adab-adab islamiah (pendidikan islam)
TRANSCRIPT
1
SOALAN TUGASAN
1. Firman Allah SWT dalam surah al-Qalam ayat 4, yang bermaksud: “Dan bahawa
sesungguhnya Engkau(Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.” Ayat ini
menyarankan kepada semua manusia supaya beradab mulia kerana ia sesuatu yang
terpuji. Islam sentiasa menganjurkan kepada umatnya supaya menjaga adab-adab
sama ada ketika makan dan minum, bercakap dengan rakan, melayan tetamu, berjalan,
menziarahi jenazah dan kubur, makan di majlis keramaian, berjiran dan sebagainya.
Anda dikehendaki:
a) Membandingbeza antara etika dan adab.
b) Menyenaraikan ayat Al Quran dan hadis beserta huraian mengenai 3 adab
menurut Islam yang anda pilih.
c) Menulis 2 cerita teladan berkaitan dengan adab terpuji yang berlaku di zaman
Rasulullah SAW atau para sahabat.
2. Hariraya disambut dengan meriah setiap tahun. Semasa menyambutnya didapati
masyarakat masih tidak dapat membezakan adab-adab yang dibenar dan dilarang oleh
syarak.
a) Anda dikehendaki membandingbeza antara adab mahmudah dan mazmumah
yang berlaku dalam proses menyambut perayaan tersebut dengan
menggunakan borang pengurusan bandingbeza.
2
PANDUAN PELAJAR
SOALAN 1
A) Anda dikehendaki mencari dan mencatat maklumat berkaitan dengan definisi etika dan
adab. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, huraikan dengan jelas definisi tersebut.
B) Anda dikehendaki memilih 3 adab dalam Islam dan setiap adab hendaklah dibuktikan
dengan satu ayat Al Quran dan satu hadis Rasulullah SAW beserta huraian.
C) Seterusnya, anda dikehendaki menulis 2 kisah teladan di zaman Rasulullah SAW atau
di zaman para sahabat dengan menitikberatkan aspek-aspek nilai murni, pengajaran
dan penghayatan.
SOALAN 2
Anda dikehendaki membuat satu bandingbeza mengenai adab mahmudah dan mazmumah dari
aspek berkaitan:
I. Pakaian
II. Penyediaan makanan
III. Hiburan
IV. Tempoh masa
V. Akhlak pergaulan
3
1 (a). Membandingbeza Antara Etika dan Adab Islam amat menitikberatkan perihal adab dan akhlak. Kedua-duanya menjadi salah satu
inti penting dalam ajaran Islam. Apatah lagi adab dan akhlak Islam yang terpuji adalah
dimulakan oleh pembawa obor Islam itu sendiri iaitu Nabi Muhammad SAW.
Baginda SAW memulakan akhlak yang terpuji dan mulia agar menjadi ikutan
umatnya sehingga hari kiamat kelak. Meskipun Nabi SAW telah sekian lama pergi
meninggalkan kita semua, namun wajib atas kita selaku umat baginda SAW untuk
mencontohi akhlak baginda sebagaimana telah termaktub dalam Al-Quran dan Al-
Hadist. Ini kerana Allah SWT telah mengiktiraf keunggulan akhlak yang dimiliki oleh
Rasulullah SAW melalui firmannya yang bermaksud:
Maksudnya: “Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang
agung.”
Dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman:
Maksudnya: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh
ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan
(balasan baik) hari akhirat serta banyak menyebut dan mengingati Allah (sama ada
ketika dalam kesusahan mahupun kesenangan).” (Surah Al-Ahzab, ayat 21)
Manakala disebutkan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, dari
Qatadah r.a, Sayidatina Aisyah r.a pernah ditanya mengenai akhlak Rasulullah SAW,
lalu beliau berkata: “Akhlak Nabi adalah seluruh isi kandungan al-Quran.” Bahkan
Rasulullah SAW sendiri telah menegaskan dalam hadist baginda SAW bahawa
4
matlamat utama pengutusan baginda adalah untuk mereformasikan dimensi akhlak
manusia, “Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang
mulia.”
Justeru, setiap apa jua yang kita lakukan sebagai seorang muslim, perlu
berlandaskan adab-adab Islami yang telah digariskan oleh Al-Quran dan Al-Hadist.
Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali (meninggal 505 H) pernah menulis sebuah kitab khusus
berbicara adab sebagai seorang Islam berjudul “Adab fi Al-Din”, sebuah karangan kecil
yang ringkas tapi padat pelbagai adab sebagai Muslim. Di dalamnya, beliau
menyatakan, “Sesungguhnya kesempurnaan dan puncak akhlak dan sebaik-baik
amalan utama adalah adab dalam agama. Apa yang mukmin amalkan adalah ajaran
Allah, akhlak Nabi dan Rasul.”
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), kalimah ‘adab’ membawa maksud
tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yang halus
dan kesopanan. Sopan di sini membawa maksud hormat, baik budi bahasa, tahu tertib
peraturan atau beradab manakala tatatertib adalah peraturan yang baik yang telah
ditetapkan. Adab juga didefinisikan sebagai cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu
situasi tertentu. Orang yang beradab dikatakan telah maju dalam tingkat kemajuan dari
aspek jasmani dan rohani atau telah bertamadun. Oleh itu, manusia yang beradab
sepatutnya tahu dan dapat membezakan antara kejahatan dengan kebaikan, keindahan
dengan keburukan, sesuatu yang berharga daripada yang tidak berharga, dan sesuatu
yang benar dengan yang palsu.
Menyentuh tentang perkaitan konsep adab dan akhlak, Prof. Mohd Yusof Haji
Othman (2006) menyatakan adab tidak boleh dibataskan fahamannya kepada
perlakuan yang betul, yang dilakukan pada masa dan suasana tertentu sahaja. Namun
lebih dari itu, adab perlu difahami dengan konsep yang lebih luas mencakupi fahaman
diri tentang perkara yang dilakukan dan bagaimana diri tersebut bertindak dengan apa
yang berlaku di persekitarannya. Manakala akhlak pula adalah segala sifat terpuji yang
dimiliki oleh makhluk yang bernama insan. Termasuk dalam konsep akhlak adalah sifat
5
terpuji diri termasuk amanah, jujur, ikhlas, sabar, berlapang dada, tunai janji, tepati
waktu, tidak memakan perkara yang haram yang boleh merosakkan diri, tidak
mengambil hak orang lain, menunai hak sesama manusia dan menunai hak Tuhannya
dengan penuh sedar dan rasa rendah diri.
Berbeza dengan akhlak dalam tradisi ilmu Barat di mana akhlak dikenali sebagai
istilah etika dan moral. Kamus Dewan (2005) mendefinisikan etika sebagai suatu ilmu
prinsip-prinsip akhlak atau moral. Ia juga didefinisikan sebagai prinsip moral (atau
akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau suatu
kumpulan sama ada persatuan, pekerjaan dan sebagainya. Manakala manusia atau
individu yang beretika bermaksud manusia atau individu yang mempunyai atau
berpegang kepada etika, berakhlak dan bermoral.
Menurut Sahakian et. al. (1993), perkataan etika berasal daripada bahasa Greek
Kuno yang bermaksud ”falsafah moral” iaitu salah satu cabang utama falsafah yang
merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik. Liputan etika adalah lebih luas
daripada menganalisis apa yang betul dan salah seperti yang sering dianggap. Antara
aspek utama etika ialah "kehidupan baik" iaitu kehidupan yang bernilai atau
memuaskan, yang dianggap lebih penting daripada tingkah laku moral oleh banyak ahli
falsafah. Antara isu utama dalam etika ialah pencarian “summum bonum” iaitu
"kebaikan yang terbaik". Tindakan yang betul dikatakan mengakibatkan kebaikan
terbaik, manakala tindakan tak bermoral dikatakan menghalangnya.
Etika juga boleh difahami sebagai sains moral yang mengkaji mengenai nilai-nilai
moral yang terdapat di dalam masyarakat sama ada baik atau buruk serta merupakan
satu susunan peraturan tingkah laku untuk melicinkan perjalanan sesuatu pentadbiran
atau pengurusan seperti kod etika perguruan, perubatan, guaman, perakaunan dan
lain-lain. Inilah yang menunjukkan bahawa etika mempunyai perkaitan dengan moral
kerana moral merupakan tingkah laku yang sejajar dan sesuai dengan tatasusila dan
peraturan sesebuah masyarakat.
6
Menurut Mohd. Nasir Omar (2005), istilah etika dan moral jika diperincikan
terbahagi kepada dua aspek iaitu aspek etimologi dan pengertian teknikal. dari segi
etimologi, istilah etika dan moral mempunyai makna yang hampir sama iaitu merujuk
kepada tabiat, adat kebiasaan, susila, niat, sikap, pandangan hidup, maruah, agama
dan disposisi seseorang. Manakala dari sudut pengertian teknikal, etika dan moral
merujuk kepada disiplin ilmu yang mengkaji pelbagai isu tentang perbuatan dan tingkah
laku manusia termasuk:
1. Tentang konsep nilai terutama yang relevan dengan perlakuan manusia seperti
konsep kebaikan, keburukan, keadilan, kebebasan, tanggungjawab dan
sebagainya.
