hbqe1103 ulum al-quran

Upload: naz-aie

Post on 14-Apr-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Hbqe1103 Ulum Al-quran

    1/16

    1

    FAKULTI:

    PENDIDIKAN DAN BAHASA

    SEMESTER/TAHUN:

    JANUARI 2012

    KOD KURSUS

    HBQE 1103

    TAJUK KURSUS

    ULUM AL-QURAN

    NAMA: MOHD NAZRI B MAT NAYAN

    NO MATRIKS: 791006086129002

    NO KAD PENGENALAN: 791006-08-6129

    NO TELEFON: 014-8702457/019-9502457

    EMAIL:[email protected]

    PUSAT PEMBELAJARAN: OUM PAHANG

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 7/30/2019 Hbqe1103 Ulum Al-quran

    2/16

    2

    ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

    1. MUKADIMAH 3

    2. PERBEZAAN ANTARA SALAFI DAN KHALAFI2.1ULAMA SALAFI2.2ULAMA KHALAFI 56

    3. PENGERTIAN MUHKAM DAN MUTASYABIH 10

    4. CONTOH-CONTOH AYAT MUTASYABIH 11

    5. PANDANGAN DARI PARA ULAMA MENGENAIAYAT-AYAT MUTASYABIH 13

    6. PENUTUP 15

    7. BIBLIOGRAFI 16

  • 7/30/2019 Hbqe1103 Ulum Al-quran

    3/16

    3

    1.MUKADIMAH

    Allah S.W.T telah menurunkan al-Quran adalah sebagai panduan kepada hamba-

    hambaNya dalam kehidupan di alam semesta ini. Ia telah menggariskan bagi makhlukNya

    akidah yang benar dan lengkap serta mempunyai prinsip-prinsip yang lurus. Al-Quran

    merupakan kurniaan Allah kepada makhlukNya , yang mana di dalamnya terdapat peringatan

    dan pokok-pokok agama untuk menyelamatkan akidah dari terpesong dan menunjukan

    landasan yang lurus yang perlu ditempuhi oleh umat manusia.

    Di dalam buku Encyclopedia Britanica, jilid 15 muka surat 898 ada menyatakan Al-

    Quran adalah sebuah kitab yang paling banyak dibaca dan dipelajari di atas dunia.

    Namun begitu, di dalam ilmu Ulum Quran terdapat satu perselisihan pendapat

    mengenai masalah ayat-ayat muhkam dam mutasyabih. Perselisihan dan perdebatan

    mengenai penakwilan ayat-ayat muhkam dan musyabihat ini berlaku di antar golongan

    ulama Salafi dan golongan ulama Khalafi.

    Ulama-ulama salafi adalah golongan ulama yang tidak menafsir ayat-ayat

    mutasyabih manakala golongan ulama khalafi pula adalah golongan ulama yang berani

    menafsirkan ayat-ayat mutasyabih. Terdapat pelbagai pendapat dari para ulama-ulama

    terkemuka tentang perselisihan penakwilan ayat-ayat mutasyabih ini.

    Petunjuk yang menyatakan bahawa di dalam al-Quran terdapat sebahagian ayat di

    dalam al-Quran adalah ayat muhkam dan sebahagian lagi adalah ayat mutasyabih adalah dari

    surah Al- Imran ayat 7:

    Allah berfirman :

  • 7/30/2019 Hbqe1103 Ulum Al-quran

    4/16

    4

    Maksudnya :Dialah yang menurunkan kepadamu ( wahai Muhammad ) Kitab Suci al-Quran.

