hbml 4103

21
SEMESTER JANUARI 2015 HBML 4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU 1.0 PENGENALAN Sesuatu bahasa itu mempunyai masyarakat yang mempertuturkannya sendiri malahan mempunyai liputan wilayah pertuturan sama dengan kawasan penuturnya menetap dan berada. Bahasa pertuturan manusia mengalami perkembangan tersendiri dari era kepada era yang lain disebabkan faktor-faktor tersendiri contohnya faktor perdagangan, perluasan kuasa, perkahwinan, penjajahan takluk dan banyak lagi. Bahasa Melayu mengalami perubahan dan perkembangan dari zaman Bahasa Melayu Kuno hingga Bahasa Melayu moden yang ada pada masa kini. Kajian penulis dalam tugasan kali ini berkaitan dengan perbincangan mengenai susur galur perkembangan dan kemajuan serta kedudukan bahasa Melayu dan badan yang terlibat bagi menggambarkan penggunaan bahasa Melayu yang dituturkan oleh 70 juta manusia. Penulis juga mengaitkan kajian berkenaan dokumentasi kesignifikan perkembangan bahasa Melayu Klasik yang merupakan asas bahasa Melayu Moden melalui penemuan- penemuan batu-batu bersurat di rantau Nusantara ini. 1

Upload: mutiara-hatie

Post on 11-Sep-2015

46 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

SEMESTER JANUARI 2015HBML 4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

1.0PENGENALAN

Sesuatu bahasa itu mempunyai masyarakat yang mempertuturkannya sendiri malahan mempunyai liputan wilayah pertuturan sama dengan kawasan penuturnya menetap dan berada. Bahasa pertuturan manusia mengalami perkembangan tersendiri dari era kepada era yang lain disebabkan faktor-faktor tersendiri contohnya faktor perdagangan, perluasan kuasa, perkahwinan, penjajahan takluk dan banyak lagi. Bahasa Melayu mengalami perubahan dan perkembangan dari zaman Bahasa Melayu Kuno hingga Bahasa Melayu moden yang ada pada masa kini.Kajian penulis dalam tugasan kali ini berkaitan dengan perbincangan mengenai susur galur perkembangan dan kemajuan serta kedudukan bahasa Melayu dan badan yang terlibat bagi menggambarkan penggunaan bahasa Melayu yang dituturkan oleh 70 juta manusia. Penulis juga mengaitkan kajian berkenaan dokumentasi kesignifikan perkembangan bahasa Melayu Klasik yang merupakan asas bahasa Melayu Moden melalui penemuan-penemuan batu-batu bersurat di rantau Nusantara ini.

2.0BAHAGIAN 1

Sejarah perkembangan Bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kataMelayu. di mana ianya membawa maksud cabang ilmu bahasa mengenai asal usul perkataan serta perubahan pada bentuk dan maknanya. Asal usul perkataan ini sebenarnya masih belum disahkan oleh ahli sejarah. Apa yang dapat dilakukan ialah meneliti beberapa bukti yang dapat dikaitkan dengan kata Melayu, iaitu catatan Cina yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi. Ada juga yang berpendapat bahawa kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera yang diberikan namanya berdasarkan sebatang sungai bernama Sungai Melayu. Sebuah catatan seorang sami Buddha dari China yang bernama I-Tsing menggunakan perkataan tersebut apabila menceritakan tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 675 Masihi. Dalam bahasa Jawa Kuno pula, perkataan Mlayu bermaksud berlari atau mengembara. Ini dapat dikaitkan dengan kedatangan Indo-Melayu (Austronesia) yang dikatakan bergerak dari Yunan ke Tanah Melayu. Istilah Melayu dapat dilihat dari dua segi, iaitu pengertian yang sempit dan pengertian yang luas (Asmah,1985:37). Bagi pengertian pertama, istilah ini merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di semenanjung Tanah Melayu dan kawasan tradisional yang disebut sebagai gugusan pulau-pulau Melayu, yakni pulau-pulau yang meliputi Indonesia hari ini. Pada tahun 1972, pertubuhan UNESCO telah memilih istilah Melayu bagi merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera dan beberapa tempat lagi yang berdekatan. Bahasa yang digunakan oleh penduduk di kawasan ini ialah Bahasa Melayu. Bahasa ini menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia, manakala di Indonesia dikenal pula sebagai Bahasa Indonesia yang merupakan bahasa kebangsaan di negara itu juga.Penyelidikan tentang bahasa-bahasa yang tersebar di kepulauan Melayu dengan membandingkan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain telah banyak dilakukan oleh sarjana-sarjana Barat. Antara pengkaji yang terkenal termasuklah R.H. Geldern, J.H.C. Kern, Wilhem Von Humboldt, Van Der Tuuk, Otto Demwolff, P.W. Schmidt, Brandstetter, William Marsden dan lain-lain. Sarjana tempatan yang turut memberi sumbangan terhadap usaha ini ialah Asmah Haji Omar, Amat Juhari Moain, Harun Aminurrashid, Ismail Hussien dan lain-lain. Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara (kepulauan Melayu). Ini berdasarkan dua teori yang dikemukakan oleh para pengkaji, iaitu R.H. Geldern, iaitu seorang ahli pengkaji prasejarah yang mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah berdasarkan kajian yang dibuat terhadap kapak tua (beliung batu) yang ditemui. Kapak tua tersebut ditemui di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Hwang, Salween dan Yangtze yang didapati serupa dengan kapak tua yang ada di kawasan Nusantara. Beliau menyimpulkan bahawa kapak tua di Nusantara itu dibawa oleh masyarakat dari Asia Tengah bersama-sama dengan bahasanya sekali. Pengkaji seterusnya ialah J.H.C. Kern, seorang ahli filologi Belanda juga mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Asia Tengah berdasarkan persamaan beberapa perkataan. Beliau mendapati terdapat beberapa perkataan yang digunakan di kepulauan Nusantara sama dengan bahasa di kawasan Madagaskar, Taiwan, beberapa pulau di kepulauan Pasifik dan di Filipina. Beliau juga mendapati bahawa perkataan yang digunakan berasal daripada induk yang sama, iaitu Asia.Selain dua tokoh tersebut, William Marsden yang membuat kajian terhadap Bahasa Melayu mendapati Bahasa Melayu dan bahasa Polinesia itu merupakan bahasa serumpun. Pendapat yang kedua mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Nusantara yang bermaksud Bahasa Melayu itu bermula dari Nusantara. Dalam kajian ini, istilah filum digunakan bagi menggambarkan kelompok bahasa yang menjangkau lebih 5,000 tahun. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji, Bahasa Melayu didapati tergolong dalam filum bahasa-bahasa Austris yang mempunyai tiga rumpun utama iaitu rumpun Austroasia, Tibet-China dan Austronesia.Perkataan Austronesia merupakan gabungan dua perkataan austro dan nesos yang membawa maksud selatan dan pulau. Perkataan austro berasal daripada bahasa Latin manakala perkataan nesos berasal daripada bahasa Yunani. Asmah Haji Omar (1985) memberi definisi bahawa istilah Austronesia membawa maksud pulau-pulau selatan. Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada empat iaitu bahasa di kepulauan Melayu (Nusantara), bahasa Polinesia (bahasa di Hawai, Tonga dan New Zealand), Melanesia (bahasa di Fiji, Irian dan New Caledonia) dan Mikronesia (bahasa di Kepulauan Gilbert, Carolina, Marshall dan Marianna). Dalam keluarga bahasa Nusantara terdapat kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Namun begitu, bahasa-bahasa tersebut dikelaskan kepada golongan tertentu seperti golongan Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Muna-Butung, Gorontalo, Tomini, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi selatan, Bima-Sumba, Ambon-Timul, Sula-Bacon, dan Halmahera selatan-Irian Jaya. Bahasa Melayu tergolong ke dalam kumpulan bahasa Sumatera.Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur Bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah. Mereka datang dari daerah Yunan di negara China dan telah turun dalam dua gelombang pergerakan ke wilayah Asia Tenggara. Gelombang pertama disebut Melayu Proto yang datang sejak tahun 2,500 sebelum Masihi. Tidak dijelaskan mengapa mereka berpindah. Mereka tinggal di kuala-kuala sungai dan pantai untuk memudahkan kerja-kerja mencari makan. Gelombang kedua disebut Melayu Deutro yang datang kira-kira dalam tahun 1,500 sebelum Masihi. Perpindahan mereka juga tidak dapat dipastikan sebab-sebabnya. Melayu Deutro ini telah berpindah mengikut jalan dan laluan yang dilalui Melayu Proto. Apabila sampai di selatan mereka mendesak golongan pertama ke daerah pinggiran, ke hulu sungai, ke kawasan gunung atau ke tempat-tempat yang terpencil, manakala Melayu Deutro tinggal di kawasan tanah pamah, tanah rendah, lembah sungai dan di tepi laut. Selain daripada itu, terdapat teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Tanah Besar Asia Tenggara. Pendapat ini didukung oleh pengkaji-pengkaji Barat. H. Kern menyatakan bahawa penduduk di kepulauan Asia Tenggara berasal dari Assam, di bahagian timur negara India. Beliau membuat kesimpulan demikian lantaran terdapat persamaan-persamaan adat resam beberapa suku di Sumatera dan Borneo dengan suku-suku di Assam seperti suku Naga di India. Henry Yule pula berpendapat seperti J.R. Logan iaitu tentang wujudnya persamaan adat resam antara penduduk-penduduk di daratan Asia Tenggara dengan yang terdapat di kepulauan Melayu. Persamaan-persamaan ini menunjukkan bahawa mereka adalah daripada keturunan yang sama. Berdasarkan kajian-kajian ini boleh dikatakan bahawa penduduk-penduduk kepulauan Asia Tenggara hingga ke Lautan Teduh berasal dari tanah besar Asia Tenggara. Tetapi tidak dapat dipastikan dari mana. Ada yang mengatakan dari Yunan, di barat daya negeri China; dari Assam, India; dari Asia Tengah; dan ada juga yang mengatakan dari bahagian selatan tanah besar Asia Tenggara. Seorang lagi sarjana yang membuat kajian perbandingan bahasa ialah Mees. Beliau membuat kajian bertitik tolak daripada pembahagian oleh Schmidt dengan sedikit perubahan dan data yang lebih perinci. Menurut Mees lagi, bahasa dan dialek di Tanah Melayu tidak dapat tidak, mempunyai hubungan dengan bahasa yang digunakan di pantai Timur Sumatera, iaitu Bahasa Melayu. Malah, daerah Bahasa Melayu di luar Tanah Melayu merangkum kepulauan Riau, Palembang, Kampar, Jambi dan Medan. Bahasa Melayu-Sriwijaya memperlihatkan sisa-sisa tua daripada salah satu Bahasa Austronesia berdasarkan prasasti yang terdapat pada batu bersurat Talang Tuwo bertarikh 680 Masihi. Di bahagian utara pula, terdapat kelompok bahasa Aceh, bahasa Batak seperti Karo, Toba, Simalungan, dan Angkola-Mandiling, Nias, Mentawai, Minangkabau dan Lampung.Istilah keluarga digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang kurang daripada 2,500 tahun. Kumpulan Bahasa Melayu Johor mempunyai induknya yang bermula daripada Bahasa Melayu Johor kemudian Bahasa Melayu Tengah sebelum ke Bahasa Melayu induk yang dikatakan berasal daripada Bahasa Melayu Proto yang juga merupakan kumpulan Bahasa Austronesia. Daripada keluarga Indonesia (Nusantara), Bahasa Melayu terpecah kepada 16 subkeluarga atau bahasa, iaitu Bahasa Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Gorontalo, Tomini, Toraja, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi Selatan, Muna-Butung, Bima-Sumba, Ambon-Timur, Sula-Bacon, Halmahera Selatan-Irian Jaya. Dalam subkeluarga Sumatera termasuk Bahasa Aceh, Batak, Minangkabau, Melayu, Nias, Lampung, dan orang Laut.Osman Omar (1961:3) mengatakan bahawa percabangan Bahasa Indonesia begitu tersebar luas kerana dikembangkan oleh suku bangsa yang seketurunan dengan bangsa Melayu dan penyebaran ini terjadi disebabkan sifat semula jadi bangsa Melayu sendiri sebagai ahli pelayaran dan perantau yang masyhur. Ciri-ciri pelaut dan perantau bangsa Melayu ini mengakibatkan berlakunya dua pertembungan penting pada induk Bahasa Indonesia menjadi berbagai-bagai bahasa lain. Menurut Asmah (1985) kawasan penyebaran bahasa-bahasa Indonesia dianggap sebagai pusat keseluruhan kawasan Austronesia atas beberapa sebab. Antara lain, keluarga bahasa ini melebihi mana-mana keluarga bahasa dari segi bentuk-bentuk bahasanya. Malah daripada keluarga bahasa inilah terdapatnya Bahasa Melayu, iaitu bahasa yang pesat perkembangannya sehingga dijadikan bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Malah kerajaan yang memerintah alam nusantara semuanya terdapat di kawasan Indonesia, misalnya Kerajaan Sriwijaya-Melaka dan kerajaan Melayu-Johor.Hal ini diperjelaskan oleh Ismail Hussien (1948:5) yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu hanyalah merupakan satu daripada lebih kurang 200 bahasa dalam kepulauan Melayu. Oleh sebab bentuknya yang amat sederhana dan kemungkinan menerima unsur asing dan sifatnya yang dapat dilentur buat memenuhi keperluan semasa, maka jadilah Bahasa Melayu sebagai satu bahasa yang terpenting dalam sejarah bahasa-bahasa di kepulauan Melayu.Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu sejak lebih 1000 tahun yang lalu. Rekod awal penggunaan bahasa Melayu telah dijumpai melalui penemuan batu bersurat bertarikh 683 Masihi di Sumatera Selatan. Menurut statistik, penggunaan bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta orang. Bahasa Melayu juga turut di ajar dalam kursus di university-universiti di China, Belanda, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jerman, Australia, New Zealand dan beberapa buah tempat yang lain.Bahasa Melayu Riau dianggap bahasa standard sepertimana yang telah dipersetujui oleh tiga buah negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei. Perubahan Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia pada awal tahun 1970-an adalah disebabkan factor-faktor politik dan kembali berubah menjadi Bahasa Melayu semula tidak lama kemudian. Walaubagaimanapun, bahasa Melayu kembali ditukarkan semula kepada Bahasa Malaysia pada tahun 2007 sebagai symbol bahawa bahasa ini ialah bahasa untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Hal ini turut berlaku di Indonesia melalui Sumpah Pemuda pada tahun 1928 di mana bahasa Melayu disebut sebagai bahasa Indonesia untuk tujuan menyatukan bangsa Indonesia. Penggunaan bahasa Melayu antara sebuah negara dengan negara yang lain berbeza bergantung pada sejarah dan budaya negara berkenaan. Sebagai contoh, di Malaysia bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi negara pada tahun 1968. Dewan Bahasa dan Pustaka dan Majlis Bahasa Brunei, Indonesia dan Malaysia (MABBIM) pada tahun 2004 telah mencadangkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi bagi negara-negara anggota ASEAN. Rasionalnya ialah lebih separuh daripada jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam bahasa Melayu.Dari segi perkembangan Bahasa Melayu sejak zaman awal penemuannya hingga kini, ahli-ahli bahasa telah membahagikannya kepada tiga tahap iaitu bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Moden. Faktor kedatangan agama seperti agama Hindu, Islam dan penjajahan Eropah ke Asia Tenggara telah menyebabkan perbezaan ketara antara ketiga-tiga peringkat perkembangan bahasa Melayu ini. Kesimpulannya, bahasa Melayu mempunyai peringkat-peringkat dan kelas-kelas tersendiri sesuai dengan peredaran masa dan zaman serta pengaruh di sekeliling.