2. Tentang kriteria kepada kebaikan dan keburukan iaitu tentang bagaimana
penentuan nilai baik buruk mengenai sesuatu perkara, disposisi kejiwaan dan
perlakuan manusia dapat ditentukan.
3. Tentang peranan serta relevansi dimensi rohaniah terhadap sesuatu perbuatan
yang dilakukan oleh manusia. Ini termasuklah tentang ilmu mengenai sesuatu
perbuatan tentang niat, nafsu, motif, tujuan, tanggungjawab, tugas, pilihan,
kebebasan dan sebagainya.
Namun begitu, etika hanyalah teori tentang tingkah laku yang betul dalam
kehidupan yang baik dan bukannya amalan. Berbeza dengan adab, etika hanya
mengkaji fakta, menganalisisnya dan merumuskan apakah tingkah laku yang
sebetulnya tetapi tidak berpegang pada apa yang dinamakan "tanzil Tuhan" atau
"wahyu Tuhan" terhadap jawapan akhir atau menyelesaikan isu-isu moral tertentu. Ini
menunjukkan etika adalah berbeza dengan agama. Ini kerana etika biasanya dihasilkan
untuk menjadi garis panduan kepada sesuatu kumpulan untuk menjamin kumpulan
asas persatuan seperti etika perguruan, etika guaman dan sebagainya.
7
Walau bagaimanapun, dalam Islam, etika dan moral, sekalipun banyak
perbezaannya terutama dari segi sumber rujukan, masih dipanggil akhlak. Akhlak ialah
istilah yang diperkenal dan diguna pakai oleh orang Islam bersumberkan Al-Quran dan
Al-Hadith. Kedua-dua sumber autoritif tersebut telah menggariskan pelbagai prinsip
akhlak untuk panduan umat manusia. Manakala Rasulullah SAW pula merupakan
model atau contoh ikutan aklah terbaik kepada manusia khususnya kepada orang Islam
sendiri. Baginda SAW sendiri telah merealisasikan prinsip-prinsip akhlak Al-Quran
dalam pelbagai bidang dan realiti kehidupan bermasyarakat sebagaimana tercatat
secara autentik dalam as-Sunnah.
8
1 (b). Menyenaraikan ayat Al-Quran dan hadis beserta huraian mengenai tiga adab menurut Islam yang anda pilih.
1. Adab Terhadap Kedua Ibu Bapa
Ibu bapa merupakan insan yang banyak menabur jasa bakti untuk membesarkan anak-
anak. Mereka telah banyak berkorban masa dan tenaga sebelum anak tersebut
dilahirkan ke dunia lagi. Tanpa mereka berdua, kita tidak akan dilahirkan ke dunia ini.
Ibu bapa telah banyak berkorban demi membesarkan anak-anak dari kecil
hingga dewasa dan mereka juga bertanggungjawab mengasuh dan mendidik sehingga
anak-anak menjadi orang yang berguna. Betapa besarnya pengorbanan ibu dan bapa
sehingga perihal keperitan ibu mengandung selama sembilan bulan sepuluh hari dan
menyusukan anaknya selama dua tahun juga turut termaktub dalam kandungan Al-
Quran. Sebagaimana firman Allah SWT:
Maksudnya : "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan
menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada
kedua ibu bapamu; dan kepada akulah tempat kembalimu ". (Surah Luqman, ayat 14)
9
Perkara yang sama juga turut dijelaskan dalam Surah Al-Ahqaaf, ayat 15:
Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah
melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya
beserta tempoh menceraikan susunya dalam masa tiga puluh bulan.”
Di samping itu, seorang ibu juga perlu menguruskan rumah tangga walaupun
dalam keadaan tenat. Celik sahaja mata, ibu telah memikirkan tentang perkara yang
perlu dilakukan sepanjang hari seperti menyediakan makanan, mengemas rumah,
membasuh pakaian dan lain-lain pekerjaan yang perlu dilakukan. Tambah menyedihkan
lagi sekiranya ibu tersebut terpaksa mengharungi penderitaan seorang diri tanpa
seorang suami di sisi. Manakala ayah juga merupakan insan mulia yang sama-sama
bertanggungjawab membesarkan cahaya mata kesayangan mereka. Ketabahan
mereka dalam memegang amanah Allah SWT begitu besar dan amat bererti untuk
sama-sama kita hayati. Sebagai ibu bapa, mereka tidak pernah mengharapkan
sebarang balasan daripada anak-anak. Mereka tidak pernah memaksa agar segala
pengorbanan mereka dihargai. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak tidak pernah
diragui. Namun begitu, sejauh mana kasih sayang seorang anak terhadap kedua ibu
bapanya biasanya masih dipersoalkan.
Justeru, seorang anak perlu ingat bahawa tiada lagi manusia lain di dunia ini
yang benar-benar menabur jasa dalam hidupnya melainkan ibu bapa mereka. Malah
agama Islam sendiri mewajibkan umatnya agar sentiasa berbakti atau berbuat baik
terhadap kedua ibu bapa, bersikap mulia serta menunaikan hak-hak mereka. Hal ini
10
selaras dengan perintah Allah SWT dan Rasul-Nya melalui dalil-dalil Al-Quran dan Al-
Hadis. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu
sekutukan Dia dengan suatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua
ibu bapa dan kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang
dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga
hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
sombong, takbur dan membangga diri". (Surah An Nisaa', ayat 36)
Dalil tersebut jelas menunjukkan bahawa tanggungjawab menunaikan hak ibu
bapa merupakan hak paling penting untuk dilaksanakan sesudah hak Allah SWT dan
hak Rasul-Nya. Manakala dalam sebuah hadis Nabi SAW telah ditegaskan bahawa
Islam memberi amaran keras terhadap mereka yang gagal melaksanakan hak-hak ibu
bapa, menderhaka atau membiarkan ibu bapa yang sudah lanjut usianya menjalani
kehidupan yang sukar dan menyedihkan sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
ال يدخل الجنة منان وال عاق وال مد من خمرMaksudnya: "Tidak akan masuk syurga orang yang suka menunjuk-nunjuk
pemberiannya, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya dan orang yang
ketagihan minuman keras." (Sunan An-Nasa’ie)
11
Justeru, kita hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada ibu bapa, mentaati
mereka dan berakhlak mulia sepanjang masa dengan mereka, mengutamakan mereka
dalam segala hal-hal kebajikan dan kebaikan lebih daripada kepentingan diri kita
sendiri, anak-anak dan juga isteri. Antara, adab terhadap ibu bapa yang perlu
diamalkan ialah:
1. Patuh dan Taat Segala Perintah dan Suruhan Kedua Ibu Bapa
Sebagai anak, kita diwajibkan untuk sentiasa patuh dan taat segala perintah dan
suruhan kedua ibu bapa selagi tidak bercanggah dengan perintah Allah SWT. Dalam
konteks ini, Nabi Ismail a.s telah menunjukkan kepada kita betapa ketaatannya yang
luar biasa sebagai seorang anak yang soleh dan beriman kepada Allah SWT tatkala
diperintahkan untuk disembelih oleh bapanya, Nabi Ibrahim a.s. Dengan sepenuh jiwa
dan raga, baginda a.s taat dan ikhlas serta rela disembelih demi melaksanakan perintah
Allah SWT. Perihal kewajipan untuk patuh dan taat kepada segala perintah dan
suruhan kedua ibu bapa telah pun dijelaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya:
Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah
melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya
beserta Dengan tempoh menceraikan susunya dalam masa tiga puluh bulan.” (Surah
Al-Ahqaaf, ayat 15)
Renungi dan fikirkan sejenak betapa besarnya pengorbanan ibu yang
mengandungkan kita selama sembilan bulan. Ditambah dengan keadaan ibu yang
biasanya mengalami pelbagai masalah terutamanya dari segi fizikal dan emosi.
Semakin besar kandungan, semakin besar risiko yang dihadapinya. Hatinya merasa
12
cemas menantikan masa untuk melahirkan dan apabila tiba saat anak hendak lahir ke
dunia ini, ibu menanggung kesakitan dan kesukaran melahirkan serta bertarung nyawa
menghadapinya. Setelah melahirkan, ibu akan berjaga malam untuk menyusukan dan
melayan karenah. Segalanya dilakukan dengan penuh perhatian dan kasih sayang
yang tidak berbelah bahagi.
Ibu bapa telah bersusah payah membesarkan kita dan sanggup berkorban apa
saja demi anak-anak. Walaupun ada di antara ibu bapa yang tidak mampu memenuhi
keperluan anak-anak dengan sempurna disebabkan kesempitan hidup tetapi sebagai
anak, maka wajiblah taat dan patuh kepada ibubapa kerana tanpa mereka kita tidak
akan wujud di dunia ini. Mereka sanggup berpenat lelah dan berusaha sedaya upaya
mendapatkan nafkah untuk menyara anak-anak, mereka juga sanggup berjimat dan
mengikat perut semata-mata untuk memberi kesenangan anak-anak.
Dengan pengorbanan yang dilakukan oleh ibubapa, wajarkah seorang anak
menderhakai ibu bapa mereka dan melupakan bakti dan jasa yang dicurahkan? Inikah
balasan anak terhadap ibubapa yang telah menabur bakti sehingga lupa bahawa
kesenangan yang dinikmati kini adalah hasil titik peluh, pengorbanan dan kasih sayang
ibu bapa mereka? Justeru itu, diwajibkan anak-anak agar sentiasa berbakti kepada
kedua ibu bapa. Anak yang enggan berbakti kepada dua ibu bapanya dianggap anak
derhaka dan perbuatan derhaka adalah dosa besar. Hal ini jelas disebut dalam hadist
Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim:
قال رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم: وعن أيب بكرة نفيع بن احلارث رضي اهللا عنه قال
، اهللاب اكرشاإل ((الق. اهللا ولسر ى يالب: ا نلق -ثا الث -)) رائبر الكبكأب مكئبنأ الأ ((
وقعوق الوالدني ((انكو متئا فكلجالقف س )):الأ قووورل الز وشهةاد ف)) ورالزا م
الز كيررها حلى قتل: انيته كست.
13
Maksudnya: “Dari Abi Bakrah Nafi’ bin Harith r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam: Mahukah aku beritahukan kamu tentang tiga dosa yang
paling besar? Kami menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Sabda Rasulullah: (1)
Menyekutukan Allah (2) Derhaka kepada ibu bapa. Tadinya menyandar, lalu beliau
tegak duduk sambil bersabda: Camkanlah dan (3) Saksi palsu dan perkataan bohong.
Maka beliau mengulangi persaksian palsu. (Muttafaq ‘alaihi).
Ketaataan kepada ibu bapa bukan hanya kepada ibu bapa muslim semata-mata
tetapi Islam turut mewajibkan penganutnya agar mentaati ibu bapa mereka yang masih
belum Islam dalam hal-hal yang tidak menjejaskan akidah dan keimanan. Ini jelas
menunjukkan agama Islam tidak membenarkan umat-Nya memutuskan hubungan
kekeluargaan antara seorang anak dengan ibu bapanya hanya disebabkan wujudnya
perbezaan agama atau kepercayaan.
2. Sentiasa bercakap dengan sopan dan lemah lembut serta tidak sesekali meninggikan suara kepada kedua ibu bapa.
Sebagai seorang anak, kesopanan merupakan lambang ketaatan anak kepada ibu
bapanya. Konsep kesopanan yang dimaksudkan ialah sentiasa menunjukkan budi
pekerti yang mulia di hadapan kedua-dua mereka dan memelihara budi pekerti. Antara
adab yang perlu diamalkan untuk menjaga perasaan ibu bapa dan mengelak daripada
menyinggung perasaan mereka ialah bercakap lemah lembut, tidak sesekali
meninggikan suara serta tidak membantah permintaan mereka selagi tidak melanggar
syariat. Hal ini telah ditegaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya:
14
Maksudnya: “Dan tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah
melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada
ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali sampai kepada
umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada
mereka sebarang perkataan yang kasar sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau
menengking menyergah kepada mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan
yang mulia yang bersopan santun.” (Surah Al-Israa’, ayat 23)
Sesungguhnya, seorang anak amat ditegah daripada membantah kata-kata ibu
bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih
baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa.
Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan
keadaan sebenar.
3. Segeralah Menyahut Panggilan Apabila Dipanggil Oleh Ibu
Satu contoh membezakan perkara utama dan perkara terkemudian antaranya adalah
menyahut panggilan ibubapa. Tiada sebarang kerja yang kita lakukan yang lebih
penting dari menyahut panggilan ibubapa kita. Termasuklah ketika sembahyang sunat.
Kita diwajibkan berhenti sembahyang sunat sekiranya terdengar ibubapa memanggil
kita. Menyahut panggilan ibubapa hukumnya adalah wajib. Dalam sembahyang wajib
pun kita perlu memperkuatkan bacaan doa atau zikir (perlu niat zikir ketika membaca
dengan kuat) untuk menyatakan yang kita sedang sembahyang kepada ibubapa kita.
Jangan biarkan hati mereka terguris kerana menganggap kita biadap disebabkan tidak
menjawap panggilan mereka.
4. Menghormati Kaum Keluarga dan Sahabat Handai Kedua Ibu Bapa
Di samping kita taat, patuh dan menghormati kedua ibu bapa, kita juga hendaklah
berbuat baik kepada kaum keluarga dan sahabat handai mereka. Misalnya melayan
tetamu mereka yang datang ke rumah dengan penuh adab dan kesopanan.
15
Tunjukkanlah sikap yang baik dan terpuji serta sentiasa bermanis muka. Hal ini telah
diperintahkan oleh Allah SWT melalui firman-Nya:
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu
sekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada
kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan
jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang
musafir yang terlantar, dan juga hamba Yang kamu miliki.” (Surah An-Nisa’, ayat 36)
Menghormati sahabat kedua ibu bapa bermakna menghormati kedua-dua ibu
bapa. Sebaliknya, jika tidak berlaku baik kepada sahabat-sahabat mereka bermakna
telah mengkhianati kedua-dua mereka. Usahlah sesekali memandang hina kepada
kaum keluarga dan sahabat handai kedua ibu bapa kita. Perbuatan sombong dan
membangga diri merupakan amalan yang dibenci Allah SWT. Apatah lagi jika kita
sering melihat dan membandingkan kelemahan orang lain.
Berikanlah bantuan kepada mereka dengan hati yang ikhlas semata-mata
kerana Allah SWT sekiranya mereka berada dalam kesusahan. Misalnya jika kaum
keluarga dan sahabat handai ibu bapa kita datang ke rumah, maka perlulah kita
sebagai anak untuk memberi layanan mesra kepada mereka sebagaimana dianjurkan
oleh syara’. Sediakan minuman, dan jika mampu, sediakan juadah makanan kepada
mereka. Sekiranya perkara ini dapat dilakukan, pastinya ibu bapa akan merasa bangga
dengan sikap dan peribadi mulia yang ditunjukkan.
16
Oleh itu, berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan hormatilah kaum keluarga
dan sahabat handai mereka dengan penuh rasa rendah diri kerana sikap demikian
dipuji oleh Allah SWT dan merupakan sebahagian daripada amalan kebajikan kepada
umat manusia.
5. Sentiasa Menziarahi Ibu Bapa Semasa Hayat Mereka dan Mengunjungi Pusara Mereka Ketika Mereka Telah Meninggal Dunia
Apabila kita telah meningkat dewasa dan memiliki keluarga sendiri, tanggungjawab
sebagai anak bukanlah sekadar memberi keselesaan kepada kedua ibu bapa semata-
mata tetapi jauh lebih besar daripada itu. Setiap hari ibu bapa mendoakan
kesejahteraan anak-anaknya walaupun sudah jauh terpisah. Kasih mereka tidak pernah
hilang selagi nyawa dikandung badan. Oleh itu, kunjungilah mereka sekiranya
mempunyai masa yang terluang terutamanya jika mereka sakit kerana di saat itu
kehadiran anak-anak adalah sangat diperlukan. Inilah peluang yang amat sesuai bagi
seseorang anak untuk membalas jasa ibu bapa yang telah banyak berkorban demi
membesarkan kita. Renungkanlah firman Allah SWT:
Maksudnya : "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan
menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada
kedua ibu bapamu; dan kepada akulah tempat kembalimu ". (Surah Luqman, ayat 14)
Begitulah juga tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa yang telah
meninggal dunia, kita digalakkan meneruskan bakti kepada mereka dengan
mendoakan dan meminta ampun untuk mereka, menziarahi kubur, menunaikan segala
17
janji dan wasiat mereka, menjelaskan hutang-hutang mereka jika ada, menunaikan
fardhu haji bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk menunaikan ibadat haji,
bersedekah untuk ibu bapa dan banyak lagi. Apa yang diharapkan mudah-mudahan
kita tergolong dalam kalangan anak-anak yang soleh dan taat kepada ibu bapa serta
sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan ibu bapa.