    Sebahagian besar dari al- Quran itu adalah ayat-ayat muhkamat ( yang tetap, tegas dan

    nyata maknanya) ; ayat- ayat Muhkamat itu ialah ibu atau pokok isi al-Quran. Dan yang lain

    lagi ialah ayat-ayat Mutasyaabihaat iaitu yang samar-samar, tidak terang maksudnya. Oleh

    sebab itu timbulah fahaman yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing. Adapun

    orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan kearah kesesatan, maka mereka selalu

    menurut apa yang samr-samar dari al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari

    Takwilannya. Padahal tidak ada yang mngetahui Takwilannya melainkan Allah. Dan orang-

    orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata

    Kami beriman kepadanya, dan semuanya itu datangnya dari sisi tuhan kami. Dan tiadalah

    mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

    Surah Ali Imran ayat 7

  • 7/30/2019 Hbqe1103 Ulum Al-quran

    5/16

    5

    2. Perbezaan antara Salafi dan Khalafi

    2.1 Ulama Salafi

    Pemahaman ahli sunnah bersandarkan syariah dan sejarah. Terdapat dua generasi

    yang sangat popular dalam sejarah perkembangan Ahli Sunnah Waljamaah, golongan

    pertama yang dikenali sebagai Ahli Salaf dan golongan kedua pula dikenali sebagai Khalaf.

    Perkataan Ahli Salaf dari segi etimologi atau dari segi metodogi (manhaj) bererti

    generasi awal Islam. Genarasi ini terdiri daripada para sahabat Nabi, Tabiin, Tabi Tabiin

    yang mewarisi perdagangan, fahaman dan penghayatan Islam yang unggul dan benar. Ini

    adalah seperti yang digariskan oleh Nabi SAW khususnya dalam bidang akidah.

    Perkataan Ahli Salaf sama ada dilihat dari segi perspektif metodologi tidak berbeza

    dengan Ahli Sunnah Waljamaah. Istilah Salaf mula dimasyarakatkan oleh seorang tokoh

    Islam terkemuka iaitu Syeikh Islam Ibnu Taimiah (w. 728 H). Justeru itu Ahli Salaf dikaitkan

    secara sebati dengan nama istilah Ahli Sunnah Waljamaah. Ibnu Khaldun sendiri

    menggunakan istilah Ahli Salaf yang merujuk kepada ahli sunnah dalam kitab Mukaddimah

    karangannya. (Ibnu Khaldun t.th, 458; Abdul Syukor 1993,106)

    Pada umumnya kaedah Ahli Salaf dalam akidah mempunyai persamaan dengan

    pendekatan umum Ahli Sunnah Waljamaah diasaskan oleh Ahli Salaf yang menjadikan al-

    Quran dan sunnah sebagai sumber akidah dan kepercayaan, memahami dan mengistibatkankebenaran serta menyebarkan akidah Islam menerusi pendekatan al-Quran. Generasi Ahli

    Salaf tidak melihat kepada pendekatan lain seperti perbincangan akal, sistem logik dan

    sebagainya. Sikap Salaf didorong oleh beberapa faktor;

    i. Kejernihan hati dan kepatuhan Ahli Salaf yang tulen kepada al-Quran dan sunnah.

    Mereka percaya dengan mudahnya tentang perkara ghaib seperti ketuhanan, kenabian

    dan lain-lain hakikat keimanan dan kepercayaan. Mereka menghayati cara hidup,

    budaya berfikir dan bermasyarakat seperti yang telah ditentukan dalam al-Quran dan

    sunnah.

    ii. Keyakinan Ahli Salaf yang kental dan meyakinkan terhadap kebenaran dan

    kesempurnaan agama Islam dalam semua aspek yang diperlukan oleh manusia seperti yang

    telah difirmankan Allah SWT yang bermaksud;

    Pada hari itu Aku (Allah SWT) telah kamu dan aku telah cukupkan nikmatku terhadapmu dan

