hbis4303 assignment adab julia september 2014

Upload: othman-che-yusoff

Post on 10-Oct-2015

63 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SA

TRANSCRIPT

TUGASAN

________________________________________________________________________

HBIS4303 V2 ADAB & AKHLAK ISLAMIAH II SEMESTER SEPTEMBER 2014________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam bahasa Melayu.

3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 14hb - 16hb November 2014 atau Tutorial 4. Serahan selepas 16hb November 2014 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima. 7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

PENILAIAN Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan. Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula. PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30%: potongan 20% daripada jumlah markah yang diperoleh. Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50%: potongan 40% daripada jumlah markah yang diperoleh. Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

SOALAN TUGASAN

Kesedaran masyarakat di Malaysia terhadap pemakaian cara Islam berada di tahap yang agak baik. Kewujudan busana-busana muslimah turut memainkan peranannya dalam memartabatkan pemakaian dan keanggunan fesyen muslimah sekaligus meningkatkan persepsi yang positif terhadap fesyen tersebut.

Namun, walaupun kesedaran terhadap keutamaan menggayakan fesyen muslimah semakin menebal dalam diri umat Islam di Malaysia dewasa ini, fenomena ini dilihat tidak berpaksikan syariah sebenarnya. Fesyen muslimah masa kini dilihat longgar dalam beberapa aspek sehingga mampu menimbulkan kecelaruan di kalangan masyarakat. Adakalanya fesyen-fesyen ini dianggap menutup aurat namun pada hakikatnya ia tidak berlaku. Lebih membimbangkan, fesyen muslimah yang diperagakan oleh golongan artis sering dijadikan ikutan berbanding ketetapan yang ditentukan oleh syarak.

Berpandukan kepada kenyataan di atas, anda dikehendaki membuat satu kajian berkaitan fesyen muslimah di Malaysia berdasarkan aspek-aspek berikut:

Adab-adab berpakaian yang perlu dijaga dalam konteks di Malaysia. Syarat-syarat berpakaian yang dituntut oleh syarak. Mengemukakan ulasan dan pandangan tentang fesyen muslimah terkini berlandaskan syarat-syarat yang dibincangkan.

[Jumlah: 40 markah]

Rubrik Tugasan

HBIS4303 V2 ADAB & AKHLAK ISLAMIAH II / SEMESTER SEPTEMBER 2014KriteriaWajaranTidak LengkapLemahSederhanaBaikCemerlangMarkah Penuh

01234

Pengenalan

1.5Tiada pengenalan/ Pengenalan tidak relevan.Pengenalan tidak menjelaskan struktur dan objektif kajian dengan baik/ kurang relevan/ tidak terperinciPengenalan mengutarakan struktur dan objektif kajian dengan jelas dan memadai.Pengenalan mengutarakan struktur dan objektif kajian dengan jelas, dan baik.Pengenalan mengutarakan struktur dan objektif kajian dengan sangat jelas dan terperinci serta bersistematik.6

Metode Pengumpulan Data

1.5Tiada sebarang penjelasan berkaitan cara pengumpulan data dijalankan.Menjelaskan metode pengumpulan data dengan sangat ringkas.Menjelaskan metode pengumpulan data dengan baik.Menjelaskan metode pengumpulan data dengan baik dan jelas.Menjelaskan metode pengumpulan data dengan sangat jelas (contohnya temubual / pemerhatian) dan terperinci serta mengutarakan rasional dan kewajaran metode tersebut dipilih.

6

Perbincangan mengenai adab-adab berpakaian dalam Islam

1.5

Tiada perbincangan tentang adab-adab berpakaian dalam IslamMembincangkan tentang adab-adab berpakaian dalam Islam dengan ringkas.Membincangkan tentang adab-adab berpakaian dalam Islam dengan jelas. Membincangkan tentang adab-adab berpakaian dalam Islam dengan jelas dan baik.Membincangkan tentang tentang adab-adab berpakaian dalam Islam dengan sangat baik dan sangat jelas beserta dalil dan hujah yang mantap.6

Perbincangan mengenai syarat-syarat berpakaian dalam Islam1.5

Tiada sebarang perbincangan mengenai syarat-syarat berpakaian dalam Islam.Membincangkan tentang syarat-syarat berpakaian dalam Islam dengan ringkas.Membincangkan tentang syarat-syarat berpakaian dalam Islam dengan kadar yang memadai.Membincangkan tentang syarat-syarat berpakaian dalam Islam dengan jelas dan baik.Membincangkan tentang syarat-syarat berpakaian dalam Islam dengan sangat baik dan jelas beserta hujah naqliah dan aqliah yang tepat dan mantap.6

Ulasan/ pandangan berkaitan fesyen muslimah terkini 2.5Tiada ulasan/ pandangan berkaitan fesyen Islam terkini.Mengemukakan ulasan/ pandangan ringkas berkaitan fesyen muslimah terkini.Mengemukakan ulasan/ pandangan berkaitan fesyen muslimah terkini dengan kadar yang memadai.Mengemukakan ulasan/ pandangan berkaitan fesyen muslimah terkini dengan baik dan jelas.Mengemukakan ulasan/ pandangan berkaitan fesyen muslimah terkini dengan mantap beserta huraian, gambar, ilustrasi dan sebagainya.10

Kesimpulan(Cadangan Pemantapan)1Tiada sebarang kesimpulan.Mempersembahkan kesimpulan, namun kurang jelas.Kesimpulan yang memadai namun tidak dihubungkan dengan pengenalan, isi kandungan dan dapatan.Kesimpulan diutarakan dengan baik dan mempunyai garapan yang jelas dengan pengenalan, isi kandungan dan dapatan.Kesimpulan sangat baik dan mempunyai garapan yang sempurna dengan pengenalan, isi kandungan dan dapatan serta mengusulkan cadangan yang bernas.4

Organisasi & Format

0.5Tiada organisasi/ format tidak sistematik.Memiliki tahap organisasi yang minima.Susunan dan format bersifat logikal namun kurang bersistematik.Susunan dan format bersifat logikal dan bersistematik.Susunan yang sangat baik, bersifat logikal dan sangat bersistematik serta menepati ciri-ciri kajian. Menarik pembacaan.2

JUMLAH MARKAH40

23