6. Sentiasa Mendoakan Kebahagiaan dan Kesenangan Hidup Ibu Bapa Di Dunia
dan Akhirat
Sebagai seorang anak yang dibesarkan sejak kecil lagi segala penat lelah tidak
mungkin akan dapat dibalas sekalipun dia berbakti sepanjang hayatnya. Oleh itu,
adalah memadai sekiranya setiap kali berdoa seorang anak itu tidak terlupa untuk
mendoakan kesejahteraan kedua orang tuanya agar sentiasa dilimpahi rahmat dan
berkat sepanjang hidup. Di samping itu, doakanlah mereka agar dijauhi segala bala dan
bencana serta dimurahkan rezeki. Antara doa yang boleh diamalkan:
Maksudnya: “Dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas
kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): "Wahai
Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah
mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah Al-
Israa’, ayat 24)
Amalan ini perlulah diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia
sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga
perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi
kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan
kebaikan kepada kedua ibu bapanya”. (Hadis riwayat Muslim)
18
Oleh itu, gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu
bapa sebaik mungkin dan beristiqamahlah dalam berbuat ihsan kepada mereka. Masa
untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu
bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat selagi ibu bapa atau salah
seorangnya masih hidup.
2. Adab Meminta Izin
Masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat hari ini seperti kejadian sumbang
mahram atau kes-kes bersekedudukan antara bapa dengan anak atau antara adik
beradik masih hangat diperbincangkan. Bagi membendung masalah ini, Islam sejak
awal-awal lagi telah menggariskan adab-adab penting demi melindungi aurat Muslim
dalam sesebuah rumah baik antara ibu bapa dengan anak-anak atau antara sesama
anak-anak yang biasanya agak kurang diberi perhatian oleh ibu bapa.
Secara anatominya, aurat adalah sebahagian daripada anggota tubuh yang
ditentukan had dan hukum yang wajib dipelihara dan ditutup kerana ia adalah bahagian
tubuh yang mudah menjadi tarikan dan dapat membangkitkan nafsu kepada orang yang
memandangnya jika terdedah. Islam melarang umatnya dari melihat aurat orang lain
dan dalam masa yang sama, dilarang mendedahkan atau memperlihatkan aurat
kepada orang yang bukan mahramnya.
Demi melindungi aurat dan maruah seseorang, Islam telah menyusun suatu
bentuk ‘Pendidikan Seks’ bermula dengan beberapa adab-adab dalaman dalam
sesebuah rumah sama ada yang telah ditetapkan dalam Al-Quran atau melalui sunnah
Rasulullah SAW sendiri. Kesucian sumber ini secara semulajadinya mampu membina
dan membentuk akhlak seseorang sekaligus menghindarkan sebuah keluarga itu
daripada sebarang unsur yang membawa kepada kemaksiatan kepada Allah SWT.
19
Adab meminta izin merupakan adab yang sangat penting untuk diajar kepada
anak-anak. Apatah lagi adab ini sebenarnya telah diatur oleh Allah SWT sendiri dalam
Al-Quran melalui firman-Nya:
Maksudnya: “ Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan
orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu
(sebelum masuk ke tempat kamu) dalam tiga masa; iaitu sebelum sembahyang Subuh,
dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah
sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu
padanya) kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa tersebut,
(kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu
masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah
Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (yang menjelaskan hukum-
hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Dan apabila
kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin
sama seperti cara orang-orang yang telah cukup umur yang tersebut dahulu, meminta
20
izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (yang menjelaskan
hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
(Surah An-Nuur, ayat 58 dan 59)
Berdasarkan ayat di atas jelas menunjukkan pada kita bahawa rumah dan
segala isinya merupakan ‘harta’ yang menjadi benteng maruah kepada sesebuah
keluarga. Bilik tidur pula menjadi benteng terakhir perlu dijaga adab-adabnya. Oleh itu,
anak-anak terutamanya sama ada yang masih kecil atau yang telah dewasa perlu diatur
dan dididik agar menghargai dan menghormati tempat tidur ibu bapa mereka
khususnya pada waktu-waktu tertentu yang menyentuh masa istirahat.
Justeru itu, apabila mahu berbicara dan meminta sesuatu, anak-anak
dikehendaki memberi salam dan meminta izin terlebih dahulu. Allah SWT menjelaskan
bahawa kedudukan atau tempoh tiga waktu yang wajib dijaga ini disebabkan peluang
atau keadaan aurat ibu bapa biasanya mudah terdedah. Oleh itu demi menjaga
kehormatan diri mereka, anak-anak sewajarnya diajar akan adab-adab meminta izin
terlebih dahulu. Tiga waktu yang dimaksudkan ialah:
1. Sebelum Solat Subuh
Waktu ini adalah waktu kemungkinan ibu bapa sedang tidur atau kemungkinan
ibu bapa sedang bangun dari tidur. Justeru itu, anak-anak harus diajar agar
mengetuk pintu bilik ibu bapa sebelum masuk. Hal ini kerana waktu inilah
kemungkinan waktu-waktu ‘privacy’ bagi ibu bapa. Mungkin ketika itu aurat
mereka mudah terdedah. Oleh itu, anak-anak dilarang mengganggu ibu bapa.
2. Sekitar Sebelum Waktu Zohor
Waktu Zohor juga disebut sebagai waktu ‘Qailullah’ dan disunatkan untuk tidur
sebentar. Ketika ini kemungkinan ibu bapa sedang berehat atau kemungkinan
sedang tidur atau bersiap-siap untuk menunaikan solat Zohor. Justeru anak-anak
21
sewajarnya diajar adab meminta izin sebelum masuk ke dalam bilik ibu bapa
bagi mengelakkan aurat ibu bapa menjadi tontonan anak-anak.
3. Selepas Isyak
Waktu-waktu seperti ini biasanya mereka sedang bersiap-siap untuk tidur atau
waktu tidur mereka. Mungkin juga salah seorang daripada mereka sedang
berehat, bersantai atau waktu mereka bersama. Oleh itu, anak-anak sewajarnya
tidak mengganggu mereka dan menjaga adab-adab supaya kehormatan kedua-
dua mereka terpelihara.
Sesungguhnya adab meminta izin yang diatur oleh Allah SWT dan disampaikan
melalui ayat Al-Quran menjelaskan kepada kita betapa Islam amat menitikberatkan
pendidikan atau latihan yang bersifat dalaman melalui akhlak dan peribadi anak-anak
sebelum mereka berhadapan dengan masyarakat luar. Waktu-waktu yang disebutkan
sebelum ini sebenarnya tidak hanya terhad hanya kepada adab-adab semasa di dalam
rumah kita semata-mata sebaliknya ia merangkumi adab-adab kejiranan yang
melibatkan komuniti di luar rumah kita. Waktu yang disusun oleh Allah SWT itu juga
mengandungi hikmah yang tersendiri yang sebenarnya mendidik ibu bapa dan anak-
anak agar tidak bertamu ke rumah jiran tetangga atau sahabat handai yang boleh
mengganggu ketenteraman dan waktu rehat mereka.
Justeru, sejak kecil lagi anak-anak sewajarnya dibimbing agar mengamalkan adab-
adab meminta izin yang telah disebutkan sama ada ketika berhubung dengan ibu bapa
mereka atau komuniti luar. Di samping itu, terdapat juga beberapa adab lain yang perlu
diambil kira kerana ia turut berkait rapat dengan adab meminta izin iaitu:
22
i. Adab Memberi Salam
Anak-anak sewajarnya diajar supaya berakhlak mulia, bersopan santun serta
‘mesra diri’ dengan ibu bapa, jiran tetangga atau sahabat handai melalui amalan
memberi salam. Menyentuh hal ini, Allah SWT telah berfirman:
Maksudnya: “Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-
mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu meminta izin terlebih dahulu
serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu
supaya kamu beringat.” (Surah An-Nuur, ayat 27)
Perlakuan memberi salam ini sebenarnya membezakan amalan dan perbuatan
golongan Yahudi dan Nasrani. Hal ini kerana orang-orang Yahudi dan Nasrani memberi
salam hanya dengan mengangkat jari atau tangan mereka sahaja.
ii. Adab Memperkenalkan Diri
Ibu bapa juga hendaklah mengajar anak-anak agar memperkenalkan diri mereka
sebelum masuk ke bilik ibu bapa. Begitu juga apabila berkunjung ke rumah jiran
tetangga atau ke rumah sahabat handai. Ajarkanlah mereka supaya memperkenalkan
diri mereka terlebih dahulu setelah memberi salam.
Hal ini kerana kemungkinan orang yang menyambut kedatangan mereka tidak
mengenali mereka. Adab ini juga bertujuan mengelakkan fitnah atau salah faham tuan
rumah terhadap kunjungan tersebut. Disebutkan dalam sebuah hadis daripada Jabir r.a
berkata:
23
لمسو هليلى اهللا عص بيالن تيل: أتلى اهللا عص بيفقال الن توعفدلمسو هي: ذا؟ قلته نم :
!!!؟...أنا ... أنا : قال فخرج وهو يقول... أنا Maksudnya: “Suatu ketika aku menemui Rasulullah SAW di rumah baginda, kemudian
aku mengetuk pintu rumahnya. Maka Nabi SAW bertanya: Siapa tu? Maka aku
menjawab: Saya. Rasulullah SAW bertanya pula: Saya? (saya tu siapa?) Nada suara
baginda seolah-olah membenci jawapan aku itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
iii. Adab Meminta Izin Masuk
Islam meletakkan had-had dan peraturan tertentu terutamanya ketika menyeru
atau memberitahu ibu bapa atau tuan rumah yang kita kunjungi tentang kehadiran kita.
