hbml 4303 - kurikulum & perkaedahan (2).doc

Upload: siti-sara

Post on 07-Oct-2015

14 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER / TAHUN 2014

(SMP KHAS ambilan MAC 2011)

HBML 4303

KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN

BAHASA MELAYU

NAMA PELAJAR

: PUAN SITI MAISARAH BT BAKINNO. MATRIKULASI

: 680401106458001

NO. KAD PENGENALAN : 680401-10-6458NO. TELEFON

: 019-5378809 E-MAIL

: [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM LEARNING CENTERISI KANDUNGANKANDUNGANMUKA SURAT

1.0 PENGENALAN3

2.0 DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN

KRITIS 2.1 Definisi Kemahiran Berfikir

2.2 Kemahiran Berfikir Kreatif

2.3 Kemahiran Berfikir Kritis4

4 5

5 6

7 - 9

3.0 EMPAT CIRI KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS 3.1 Ciri kemahiran berfikir kreatif 3.2 Ciri kemahiran berfikir kritis

1010 11

12 - 14

4.0 EMPAT TATACARA PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS

4.1 Kaedah Modelling 4.2 Kaedah Kooperatif

4.3 Kaedah Metakognitif

4.4 Kaedah Perbincangan1515

15

15

16

5.0 RUMUSAN KESELURUHAN17

6.0 RUJUKAN18 - 19

1.0 PENGENALAN

Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia dikurniakan dengan satu anugerah terbaik dari Allah Maha Besar iaitu akal. Akal yang dikurniakan oleh Sang Pencipta membolehkan manusia berfikir demi untuk kelangsungan hidup dan menghadapi cabaran hidup sebaik dilahirkan sehingga helaan nafas yang terakhir.

Akal yang diberi merupakan alat untuk berfikir. Menurut Ee Ah Meng (1987,11), berfikir didefinisikan secara umum sebagai apa sahaja yang terdapat dalam keadaan bawah sedar individu. Berfikir dalam istilah yang luas dimaksudkan sebagai kegiatan akal yang dapat menguasai tindakan manusia terhadap sesuatu situasi yang dihadapi.

Bagi melahirkan modal insan dan masyarakat yang bersistem sosial teguh, saintifik, futuristik, progresif dan ekonomi yang berdaya saing, elemen penting yang perlu diterapkan ke dalam minda rakyat ialah kemahiran berfikir. Elemen kemahiran berfikir perlu diajar secara eksplisit, jelas, tersurat dan nyata dalam semua mata pelajaran supaya murid sedar tentang proses yang dialami dan seterusnya menggunakan kemahiran berfikir tersebut untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bijak.Pengajaran dan pembelajaran tidak hanya bersikap sehala. Suasana interaktif perlu terjadi supaya pendidikan tidak hanya suatu proses menuangkan sesuatu kepada murid dan ditadah menerusi hafazan dan catatan tanpa menyebabkan soal jawab dan pemikiran terjadi.Kemahiran berfikir ini amat perlu bagi murid kerana penyebaran maklumat melalui saluran maya dan internet memerlukan daya fikir yang tajam dan kritikal. Murid harus dilatih melakukan evaluasi dan analisis supaya persepsi mengenai sesuatu tidak hanya berlegar sekitar emosi dan sikap reaktif yang melulu.Situasi kehidupan murid dan pelajar apabila menempuh zaman remaja dan muda memerlukan proses kematangan terjadi. Murid tidak harus dilatih sebagai pak turut terhadap sesuatu idea dan pemikiran. Pemikiran kreatif dan kritikal, lateral dan strategik amat penting dibina asasnya supaya sikap proaktif terbina.

Murid-murid dan pelajar bakal berdepan dengan faktor kehidupan dan situasi zaman yang sifatnya mencabar. Tanpa kemahiran berfikir tidak mungkin wujud keupayaan menyaring dan menganalisis sesuatu isu dengan baik.Ia menyebabkan murid dan pelajar mengalami kebekuan dan kejumudan berfikir dan menyebabkan sikap taksub terbina.

2.0 DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS2.1 Definisi Kemahiran Berfikir

Beyer (1988) memberi definisi bahawa kemahiran berfikir sebagai proses menilai, membuat keputusan dan keaslian sesuatu pengetahuan, dakwaan, kepercayaan dan perbahasaan. Kemahiran ini memerlukan operasi khusus, tepat dan perlahan tentang data-data atau maklumat yang dikehendaki untuk mencapai objektif pemikiran.

Definisi yang diberikan oleh Ennis (1985) pula ialah, kemahiran berfikir sebagai satu pemikiran tajam dan munasabah yang difokuskan bagi menentukan apa sahaja yang hendak dibuat atau dipercayai. Kemahiran berfikir melibatkan pengunaan otak dalam pelbagai keadaan sewaktu proses berfikir dan melibatkan pelbagai kemahiran seperti mengingat, membezakan antara yang berkaitan dengan tidak berkaitan yang akhirnya akan membuat satu kesimpulan (Beyer 1995).

Adenan Ayob (2010) memberi maksud kemahiran berfikir sebagai kecekapan murid dari segi penggunaan akal dalam melaksanakan proses berfikir. Murid yang terlibat dalam kemahiran berfikir didapati cekap menyusun maklumat, konsep atau idea, selain mampu membuat keputusan dengan lebih tepat untuk bertindak secara berfokus dalam pembelajaran.

Berdasarkan huraian teori yang diungkap oleh Robert Sperry, manusia menggunakan bahagian otak kiri untuk berfikir secara kritis manakala bahagian otak kanan digunakan untuk berfikir secara kreatif. Kedua-dua bahagian otak iaitu kiri dan kanan mempunyai fungsi yang tersendiri. Bahagian otak kiri berfungsi dalam aspek logik, analitik dan matematik. Bahagian otak kanan pula mengambil peranan dalam aspek sistesis, warna, reka bentuk, perasaan, irama, muzik dan imaginasi. Oleh kerana itulah bahagian otak kanan dan kiri perlu dikembangkan untuk berfikir secara kreatif dan kritis.

Edward de Bono (1976) menyatakan bahawa dengan adanya kemahiran berfikir, manusia boleh memikirkan sesuatu masalah atau persoalan yang dihadapi dalam pelbagai perspektif. Dewey (1910) pula menegaskan bahawa pemikiran yang terhasil adalah berpunca daripada sesuatu masalah yang timbul dalam keadaan tertentu. Kesimpulannya, pemikiran adalah aktiviti psikologi pembelajaran untuk menyelesaikan masalah berdasarkan keadaan tertentu.

Berdasarkan definisi dan pendangan yang telah dihuraikan, konsep pemikiran dapat dirumuskan sebagai proses penggunaan minda bagai mengesan makna dan mencaroi penyelesaian sesuatu masalah yang timbul dengan menggunakan pelbagai cara seperti membuat pertimbangan, keputusan atau pelbagai refleksi logik.

Proses berfikir melibatkan pengendalian operasi mental dalam minda seseorang individu. Operasi mental ini terbahagi kepada dua jenis iaitu