helaian data keselamatan - · pdf filepernafasan yang sesuai. beri oksigen tambahan, ......

16
Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA Tarikh Semakan: 20 Nov 2015 Halaman 1 dari 16 HELAIAN DATA KESELAMATAN BAHAGIAN 1 PENGENALAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA DAN PEMBEKAL Helaian Data Keselamatan ini mematuhi peraturan di Malaysia berdasarkan tarikh semakan yang tercatat di atas. PRODUK Pengecam Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE Keterangan Produk: Hidrokarbon dan bahan tambahan Kod Produk: 708436 Kegunaan yang dibenarkan: Bahan api untuk enjin petrol Nama Dagang Nama Dagang Nama Dagang 95 RON UNLEADED MOTOR GASOLINE(YELLOW) 97 RON UNLEADED MOTOR GASOLINE (RED)* 100 RON UNLEADED MOTOR GASOLINE (DARK RED)* BLAZE 95 (Yellow) BLAZE 97 (Red)* BLAZE 100 (Dark Red)* * Memenuhi spesifikasi Euro 4M dan kandungan Benzene sehingga 3.5 % PENGENALAN SYARIKAT Pembekal: Petron Subsidiaries in Malaysia Menara I&P, Tower 1, No. 46, Jalan Dungun, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia Nombor Telefon Pembekal +603 2082 8400 BAHAGIAN 2 PENGENALAN BAHAYA KLASIFIKASI GHS Cecair mudah terbakar, Kategori 1 Kakisan atau kerengsaan kulit, Kategori 2 Kemutagenan sel germa, Kategori 2 Kekarsinogenan, Kategori 2 Ketoksikan organ sasaran khusus (Pendedahan tunggal), Kategori 3 ( Narkotik) Bahaya aspirasi, Kategori 1 Berbahaya kepada persekitaran akuatik Bahaya akut, Kategori 2 Bahaya kronik, Kategori 2 Perlabelan GHS Piktogram bahaya

Upload: phungkien

Post on 27-Feb-2018

266 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: HELAIAN DATA KESELAMATAN - · PDF filepernafasan yang sesuai. Beri oksigen tambahan, ... (melebehi kadar batasan pendedahan ... kalis air dan tidak sesuai untuk digunakan semasa kecemasan

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA

Tarikh Semakan: 20 Nov 2015 Halaman 1 dari 16

HELAIAN DATA KESELAMATAN BAHAGIAN 1 PENGENALAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA DAN PEMBEKAL

Helaian Data Keselamatan ini mematuhi peraturan di Malaysia berdasarkan tarikh semakan yang tercatat di atas.

PRODUK

Pengecam Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE Keterangan Produk: Hidrokarbon dan bahan tambahan

Kod Produk: 708436

Kegunaan yang dibenarkan: Bahan api untuk enjin petrol

Nama Dagang Nama Dagang Nama Dagang

95 RON UNLEADED MOTOR GASOLINE(YELLOW)

97 RON UNLEADED MOTOR GASOLINE (RED)*

100 RON UNLEADED MOTOR GASOLINE (DARK RED)*

BLAZE 95 (Yellow) BLAZE 97 (Red)* BLAZE 100 (Dark Red)*

* Memenuhi spesifikasi Euro 4M dan kandungan Benzene sehingga 3.5 %

PENGENALAN SYARIKAT Pembekal: Petron Subsidiaries in Malaysia

Menara I&P, Tower 1,

No. 46, Jalan Dungun, Damansara Heights,

50490 Kuala Lumpur, Malaysia

Nombor Telefon Pembekal +603 2082 8400

BAHAGIAN 2 PENGENALAN BAHAYA

KLASIFIKASI GHS Cecair mudah terbakar, Kategori 1

Kakisan atau kerengsaan kulit, Kategori 2 Kemutagenan sel germa, Kategori 2 Kekarsinogenan, Kategori 2 Ketoksikan organ sasaran khusus (Pendedahan tunggal), Kategori 3 ( Narkotik) Bahaya aspirasi, Kategori 1 Berbahaya kepada persekitaran akuatik Bahaya akut, Kategori 2 Bahaya kronik, Kategori 2

Perlabelan GHS Piktogram bahaya

Page 2: HELAIAN DATA KESELAMATAN - · PDF filepernafasan yang sesuai. Beri oksigen tambahan, ... (melebehi kadar batasan pendedahan ... kalis air dan tidak sesuai untuk digunakan semasa kecemasan

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA

Tarikh Semakan: 20 Nov 2015 Halaman 2 dari 16

Kata Isyarat

Bahaya

Pernyataan Bahaya

H224 Cecair dan wap amat mudah terbakar H313 Bahaya jika terkena pada kulit H331 Toksik jika dihidu H316 Menyebabkan kerengsaan kulit yang ringan H341 Boleh menyebabkan kerosakan genetik turun-temurun H351 Menyebabkan kerosakan pada paru-paru, buah pinggang H336 Wap boleh menyebabkan rasa mengantuk dan pening H303 Menyebabkan bahaya jika tertelan

H401 Toksik kepada hidupan akuatik H411 Boleh meninggalkan kesan jangkamasa panjang bahaya kepada hidupan akuatik PERNYATAAN LANGKAH PERLINDUNGAN

Pernyataan Berjaga-jaga – Umum P101 Jika nasihat perubatan diperlukan, tunjukkan bekas atau label ini P102 Jauhkan daripada kanak-kanak

P103 Baca label sebelum gunakan

Pernyataan Berjaga-jaga – Pencegahan P201 Rujuk kepada arahan khas sebelum digunakan P202

Jangan kendalikan bahan sehingga semua langkah berjaga-jaga keselamatan telah dibaca dan difahami

P210

Jauhkan daripada semua sumber pencucuhan (dilarang merokok, jauhkan suar, percikan api, atau nyalaan dari kawasan sekitar)

P233 Pastikan bekas ditutup rapat P240 Gunakan pencantuman dan/atau prosedur pembumian yang betul P241 Guna peralatan elektrik/pengudaraan/pencahayaan yang kalis letupan P242 Gunakan peralatan tanpa percikan api P243 Sila ambil langkah- langkah keselamatan terhadap pelepasan statik P261 Elakkan daripada menyedut gas P271 Gunakan hanya di luar atau di kawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik P273 Elakkan daripada melepaskan ke persekitaran P280 Pakai sarung tangan keselamatan / pakaian pelindung / perlindungan mata dan muka P281 Guna peralatan pelindung diri seperti yang dikehendaki

Pernyataan Berjaga-jaga – Respon P301 + P310 + P331 JIKA TERTELAN: Segera hubungi PUSAT RACUN atau doktor / pakar perubatan.