    Aku telah relakan Islam sebagai agama sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah

    sempurnakan bagi kamu agama kamu,

  • 7/30/2019 Hbqe1103 Ulum Al-quran

    6/16

    6

    (Surah Al Maidah ayat 3)

    iii. Keimanan Ahli Salaf yang sangat tinggi terhadap kenabian Muhammad SAW dan

    kesempurnaannya menyampaidan menerangkan wahyu Ilahi terutama yang berkaitan dengan

    akidah. Mereka juga berkeyakinan bahawa akal tidak boleh digunakan bagisesuatu yang

    berada diluar kemampuan kita. Contohnya menggunakan akal untukmenentukan masalah

    akidah dan perkara ghaib. Perbuatan sedemikian didorong sikap tamak dan zalim manusia

    dalam menggunakan sesuatu bukan pada tempatnya. (Abdul Syukor 1983, 13; 1987, 7-10;

    Ibnu Khaldun t.th, 460)

    Golongan Salaf berpendapat bahawa orang yang berhak atau mentakwil atau mentafsirkan

    ayat-ayat al-Quran hanya Allah SWT sahaja. Orang lain tidak mengetahui hakikatnya tetapi

    golongan khalaf pula berpendapat bahawa mereka yang memiliki pengetahuan yang tinggi

    juga layak mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Ahli Salaf berpegang kepada tiga dasar dalam

    mentafsirkan ayat Mutasyibat iaitu;

    Beriman kepada kebenaran ayat Mutasyibat.

    Mentanzihkan Allah SWT daripada sebarang persamaan dan penyerupaan makhluk.

    Mengafwidkan atau menyerahkan kepada Allah SWT hakikat sebenar yang

    dikehendaki oleh ayat-ayat tersebut tanpa melakukan sebarang takwil. Menurut Ahli

    Salaf, pendekatan ini lebih terjamin dan selamat daripada sebarang pelanggaran yang

    tidak dikehendaki Allah SWT.

    2.2Ulama Khalaf

    Tidak dapat dinafikan bahawa keadaan masyarakat termasuk masyarakat Islam kini

    semakin membangun dan terus berkembang serta berubah dari aspek pemikiran, cara hidup,

    ilmu pengetahuan dan cabaran yang dihadapi. Masyarakat Islam Islam tidak static, malah

    semakin maju terutamanya dalam mentafsir nusus agama Islam,masalah kehidupan,pemikiran dan kebudayaan asing yang mula menyelinap masuk kedalam masyarakat Islam.

    Pemikiran falsafah ketuhanan Yunani, kepercayaan Batiniah dan Tassawuf falsafi tersebar

    dan kian mempengaruhi masyarakat Islam sekarang. Keadaan ini mencabar dan menggugat

    kemurnian akidah umat Islam masa kini. Perkara utama sekali yang menjadi punca

    munculnya istilah Salaf dan Khalaf ialah kerana timbul kegawatan dalam mentafsir ayat

    Mutasyibat. Ayat ini mengandungi sifaat-sifat Allah SWT yang pada zahirnya mempunyai

    persamaan dengan sifat makhluk-makhlukNya. Kalau diimbau kembali, punca perselisihan

  • 7/30/2019 Hbqe1103 Ulum Al-quran

    7/16

    7

    faham diantara Salaf dan Khalaf bermula daripada perbezaan mereka memahami firman

    Allah SWT yang bermaksud:

    Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) kitab suci Al-Quran. Sebahagian

    besar daripada ayat-ayat al-Quran itu ialah ayat Muhkamat (yang tetap, tegas, dan nyata

    maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamah itu ialah ibu (atau pokok) isi al-

    Quran dan lain-lain ialah ayat Mutasyabihat (yang samar-samar, tidak terang maksudnya).

    Oleh itu,(timbullah fahaman yang berlainan mengikut kandungan hati masing-masing)0

    adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan kearah kesesatan, maka

    mereka selalu menurut apa yang samar-samar, dari al-Quran utnuk mencari fitnah dan

    mencari-cari takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak

    ada yang mengetahui takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah SAW. Dan

    orang-orang tetap, teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama berkata

    kami beriman kepada semuanya datangnya dari sisi tuhan kami. Dan tiadalah yang

    menjadikannya pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

    (Surah Al Imran 7)

    Kehadiran golongan Khalaf bertujuan menangani kegawatan dalam mentafsirkan nusus Islam

    daripada sebarang penyelewengan dan membersihkan akidah Islam daripada pemikiran

    falsafah ketuhanan Yunani, batiniah, tasawwuf falsafi dan kebudayaan lama parsi dari terus

    bertapak dalam masyarakat Islam.

