health education in pregnancy

9
IBU SIHAT KELUARGA SEJAHTERA 1. Pemeriksaan mengandung. Pemeriksaan awal sebaik sahaja mengandung. Patuhi temujanji lawatan seterusnya. Jumpa doktor sekiranya bermasalah seperti: - Pendarahan dari faraj. - Keluar cecair yang berlainan / luar biasa dari faraj. - Kurang pergerakan janin. - Sakit perut (kontraksi perut menegang). 2. Pemakanan. Makanlah pelbagai jenis makanan berdasarkan saranan Piramid Makanan Malaysia. 3. Pertambahan berat badan. Pertambahan berat badan sihat: - Bagi jangka masa kandungan 5 bulan pertama kandungan 0.5kg / sebulan. - Bagi jangka masa kandungan seterusnya 0.5kg / seminggu. 4. Penjagaan gigi. Jaga kebersihan gigi. Ikutilah pemeriksaan di klinik gigi. 5. Ubat-ubatan. Elakkan makanan ubat-ubatan tanpa preskripsi / nasihat doktor. 6. Bersalin di Hospital. Patuhi nasihat jika diarahkan untuk bersalin di hospital. 7. Jarakkan kelahiran. Sebaik-baiknya 2 tahun untuk memulihkan kesihatan ibu. Dapatkan nasihat perancang keluarga daripada anggota kesihatan. 8. Aktiviti harian. Teruskan aktiviti harian. Tidur dan rehat dengan cukup. Jaga kebersihan diri. Gunakan pakaian dan kasut yang sesuai.

Upload: saraheddiah

Post on 25-Sep-2015

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Health Education

TRANSCRIPT

  • IBU SIHAT KELUARGA SEJAHTERA

    1. Pemeriksaan mengandung.

    Pemeriksaan awal sebaik sahaja mengandung.

    Patuhi temujanji lawatan seterusnya.

    Jumpa doktor sekiranya bermasalah seperti:

    - Pendarahan dari faraj.

    - Keluar cecair yang berlainan / luar biasa dari faraj.

    - Kurang pergerakan janin.

    - Sakit perut (kontraksi perut menegang).

    2. Pemakanan.

    Makanlah pelbagai jenis makanan berdasarkan saranan Piramid Makanan Malaysia.

    3. Pertambahan berat badan.

    Pertambahan berat badan sihat:

    - Bagi jangka masa kandungan 5 bulan pertama kandungan 0.5kg / sebulan.

    - Bagi jangka masa kandungan seterusnya 0.5kg / seminggu.

    4. Penjagaan gigi.

    Jaga kebersihan gigi.

    Ikutilah pemeriksaan di klinik gigi.

    5. Ubat-ubatan.

    Elakkan makanan ubat-ubatan tanpa preskripsi / nasihat doktor.

    6. Bersalin di Hospital.

    Patuhi nasihat jika diarahkan untuk bersalin di hospital.

    7. Jarakkan kelahiran.

    Sebaik-baiknya 2 tahun untuk memulihkan kesihatan ibu.

    Dapatkan nasihat perancang keluarga daripada anggota kesihatan.

    8. Aktiviti harian.

    Teruskan aktiviti harian.

    Tidur dan rehat dengan cukup.

    Jaga kebersihan diri.

    Gunakan pakaian dan kasut yang sesuai.

  • IBU HAMIL ANEMIA

    Diklasifikasikan apabila ibu yang hamil mempunyai paras hemoglobin kurang daripada

    11gm% yang diakibatkan oleh kekurangan saiz atau bilangan hemoglobin dalam sel darah merah

    (eritrosit).