Jangan paksa mangsa muntah P303 + P361+ P353 JIKA TERKENA KULIT (atau rambut): Tanggalkan / buka serta-merta semua pakaian

yang tercemar. Jirus kulit dengan air / pancuran mandian P304 + P340 JIKA TERHIDU: Pindahkan mangsa ke udara segar dan biarkan berehat dalam

kedudukan yang selesa untuk bernafas P308 + P313 JIKA TERDEDAH: Dapatkan nasihat / rawatan perubatan P312 Hubungi Pusat Racun atau Doktor jika anda merasa kurang sihat P332 + P313 Jika berlaku kerengsaan kulit, dapatkan nasihat / rawatan perubatan

Page 3: HELAIAN DATA KESELAMATAN - · PDF filepernafasan yang sesuai. Beri oksigen tambahan, ... (melebehi kadar batasan pendedahan ... kalis air dan tidak sesuai untuk digunakan semasa kecemasan

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA

Tarikh Semakan: 20 Nov 2015 Halaman 3 dari 16

P370 + P378 Jika berlaku kebakaran: gunakan alat pemadam api jenis buih, karbon dioksida atau bahan kimia kering untuk memadam

P391 Bersihkan tumpahan Pernyataan Berjaga-jaga – Penyimpanan P403 + P235 Simpan di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik. Pastikan berada dalam

suhu bilik P405 Simpan dalam tempat yang berkunci

Pernyataan Berjaga-jaga – Pelupusan P501

Lupuskan kandungan atau bekas mengikut peraturan-peraturan tempatan/ negara/ serantau/ antarabangsa

BAHAGIAN 3 KOMPOSISI DAN MAKLUMAT MENGENAI RAMUAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA

Bahan ini dikawal selia sebagai bahan sediaan Bahan yang boleh dilaporkan Berbahaya atau Bahan Kompleks Nama Nombor CAS Kepekatan*

GASOLIN 86290-81-5 >99 %

Komponen Berbahaya Terkandung Di Dalam Bahan Rumit Nama Nombor CAS Kepekatan* 2,3- DIMETILBUTANA 79-29-8 1 – 5%

3-METILBUTANA 589-344-4 1 – 5%

BENZENA 71-43-2 0.1 – 5%

BUTANA 106-97-8 1 – 5%

ETIL BENZENA 100-41-4 1 – 5%

ISOPENTANA 78-78-4 5 – 10%

N-HEKSANA 110-54-3 < 3%

PENTANA 109-66-0 1 – 5%

PENTANA, 2-METIL- 107-83-5 1 – 5%

PENTANA, 3-METIL- 96-14-0 1 – 5%

PSEUDOKUMENIA (1,2,4- TRIMETILBENZENA) 95-63-6 5 – 10%

TOLUENA 108-88-3 > 3%

TRIMETIL BENZENA 25551-13-7 1 – 5%

XYLENES 1330-20-7 5 - 10%

* Semua kepekatan dinyatakan sebagai peratus berat, kecuali ramuan berkenaan adalah gas. Kepekatan gas dinyatakan sebagai peratus isipadu.

NOTA: Komposisi mungkin mengandungi sehingga 0.5% bahan tambah prestasi dan/atau pewarna. Kepekatan komponen yang ditunjukkan di atas mungkin berbeza-beza. Di negara tertentu, kandungan benzena mungkin dihadkan pada paras yang lebih rendah. Oksigenat seperti tertiari-amil-metil eter, etanol, di-isopropil eter dan etil-tertiari-butil eter mungkin ada. Disebabkan kemeruapan produk, wap gasolin mungkin mengandungi kepekatan komponen yang berbeza daripada kepekatan komponen dalam gasolin cecair. Komponen utama wap gasolin ialah: butana, isobutana, pentana dan isopentana. Peratus komponen boleh lapor, ditunjukkan dalam bahagian Maklumat Kawal Selia, berdasarkan penilaian API bagi campuran gasolin biasa

Page 4: HELAIAN DATA KESELAMATAN - · PDF filepernafasan yang sesuai. Beri oksigen tambahan, ... (melebehi kadar batasan pendedahan ... kalis air dan tidak sesuai untuk digunakan semasa kecemasan

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA

Tarikh Semakan: 20 Nov 2015 Halaman 4 dari 16

BAHAGIAN 4 LANGKAH-LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS

TERSEDUT Segera pindahkan mangsa daripada terdedah terlalu lama. Segera dapatkan

bantuan perubatan. Bagi mereka yang memberikan bantuan, elakkan diri sendiri

atau orang lain daripada terdedah kepada produk. Gunakan perlindungan

pernafasan yang sesuai. Beri oksigen tambahan, jika ada. Jika pernafasan

terhenti, berikan bantuan penguadaraan dengan alat mekanikal atau resusitasi

mulut ke mulut

TERKENA KULIT Jika produk disuntik ke dalam atau di bawah kulit, atau ke dalam mana-mana

bahagian badan, tanpa mengira rupa atau saiz luka, orang itu hendaklah diperiksa

semula oleh pakar perubatan dengan segera sebagai kes kecemasan

pembedahan. Walaupun simptom awal daripada suntikan tekanan tinggi mungkin

minimum atau tiada, rawatan pembedahan awal dalam tempoh beberapa jam

pertama boleh mengurangkan tahap kecederaan utama dengan ketara. Jika

rosak fros terjadi, rendam bahagian yang terjejas dalam air pada suhu badan.

Biarkan terendam selama 20 hingga 40 minit. Dapatkan bantuan perubatan

TERKENA MATA Jirus bersih-bersih dengan air selama sekurang-kurangnya 15 minit. Dapatkan

bantuan perubatan. TERTELAN Dapatkan rawatan dengan segera. Jangan muntahkan CACATAN UNTUK DOKTOR Jika tertelan, bahan mungkin disedut ke dalam paru-paru dan menyebabkan

pneumonitis kimia. Rawat dengan sewajarnya. Bahan ini yang berhidrokarbon ringan, atau sebagai komponen, boleh dihubungkait dengan pemekaan jantung jika pendedahan secara berpanjangan (melebehi kadar batasan pendedahan pada tahap pekerjaan biasa) atau pada pendedahan berterusan kepada tahap stres yang tinggi atau bahan rangsangan-jantung seperti adrenalina. Pengambilan bahan-bahan tersebut mestilah di elakkan

KEADAAN PERUBATAN PRAWUJUD YANG MUNGKIN SEMAKIN TERUK AKIBAT PENDEDAHAN

Mengandungi Benzena - Individu yang menghidap penyakit limpa mungkin lebih mudah terdedah kepada kesan toksik.

