hbem3303-akta dan laporan pendidikan

Upload: nonny-atika-yahya

Post on 06-Mar-2016

43 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1.0 PengenalanProses pembentukan falsafah pendidikan di Malaysia telah bermula sejak Tanah Melayu inimenuntut kemerdekaan daripada belenggu penjajah. Umumnya, dapat dikatakan bahawa semasa penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, dasar pecah dan perintah adalah menjadi asas kepada bentuk sistem pendidikan yang ada pada masa itu. Tiada usaha penyatuan antara penduduk bandar dan luar bandar lebih-lebih lagi antara suatu suku kaum dengan suku kaum yang lain. Selain daripada tiada usaha ke arah perpaduan, hala tuju pendidikan rakyat juga sangat kaburSebagai persediaan ke arah kemerdekaan, satu jawatankuasa dinamakan sebagai Jawatankuasa Pelajaran 1956 telah ditubuhkan bagi mengkaji keperluan sistem pendidikan yang akan dilaksana selepas Tanah Melayu mendapat kemerdekaan. Jawatankuasa ini diketuai oleh Tun Abdul Razak dan telah mengeluarkan laporannya yang dikenal sebagai Penyata Razak 1956. Penyata ini telah dijadikan asas kepada Ordinan Pelajaran 1957.Laporan Razak telah diperkenalkan pada April 1956 yang bertujuan mewujudkan sistem pelajaran yang sama bagi semua kaum. Laporan ini diketuai oleh Allahyarham Tunku Abdul Razak. Laporan Razak 1956 boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem pendidikan kebangsaan. Ia menyatakan: Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur. (Penyata Razak, perenggan 12, 1956) Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada. Maka, Akta Pelajaran 1961 telah dirangka berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan. Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.

2.0 RINGKASAN LAPORAN JAWATANKUASA PELAJARAN 1956Laporan Razak 1956 yang dikenali Penyata Razak 1956 diwujudkan dengan tujuan utamanya adalah mengkaji Dasar Pendidikan Tanah Melayu yang sedia ada, mengkaji bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan akhirnya mengkaji sistem pendidikan Persekutuan Tanah Melayu termasuk Ordinan 1952. Sebelum terbentuknya Laporan Razak 1956, terdapat beberapa cadangan pembaharuan dalam pendidikan di Tanah Melayu. Antaranya adalah Rancangan Cheeseman, Laporan Barnes, laporan Fenn-Wu dan Ordinan Pelajaran 1952. Bermula dengan Rancangan Cheeseman di mana objektifnya membina semula sistem pendidikan demi menjamin setiap jenis sistem persekolahan dapat dikembangkan dengan sepenuhnya tetapi RancanganCheeseman menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di semua sekolah di Tanah Melayu. Rancangan ini ditolak kerana hanya menumpukan perhatian kepada peringkat sekolah rendah sahaja manakala sekolah menengah masih dibentuk mengikut aliran bahasa ibunda masing-masing. Setelah Rancangan Cheeseman ditolak, wujudnya pula Laporan Barnes iaitu pemindahan bahasa pengantar kepada bahasa Inggeris dan bahasa Melayu bagi semua jenis sekolah di Tanah Melayu dengan pemansuhan semua sekolah vernakular . Rasionalnya ialah untuk mencapai objektif integrasi sosial dan perpaduan di kalangan kanak-kanak berbilang kaum. Cadangan Laporan Barnes ini ditolak kerana menerima tentangan daripada semua kaum. Kaum Melayu membantah kerana tidak puas hati pendidikan Melayu yang tidak diberi kedudukan yang wajar dan orang Melayu juga beranggapan pendidikan Melayu seolah-olah menumpang di sekolah Inggeris. Manakala kaum Cina pula beranggapan kewujudan sekolah kebangsaan akan mengancam kebudayaan dan bahasa Cina yang mereka banggakan. Kaum India menentang kerana permintaan mereka supaya kedudukan sekolah Tamil dikaji telah ditolak oleh kerajaan. Kontradiksinya Laporan Fenn-Wu pun wujud dengan mengkaji potensi sekolah Cina di Tanah Melayu dan mencadangkan supaya tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Cina dan Inggeris digunakan di sekolah-sekolah. Ekoran daripada itu, Laporan Fern-Wu tidak dapat diterima oleh pemimpin-pemimpin Melayu terutama daripada kalangan pemimin UMNO kerana cadangan itu tidak menguntungkan orang Melayu dan negara ini. Kaum India pula meminta diadakan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji pendidikan Tamil seperti yang dibuat kepada pendidikan Cina. Tetapi cadangan itu ditolak. Oleh kerana kedua-dua laporan iaitu Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu ditolak, kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji semula laporan- laporan tersebut. Memandangkan pandangan-pandangan yang berlainan yang dikemukakan dalam Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu, kerajaan British kemudian menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas untuk mengkaji kedua-dua laporan tersebut dan hasilnya tertubuhlah Ordinan Pelajaran 1952. Walaupun perancangan yang dibuat boleh dikatakan baik, namun pihak Jawantankuasa terpaksa menghadapi pelbagai masalah dan juga halangan-halangan besar yang boleh menggagalkan ordinan tersebut. Dr. Saedah Hj. Siraj (1993), kerajaan British telah menyatukan kedua-dua penyata Barnes dan Fenn-Wu ke dalam satu bentuk yang dipanggilReports of Barnes on Malay Education and Fenn-Wu on Chinese Education. Laporan ini telah menjadi Ordinan Pelajaran 1952(4) dan menetapkan sekolah kebangsaan sebagai corak system persekolahan di Persekutuan Tanah Melayu dan juga menetapkan garis panduan terhadap pendaftaran sekolah, pengurus sekolah serta guru-guru. Pada tahun 1955, Parti Perikatan menang dalam pilihan raya dan menunaikan janji mereka dengan mengadakan satu sistem pelajaran yang sama bagi semua penduduk. Maka, wujudlah satu Jawatankuasa Pelajaran 1956 yang telah mengemukakan Laporan Razak. Menurut petikan yang bertarikh 16 Mei 2010, Tun Hamdan telaha menyatakan Laporan Razak sejumlah 20 cadangan penting di mana laporan tersebut mengutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dengan erti kata lain Bahasa kebangsaan kita dapat mewujudkan sistem pendidikan yang bersifat rasional dengan pengekalan budaya kaum masing-masing dan pengekalan pelbagai bahasa. Perkara ini jelas menyatakanbahawa pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan adalah sebagai menggalakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat dan semua ini boleh dimulakan dengan menyatupadukan kanak-kanak di sekolah. Namun perkara ini dilakukan secara beransur-ansur demi mengekalkan kestabilan politik pada awal peringkat pembinaan negara.

RUJUKAN 1. Mok Soon Sang, (2000) Pendidikan di Malaysia Edisi ke-7,Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman