hbsh3103_740812065357_audiologi dan rehabilitasi auditori

Upload: mohd-asrul-ahmad

Post on 11-Jul-2015

374 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASASEMESTER MEI 2011

AUDIOLOGI DAN REHABILITASI AUDITORI

HBSH 3103 :

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : : :

MOHD ASRUL BIN AHMAD 740812065357-002 740812-06-5357 013-7492948 [email protected] [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : INSTITUT PERGURUAN TUN HUSSIEN ONN, BATU PAHAT, JOHOR.

1

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGHARGAAN1.0 PENGENALAN

3 4 5-7 8 9 10 - 11

2.0 SEJARAH IMPLAN KOKLEA 3.0 PACAKAN IMPLAN KOKLEA 3.1 KRITERIA PEMILIHAN ALAT BANTU PENDENGARAN DAN IMPLAN KOKLEA 4.0 ALAT BANTU PENDENGARAN 5.0 PERBEZAAN IMPLAN KOKLEA DENGAN ALAT BANTU DENGAR LAIN 5.1 FUNGSI DAN KELEBIHAN IMPLAN KOKLEA DAN ALAT BANTU DENGAR LAIN. 6.0 PENYESUAIAN TAHAP UMUR UNTUK IMPLAN KOKLEA 7.0 KESAN PACAKAN IMPLAN KOKLEA 8.0 PASUKAN MULTIDISIPLIN DALAM MENJAYAKAN PACAKAN IMPLAN KOKLEA 9.0 PENUTUP

12 - 13 14 15 16 18

19 23 24

2

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN CATATAN

25 26 - 42

3

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia, Pengarah JPNJ, dan Pengarah Open University Malaysia (OUM) kerana memberi peluang kepada saya untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (SMP) Kohot 6 ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek HBSH3103 Audiologi dan Rehabilitasi Auditori saya iaitu En. Onn bin Hisham kerana telah banyak membantu saya dalam tutorial dan juga tugasan ini. Juga tidak lupa jutaan terima kasih kepada E-tutor saya Raymond Mohanraj Paul A/L Paul David yang banyak membantu melalui LMS. Terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya dalam Pendidikan Khas dan rakan-rakan Kohot 6 & 7 yang telah banyak memberi bantuan dalam menyiapkan tugasan ini. Segala kerjasama yang dihulurkan akan saya kenang sepanjang hayat. Semoga kita samasama berjaya dalam Program SMP ini seterusnya meneruskan perjuangan ini ke peringkat yang lebih tinggi lagi .

Mohd Asrul bin Ahmad 740812-06-5357 013-7492948 [email protected]

4

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

1.0 PENGENALANKlinik ENT adalah sebuah klinik di bawah Jabatan Otorinolaringologi. Tugas utama Jabatan ORL adalah untuk memberi pengajaran dalam bidang ORL kepada pelajar pra- dan pasca-siswazah dan menjalankan penyelidikan dalam bidang yang berkaitan dengan ORL. Jabatan ini juga memberi perkhidmatan khusus dan menyeluruh kepada pesakit yang menghadapi gangguan dan pelbagai penyakit Telinga, Hidung, Tekak serta Kepala dan Leher. Di samping tugas-tugas utama, Jabatan ORL juga memberi pengajaran kepada pelajar-pelajar prasiswazah dari Fakulti Pergigian dan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu. Di bawah Jabatan ORL ini terdapat beberapa unit lain seperti Unit Audiologi dan Terapi Pertuturan yang berkaitan rapat dengan kanak-kanak istemewa bermasalah pendengaran. Audiologis adalah profesional bertauliah dalam mengenalpasti, mencegah, menilai dan menguruskan masalah yang berkaitan dengan pendengaran serta memberikan perkhidmatan rehabilitasi/ pemulihan pendengaran terhadap pesakit. Selain itu, audiologis juga berperanan dalam mengenalpasti masalah keseimbangan badan, tinnitus (bunyi dalam telinga) dan penilaian alat bantu pendengaran. Skop Perawatan Unit Audiologi adalah seperti berikut 1. ;

Program Saringan Pendengaran Universal Bayi Baru Lahir (Universal Neonatal

Hearing Screening Program) 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Ujian pendengaran objektif dan subjektif untuk dewasa dan kanak-kanak. Khidmat kaunseling dan preskripsi alat bantu pendengaran. Pemasangan alat bantu pendengaran. Melakukan ujian performa dan kesesuaian alat bantu pendengaran. Kaunseling dan pre-evaluation kesesuaian calon cochlea implant. Pemetaan cochlea implant. Penilaian dan khidmat nasihat masalah tinnitus. Khidmat nasihat keperluan, kepentingan dan pemantauan tahap pendengaran. 5Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

2.0

SEJARAH IMPLAN KOKLEASejak tahun 1982 mulai dikenal pasti alat bantu dengar yang menggunakan teknologi

canggih yang dapat membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran berat yang tidak dapat diatasi dengan Alat Bantu Dengar (ABD) yang biasa. Alat tersebut dikenal sebagai implan koklea (Cochlear Implant). Alat ini terdiri dari komponen luar iaitu mikrofon, speech processor dan transmitter serta komponen dalam iaitu receiver dan elektrod. Implan Koklea berfungsi adalah seperti berikut : impuls suara ditangkap oleh mikrofon, diteruskan ke speech processor yang menyeleksi informasi suara yang sesuai menjadi kod suara yang disampaikan ke transmitter. Kod suara dipancarkan melalui kabel dan menembus kulit menuju receiver atau stimulator yang berubah menjadi singal elektrik dan diteruskan menuju elektrod - elektrod yang sesuai di dalam koklea yang merangsang rerambut - rerambut saraf. Saraf pendengaran ini meneruskan ke otak dan meterjemahkan maklumat ini sebagai suara. Pada speech processor terdapat singal elektrik khusus yang berfungsi meredam bising lingkungan.

Komponen Luar : Microphone, Speech Processor, Transmitter 6

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

IMPLAN koklea sudah menjadi sebahagian dunia perubatan Malaysia sejak Program Implan Koklea, Universiti Kebangsaan Malaysia dimulakan pada Mei 1995. Bersandarkan matlamat membantu pesakit yang pekak, program implan koklea setakat ini sudah dilakukan ke atas 240 pesakit. HUKM mencatatkan satu lagi sejarah dengan pelancaran implan koklea generasi baru iaitu Cochlear Hybrid, Cochlear Nucleus 5 dan Cochlear Baha BP100. Setiap satunya dikhususkan untuk pesakit yang pekak sejak lahir, separa pekak dan mereka yang lahir tanpa lubang telinga. Jika dulu implan koklea hanya membantu pendengaran, sesuai dengan perubahan teknologi generasi baru koklea ini berupaya meningkatkan kualiti kehidupan pesakit. Pengarah Pusat Perubatan HUKM, Datuk Dr. Lokman Saim, berkata di kalangan bayi, masalah pendengaran boleh menyebabkan perkembangan pendidikan pesakit tidak setara dengan usianya. Manakala mereka yang lebih berusia, masalah ini menyebabkan mereka tidak dapat menikmati hidup yang lebih berkualiti. Apa yang menarik, koklea jenis baru ini adalah yang terkecil dan tercanggih di dunia. Bezanya dengan implan koklea generasi lama adalah proses pembedahan yang lebih singkat, kemampuan pengubahsuaian suasana persekitaran dengan pesakit selain pesakit mampu menggunakan telefon bimbit dan I pod. HUKM sudah menjalankan dua pembedahan implan koklea jenis baru ini terhadap dua pesakit, Dewi Sri Taib, 36 yang mengalami kepekakan sejak berusia tujuh tahun dan bayi berusia setahun 10 bulan, Toh Wan Xi yang dilahirkan pekak, katanya. Jelas Dr. Lokman, jika dibandingkan dengan koklea terdahulu, koklea baru ini lebih kecil dan nipis. Tempoh pembedahannya juga lebih pendek (antara satu ke dua jam) dan ia adalah pembedahan pertama seumpamanya dilakukan di Asia Tenggara. Selepas implan ditanam, bahagian luar implan koklea akan dipasang dalam tempoh dua hingga ke tiga minggu,

7

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

Umumnya, selepas setahun atau dua tahun pembedahan, 80 peratus pesakit boleh kembali mendengar dan bertutur tetapi 20 peratus gagal kerana mungkin mereka sudah lama berhadapan dengan masalah pendengaran, katanya. Dr. Lokman berkata, bagi pesakit dewasa atau kanak-kanak yang lahir masalah pekak, proses untuk otak membiasakan diri dengan rangsangan daripada implan agak lewat dan ia adalah proses berterusan. Kepekakan itu menjejaskan keupayaan untuk belajar dan menjalani perkembangan normal. Apatah lagi ujian pendengaran bukan satu kewajipan di kalangan bayi baru lahir, tidak mustahil masalah kepekakan itu hanya dikesan pada usia empat atau lima tahun. Sedangkan bayi sudah boleh menjalani pembedahan semuda 10 bulan. Lagi cepat mereka menjalani pembedahan, lagi besar peluang untuk mendengar semula.

8

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

3.0 PACAKAN IMPLAN KOKLEAImplan Koklea merupakan salah satu alternatif yang diperkenalkan untuk membantu individu yang bermasalah pendengaran. Implan koklea merupakan suatu inovasi terkini iaitu suatu alat elektronik yang kecil dan kompleks. Ia bertujuan untuk membantu individu yang mengalami tahap kepekakan yang teruk. Implan koklea dapat membantu mengesan kehadiran bunyi. Ia akan merangsang saraf-saraf pada koklea menggunakan kejutan elektrik yang kecil. Implan koklea ini dilakukan dengan cara menanamnya di dalam telinga melalui pembedahan. Seseorang individu yamg mengalami masalah pendengaran tidak semestinya boleh melakukan implan koklea. Kelazimannya implan koklea hanya diberikan kepada individu yang mengalami kerosakan pendengaran teruk pada kedua-dua belah telinga. Sementara alat bantuan pendengaran biasa yang digunakan tidak dapat membantu mereka mendengar. Terdapat peraturan bagi memilih calon yang sesuai menjalani implan koklea. Antara kriteria yang diambil kira dalam menentukan calon implan antaranya ialah sejarah masalah pendengaran, penyebab kehilangan pendengaran, tahap sisa pendengaran yang ada, kebolehan mengenal pertuturan, status kesihatan dan komitmen keluarga terhadap rehabilitasi aural. Calon-calon yang layak untuk menerima pembedahan implan koklea adalah calon yang mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai kepekakan yang teruk pada kedua-dua belah telinga dan mempunyai saraf auditori yang boleh berbunyi. Calon pernah mengalami pendengaran pada jangkaKoklea implan

waktu singkat. Selain itu calon juga mempunyai kemahiran pertuturan, bahasa dan komunikasi yang baik. Bagi kes kanak-kanak dan bayi, ibu bapa dan keluarga sedia untuk memberi komitmen sepenuhnya terhadap terapi kemahiran pertuturan dan komunikasi.