BAHAGIAN 5 LANGKAH-LANGKAH PEMADAMAN KEBAKARAN BAHAN PEMADAM API

Bahan Pemadam Api yang Sesuai: Gunakan kabus air, bahan kimia kering atau karbon dioksida (CO2) untuk memadam api

Page 5: HELAIAN DATA KESELAMATAN - · PDF filepernafasan yang sesuai. Beri oksigen tambahan, ... (melebehi kadar batasan pendedahan ... kalis air dan tidak sesuai untuk digunakan semasa kecemasan

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA

Tarikh Semakan: 20 Nov 2015 Halaman 5 dari 16

Media Pemadam yang Tidak Wajar: Pancutan Air Terus

MEMADAM KEBAKARAN

Arahan Memadam Kebakaran: Biarkan api menyala terus dalam keadaan terkawal. Hentikan bocoran jika dapat melakukannya tanpa risiko. Pindahkan orang daripada kawasan berkenaan. Jika kebocoran atau tumpahan belum tercucuh, gunakan semburan air untuk menyebarkan wap dan melindungi kakitangan yang cuba menghentikan kebocoran. Jangan biarkan air larian daripada kawalan kebakaran atau pencairan memasuki anak sungai, pembetung atau bekalan air minum. Pemadam kebakaran hendaklah menggunakan kelengkapan pelindung yang standard, dan di kawasan tertutup, pakai alat pernafasan serba lengkap (SCBA). Gunakan semburan air bagi menyejukkan permukaan yang terdedah kepada kebakaran dan bagi melindungi pekerja.

Bahaya Kebakaran yang Luar Biasa:

GAS MUDAH MENYALA. Bahan berbahaya. Ahli bomba dan

penyelamat kebakaran hendaklah menggunakan kelengkapan pelindung yang dinyatakan dalam Bahagian 8.

Hasil Pembakaran Berbahaya: Asap, wasap, aldehid, oksida sulfur, produk pembakaran tidak lengkap,

oksida karbon

SIFAT-SIFAT MUDAH MENYALA

Takat Kilat ASTM D93: < -40°C (-40°F)

Had Mudah Menyala (Anggaran peratus isi padu di udara):

LEL : 1.2 UEL : 8.2

Suhu Pengautocucuhan: Tidak berkenaan

BAHAGIAN 6 LANGKAH-LANGKAH PELEPASAN TIDAK SENGAJA PROSEDUR PEMBERITAHUAN

Sekiranya berlaku tumpahan atau pelepasan yang tidak disengajakan, maklumkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan menurut semua peraturan terpakai.

LANGKAH-LANGKAH PERLINDUNGAN

Hindarkan daripada terkena bahan tumpah. Penduduk di kawasan sekitar dan di bawah arah tiupan angin harus diberi amaran atau dipindahkan jika perlu kerana ketoksikan atau kemudahnyalaan bahan. Lihat Bahagian 5 untuk maklumat memadam kebakaran. Lihat Seksyen Pengenalpastian Bahaya untuk Bahaya Utama. Lihat Bahagian 4 untuk Langkah Pertolongan Cemas. Lihat Bahagian 8 untuk nasihat minima keperluan kelengkapan pelindung diri. Kelengkapan pelindungan diri tambahan mungkin diperlukan bergantung keadaan spesifik dan/atau pertimbangan pakar dari tindakbalas kecemasan. Bagi anggota bantuan kecemasan: Perlindungan pernafasan: Alat pernafasan separa muka atau seluruh muka dengan penapis wap organik dan H2S atau Alat Pernafasan Serba Lengkap (SCBA) boleh digunakan apabila perlu,

Page 6: HELAIAN DATA KESELAMATAN - · PDF filepernafasan yang sesuai. Beri oksigen tambahan, ... (melebehi kadar batasan pendedahan ... kalis air dan tidak sesuai untuk digunakan semasa kecemasan

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA

Tarikh Semakan: 20 Nov 2015 Halaman 6 dari 16

bergantung kepada saiz tumpahan dan tahap pendedahan yang mungkin berlaku. Jika pendedahan tidak dapat dicirikan sepenuhnya atau atmosfera yang rendah oksigen dijangka boleh berlaku, SCBA adalah disyorkan. Sarung tangan kerja yang tahan hidrokarbon aromatik adalah disarankan. Catatan: sarung tangan yang diperbuat daripada polivinil asetat (PVA) tidak kalis air dan tidak sesuai untuk digunakan semasa kecemasan. Gogal kimia adalah disyorkan jika ada kemungkinan terpercik atau terkena pada mata. Tumpahan kecil: Pakaian kerja antistatik yang biasa lazimnya memadai. Tumpahan besar: sut pelindung tubuh lengkap yang diperbuat daripada bahan yang tahan kimia dan antistatik adalah disyorkan.

PENGURUSAN TUMPAHAN Tumpahan Tanah :

Buang semua sumber pencucuhan (dilarang merokok, jauhkan suar, percikan api, atau nyalaan dari kawasan sekitar). Hentikan bocoran jika dapat melakukannya tanpa risiko. Semua peralatan yang digunakan semasa mengendalikan produk mestilah dibumikan. Jangan sentuh atau berjalan melalui bahan yang tertumpah. Jangan biarkan tumpahan memasuki jalan air, pembetung, aras bawah tanah atau kawasan tertutup. Busa penyekat wap boleh digunakan untuk mengurangkan wap. Gunakan alat bersih yang tidak mengeluarkan percikan api untuk mengumpulkan bahan yang terserap. Serap atau tutup dengan tanah kering, pasir atau bahan lain yang tidak boleh terbakar, dan pindahkan ke dalam bekas. Tumpahan Besar: Semburan air mungkin mengurangkan wap; tetapi mungkin tidak mencegah pencucuhan dalam ruang tertutup.