    Imam Ghazali adalah diantara tokoh utama mempelopori pendekatan Khalaf. Imam

    Ghazali melakukan perubahan dan cabaran yang dihadapi oleh beliau pada masa itu. Imam

    Ghazali sangat gigih dan prihatin kepada cabaran tersebut. Usaha utamanya ialah dengan

    cuba memahami dan mendalami cabaran yang terdapat ketika itu. Beliau telah membuktikan

    kewibawaannya dengan mengkritik orang-orang yang terpikat dengan falsafah ketuhanan

    Yunani seperti al- Farabi dan Ibnu Sina melalui falsafahnya. Dua buah kitab karangannya

    iaitu Maqasid al-falasifah dan Tahafut al-falasifah telah membuktikan kewibawaannya dalam

    bidang falsafah. Kritikan beliau sangat tajam kepada falsafah ketuhanan Yunani.

    Penolakan Imam Ghazali terhadap fahaman Batiniah telah dijelaskan dalam bukunya yang

    bertajuk Fadiah al-Batiniyyah (tembelang Batiniah) dan al-Munqidh min al-Dalal. Hujah

    Imam Ghazali dalam bukunya sangat kuat dan berkesan sehingga berjaya melumpuhkan

    segala cabaran dan ancaman yang datang daripada golongan yang ingin menggugat

    kemantapan dan kestabilan akidah umat Islam ketika itu. Oleh itu, beliau layak menerima

    penghormatandaripada umat Islam sebagai Hujah Islam atau Hujjah al-Islam (al-Ghazali

  • 7/30/2019 Hbqe1103 Ulum Al-quran

    8/16

    8

    1979, 95, 114-116).Daripada apa yang dijelaskan dan contoh yang dilakukan Imam Ghazali

    maka pendekatan Khalaf dalam memahami dan menangani masalah akidah berpandukan:

    Kehendak nusus-nusus agama (al-Quran dan sunnah)

    Menggunakan pendekatan akal dan logik

    Pendekatan akal dan logik digunakan semata-mata untuk memperkukuhkan apa yang

    terkandung dalam nusus agama. Golongan Khalaf terus mendahulukan kehendak nusus yang

    diputuskan oleh akal. Konsep takwil yang mula diperkenalkan dalam mentasfsirkan nusus

    atau ayat Mutasyabihat, tidak keluar dari mafhum wahyu Ilahi. Golongan Khalaf tidak sekali-

    kali mengangkat martabat akal melebihi nusus agama.

    Kaedah Khalaf dalam pemikiran akidah Islam telah diguna pakai hingga ke hari ini.

    Namun demikian, pendekatan Salaf juga masih dihayati masyarakat Islam terutamanya di

    Timur Tengah. Selepas Imam Ghazali, pendekatan Khalaf telah diteruskan oleh tokoh-tokoh

    seperti syahrastani (791H) dan Syeikh Muhammad Abduh (1322H).

    Golongan Khalaf yang menghadapi kegawatan pemikiran akidah dan kecelaruan dalam

    mentafsirkan nusus agama telah mengusahakan satu pendekatan baru yang lebih berkesan

    dan mudah difahami oleh akal manusia, sesuai dengan situasi masyarakat semasa.

    Pendekatan yang digunakan golongan Khalaf dalam mentafsirkan ayat Mutasyabihat ialah;

    Beriman dengan kebenaran ayat Mutasyabihat.

    Mentahzinkan Allah daripada sebarang persamaan dan penyerupaan makhluk.

    Mentakwilkan pengertian ayat Mutasyabihat dengan pengertian yang sesuai dengan

    Allah dan mudah difahami akal.