9

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

3.1 Kriteria Pemilihan Alat Bantu Pendengaran Dan Implan Koklea. Kriteria yang dipertimbangkan juga adalah alat bantuan pendengaran. Alat bantuan pendengaran biasa yang lain tidak memberi faedah dan kesan kepada pendengaran calon . Calon juga tidak mempunyai masalah perubatan yang menghalang calon daripada menjalani pembedahan. Serta calon pernah hidup atau ingin hidup di dalam dunia yang berbunyi. Selain itu calon juga hendaklah mempunyai penerimaan yang realistik terhadap keputusan yang bakal diperolehi. Mempunyai sokongan padu daripada keluarga dan rakan serta mempunyai perkhidmatan yang bersesuaian selepas pembedahan seperti rehabilitasi aural. Pembedahan implan koklea merupakan suatu bentuk rawatan yang meliputi kos yang sangat tinggi serta memerlukan komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada pelbagai pihak bagi menjamin keberkesanannya. Antara ahli kumpulan yang terlibat dalam mengenal pasti calon yang layak menjalani implant koklea ialah otologis, audiologis, patologis pertuturan bahasa, psikologis pembangunan, pembimbing perhubungan , pembimbing nasihat, pembimbing kanak-kanak dan pekerja sosial. Keputusan untuk menjalani pembedahan implan koklea bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang remeh. Bukan semua kanak-kanak masalah pendengaran sesuai untuk menjalani implant koklea. Pelbagai kriteria perlu dipertimbangkan dan komitmen yang sangat tinggi diperlukan daripada pelbagai pihak samada sebelum Koklea implan atau selepas pembedahan dijalankan. Kesan pembedahan adalah berbeza bagi setiap individu dan ia berkait dengan pelbagai faktor. Bukan semua kanak-kanak memiliki capaian yang sama terhadap teknologi terkini, bukan semua kanak-kanak yang mengalami kehilangan pendengaran yang cukup untuk melayakkannya menjalani pembedahan implan koklea. Oleh itu kehebatan teknologi terkini masih belum mampu menyembuhkan penyakit dengan sekelip mata.

10

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

4.0 ALAT BANTU PENDENGARAN.Menurut Ling & Ling (1980) dan Hallahan & Kauffman, (1991) alat bantuan pendengaran ialah sejenis alat elektronik yang kecil bentuknya digunakan untuk membantu pendengaran. Ia tidak memulihkan pendengaran tetapi menguatkan bunyi persekitaran (Martin 1994). Secara amnya setiap alat bantu pendengaran ini mempunyai 3 komponen utama iaitu dan alat penerima (microphone), penguat suara (amplifier) dan corong suara (speaker). Mikrofon berfungsi untuk menerima bunyi-bunyi di sekitar pemakainya. Amplifier pula berfungsi menambahkan kekuatan tenaga bunyi yang diterima daripada mikrofon. Speaker atau corong suara akan mengeluarkan bunyi untuk disalurkan ke dalam telinga pemakainya. Manakala bateri berfungsi membekalkan tenaga supaya alat bantuan pendengaran dapat berfungsi. Terdapat berbagai jenis alat bantuan yang ada di pasaran sekarang. Menurut Vonlanthern (1995) terdapat empat jenis alat bantu dengar iaitu di belakang telinga (behind-the ear), di dalam telinga (in-the-ear), dipakai pada badan (body aids), dan alat bantuan pendengaran cermin mata (spectacle hearing aids). Terdapat juga alat elektronik yang lain untuk membantu pendengaran yang lain iaitu, 'bone conduction hearing aid' dan yang terkini ialah implan koklea. Hearing Aid (Alat Bantu Dengar) itu merupakan suatu perangkat elektronik yang dipasang pada telinga, dengan maksud untuk memperkeras (amplifikasi) suara disekitar pemakainya. Kemudian suara tersebut di teruskan ke dalam telinga, sehingga para pemakainya dapat mendengar dan berkomunikasi dengan jelas. Memang masih banyak orang yang belum mengetahui dan memahami apa manfaat alat ini. Syukurlah teknologi yang semakin maju, memungkin orang-orang yang mengalami gangguan dengar dan pekak bisa mendengar kembali melalui sebuah alat elektronik yang bernama Hearing Aid (Alat Bantu Dengar). Hearing Aid (Alat Bantu Dengar) memiliki berbagai jenis, sesuai kebutuhan penggunanya. Yang paling umum di pakai oleh orang yang mengalami gangguan dengar adalah jenis BTE (Behind The Ear), dimana dalam menggunakannya di letakkan ke cuping telinga. Hearing Aid ini dijalankan dengan menggunakan sebuah bateri, adapun bateri yang digunakan berupa bateri berbentuk bulat dengan berbagai macam siri yang di beri kod dengan angka seperti 10, 13, 312, 675. 11Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

Walaupun kecil bentuknya dan ringan, namun alat ini sangat mahal harganya. Hal ini adalah kerana kebanyakkannya masih harus di import dari luar negeri. Biasanya dari negara eropah seperti Jerman dan Swiss. Selain itu Hearing Aid ini sangat sensitif, alat ini tidak boleh terjatuh, terkena air, terdedah suhu panas. Maka dari itu penggunaan hearing aid ini sangat eksklusif dan harus hati-hati. Harga Hearing Aid tergantung pada kategori gangguan dengar, biasanya untuk gangguan pendengaran kategori ringan-sederhana. Hearing aid yang banyak digunakan ketika ini ada berbagai jenis seperti analog, digital dan semi digital. Untuk Hearing aid analog, suara yang diterima oleh mikrofon langsung diperkeras oleh amplifier tanpa ada penyaringan, termasuk suara latar, suara bising, yang membuat si pengguna alat ini sulit untuk memfokuskan pada suara lawan bicaranya, yang seharusnya lebih dominan. Keadaan gangguan dengarnya masih dalam kategori ringan. Untuk Hearing aid digital mempunyai 2 mikrofon bahkan ada yang 3 mikrofon, yang berfungsi untuk menangkap suara latar dan pertuturan, beberapa ABD digital dapat secara otomatis memilih suara mana yang diinginkan menjadi lebih dominan, sudah tentu dengan beberapa pengaturan terlebih dahulu. Sedangkan Hearing aid Semi digital merupakan gabungan dari analog dan digital. Heraing aid ini juga perlu di program seperti halnya hearing aid digital.

5.0

PERBEZAAN IMPLAN KOKLEA DENGAN ALAT BANTU DENGAR LAIN.12Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

5.1 Fungsi Dan Kelebihan Koklea Implan dengan Alat Bantu Dengar Lain. Masalah pendengaran boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Ia boleh berpunca daripada pelbagai faktor. Antara yang paling lazim adalah kongenital ( bayi dilahirkan dengan kecacatan ), jangkitan telinga tengah, meningitis, pendedahan kepada bunyi yang terlalu kuat dan faktor usia. Sekiranya hanya telinga tengah yang terjejas, tetapi tidak teruk, penggunaan alat bantu pendengaran untuk menguatkan bunyi sudah memadai. Bagaimanapun, jika kerosakan membabitkan keseluruhan telinga tengah atau berlaku kehilangan sel-sel rerambut di dalam koklea ( tetapi sarat auditori/saraf pendengaran masih berada dalam keadaan sempurna, implan koklea mungkin berupaya mengembalikan semula sebahagian daripada pendengaran. Hari ini, para pengguna alat prostetik itu mampu berkomunikasi secara normal tanpa perlu membaca pergerakan bibir atau menggunakan bahasa isyarat lagi. Malah, sesetengahnya boleh bercakap menggunakan telefon. Implan koklear mengembalikan pendengaran seperti manusia atau telinga bionik, tidak Kebanyakan pesakit normal.

menggambarkannya sebagai bunyi yang mekanikal. Bagaimanapun, bersama masa dan amalan yang berterusan, otak akan melakukan penyesuaian terhadap bunyi-bunyi baru dan isyarat pertuturan. Bunyi-bunyian alam akan mula kedengaran lebih semula jadi, kata Ketua Pakar Audiologi, Pusat Perubatan Sunway, Mazwin Omar.Sejak mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) pada awal tahun 1980-an, sebanyak lebih 60,000 pemasangan implan koklear dilakukan diseluruh dunia. Sebahagian besar darinya terdiri daripada kanak-kanak yang pekak sejak dilahirkan, seawal usia 12 bulan dan paling tua berusia 93 tahun. Implan koklear juga berjaya dilakukan ke atas pesakit yang mempunyai masalah perubatan lain seperti cerebral palsi, diabetes, tekanan darah tinggi, tinitus, ketidakupayaan pembelajaran dan sebagainya.Telinga terdiri daripada tiga bahagian iaitu telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam.

Ketiga-tiganya saling berkerjasama di antara satu sama lain untuk menghantar bunyi ke otak. Telinga luar akan mengambil bunyi-bunyian yang kemudiannya dihantardalam bentuk gelombang melalui kanal/terowong telinga, ke gegendang telinga. Gelombang bunyi ini akan menyebabkan gegendang telinga bergetar, seterusnya menyebabkan sel-sel rerambut 13Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

halus di dalam koklea

bergerak. Sel-sel rerambut ini akan menyerap pergerakan dan

mengubahnya ke dalam bentuk impuls elektrik, dihantar ke serat-serat saraf pendengaran dan otak dan menghasilkan bunyi.Menurut Mazwin, implan koklear merupakan alternatif kepada alat bantuan pendengaran konvensional yang berfunfsi meningkatkan tahap pendengaran dengan meransang saraf-saraf telinga dalam, secara elektrikal. Bayi, kanak-kanak serta orang dewasa yang mengalami masalah pendengaran teruk hinggalah ke sangat teruk di kedua-dua belah telinga, boleh mendapat manafaat darinya. Menurut Presiden Asia Pacific Coclear Ltd, Mark Salmon, pembedahan implan koklear mampu menyelamatkan kira-kira 400 bayi negara ini yang dilahirkan tanpa deria pendengaran setiap tahun.