Tumpahan Air :

Buang semua sumber pencucuhan (dilarang merokok, jauhkan suar, percikan api, atau nyalaan dari kawasan sekitar). Hentikan bocoran jika dapat melakukannya tanpa risiko. Jangan kepung di kawasan tumpahan. Para penghuni dan perkapalan di kawasan bawah angin harus dimaklumkan tentang bahaya kebakaran dan ledakan, dan diingatkan supaya menjauhinya. Biarkan cecair sejat daripada permukaan. Minta nasihat seorang pakar sebelum menggunakan bahan penyebar. Saranan bagi tumpahan dalam air dan tumpahan di darat adalah berdasarkan senario tumpahan yang paling mungkin bagi bahan ini; walau bagaimanapun, keadaan geografi, angin, suhu, (dan dalam keadaan tumpahan dalam air) arah gelombang dan arus serta kelajuan mungkin banyak mempengaruhi tindakan sewajarnya yang patut diambil. Untuk tujuan ini, sila rujuk pakar tempatan. Perhatian: Peraturan tempatan mungkin menetapkan atau mengehadkan tindakan yang patut diambil.

LANGKAH PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR

Tumpahan Besar: Bina benteng jauh dari kawasan tumpahan cecair supaya tumpahan dapat dikumpulkan dan dilupuskan kemudian. Jangan biarkan tumpahan memasuki jalan air, pembetung, aras bawah tanah atau kawasan tertutup.

Page 7: HELAIAN DATA KESELAMATAN - · PDF filepernafasan yang sesuai. Beri oksigen tambahan, ... (melebehi kadar batasan pendedahan ... kalis air dan tidak sesuai untuk digunakan semasa kecemasan

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA

Tarikh Semakan: 20 Nov 2015 Halaman 7 dari 16

BAHAGIAN 7 PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN

PENANGANAN

Hindarkan semua sentuhan diri. Cegah pendedahan kepada sumber pencucuhan, misalnya dengan menggunakan perkakas tanpa bunga api dan peralatan yang kalis letupan. Wasap/wap yang berpotensi toksik/merengsa boleh dihasilkan daripada bahan yang dipanaskan atau dikocak. Jangan sedut melalui mulut. Gunakan dengan pengalihan udara yang cukup sahaja. Tidak boleh digunakan sebagai pelarut cucian atau bahan api bukan jentera lain. Untuk digunakan sebagai bahan api jentera sahaja. Meletakkan bahan api di dalam bekas yang tidak diluluskan adalah berbahaya dan/atau menyalahi undang-undang. Jangan isi bekas dengan bahan semasa bekas di dalam kenderaan. Elektrik statik boleh mencucuhkan wap dan menyebabkan kebakaran. Letakkan bekas di atas tanah semasa mengisi dan pastikan muncung menyentuh bekas. Jangan gunakan alat elektrik (termasuk tetapi tidak terhad kepada telefon selular, komputer, kalkulator, alat kelui atau alat elektrik lain dan sebagainya) di mana-mana kawasan atau sekitar mana-mana kawasan pengendalian atau penyimpanan bahan api melainkan alat tersebut pada asasnya disahkan selamat oleh agensi pengujian kebangsaan yang diluluskan dan mematuhi piawaian keselamatan yang dikehendaki oleh undang-undang dan peraturan kebangsaan dan/atau tempatan. Elakkan berlakunya tumpahan kecil dan kebocoran untuk mengelakkan bahaya tergelincir. Bahan boleh mengumpul cas statik yang boleh menyebabkan pencucuhan. Gunakan pencantuman dan/atau prosedur pembumian yang betul. Bagaimana pencantuman dan pembumian tidak akan menhapuskan bahaya dari pengumpulan statik. Dapatkan nasihat dari pihak piawaan tempatan yang berkenaan untuk nasihat.Rujukan tambahan termasuk dari American Petroleum Institute 2003 ( "Protection Against Ignition Arising out of Static, Lightning and Stray Currents") atau National Fire Protection Agency 77 ("Recommended Practice on Static Electricity) atau CENELEC CLC/TR 50404 ("Electrostatic - Code of Practice for the avoidance of hazard due to static electricity").

Pengumpul Statik Bahan ini adalah pengumpul statik. Cecair pada asasnya tidak mengalirkan elektrik, pengumpul statik jika pengalirannya adalah dibawah 100 pS/m (100x10E-12 Siemens per meter segi), dan dianggap sebagai separa mengalir, pengumpulan statik jika pengalirannya adalah kurang dari 10,000 pS/m. Samaada cecair tidak mengalir letrik atau separa, langkah berjaga jaganya adalah sama. Beberapa faktor, sebagai contoh suhu cecair, kehadiran bahan cemar, additif anti-statik dan penurasan boleh mempengaruhi pengaliran dalam cecair.

PENYIMPANAN

Bekalan air kebakaran yang cukup harus disediakan. Sistem pemercik/simbahan tetap adalah disarankan. Pemilihan bekas, sebagai contoh bekas penyimpanan, mungkin memberi kesan pengumpulan statik dan penghapusahan. Bekas hendaklah ditutup. Kendalikan bekas dengan berhati-hati. Buka bekas perlahan-lahan untuk mengawal pelepasan tekanan yang mungkin berlaku. Simpan bahan di tempat yang dingin dan baik pengalihan udaranya. Penyimpanan di luar atau terpisah lebih diutamakan. Bekas harus dinyahcaskan ke bumi dengan tatacara yang sewajarnya. Bekas penyimpanan tetap, bekas pemindahan dan peralatan berkaitan harus dibumikan dan dirangkaikan demi mencegah penimbunan cas statik.

Page 8: HELAIAN DATA KESELAMATAN - · PDF filepernafasan yang sesuai. Beri oksigen tambahan, ... (melebehi kadar batasan pendedahan ... kalis air dan tidak sesuai untuk digunakan semasa kecemasan

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA

Tarikh Semakan: 20 Nov 2015 Halaman 8 dari 16

BAHAGIAN 8 KAWALAN PENDEDAHAN DAN PERLINDUNGAN DIRI Nama Bahan Had / Piawai Catatan Sumber Tahun