    Pendekatan yang dikemukakan oleh Khalaf bertujuan menjamin kefahaman umat Islam agar

    tetap mantap dan subur disamping dapat menangani masalah penyelewengan yang timbul

    dalam masyarakat Islam.(Abdul Syukor & Samsul Bahri 1997 : 8-12)

  • 7/30/2019 Hbqe1103 Ulum Al-quran

    9/16

    9

    3. Pengertian Muhkam dan Mutasyabih

    Muhkam bererti suatu ungkapan yang maksud makna asalnya tidak mungkin diganti

    atau diubah. Adapun mutasyabih adalah ungkapan yang maksud makna asalnya samar.

    Menurut istilah, para ulama berbeza-beza dalam memberikan pengertian muhkam dan

    mutasyabih, iaitu sebagai berikut:

    a) Ulama golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah mengatakan, lafaz muhkam adalah lafaz

    yang diketahui makna maksudnya, ini kerana memang sudah jelas ertinya walaupun dengan

    ditakwilkan. Sedangkan lafaz mutasyabih adalah lafaz yang pengetahuan artinya hanya

    dimonopoli Allah SWT. Manusia tidak ada yang dapat mengetahuinya. Contohnya,

    terjadinya hari kiamat, keluarnya Dajjal, arti huruf-huruf Muqaththaah.

    b) Ulama golongan Hanafiyah mengatakan, lafaz muhkam ialah lafaz yang jelas

    petunjuknya, dan tidak mungkin telah dinasakh (dihapuskan hukumnya). Sedang lafaz

    mutasyabih adalah lafaz yang samar maksud petunjuknya, sehingga tidak terjangkau oleh

    akal fikiran manusia atau pun tidak tercantum dalam dalil-dalil nash (teks dalil-dalil). Sebab,

    lafaz mutasyabih termasuk hal-hal yang diketahui Allah saja artinya. Contohnya seperti hal-

    hal yang ghaib.

    c) Mayoritas ulama golongan ahlul fiqh yang berasal dari pendapat sahabat Ibnu Abbas

    mengatakan, lafaz muhkam ialah lafaz yang tidak dapat ditakwilkan kecuali satu arah atau

    segi saja. Sedangkan lafaz mutasyabih adalah artinya dapat ditakwilkan dalam beberapa arah

    atau segi, kerana masih sama. Misalnya, seperti masalah surga, neraka, dan sebagainya.

    d) Imam Ibnu Hanbal dan pengikut-pengikutnya mengatakan, lafaz muhkam adalah lafaz

    yang berdiri sendiri atau telah jelas dengan sendirinya tanpa memerlukan keterangan yang

    lain. Sedang lafal yang tidak bisa berdiri sendiri adalah lafal mutasyabih, yang membutuhkan

    penjelasan arti maksudnya, kerana adanya bermacam-macam takwilan terhadap lafaz

    tersebut. Contohnya seperti lafaz yang bermakna ganda (lafaz musytarak), lafaz yang asing

    (gharib), lafaz yang berarti lain (lafaz majaz), dan sebagainya.

    e) Imamul Haramain, bahawa lafaz muhkam ialah lafaz yang tepat susunan, dan tertibnya

    secara biasa, sehingga mudah dipahami arti dan maksudnya sedangkan lafaz mutasyabih

  • 7/30/2019 Hbqe1103 Ulum Al-quran

    10/16

    10

    adalah lafaz yang makna maksudnya tidak terjangkau oleh ilmu bahasa manusia, kecuali jika

    disertai dengan adanya tanda-tanda atau isyaratyang menjelaskannya. Contohnya seperti lafaz

    yang musytarak, mutlak, khafi (samara), dan sebagainya.