6.0

PENYESUAIAN TAHAP UMUR UNTUK IMPLAN KOKLEA14

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

Calon paling ideal adalah kanak-kanak mahu pun orang dewasa yang baru mengalami hilang pendengaran, dalam jangka masa yang singkat. Bayi yang dilahirkan dengan masalah ini disaran melakukan implan koklea seawal mungkin, sebelum proses pembelajaran bahasa bermula pada usia dua atau tiga tahun.Untuk mengetahui sama ada bayi yang baru dilahirkan mengalami masalah pendengaran atau tidak, ibu bapa atau penjaga boleh melakukan program imbasan pendengaran di hospital-hospital yang menawarkan perkhidmatan itu.Implan koklear terbahagi kepada dua iaitu bahagian dalaman yang dikenali sebagai implan koklea itu sendiri dan bahagian luaran, pemproses pertuturan yang dicangkuk pada cuping telinga. Pemproses pertuturan dilengkapi dengan mikrifon kecil yang mengambil bunyi, menukarkanya ke dalam bentuk isyarat dan menghantarnya ke alat pemancar. Alat pemancar itu seterusnya akan menghantar isyarat-isyarat berkenaan melalui kulit ke implan dalaman. Implan dalaman kemudiannya akan menukar isyarat-isyarat berkod kepada tenaga elektrik dan menghantarnya ke elektrod.Keadaan ini akan meransang serat-serat saraf di dalam koklea dan isyarat tersebut akan dikenal pasti oleh otak sebagai bunyi. Pembedahan implan koklea mengambil masa di antara dua hungga tiga jam dalam keadaan bius sepenuhnya. Pakar bedah akan memotong kulit di belakang telinga, mengangkat kulit dan tisu itu dengan berhati-hati.Satu lubang akan dibuat pada tengkorak dengan menggerudi bahagian tersebut bagi menempatkan komponen implan dalaman.Satu lubang lain akan ditebuk dan sampai kepada koklea untuk memasukkan elektrod.Setelah selesai, bukaan kulit akan ditutup dan kepala pesakit akan dibalut. Lazimnya pesakit akan ditahan diwad selama dua atau tiga hari sebelum dibenarkan pulang. Selepas tiga atau empat minggu dibedah, pesakit kini telah bersedia disambungkan ke komponen luaran untuk diaktifkan.Pemproses pertuturan akan diprogramkan dengan sejumlah program penghantaran bunyi individu yang dipanggil sebagai MAPs. Proses pemetaan ini bertujuan menyesuaikan alat berkenaan dengan tahap pendengaran terbaik seseorang dalam persekitaran bunyi yang berbeza. Sejauh mana keupayaan seseorang untuk mendengar bergantung kepada gabungan faktor-faktor seperti faktor fizikal atau jangka masa seseorang itu mengalami masalah pendengaran atau pekak.Belajar untuk mendengar dan bercakap semula atau buat pertama kali merupakan satu proses yang berterusan. Bagi seseorang yang sudah lama tidak dapat mendengar atau kanak-kanak yang tidak pernah mendengar, ia akan mengambil masa bagi otak membiasakan diri dengan ransangan daripada

15

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

implan. Ini sudah tentu melibatkan program pemulihan semula atau pemulihan bagi yang tidak pernah mengenal bunyi. Bukan semua kanak-kanak yang mengalami kecacatan pendengaran boleh menerima implan koklea. Implan koklea hanya sesuai bagi masalah hilang pendengaran yang berpunca daripada masalah di dalam koklea seperti kerosakan sel-sel rerambut. Yang penting, sarafsaraf pendengaran tidak rosak bagi memastikan implan dapat berfungsi. Kelayakan hanya boleh ditentukan selepas penilaian menyeluruh oleh pasukan implandari pelbagai bidang. Pasukan implan yang dimaksudkan termasuklah pakar bedah telinga, hidung dan tekak, pakar terapi pertuturan dan bahasa serta pakar audiologi. Kebiasaan dua kategori pesakit pekak yang boleh dipertimbangan untuk Implan koklea ; 1. Individu yang dilahirkan dengan pendengaran normal dan pernah bertutur secara

normal tetapi menjadi pekak disebabkan oleh penyakit seperti jangkitan telinga dalaman atau meningitis yang merosakkan koklea. Kumpulan ini dikenali sebagai pesakit yang mengalami kecacatan pendengaran kepekakan post-lingual yang biasanya terdiri dari kalangan kanakkanak dan orang dewasa. 2. Kategori kedua pula melibatkan kanak-kanak yang dilahirkan dengan kecacatan

pendengaran atau dikenali sebagai pre-lingual . Kumpulan pesakit post-lingual cenderung mengalami pemulihan lebih baik selepas pemasangan implan. Bagaimanapun, kumpulan pre-lingual terpaksa berdepan dengan pemulihan yang lebih mencabar manakala pemasangan perlu dilakukan seawal usia yang boleh bagi membolehkan perkembangan pertuturan dan bahasa yang lebih baik. Perbelanjaan pemasangan implan koklear walaupun mahal tetapi berbaloi jika mengambil kira impak komunikasi dan sosial serta kos yang terpaksa ditanggung untuk tujuan pembelajaran kanak-kanak seumur hidupnya. Berdasarkan satu kaji selidik yang dijalankan di luar negara, kecacatan pendengaran di kalangan kanak-kanak turut mempengaruhi aspek pembelajaran mereka.

16

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

7.0

KESAN PACAKAN IMPLAN KOKLEA

Antara isu etika yang berlaku ialah: a. Kesihatan Individu yang menjalani pembedahan impalan koklea mungkin akan mendedahkan dirinya kepada isu yang akan menjejaskan kesihatannya. Implan koklea yang ditanam berkemungkinan akan terdedah kepada penyakit dan bakteria. Sekiranya kebersihan dan penjagaannya tidak terurus, mungkin hasil pembedahan tersebut akan bernanah dan menyebabkan bakteria membiak. Malahan penerima implan koklea ini terpaksa menanggung deraan dan kesakitan dalam jangka waktu yang panjang. b. Hak individu Kontroversi juga wujud dalam memperkatakan hak individu memilih untuk menggunakan bahasa. Kanak-kanak yang diimplan terpaksa menerima mod bahasa dan komunikasi yang dipilih untuk anak-anak oleh ibu bapa mereka. Sungguhpun implan koklea ini amat sesuai dilakukan sejak dilahirkan kerana ketika ini otak masih belajar untuk menterjemah bunyi, namun mereka terpaksa menerima implan sebelum kanak-kanak tersebut boleh membuat keputusan sendiri. Kanak-kanak Kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran sejak mereka membesar dengan kemahiran bertutur yang baik. c. Bahasa Masyarakat pekak umumnya memiliki bahasanya yang tersendiri. Merekapekak mampu menjalani hidup seperti orang

dilahirkan selalunya akan diwakili oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa ini ingin memastikan anak

berkomunikasi menggunakan bahasa orang pekak. Sebahagian mereka menggunakan Komunikasi bahasa isyarat dan ada juga menggunakan isyarat komunikasi seluruh untuk berhubung sesame orang pekak atau dengan masyarakat Namun penggunaan implan koklea ini akan menghapuskan bahasa orang pekak. Bagi kanak-kanak pekak yang menerima implan koklea, mereka diajar secara oral tanpa diperkenalkan kepada bahasa isyarat. Lama-kelamaan 17Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

menggunakan bahasa

luar.

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

penggunaan bahasa isyarat semakin menurun dan akhirnya bahasa orang pekak (BIOP) akan hilang begitu sahaja. d. Budaya orang pekak

Pembedahan implan koklea mempunyai potensi untuk mengubah cara hidup masyarakat pekak. Sungguhpun implan koklea selamat dan merupakan rawatan berkesan untuk masalah kekurangan pendengaran, tetapi terdapat juga sebahagian masyarakat pekak melihat implan koklea sebagai suatu yangBudaya murid pekak

tidak perlu dan sebagai merendahkan keupayaan mereka. Penggunaan implan koklea ini akhirnya akan menghilangkan budaya orang pekak apabila mereka tidak lagi berkomunikasi seperti kebiasaanya menggunakan bahasa isyarat dan komunikasi seluruh. e. Kehilangan budaya orang pekak Kajian yang telah dijalankan mendapati 90% daripada kanak-kanak pekak mempunyai ibu bapa yang normal pendengarannya. Manakala 97% mempunyai hanya ibu atau bapa sahaja yang mendengar. Oleh itu , seandaianya sebahagian besar daripada kanak-kanak pekak ini menerima implant koklea, maka masyarakat pekak akan berkurangan dan tidak wujud lagi. GolonganKomunikasi menggunakan bahasa isyarat

pekak yang mengalami masalah pendengaran sejak dilahirkan menjadikan bahasa isyarat sebagai bahasa

pertama mereka. Golongan ini menganggap bahawa masalah pendengaran bukanlah satu kekurangan, mereka juga tidak bersetuju dengan ibu bapa yang mempunyai masalah pendengaran menganggap pekak adalah satu kekurangan yang mesti dibaiki. Sebaliknya orang pekak mampu mengatasi kekurangan tersebut dengan mewujudkan budaya mereka sendiri. Implan koklea merupakan adalah antara penemuan yang sangat penting dalam dunia perubatan terkini. Ia menjadi salah satu alternatif penting bagi ibu bapa yang memiliki anak bermasalah pendengaran. Walau bagaimanapun implan koklea mungkin berjaya memberi impak yang positif kepada segelinter kanak-kanak dan memberi kesan sebaliknya pula kepada sesetengah kanak-kanak lain.Kegagalan mungkin berlaku terutamanya kepada mereka yang menjalani pembedahan implan koklea pada usia yang lewat ataupun mereka tidak berjaya 18Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

menghadiri sesi-sesi terapi selepas pembedahan dengan teratur. Maka akibatnya implan koklea tidak memberi sebarang faedah buat mereka malah dalam sesetengah kes ia juga menyumbang berbahasa. kepada Walaupun berlakunya pelbagai kelewatan isu etika

dipertikaikan namun sebahagian golongan implan mempunyai tanggapan dan harapan yang positif terhadap implan koklea. Kebanyakkan mereka mempunyai identiti diri yang positif serta merasakan mereka layak diterima dalam kedua-dua komuniti pekak dan normal.