2,3-DIMETIL-BUTANA PEL 1760 mg/m3 500 ppm PEL Malaysia 2000

2,3-DIMETIL-BUTANA STEL 1000 ppm ACGIH 2011

2,3-DIMETIL-BUTANA TWA 500 ppm ACGIH 2011

3-METILHEKSANA PEL 1640 mg/m3 400 ppm PEL Malaysia 2000

3-METILHEKSANA STEL 500 ppm ACGIH 2011

3-METILHEKSANA TWA 400 ppm ACGIH 2011

BENZENA PEL 1.6 mg/m3 0.5 ppm PEL Malaysia 2000

BENZENA STEL 2.5 ppm Kulit ACGIH 2011

BENZENA TWA 0.5 ppm Kulit ACGIH 2011

BUTANA PEL 1900 mg/m3 800 ppm PEL Malaysia 2000

BUTANA TWA 1000 ppm ACGIH 2011

ETIL BENZENA PEL 434 mg/m3 100 ppm PEL Malaysia 2000

ETIL BENZENA TWA 20 ppm ACGIH 2011

ISOPENTANA PEL 1770 mg/m3 50 ppm PEL Malaysia 2000

ISOPENTANA TWA 600 ppm ACGIH 2011

N-HEKSANA PEL 176 mg/m3 600 ppm Kulit PEL Malaysia 2000

N-HEKSANA TWA 50 ppm Kulit ACGIH 2011

PENTANA PEL 1770 mg/m3 500 ppm PEL Malaysia 2000

PENTANA TWA 600 ppm ACGIH 2011

PENTANA, 2-METIL- PEL 1760 mg/m3 500 ppm PEL Malaysia 2000

PENTANA, 2-METIL- STEL 1000 ppm ACGIH 2011

PENTANA, 2-METIL- TWA 500 ppm ACGIH 2011

PENTANA, 3-METIL- PEL 1760 mg/m3 500 ppm PEL Malaysia 2000

PENTANA, 3-METIL- STEL 1000 ppm ACGIH 2011

PENTANA, 3-METIL- TWA 500 ppm ACGIH 2011

PSEUDOKUMENIA (1,2,4- TRIMETILBENZENA)

TWA 25 ppm ACGIH 2011

TOLUENA PEL 188 mg/m3 50 ppm Kulit PEL Malaysia 2000

TOLUENA TWA 20 ppm ACGIH 2011

TRIMETIL BENZENA PEL 123 mg/m3 25 ppm PEL Malaysia 2000

TRIMETIL BENZENA TWA 25 ppm ACGIH 2011

XILENA PEL 434 mg/m3 100 ppm PEL Malaysia 2000

XILENA STEL 150 ppm ACGIH 2011

XILENA TWA 100 ppm ACGIH 2011

CATATAN: Had/piawai yang ditunjukkan adalah sebagai panduan sahaja. Ikut peraturan yang berkaitan. KAWALAN KEJURUTERAAN Tahap perlindungan dan jenis kawalan yang perlu akan berbeza-beza mengikut

keadaan pendedahan yang mungkin berlaku. Langkah kawalan yang perlu dipertimbangkan: Gunakan peralatan pengudaraan kalis ledakan supaya sentiasa berada di bawah had pendedahan

PERLINDUNGAN DIRI Pemilihan kelengkapan pelindung diri berbeza-beza mengikut keadaan

pendedahan yang mungkin berlaku seperti penggunaan, prosedur pengendalian, kepekatan dan pengalihudaraan. Maklumat pemilihan kelengkapan pelindung untuk digunakan dengan bahan ini, seperti yang diberikan di bawah, adalah berdasarkan penggunaan biasa yang ditetapkan

Page 9: HELAIAN DATA KESELAMATAN - · PDF filepernafasan yang sesuai. Beri oksigen tambahan, ... (melebehi kadar batasan pendedahan ... kalis air dan tidak sesuai untuk digunakan semasa kecemasan

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA

Tarikh Semakan: 20 Nov 2015 Halaman 9 dari 16

Perlindungan Pernafasan: Jika kawalan kejuruteraan tidak dapat mengekalkan tahap kepekatan bahan cemar bawaan udara pada tahap yang sesuai untuk melindungi kesihatan pekerja, maka alat pernafasan yang diluluskan mungkin sesuai digunakan. Pemilihan, penggunaan dan penyenggaraan alat pernafasan mestilah menurut keperluan kawal selia, jika berkaitan. Jenis alat pernafasan yang akan dipertimbangkan bagi bahan ini termasuk: Keperluan khusus tidak diperlukan dalam keadaan penggunaan biasa dan dengan pengudaraan yang mencukupi. Bagi tahap kepekatan bawaan udara yang tinggi, gunakan alat pernafasan bekalan udara yang diluluskan, yang dikendalikan dalam mod tekanan positif. Alat pernafasan bekalan udara dengan botol pelepasan mungkin sesuai apabila paras oksigen tidak mencukupi, ciri amaran gas/wap tidak berfungsi dengan baik, atau jika keupayaan/pengkadaran penapis penulenan udara melebihi had yang ditetapkan.

Perlindungan Tangan: Sebarang maklumat tertentu yang diberikan tentang sarung tangan adalah

berdasarkan maklumat yang diterbitkan dan data pengeluar sarung tangan.Sarung tangan yang bersesuaian dan ketentuan waktu lusuh bergantung kepada penggunaannya. Hubungi pembuat sarung tangan untuk mendapat nasihat tertentu tentang pemilihan sarung tangan dan waktu lusuh untuk keadaan penggunaan anda. Periksa dan tukar sarung tangan lusuh dan rosak. Jenis sarung tangan yang perlu dipertimbangkan termasuk: Disarankan memakai sarung tangan pelindung terma yang kalis bahan kimia. Jika produk mungkin terkena lengan bawah, pakai sarung tangan gauntlet. Nitril, Viton

Perlindungan Mata

Jika produk mungkin terkena mata, disyorkan memakai kaca mata keselamatan dengan pelindung sisi.

Perlindungan Kulit dan Tubuh:

Sebarang maklumat khusus yang diberikan tentang pakaian adalah berdasarkan maklumat yang diterbitkan atau data pengilang. Jenis pakaian yang akan dipertimbangkan bagi bahan ini termasuk: Pakaian kalis bahan kimia/minyak disarankan.

Langkah Kebersihan Khusus:

Sentiasa patuhi langkah kebersihan diri yang baik seperti membasuh tangan selepas mengendalikan bahan dan sebelum makan, minum dan/atau menghisap rokok. Sentiasa basuh pakaian kerja dan kelengkapan pelindung untuk menanggalkan bahan cemar. Buang pakaian dan kasut yang tercemar yang tidak boleh dibersihkan. Amalkan prosedur penyelenggaraan yang baik

Kawalan Alam Sekitar Rujuk bahagian 6, 7, 12 dan 13.

BAHAGIAN 9 SIFAT FIZIKAL DAN KIMIA

Nota - Sifat-sifat fizikal dan kimia disediakan untuk keselamatan, kesihatan dan alam sekitar pertimbangan sahaja dan mungkin tidak mewakili sepenuhnya spesifikasi produk. Rujuk kepada Pembekal dalam Bahagian 1 untuk mendapatkan data tambahan.