Tabiat seperti menjerit-jerit dan meninggikan suara menggambarkan kerendahan
akhlak. Sebab itulah Nabi SAW pernah mengingatkan kita melalui sabda baginda SAW:
عجرفلي ذن لهؤي ثالثا فلم كمدأذن أحتإذا اس Maksudnya: “Seruan meminta izin itu hendaklah diulang sebanyak tiga kali, jika tidak
diizinkan maka hendaklah kamu balik.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Anak-anak juga hendaklah diajar bahawa adanya sepanjang tempoh menunggu
di antara ketiga-tiga seruan itu hendaklah pada kadar solat empat rakaat iaitu antara
empat hingga lima minit. Hal ini kerana kemungkinan tuan rumah sedang solat atau
sedang menunaikan hajat-hajat tertentu di luar pengetahuan kita.
iv. Adab Mengetuk Pintu
Anak-anak juga harus diajar agar tidak mengetuk pintu bilik ibu bapa dengan
kuat yang boleh mengganggu ketenangan mereka sehingga boleh menimbulkan
kemarahan mereka. Apatah lagi jika mereka berkunjung ke rumah orang lain seperti
jiran tetangga, guru, alim ulama’ atau golongan yang dihormati oleh masyarakat.
24
Sekiranya sesebuah rumah itu ada loceng, maka picitlah dengan beradab sebagai
lambang keperibadian Muslim dan akhlak anak yang soleh.
Daripada Anas r.a meriwayatkan bahawa pintu rumah-rumah Nabi SAW
biasanya diketuk oleh para sahabat dengan jari-jemari mereka, bukan dengan tangan
mereka. Ini menunjukkan ketinggian adab dan akhlak mereka serta lambang
penghormatan mereka terhadap seorang Nabi.
v. Adab Menunggu di Pintu
Adab-adab meminta izin ini sebenarnya disyariatkan agar dapat menjaga
pandangan mata anak-anak daripada melihat aurat ibu bapa atau maruah orang lain.
Justeru itu, Islam melarang seseorang berada betul-betul di hadapan pintu apabila
menunggu penghuninya. Hal ini kerana kita tidak tahu yang membuka pintu tersebut
kemungkinan isteri atau anak-anak perempuan mereka yang tidak menutup aurat.
Perbuatan tersebut dibimbangi boleh menimbulkan sesuatu yang tidak manis
dipandang mata.
Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Janganlah kamu
mendatangi sebuah rumah itu betul-betul di hadapan pintu rumahnya tetapi beralihlah di
sebelah tepinya dan mintalah keizinan untuk masuk…” (Riwayat al-Tabrani).
Manakala dalam sebuah hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Abu Daud r.a,
bahawasanya Nabi SAW apabila mendatangi rumah sahabat-sahabatnya, baginda
tidak menghadap pintu masuk yang dapat melihat wajah penghuninya tetapi baginda
berdiri di sudut kanan atau kiri pintu kemudian barulah baginda SAW memberi salam.
vi. Adab Apabila Tidak Diizinkan Masuk Adab yang terakhir ini kemungkinan berlaku apabila tidak dibenarkan bertemu
dengan ibu bapa, tuan rumah atau orang yang ingin ditemui. Maka ketika ini anak-anak
25
hendaklah diajar supaya lebih berakhlak tanpa menunjukkan sebarang reaksi buruk
sama ada dengan keluhan, cacian atau tindakan-tindakan yang boleh menimbulkan
kemarahan mereka. Allah SWT menjelaskan melalui firman-Nya:
Maksudnya: “Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi
izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin; dan jika
dikatakan kepada kamu "baliklah", maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang
demikian adalah lebih suci bagi kamu; dan (ingatlah) Allah Maha mengetahui akan apa
yang kamu lakukan.” (Surah An-Nuur, ayat 28)
3. Adab-adab Puasa Ramadhan
Islam adalah ajaran yang mudah dan inilah ciri-ciri agama kita yang membezakannya
dengan agama-agama yang lain. Bahkan terdapat banyak dalil-dalil berupa ayat-ayat
Al-Quran dan hadits-hadits Nabi SAW yang menjelaskan hal ini. Rasulullah SAW
sendiri pernah memarahi sebahagian sahabatnya yang bersikap berlebih-lebihan dalam
urusan agama. Walhal telah termaktub dalam Al-Quran firman Allah SWT yang
menegaskan prinsip bahawa Islam itu mudah sebagaimana termaktub dalam Al-Quran:
Maksudnya: “ Taa' Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (Wahai
Muhammad) supaya Engkau menanggung kesusahan.” (Surah Thaaha, 1-2)
26
Nabi SAW juga telah bersabda:
غلبههذا الدين يسر فلن يشاد الدين أحد إال إن
“Sesungguhnya agama ini mudah, tidak seorang pun yang berlebih-lebihan dalam
agama ini kecuali sikapnya yang akan membinasakan dirinya sendiri.”
Dan di antara kemudahan Allah SWT kepada hamba-Nya adalah disyariatkan
untuk mereka suatu ibadah yang dapat membawa kepada ketakwaan dan dikurniakan
syurga-Nya. Allah SWT berfirman:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, agar kamu
bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah, ayat 183)
Ayat ini menerangkan bahawa di antara jalan untuk menggapai ketakwaan
adalah dengan berpuasa. Dan Allah SWT tidak sesekali mensyariatkan hamba-Nya
berpuasa semata-mata untuk menyulitkan hamba-Nya sebagaimana firman Allah SWT:
27
Maksudnya: “Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadan yang
padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi
keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan
antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang
menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia
berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia
berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-
hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh
kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya
kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan
Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.” (Surah Al-
Baqarah, ayat 185)
Ketika Abu Umamah r.a berkata kepada Rasulullah SAW, “Tunjukkanlah padaku
suatu amalan yang memasukkanku ke dalam syurga.” Rasulullah SAW bersabda,
“Kerjakanlah puasa kerana ibadah ini tiada tandingannya.”
Maka apabila telah jelas bagi kita akan keutamaan ibadah ini, penting bagi kita untuk
mengetahui apakah maksud yang tersirat dan tersurat di sebalik sabda Nabi SAW
dalam melaksanakan ibadah agar apa yang dilaksanakan tidak sia-sia dan diterima
Allah SWT. Terdapat dua syarat yang harus dipenuhi sebelum kita mengharapkan amal
ibadah yang dilaksanakan oleh Allah SWT iaitu ikhlas dan mutaba’ah.
1. Ikhlas iaitu melakukan sesuatu amal ibadah semata-mata kerana Allah SWT
sebagaimana firman-Nya:
28
Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku hanyalah
seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaKu Bahawa Tuhan kamu
hanyalah Tuhan Yang satu; oleh itu, sesiapa Yang percaya dan berharap akan
pertemuan Dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal Yang soleh dan
janganlah ia mempersekutukan sesiapapun Dalam ibadatnya kepada Tuhannya.”
(Surah Al-Kahfi, ayat 110)
2. Mutaba’ah ertinya selaras dan sesuai dengan tuntutan dan ajaran Rasulullah SAW
sebagaimana sabda baginda SAW:
نأ مدر وفه هنم سا ليذا ما هرني أمث فدح Maksudnya: “Barangsiapa mengada-ngadakan suatu amalan di dalam agama ini
bukan darinya, maka amalan tersebut tertolak”. (Muttafaqun ‘Alaihi)
Manakala dalam sebuah hadist lain yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,
Rasulullah SAW telah bersabda:
نم در وا فهنرأم هليع سال ليمل عمع
Maksudnya: “Barangsiapa mengerjakan sesuatu amalan yang tiada dari kami maka
amalan tersebut tertolak”. (Riwayat Muslim)
Begitu juga halnya dengan ibadah puasa di mana pelaksanaannya perlulah sesuai
dengan tuntunan Rasulullah SAW. Antara tuntunan baginda SAW dan juga menjadi
adab-adab berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini ialah:
1. Ihtisab iaitu mengharapkan pahala daripada Allah SWT kerana demikianlah para
Nabi dan orang-orang soleh dahulu kala beribadah. Hal ini telah diceritakan oleh
Allah SWT dalam Al-Quran, firman-Nya:
29
Maksudnya: “Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan
kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harapan serta gerun
takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada kami.” (Surah Al-
Anbiya’, ayat 90)
Di samping itu, ihtisab juga membawa pengertian mengharapkan amal ibadah
diterima oleh Allah SWT dan diberi ganjaran pahala serta berasa cemas sekiranya
amal ibadah yang dilakukan tidak diterima Allah SWT. Disebutkan dalam sebuah
hadist dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:
ن ذنبهم مقدا تم له را غفابستا واحانان إميضمر امن صم Maksudnya: “Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan
dan ihtisab (mengharapkan ganjaran pahala) maka akan diampuni dosa-dosanya
yang telah lalu.” (Muttafaqun ‘alaihi)
Justeru, kita perlulah sentiasa mengihtisab diri agar amal ibadah kita mendapat
ganjaran pahala daripada Allah SWT.
2. Meniatkan Puasa di Malam Hari Dari Hafshah r.a, sabda Rasulullah SAW:
نر ف مل الفجقب اميالص عمجي لمله اميال ص Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak meniatkan puasa sebelum fajar, maka tiada
puasa baginya.” (Riwayat Abu Daud)
Walau bagaimanapun, perkara ini hanya dianjurkan ketika berpuasa wajib sahaja
iaitu bermula waktunya ketika tenggelam matahari sehingga waktu sebelum
terbitnya fajar. Perkara ini memadai dilakukan sekali pada bulan Ramadhan kecuali
jika terputus puasanya disebabkan wujudnya halangan-halangan tertentu, maka
30
perlulah diniatkan sekali lagi. Ini kerana tempat niat itu letaknya di dalam hati dan
merupakan amalan batin serta bukannya amalan yang dapat dilihat secara lahiriah.
3. Mengakhirkan sahur dan menyegerakan berbuka puasa Di antara kemudahan ajaran Islam dan bukti kebesaran kurniaan Allah SWT kepada
kita adalah dengan disyariatkan agar bersahur dalam menjalankan puasa. Dari Anas
r.a katanya, Rasulullah SAW telah bersabda:
تسحروا فإن يف السحور بركةMaksudnya: “Sahurlah kalian kerana pada makan sahur itu ada keberkatan.”
(Muttafaqun ‘alaihi)
Manakala dalam hadist yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Harits pula disebutkan,
sabda Rasulullah SAW:
وهعدا فال تهطاكم اهللا إيكة أعرا بهإن Maksudnya: “Sesungguhnya sahur ini adalah keberkatan yang Allah berikan kepada
kalian, maka janganlah sesekali kalian meninggalkannya.” (Riwayat Ahmad)
Selain itu, disunnahkan bagi setiap muslim untuk mengakhirkan sahurnya dan
sebaik-baiknya bersahur dengan kurma sebagaimana disebut dalam hadist yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah bersabda:
س مرنعمن التمور املؤح Maksudnya: “Sebaik-baik sahurnya mukmin adalah kurma.” (Riwayat Abu Daud)
Dan sekiranya tiada kurma untuk bersahur, maka perlu juga tetap bersahur
walaupun hanya dengan seteguk air seperti sabda Nabi SAW, riwayat Abu Said Al-
Khudri r.a:
31
تسحروا ولو بحرعة ماء Maksudnya: “Makan sahurlah kalian walau dengan seteguk air”
Adapun berbuka, justeru yang dikatakan sunnahnya adalah menyegerakan. Dari
Sahl bin Sa’d r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:
لناس بخير ما عجلوا الفطرال يزال اMaksudnya: “Manusia akan sentiasa dalam kebaikan selama mereka
menyegerakan berbuka.” (Muttafaqun ‘alaihi)
Dan di antara tuntunan Rasulullah SAW dalam berbuka adalah berbuka dengan
ruthab (kurma basah), kalau tidak dapat maka dengan kurma kering dan apabila
tidak dapat, maka dengan air dan berbuka sebelum melaksanakan solat Maghrib.
Anas bin Malik r.a berkata:
ن كان النبي صلى اهللا عليه وسلم يفطر على رطبات قبل أن يصلي، فإن لم يك
رطبات، فتمرات، فإن لم يكن تمرات، حسا حسوات من ماءMaksudnya: “Dahulu Nabi berbuka dengan beberapa butir ruthab (kurma setengah
matang) sebelum beliau solat, apabila tidak ada, maka dengan kurma, apabila tidak
ada beliau minum beberapa teguk air.” (Riwayat Ahmad)
4. Menahan Diri dari Perbuatan Keji dan Ucapan Kotor
Puasa selain bermaksud menahan diri daripada lapar dan dahaga serta menahan
nafsu syahwat, ia juga merangkumi erti menahan diri daripada melakukan dosa dan
maksiat, memelihara lidah daripada berdusta, mengucapkan kata-kata yang kotor
dan keji. Apabila seseorang itu berbicara, hendaklah ia berbicara dengan ucapan
yang tidak akan merosakkan puasanya dan apabila ia melakukan sesuatu perkara,
32
tindakan tersebut tidak membawa kepada rosaknya puasa. Oleh itu, hendaklah ia
mengucapkan sesuatu yang baik dan melakukan amal ibadah yang soleh. Dari Abu
Hurairah r.a pernah meriwayatkan, Nabi SAW telah bersabda:
ع لهل سفلي ،ل بهمالعور ول الزقو عدي لم نمهابرشو هامطع عدة أن ياجل حجو ز
Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta dan perbuatan
keji, maka Allah tidak menghendaki dia meninggalkan makan dan minumnya.”
(Riwayat Imam Bukhari).
Manakala disebutkan dalam sebuah hadis lain yang turut diriwayatkan dari Abu
Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:
دأح كابفإن س ،فثالرو واللغ نم اميا الصماب، إنراألكل والش نم اميالص سلي
ي صائمإني صائم، إن: أو جهل عليك فقل Maksudnya: “Puasa itu bukan dari makan dan minum. Melainkan puasa hanyalah
dari perbuatan sia-sia dan kotor. Maka apabila seseorang mencacimu atau
melakukan kebodohan kepadamu, maka katakanlah, Sesungguhnya aku sedang
berpuasa.” (Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Al-Hakim)
5. Bersikap Dermawan, Memperbanyakkan Membaca Al-Quran
Nabi SAW merupakan seorang dermawan dan semakin bertambah sifat dermawan
tersebut sepanjang bulan Ramadhan. Hal ini dikisahkan oleh Ibnu Abbas r.a dalam
hadist yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim:
كان رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم أجود الناس، وكان أجود ما يكون في رمضان
جبريل يلقاه في كل ليلة من رمضان فيدارسه القرءان، حني يلقاه جبريل، وكان
33
عليه وسلم حني يلقاه جبريل أجود باخلير من الريح املرسلةفلرسول اهللا صلى اهللا
Maksudnya: “Dahulu Rasulullah SAW adalah manusia yang paling dermawan dan
semakin bertambah kedermawannya ketika bulan Ramadhan iaitu ketika Jibril
datang padanya. Dan dahulu Jibril datang pada setiap malam di bulan Ramadhan,
mengajar Rasulullah membaca Al-Quran. Sesungguhnya Rasulullah ketika itu lebih
cepat dalam kebaikan dari angin yang bertiup.”
Selain sifat kedermawan baginda SAW, hadist tersebut turut menceritakan kepada
kita bahawa di bulan Ramadhan baginda banyak membaca Al-Quran dan
melakukan pelbagai kebaikan. Demikianlah jika seorang muslim menginginkan
keredhaan Rabbnya, ia perlu menjadikan kehidupan Rasulullah SAW sebagai satu-
satunya pedoman hidup disebut dalam Al-Quran:
Maksudnya: “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan
yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan
(kedatangan) Hari Akhirat dan dia banyak menyebut Allah.” (Surah Al-Ahzab)
34
1 (c). Menulis 2 cerita teladan berkaitan dengan adab terpuji yang berlaku di zaman Rasulullah SAW atau para sahabat.
i. Menahan Lapar Semalaman Kerana Menghormati Tetamu
Pada suatu ketika, telah datang seseorang menemui Rasulullah SAW dan beliau
mengadukan hal kepada baginda tentang kelaparan yang dialaminya. Kebetulan pada
ketika itu baginda s.a.w. tidak mempunyai sebarang makanan begitu juga di rumah
baginda untuk diberikan kepada tetamunya itu. Lalu baginda s.a.w. bertanya kepada
para sahabat, "Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini
sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?" Dengan penuh rela hati,
menyahutlah seorang sahabat dari kaum Ansar, "Wahai Rasulullah s.a.w. , saya
sanggup melakukan seperti kehendak tuan itu."
Maka sahabat dari kalangan Ansar itu pun membawa tetamu tadi ke rumahnya
dan beliau menjelaskan kepada isterinya seraya berkata, "Sesungguhnya orang ini
adalah tetamu Rasulullah s.a.w. Oleh itu, kita perlu melayaninya dengan sebaik-baik
layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan
demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di dalam rumah
kita." Lalu isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya aku tidak ada menyimpan
sebarang makanan pun kecuali cuma sedikit dan makanan itu hanyalah mencukupi
untuk makanan anak-anak kita di rumah ini."
Sahabat itu pun berkata, "Jika begitu, engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-
anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Kemudian apabila saya duduk
berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit itu dan mulai
makan, engkau padamkanlah lampu itu sambil berpura-pura hendak membetulkannya
kembali agar tetamu itu tidak akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-
samanya." Rancangan sahabat itu berjalan dengan lancar walaupun seluruh keluarga
35
sahabat tersebut termasuk anak-anaknya terpaksa menahan lapar semata-mata untuk
membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang.
Rentetan dari peristiwa tersebut, maka Allah SWT telah berfirman:
Maksudnya: “Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman
sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak
ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-
orang yang berhijrah itu, dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah
itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan
dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya
daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang
berjaya.” (Surah Al-Hasyr :ayat 9)
36
Pengajaran yang Dapat Diambil dari Kisah Teladan (i)
1. Menghormati dan Memuliakan Tetamu Kita hendaklah sentiasa menghormati dan memuliakan tetamu yang berkunjung
sebagaimana ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh
Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah SAW:
كرم ضيفهاهللا واليوم اآلخر فليمن كان يؤمن بMaksudnya: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah s.w.t dan Hari Akhirat,
maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.
2. Menghidangkan jamuan yang terbaik mengikut kemampuan. Bagi meraikan tetamu, adalah sangat dianjurkan untuk menghidangkan kepada
tetamu jamuan yang terbaik mengikut kemampuan tuan rumah. Tidak kiralah sama
ada tetamu tersebut dikenali ataupun tidak. Ini kerana amalan memuliakan dan
melayan tetamu dengan baik yang dianjurkan bersesuaian dengan amalan para
nabi dan rasul terdahulu.Ini dibuktikan melalui firman Allah SWT yang telah
merakamkan kisah nabi Ibrahim a.s dan sikapnya yang sangat memuliakan tetamu
melalui firmannya:
Maksudnya: “Sudahkah sampai kepadamu (Wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi
Ibrahim yang dimuliakan? Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi
salam Dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu!" ia menjawab: “Salam
sejahtera kepada kamu! "(sambil berkata dalam hati): Mereka ini orang-orang yang
37
tidak dikenal.” Kemudian ia masuk mendapatkan ahli rumahnya serta dibawanya
keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang).” (Surah Hud, ayat 64)
3. Berlumba-lumba untuk Melakukan Kebaikan Dapat diperhatikan dalam kisah ini, betapa gigihnya seorang sahabat untuk
berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan. Peluang untuk menerima tetamu bagi
pihak Rasulullah SAW dirasakan amat besar walaupun beliau sedar bahawa
keperluan keluarganya sendiri tidak mampu dipenuhi. Namun semangat beliau perlu
dicontohi apatah lagi hal ini telah disebutkan dalam Al-Quran:
Maksudnya: “Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran)
dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan kebenarannya kitab-kitab suci
yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya.
maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah Engkau mengikut kehendak hawa
nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari
kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, kami jadikan (tetapkan)
suatu syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). dan kalau
Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam
agama Yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang
38
telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu membuat
kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu
semuanya, maka ia akan memberitahu kamu apa Yang kamu berselisihan padanya.”
(Surah Al-Maidah, ayat 48)
ii. Sabar Menahan Cubaan
Saidina Hassan bin Ali r.a merupakan salah seorang tokoh Islam yang sangat terkenal.
Sebagai salah seorang daripada cucu Rasulullah s.a.w, beliau memiliki budi pekerti
yang mulia lagi terpuji. Sikap beliau yang penyabar, rendah diri dan dermawan, amat
disenangi oleh semua orang.
Pada suatu hari sedang Saidina Hassan r.a berdiri di muka pintu rumahnya, tiba-tiba
datang seorang lelaki mencaci dan menghina keturunan beliau. Anehnya, Saidina
Hassan r.a hanya mendengar segala maki hamun itu tanpa sedikit pun berubah air
mukanya. Beliau juga tidak membuat sebarang tindak balas terhadap lelaki yang
berkelakuan biadap itu.
Melihatkan keadaan lelaki yang terus menerus memarahinya, Saidina Hassan r.a
kemudiannya menyuruh pembantu rumahnya supaya membawa bekas yang berisikan
wang perak untuk diberikan kepada lelaki itu.
“Wahai saudara! Maafkanlah aku kerana ini sahaja yang aku miliki. Jika ada yang lebih,
nescaya tidak akan aku sembunyikan dari engkau.”.
Tiba-tiba lelaki itu menangis sambil berkata, “Wahai cucu Rasulullah! Maafkanlah aku
kerana berlaku kasar padamu. Sebenarnya aku berbuat begini hanyalah untuk
mengujimu. Aku mendengar engkau memiliki sifat penyabar yang tiada tolok
bandingnya. Semakin marah orang padamu, semakin rasa kasihmu kepada orang itu.
Sekarang yakinlah aku bahawa engkau ini mempunyai budi pekerti yang mulia sekali.”
39
Demikianlah sifat penyabar yang ada pada cucu Rasulullah s.a.w, Saidina Hassan r.a
yang bukan sahaja dapat bersabar dengan ujian yang sengaja dibuat oleh lelaki itu,
malah membalasnya pula dengan sikap lemah lembut dan pemurah.
Pengajaran yang Dapat Diambil dari Kisah Teladan (ii)
1. Larangan Mencaci, Memaki Hamun dan Mengeluarkan Kata-kata Kesat
Islam melarang keras umatnya mencaci, memaki hamun, mengeluarkan kata-kata
kesat dan berbagai-bagai lagi perkataan yang boleh menjejaskan perpaduan,
keharmonian di kalangan orang Islam mahupun bukan Islam. Kerana itu, dalam
kisah tersebut dalam dilihat dalam kisah tersebut, perbuatan buruk lelaki yang
mencaci dan memaki hamun Saidina Hasan r.a tidak sekalipun dibalas oleh cucu
Rasulullah SAW itu. Apatah lagi Islam sememangnya melarang kita mencaci dan
menghina keturunan seseorang sebagaimana telah ditegaskan dalam sebuah hadist
Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Dari Abdullah bin Amru bin Ash r.a, katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Mencaci ibu bapa termasuk dosa besar.” Para sahabat bertanya:”Adakah orang
yang mencaci ibu bapanya?” Jawab Rasulullah s.a.w ,:”Ya, ada! Dicacinya bapa
orang lain, lalu orang itu mencaci bapanya pula. Dicacinya ibu orang lain, lalu orang
itu mencaci ibunya pula.” (Riwayat Muslim)
2. Bercakap lemah lembut
Seorang muslim yang baik tidak suka bercakap kasar dan sentiasa melembutkan
tutur kata mereka supaya tidak menyakiti hati orang lain. Mereka akan bercakap
memadai suaranya didengari dengan jelas oleh orang yang sedang berhubung
dengannya. Firman Allah s.w.t :
40
Maksudnya: “Rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya
seburuk-buruk suara ialah suara keldai”. (Surah Luqman, ayat 19)
Apabila kita bercakap dengan lemah lembut, orang lain akan berasa senang dan
selesa untuk bercakap dengan kita lagi. Perkara ini sangat penting terutamanya
apabila seseorang yang ingin berdakwah dan menarik orang bukan Islam memeluk
agama Islam. Ini kerana apabila orang Islam berkata lemah lembut, maka mereka
telah menunjukkan contoh akhlak sebenar orang Islam.
3. Bersabar dan Tidak Mudah Marah
Sifat marah ini merupakan sifat tercela dan dilarang oleh Rasulullah s.a.w. Secara
logiknya, seseorang yang sedang marah akan bercakap kasar dan menengking atau
menjerit di luar kawalan dan hanya mengikut hawa nafsu. Hal ini telah ditegaskan
dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:
أبي ه نعهناهللا ع يضة ررير : بيال قال للنجني: صلى اهللا عليه وسلمأن رصأو .
)) فردد مرارا قال ال تغضب. ال تغضب: ((قال
Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah r.a: Bahawasanya seorang lelaki berkata
kepada Nabi SA: Berikan daku wasiat.Baginda bersabda: Janganlah engkau marah.
Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah
engkau marah.” (Riwayat Bukhari)
Hadis tersebut menerangkan betapa sifat marah itu perlu dihindari oleh setiap
mukmin, kerana marah membawa banyak keburukan. Jangan marah ertinya
mengelakkan sebarang sebab yang membawa kepada kemarahan. la juga bererti
41
menahan marah bila dia marah. Erti menahan marah ialah menahan dari
melaksanakan tuntutan ledakan marah seperti memukul, memaki hamun atau
mengamuk. Seseorang yang gagah perkasa dan handal bukan hanya yang mampu
beradu tenaga, bahkan juga orang yang mampu menahan marah. Marah diizinkan
hanya apabila ia didorong oleh perasaan mahu membela kebenaran kerana
Allah,namun mestilah menurut cara hikmah dan batas yang dibenarkan.
42
2. Hari raya disambut dengan meriah setiap tahun. Semasa menyambutnya didapati masyarakat masih tidak dapat membezakan adab-adab yang dibenarkan dan dilarang oleh syarak.
a) Anda dikehendaki membandingbeza antara adab mahmudah dan mazmumah
yang berlaku dalam proses menyambut perayaan tersebut dengan menggunakan borang pengurusan bandingbeza.
Adab Mahmudah Aspek Perbezaan Adab Mazmumah Memakai pakaian yang terbaik, tidak semestinya baru tetapi yang penting mestilah kelihatan baik dan bersih. Bagi kaum lelaki, hendaklah menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah dan berwangi-wangian. Manakala bagi kaum perempuan, hendaklah menghindari pakaian yang berlebih-lebihan dari segi corak dan perhiasannya serta tidak memakai wangi-wangian sehingga menyebabkan kaum lelaki tertarik padanya. Bagi kanak-kanak pula tidak kira sama ada lelaki atau perempuan dibolehkan memakai pakaian yang indah-indah, perhiasan dan berwangi-wangian. Mengelakkan pembaziran seperti boros berbelanja semata-mata ingin bergaya dengan baju baru pada hari raya.
Pakaian
Memakai pakaian yang indah-indah dan tidak memenuhi konsep menutup aurat yang diperintahkan oleh syara’ terutamanya semasa pergi untuk menunaikan solat sunat Hari Raya dan memakai wangi-wangian serta bertabarruj bagi kaum wanita. Membazir dan boros berbelanja melebihi keperluan semata-mata ingin bergaya dengan baju baru dan berniat menunjuk-nunjuk barangan perhiasan yang lain pada hari raya.
43
Penyediaan makanan adalah mengikut kemampuan, tidak bermewah-mewah dan elakkan daripada membazir. Pada Hari Raya Aidlifitri, eloklah disediakan sedikit makanan untuk dimakan sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri. Seeloknya diberi kepada jiran-jiran makanan yang disediakan pada hari raya bagi mengeratkan silaturrahim terutamanya jika bau masakan tersebut dapat dihidu oleh jiran-jiran sekeliling. Bagi tetamu yang datang menziarah, jamulah dengan makanan yang terbaik mengikut kemampuan tuan rumah. Kita juga dianjurkan untuk bersedekah kepada golongan kurang berkemampuan, mereka yang kurang bernasib baik seperti golongan fakir miskin dan anak-anak yatim. Walau bagaimanapun, kita hendaklah menitikberatkan makanan yang disediakan seperti menyediakan makanan halal, tidak syubhah dan tidak membazir.
Penyediaan
Makanan
Berlebih-lebihan dalam menyediakan makanan sehingga menyebabkan berlakunya pembaziran. Tidak menitikberatkan aspek makanan yang disediakan seperti dari segi halal, tidak mengandungi unsur syubhat dan sebagainya. Terdapat juga tuan rumah yang tidak mahu menjemput masuk ke rumah jika ada kanak-kanak yang hendak beraya, apatah lagi untuk menjamu makanan atau minuman, sebaliknya hanya memberi duit raya semata-mata dengan harapan mereka cepat beredar.
44
Menurut Sheikh Sayyid Sabiq dalam Fiqh Sunnah, mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan Islam, termasuklah pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua ini termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan dan kegirangan hati. Menjauhi hiburan-hiburan yang melalaikan, berlebih-lebihan dan keterlaluan sehingga membawa kepada kemaksiatan dan kelalaian
Hiburan
Menghabiskan banyak masa dengan menonton siaran televisyen sehingga mengabaikan sunnah untuk kunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara atau sahabat handai serta melayan para tetamu yang berkunjung. Terdapat juga golongan yang lebih gemar mengunjungi tempat-tempat hiburan dan permainan pada hari raya seperti pawagam, melepak di kompleks membeli-belah serta berhibur tanpa mengikut landasan syara’ sehingga lalai dan leka dengan tanggungjawab yang perlu ditunaikan.
Walaupun kita disunatkan untuk saling kunjung-mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai pada hari raya tetapi kita hendaklah memelihara adab menjadi tetamu dan memilih masa yang sesuai agar tidak mengganggu tuan rumah untuk berehat dan menunaikan kewajipan-kewajipannya.
Tempoh Masa
Tidak mengamalkan adab-adab berkunjung ke rumah orang lain terutamanya dari segi masa yang tidak sesuai seperti mengganggu masa rehat tuan rumah dan masa untuk menunaikan kewajipan-kewajipannya seperti yang terkandung dalam adab meminta izin.
45
Elakkan juga dari berlama-lama semasa berkunjung sehingga menyebabkan tuan rumah berasa tidak selesa.
Berlama-lama di rumah yang dikunjungi sehingga menyebabkan tuan rumah berasa tidak berasa kurang selesa dan keberatan untuk terus melayan tetamu.
Semasa menyambut hari raya, akhlak pergaulan perlu diberi lebih perhatian terutamanya semasa kunjung-mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai. Perkara yang perlu diberi lebih perhatian ialah memelihara batas-batas pergaulan lelaki dan perempuan sebagaimana yang telah digariskan oleh syara’. Peliharalah lidah semasa bertutur atau berbual, elakkan dari mengumpat, menyinggung perasaan orang lain semasa bergurau senda dan ketawa berlebih-lebihan sehingga mengganggu orang lain. Menghormati orang lain terutama mereka yang lebih tua agar hari raya mampu mengeratkan silaturrahim dan kasih sayang antara satu sama lain.
Akhlak Pergaulan
Bergaul bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti bersalam-salaman, bergurau senda seperti bertepuk tampar, bersentuhan dan sebagainya walaupun salah di sisi syara’ tetapi seakan telah menjadi kebiasaan masyarakat pada masa kini. Apabila berbual-bual dan bergurau senda, biasanya mudah terlupa untuk menjaga adab-adab yang dianjurkan oleh syara’ seperti menguatkan suara sehingga mengganggu ketenteraman orang lain, ketawa berdekah-dekah, mengumpat, menyinggung perasaan orang lain dan pelbagai lagi perkara mazmumah. Tidak menghormati orang yang lebih tua seperti tidak bertegur sapa dengan mereka, tidak menjemput mereka menjamu selera terlebih dahulu dan berjalan tanpa menundukkan sedikit badan ketika berjalan di depan mereka.
46
Rujukan
Abd. Wahid Jais (2000). Siri Kisah Teladan: Kesabaran. Selangor: Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
Abd. Wahid Jais (2000). Siri Kisah Teladan: Ketegasan. Selangor: Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
Abu Ubaidah (2008). Panduan Menyambut Hari Raya. Majalah i. Bil 72 Oktober
2008. Al-Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali (1994). Bidayatul Hidayah. Kedah: Khazanah
Banjariah.
Ja’far Salih (2005). Adab-adab Puasa Ramadhan. Majalah As-Salam. No.3 Tahun 1.
Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Salim Bahreisy (1977). Tarjamah Riadhus Shalihin. Bandung: Penerbit PT AlMaarif.
Ma’mur Daud (1990). Terjemahan Hadis Shahih Muslim Jilid I, II, III dan IV,
Selangor: Klang Book Centre.
Mohd. Nasir Omar (2005). Akhlak dan Kaunseling Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Mohd Yaakub Mohd Yunus (2008). Keutamaan Ibadah Puasa. Majalah i. Bil 71
September 2008.
Mohd Yaakub Mohd Yunus (2008). Amalan Sunnah Sempena Aidilfitri. Majalah i. Bil 72 Oktober 2008.
Muhammad Ismail Ahmad (1998). Adab Terhadap Ibu Bapa. Kuala Lumpur: Penerbitan PCT Sdn. Bhd.
Sahakian et. Al (1993). Ideas of the Great Philosophers. Barnes and Noble
Books. Zamri Hashim. Islam Satu Cara Hidup didapati pada 24 September 2008 daripada http://mufti.perak.gov.my/artikel/cara%20hidup.pdf Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam (23 September 2008). Kewajipan Berbakti Kepada Kedua Ibu Bapa didapati pada 24 September 2008
47
daripada http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_info&pg=bm_info_ khutbah&ac=298 Ruzita Binti Mohktar (13 May 1999). Memelihara Persaudaraan Islam: Adab dan Cara-Caranya didapati pada 24 September 2008 daripada http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=494 Masnizah Mohd (2005) Akhlak, Moral, Etika didapati pada 24 September 2008 daripada http://www.ftsm.ukm.my/mas/nota%20tm3923/mm%201%20akhlak%20moral%20etika.pdf Prof Mohd Yusof Haji Othman(Tiada Tarikh). Prinsip 9 Pemuliharaan Alam Semulajadi didapati pada 24 September 2008 daripada http://www.islam.gov.my/ islamhadhari/index.php?subpage=alam2.php&page=pendahuluan Perilaku Manusia Mesti Sentiasa Berlandas Adab, Tatatertib, Akhlak didapati pada 24 September 2008 daripada http://www.mint.gov.my/puspanita/backup1/penawanita/pengisianrohani/Microsoft%20Word%20-%20Perilaku%20manusia%20mesti%20sentiasa%20berlandas%20adab.pdf Berita Harian, 27 Januari 2007, Akhlak Nabi Seluruh Isi Kandungan Al-Quran.