19

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

8.0

PASUKAN MULTIDISIPLIN DALAM MENJAYAKAN PACAKAN IMPLAN KOKLEA.Pasukan Multidisiplin ini adalah satu kumpulan yang terdiri daripada beberapa orang

individu termasuk ibu bapa. Pasukan ini membantu seseorang individu atau komuniti dan kedua-duanya yang melibatkan kanak-kanak berkeperluan khas.Mereka ini datangnya daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan serta NGO. Kementerian yang terlibat secara langsung dan tidak langsung adalah Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Wanita dan Keluarga (Jabatan Kebajikan Masyarakat), Jabatan Buruh, Polis dan sebagainya. Kumpulan ini terdiri daripada mereka yang antaranya adalah guru pendidikan khas, guru besar, doktor, ketua kampung, audiologi, terapi pertuturan dan sebagainya.

Peranan Pasukan Multidisiplin Perkhidmatan bagi murid-murid dalam program pendidikan khas atau golongan kurang upaya tidak terbatas kepada tenaga guru semata-mata. Terdapat banyak cabang perkhidmatan yang boleh membantu menangani masalah yang mereka hadapi. Peranan multidisiplin amat penting dalam memberi perkhidmatan kepada golongan kurang upaya atau golongan istimewa. .

Pasukan multidisiplin

20

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

Setiap cabang multidisiplin mempunyai peranan masing-masing. Bagi mendapatkan perkhidmatan profesional yang sesuai, masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak perlu dikesan dan dikenal pasti supaya rujukan kepada cabang multidisiplin yang sesuai dapat dilakukan. Lawatan ke klinik, mahupun jemputan setiap ahli profesional dalam cabang-cabang multidisiplin yang berkaitan ke sekolah untuk memberikan ceramah kepada guru-guru dan ibu bapa atau pelajar boleh dilakukan dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada kanakkanak khas.

Kaunselor Membantu guru dan murid mengatasi perasaan malu Membantu membina konsep kendiri yang baik Mengatur sesi perbincangan dengan individu atau kumpulan pelajar khas Merancang program meningkatkan kendiri bagi murid pendidikan khas.

Ahli psikologi kanak-kanak Menitikberatkan masalah emosi kanak-kanak Melihat dan menginterpretasikan tingkah laku murid supaya positif terhadap diri, keluarga dan keadaan sekeliling. Pelan rawatan mungkin melibatkan ubatan bagi mengatasi tekanan, kaunseling individu atau psikoterapi atau mungkin kedua-duanya sekali.

21

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

Ahli psikologi klinikal Mahir dalam diagnosis dan merawat masalah emosi. Terlatih dalam bidang sains tingkah laku Mahir menangani masalah secara individu, kaunseling kumpulan dan psikoterapi. Terdapat ahli psikologi klinikal di kalangan mereka yang khusus menangani perkembangan emosi, sosial dan intelektual kanak-kanak.

Ahli audiologi Menitikberatkan murid yang mengalami masalah pendengaran Melihat tahap pendengaran murid Mencadangkan cara-cara bagi memulihkan atau membantu pendengaran murid.

Terapi pertuturan Menilai perkembangan bahasa dan pertuturan murid-murid Mengenal pasti masalah, mencadang serta menjalankan intervensi awal Membantu dan melatih murid menyebut perkataan dengan betul.

Ahli neurologi Pakar dalam diagnosis dan merawat masalah berkaitan sistem saraf, memastikan ia berfungsi dan masalahnya. Terdapat ahli neurologi pediatrik yang terlibat dengan bayi dan kanak-kanak.

22

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

Jurupulih cara kerja Menitikberatkan kemahiran motor halus Bertanggungjawab menilai murid dari segi penggunaan tangan dan jari murid Melatih kemahiran kanak-kanak melalui terapi dan disesuaikan dengan kehidupan seharian. Contohnya: latihan memegang pensel, memakai pakaian dan memegang sudu. Bergabung dengan guru pendidikan khas dan ibu bapa supaya dapat melatih kemahiran motor halus setiap hari di dalam bilik darjah dan di rumah.

Ahli pediatrik Doktor yang pakar dalam penjagaan dan rawatan kanak-kanak dan remaja.

Ibu Bapa masalah pendengaran ditentukan dan alat bantu pendengaran sesuai dipasang, pembabitan ibu bapa penting dalam tempoh pemulihan anak yang ada masalah pendengaran.

.Sesudah .Ibu

bapa adalah guru dan pemantau utama bagi meningkatkan kebolehan anak

bercakap. Pencapaian setiap individu juga berbeza bergantung kepada minat dan kesungguhan mereka.

.Ibu

bapa perlu menarik minat anak untuk belajar mendengar. Kesabaran dan

kesungguhan ibu bapa penting kerana ketika ini anak mereka yang baru memakai alat bantu pendengaran boleh dianggap seperti bayi baru belajar mendengar. Jadi mulakan dengan bunyi awal yang mudah untuk mengajar mereka. Aktiviti harian dan persekitaran rumah merupakan antara bahan pendidikan berguna.

Paling penting, kurangkan penggunaan isyarat tangan, sebaliknya gantikan dengan menyebut perkataan bagi merangsang proses pembelajaran mendengar. 23Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

.Bagi merangsang kebolehan anak bertutur, ibu bapa perlu terbabit secara aktif dandigalakkan banyak bercakap dengan anak yang baru menerima alat bantu pendengaran atau implan koklea. Penting juga untuk ibu bapa terbabit langsung dengan proses terapi pertuturan.

.Jika

sudah dipasangkan dengan alat bantu pendengaran yang sesuai, kanak-kanak

bermasalah pendengaran akan diajar mengikut perkembangan pendengaran dan pertuturan kanak-kanak dengan pendengaran normal. Oleh itu, mereka dijangka boleh mencapai peringkat perkembangan seperti berikut: - Selepas 3 hingga 6 bulan : memalingkan muka dan mengesan objek yang mengeluarkan bunyi, mula menyebut bunyi oo, ga, ba - 6 hingga 9 bulan : memberi gerak balas apabila namanya dipanggil, menuturkan suku kata berulang seperti ma ma, pa pa, ba ba. - Sembilan hingga 12 bulan : boleh mengulang perkataan mudah. - 12 hingga 18 bulan : boleh menggunakan 10 perkataan atau lebih. - 18 hingga 24 bulan : guna 20 atau lebih perkataan dan mula gunakan dua perkataan atau lebih pada satu masa. - 2 hingga 3 tahun: mula membuat ayat sendiri. Pada usia ini, sebahagian besar ayat mereka boleh difahami. - 3 hingga 4 tahun : boleh mendengar seperti orang dewasa dan boleh menjawab pertanyaan yang mudah. - 4 hingga 5 tahun: Memberi perhatian dan faham cerita pendek. Mula menggunakan ayat kompleks.

.Bagaimanapun,

pencapaian individu juga bergantung kepada tiga faktor iaitu

kekerapan penggunaan alat bantu pendengaran atau implan koklea, kesungguhan menjalani terapi dan pembabitan aktif ibu bapa.

9.0 PENUTUP

24

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

Sesungguhnya amat penting bagi semua ahli masyarakat mengetahui tentang perkhidmatan audiologi dan rehabilitasi auditori yang disediakan serta usaha-uasaha yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan khususnya dalam menangani masalah pendengaran. Pendedahan perkhidmatan audiologi ini amat penting agar masyarakat mengetahui tentang kewujudan prasarana kesihatan yang terdapat di Negara ini dalam menangani masalah pendengaran. Semua organ badan yang diciptakan untuk manusia adalah penting dan mempunyai peranan dan fungsi masing-masing. Kegagalan satu organ berfungsi menyebabkan kecacatan dan sedikit sebanyak menjejaskan kehidupan dan kemampuan berdaya saing. Pendidikan Khas adalah satu cabang perkhidmatan pendidikan yang disediakan untuk murid berkeperluan khas. Bidang ini sedang berkembang pesat seiring dengan perkembangan sistem pendidikan negara. Selain perkhidmatan di Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi, Pendekatan Pendidikan Inklusif juga dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar Pendidikan Wajib dan Pendidikan untuk Semua yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Murid berkeperluan khas mempunyai konsep kendiri yang rendah hasil interaksi yang negatif dan pengalaman yang tidak konstruktif. Bagi mengubah konsep kendiri murid berkeperluan khas, usaha orang dewasa yang berterusan serta gigih dan dan mengambil masa yang lebih panjang. Penolakan (rejection) daripada ibu bapa atau keluarga kerana kecacatan atau dficit yang ada dan kritikan yang berterusan daripada rakan sebaya atau masyarakat menyebabkan murid berkeperluan khas kurang keyakinan diri. Bagi murid berkeperluan khas, perubahan adalah perkara yang tidak digemari kecuali ke arah perkara/tugasan yang sangat diminatinya. Guru perlulah menjadi sumber penjana kekuatan untuk berubah.

4,379 patah perkataan

BIBLIOGRAFI25Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

Hallahan, D. & Kaunffman (2003) Exceptional children : Introduction to special Education . Boston : Allyn and Bacon.