Page 10: HELAIAN DATA KESELAMATAN - · PDF filepernafasan yang sesuai. Beri oksigen tambahan, ... (melebehi kadar batasan pendedahan ... kalis air dan tidak sesuai untuk digunakan semasa kecemasan

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA

Tarikh Semakan: 20 Nov 2015 Halaman 10 dari 16

MAKLUMAT AM

Keadaan Fizikal: Cecair Warna: Jernih (Mungkin berwarna) Bau: Petroleum/Pelarut Ambang Bau: Tidak Berkenaan

MAKLUMAT KESIHATAN, KESELAMATAN, DAN ALAM SEKITAR YANG PENTING

Ketumpatan Relatif (pada 15°C): 0.7200 – 0.7800 Takat Kilat [Kaedah ASTM]: < -40°C (-40°F) Had Mudah Menyala: LEL: 1.2 UEL: 8.2 (Anggaran peratus isi padu di udara) Suhu Pengautocucuhan: Tidak Berkenaan

Takat Didih / Julat: >20°C (68°F) Ketumpatan Wap (Udara = 1): Tidak Berkenaan

Tekanan Wap: 69 kPa (517.5 mm Hg) pada 34°C

Kadar Penyejatan (n-butil asetat = 1): >10

pH: Tidak Berkenaan

Log Pow (n-Oktanol/Pekali Sekatan Air): >3 Keterlarutan dalam Air: Diabaikan

Kelikatan pada 40°C: <1 cSt (1mm2/sec) at 40°C

Sifat-Sifat Mengoksida: Lihat Bahagian Pengenalan Bahaya

MAKLUMAT LAIN

Takat Beku: Tidak ditentukan Takat Lebur: Tidak ditentukan

BAHAGIAN 10 KESTABILAN DAN KEREAKTIFAN

KESTABILAN: Bahan stabil di bawah keadaan biasa KEADAAN YANG PERLU DIELAKKAN: Pembakaran terbuka dan sumber tenaga nyalaan

BAHAN UNTUK DIELAKKAN: Halogen, asid kuat, alkali kuat, pengoksida kuat

PRODUK PENGURAIAN BERBAHAYA: Bahan tidak mengurai pada suhu ambien

PEMPOLIMERAN BERBAHAYA: Tidak akan berlaku

BAHAGIAN 11 MAKLUMAT TOKSIKOLOGI

KETOKSIKAN AKUT

Laluan Pendedahan Penyedutan Kesimpulan / Catatan

Page 11: HELAIAN DATA KESELAMATAN - · PDF filepernafasan yang sesuai. Beri oksigen tambahan, ... (melebehi kadar batasan pendedahan ... kalis air dan tidak sesuai untuk digunakan semasa kecemasan

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA

Tarikh Semakan: 20 Nov 2015 Halaman 11 dari 16

Ketoksikan (Tikus): LC50 > 5000 mg/m3 Sederhana toksik. Berdasarkan data ujian dari bahan yang serupa strukturnya.

Kerengsaan : Tiada data titik akhir Suhu tinggi atau tindakan mekanikal boleh membentuk wap, kabut atau wasap yang boleh merengsakan mata, hidung, tekak atau paru-paru. Berdasarkan data ujian dari bahan yang serupa strukturnya.

Tertelan

Ketoksikan(Tikus) : LD50 > 2000 m/kg Ketoksikan yang minimum. Boleh menyebabkan kerosakan yang sedikit hingga teruk pada paru-paru. Berdasarkan data ujian dari bahan yang serupa strukturnya.

Kulit

Ketoksikan (Arnab): LD50 > 5000 mg/kg Ketoksikan yang minimum. Berdasarkan data ujian dari bahan yang serupa strukturnya.

Kerengsaan : Tiada data titik akhir Merengsa kulit. Berdasarkan data ujian dari bahan yang serupa strukturnya.

Mata

Kerengsaan (Arnab) : Data diperoleh Boleh menyebabkan sedikit ketidakselesaan pada mata dalam tempoh yang singkat. Berdasarkan data ujian dari bahan yang serupa strukturnya.

KRONIK / KESAN LAIN Untuk produk itu sendiri Kajian ke atas haiwan makmal menunjukkan bahawa pendedahan

penyedutan secara berpanjangan dan berulang kepada wap hidrokarbon ringan pada takat didih yang sama dengan produk ini boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap ginjal tikus jantan. Walau bagaimanapun, kesan ini tidak didapati dalam kajian yang serupa ke atas tikus betina, mencit jantan dan betina atau dalam kajian terhad ke atas spesies haiwan lain. Di samping itu, dalam beberapa kajian ke atas manusia, tidak kelihatan kesan seumpamanya dari segi klinikal pada tahap pekerjaan biasa. Pada 1991, EPA A.S. menetapkan bahawa ginjal tikus jantan tidak berguna untuk menilai risiko kepada manusia. Kepekatan wap yang melepasi tahap pendedahan yang disarankan merengsakan mata dan saluran pernafasan, boleh menyebabkan sakit kepala dan pening, anestetik dan boleh memberikan kesan terhadap sistem saraf pusat yang lain. Sedikit amaun cecair yang termasuk ke paru-paru semasa pernafasan atau pemuntahan boleh menyebabkan pneumonitis kimia atau pulmonary edema. Pendedahan yang tinggi (ruang yang terbatas/rosak) kepada hidrokarbon ringan boleh menyebabkan denyutan jantung yang tidak normal (aritmia). Tahap stres tinggi yang berterusan dan/atau pendedahan separa kepada tahap yang tinggi keatas hidrokarbon (melebihi tahap pendedahan pekerjaan biasa), dan kepada bahan rangsangan-jantung seperti adrenalina, ubat pelega hidung sumbatan, ubat asma, atau ubat berkaitan dengan jantung boleh memulakan aritmia. Gasolin tanpa plumbum: Menyebabkan kanser dalam kajian ke atas haiwan. Kajian penyedutan kronik mengakibatkan tumor hati pada mencit betina dan tumor ginjal pada tikus jantan. Hasil kajian tersebut tidak dianggap penting bagi penilaian risiko kepada kesihatan manusia oleh EPA

Page 12: HELAIAN DATA KESELAMATAN - · PDF filepernafasan yang sesuai. Beri oksigen tambahan, ... (melebehi kadar batasan pendedahan ... kalis air dan tidak sesuai untuk digunakan semasa kecemasan

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA

Tarikh Semakan: 20 Nov 2015 Halaman 12 dari 16

Amerika Syarikat dan lain-lain.Tidak menyebabkan mutasi In Vitro atau In Vivo. Menunjukkan hasil negatif dalam kajian perkembangan penyedutan dan kajian toksik pembiakan. Penyedutan kepekatan tinggi oleh haiwan mengakibatkan depresi sistem saraf pusat berbalik tetapi tiada kesan toksik berterusan terhadap sistem saraf. Tidak memeka dalam kajian ke atas haiwan. Menyebabkan kerosakan saraf pada manusia akibat penyalahgunaan (menghidu).

