-sama ahli jawatankuasa yang lain ketika sesi bergambar

ahli organisasi program-program FSI.

Page 6: Kod HHHC 9401 Kursus Kemahiran Nilai, Sikap, Etika … -syarikat yang berpoten si dan sesuai untuk dihubungi bagi mendapatkan dana dan tajaan bagi program ini. Saya perlu menghubungi

2.2 Nilai, etika dan professionalism

Saya (bulatan kuning), menyuarakan pendapat dan membentangkan gerak kerja dari exco pemasaran kepada semua ahli organisasi sewaktu mesyuarat ahli jawatankuasa

program debat. Ini secara tidak langsung telah melatih diri saya untuk lebih berkeyakinan dalam menyuarakan pendapat serta membentangkan gerak kerja dengan lebih beretika

dan secara profesional. Saya juga belajar untuk menerima pendapat daripada ahli organisasi yang lain dan bertindak dengan lebih proaktif bagi meningkatkan jumlah dana

bersama-sama exco pemasaran yang lain.

Gambar diatas merupakan ‘screenshot’ daripada mesej yang dihantar kepada pihak OH! Only Health bagi mendapatkan tajaan majalah ‘Health’. Selepas mendapat maklumbalas

positif daripada pihak OH! Only Health, saya menghantar kertas kerja pemasaran bersama cover letter dan juga surat pengecualian cukai kepada pihak syarikat melalui

emel yang telah diberikan. Ini secara tidak langsung menunjukkan sikap etika dan profesionalisme antara dua pihak. Hasilnya, saya berjaya mendapatkan 300 naskhah

majalah ‘Health’ untuk diedarkan kepada penonton-penonton Pertandingan Akhir Debat Kesihatan.

Page 7: Kod HHHC 9401 Kursus Kemahiran Nilai, Sikap, Etika … -syarikat yang berpoten si dan sesuai untuk dihubungi bagi mendapatkan dana dan tajaan bagi program ini. Saya perlu menghubungi

2.3 Keupayaan menunjukkan sikap amanah dan berintegriti dalam menjalankan tugasan

Perbincangan di antara saya (bulatan kuning) dan ajk pemasaran. Pembahagian tugas dijalankan, iaitu setiap daripada kami mendapat 10-12 syarikat untuk dihubungi dan

berusaha mendapatkan tajaan dan sumbangan

Gambar di atas diambil pada hari program sedang berlangsung. Kami, memakai baju tshirt program yang telah ditempah khas untuk menunjukkan keseragaman sesama ahli organisasi program debat kesihatan. Pada hari kejadian, saya telah bertugas di kaunter

pendaftaran. Sikap amanah dapat diterapkan dalam diri saya apabila saya perlu sentiasa berada di kaunter pendaftaran dan memastikan pendaftaran para peserta debat serta

semua organisasi berjalan lancar.

.

Page 8: Kod HHHC 9401 Kursus Kemahiran Nilai, Sikap, Etika … -syarikat yang berpoten si dan sesuai untuk dihubungi bagi mendapatkan dana dan tajaan bagi program ini. Saya perlu menghubungi

2.4 Kemampuan dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

Di pertengahan pelaksanaan program ini, saya dan exco pemasaran yang lain menghadapi masalah di mana majoriti daripada syarikat-syarikat yang telah dihubungi tidak mahu bekerjasama memberikan sumbangan dan tajaan. Oleh itu, setelah berbincang, kami mengambil keputusan untuk berkunjung ke beberapa pusat kesihatan sekitar kawasan Chow Kit dengan membawa surat permohonan tajaan dan sumbangan yang mempunyai kelulusan. Kami berpecah kepada beberapa kumpulan kecil bagi mengunjungi beberapa tempat yang berbeza. Melalui cara ini, kami perlu bertindak dan berkomunikasi secara profesional dengan pihak tertentu supaya cara kami ini tidak dilihat seperti mahu meminta bantuan atau sedekah. Hasilnya, kami berjaya mendapatkan sejumlah sumbangan hasil daripada kunjungan kami ke beberapa pusat kesihatan. Antaranya S.P. Mehan Dialysis, Pembekal Alat Perubatan RehaMed (M) Sdn. Bhd, Ling Chemist Sdn. Bhd. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Kemampuan dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dapat ditonjolkan melalui situasi seperti di atas.