Jamila K. A. Mohamed. (2006). Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa Batu Caves, Selangor : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Jabatan Pendidikan Khas Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas(t.t).Dicapai Pada 10 Januari 2011

K. A. Razhiyah (2005). Menjadi guru pendidikan khas. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Persekutuan Orang Pekak Malaysia (2002). Bahasa Isyarat Malaysia. Jepun : Deaf Education Option (t.t). Dicapai pada 10 Januari 2011 dari

Waltzman, S., & Cohen, N. (2000). Cochlear implants. New York : thieme. dari http://www.moe.gov.my/jpkhas

http://info-kesihatan.blgspot.com http://www.deaflinx.com/DeafEd/OptionGuide/ASL.html www.moe.gov.my/jpkhas/ www.epkhas.ses.usm.my/bulletin www.mfd.org.my/ www.klsd.org.my/pengenalan/sejarah.php www.fkunhas.com/l/persatuan+oku+selangor.html htt://www.audiology.org/aboutaudiology/consumered/faqs/ 26

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

LAMPIRAN

KOKLEA IMPLAN

27

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

Mengenal Audiogram

28

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

Implan Koklea Bantu Pertuturan

Belajar bercakap sebenarnya proses panjang dan bayi baru lahir mengambil masa sekurangkurangnya 12 bulan untuk merakam pelbagai jenis bunyi didengarnya sebelum boleh menuturkan kata pertama, yang ada kalanya sukar difahami. Bahkan, kebolehan bercakap juga dipengaruhi kemampuan setiap individu untuk mendengar. Semakin rendah kualiti pendengaran, semakin sukar seseorang itu menyebut perkataan dengan jelas dan betul. Inilah fenomena biasa yang dihadapi individu bermasalah pendengaran dan proses pertuturan menjadi semakin payah apabila meningkat dewasa; terutama jika mereka tidak diberikan rawatan sewajarnya. Untuk membolehkan mereka belajar bercakap dengan berjaya, individu yang ada masalah pendengaran perlu menggunakan alat bantuan pendengaran sesuai. Lebih awal alat ini digunakan, lebih baik bagi membolehkan individu berkenaan belajar bercakap seperti rakan sebaya lain. Antara kaedah lain untuk mengatasi masalah pendengaran adalah pacakan koklea (juga dipanggil implan koklea) yang berfungsi sebagai alat meningkatkan pendengaran melalui rangsangan elektrik pada sel saraf dalam telinga. 29

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

Namun perlu diingat, bukan semua orang mendapat faedah daripada pacakan koklea kerana ia sesuai bagi individu yang mengalami masalah pendengaran teruk di kedua-dua belah telinga dan tidak memperolehi faedah daripada alat bantu pendengaran biasa. Kumpulan ini biasanya sukar berinteraksi melalui pertuturan. Bagaimanapun, individu yang berminat dengan implan koklea perlu menjalani penilaian klinikal, termasuk ujian tahap pendengaran dan perubatan, kebolehan pertuturan dan penilaian faedah yang bakal diterimanya.

Peranan Pakar Audiologis Kebiasaannya selepas dua atau tiga minggu pembedahan pacakan koklea, pemulihan intensif membabitkan proses pemetaan bunyi (dikendalikan Pakar Audiologis) dan terapi pertuturan (dikendalikan oleh Terapis Pertuturan-Bahasa) dijalankan. Bagaimanapun, ramai ibu bapa salah faham dan menganggap anak mereka akan boleh terus bercakap secara normal selepas menerima implan koklea. Sebenarnya ini tidak berlaku kerana setiap individu memerlukan masa untuk belajar mendengar bunyi dulu sebelum bercakap. Jika disyaki anak ada masalah pendengaran, ibu bapa dinasihatkan menghantarnya untuk penilaian pendengaran dengan Pakar Audiologis. Usah bertangguh memberi rawatan pendengaran kepada anak. Lebih lambat anak dikesan dengan masalah pendengaran atau diberikan alat bantu pendengaran sesuai, bermakna proses belajar bercakap juga menjadi lewat. Mereka berisiko tinggi jauh ketinggalan berbanding rakan sebaya. Kesilapan yang biasa dilakukan kebanyakan ibu bapa apabila menyedari anak mereka menghadapi masalah pendengaran ialah menganggap anak mereka bisu.

Oleh itu, mereka menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dan melengahkan memberi anak alat bantu pendengaran sesuai serta mendapatkan terapi pertuturan.

30

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

Peranan Ibu Bapa Sesudah masalah pendengaran ditentukan dan alat bantu pendengaran sesuai dipasang, pembabitan ibu bapa penting dalam tempoh pemulihan anak yang ada masalah pendengaran. Ibu bapa adalah guru dan pemantau utama bagi meningkatkan kebolehan anak bercakap. Pencapaian setiap individu juga berbeza bergantung kepada minat dan kesungguhan mereka. Ibu bapa perlu menarik minat anak untuk belajar mendengar. Kesabaran dan kesungguhan ibu bapa penting kerana ketika ini anak mereka yang baru memakai alat bantu pendengaran boleh dianggap seperti bayi baru belajar mendengar. Jadi mulakan dengan bunyi awal yang mudah untuk mengajar mereka. Aktiviti harian dan persekitaran rumah merupakan antara bahan pendidikan berguna. Paling penting, kurangkan penggunaan isyarat tangan, sebaliknya gantikan dengan menyebut perkataan bagi merangsang proses pembelajaran mendengar. Bagi merangsang kebolehan anak bertutur, ibu bapa perlu terbabit secara aktif dan digalakkan banyak bercakap dengan anak yang baru menerima alat bantu pendengaran atau implan koklea. Penting juga untuk ibu bapa terbabit langsung dengan proses terapi pertuturan. Jika sudah dipasangkan dengan alat bantu pendengaran yang sesuai, kanak-kanak bermasalah pendengaran akan diajar mengikut perkembangan pendengaran dan pertuturan kanak-kanak dengan pendengaran normal. Oleh itu, mereka dijangka boleh mencapai peringkat perkembangan seperti berikut: - Selepas 3 hingga 6 bulan : memalingkan muka dan mengesan objek yang mengeluarkan bunyi, mula menyebut bunyi oo, ga, ba - 6 hingga 9 bulan : memberi gerak balas apabila namanya dipanggil, menuturkan suku kata berulang seperti ma ma, pa pa, ba ba. - Sembilan hingga 12 bulan : boleh mengulang perkataan mudah. - 12 hingga 18 bulan : boleh menggunakan 10 perkataan atau lebih. - 18 hingga 24 bulan : guna 20 atau lebih perkataan dan mula gunakan dua perkataan atau lebih pada satu masa. 31

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

- 2 hingga 3 tahun: mula membuat ayat sendiri. Pada usia ini, sebahagian besar ayat mereka boleh difahami. - 3 hingga 4 tahun : boleh mendengar seperti orang dewasa dan boleh menjawab pertanyaan yang mudah. - 4 hingga 5 tahun: Memberi perhatian dan faham cerita pendek. Mula menggunakan ayat kompleks. Bagaimanapun, pencapaian individu juga bergantung kepada tiga faktor iaitu kekerapan penggunaan alat bantu pendengaran atau implan koklea, kesungguhan menjalani terapi dan pembabitan aktif ibu bapa Luangkan lebih masa bercakap dan bermain dengan anak. Babitkan aktiviti menyeronokkan kerana ia secara tidak langsung mendorong anak untuk mendengar dan bercakap

32

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

KBD3013 AUDIOLOGI (UJIAN-UJIAN PENDENGARAN) 1.0 Pendahuluan

Perkhidmatan audiologi merupakan satu perkhidmatan yang penting bagi individu bermasalah pendengaran yang memerlukan pengesanan dan tindakan awal, penjagaan dan perlindungan yang sesuai. Masalah pendengaran merupakan masalah yang serius sekiranya tidak ditangani dari peringkat awal kerana ia bukan sahaja menyebabkan seseorang tidak dapat mendengar tetapi bahkan ia juga memberi kesan terhadap perkembangan pertuturan seterusnya mekanisme komunikasi individu.

2.0

Maksud Audiologi

Audiologi menurut kamus ialah kajian keseluruhan tentang pendengaran. Ini merangkumi kajian tentang anatomi dan fungsi telinga, masalah pendengaran , penilaian dan rawatan kepada orang yang kehilangan pendengaran. Laman web medical buffalo education pula menyatakan istilah audiologi merujuk kepada sains pendengaran. Iaitu mendefinisikan audiologi sebagai satu disiplin yang melibatkan pencegahan, pengenalan serta penilaian masalah pendengaran, pemilihan dan penilaian alat bantu pendengaran serta habilitasi atau rehabilitasi individu yang mempunyai masalah pendengaran. Manakala menurut pakar audiologi dari unit auditori Jabatan Otorhinolaryngology Hospital Sibu, Cik Nahazatul Islia Jamari pula menyatakan bahawa audiologi merupakan satu bidang yang berkaitan dengan kajian pendengaran normal dan tidak normal. Ia melibatkan tugas disiplin audiologi yang merangkumi pencegahan, pengenalpastian, penilaian pendengaran , pemilihan serta penilaian alat bantu dengar dan pengendalian program rehabilitasi bagi individu yang mengalami masalah pendengaran. Berdasarkan beberapa definisi audiologi tersebut, dapat disimpulkan bahawa audiologi merupakan satu bidang yang berkaitan dengan pendengaran dan semua masalah yang timbul berkaitan dengannya. Oleh itu audiologi dapat menentukan samada seseorang individu dapat mendengar dengan baik atau tidak. Audiologi juga akan memastikan dan mengesahkan samada seseorang individu itu mempunyai masalah pendengaran serta menjelaskan jenis masalah pendengaran yang dihadapi. Masalah pendengaran yang dihadapi akan dianalisis serta diberikan bimbingan dan pilihan kepada individu yang terlibat untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Rehabilitasi auditori pula adalah terapi atau latihan fizikal yang direka oleh pakar audiologi untuk membantu individu yang mengalami masalah pendengaran. Ianya mempunyai matlamat yang jelas dan pendedahan mengenai alat bantuan mendengar kepada individu yang terlibat dan perkhidmatan profesional yang diberikan.

3.0 Bidang tugas dan peranan seorang audiologis serta kepentingan bidang audiologi kepada golongan bermasalah pendengaran. Audiologis ialah professional yang bertauliah yang terlibat dalam pencegahan , pengenalpastian, penilaian dan pengurusan individu-individu yang mengalami masalah pendengaran. Kelazimannya pakar audiologis ini bekerja di hospital atau pusat perubatan, sekolah, industri, Pusat intervensi awal, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pendidikan, Universiti dan juga di Pusat Audiologi persendirian. Seorang pakar audiologi mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang audiologi, akustik dan elektronik, anatomi dan fisiologi, patologi pertuturan dan bahasa, psikologi, fonetik dan linguistik, statistik dan kaedah penyelidikan serta perlu menjalani latihan klinikal. Bidang tugas dan peranan seorang audiologis antaranya ialah memberikan perkhidmatan ujian