Mengandungi 2-METILPENTANA: Pendedahan berulang kali kepada kepekatan tinggi 2-

metilpentana menyebabkan kesan buruk pada ginjal tikus jantan sahaja. Kesan-kesan ini dipercayai khusus spesis dan tidak relevan kepada manusia. BENZENA: Menyebabkan barah (leukemia),kerosakan pada sistem penghasilan darah dan penyakit darah yang serius, pendedahan melampau yang berpanjangan berdasarkan kajian epidemiologi manusia. Menyebabkan kesan genetik dan menjejaskan sistem imun pada haiwan makmal dan beberapa kajian ke atas manusia. Menyebabkan ketoksikan kepada janin pada kajian haiwan makmal. GASOLIN TANPA PLUMBUM: Menyebabkan kanser dalam kajian ke atas haiwan. Kajian penyedutan kronik mengakibatkan tumor hati pada mencit betina dan tumor ginjal pada tikus jantan. Hasil kajian tersebut tidak dianggap penting bagi penilaian risiko kepada kesihatan manusia oleh EPA Amerika Syarikat dan lain-lain.Tidak menyebabkan mutasi In Vitro atau In Vivo. Menunjukkan hasil negatif dalam kajian perkembangan penyedutan dan kajian toksik pembiakan. Penyedutan kepekatan tinggi oleh haiwan mengakibatkan depresi sistem saraf pusat berbalik tetapi tiada kesan toksik berterusan terhadap sistem saraf. Tidak memeka dalam kajian ke atas haiwan. Menyebabkan kerosakan saraf pada manusia akibat penyalahgunaan (menghidu). N-HEKSANA: Pendedahan berpanjangan dan/atau berulangan kepada n-Heksana boleh menyebabkan kerosakan progesif dan kemungkinanya kerosakan yang tidak berbalik kepada sistem saraf periferal (cth. jari, kaki, tangan, paha, dll.). Pendedahan serentak kepada Metil Etil Keton (MEK) atau Metil Isobutil Keton (MIBK) dan n-Heksana boleh menambahkan risko dari n-Heksana untuk memberikan kesan yang teruk ke atas sistem saraf periferal. n-Heksana telah ditunjukkan boleh menyebabkan kerosakan testis pada kepekatan yang tinggi kepada tikus jantan. Kaitan kesan ini kepada manusia tidak diketahui. TOLUENA: Jika tersedut toluena yang pekat secara berpanjangan atau perlahan-lahan boleh menyebabkan kerosakan otak dan sistem saraf. Haiwan bunting yang terdedah kepada produk ini secara berpanjangan atau berulang (>1500 ppm) telah dilaporkan memberikan kesan yang teruk kepada perkembangan fetus. TRIMETILBENZENA: Pendedahan penyedutan trimetilbenzena secara

Page 13: HELAIAN DATA KESELAMATAN - · PDF filepernafasan yang sesuai. Beri oksigen tambahan, ... (melebehi kadar batasan pendedahan ... kalis air dan tidak sesuai untuk digunakan semasa kecemasan

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA

Tarikh Semakan: 20 Nov 2015 Halaman 13 dari 16

jangka panjang memberikan kesan kepada darah haiwan makmal. ETILBENZENA: Menyebabkan barah dalam kajian haiwan makmal. Perkaitan antara dapatan ini dengan manusia tidak dapat dipastikan.

Maklumat tambahan boleh disediakan jika diminta. Pengelasan IARC:

Bahan-bahan berikut adalah dipetik pada senarai di bawah:

Nama Kimia Nombor CAS Senarai Peraturan

BENZENA 71-43-2 1

GASOLIN 86290-81-5 3

ETIL BENZENA 100-41-4 3

--CARIAN SENARAI PENGAWALSELIAAN--

1 = IARC 1 2 = IARC 2A 3 = IARC 2B

BAHAGIAN 12 MAKLUMAT EKOLOGI

Maklumat yang diberikan adalah berdasarkan data yang terdapat bagi bahan, komponen bahan dan bahan yang

serupa. KETOKSIKAN EKOLOGI Bahan -- Dijangka toksik kepada organisma akuatik. Boleh

menyebabkan kesan buruk jangka panjang kepada alam sekitar akuatik.

MOBILITI Komponen lebih mudah meruap -- Sangat meruap, akan

mengalami pemisahan dengan pesatnya kepada udara. Dijangka tidak menyekat di dalam endapan dan pepejal air buangan. Komponen kurang mudah meruap -- Keterlarutan dan apungan yang rendah, dan dijangka berpindah dari air ke darat. Dijangka mengalami pemisahan kepada enapan dan pepejal air sisa buangan.

KETERUSAN DAN KETERDEGRADASIKAN

Kebiorosotan Bahan -- Dijangka terbiodegradasikan secara inheren Pengoksidaan Atmosfera: Komponen lebih mudah meruap -- Dijangka merosot dengan

pesatnya dalam udara POTENSI BIOPENIMBUNANAN

Kebanyakan komponeN -Boleh terbioakumulasi, walau bagaimanapun metabolisme atau ciri fizik mungkin mengurangkan kebiopekatan atau mengehadkan kebiosediaan.

Page 14: HELAIAN DATA KESELAMATAN - · PDF filepernafasan yang sesuai. Beri oksigen tambahan, ... (melebehi kadar batasan pendedahan ... kalis air dan tidak sesuai untuk digunakan semasa kecemasan

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA

Tarikh Semakan: 20 Nov 2015 Halaman 14 dari 16

DATA EKOLOGI Ketoksikan Akut untuk akuatik

3- METILHEKSANA L(E)C50>0.1 – 1 mg/L

BAHAGIAN 13 MAKLUMAT PELUPUSAN

Saranan pelupusan berdasarkan bahan yang dibekalkan. Pelupusan mestilah menurut undang-undang dan peraturan yang pada sesuatu masa, dan ciri bahan pada masa pelupusan. SARANAN PELUPUSAN Produk ini sesuai dibakar di dalam loji pembakar bertutup dan terkawal untuk

mendapatkan nilai bahan apinya atau dilupuskan secara pembakaran yang diselia pada suhu yang sangat tinggi bagi mengelakkan pembentukan produk pembakaran yang tidak dikehendaki.