3.0BAHAGIAN 2Penghijrahan manusia purba ke alam Melayu dikatakan terjadi antara 100 000 hingga 160 000 tahun yang lalu. Gelombang pergerakan manusia secara besar-besaran ke Kepulauan Melayu pada sekitar abad ke 20 sebelum masihi dan telah dilakukan oleh suku bangsa Austronesia dari Yunan. Bahasa Melayu kuno mula dikenali setelah menerima pengaruh daripada pengaruh India. Bahasa Melayu kuno mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13, iaitu pada zaman kerajaan Sriwijaya. Bahasa Melayu kuno ini menjada bahasa perantaraan dan bahasa perhubungan antara orang yang berlainan bahasa ataupun lingua franca. Mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu Kuno pada zaman itu merangkumi kawasan Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau dan Sumatera. Bukti-bukti kewujudan bahasa Melayu Kuno di Alam Melayu adalah penemuan batu-batu bersurat. Antara penemuan batu-batu bersurat tersebut adalah Batu Bersurat Kedukan Bukit di Palembang yang bertarikh 605 tahun saka bersamaan 683 Masihi; Batu Bersurat Talang Tuwo di Palembang yang bertarikh 606 tahun saka bersamaan 684 Masihi; Batu Bersurat Kota Kapur di Bangka yang bertarikh 608 saka bersamaan 686 Masihi; Batu Bersurat Karang Brahi di Jambi yang bertarikh 614 tahun saka bersamaan 692 Masihi; Batu Bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah bertarikh 832 Masihi dan Batu Bersurat Pagar Ruyung bertarikh 1356 Masihi. Tulisan yang digunakan dalam batu bersurat tersebut adalah terdiri daripada tulisan Palava, dan tulisan Nagiri. Aksara Palava merupakan sejenis tulisan yang berasal daripada Selatan India. Pengaruh Hindu dan Buddha sangat kuat dalam bahasa dan budaya pada zaman bahasa Melayu Kuno dan ianya terbukti dengan pembinaan candi-candi seperti yang terdapat di Lembah Bujang, Muara Takus dan pagar Ruyung di Sumatera serta candi Borobudur dan Prambanan di Pulau Jawa.Setelah kedatangan Islam di Asia Tenggara pada abad ke-13, bahasa Melayu mengalami perubahan dan perkembangannya tersendiri. Pada era ini bahasa Melayu dikelaskan sebagai bahasa Melayu Klasik. Bahasa Melayu banyak mengalami perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan bentuk tulisan. Bukti kewujudan bahasa Melayu Klasik dapat kita lihat melalui penemuan batu-batu bersurat iaitu Batu Bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau bertarikh 1356 Masihi yang ditulis dalam huruf India dan mengandungi prosa Melayu Kuno dan berbeza sedikit daripada batu bersurat pada abad ke-7; Batu Bersurat di Minye Tujuh, Aceh bertarikh 1380 Masihi yang masih menggunakan abjad India tetapi terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat dan batu bersurat yang terakhir ialah Batu Bersurat di Kuala Berang, Terengganu bertarikh 1303 hingga 1387 Masihi yang ditulis dalam tulisan Jawi dan ini menunjukkan bahawa tulisan Arab telah mula digunakan pada zaman tersebut. Zaman kegemilangan bahasa Melayu Klasik berlaku setelah kerajaan Melayu yang beragama Hindu sebelum itu memeluk agama Islam dan mempelajari bahasa Arab daripada pedagang-pedagang Islam yang datang dari Arab dan Parsi. Antara tokoh-tokoh penulis yang terkenal dalam sejarah bahasa Melayu Klasik ialah Hamzah al-Fansuri, Shamsuddin al-Sumaterani, Sheikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. Manakala karya-karya seni Melayu Klasik yang terkenal antaranya ialah Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Hikayat Amir Hamzah, Sulalatus Salatin, Sejarah Melayu, Hikayat Iskandar Zulkarnain, Hikayat Hang Tuah, Misa Melayu, Undang-undang Laut Melaka dan Tajus Salatin.Seterusnya ialah kita menelusuri peringkat Bahasa Melayu Moden yang dikatakan bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Abdullah Munsyi merupakan permulaan zaman bahasa Melayu moden. Abdullah Munsyi dalam hikayat yang bertajuk Hikayat Abdullah yang dihasilkan pada tahun 1849 menyatakan kekesalannya terhadap sikap orang Melayu yang tidak mahu mempelajari bahasa sendiri. Antara badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan yang terlibat dalam perkembangan bahasa Melayu Moden dalam masyarakat Semenanjung Tanah Melayu amnya ialah Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa, Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM), Pejabat Karang Mengarang, ASAS 50 dan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu serta penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka.Pertubuhan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahun Bahasa merupakan usaha-usaha untuk memajukan bahasa Melayu secara berkumpulan bermula pada tahun 1888 di Johor Bahru. Pengasas pertubuhan ini ialah Dato Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Dato Muhammad Ibrahim Munsyi. Pakatan Belajar Mengajar Pengetahun Bahasa bertujuan untuk mengendalikan perbincangan-perbincangan tentang bahasa dan menubuhkan sebuah kutubkhanah sebagai pusat sumber tentang persoalan-persoalan bahasa. Pertubuhan Pakatan ini juga dapat dilihat melalui pembentukkan istilah bagi menentukan penggunaan perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu sama ada dengan cara membuat ketetapan tertentu atau menggubal istilah bagi perkara atau benda yang perkataannya belum ada dalam bahasa Melayu. Antara perkataan baharu yang telah dikeluarkan oleh pertubuhan Pakatan ini ialah setiausaha, pejabat, kerja raya, warta, jurucakap, jadual waktu dan timbalan.Usaha murni perkembangan bahasa Melayu moden juga boleh dilihat melalui wujudnya persatuan Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) yang ditubuhkan di Pulau Pinang sekitar tahun 1930-an. Persatuan ini diusahakan oleh Syed Sheikh al-Hadi memalui akhbar Saudara. Beliau telah mengelola ruangan Sahabat Pena dalam akhbar Saudara yang kemudiannya berkembang pesat lalu menjadi sebuah persatuan persuratan Melayu yang besar dengan beribu-ribu orang ahlinya bertaburan di seluruh pelosok Tanah Melayu, Singapura, Labuan, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak. Tujuan penubuhan PASPAM adalah untuk mendirikan suatu roh perhubungan berkenalan dan pergaulan serta mengeratkan perhubungan antara ahli, memperluas ahlinya daripada mengarang kepada membaca dan menggalakkan aktiviti mengarang dalam bahasa dan buku-buku Melayu serya mendirikan sebuah khutubkhanah ataupun perpustakaan. Kegiatan PASPAM dalam bidang bahasa dan persuratan tersebar melalui pelbagai majalah yang diusahakan oleh cawangan-cawangan di pelbagai negeri. Walaubagaimanapun, selepas Perang Dunia Kedua dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah melumpuhkan kegiatan PASPAM.Legasi dalam memperkembangkan Bahasa Melayu Moden ini telah diteruskan oleh kegiatan Pejabat Karang Mengarang yang diasaskan oleh O.T. Dussek dan Zainal Abidin bin Ahmad (Zaba) di Maktb Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim pada tahun 1924. Pejabat ini telah dibiayai oleh kerajaan Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Bersekutu melalui peruntukkan Maktab Perguruan Sultan Idris. Tujuan penubuhannya adalah untuk mengeluarkan buku-buku sekolah Melayu melalui Malay School Series sebanyak mungkin serta mengeluarkan bahan-bahan bacaan untuk masyarakat Melayu amnya melalui Malay Home Library Series. Antara pencapaian yang telah berjaya diraih oleh pejabat ini ialah penerbitan sebanyak 85 buah buku yang terbahagi kepada empat bahagian melalui The Malay Series pada tahun 1924 hingga 1957 di mana empat bahagian tersebut adalah seperti buku bacaan sekolah, buku teks mata pelajaran sekolah, buku pekerjaan tangan dan buku panduan seperti ilmu pengakap. Selain itu, melalui The Malay Home Library Series (1929 1957), sebanyak 64 buah buku karya terjemahan untuk umum dan kanak-kanak berjaya diterbitkan.Seterusnya ialah kewujudan satu angkatan penulis generasi muda yang cuba memahami konsep pembaharuan dalam bidang persuratan telah membentuk sebuah persatuan penulis yang diberi nama Angakatan Sasterawan 50 atau ASAS 50 selepas beberapa tahun tamatnya Perang Dunia Kedua. Angkatan Sasterawan 50 ini telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 di Singapura dan diasaskan oleh Masuri S.N. , Keris Mas dan Asraf. Penubuhan ASAS 50 ini adalah bertujuan untuk memperluas dan meningkatkan kesusasteraan dan kebudayaan Melayu, melindungi hak-hak ahli dan juga para pengarang dan mengadakan pembaharuan dalam sastera dengan tidak membunuh yang lama. ASAS 50 ini telah berjaya menghimpunkan persatuan-persatuan bahasa, sastera dan budaya sebanyak 20 buah dari Singapura dan Tanah Melayu dalam Koferensi Sasterawan Setanahair pada April 1952 dan perhimpunan ini telah dinamakan sebagai Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang pertama dan berjaya memutuskan: Bahawa Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu akan bertindak dari semasa ke semasa untuk mencapai tujuan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Selaras dengan cita-cita tersebut, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kedua yang diadakan di Seremban dari 28 Disember 1953 hingga 2 Januari 1954 telah menerima usul daripada Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura tentang tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi.Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan perjuangan orang-orang Melayu dalam memartabatkan bahasa Melayu di seluruh dunia. Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan pada 22 Jun 1956 sebagai sebuah jabatan di bawah Kementerian Pelajaran. Pada tahun 1959, Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka diluluskan oleh Parlimen dan peranan DBP sebagaimana yang termaktub dalam Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 adalah seperti berikut antaranya untuk memajukan dan memperkaya bahasa kebangsaan, memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan, mencetak dan menerbitkan atau membantu usaha pencetakan dan penerbitan buku, risalah-risalah dan bentuk-bentuk persuratan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain dan menyamakan ejaan dan bunyi sebutan serta menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.

4.0RUMUSAN

Kesimpulannya, asal usul bahasa Melayu adalah dari kelompok bahasa Austris di mana bahasa Austris ini terbahagi kepada dua rumpun bahasa yang besar iaitu rumpun Austronesia dan Austroasia. Menurut Asmad (1990) dalam bukunya Budaya (II) Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu moden merupakan gambaran bagi semua aspek kehidupan sesuatu negara. Pada hakikatnya ia adalah proses kesinambungan sejarah yang berterusan. Kewujudan bahasa moden adalah lanjutan daripada perkembangan bahasa melayu klasik. Bahasa melayu moden menerima warisan bahasa daripada bahasa melayu klasik sebelumnya dan bahasa melayu moden kini mewariskan hasil karya-karya pada masa akan datang. Bahasa adalah satu aspek budaya yang penting kerana ia adalah alat komunikasi antara manusia yang tiada tolok bandingannya, maka wajarlah peranan bahasa melayu klasik dan moden tidak dapat disangkal lagi. Tambahan pula bahasa melayu moden merupakan bahasa yang mempunyai pengucapan puitis yang dapat meningkatkan penggunaan bahasa daripada tahap bahasa seharian kepada bahasa yang cantik lagi penuh dengan makna yang tersirat dan tersurat. Mengenal dan menghayati perbezaan bahasa melayu klasik dan moden bererti mengenal dan mencintai diri, bangsa dan negara kita sendiri. Bahasa kalasik dan moden adalah sebagai lambang dan harga diri sesuatu bangsa dan negara.

SENARAI RUJUKANA) Buku/JurnalAsmah Haji Omar (1985). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Hussain Othman (2011). Konsep Persejarahan Melayu. Batu Pahat : Dewan Bahasa dan Pustaka.Kamus Dewan (2000). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan PustakaKhairuddin Mohamad, Ghazali Ismail, Wan Zalina dan Ratna Laila (2014) : Kebudayaan Melayu. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Khairuddin Mohamad, Ghazali Ismail, Wan Zalina dan Ratna Laila (2014) : Kebudayaan Melayu. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Siti Hajar Abdul Aziz, 2008. Siri Pendidikan Guru (Bahasa Melayu 1), Kuala Lumpur: Oxford Fajar.

B) Internethttp://abkar178.blogspot.com/2014/05/sejarah-perkembangan-bahasa-melayu.htmlhttp://sejarahperkembanganbm.blogspot.com/http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/sejarah-perkembangan-dan-asal-usul-bahasa-melayu/

12