33

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

pendengaran pada kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami masalah pendengaran. Ujian pendengaran dijalankan dengan menggunakan peralatan khusus untuk mengekalkan kesahan keputusan berkaitan kehilangan pendengaran. Audiologis akan melakukan pemeriksaan secara terperinci terhadap gegendang telinga menggunakan otoskop, menjalankan ujian diagnostik dan menyiasat sejarah perubatan yang mungkin mempunyai kaitan dengan masalah pendengaran. Oleh itu individu yang mengalami masalah pendengaran boleh mendapat faedah dengan bantuan alat bantu dengar melalui perkhidmatan audiologis yang lebih memahami aplikasi terbaru teknologi alat bantuan pendengaran. Bidang tugas dan peranan seorang audiologis antaranya ialah memberikan perkhidmatan saringan pendengaran pada neonat, bayi dan kanak-kanak. Pakar audiologi akan mendiagnosis masalah pendengaran pada kanak-kanak dan mengenal pasti kehilangan pendengaran kanakkanak pada setiap peringkat yang berbeza. Ini termasuk mendiagnosis serta ujian pendengaran ke atas bayi yang baru dilahirkan serta kanak-kanak. Audiologis akan membekalkan terapi pendengaran serta memakaikan alat bantu pendengaran yang sesuai dengan kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran. Ibu bapa dan individu yang mempunyai masalah pendengaran boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar audiologi dalam mendapatkan khidmat nasihat mengenai pemakaian dan penjagaan alat bantu pendengaran. Pakar audiologi juga berhak menilai, memilih dan mendispensi alat bantuan pendengaran. Selain itu pakar audiologi juga memberikan perkhidmatan untuk pelajar sekolah. Audiologis membekalkan sepenuhnya perkhidmatan pemulihan pendengaran di sekolah-sekolah awam kerajaan mahupun swasta bagi semua tahap pendidikan. Perkhidmatan yang diberikan lebih mengutamakan perkembangan pertuturan, bahasa dan kemahiran pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pendengaran. Audiologis juga berperanan dalam bidang kaunseling. Seorang audiologis mempunyai sifat yang mengambil berat dan mempunyai kemampuan pendengaran yang baik. Oleh itu audiologis membekalkan kaunseling secara individu untuk membantu individu bermasalah pendengaran agar dapat berinteraksi dengan lebih efektif dalam kehidupan social, pendidikan dan persekitaran pekerjaan. Audiologis juga membantu golongan yang berusia untuk mendengar dengan lebih baik. Audiologis juga berperanan menjalankan program pemuliharaan kemampuan pendengaran. Pendedahan kepada bunyi-bunyi bising yang keterlaluan secara berterusan boleh menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Sehubungan itu, audiologis bertanggungjawab terhadap pencegahan kehilangan pendengaran. Iaitu melaksanakan program-program untuk melindungi pendengaran individu-individu yang terdedah kepada kebisingan persekitaran industri atau situasi taman rekreasi. Kajian berkaitan pendengaran juga merupakan bidang tugas dan peranan audiologis. Audiologis terlibat dalam pelbagai aktiviti kajian untuk membangunkan teknik-teknik penilaian pendengaran dan teknologi pemuliharaan baru. Khususnya dalam inovasi penggunaan alat bantuan pendengaran. Audiologis juga berperanan dalam penulisan buku-buku teks dan jurnal berkaitan pentaksiran dan penilaian pendengaran, alat bantuan pendengaran dan pengurusan individu yang mengalami kehilangan pendengaran. Pakar audiologi juga berperanan memberikan latihan auditori kepada individu yang memerlukan memberi khidmat rundingcara mengenai konservasi pendengaran kepada syarikat-syarikat dan juga industri. Audiologis juga merupakan individu yang memberi nasihat dalam pemilihan sistem amplikasi bilik darjah untuk murid-murid bermasalah pendengaran. Ini meliputi alat bantuan pendengaran peribadi dan sistem FM. Di samping itu pakar audiologi juga bertanggungjawab dan turut serta bersama profesional lain dalam memilih calon yang sesuai untuk implan koklea serta melakukan pemetaan koklea.Bidang audiologi berfungsi untuk menangani masalah yang berkaitan dengan pendengaran. Kepentingan bidang ini adalah dikhususkan untuk mempelajari keadaan pendengaran normal dan kerosakan pendengaran, pencegahan dari masalah pendengaran serta

34

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

mengenal pasti dan mentaksir pendengaran, menangani masalah-masalah pendengaran dan rehabilitasi individu yang bermasalah pendengaran serta menangani ketidaknormalam pendengaran tersebut. Oleh itu bidang audiologi ini amat memberi kepentingan kepada golongan bermasalah pendengaran untuk memupuk kemahiran berkomunikasi dengan pesakit atau Khidmat nasihat alat bantuan pendengaran yang sesuai kepada individu yang memerlukan pelanggan dan keluarga dalam diagnosis ketidakupayaan pendengaran dan memberikan bimbingan dalam proses rehabilitasi. Selain dari itu bidang audiologi juga amat berperanan kepada golongan bermasalah pendengaran dalam memberikan rawatan, meningkatkan kemajuan teknologi dan rancangan untuk membantu individu yang mempunyai masalah pendengaran dan ketidakupayaan yang berkaitan. Bidang audiologi ini amat berkepentingan kepada masyarakat khasnya golongan bermasalah pendengaran. Perkhidmatan yang dijalankan seperti memberikan khidmat kepada pesakit yang mempunyai masalah pendengaran di semua peringkat umur. Bermula dari bayi yang baru dilahirkan sehingga ke peringkat orang yang telah lanjut usia. Bidang audiologi ini juga berperanan melakukan diagnosis, rawatan dan pemulihan kepada individu yang mengalami masalah hilang pendengaran. Selain itu menyediakan program-program rehabilitasi pendengaran serta menyediakan ahli-ahli yang profesional seperti pakar audiologi, pakar patologi bahasa-pertuturan dan otolarinkologi. Oleh itu individu bermasalah pendengaran akan dapat faedah daripada perkhidmatan-perkhidmatan yang oleh pakar yang berkaitan masalah yang dihadapi oleh mereka. Perkhidmatan nasihat dan kaunseling mengenai masalah pendengaran turut diberikan melalui perkhidmatan audiologi ini. Ini bagi memberi dan menyalurkan pengetahuan serta maklumat yang betul kepada individu berkenaan terutamanya bagi ibu bapa yang mempunyai masalah pendengaran. Antaranya membantu pesakit dan keluarga menyesuaikan diri dengan keadaan kehilangan pendengaran, menggunakan sepenuhnya faedah alat bantuan pendengaran, implan koklea dan alat-alat lain yang boleh membantu proses komunikasi. Teknik penjagaan dan pemakaian alat bantuan pendengaran yang betul. Khidmat nasihat mengenai penempatan dan penempatan semula murid turut diberikan. Perkhidmatan audiologi juga berperanan memberi pendidikan kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak bermasalah pendengaran dari segi mendengar, bertutur dan menggunakan bahasa. Menyediakan program bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran dengan memberikan kaunseling, menggalakkan penglibatan ibu bapa dan menyediakan rancangan yang sesuai kepada setiap kanak-kanak. Perkhidmatan audiologi juga berkepentingan menyediakan program bagi orang dewasa yang bermasalah pendengaran dengan mengadakan latihan auditori dan terapi pertuturan,rancangan rawatan individu dan pendidikan berterusan tentang kehilangan pendengaran dan strategi untuk membantu proses komunikasi. Selain itu program saringan pendengaran luar sekolah turut diadakan di pusat audiologi. Ia juga menjalankan latihan dalaman kepada individu dan ibu bapa murid bermasalah pendengaran, guru-guru pendidikan khas serta orang awam yang berminat. Penggunaan amplifikasi di sekolah juga adalah di bawah pengawasan pusat audiologi. Misalnya, perkhidmatan yang dijalankan di Klinik Audiology & Sains Pertuturan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia menawarkan perkhidmatan pengenalpastian masalah pendengaran dalam kalangan bayi, kanak-kanak, orang dewasa dan juga kepada warga tua. Selain itu ia juga mempreskripsi alat bantu dengar atau alat tumpu dengar seperti sistem FM. Selain dari menguji dan memantau keberkesanan alatan tersebut, pusat ini juga memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada ibu bapa dan individu yang memerlukan pengetahuan dan maklumat tentang penggunaan alat bantu dengar dan juga permasalahan mengenai masalah pendengaran. Klinik ini juga turut merujuk kes-kes tertentu kepada pakar telinga, hidung dan tekak, psikologi, pakar kanak-kanak sebagainya. Klinik ini juga memberi khidmat pacakan koklea 35Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

implan dan kemudahan membuat acuan telinga dan menjual alat bantuan pendengaran. Oleh itu dalam menangani masalah pendengaran, audiologis boleh membantu mengesan masalah pendengaran dan imbangan yang dihadapi oleh seseorang individu serta membekalkan rawatan bukan perubatan serta khidmat nasihat. Peranan yang dimainkan oleh audiologis dan pusat audiologi ini amat besar kepentingannya kepada masyarakat dan golongan bermasalah pendengaran khasnya dalam usaha membantu golongan tersebut untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dan bermakna.

4.0

Ujian-ujian audiometri

Ujian pendengaran adalah penting dilakukan untuk menentukan jenis dan tahap kepekakan seseorang. Ujian pendengaran adalah satu ujian yang dijalankan untuk menilai fungsi keseluruhan pendengaran individu. Ujian pendengaran juga penting kerana ia membantu mengesan sebarang masalah pendengaran dan kerosakan yang mungkin berlaku di bahagian dalam telinga. Di antara jenis-jenis ujian yang dijalankan ialah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. Ujian audiometri nada tulen (Pure-tune Audiometry) Ujian audiometri konduksi udara (Air-conduction Audiometry) Ujian audiometri konduksi tulang (Bone-conduction Audiometry) Ujian audiometri impedens (Impedance Audiometry) Play Audiometry Evoked Respone Audiometry (ERA) Tympanometry Acoustic Reflex Testing Otoacoutic Emission (OAE) Behavioral Observation Audiometry (BOA) Audotory Brainstem Respone (ABR) Visual Reinforcement Audiometry (VRA) Auditory Steady-State Responses (ASSR)

4.1

Ujian audiometri nada tulen

Audiometri nada tulen adalah ujian yang menguji pendengaran dengan menggunakan berbagai jenis frekuensi. Selalunya frekuensi adalah daripada nada yang terendah ( 250Hz) hinggalah kepada nada yang tertinggi (8,000Hz). Audiometri nada tulen dilakukan dengan menggunakan audiometer. Audiometer adalah suatu instrumen elektrik. Ia mempunyai suis untuk memudahkan pemilihan nada yang diperlukan. Frekuensi yang selalu digunakan dalam ujian adalah 125, 250, 500, 1000, 1500, 2000, 3000,, 4000, 6000 dan 8000Hz. Intensiti yang digunakan pula adalah antara 10db HL sehingga 110dB HL (decibel hearing loss) dan 500Hz hingga 6,000 Hz. Pelaksaan ujian audiometri nada tulen yang dijalankan oleh audiologis adalah dengan cara menguji pesakit menggunakan fon telinga. Fon telinga berfungsi untuk menghalang kemasukan

36

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

bunyi-bunyi lain yang tidak dikehendaki. Selain daripada itu, fon telinga juga berfungsi sebagai alat untuk mengalirkan nada ke telinga yang diuji. Pesakit akan mengangkat tangan atau jari sekiranya mereka mengesan bunyi. Kemudian audiologis akan memperlahankan nada bunyi tersebut. Bunyi akan diperlahankan sehingga pesakit tidak dapat mendengar bunyi itu lagi. Proses ini akan diulangi dengan menggunakan tona atau frekuensi yang berbeza. Setiap telinga akan diuji secara bergilir-gilir. Ini kerana setiap telinga mempunyai sensitiviti bunyi yang berlainan. Selain daripada audiometri, terdapat juga audiometer outomatik. Melalui audiometer outomatik ini, pesakit akan menekan suis jika mereka mendengar apa-apa bunyi. Cara menggunakan audiometer automatik adalah menghendaki pesakit memegang suis. Nada bunyi akan meningkat intensitinya secara outomatik sehingga pesakit menekan suis. Apabila suis ditekan, nada bunyi akan menurun intensitinya sehingga pesakit melepaskan tekanan pada suis tersebut. Apabila suis dilepaskan bermakna pesakit tidak dapat mengesan bunyi yang terdapat di Unit Audiologi. Fon telinga dipancarkan. Setiap nada pada satu frekuensi akan berbunyi selama dua minit. Selepas itu ia akan bertukar secara outomatik kepada frekuensi yang lain. Setiap telinga diuji secara bergilir-gilir. Seorang audiologis yang terlatih akan mengendalikan ujian audiometri nada tulen ini. Mesin audiometer akan membenarkan bunyi atau nada pada frekuensi , pitch dan kekuatan yang berbeza. Manakala nada yang digunakan boleh jadi dalam bentuk muzik atau sebagainya. Ujian hendaklah dijalankan di dalam bilik yang kalis bunyi untuk mengelakkan sebarang gangguan bunyi dari sumber-sumber luar. Ujian yang dilakukan mestilah mempunyai suasana yang sesuai. Peralatan yang digunakan juga dipastikan tepat agar kesahan dapat diperolehi. Perkara-perkara yang diambil kira semasa melakukan ujian audiometri nada tulen adalah seperti berikut:

a)

Alat fon telinga penghalang bunyi (Earphone attenuation devices)

Fon telinga yang mempunyai cawan telinga yang lebih besar. Dilapisi dengan lapisan tebal agar dapat mengurangkan bunyi bising yang boleh menganggu keputusan ujian. Tidak berapa sesuai untuk kanak-kanak kerana berat dan besar.

b).Pemasangan fon telinga (Insert earphone ) Fon telinga dimasukkan terus ke dalam telinga.Pesakit perlu membuka dan menutup mulut beberapa kali supaya kedudukan tepat. Digunakan kepada pesakit dewasa dan kanak-kanak.

c.) Bilik kalis bunyi (sound-isolated chambers) Dinding bilik dilapisi oleh bahan lembut seperti jubin akustik untuk menyerap bunyi dan gema. Pintu perlu teguh dan ditutup ketat. Dua reka bentuk iaitu satu bilik Audiologis sedang menjalankan ujian dan dua bilik. Bilik pertama adalah untuk segala peralatan dan pesakit ditempatkan di satu bilik. Bilik kedua menempatkan penilai dan audiometer sementara pesakit di bilik penilaian. Terdapat tingkap untuk tujuan komunikasi visual. Mikrofon, amplifier, dan pembesar suara atau fon telinga disediakan untuk membolehkan penilai mendengar jika pesakit bersuara. Kedudukan semasa ujian dilakukan juga penting. Pesakit tidak seharusnya berada dalam kedudukan yang menghadap ke arah penilai. Tujuannya supaya pergerakkan yang dilakukan oleh penilai samada besar atau kecil tidak menganggu tumpuan pesakit.

37

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

4.2

Audiometri Konduksi Udara (Air condition audiometry)

Audiometri Konduksi Udara dijalankan untuk menentukan tahap sensitiviti pendengaran pesakit pada pelbagai frekuensi. Ujian ini adalah untuk menentukan darjah kehilangan pendengaran samada rendah, sederhana atau tinggi. Cara Ujian audiometri konduksi udara dijalankan adalah dengan memakai fon telinga dengan betul. Penyambung fon telinga (headband) perlu diletakkan betul-betul di atas kepala. Jika pesakit memakai cermin mata, perlu ditanggalkan kerana ia mungkin menganggu kedudukan fon telinga. Begitu juga dengan subang atau antinganting. Pembesar suara pada fon telinga mesti diletakkan tepat pada salur liang luar telinga. Saiz fon telinga boleh dilaraskan supaya ianya muat baik pada telinga pesakit. Jika pesakit mempunyai masalah pada saluran telinga , insert earphone boleh digunakan. Alat ini akan dimasukkan ke dalam saluran telinga. Alat tranducers terletak di penghujung alat ini diklipkan di baju pesakit. Warna biru adalah untuk telinga kiri dan merah untuk telinga kanan. Prosedur audiometri konduksi udara adalah seperti berikut: Pesakit mempunyai pilihan samada untuk memeriksa telinga kanan atau kiri dahulu. Audiologis akan mencadangkan agar memeriksa dan menguji telinga yang tidak bermasalah dahulu.Frekuensi yang digunakan oleh kebanyakan audiologis adalah 1000Hz. Frekuensi yang tinggi diuji secara menaik, manakala frekuensi yang rendah diuji secara menurun. Dalam teknik menurun, nada akan dibunyikan di atas ambang pendengaran. Nada akan semakin dikurangkan sehingga pesakit memberi isyarat mereka tidak dapat mendengar nada tersebut. Manakala dalam teknik menaik pula, nada dibunyikan di bawah ambang pendengaran. Nada akan semakin dinaikkan sehingga isyarat mendengar diberikan oleh pesakit. Nada yang digunakan adalah secara otomatik atau manual. Prosedur American Speech & Hearing Assosiation (ASHA) (1978) menggariskan, nada yang perlu digunakan pada permulaan ujian adalah 30db HL. Jika ada tindak balas. Nada dikuatkan pada 30db di atas ambang pendengaran. Jika tiada tindak balas, nada dikuatkan pada 50dB dan begitulah seterusnya dikuatkan sehingga tindak balas diperolehi. Setiap nada pada frekuensi yang berbeza akan dibiarkan selama satu ke dua saat. Semua keputusan dicatatkan di atas helaian data atau borang markah.

4.3

Audiometri Konduksi tulang (Bone- Conduction Audiometry)

Audiometri Konduksi Tulang adalah ujian yang dilakukan untuk mengetahui tahap sensitiviti sensorineural pesakit. Terdapat tiga situasi yang berlaku dalam audiometri kondiksi tulang, iaitu distortional bone conduction, inertial bone conduction dan osseotympanic bone conduction. Distortional bone conduction iaitu apabila getaran dialirkan, tulang tempurung mengalami perubahan bentuk. Perubahan ini menyebabkan struktur pendengaran telinga dalam juga berubah. Inertial bone condition pula berlaku apabila terjadinya perubahan bentuk tulang tempurung menyebabkan rangkaian tiga tulang dalam telinga dalam bergetar. Pergerakan ini berlaku di dalam telinga dalam bunyi dialirkan ke otak. Manakala osseotympanic bone conduction pula ialah perubahan tempurung getaran dan melalui liang telinga luar. Beberapa getaran akan keluar daripada liang telinga. Sementara selebihnya masuk ke dalam liang dan menggetarkan membran timpanik di mana bunyi dapat didengari. Ukuran untuk audiometri tulang selalunya dilakukan di mastoid yang terletak di bahagian belakang telinga. Bahagian ini dijadikan tempat untuk mengukur kerana di bahagian ini nada Bone audiometry konduksi tulang dapat di dengar dengan kuat serta ia terletak berhampiran dengan telinga.

38

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

Sebelum melakukan ujian audiometri tulang, pastikan dahulu rambut dikebelakangkan sekiranya menggunakan alat getaran jalur aluminium di dahi. Alat getaran perlu diletakkan di bahagian tengah tempurung. Kedua-dua telinga tidak perlu ditutup. Boleh untuk menguji manamana telinga terlebih dahulu. Prosedur yang lain sama seperti audimetri konduksi udara. Kekeliruan mungkin berlaku semasa mentafsir keputusan audiometri konduksi tulang kerana audiologis tidak pasti telinga sebelah mana yang patut diuji. Ini kerana getaran samada di dahi atau mastoid akan menggetarkan bahagian dalam telinga kiri dan kanan. Sungguhpun begitu terdapat simbol-simbol yang mewakili telinga kiri dan kanan.

4.4

Audiometri Impedens (Impedance audiometric)