    (WHO, 2001)

    Klasifikasi Anemia

    < 9gm % Hb: Anemia teruk

    9 - < 11gm % Hb: Anemia sederhana

    Punca / faktor risiko Anemia:

    Kurang mengambil makanan seimbang

    Peningkatan keperluan nutrien (semasa ibu hamil @ ibu menyusu)

    Kerap mengandung (jarak kehamilan < 2 tahun)

    Penyakit keturunan / genetik (cth: Thalasemia)

    Tanda-tanda anemia:

    Pucat

    Pitam

    Letih / lesu dan mengantuk

    Susah bernafas (dyspnoea)

    Berdebar-debar

    Kesan-kesan kepada ibu:

    Pitam

    Kelesuan

    Berjangkit

    Keguguran

    Pendarahan

    Ibu mudah mendapat penyakit jantung

  • Kesan anemia kepada bayi:

    Pertumbuhan terbantut (IUGR)

    Kurang berat lahir (

  • HYPERTENTION SEMASA MENGANDUNG

    (PIH Hypertensive Disorder In Pregnancy)

    Ialah:

    Keadaan dimana bacaan tekanan darah melebihi 140/90mmHg kepada ibu mengandung.

    Faktor risiko PIH:

    Ibu yang obes

    Ibu yang mengalami diabetes

    Ibu yang pernah mengalami PIH

    Ibu yang mengandung semasa usia sebelum 20 tahun atau lebih dari 40 tahun

    Ibu mempunyai darah tinggi sebelum hamil

    Kandungan yang lebih dari satu

    Tanda-tanda darah tinggi:

    Tekanan darah > 140/90

    Sakit kepala

    Penglihatan kabur / berpinar-pinar

    Mengalami kencing kotor

    Pedih / sakit ulu hati

    Mengalami kebengkakan kaki

    Kesan PIH kepada ibu:

    Eclampsia (sawan)

    Kerosakan hati dan buah pinggang

    Kerosakan otak disebabkan kebengkakan otak, sawan dan menjadi koma

    Kematian

    Kesan PIH kepada bayi:

    Bayi pramatang

    Pertumbuhan terbantut (IUGR)

    Keguguran

    Berisiko lahir mati

  • Langkah-langkah penjagaan:

    Datang ke klinik mengikut jadual yang ditetapkan

    Mengambil ubat mengikut dos seperti yang diarahkan oleh doktor

    Rehat yang cukup

    Pergi ke hospital / klinik jika ada tanda-tanda darah tinggi

    Pengambilan makanan seimbang yang kurang garam

    Kepentingan carta gerakan janin

    Kelahiran anak di hospital

    Perancang keluarga

    Rawatan lanjut selepas bersalin

    TINDAKAN SEGERA

    Pergi ke klinik / hospital berdekatan jika

    terdapat tanda-tanda diatas.

  • DIABETES SEMASA MENGANDUNG

    (GDM Pregnancy with Gestational Diabetes Mellitus)

    Apabila ibu dikesan mengalami paras gula dalam darah lebih dari 5.6mmo/l (puasa) atau

    > 7.8mmo/l (selepas 2 jam makan).

    Tanda Hyperglycemia

    (Kelebihan gula dalam darah)

    Rasa dahaga

    Pening-pening

    Loya

    Kencing kerap

    Kabur penglihatan

    Tanda Hypoglycemia

    (kekurangan gula dalam darah)

    Rasa lapar

    Pening-pening

    Loya

    Berpeluh-peluh

    Kesan GDM kepada Ibu:

    Risiko Pre eclampsia

    Diabetes mungkin menjadi berkekalan selepas kelahiran bayi

    Jangkitan vaginal (vaginal candidiasis)

    Risiko bayi besar

    Kesan GDM kepada bayi:

    Bayi yang terlalu besar (> 4kg)

    Kecederaan semasa bersalin (shoulder dystocia)

    Pertumbuhan terbantut (IUGR)

    Keguguran

    Kecacatan semulajadi

    Bayi mengalami kesan kekurangan / kelebihan gula dalam darah

    Berisiko lahir mati (stillbirth)

    Risiko mendapat diabetes semasa dewasa

  • Pendidikan kesihatan:

    Datang ke klinik mengikut jadual yang ditetapkan.

    Mengambil suntikan mengikut dos yang diarahkan oleh doktor.

    Pengambilan makanan diabetes yang seimbang seperti di jadual di bawah.

    Jaga kebersihan dan elakan jangkitan.

    Carta gerakan janin.

    Perancang keluarga.

    Ibu yang perlu menjalani saringan diabetes (MOGTT)

    Berumur 25 tahun dan keatas.