    f) Imam Ath-Thibi mengatakan, lafaz muhlam ialah lafaz yang jelas maknanya, sehingga

    tidak mengakibatkan kemusykilan atau kesulitan arti. Sebab, lafaz muhkam itu diambil dari

    lafaz ihkam (Makhuudzul Ihkami) yang berarti baik atau bagus. Contohnya seperti yang

    dhahir, lafaz yang tegas, dan sebagainya. Sedangkan lafaz yang mutasyabih ialah sebaliknya,

    yakni yang sulit dipahami, sehingga mengakibatkan kemusykilan atau kesukaran. Contohnya

    seperti lafaz musytarak, mutlak, dan sebagainya.

    g) Imam Fakhruddin Ar-Razi berpendapat lafal muhkam ialah lafal yang petunjuknyakepada sesuatu makna itu kuat, seperti lafaz yang nash, atau yang jelas, dan sebagainya.

    Sedangkan lafaz mutasyabih ialah lafaz yang petunjuknya tidak kuat, seperti lafal yang

    global, yang musykil, yang ditakwili, dan sebagainya.

    h) Ikrimah dan Qatadah mengatakan, lafaz muhkam ialah lafaz yang isi maknanya dapat

    diamalkan, karena sudah jelas dan tegas, seperti umumnya lafaz Al-Quran. Sedangkan lafaz

    mutasyabih ialah lafaz yang isi maknanya tidak perlu diamalkan, melainkan cukup difahami.

    i) Muhkam adalah ayat yang hanya mengandung satu wajah, sedang mutasyabih

    mengandung banyak wajah.

    Jadi, jika semua definisi muhkam tersebut dirangkum, maka pengertian muhkam ialah lafal

    yang artinya dapat diketahui dengan jelas dan kuat secara berdiri sendiri tanpa ditakwilkan

    karena susunan tertibnya tepat, dan tidak musykil, karena pengertiannya masuk akal,

    sehingga dapat diamalkan karena tidak dinasakh. Sedangkan pengertian mutasyabih ialah

    lafal-Al-Quran yang artinya samar, sehingga tidak dapat dijangkau oleh akal manusia karena

    bisa ditakwilkan macam-macam sehingga tidak dapat berdiri sendiri karena susunan tertibnya

    kurang tepat sehingga menimbulkan kesulitan cukup diyakini adanya saja dan tidak perlu

    amalkan, karena merupakan ilmu yang hanya dimonopoli Allah SWT.

    Masing-masing muhkam dan mutasyabih dalam pengertian secara mutlak dan umum,

    sebagaimana yang telah dijelaskan di atas tidak menjadikan kontradiksi ayat al-Qur'an yang

    satu dengan ayat-ayat yang lain. Jadi, pernyataan bahwa "al-Qur'an itu semuanya muhkam,

  • 7/30/2019 Hbqe1103 Ulum Al-quran

    11/16

    11

    karena adalah dengan pengertian kuat, sastranya tinggi, yakni ayat-ayatnya serupa, saling

    membenarkan satu sama lain. Tidak ada kontradiksi di dalam al-Qur'an. Allah berfirman:

    "Apakah mereka tidak memahami al-Qur'an, dan seandainya al-Qur'an itu bukan dari sisi

    Allah, pasti mereka mendapati banyak pertentangan (satu sama lain) di dalamnya". (Surah

    An Nisa ayat 82)

    4. Contoh-contoh Ayat-Ayat Mutasyabihat.

    Para ulama memberikan contoh ayat-ayat muhkam dalam al-Qur'an dengan ayat-ayat

    yang berkaitan dengan hukum. Seperti halal dan haram, kewajiban dan larangan, janji dan

    ancaman. Sementara ayat-ayat mutasyabih, mereka mencontohkan dengan nama-nama Allah

    dansifatnya.

    Contoh 1:

    Maksudnya: Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya

    mereka berjanji setia kepada Allah; Tangan Allah di atas tangan mereka; maka

    barangsiapa yang melanggar janjinya nescaya janjinya itu akan menimpa dirinya sendiri

    dan barang siapa yang menepati janjinya nescaya Allah akan memberikan pahala.

    (Surah Al Fath ayat 10)

  • 7/30/2019 Hbqe1103 Ulum Al-quran

    12/16

    12

    Contoh 2:

    Maksudnya:Janganlah kamu sembah selain dari Allah,Tidak ada Tuhan yang berhak

    disembah melainkan Dia.Tiap-tiap sesuatu pasti binasa melainkan Allah. BagiNya lah segala

    penentuan dan kepadaNyalah kamu dikembalikan.

    (Surah Al Qosas ayat 88)

    Contoh 3:

    Maksudnya : Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang

    semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggamanNya pada hari kiamat langit

    digulung dengan tangan kananNya;Maha suci Tuhan dan maha Tinggi daripada yang

    mereka persekutukan. (Surah Az Zumar Ayat 39)

    Contoh 4:

    Maksudnya: Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan

    kemuliaan. ( Surah Ar Rahman ayat 27)

  • 7/30/2019 Hbqe1103 Ulum Al-quran

    13/16

    13

    Contoh 5:

    Maksudnya:Iaitu Tuhan yang Maha pemurah. Yang bersemayam di atas Arsy.

    ( Surah At Thoha ayat 5)

    5. Pandangan dari para Ulamamengenai ayat-ayat mutasyabih

    Surat Ali Imran ayat 7 merupakan salah satu bahan perhatian ulama yang mendalami

    ilmu al-Qur'an. Allah swt berfirman: "Dia (Allah)-lah yang menurunkan al-kitab (al-Quran)

    kepadamu. Di antara isinya terdapat ayat-ayat muhkamt, itulah pokok-pokok isi al-Quran,

    dan yang lain terdapat juga ayat-ayat mutasyabihat. Adapun orang-orang yang di dalam

    hatinya condong kepada kesesatan maka mereka mengikuti sebagian ayat-ayat yang

    mutasyabiht untuk menimbulkan fitnah dan mencari-cari takwilnya. Padahal tidak ada yang

    mengetahui takwilnya kecuali Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata:

    "Kami beriman kepada ayat-ayat mutashabiht, semuanya itu dari sisi Tuhan kami, dan tidak

    dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal.

    Sampai di kalimat: "wam yalamu tawlah illallah. War rsikhna fililm. Yang menjadi

    bahan perbezaan pendapat adalah huruf wau setelah kalimat illallah, wau tersebut athaf

    (penyambung) atau wau istinaf (permulaan). Kerana jika waqaf (terhenti) sampai di kalimatillallah, bererti yang hanya mengetahui ayat-ayat mutasyabih adalah Allah swt. Adapun jika

    wau itu athaf, atau tidak waqaf, maka ada yang mengetahui takwilnya selain Allah.

    Pendapat para ulama juga berlainan mengenai kemuhkaman Al-Quran dan

    kemutasyabihatannya. Sebab dalam Al-Quran ada ayat-ayat yang menerangkan bahawa

    semua Al-Quran itu muhkam, seperti surah Hud ayat 1, dan ada pula ayat-ayat yang

    menjelaskan bahwa semuanya mutasyabih, seperti ayat 23 surah Az-Zumar. Sebagaimana ada

  • 7/30/2019 Hbqe1103 Ulum Al-quran

    14/16

    14

    juga ayat-ayat yang menjelaskan ada sebagian Al-Quran yang muhkam dan sebahagian lain

    mutasyabih, seperti ayat 7 surah Ali Imran.

    Ada tiga pendapat para ulama mengenai masalah tersebut, sebagaimana berikut:

    1. Pendapat pertama berpendirian, bahwa semua Al-Quran itu muhkam, berdasarkanayat 1 surah Hud: (suatu Kitab yang ayat-ayatnya tersusun rapih).

    2. Pendapat kedua mengatakan, bahwa Al-Quran itu seluruhnya mutasyabihat, dalamarti yang saling bersesuaian yang sebagian dengan bahagian yang lain. Hal ini

    berdasarkan ayat 23 surah Az-Zumar yang bermaksud.

    Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) Al-Quran yang serupa

    (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang ulang. Gementar kerananya kulit orang-orang yang

    takut kepada Tuhannya.

    3. Pendapat ketiga mengatakan, bahwa Al-Quran itu terdiri dari dua bahagian, yaknimuhkam dan mutasyabih. Pendapat ini berdasarkan ayat 7 surah Ali Imran.

    Jika dilihat sepintas, seolah-olah hanya pendapat ketiga yang benar dan sesuai dengan

    kenyataan yang ada dalam Al-Quran. Tetapi jika diamati secara halus, sebenarnya semua

    pendapat itu benar dan sesuai dengan kenyataan yang ada dalam Al-Quran itu. Sebab

    ketiga itu ada dalilnya dalam Al-Quran, dan semuanya juga benar cara istidhal masing-

    masing. Yang berbeza hanya orientasi pendapat masing-masing.

    Mazhab Syi'ah lebih mengambil jalan yang mudah, kerana di samping Rasul

    meninggalkan al-Qur'an, baginda juga meninggalkan sahabat-sahabat yang lebih faham,

    iaitu keluarganya yang Allah swt sucikan; bukan hanya ayat-ayat mutasyabihat, bahkan

    seluruh isi kandungan al-Qur'an Ahlul Bait mengetahuinya.Sebagaimana ucapan Imam

    Syafi'i ra.: "Shhibul baiti adr" (tuan rumah lebih mengetahui).

  • 7/30/2019 Hbqe1103 Ulum Al-quran

    15/16

    15

    6. Penutup

    Dengan adanya ayat-ayat muhkam dan ayat-ayat mutasyabih, ia dapat mengajak

    manusia berfikir dan merenungkan betapa Mahabesarnya Allah SWT. Dengan ayat-ayat Al-

    Quran, manusia diajak untuk berpikir dan merenungkan apa yang dimaksud Allah yang

    tersirat dan termaktub di dalam Al-Quran.

    Maka dengan adanya ayat-ayat muhkamat, dapat memudahkan bagi manusia

    mengetahui erti dan maksudnya. Juga memudahkan bagi mereka dalam menghayati makna

    maksudnya agar mudah mengamalkan pelaksanaan ajaran-ajarannya. Serta mendorong umat

    untuk giat memahami, menghayati, dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran, kerana lafaz

    ayat-ayatnya telah mudah diketahui, mudah dipahami, dan jelas pula untuk diamalkan.

    Begitu juga dengan adanya ayat-ayat mutasyabihat, membuktikan kelemahan dan

    kebodohan manusia. Sebesar apapun usaha dan persiapan manusia, masih ada kekurangan

    dan kelemahannya. Hal tersebut menunjukkan betapa besar kekuasaan Allah SWT, dan

    kekuasaan ilmu-Nya yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

    Mudah-mudah dengan tugasan yang singkat ini, dapat menambah wawasan

    pengetahuan kita dalam memahami isi kandungan Al-Quran. Semoga Allah selalu

    mencurahkan ilmu-Nya dan membimbing kita ke jalan yang Dia redhai.

  • 7/30/2019 Hbqe1103 Ulum Al-quran

    16/16

    16

    7. BIBLIOGRAFI

    Jalal al- Din al- Suyuti, (1996), Al- Itqan fi ulum al-Quran,(10) Beirut Darul al- Fikr.

    Muhamad Fuad Abd al- Baqi, (1990), Al- Mujam al- Mufahras li Alfaz alQuran al-

    Karim ( 2 ) Beirut: Darul al- Fikr

    Muhammad ibn Ala al-Din al-Tahawi (1984) Syarh al- Aqidah al-Tahawiah, (8) Beirut: Al-Maktab al-Islami

    Ahmad kamarudin Ibrahim, Ismail Mat Ludin, Khairul Anuar Ahmad ( 2011) Modul

    Ulum Al- Quran ( 8 ) , Kuala Lumpur: Meteor Doe Sdn Bhd

    Tafsir Al- Quran Al Karim