Perbincangan diantara saya (bulatan kuning) bersama ajk pemasaran dijalankan ketika kunjungan kami ke kedai-kedai sekitar Chow Kit bagi mendapatkan tajaan barangan bagi

program debat kesihatan.

Page 9: Kod HHHC 9401 Kursus Kemahiran Nilai, Sikap, Etika … -syarikat yang berpoten si dan sesuai untuk dihubungi bagi mendapatkan dana dan tajaan bagi program ini. Saya perlu menghubungi

2.5 Menunjukkan sikap akauntabiliti dan tanggungjawab dalam melaksanakan tugasan

Gambar ini diambil sewaktu saya mendapatkan stok keropok lekor dari Baling, Kedah sebelum dibawa dengan menaiki bas untuk pulang ke KTSN. Sikap akauntabiliti jelas

ditunjukkan sewaktu saya mengira kos modal jualan serta keuntungan yang diperolehi melalui jualan yang akan diadakan.

Gambar diatas menunjukkan saya (bulatan kuning) dan ajk pemasaran yang lain menjalankan jualan keropok lekor di tepi DSG selepas mendapat kelulusan dan lesen

jualan daripada pihak MEP Keusahawanan KTSN. Jualan yang dijalankan dari awal pagi mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelajar KTSN. Hasil keuntungan

yang diperolehi melalui jualan keropok lekor ialah RM 200.00. Jualan keropok lekor ini dijalankan dalam dua fasa. Kami turut menjalankan jualan buah-buahan seperti tembikai,

tembikai susu, betik dan mangga. Hasil keuntungan daripada jualan buah-buahan ialah RM 35.00.

Page 10: Kod HHHC 9401 Kursus Kemahiran Nilai, Sikap, Etika … -syarikat yang berpoten si dan sesuai untuk dihubungi bagi mendapatkan dana dan tajaan bagi program ini. Saya perlu menghubungi

2.6 Menunjukkan kecekapan dalam melaksanakan tugasan

Gambar diatas diambil sewaktu malam pertandingan akhir pertandingan debat kesihatan. Gambar kiri menunjukkan salah seorang pendebat pihak kerajaan yang

mengemukakan usul yang bernas. Gambar kanan merupakan barisan juri yang memegang amanah dalam penghakiman perdebatan akhir. Kecekapan dalam

melaksanakan tugas dapat dilihat dengan jayanya program perdebatan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut. Sekali lagi, saya dan exco pemasaran diberi tugas untuk

berada di meja pendaftaran peserta dan penonton pertandingan akhir debat.

BAHAGIAN C Pada akhir projek ini, saya percaya saya telah berjaya menerapkan kemahiran nilai, sikap, etika dan juga profesionalisme dalam diri saya. Sebagai contoh, melalui tugas sebagai Pengurus Pemasaran, saya perlu menghubungi pihak luar bagi mendapatkan sumbangan dan tajaan bagi program ini. Secara tidak langsung hal ini telah melatih diri saya untuk berinteraksi dengan orang ramai secara berhemah dan profesional. Sebagai seorang pelajar jurusan kesihatan, sikap ini sangat penting dalam menyampaikan maklumat dan menyampaikan kebenaran kepada pesakit-pesakit mahupun kepada pakar perubatan. Selain itu, saya juga memegang amanah untuk menyiapkan kertas kerja pemasaran beserta faedah penyertaan pihak penaja. Melalui tugasan yang telah saya jalankan ini, saya dapat melatih diri saya untuk sentiasa bersikap menepati masa dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang telah diamanahkan kepada saya. Di samping menjalankan tugasan sebagai Pengurus Pemasaran, saya dan exco pemasaran yang lain turut menjalankan tugas diluar bidang tugas saya sebagai exco pemasaran. Sebagai contoh, saya dan exco pemasaran yang lain telah diamanahkan untuk menjaga kaunter pendaftaran pada hari pertandingan debat diadakan. Hal ini telah mendidik saya untuk tidak bersikap mementingkan diri sendiri dan saling bantu-membantu dalam pasukan. Akhir sekali, sebagai seorang pelajar jurusan farmasi yang akan menceburi bidang profesional kelak, kemampuan bertindak dan menyelesaikan masalah yang timbul adalah sangat penting. Hal ini dapat dilihat melalui situasi dimana saya dan exco pemasaran yang lain mengambil keputusan drastik untuk berkunjung sendiri ke pusat-pusat kesihatan sekitar Chow Kit untuk berusaha mendapatkan sumbangan tajaan bagi memenuhi perbelanjaan program.