Amaran Bekas Kosong Bekas yang kosong mungkin mengandungi sisa produk dan mungkin

berbahaya. Jangan cuba mengisi semula atau membersihkan bekas tanpa

arahan yang wajar. Dram kosong harus disalirkan isinya hingga habis dan

disimpan dengan selamat hingga dipulihkan atau dilupuskan dengan

sewajarnya. Bekas kosong harus dibawa untuk kitar semula, pemulihan, atau

pelupusan melalui kontraktor berlesen atau yang memiliki kelayakan sesuai dan

sejajar dengan peraturan kerajaan. Jangan kenakan tekanan, potong, kimpal,

pateri keras, pateri, gerudi, canai, atau dedahkan bekas sedemikian kepada

haba, api, bunga api, elektrik statik, atau sumber pencucuhan lain. Bekas

boleh meletup dan menyebabkan kecederaan atau kematian.

BAHAGIAN 14 MAKLUMAT PENGANGKUTAN DARAT

Nama Pengangkutan Bahan : SPIRIT MOTOR atau GASOLIN atau PETROL Kelas Bahaya: 3 Kod Hazchem: 3YE Nombor UN: 1203 Kelas Pembungkusan (PG): II Label / Mark(s): 3, EHS

LAUT (IMDG)

Nama Pengangkutan Bahan: SPIRIT MOTOR atau GASOLIN atau PETROL

Kelas dan Bahagian Bahaya: 9 Nombor EMS: F-E, S-E Nombor UN: 1203 Kelas Pembungkusan (PG): II

Page 15: HELAIAN DATA KESELAMATAN - · PDF filepernafasan yang sesuai. Beri oksigen tambahan, ... (melebehi kadar batasan pendedahan ... kalis air dan tidak sesuai untuk digunakan semasa kecemasan

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA

Tarikh Semakan: 20 Nov 2015 Halaman 15 dari 16

Pencemaran Marin YA Label: 3 Nama Dokumen Pengangkutan: UN1203, SPIRIT MOTOR atau GASOLIN atau PETROL, 3, PG II, (-

40oc c.c.), pencemaran laut

UDARA (IATA) Nama Pengangkutan Bahan: SPIRIT MOTOR atau GASOLIN atau PETROL

Kelas dan Bahagian Bahaya: 3 Nombor UN: 1203 Kelas Pembungkusan (PG): II Label: 3 Nama Dokumen Pengangkutan: UN1203, GASOLIN,3, PG III

Label CECAIR MUDAH TERBAKAR

Pelekat Mudah terbakar/ 1203

Bahan Berbahaya Tidak berkenaan

Maklumat Penghantaran Gasolin, 3 (cecair mudah terbakar), UN 1203, PGII, Pencemaran marin

BAHAGIAN 15 MAKLUMAT PENGAWALSELIAAN

Bahan ini diklasifikasikan sebagai bahan kimia berbahaya seperti yang ditetapkan oleh Peraturan- Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013 STATUS PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN YANG TERPAKAI Mematuhi persyaratan inventori kimia negara/rantauan yang berikut: AICS, KECI, PICCS, EINECS, TSCA, DSL, ENCS

BAHAGIAN 16 MAKLUMAT LAIN N/D = Tidak ditentukan, N/A = Tidak berkenaan HELAIAN DATA KESELAMATAN INI MENGANDUNGI SEMAKAN BERIKUT: 3 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ------------------------- Maklumat dan cadangan yang terkandung di sini adalah berdasarkan data dan sumber yang tepat dan betul yang boleh dipercayai dan Petron tidak membuat sebarang jaminan tersurat atau tersirat mengenai ketepatan maklumat

Page 16: HELAIAN DATA KESELAMATAN - · PDF filepernafasan yang sesuai. Beri oksigen tambahan, ... (melebehi kadar batasan pendedahan ... kalis air dan tidak sesuai untuk digunakan semasa kecemasan

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA

Tarikh Semakan: 20 Nov 2015 Halaman 16 dari 16

atau kesesuaian cadangan yang terkandung di dalam SDS ini. Anda adalah bertanggungjawab untuk menghubungi Petron untuk memastikan bahawa dokumen ini adalah yang terkini daripada Petron. Maklumat dan cadangan yang diberikan adalah untuk pertimbangan dan penelitian pengguna. Pengguna adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan sendiri bahawa produk adalah sesuai untuk tujuan kegunaan dan untuk memastikan pengendalian dan penggunaan produk dengan selamat. Jika pengguna membungkus semula produk ini, pengguna adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat tentang kesihatan, keselamatan dan maklumat lain yang perlu adalah disertakan bersama dengan dan/atau pada bekas tersebut. Amaran dan prosedur pengendalian selamat yang sewajarnya perlu diberikan kepada pengendali dan pengguna. Dilarang sama sekali membuat apa-apa pengubahsuaian pada dokumen ini. Petron tidak akan menerima apa-apa tanggungjawab dan menafikan kesemua liabiliti untuk apa-apa kesan mudarat akibat daripada pembelian, penjualan semula, kegunaan, pendedahan atau pelupusan produk tersebut. Pengguna harus mematuhi semua undang-undang dan peraturan-peraturan tempatan. Tidak dibenarkan, melainkan setakat yang diperlukan oleh undang-undang, menerbitkan semula atau menyiarkan semula, keseluruhan atau sebahagiannya, dokumen ini. Perkataan "Petron" digunakan sebagai rujukan, dan boleh merujuk kepada mana-mana satu atau lebih Petron Corporation, Petron Oil & Gas International Sdn Bhd atau mana-mana anggota gabungan yang memegang apa-apa kepentingan secara langsung atau tidak langsung. Dalam apa keadaan sekalipun, Petron atau pembekalnya adalah tidak bertanggungjawab untuk apa-apa kehilangan keuntungan secara langsung atau tidak langsung atau untuk apa-apa kerosakan khas, secara tidak langsung atau berbangkit, dan tanggungan liabiliti Petron terhadap mana-mana tuntutan ke atas kerosakan yang timbul atau berkaitan dengan penjualan, penghantaran atau penggunaan produk yang dibeli adalah tidak melebihi harga belian produk tersebut.