Audiometri impedens adalah satu ujian yang dijalankan untuk mengesan fungsi telinga tengah samada mengalami kebocoran atau tidak. Semasa ujian dijalankan, dua tiub kecil akan dimasukkan ke liang luar telinga. Bunyi daripada pembesar suara kecil akan dialirkan ke liang luar telinga melalui salah satu tiub berkenaan. Bunyi yang dipantulkan semula oleh timpanik membran akan ditangkap oleh tiub yang kedua dan disalurkan terus ke mikrofon, amplifier dan perakam. Apabila bunyi dialirkan ke telinga yang tidak diuji, otot stapedius akan bergerak. Impedens akan meningkat dan perakam akan merakam lebih banyak bunyi yang dipantulkan. Maklumat akan diperolehi daripada alat acoustic bridge. Melalui alat inilah audiologis akan dapat mendengar bunyi yang dipantulkan semula oleh mambran timpanik. Masalah kebocoran telinga tengah akan dapat dikenal pasti melalui alat ini. Tujuan melakukan audiometri impedens adalah untuk mengetahui status membran timpanik dan telinga tengah melalui timpanometri. Selain itu ia bertujuan untuk menilai refleksi akustik (AR) yang melibatkan saraf cranial dan saraf otak auditori. Timpanometri adalah untuk mengukur kekerasan membrane timpanik dan sekali gus melihat fungsi telinga tengah. Ujian ini berguna dalam mengesan kehadiran cecair di dalam telinga, tekanan yang negative pada telinga tengah, kebocoran pada membran timpanik dan otosklerosis. Menggunakan alat yang dimasukkan ke liang telinga dan tekanan udara akan diberikan. Alat ini akan mengukur pergerakan membrane timpanik setiap kali tekanan diubah. Keputusan ujian ini akan dipaparkan dalam bentuk graf yang disebut sebagai timpanogram. Refleksi Akustik ialah melihat kontraksi pada otot stapedus dalam penyesuaian kepada bunyi yang kuat. Masalah pendengaran mungkin wujud apabila ambang pendengaran meningkat, refleksi yang mendatar dan bentuk refleksi yang luar biasa. 4.5 Play Audiometry Ujian ini dijalankan ke atas kanak-kanak yang berumur 2 hingga 3 tahun. Ujian Play Audiometry ini juga amat berguna kepada kanak-kanak dewasa. Ujian ini adalah seperti ujian pengukuran penglihatan audiometry. Ujian ini memerlukan kanak-kanak melakukan aktiviti setiap kali bunyi diperdengarkan. Aktiviti memerlukan kanak-kanak untuk menghasilkan tindak balas atau tingkah laku yang berulang-ulang seperti menjatuhkan blok ke dalam kotak. Ujian ini memerlukan kanak-kanak menunggu, dengar dan beri tindak balas. Sekiranya kanak-kanak tidak memberi tindak balas setelah bunyi diperdengarkan, maka bunyi akan diperdengarkan sekali lagi. Jika kanak-kanak masih tidak memberi respon, penguji akan membuat catatan tentang pendengaran kanak-kanak itu. Jika kanak-kanak memberi respon terhadap bunyi maka, penguji akan meneruskan dengan bunyi yang lebih perlahan dan seterusnya. Penguji melatih kanak-kanak memberi respon apabila ada rangsangan bunyi tertentu. Contohnya, menjatuhkan blok ke dalam kotak. Isyarat bunyi boleh merupakan perkataan go, bunyi-bunyi frekuensi tertentu seperti nada tulen, bunyi vokal atau konsonan pada aras frekuensi atau intensiti yang tertentu dalam medan bebas.

39

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

4.6

Evoked Respone Audiometry (ERA)

Ujian ini sesuai untuk individu yang tidak boleh memberi tindak balas secara sukarela. Teknik ini melibatkan pengukuran perubahan gelombang otak dengan menggunakan electroencecephalograph terhadap bunyi. Bunyi yang didengar akan mewujudkan isyarat elektrik dalam otak. Apabila suatu bunyi diterima oleh telinga normal satu impuls elektrik dijalankan oleh koklea, saraf dan seterusnya ke otak. Impuls itu dapat diukur computer melalui elektrod-elektrod yang diletakkan di bahagian kepala atau telinga tertentu.

4.7

Tympanometry

Ujian ini dijalankan untuk menentukan mobility gegendang telinga bagi bayi yang baru lahir dan kanak-kanak. Ujian ini juga menggunakan bersama dengan ujian pancaran otokastik ( otocoustic ) atau gerak balas acoustic. Tympanometry merupakan satu alat untuk mengukur nilai sesuatu kenjalan gegendang telinga untuk mengesan cecair di telinga tengah. Cara menjalankan ujian ini adalah dengan memasukkan benda yang lembut ke dalam salur telinga untuk menghasilkan satu tekanan. Mobiliti system telinga tengah diukur dengan mengubahkan tekanan udara dalam salur telinga. Pada masa yang sama tekanan udara dalam telinga diukur. Ujian ini hendaklah dicatatkan dalam borang tertentu yang dinamakan tympanogram. Jika kanak-kanak yang diuji itu mempunyai gegendang telinga yang pergerakkannya itu lemah, ia tidak akan menggerakkan bunyi dengan baik di telinga tengah serta menghasilkan pendengaran yang lemah. Manakala gegendang telinga yang bergerak secara perlahan mungkin menunjukkan bendalir di telinga tengah. Jika ada cecair itu di telinga tengah, membran tidak akan bergerak lancer dan garisan interpergran sekata sahaja. Seterusnya, kalau ada udara di telinga tengah pada peringkat yang lebih tinggi atau rendah di sekelilingnya akan bergerak.

4.8

Acoustic Reflex Testing

Semua individu yang mendengar secara normal mempunyai gerak balas akostik kepada bunyi. Apabila telinga mendengar bunyi yang kuat, otot stapedius dekat telinga tengah akan mengecut. Dalam ujian gerak balas akostik, alat audiologi akan pamerkan bunyi kuat dari 70 desibel hingga 100 desibel dan direkodkan sama ada gerak balas akostik hadir atau tidak. Tahap kenyaringan bunyi sama ada gerak balas akostik berlaku atau tidak hadir boleh menentukan tempat di mana masalah sepanjang laluan auditori. Disebabkan ukuran ini bukan dari reaksi sendiri, ia amat berguna kepada bayi dan kanak-kanak.

4.9

Otoacoustic Emission ( OAE )

Ujian ini digunakan untuk memastikan koklea bayi itu berfungsi. Otoacoustic emission ( oae ) ialah bunyi yang tidak boleh didengar terhasil apabila koklea dirangsang oleh bunyi. Dalam ujian ini, alat yang mengandungi pembesar suara atau mikrofon kecil dimasukkan ke dalam saluran telinga. Apabila koklea dirangsang dengan bunyi yang dapat didengar, sel rerambut akan bergetar serta menghasilkan bunyi yang tidak dapat didengar yang bergema kembali kepada tengah telinga Bunyi ini akan dikesan dan ditentukan oleh mikrofon itu sendiri. Pancaran ini akan dihasilkan oleh orang yang mempunyai pendengaran yang normal. Mereka yang mempunyai

40

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

pendengaran yang kurang 25 desibel hingga 30 desibel tidak akan mengalaminya. Seterusnya, jika ada kehilangan pendengaran, reramabut dalam koklea tidak akan mengeluarkan bunyi.

4.10

Behavioral Observasition Audiometry (BOA)

Behavioral Observasition Audiometry (BOA) ialah satu bentuk pengujian pemerhatian yang bertujuan untuk melihat muka bayi dan perubahan tindak balas atau tingkah laku bayi terhadap bunyi yang di dengarnya. Ujian ini akan dijalankan oleh audiologist atau pakar yang dilatih untuk melihat tindak balas yang ditunjukkan oleh bayi. Ujian ini dijalankan kepada bayi sehingga tujuh bulan. Perubahan yang akan ditunjukkan adalah seperti perubahan tingkah laku, corak perbuatan menghisap atau menyedut, keluasan membuka mata atau mencari tingkah laku. Perubahan dapat dilihat apabila bayi melihat kepada sesuatu sumber daripada punca bunyi. Ujian ini bertujuan untuk menentukan apa yang bayi atau kanak-kanak dengar. BOA adalah kurang moden daripada ujian audiometry yang lain, tetapi ia masih digunakan. BOA ini juga harus dijalankan bersama ujian sokongan yang lain.

4.11

VISUAL REINFORCEMENT AUDIOMETRY (VRA)

Ujian ini biasanya dijalankan ke atas kanak-kanak dalam lingkungan umur antara 7 bulan hingga 3 tahun. Syarat untuk menjalankan ujian ini ialah bayi atau kanak-kanak dapat memandang ke satu arah tertentu apabila sesuatu rangsangan bunyi diberi. Ganjaran akan diberi untuk respon yang ditunjukkan oleh bayi atau kanak-kanak berkenaan. Audiologist akan memperdengarkan bunyi frekuensi yang berbeza-beza, tahap kederasan yang berbeza-beza untuk menentukan kanak-kanak dapat mendengar atau tidak. Melalui pemerhatian, pengetahuan dan kemahiran dalam perkembangan kanak-kanak yang pekak, keputusan boleh dibuat mengikut tahap perkembangan pendengaran. Ini juga bergantung kepada kelajuan perbuatan sesuatu tindak balas terhadap bunyi yang didengarnya. Prosedur menjalankan ujian ini ialah kanak-kanak diberi sesuatu untuk dimain. Suatu bunyi tertentu dikeluarkan melalui pembesar suara di bahagian kiri atau kanannya. Sekiranya kanak-kanak dapat menunjukkan respon dengan memusing kepala ke arah bunyi tersebut, ganjaran berbentuk cahaya berkilat, gambar kartun yang menarik dan boneka atau puppet akan diberikan.

4.12

Auditory Stedy-State Response ( ASSR )

Auditory Stedy-State Response ( ASSR ) bertujuan untuk Menguji masalah pendengaran dan sesuai digunakan kepada bayi baru lahir kerana ia membekalkan maklumat atau data yang spesifik tentang masalah pendengaran bayi. Auditory Stedy-State Response mengesan kerosakan pada koklea, saraf pendengaran dan saluran pendengaran ke pangkal otak. Hanya pakar audiologi sahaja yang boleh mengendalikan Auditory Stedy-State Response. Ia merupakan satu tindak balas otak iaitu ia akan menumbulkan rangsangan bunyi yang berterusan atau stedy-state. Ujian ini menggunakan bunyi yang berterusan untuk mendapatkan tindak balas atau maklumat tertentu. apabila alat dipasag pada bayi, maka satu bunyi yang nada atau bunyi yang terlampau akan berterusan akan terhasil sehingga menghasilkan satu bunyi ledakan kecil atau bunyi berdetik yang menandakan masalah pendengaran yang dihadapi pada tahap bunyi tersebut. Apabila otak 41Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

mendapat rangsangan dan sokongan daripada steady-state, maka wujud tempoh nada atau bunyi yang terlampau . Seterusnya langkah untuk membuat ujian ini ialah bayi dibiarkan tidur atau dibawah rawatan ubat pelali oleh pakar perubatan kemudian alat yang berupa tiub dilekatkan ke atas kulit kepala bayi bersambung dengan penyalur elektrik untuk mengetahui perbezaan frekuensi dan jumlahnya. Auditory Stedy-State Response menggunakan bunyi yang berterusan untuk mendapatkan tindak balas atau maklumat tertentu. Otak mendapat rangsangan dan sokongan daripada steady-state, maka wujud tempoh nada atau bunyi yang terlampau. Komputer akan membaca maklumat yang diperolehi dan melakar dan mencetak graf. Maklumat yang diperolehi akan diintepretasi oleh pakar audiologi.

42

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

Antara alat-alat pendengaran :In-The-Ear (ITE)

microBTE - (Belakang telinga)

Behind-The Ear (BTE)

-http://www.alatbantudengar.com

43

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

CATATAN

44

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357

HBSH3103 : Audiologi dan Rehabilitasi Auditori

45

Mohd Asrul Ahmad 740812-06-5357