    Mempunyai sejarah kelahiran bayi yang besar (4.0kg atau lebih).

    Sejarah bayi dilahirkan mati.

    Sejarah kecacatan semulajadi bayi.

    Sejarah keguguran yang berulang (3 kali atau lebih).

    Sejarah GDM pada kandungan lalu.

    Sejarah keluarga terdekat (ibu/ ayah/ adik-beradik) yang mengalami diabetes mellitus.

    Berat badan melebihi 80kg atau BMI > 27.5 sebelum mengandung.

    Nasihat pemakanan ibu hamil GDM

    Kerap makan (6 kali sehari) tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

    Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi tinggi karbohidrat, berkanji dan

    tinggi glycemic index*.

    Elakkan pengambilan buah seperti berikut: pisang, tembikai, anggur dan durian.

    Ambil buah-buahan (2 sajian sehari) selepas makan makanan utama.

    Tingkatkan pengambilan serat - cth: sayur-sayuran, bijirin penuh dan lain-lain.

    Hadkan pengambilan susu (1 sajian sehari).

    Guna kaedah plate method apabila waktu makan tengahari dan malam.

    * makanan yang cepat menaikkan aras gula dalam darah roti putih, nasi putih, pisang, anggur dan durian

  • MAKANAN YANG MENGHALANG PENYERAPAN ZAT BESI

    Jenis makanan Kuantiti Cadangan pengambilan

    Air teh 1 cawan 1 2 kali/hari

    Air kopi 1 cawan 1 2 kali/hari

    Air soya 1 gelas 2 3 kali/hari

    Tauhu 2 keping 3 kali seminggu

    Kuning telur 2 biji

    3 kali seminggu (fosvitin

    dalam telur menghalang

    penyerapan zat besi)

    MAKANAN YANG MEMBANTU PENYERAPAN ZAT BESI

    Jenis makanan Kuantiti Cadangan pengambilan

    Jus buah 1 gelas 2 3 kali sehari

    Buah segar 1 hidangan 2 3 kali sehari

    Buah-buahan kering

    (kurma, prune dan kismis) cawan cawan seminggu

    MAKANAN KAYA VITAMIN B12

    Jenis makanan Kuantiti Cadangan pengambilan

    Makanan laut (lala, kupang,

    tiram, kepah, remis) 20 biji 3 kali

    Organ dalaman(ginjal dan

    hati) 1 ketul

    MAKANAN KAYA ASID FOLIK

    Jenis makanan Kuantiti Cadangan pengambilan

    Sayur berdaun hijau

    (bayam, brokoli) 1 cawan 7 cawan

    Kekacang 1 cawan 2 3 kali

    Bijirin 1 cawan 2 3 kali

  • JAUNDIS / PENYAKIT KUNING DIKALANGAN BAYI

    Apa yang dimaksudkan dengan JAUNDIS?

    Satu keadaan dimana kulit dan mata bayi berwarna kekuningan akibat paras bilirubin yang

    berlebihan didalam darah bayi. Jika paras bilirubin terlalu tinggi ia boleh mengakibatkan

    kerosakkan otak.

    Sebab-sebab Jaundis:

    Fungsi hati yang kurang matang.

    Kerosakkan pada hati.

    Pemecahan sel darah.

    Merah yang berlebihan - cth: G6PD.

    Kekurangan cecair dalam badan (dehidrasi).

    Cara pencegahan Jaundis yang teruk (Serum Bilirubin terlalu tinggi):

    Beri penyusuan susu ibu sepenuhnya.

    Cegah jangkitan melalui kebersihan tali pusat dan elak ruam panas.

    Bawa anak ke hospital dengan segera jika kuning.

    Elakkan dari:

    Berubat kampung kerana ini akan melengahkan rawatan yang diperlukan oleh bayi /

    anak.

    Menggunakan sebarang ubat tanpa arahan doktor.

    Memakan ubat tradisional seperti jamu sepanjang penyusuan.

    Memberi anak minum air glukos.

    Menjemur anak di bawah matahari.

    Cara rawatan:

    Phototherapi.

    Pertukaran darah jika serius.